...JALINAN UKHUWAH...
.::2/14: sweet 26::.
3
comments
IMANNURBALQIS
-
26 tahun...
Seorang hamba kepada Pencipta Maha Berkuasa,
Seorang anak kepada ayah mak tersayang,
Seorang kakak kepada 5 orang adik ceria,
Seorang isteri kepada suami tercinta,
Seorang menantu kepada ayah ummi dikasihi,
Seorang ummi kepada dua orang puteri jelita,
Seorang guru kepada puluhan murid cerdas mindanya,
Seorang insan biasa di kelilingi insan-insan istimewa...
ummu mujahidah : Hargai setiap kurnia dariNya. With a lot of istighfar...
Read more
Seorang hamba kepada Pencipta Maha Berkuasa,
Seorang anak kepada ayah mak tersayang,
Seorang kakak kepada 5 orang adik ceria,
Seorang isteri kepada suami tercinta,
Seorang menantu kepada ayah ummi dikasihi,
Seorang ummi kepada dua orang puteri jelita,
Seorang guru kepada puluhan murid cerdas mindanya,
Seorang insan biasa di kelilingi insan-insan istimewa...
Moga perjalanan ini terus meriah dengan pahala serta hidup dalam keberkatanNya.
**imannurbalqis**
.::1/14: opening 2014::.
ya ALLAH,
moga setiap nafas yang ku nikmati,
setiap kerdipan mataku
setiap langkah kakiku,
setiap degup qalbuku,
semakin dekat aku padaMU...
-Ya Allah,berikanku yang terbaik disisiMu-
اللّهُمَّ لا سَهْلا إِلا مَا جَعَلْتَهُ سَهْلا وَأَنْتَتَجْعَلُ الْحَزْنَ إِذَا شِيئْتَ سَهْلا
“Ya Allah! Tidak ada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikannya mudah. Dan Engkau dapat jadikan susah itu mudah, apabila Engkau menghendakinya”
ummu maryam: is listening MENJEMPUT BIDADARI...
**imannurbalqis**
...7/13 : crisis, be +...
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamu'alaikum w.b.t,
I've come across a quote that said: "At any point in time, you're either in a crisis, just left a crisis, or heading towards a crisis". It struck me how true this statement is and made me think about what my reaction should be in each situation.
One can easily be pessimistic of such statements especially after realising its truthfulness in life, but Islam came and taught us positive ways to react to each situation:
1. In a crisis - we're asked to be patient and remember that to Him we belong and to Him we shall return.
2. When just left a crisis - we're reminded to be thankful that He saved us from the crisis and that we made it through.
3. Heading towards a crisis - we're told to be optimistic and have good opinion of Allah (Subhanahu Wa Ta'ala) and make dua for what's best and not always expect the worst.
These positive attitudes are key attitudes of any productive Muslim; for at any point in time, a productive Muslim should not be reactive but always thinking how they can best deal with the situation at hand.
So my message to you today: whether you're in a crisis or not; stay positive, stay productive!
iman's note : 5 Ramadhan 1434H already. May Allah bless us...
**imannurbalqis**
...6/13 : MZ, our little princess...
Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Kak Ina. Alhamdulillah, hari ini kita maih lagi diberikan ruang dan peluang untuk menebus dosa-dosa kita yang lalu. Rasa syukur juga dipanjatkan kepada Allah S.W.T atas nikmat yang dipinjamkan kepada kita. Sedarilah bahawa tidak ada sebesar zarah pun nikmat di dunia ini milik kita hatta nyawa, harta, keluarga, kerjaya ataupun kehidupan. Hargailah dan syukurilah nikmat sementara yang diberikannya. Jangan dipersia-siakan sementara ada. Betapa tidak terhitungnya kita dengan nikmat kurniaan Allah S.W.T. Seperti dalam firmanNya :
"Dan jika kalian menghitung nikmat Allah nescaya kalian tidak sanggup." (An-Nahl : 18)
Abi dukung Maryam. Baru keluar labour room.
Dengan itu, suka untuk Kak Ina berkongsi berita gembira keluarga Kak Ina yang kami telah dikurniakan puteri sulung yang sangat comel. Sungguh tak terlafaz kata pada kurniaan anugerah dari Allah S.W.T ini. Subhanallah, Alhamdulillah.
31 Mac 2013 (Ahad)
Kak Ina dan Encik M menghadiri majlis aqiqah anak sepupu di kampung Kak Ina. Hari ini juga sudah lewat tiga hari dari tarikh jangkaan permata hati kami akan keluar. Hari ini juga hari terakhir cuti pertengahan semester 1 bagi sesi persekolahan. Usai majlis aqiqah Encik M ambil keputusan untuk tunggu lagi sehari sebelum pulang berkhidmat. Kami menziarahi Hospital Tuanku Ampuan Najihah buat kali ke-3. Kali ini kami berhenti dan menuju ke kafe hospital untuk minum petang sambil 'memujuk' permata hati kami untuk keluar tanpa 'induce'.
We love you too, Maryam.
1 April 2013 (Isnin)
1.00am : Kak Ina mula berasa tidak selesa dengan perut. Tidak boleh tidur langsung waktu itu. Setelah berbincang dengan Encik M, kami nekad nak ke hospital walaupun akan disuruh pulang semula atas sebab tiada lagi tanda-tanda untuk bersalin. Mana tidaknya, kebanyakan orang kata tanda-tanda nak bersalin keluar air ketuban ataupun darah. Ini tak keluar apa pun.
3.00am : Kami tiba di Hospital Tuanku Ampuan Najihah. Setelah menjalani 'check-up', 'jalan' baru terbuka 2cm dan Kak Ina diarahkan untuk bermalam di wad untuk pemerhatian. Sewaktu itu, masih lagi mampu untuk lelapkan mata walaupun sudah mula merasa tidak selesa.
8.00am : Doktor membuat 'check-up' kali kedua. 'Jalan' sudah terbuka 4cm. Doktor mengarahkan jururawat yang menemani Kak Ina untuk persiapkan Kak Ina ke dalam bilik bersalin. Kontraksi pada waktu itu sudah mula terasa. Kak Ina sudah tidak mampu untuk berjalan. Ditolak dengan kerusi roda dan diarahkan untuk memaklumkan pada suami. Kak Ina terus memberitahu jururawat yang suami Kak Ina hendak menemani Kak Ina sewaktu bersalin. Encik M yang bermalam di hospital terus diminta untuk mengisi borang "Friendly Husband". Encik M hanya dibenarkan masuk ketika betul-betul Kak Ina nak bersalin.
8.45am : Kak Ina sudah berada di katil bersalin. Kedengaran suara perempuan India yang sedang bertarung nyawa melahirkan anaknya yang membuatkan Kak Ina ketap gigi. Allahu Rabbi. Bagaimana rasanya bersalin ini. Adakah di katil ini pengakhiran Kak Ina. Allahu Allah. Macam-macam yang berlegar di fikiran. Sewaktu masuk ke bilik bersalin tak sempat nak berborak panjang dengan Encik M. Yang mampu hanya menyerahkan telefon bimbit padanya. Kali terakhir minta maaf, sewaktu solat Isyak. Solat Subuh hanya mampu dilakukan di atas katil. Kontraksi makin kerap datang. Dari 4 bertambah 6 dan akhirnya sewaktu doktor-doktor pelatih dinilai oleh ketua doktor, bukaan sudah terbuka 9cm. Macam-macam yang datang di fikiran. Hanya berbekalkan hasbunallah wanikmalwakil, lahawlawala quwata illabillah. Proses kelahiran ini dikendalikan oleh ketua doktor hospital tersebut.
Welcome to the world.
10.53am : Lahirlah seorang puteri disaksikan oleh Encik M sendiri. Apabila keluar sahaja puteri ini, terus diletakkan ke atas Kak Ina. Kedengaran tangisan bayi yang sangat comel dan langsung diazankan dan diiqamatkan oleh Encik M. Allahu rabbi, hanya air mata yang mengalir ketika ini. Kami tidak melakukan 'scan' untuk mengetahui jantina bayi. Pada waktu ini, terasa syukurnya. Tidak kiralah bayi lelaki atau perempuan yang dilahirkan, hanya mengharapkan bayi selamat dan sihat. Kami juga berasa begitu bersyukur apabila Allah S.W.T makbulkan doa kami untuk doktor perempuan dan hanya jururawat perempuan sahaja yang menyambut sewaktu kelahiran permata kami. Kami tahu risiko apabila bersalin di hospital kerajaan. No compromise. Namun, itulah yang dikatakan rezeki.
9.00pm : Berbual dengan Encik M tentang nama permata hati kami. Oleh kerana nak buat suprise untuk diri sendiri, tiada nama khas lagi yang ingin diletakkan. Kami cuma mahu nama yang akan diberikan mudah untuk disebut dan mempunyai nama yang baik. Seperti yang kita sedia maklum, nama juga memberi impak yang besar pada seseorang. Setelah dimusyawarahkan, kami namakan permata hati kami MARYAM ZAHIRAH. Maryam Zahirah binti Abdul Muhaimin. Nama Maryam adalah berikutan cerita terakhir yang Kak Ina ceritakan pada bayi semasa dalam kandungan. Maryam juga nama ibu Nabi Isa. Dalam perut wanita suci inilah, lahirnya seorang nabi yang menjadi bukti kekuasaan ALLAH S.W.T. Zahirah pula maksudnya yang berseri-seri. Nama ini dipilih bukan sebab gabungan huruf M dan Z tetapi dengan doa agar permata hati ini menjadi seri buat Islam.
2 April 2013 (Selasa)
12.00 tengahari : Kak Ina dan anak dah dibenarkan pulang ke rumah. Alhamdulillah, Encik M dapat cuti seminggu. Masya Allah. Nikmat yang Allah S.W.T beri untuk sama-sama rasai setelah 9 bulan mengandungkannya.
Angkat tangan. Ummi nak basuh poo poo Maryam.
4 April 2013 (Khamis)
9.00am : Kami ke Klinik Kesihatan Johol untuk mendapatkan rawatan lanjut berkenaan demam kuning setelah dinasihatkan oleh jururawat yang memeriksa Maryam di rumah. Doktor mengeluarkan surat untuk Maryam diberi rawatan lanjut di Hospital Tunku Ampuan Najihah. Maryam ditempatkan di Unit Rawatan Rapi kanak-kanak. Hanya ibu dan ayah sahaja dibenarkan masuk. Tiada pelawat yang dibenarkan. Allahu rabbi, saat pelangkah ke unit ini hanya Allah S.W.T saja yang tahu. Meruntun hati Kak Ina bila lihat marai bayi yang bermasalah dan pra matang di tempatkan di sini. Lebih sayu lagi, apabila anak sendiri dimasukkan di sini. Saat mendengar jeritannya untuk dibuat tempat masukkan ubat, air mata tak mampu ditahan. Terasa naluri keibuan sudah meresap dalam diri. Diletakkan pula dibawah lampu dengan berbekalkan pampers dan cermin mata buatan. Sampai tercacak-cacak rambut Maryam sebab kering. Pukul 5 pagi mesti terdengar bunyi jeritan Maryam tahan sakit jarum sebab kena ambil darah. Memang sedih waktu itu. Meronta-ronta hati Kak Ina nak balik rumah. Namun, bila dilihat di sekeliling ada lagi keluarga yang lebih kasihan. Dengan anak yang pramatang. Ada juga ibu yang sudah habis pantangnya dalam unit tersebut dan tidak pernah pulang ke rumah. Ada bayi yang mengalami kecacatan dan ada juga yang tidak memberi tindak balas pada ransangan. Berselirat wayar di sekeliling badan. Hanya doa yang Kak Ina mampu utuskan agar ibu bapa mereka mampu untuk tabah dan sabar menghadapi ujian. Sesungguhnya, Kak Ina akui yang Kak Ina bukanlah orang yang setabah dan sekuat mereka untuk ditimpa ujian sebegitu rupa. Allah Maha Berkuasa atas ciptaannya.
8 April 2013 (Isnin)
12.00 tengahari : Kami dibenarkan pulang setelah didapati tiada jangkitan kuman dalam darah Maryam. Alhamdulillah Ya Allah. Syukur tidak terhingga. Encik M terpaksa mengambil CRK untuk mengetahui keadaan Maryam dan memberi sokongan pada Kak Ina. Rasa sangat bersyukur bila ada pendamping yang sangat memahami dan bersama-sama ketika susah dan senang. Terima kasih, abang.
23 Mei 2013 (Khamis)
Subhanallah, hari ini Maryam Zahirah dah 53 hari. Begitu cepat masa berlalu. Anak ummi dan abi dah makin besar saban hari. Menangis minta susu dan gantikan pampers. Membuat bunyi dan seperti ingin berbual bersama kami. Dalam tidur pun pandai sengeh. (^____^) Pandai sungguh anak ummi dan abi. Keletahnya menjadi penghibur kami. 53 hari baru permulaan bagi kami. Mengajar sabar dalam menjaga amanah ini. Mendidik jiwa agar lebih redha dan tawakkal pada Illahi. Maryam Zahirah, ketahuilah wahai anak. Menggunung tinggi harapan abi dan ummi pada mu. Kami juga mengetahui bahawa menggunung tinggi jugalah tanggungjawab kami dalam membesarkanmu untuk menjadi anak solehah dan wanita mukminah.
M - Moga
A - Anakku
R - Rasa
Y - Yang
A - Abi Ummi
M - Menyayanginya
Z - Zahir batinmu
A - Allahlah
H - Harapanmu
I - Ikutilah
R - Rasulullah
A - Amalkan dalam
H - Hidupmu
Gambar eksklusif, waktu ini ummi tengah siapkan entry untuk Maryam.
Maryam tengah tidur. (^_^)
Maryam Zahirah, 53 hari.
Doakan saya jadi anak solehah dan hamba Allah yang mematuhi perintahNya.
iman's note : Ya Allah yang hidup dan berdiri sendiri, dengan rahmat dan kasih sayang Mu, aku memohon pertolongan dan janganlah Engkau biarkan aku bersendirian walaupun hanya sekelip mata dan perbaikilah setiap urusanku dalam mendidik amanahmu ini... Amin
**imannurbalqis**
...5/13 : 25 untuk ENCIK M...
Sungguh, hanya kalimah suci hamdallah yang mampu hambaMu ini panjatkan buatMu atas rasa terima kasih, syukur dan malunya hamba dengan Engkau Ya Allah atas pinjaman insan yang bernama Abdul Muhaimin bin Abd. Hamid sebagai suami hamba di dunia ini. Moga hendaknya kami berdua berusaha untuk terus bersama di akhirat sana. Hakikatnya, dia adalah firdaus (syurga) dunia buat hamba Ya Allah. Alhamdulillah Ya Allah, kurniaan yang cukup istimewa dariMu Pencipta yang sangat kaya dengan cinta, Tuhan tempat bergantung segala sesuatu kepadaNya, Rabb yang menjadi puncak tertinggi Tauhid kami - Bahawa Engkaulah yang menjadi Tuhan untuk segalanya, untuk rezeki kami, untuk kesihatan kami, untuk nyawa kami, untuk masa depan kami, untuk jodoh kami, untuk zuriat kami, untuk harta kami malah untuk hati kami. Hati kami berdua. Tidak dilupakan juga, ummi dan ayah, terima kasih atas didikan yang diberikan pada insan ini kerana sekarang Ina mampu untuk berada di belakangnya sebagai makmum. Tahniah, ummi dan ayah. Doakan kami dapat mendidik anak-anak kami untuk menjadi jambatan syurga buat kami kelak.
Happy Birthday to my other half, a man whom is so dear to my heart, my best friend and my soul mate. I always pray for his happiness in this world and in hereafter. May Allah bless him with countless blessings. Allahumma Ameen...
iman's corner : Masih dalam pantang. Nak keluar tak dapat, nak masak tak mampu, taip jea yang mampu.
**imannurbalqis**
...4/13 : KOPIAH atau TUDUNG?...
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat-sahabat dan pembaca blog Kak Ina. Didoakan agar sahabat-sahabat dan pembaca semua berada dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa dalam rahmat serta maghfirah ALLAH SWT. Selawat dan salam tidak lupa juga diucapkan buat Baginda Nabi Muhammad s.a.w yang berjuang bersama para sahabat menaikkan syiar Islam dan meyebarkan risalah membawa kita dari alam kegelapan (Jahiliyyah) hinggalah ke alam yang kita rasakan sekarang. Syukur dipanjatkan kepadaNYA kerana masih lagi ada hati-hati yang mencintai jalan ISLAM yang suci lagi benar. Semoga kita tidak leka dengan hidangan dan kesibukkan dunia yang boleh menjerumuskan kita kepada kebinasaan. Mudah-mudahan cuti seminggu persekolahan ini pasti memberi ruang dan peluang untuk anak-anak yang belajar rehat seketika. Almaklumlah, 5 hari seminggu ke sekolah. Dari pagi hingga ke petang.
Alhamdulillah, hari ini Kak Ina masih lagi diberi peluang untuk menconteng laman ini sebelum bercuti lamo-lamo. Dah berdebu rasanya. Nak masuk April dah. Hari ini 28 Mac, ada cerita di sebaliknya yang nak dikongsi bersamo. (^_^) Sapo nak jadi Montori Bosa Noghori Sembilan? Moh doreh angkat tangan. Ngeh3. Sebagai rakyat Noghori Semilan, Kak Ina raso tak berapo nak raso juga keadaan noghori kerajaan sementaro ni. Sobab eh, dari tahun lopeh laie wakil rakyat kawasan Kak Ina nie dah tak do. Raso tak sobar nak mengundi nie. Esok bilo dah ado wakil rakyat, bondo pertamo Kak Ina nak minta line talepon. Dah masuk era transformasi dah kato eh tapi kek ghumah Kak Ina tak do juga line talepon. Agak-agak eh kawasan corok manolah Kak Ina duduk.
Kali ini yang mungkin entri terakhir untuk bulan Mac, Kak Ina nak bawa pembaca semua sama-sama merasai kehebatan dan kekuasaan Pencipta kita. Esok, Jumaat, 29 Mac 2013. Kalau ikutkan esok tarikh due date Kak Ina delivery baby. Dah 40 minggu rupanya baby teman Kak Ina ke hulu ke hilir. Tapi apa yang akan berlaku esok kita tetap tak tahu. Alhamdulillah, ALLAH SWT bagi peluang Kak Ina bertemankan Encik M dalam menunggu kelahiran permata hati tapi masih lagi tak ada tanda-tanda baby nak keluar. Hanya doa dititipkan dan tawakkal diserahkan pada ALLAH SWT. DIsebalik rahsia kelahiran disembunyikan oleh ALLAH SWT, rupanya banyak perkara yang dipelajari tanpa disedari. Kalau boleh ditempah-tempah tarikh kelahiran pasti huru-hara rasanya insan-insan yang bakal bergelar ibu dan ayah ini. Mana tidaknya, berebut nak tarikh istimewalah, sentiasa berasa selamat dan yang paling minta dijauhkan berasa diri lebih berkuasa tanpa memohon pada yang Esa. Apabila berkongsi cerita dari insan-insan yang dah berpengalaman, ada kelahiran yang awal ada juga kelahiran yang lewat dari jangkaan. Namun, apa yang pasti akan terkeluar dari mulu-mulut insan ini, "Tak kisahlah keluar bila. Yang penting baby dan maknya selamat. Banyak-banyak minta pada ALLAH." Allahu Rabbi, bila pengharapan diserahkan pada ALLAH SWT sepenuhnya, rasa diri tidak pernah berkeseorangan.
Dalam pada berkongsi kegembiraan dengan kelahiran anak rakan-rakan dan teman-teman. Terlintas juga rasa, bilalah pula tiba masa kita. Bagaimana perasaan tatkala itu, rasanya, keadaannya. Allahu Rabbi. Rahsia yang cukup disimpan elok dan akan diketahui tatkala harinya tiba. Seperti firman Allah, Surah Luqman ayat 34, "Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat dan Dialah jua Yang Menurunkan hujan dan Yang Mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung) dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (samada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuanNya." Penantian itu menjadi cukup-cukup bahagia. Mana tidaknya, suami akan selalu bertanya tentang keadaan isteri. Isteri pun akan sentiasa merasa diri dihargai. Kasih-sayang yang ALLAH SWT ciptakan ini memberi peluang untuk suami isteri menjadi lebih bersedia untuk menerima insan yang sangat mereka kasihani.
Apabila kita meletakkan sepenuh pergantungan kepada ALLAH SWT, tanpa disangka-sangka keadaan yang akan diterima sungguh manis dan tidak akan dilupakan sampai bila-bila. Mana tidaknya, kita akan lebih dekat dan sentiasa bersama denganNya. Hal ini kerana kita tahu dan sedar ALLAH SWT berkuasa atas kehendaknya. Tiada upaya dan kuasa untuk kita menghalanginya. "dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu." At-Talaq, ayat 3. Subhanallah, sungguh hebat ALLAH SWT dan akuilah bahawa kita adalah hambaNya selama-lamanya. Kejarlah redhaNya dalam apa jua keadaan kita. Dan semoga Allah mengira setiap amalan kita sebagai ahsanu a’mala, amalan terbaik yang bakal kita persembahkan padaNya di akhirat kelak.
bismillah hi tawakkal tu `alallah
la haulawala kuwwata illa billah
la haulawala kuwwata illa billah
iman's corner : Ramai yang bertanya baby boy atau girl. Kami pun tak tahu lagi nak beli kopiah atau tudung. Kalau boleh nak beli dua-dua. (^_^) Indahkan rahsia ALLAH SWT itu. Hari ini berdua, esok dah bertiga. Subhanallah. Doakan kami yea~
**imannurbalqis**
...3/13 : cerita malam Sabtu...
Sahabat,
Jika hari ini aku terlalu gembira,
sedarkanlah dengan amaran-amaran Allah S.W.T.
Jika aku bersedih tanpa kata,
pujuklah aku dengan tarbiyah Pencipta.
Jika aku lemah tak berdaya,
ingatkanlah aku dengan kehebatan Syurga.
Jika antara kita ada tembok pemisahnya,
ajaklah aku untuk meleraikan segera.
Jika pernah hatimu terluka,
luahkanlah agar aku berubah.
Dan jika esok lenaku tanpa jaga,
iringilah lenaku dengan kalungan Al-Fatihah.
Berjanjilah sahabat,
ukhuwah kita hingga ke Syurga.
Terujalah dengan kata-kata Imam Al-Ghazali,
"Ukhuwah itu bukan pada indahnya pertemuan,
tapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya dalam doanya"
Read more
Jika hari ini aku terlalu gembira,
sedarkanlah dengan amaran-amaran Allah S.W.T.
Jika aku bersedih tanpa kata,
pujuklah aku dengan tarbiyah Pencipta.
Jika aku lemah tak berdaya,
ingatkanlah aku dengan kehebatan Syurga.
Jika antara kita ada tembok pemisahnya,
ajaklah aku untuk meleraikan segera.
Jika pernah hatimu terluka,
luahkanlah agar aku berubah.
Dan jika esok lenaku tanpa jaga,
iringilah lenaku dengan kalungan Al-Fatihah.
Berjanjilah sahabat,
ukhuwah kita hingga ke Syurga.
Terujalah dengan kata-kata Imam Al-Ghazali,
"Ukhuwah itu bukan pada indahnya pertemuan,
tapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya dalam doanya"
iman's corner : Aku bukanlah yang sempurna. Sempurnakanlah kekuranganku dengan kelebihanmu kerana kita datang dari Yang Maha Sempurna.
**imannurbalqis**
...2/13 : 7 TAHUN sudah...
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera buat semua sahabat-sahabat dan pembaca blog kak ina. Ketemu lagi kita dalam entri yang kedua tahun ini. Entri ini merangkap entri pertama dan terakhir bulan Februari. (^_^) Segala pujian bagi ALLAH s.w.t, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, keluarganya, para sahabat serta tabiin sekalian. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk memanfaatkan diri dalam sisa-sisa hidup yang ada. In Shaa Allah, dengan izinNya juga kita akan terus memakmurkan bumiNya ini. Bulan Februari merupakan bulan yang paling sikit harinya iaitu 28hari. Kalau 4 tahun sekali jadi 29hari. Walaupun sedikit harinya tapi cukup bermakna buat diri Kak Ina.
Hari ini 23 Februari 2013 menimbau semula kenangan 23 Februari 2007 yang lalu. Sudah 7 tahun rupanya, arwahyarhamah mak Kak Ina mengadap Illahi. Allahu Rabbi, 7 tahun walaupun rasanya sudah lama tapi masih lagi terasa hangat belaiannya. Sangat, sangat merinduinya. 7 tahun tanpa insan bergelar ibu sememangnya buat hati Kak Ina kosong tanpa kasih-sayangnya. Di saat insan lain mengadu di riba ibu mereka, Kak Ina hanya mampu menghadiahkan Al-Fatihah pada arwah. Rasa cemburu tetap ada bila melihat mereka yang masih ada ibu. Tak mampu digambarkan rasanya. Moga Kak Ina masih mampu berbakti padanya walaupun arwah sudah tiada. Alhamdulillah, Allah s.w.t tetap adil kepada hamba-hambanya. Kini, Kak Ina telah punya insan yang boleh dipanggil Ummi. Terima kasih ya Allah, terasa gembira kerana masih lagi diberi ruang untuk menumpang kasih.
Saat diperlukan, dia menghulurkan. |
Kini, Kak Ina pun akan merasai nikmat untuk menerima gelaran yang sangat bermakna itu juga. Subhanallah, dengan izinNya tinggal beberapa bulan lagi akan melahirkan seorang permata hati. Mungkin perasaan yang selama ini arwah rasai, Kak Ina akan turut rasai. Di saat menghitung hari ini, naluri keibuan itu terasa membuak-buak. Namun, adakah Kak Ina mampu untuk menjadi sesabar arwah dalam mendidik anak-anaknya. Kadang-kadang rasa takut menyapa, risau menerpa. Teringat juga ketika rakan-rakan menyebut, "Alhamdulillah, mak aku masih ada. Kurang sikit rasa tekanan." Di saat itu, syaitan mula menyuntik rasa iri hati dan kecewa. Astagfirullah al'azhim. Bukan mahu menyalahkan mereka tetapi memandang dari sudut positif yang diri ini masih perlu dimuhasabah agar menyedari bahawa setiap yang ada di dunia ini bukan milik kita. Malahan, setiap kejadian yang menimpa mempunyai hikmah yang tersendiri.
Allah s.w.t itu sayang pada kita dan Dia sesekali tidak pernah jauh dari kita. Tiap hari, tiap detik, tiap saat dan waktu Allah s.w.t sentiasa ada dengan kita. Andai ada perkara yang menimpa, cukuplah Allah s.w.t sebagai pelindung dan tempat untuk kita bergantung harap. Manusia hanya sebagai alat untuk memudahkan segala urusan kita. Allah s.w.t merupakan pemilik mutlaknya. Kak Ina yakin dan percaya kita semua mempunyai kemahuan dan keinginan yang boleh menyenangkan dan membahagiakan kehidupan kita. Namun, ketahuilah kita masih lagi berpegang kepada amanah daripada Pencipta dan kita akan selamanya memegang gelaran ‘hamba’ di dalam diri kita. Bukan hamba kepada manusia dan harta tetapi hamba kepada PENCIPTA kita. Wahai diri, belajarlah untuk redha kerana di situ ada SYUKUR.
Walaupun sudah 7 tahun, kasihnya terus dirasai hingga kini. |
Mak,
Di antara beribu bintang,
Hanya kau lah yang paling terang,
Kau hadir dalam hidupku membuka ruang seri dalam hatiku,
Menyinari setiap hari dan waktu mengisi segenap ruang yang baru,
Dari mula aku kembara dalam rahimmu,
Kau senantiasa menantiku,
Takkan tertinggal walau sesaat,
Takkan terleka walau sedetik.
Ya Allah,
Terima kasih atas nikmat yang sementara ini,
Nikmat yang tiada tara dan tandingannya,
Kesyukuranku hanya dipanjatkan padaMu,
Alhamdulillah, Subhanallah, Allahuakbar...
Menangislah jiwa yang tenang dengan rasa syukur,
Dengan kenangan yang terindah dariNya,
Kerana diberi peluang bersama dengannya walaupun seketika,
Al-Fatihah buat Allahyarhamah Ramlah binti Zakaria.
iman's corner : Hargai ibu-ibu kalian kerana hanya sekali sahaja peluang untuk bercinta dengan mereka. Anakku, ummi mencintaimu.
**imannurbalqis**
...1/13 : berdua lebih BAIK...
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera buat semua sahabat-sahabat dan pembaca blog kak ina. Segala pujian bagi ALLAH s.w.t, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, keluarganya, para sahabat serta tabiin sekalian. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk terus mengetik aksara-aksara dalam meninggalkan sedikit perkongsian di laman ini. Kak Ina akui sememangnya ilham yang ada dalam melakar bait-bait indah ini adalah dengan izin ALLAH jua hendakNya. Tambahan pula, ini entry pertama untuk tahun 2013. Nak tutup blog ini rasa sayang pula, nak dibiarkan bersawang rasa bersalah pula. Alhamdulillah, masih punya peluang dan ruang untuk berkongsi rasa bersama kalian. Bagi entry pertama bulan Januari (yang tinggal sehari jea lagi dah nak Februari 2013), berlaku sedikit perubahan. Dengan rasminya penggunakan kata diri 'ana' akan digantikan dengan 'Kak Ina'. Rasanya lebih selesa panggilan itu selepas bergelar isteri. Itu perubahan pertama. Nantikan perubahan yang seterusnya dalam keluaran entry yang akan datang.
Bagi entry pertama ini, Kak Ina nak kongsi satu qoute yang memberi impak yang besar dalam kehidupan Kak Ina setelah bergelar isteri. Tanggungjawab bertambah, itu sudah semestinya. Tak dapat dinafikan lagi. Kalau dulu, buat keputusan sendiri setelah difikir-fikirkan itu tindakan yang patut diambil. Sekarang, mesti tanya pandangan dan pendapat Encik M dulu. Kalau dulu, nak keluar, telefon ayah bagitahu dah ada kat mana. Sekarang, belum langkah keluar pintu rumah, kena minta kebenaran Encik M dulu. Kalau bagi, bolehlah keluar, kalau tak, duduklah diam-diam. (^_^) Itulah hakikatnya bila dah suami. Memang itu haknya dan kita tak boleh lari melainkan kalau tak kahwin lagi. Namun, apa yang pasti berdua itu lebih baik dari seorang. Berdua lebih baik, itulah yang kita nak kongsi pada entry kali ini.
Hakikatnya, pelangi akan muncul setelah hujan turun.
Kehidupan selepas alam pernikahan bukanlah seperti yang kita idamkan manisnya sentiasa. Kadang-kadang pahit menjengah, payau terasa, masin dicicip. Semuanya untuk mendapat rasa yang enak dan lazat. Kalau terlalu manis, takut rosak gigi pula. Kalau dah stage ketiga tahap manisnya, takut kena kencing manis pula. Sekarang, Kak Ina dan suami masih lagi PJJ (Negeri Sembilan - Johor). Kadang-kadang perlu bertolak ansur dalam membuat keputusan untuk mengelakkan salah faham bila duduk berjauhan. Namun, dalam PJJ itu juga, Kak Ina boleh analogikan pernikahan ini seperti memandu kereta. Iyealah Encik M akan balik memandu kereta seorang diri dari Johor ke Negeri Sembilan. Boleh dikatakan saban minggu juga. Rasa kasihan, simpati dan tak sampai hati memang ada tapi takkan nak kata jangan balik pula. Tak baik. Tak baik. Seharusnya sebagai isteri mengalu-alukan kepulangannya dan gembira dengan ketibaannya.
Memandu seorang diri itu tidak mustahil tetapi ia sukar. Namun, sekiranya ada teman disisi, perjalanan yang sukar menjadi kurang sukar.
Hidup tanpa pasangan yang halal itu tidak mustahil. Lagipun, pernikahan itu asalnya sunat dan bukannya wajib. Tetapi apabila keperluan untuk berkahwin itu muncul dan kehidupan menjadi agak sukar, maka kehadiran si dia yang halal dapat membantu kita meneruskan kehidupan sehingga hujung nyawa hendaknya. Apa yang pasti, cabaran yang ada diharungi bersama. Apabila memandu, adanya seseorang di sebelah pemandu untuk membantu. Di sebelah, bukannya di belakang. Dalam pernikahan, yang membimbing juga perlu dibimbing. Isteri perlukan suami dan suami perlukan isteri. Maka sebelum pernikahan, kita harus menyiapkan diri kita untuk membimbing pasangan kita. Kita tidak boleh mengharapkan bimbingan tanpa adanya kemampuan diri sendiri untuk membimbing. Ketahuilah, si dia juga perlukan bimbingan. Hakikatnya, tak semuanya kita tahu.
Bawa kereta canggih macamana pun, kalau sorang-sorang tetap tak best.
Dalam alam pernikahan, kita perlu bersedia untuk dibimbing dan membimbing sebabnya perjalanan ini jauh dan meletihkan. Kadang kala kita di atas highway yang lurus. Rileks je nak memandu. Tekan minyak jea. (^_^) Tapi hakikatnya kebanyakan masa kita di atas jalan yang lenggang-lenggok, naik bukit turun bukit, dan berlubang-lubang. Memandu harus berhati-hati. Bila ada seseorang di sisi pasti akan mengingatkan kita dan memastikan pemandu untuk kekal fokus ketika memandu. Kadang-kala pemandu tersesat jalan! Maka sama-sama membantu untuk kembali ke jalan yang asal. Seorang drive, seorang lagi tengok peta. Mungkin berhenti sekejap untuk tanya orang. Kadang kala kereta rosak! Maka harus minta bantuan mekanik. Itulah kehidupan. Takkan selamanya senang. Kadang-kadang kita tersilap langkah, maka kita bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. Hidup ini ada jatuh bangunnya. Lebih-lebih lagi kehidupan selepas pernikahan. Penuh dengan cabaran. Cabaran inilah yang akan dilalui bersama. Teman yang halal akan menghulurkan tangan untuk bangun dan memimpin tangan untuk terus berjalan dengan diiringi keredhaan dari Allah s.w.t. In Shaa Allah, bahagia yang menjelma.
Kalau inginkan kehidupan yang hanya senang-lenang di dunia ini, maka kita tersilap alam. Kehidupan seperti itu hanya wujud di Syurga. Sekiranya inginkan Syurga, harungilah dulu dunia dengan ajaran yang telah Islam gariskan. Carilah teman yang boleh membimbing kita. Owh, jangan kita lupa yang kita ada penumpang-penumpang di belakang. Siapa lagi kalau bukan anak-anak kita! Kalau tak reti drive, berani ke nak bawak anak sekali? Tambah-tambah tak ada lesen lagilah tak berani nak pegang stereng.(^_^) Bagaimana kita hendak bernikah jika ingin membimbing anak pun tidak mampu? Sanggupkah kita melihat anak-anak kita terbabas? Sudah semestinya tidak. Sumbangan terbesar kita dalam memastikan mereka tidak terbabas ialah dengan memastikan diri kita sendiri ialah pemandu yang cekap. Pemandu yang cekap akan mendidik penumpang-penumpangnya untuk menjadi pemandu-pemandu masa depan yang juga cekap. Parenting starts before marriage and the first child you raise is yourself.
Dalam memandu, kita akan cuba sedaya upaya untuk sampai ke destinasi dengan selamat. Perjalanan yang jauh dan memenatkan akan dilihat seperti tiada apa-apa setelah kita sampai ke destinasi dan boleh berehat dengan secukupnya. Perjalanan kehidupan ini juga jauh dan memenatkan. Namun, setelah segala cabaran dan dugaan dilalui bersama, di mana destinasi akhir kita? Tempat untuk kita berehat selama-lamanya? Atau, apakah kita selama ini sebenarnya memandu tanpa haluan? Tiada destinasi akhir dalam perancangan perjalanan kita? Ke mana kita hendak bawa pasangan dan anak-anak kita pergi? Pandulah pernikahan kita dengan matlamat dan selamat hingga ke syurga. In Shaa Allah. Nampaknya dari berdua lebih baik, harus ditukar lagi ramai lagi baik. Bukan ramai isteri yea, ramai anak.(^_^) Barakallahufikum.
iman's corner : Sorang sudah, berdua pun sudah, tunggu masa nak bertiga pula. Mudah-mudahan Encik M dapat tukar Negeri Sembilan. Kesian abi, drive sorang-sorang. Mohon doa kalian yea.
**imannurbalqis**
...last words : 31 December 2012...
Hidup ini adalah nikmat yang paling indah...
Hanya bila kita tahu menghargainya...
Biarpun laluannya susah, payah, berliku dan memeritkan...
Apa yang pasti, hikmahnya membuahkan syukur yang tidak terhingga...
It's doesn't matter if you win or lose, it's how you play the game...
Ketahuilah Allah s.w.t sentiasa ada bersama kita...
Siru A'la Barakatillah...
iman's note : Moga Allah memberkati hari-hari yang telah dan akan ku lalui... Allahumma Ameen...
**imannurbalqis**
...USRATI...
...MAN ANA...
...PETI SURAT...
...MASA...
...TAWARIKH...
...MUTIARA KATA...
...AHLAN WASAHLAN...
...KOREKSI DIRI...
...INTERAKSI MAYA...
...INTELLECTUAL CALIPH...
...LAMAN INFORMASI...
...SMKA SHAMS,N9...
-
Student Mummy7 years ago
...INTRA IPGKPM...
-
`madam`9 years ago
...PRODUK IPGM...
-
Huruf Jawi Tahun 23 years ago
-
Konvokesyen Peringkat Sarjana5 years ago
-
2014 : 22 days before ramadhan..10 years ago
-
Jiddiyah si Pemuda Rabbani10 years ago
-
Adakah Lagi Pengampunan10 years ago
-
-
mac 201311 years ago
-
Meting Sekolah 27-12-1211 years ago
-
Kembali Menemui Rab...12 years ago
-
Bahaya Khurafat sepanjang Euro 201212 years ago
-
Gerhana Bulan : Bukti Kebesaran Allah12 years ago
-
Kan ku Cuba...12 years ago
-
Dahsyatnya Tenaga DOA12 years ago
-
Aktivis Muslimah Harapan Rasulullah13 years ago
-
-
-
-
...BICARA MAYA...
.::I'M ONLY SERVANT OF ALLAH::.
Powered by Blogger.