.::I'M ONLY SERVANT OF ALLAH::.

"Di perhentian terakhir itulah manusia akan hidup berkekalan sama ada dengan limpahan NIKMAT selama-lamanya atau menghadapi AZAB, juga selama-lamanya. Sebelum tiba di titik pengakhiran itu, manusia akan terus mengembara..."

...JALINAN UKHUWAH...

...MELAKAR PELANGI...

Daisypath Anniversary tickers

...KEEP IN MEMORY...

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

PERMATA HATI UMMI ABI

Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers
Showing posts with label hari ini dalam sejarah. Show all posts
Showing posts with label hari ini dalam sejarah. Show all posts

...14 Mac 2012: termetrai sudah...

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Segala pujian bagi Allah, Tuhan kepada segala makhluk di muka bumi dan langit. Selawat dan salam buat kekasihku junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, penghulu kepada segala nabi dan rasul. Alhamdulilah, puji dan syukur hanya kepada Allah, yang telah memanjangkan usiaku, dan mengizinkanku merasai indahnya hidup di bawah bayangan tarbiyyah. Jika dilihat pada analisa 'update' laman sesawang ini makin lama makin merosot nampaknya. Allahu rabbi. Hati ini meronta-ronta nak mengimarahkan laman ini namun apakan daya ada perkara yang lebih penting perlu diutamakan. Setelah dua bulan bergelar "teacher" banyak perkara yang perlu dimuhasabah semula. InsyaAllah, surah Al-Hadid ayat 4 menjadi pegangan.


~cover holder yang cantik~

Alhamdulillah, dua minggu lalu sudah dianugerahkan dengan Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian Sains Pendidikan Rendah kelas dua bahagian atas. Asasnya, pesta konvokesyen yang diadakan bertujuan untuk meraikan graduan-graduan yang berjaya mendapatkan ijazah hasil kerja keras sepanjang proses pengajian dan pengalaman pencerahan ilmu di medan latihan ini. Seharusnya, untuk setiap kejayaan itu, perlu ada keraian sebagai perangsang untuk terus maju pada masa hadapan serta merintis jalan untuk melebarluaskan jalur intelek dan etika dalam masyarakat secara amnya. Namun, makna konvokesyen itu berbeza bagi setiap orang yang merasainya. InsyaAllah, ini Ijazah pertama dan pemula yang diterima. Biiznillah, ana akan teruskan lagi untuk ke tangga yang seterusnya. Bukan sekadar menempah giliran untuk berada di pentas sarjana dan Doktor falsafah menjadi tujuan utama tetapi nilaian ilmu yang dituntut menjadi hasrat di hati agar dapat disebarkan luaskan lagi untuk dimanfaatkan. InsyaAllah.


~Timbalan Menteri Pelajaran II yang menyampaikan~

Perjalanan 5 tahun setengah punya banyak cerita dan kenangannya. Benarlah kata-kata hikmah yang mana guru adalah pengalaman yang terbaik. Kita perlu belajar dari pengalaman yang ada. Sekiranya dulu selepas UPSR, ingin merasai lagi saat-saat kanak-kanak. Kemudian setelah SPM, merindui saat bergelar sebagai pelajar sekolah. Dan kini, merindui alam kampus yang menjadi gelanggang latihan yang membentuk jiwa ini. Allahu rabbi, manisnya rasa walaupun ada macam-macam cabaran yang dihadapi. Banyak hikmah yang Allah s.w.t aturkan untuk ana apabila dimuhasabah semula. Terlalu banyak. Sejauh mana kebergantungan ana kepada Allah? Di manakah tahap kebergantungan ana kepada Allah? Hanya diri sendiri yang mampu menjawabnya. Didikan yang cukup-cukup bermakna. Sewaktu dalam perjalanan ke PICC, Putrajaya 14hb Mac yang lalu, ayah ada menyatakan syukurnya yang membuatkan ana benar-benar terusik "Alhamdulillah, kak. Allah dah tentukan tempat terbaik untuk akak. Walaupun dulu sampai merajuk-merajuk tak nak keluar dari IIUM." Ana hanya mampu lemparkan senyuman dan katakan "Alhamdulillah, tempat terbaik Allah bagi ayah. Terima kasih ayah, sanggup layan rajuk akak. Minta maaf kalau ada salah-silap." (^_^) Kejayaan tidak akan dirasai oleh kita sahaja bahkan orang disekeliling kita turut sama-sama meraikannya. Alhamdulillah, ayah tersenyum lebar ketika di PICC. Mungkin kegembiraannya tidak dapat digambar.


~Ayah cukup adil dengan anak-anaknya.
Saat Usop menjadi graduan, tiada bunga yang dibeli.
Sama juga di PICC, tiada bunga yang dibeli.
Ayah kata selagi bernyawa, doa ayah takkan layu untuk anak-anaknya.~

Rasulullah s.a.w mengajar kita supaya berdoa dengan doa ini: ”Ya Allah janganlah Engkau serahkan diriku kepada diriku sendiri walaupun sekelip mata.” Mengapa? kerana diri kita lemah, ilmu cuma ‘sekerat’, kudrat kita terhad. Mana mungkin kita dapat mengharungi kehidupan yang begitu mencabar ini hanya bersandarkan kekuatan diri. Justeru, dalam doa itu Rasulullah s.a.w berpesan agar serah dan pasrahkanlah hati serta diri kepada Allah s.w.t. Hakikatnya, kita tidak mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita sendiri. Kita hanya penerima, kita bukan Pemberi. Yang memberi ialah Allah s.w.t, dan Allah s.w.t menegaskan apa yang diberikanNya untuk kita adalah baik belaka. Namun akal kita tidak akan mampu mengetahui rahsia di sebalik yang pahit, pedih dan sakit. Mahunya yang manis-manis sahaja. Apatah lagi nafsu. Ia akan memberontak apabila terjadi sesuatu yang berlawanan dengan kehendak tabienya. Bersangka baik dengan Allah s.w.t, takkan rugi sebab siapa kita nak bersangka buruk dengan Pencipta kita sendiri Yang Maha Agung.

Saat pulang dari PICC, ana belek beberapa kali Ijazah yang diterima sepanjang perjalanan. Hanya sehelai kertas, namun menjadi ukuran di mata manusia. Di mata Maha Pencipta pula adalah proses keberhasilan dan kejayaan dicipta menjadi aspek penilaiannya. Mudah-mudahan Allah s.w.t berkati segala usaha sebelum ini untuk memudahkan lagi perjalanan seterusnya. Belajar takkan pernah tamat dan tidak mengenal siapa gurunya. Hatta sampai mati pun, ilmu takkan pernah habis dicari. Itulah yang dapat ana simpulkan selama 23 tahun hidup ini. Dalam mendapatkan ilmu, sumbernya perlu sahih dan bertepatan dengan apa yang telah digariskan dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Kesungguhan mendapatkan ilmu takkan pernah rugi, namun niat di hati perlulah suci. Sebar luaskan ilmu yang diperolehi agar usahanya terus diberkati Illahi. Wallahualam~


iman's note: Ada dah yang mempelawa untuk bersama-sama ke peringkat Sarjana hujung tahun ini. Namun, diri ini punya matlamat tersendiri. Biiznillah, bila tiba masanya akan bergelar "mahasiswa" semula.

**imannurbalqis**

Read more

...SAYA yang menurut perintah...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera pada semua pembaca. Segala puji dan puja hanya bagi Allah s.w.t yang memberikan kita pelbagai nikmat dan anugerah kurniaan. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, Junjungan Mulia yang telah menggerakkan suatu perubahan yang besar dalam sejarah peradaban manusia dengan risalah agung daripada Ilahi. Dengan demikian, kita haruslah berterima kasih kepada Rasullah s.a.w, kerana jasa bagindalah, maka kita hari ini pandai menulis, membaca dan mengira. Dalam masa yang sama, kita juga patut bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana memasukkan ilmu ke dalam dada kita dengan perantaraan para guru. Ayat 3 hingga 5 surah al-`Alaq sudah cukup terang dan jelas mengenai perkara ini.



Nabi dan rasul diutuskan oleh Allah s.w.t sebagai guru untuk mengajar manusia dengan ilmu yang benar, iaitu ilmu yang Allah wahyukan kepada mereka. Mereka mengajar ilmu tentang ketuhanan, tentang perkara yang baik dan buruk, mereka mengajak manusia melakukan perkara yang baik dan meninggalkan yang buruk. Mereka mengajar manusia supaya ingat bahawa hidup di dunia ini hanya sementara sahaja. Semua akan mati dan kemudian akan dihidupkan semula untuk diberi balasan terhadap perbuatan mereka semasa hidup di dunia. Guru-guru pun demikian juga. Mereka mengajar manusia supaya pandai membaca dan menulis. Mengenal Tuhan, faham maksud adanya semua benda yang dapat dilihat, faham tingkah laku yang baik dan yang buruk. Mengajar manusia supaya mereka dapat menjalani hidup dengan kerjaya masing-masing dan mendapat keredaan Allah s.w.t. Mengajar manusia supaya menjadi insan yang berguna kepada keluarga, masyarakat, bangsa dan negara. Melihat kepada aspek-aspek inilah dikatakan guru mewarisi tugas para nabi.

Alhamdulillah, debaran menunggu kini sudah dapat jawapannya. NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS. Negeri pertama yang akan ana curahkan khidmat sebagai seorang pendidik. Bersyukur kerana diberi peluang untuk berkhidmat di tanah tumpah darah ana sendiri. Walaupun tidak mendapat peluang untuk merantau dan merasai suasana baru seperti rakan-rakan yang lain, ana anggap ini adalah pemberian yang terbaik daripada kabel ana, Allah s.w.t. Sememangnya ayah mengharapkan ana berada di Negeri Sembilan agar ana dapat membantu uruskan adik-adik ana. Tak pe, ayah. InsyaAllah, selagi termampu akak akan cuba bagi yang terbaik.



Tahniah buat rakan-rakan PISMP Sains ambilan Januari 2008, IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka. InsyaAllah, tempat yang kita dapat adalah tempat yang terbaik untuk kita. E akan berada di Pahang. Amie, Naem, Haizah, Shida, Ika dan my x-roomate, anis akan berkhidmat di Selangor. Ejad, Sue, Dilla dan Warid akan mengajar di Johor. Tak lupa juga, Ti di Terengganu, Kak Wa di Johor dan Fifi di Selangor. Tahniah, kalian dapat senegeri dengan suami. Rahmah dan Sarah pula akan berbakti di negeri sendiri, Perak manakala Asmeda akan terus berada di Johor. Kak syafa pula akan akan terus berada di Melaka. Sementelahan, Farina akan menemani ibunya di Pulau Pinang. Buat Eni, Azi, Teha, Zatul dan Syera yang akan terbang ke Sarawak, kalian adalah insan terpilih untuk berkhidmat di sana. Buat semua guru-guru keluaran IPG KPM, kita perlu sedia walau di mana kita berada. Buat semua produk-produk guru IPGM ambilan Januari 2008, kita adalah duta IPGM setelah 5 tahun setengah berada di sana. Walau di mana jua kita ditempatkan, redha dan terimalah kerana itu yang sebaiknya.

Masihkah kalian ingat kata-kata ini, "Saya sedia berkhidmat di mana sahaja saya ditempatkan." Kalau kat letter head IPG dulu, mesti ada kalimah ini, "SAYA YANG MENURUT PERINTAH." Walaupun tak nak ikut perintah pentadbiran pun, ikutlah perintah Allah s.w.t yang menyuruh kita agar memanfaatkan diri kita pada orang di sekeliling kita. Bersyukurlah kita kerana kita menyambung tugas para nabi, para rasul dan alim ulama' iaitu TABLIGH - menyampaikan. Allahuakbar, tugas besar sangat rakan-rakan. Pembangunan modal insan seharusnya bermula daripada peringkat akar umbi lagi. Justeru, dalam usaha ‘melentur buluh dari rebungnya’, tidak dapat dinafikan bahawa profesion kita memainkan peranan yang amat penting. Mengajar kanak-kanak yang tidak berdosa daripada tak tahu kepada tahu. Yang dah tahu menambah lagi untuk mengambil tahu. MasyaAllah. Sekiranya kita betul-betul tanamkan niat untuk mendidik generasi pewaris negara ini sebaik-baiknya natijahnya nanti bawa hingga kita ke alam kubur esok. Allahuakbar. Ketahuilah, karisma seorang guru sememangnya mampu memberikan impak yang besar kepada pembangunan integriti anak didiknya.



Guru-guru sekalian, kanak-kanak kecil itu sedang menanti kita. Pandangannya penuh rasa dahagakan ilmu. Warga sekolah sangat-sangat meraikan kehadiran kita. Senyumannya penuh kemesraan berpasukan. Masyarakat sedang menghulurkan tangan untuk kita sambut. Huluran mereka penuh pengharapan bantuan kita. Pandanglah pada mereka, senyumlah pada mereka dan sambutlah huluran mereka. Sedialah untuk memberi. Mereka perlukan ana. Mereka perlukan kalian. Pasti. Mereka semua perlukan kita. Sebaiknya kita manfaatkan sisa masa yang kita ada untuk tanam pahala akhirat. InsyaAllah, Allah s.w.t akan permudahkan urusan kita. Jangan pernah putus untuk berdoa.(^_^)

Yang Menurut Perintah,

~SAYA~

iman's note: Negeri Sembilan ada 7 daerah, manakah daerah yang sudi menerima kehadiran diri ini?

**imannurbalqis**

Read more

... 1: 2012 ...

iman's note: Alhamdulillah, masih merasai nikmat kehidupan. Terus meniti sisa hidup yang ada untuk menggapai keredhaan-Nya.

**imannurbalqis**

Read more

...penanda BUKU : 1...


Di sudut hati seorang ayah pasti ada rasa bangga atas kejayaan anaknya. Walaupun bukan dia yang berada di pentas dan menerima skrol tapi "itu anak saya".


Kita menuntut ilmu sebenarnya adalah kerana Allah dan RasulNya. Allah dan RasulNya-lah yang telah menyuruh kita menuntut ilmu. Menuntut ilmu satu ibadah kerana ilmu yang akan mendasari kehidupan seharian kita.


Tuntutlah ilmu dengan memahaminya bukan sekadar menghafalnya, tuntutlah ilmu untuk kegunaan dan kebaikan kita dan tuntutlah ilmu untuk menjadi insan berguna, berjasa dan dapat memberikan sesuatu sumbangan kepada agama, masyarakat dan negara. Ketahuilah antara pahala yang akan berterusan walaupun kita sudah tiada esok ialah ilmu bermanfaat yang disampaikan kepada orang lain dan diamalkan.


Ali bin Abu Talib pernah berkata: "Ikatlah ilmu dengan menulisnya".


Di sebalik kejayaan seseorang itu pasti ada penyokong dan pergantungan di belakangnya. Namun, apa yang pasti ialah segalanya berlaku dengan izin Allah s.w.t hendaknya.


Tahniah, dik. Ketahuilah ini baru permulaannya. Teruskan perancanganmu dengan usaha yang bersungguh-sungguh dan tawakkal disandarkan kepada Allah s.w.t. Akak pasti arwah mak bangga dengan kejayaan yang kamu cipta.

iman's note: Menanti konvokesyen bagi pemegang ijazah kejuteraan mekanikal kelas pertama. Buktikan.

**imannurbalqis**

Read more

...nota si penulis AR : 6.0...

❤❤❤❤❤¸¸ بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ ❤❤❤❤❤

Sudah 23 tahun bergelar seorang anak kepada seorang ayah. Alhamdulillah.
Sudah 23 tahun bergelar kakak kepada 4 orang adik. Alhamdulillah.
Sudah 23 tahun bergelar hamba kepada Penciptaku. Alhamdulillah.
Sudah 23 tahun merasai kesegaran oksigen kurniaan ILLAHI. Alhamdulillah.
Sudah 23 tahun merasai keindahan hijau warna pokok dengan kicauan merdu burung. Alhamdulillah.
Sudah 23 tahun merasai kebiruan latar langit yang dihiasi gumpalan awan. Alhamdulillah.
Sudah 23 tahun merasai indahnya kerdipan bintang di malam hari. Alhamdulillah.
Sudah 23 tahun merasai cantiknya purnama menghias gelapnya langit. Alhmdulillah.
Sudah 23 tahun berjalan memimpin diri di hamparan tanah yang menyuburkan. Alhamdulillah.
Sudah 23 tahun menggunakan segala pancaindera yang dianugerahi ALLAH tanpa bayaran. Alhamdulillah.
Sudah 23 tahun mengenali makna persahabatan dalam mengikat ukhuwwah islamiyyah. Alhamdulillah.
Sudah 23 tahun belajar mencari dan mengenal personaliti diri. Alhamdulillah.
Sudah 23 tahun menjalani kehidupan di muka bumi ALLAH dengan penuh warna-warni. Alhamdulillah.
Sudah 23 tahun merasai cinta ALLAH kepada hambanya. Alhamdulillah.
Alhamdulillah ya ALLAH, Alhamdulillah ya Rahman, Alhamdulillah ya Rahim.

Sebagaimana firman ALLAH s.w.t : “Bersyukurlah kepada Allah. Dan barang siapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barang siapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji. (QS Luqman : 12).

Buat diri yang serba dhaif dan kekurangan, belajarlah untuk menjadi serikandi yang tidak gentar dengan dugaan dan cabaran. Bangkitlah dengan ketabahan yang jitu dalam meraih sejuta kecemerlangan. Jadilah mujahidah, mujahidah solehah. Rendahkanlah dirimu seperti mutiara di lautan, tinggikanlah cita-citamu setinggi bintang di langit bergemerlapan. Dunia tempat untuk mu menyemai, akhirat menjadi tempat untuk mu menuai. Jadikanlah dunia sebagai tunggangan untuk mu menuju akhirat. Beribadatlah seolah-olah dirimu akan mati esok hari kerana perjalanan menuju kematian bermula sebaik sahaja diri mu dilahirkan. Sanah helwah, ya Zarina.

iman's note : Alhamdulillah, 16 Ogos 2011 jatuhnya dalam bulan Ramadhan. Menikmati nikmat umur dalam bulan yang penuh keistimewaan ini memang cukup bermakna. Moga ada barakahnya. Amin.

**imannurbalqis**

Read more

...MELAYU tinggalan Usman Awang...

Dato' Usman Awang (12 Julai 1929 - 29 November 2001) adalah seorang Sasterawan Negara Malaysia yang dikurniakan gelaran tersebut pada tahun 1983. Terkenal dengan nama penanya Tongkat Warrant, beliau adalah seorang penyair dan ahli drama yang prolifik ketika hayatnya. Usman Awang juga dikenali dengan nama Adi Jaya, Amir, Atma Jiwa, Manis, Pengarang Muda, Rose Murni, Setiabudi, U.A., Zaini dan mungkin lain-lain. Dalam tahun 1991, beliau telah di anugerahi Darjah Kebesaran Dato’ Paduka oleh Sultan Perak Darul Ridzuan yang membawa gelaran Dato’. Pada tanggal 29 November 2001, pada bulan Ramadhan, beliau meninggal dunia setelah lama menghidap penyakit jantung. Beliau ketika itu berusia 72 tahun.


Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut
Biar mati adat
jangan mati anak
Dalam sejarahnya

Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali

Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri

Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
tak dapat tanduk telinga dijinjing

Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selaga yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
anak di pangkuan mati kebuluran”

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu ?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
memiliki ekonomi mencipta budaya

Menjadi tuan di negara Merdeka!

iman's note : Melayu takkan kenal siapa dirinya sekiranya masih di takuk yang lama. Hanya goncang pada bicaranya namun tindakan masih berkira-kira. Panduannya ada, sudah lama tersedia. Hanya tinggal melaksanakannya sahaja. Terima kasih, ya ALLAH.

**imannurbalqis**

Read more

...6.6.2011...

Di saat cinta menyemai rasa di jiwa

Menghiasi hidup indah kan masa

Luluhkan dengki menghapuskan benci


Kala cahaya-Nya

Membuka mata yang terlena

Sedarkan dari nafsu akan dunia

Rasa yang fana dan maya semata


Kan ku ungkap rasa yang terindah

Tentang berkembangnya cinta

Yang semerbak wangi dalam jiwa

Yang kekal abadi selamaya


Hanyalah untuk ALLAH

Kan kupersembahkan

Cinta tertinggi dan termurni

Yang tumbuh dalam nurani


Hanyalah untuk ALLAH

Kan kusandarkan

Segala pengharapan dan doa

Beri daku cahaya-Mu


Hanya Pada ALLAH kusandarkan

Hanya Pada ALLAH kudoakan

Hanya Pada ALLAH kuharapkan



iman's note : Mencari keredhaan dan kebahagiaan dunia dan akhirat. Selamat Hari Lahir buat Nendaku : Che Som bt Abdul Ghani yang ke-70. Selamat Ulang Tahun Pernikahan buat Pak Cik dan Mak Cik.

**imannurbalqis**

Read more

...koreksi 1 Mei...

Bismillahirrahmanirrahim dan assalamualaikum w.b.t buat semua sahabat-sahabat dan pembaca laman sesawang ini...Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran kepadaNYA di atas kurniaan-kurniaan yang tidak terhingga...Segala nikmat dan pemberian yang tidak terhingga ini tidak lain tidak bukan adalah tanda sayang dan cintanya Allah terhadap hambanya... Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan mereka yang syirik dan munafiq... Selawat dan salam tidak lupa dipanjatkan buat Nabi junjungan kita Muhammad Habibillahi SAW kerana telah berjuang dari kesengsaraan umat hinggalah kelapangan dan cerahnya langit yang kita lalui sekarang.. Semoga mata rantai perjuanganmu akan terus bergerak lancar diatas bahu-bahu kami... Amin...

1. Mei : selamat hari buruh

Alhamdulillah, kita sudah menginjak ke bulan Mei... Hampir setengah tahun kita "bekerja" di muka bumi ALLAH ini...Banyak perkara yang dilalui dan dihadapi dalam melangkah liku-liku kehidupan yang banyak ranjaunya... Hari ini 1 Mei 2011, dalam kalendar Malaysia menunjukkan hari ini adalah Hari Pekerja...Hari Pekerja bukan hari berkerja tapi hari untuk pekerja-pekerja diberi ruang untuk cuti...Cuti umum lagi...dapat dua hari..sekali dengan esok...bersyukurlah yea, wahai sekalian insan yang bernama pekerja-pekerja...Ana juga merasai ruang cuti yang diberikan... Menggunakan masa yang ada untuk menyelesaikan beberapa yang perlu dilunaskan dalam hujung minggu ini juga agar hari-hari esok lebih mudah pengurusannya...insyaALLAH... Ini juga merupakan entri pertama untuk bulan Mei ini...diharapkan ana dapat terus bekerja dalam menaip aksara-aksara ajaib ini untuk mencetuskan kalimah-kalimah cinta buat yang maha Esa dengan izinNYA juga...

Bercakap mengenai Hari Pekerja atau bahasa Negeri Sembilannya lebih dikenali sebagai "Labour Day" sangat sinomin dengan cuti dan rehat setelah penat bekerja...Suka untuk ana membawa semua pembaca untuk sama-sama kita koreksi ruang lingkup sebenar pekerja...seperti yang kita sedia maklum, pekerja merupakan orang yang berkhidmat dalam sesuatu pekerjaan...tidak kiralah di peringkat kerajaan, swasta ataupun berkerja sendiri...malahan jika kita tidak bekerja pun sebenarnya kita tetap bekerja...bekerja dengan siapa yea?? Jawatan yang kita sandang ini bukan jawatan yang ringan-ringan tapi jawatan yang cukup tinggi tahapnya iaitu KHALIFAH ALLAH...satu jawatan yang hanya sanggup terima dan disandang oleh makhluk yang bergelar manusia...malahan, telah berbaiah di hadapan ALLAH s.w.t yang manusia iaitu kita sanggup untuk menyandang jawatan ini...pembaca sekalian, ingatlah...kita bekerja bukan hanya untuk melengkapkan kehidupan dengan harta dan wang ringgit semata-mata tetapi bekerja adalah suruhan ALLAH s.w.t...kebanyakkan antara kita cuba untuk mendapatkan pekerjaan yang paling tinggi dan paling elok di mata manusia dalam sesuatu organisasi...itu tidak salah...malahan, digalakkan untuk meningkatkan lagi diri kita dari satu tahap ke tahap yang lebih baik...persoalannya, bagaimana cara kita bekerja? Ana bukanlah seorang pekerja tapi ana bakal bekerja..insyaALLAH, tahun hadapan...moga diberikan kesempatan...

Selama tiga bulan berada di sekolah dan bersama-sama dengan pekerja dan "bekerja", banyak perkara yang pekerja-pekerja ini luahkan dan kongsikan dalam profesion ini... ana tidaklah mahu memberi penumpuan entry ini pada profesion perguruan semata-mata tapi ana ingin berkongsi pandangan dan membuka ruang untuk berbicara tentang apa sebenarnya yang dikejar dalam pekerjaan hari ini...tidak kiralah kita ini seorang perdana menteri, senator di dewan negara, CEO syarikat, guru tadika KEMAS, pelukis di jalanan, tukang kebun di sekolah, nelayan di lautan atau pembantu rumah di bandar-bandar...bekerjalah kita sebagai apa pun...namun, yang paling utama pekerjaan kita haruslah HALAL dan BERKAT di sisi ALLAH s.w.t...Dalam firman Allah s.w.t, yang ertinya: “Dialah Dzat yang telah menjadikan bumi itu mudah bagimu, maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian rezeki-Nya. Dan hanya kepada-Nya-lah kamu (kembali setelah) dibangkitkan.” (Q.S AI-MuIk (67):15)

prinsip bekerja : ALLAH tidak menilai pada hasilnya
tapi pada sepanjang proses penghasilannya

Jadikanlah setiap dari langkah pekerjaan kita adalah ibadah kita untuk ALLAH s.w.t agar kita tidak mudah untuk mengeluh ketika diasak dengan due-date, kecewa apabila insurans tidak dibeli orang dan geram dengan perangai anak-anak murid yang kian melampau perangai dan sikapnya dari hari demi hari...Ya, ramai antara kita yang tidak berani berfikir bahawa jalan ibadah bisa menambah dan memperluas rezeki...yang kita nampak hanyalah rutin harian untuk keluar rumah waktu pagi, bekerja dan pulang waktu petang...akhir bulan dapat gaji seterusnya pergi membeli dan berjoli...tidak langsung merasai sinergi bekerja...betapa malangnya kita pekerja-pekerja...ALLAH s.w.t telah memberi kita peluang untuk merasai nikmat bekerja dengan kemanisan ukhuwah bukan dengki-mendengki, rasa syukur dengan kemampuan diri bukan dengan merasuah untuk naik pangkat, kegembiraan apabila menyelesaikan tugas dengan sebaik mungkin bukan sikap pentingkan diri sehingga menyusahkan orang ramai...sungguh rugi...Ada satu hadis yang sangat menarik, yang meriwayatkan bahawa: Pada suatu ketika Rasulullah SAW mengangkat dan mencium tangan seorang lelaki yang sedang bekerja keras. Lantas beliau bersabda: “Bekerja keras dalam usaha mencari nafkah yang halal adalah wajib bagi setiap muslim dan muslimah”. Subhanallah, indahnya bekerja...

Wahai pekerja-pekerja sekalian, kita bukan bekerja untuk diganjari di sini sahaja... bukan berhenti, bersara atau pencen penamat pekerjaaan kita...tapi laluan kita bekerja ini akan dibawa dan dinilai hingga ke akhirat kelak...kita bukan bekerja untuk majikan kita semata-mata tapi kita bekerja untuk menuai saham pahala di akhirat kelak...jika kita seorang Menteri, jadilah menteri yang amanah dalam menguruskan portfolio yang dipegang bukan rasuah sebagai makan harian...jika kita seorang doktor, jadilah doktor yang menasihatkan pesakit-pesakitnya untuk makan ubat rohani mengikut waktunya bukan hanya tawakkal pada ubat-ubat yang dibekal...jika kita seorang penjual kuih, jadilah penjual kuih yang menjual kuihnya dengan bahan-bahan yang bersih bukan sekadar menyediakan untuk mengenyangkan perut semata-mata...jika kita seorang guru, jadilah guru yang mendidik untuk kelangsungan sahsiah yang gemilang bukan sekadar meningkatkan prestasi akademik dan sekolah...jika kita seorang pembancuh kopi di pejabat, jadilah pembancuh kopi yang mengingatkan waktu solat pada peminum-peminum kopi bukan sekaki bergosip sekali sehingga tamat waktu bekerja...

Ingat, tidak semua dosa kita cukup diampuni Allah Ta’ala dengan uraian air mata sambil istigfar, namun ada dosa-dosa yang terampuni dengan bekerja keras dan bersungguh-sungguh dalam bekerja...Hal ini kerana, kerja keras dengan bersungguh-sungguh tersebut kita boleh meringankan beban dan urusan orang yang memerlukannya...Rasullullah s.a.w bersabda: “Barangsiapa yang di waktu petangnya merasakan kelelahan kerana bekerja, berkarya dengan tangannya sendiri, maka di petangnya itulah ia diampuni dosa-dosanya,” (HR Ibnu ‘Abbas). “Siapa saja yang membebaskan kesusahan dan kesulitan hidup seseorang yang beriman, Tuhan akan membebaskannya pada hari Kiamat. Siapa saja yang meringankan beban hidup orang lain, Allah akan meringankan segala urusannya di dunia dan akhirat. Tuhan senantiasa menolong hamba-Nya selama ia menolong saudaranya. (HR. Muslim). Ketika pulang dari perang, di tengah perjalanan, Rasulullah ditemui seseorang yang bernama Sa’ad al-Ansari. Sa’ad mengeluh dan memperlihatkan telapak tangannya yang pecah-pecah. Ketika Rasul bertanya : “Mengapa?”, Sa’ad menjawab: “Saya ini bekerja mencari nafkah yang halal untuk keluarga dengan cara membelah batu, kemudian batu itu saya jual. Setiap hari saya bekerja seperti itu.” Kemudian Rasul mengambil tangan Sa’ad yang kasar dan pecah-pecah itu, lalu menciumnya, sambil berkata: “Tangan seperti inilah yang kelak akan dicintai Allah.” Sesungguhnya sebaik-baik makanan bagi diri seseorang, adalah makanan dari hasil keringatnya sendiri lantaran penuh dengan berkat Allah s.w.t, yang akan menumbuhkan kehormatan diri serta menjauhkannya dari kehinaan hidup.

segalanya adalah IBADAH

”Sesungguhnya di antara dosa-dosa itu, ada yang tidak dapat terhapus dengan puasa dan solat”. Maka para sahabat pun bertanya: “Apakah yang dapat menghapusnya, wahai Rasulullah?” Beliau menjawab: ”Bersusah payah dalam mencari nafkah.”(HR. Bukhari) Islam adalah agama kerja...Agama untuk ibadah kita sehari-harian...Oleh itu, marilah kita jadikan setiap ayunan langkah kita dalam bekerja sebagai zikir kita kepada Allah s.w.t...Kita jadikan setiap gerakan tangan kita dalam bekerja sebagai tasbih kita kepadaNya...Kita jadikan setiap ucapan dan fikiran dalam bekerja sebagai sujud dan syukur kita kepada Rabbul Izzati...Semoga kita termasuk hamba yang dimaksudkan dalam sabda Rasullulah s.a.w : Seutama-utamanya amal adalah memberikan rasa bahagia pada hati orang beriman, melepaskan lapar, membebaskan kesulitan atau membayarkan hutang (HR. Thabrani).

iman's note : teringat lirik lagu nasyid nyanyian Saujana yang selalu menitip di bibir sewaktu sekolah rendah. "Kami bekerja sehari-hari, Untuk belanja rumah sendiri, Walaupun hidup 1000 tahun, Kalau tak sembahyang apa gunanya, Walaupun hidup 1000 tahun, Kalau tak sembahyang apa gunanya".

**imannurbalqis**

Read more

...ISRAEL LAKNATULLAH!!!!...

GESAAN KEPADA KERAJAAN DAN RAKYAT MALAYSIA MENGUTUK SERANGAN ISRAEL KE ATAS FLOTILA MISI BANTUAN KEMANUSIAAN LL4G KE GAZA



Perkembangan terkini flotilla Lifeline4Gaza;

1. Sebagaimana yang dimaklumi 7 buah kapal yang menyertai konvoi bantuan kemanusiaan antarabangsa ke Gaza sedang belayar menuju ke perairan Gaza melalui Laut Mediterranean. Konvoi ini diketuai oleh sebuah NGO daripada Turki iaitu Insani Yardim Vakfi (IHH). Maklumat terkini ialah kapal induk Mavi Marmara telah diserang oleh angkatan laut Israel. Akibat dari tindakan biadap ini 3 orang sukarelawan telah terkorban dan 30 lagi mengalami cedera parah.

2. Seramai 12 orang sukarelawan bersama-sama petugas media daripada Malaysia turut menyertai konvoi bantuan kemanusiaan ini. Mereka berada di atas kapal “Mavi Marmara”. Penyertaan mereka bersama konvoi ini adalah semata-mata atas dasar kemanusiaan.

3. Semua objektif dan pergerakan konvoi ini adalah berpandukan kepada Resolusi 1860 (2009) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan undang-undang maritim lain yang berkaitan. Antara lain, Resolusi 1860 menyebut antara lain

a) menyeru kepada penghantaran bantuan kemanusiaan kepada Gaza termasuk makanan, minyak dan kemudahan perubatan,

b) menggalakkan usaha-usaha membuka laluan dan mekanisma lain bagi tujuan menyampaikan bantuan kemanusiaan yang berterusan,

c) menyeru semua negara untuk menyokong usaha-usaha di peringkat antarabangsa bagi memperbaiki keadaan kemanusiaan dan ekonomi di Gaza, dan

d) mengecam semua bentuk keganasan dan serangan terhadap masyarakat awam dan semua bentuk terorisma.

Semua rakyat Malaysia yang terlibat di dalam konvoi ini berpegang teguh kepada peraturan dan undang-undang antarabangsa dan pekerti mulia sesuai dengan aspirasi negara Malaysia.

4. Konvoi ini membawa kira-kira 10,000 tan barangan bantuan. Seramai lebih 540 orang menaiki kapal Mavi Marmara, termasuk ahli parlimen, ahli akademik, petugas media, ulamak, seorang kanak-kanak berumur kurang daripada satu tahun dan juga seorang warga emas berumur lebih daripada 80 tahun. Tidak ada sebarang bentuk senjata dibawa bersama konvoi ini walaupun untuk tujuan mempertahankan diri. Fakta ini jelas menunjukkan bahawa konvoi ini adalah benar-benar sebuah konvoi bantuan kemanusiaan yang akan disampaikan oleh sukarelawan-sukarelawan dari kalangan masyarakat awam.

5. Berdasarkan kepada fakta-fakta ini jelas Israel secara biadap telah melanggar undang-undang antarabangsa. Apatah lagi serangan ini berlaku di perairan antarabangsa dan dilakukan ke atas sebuah kapal bantuan kemanusiaan yang tidak bersenjata yang bertujuan aman. Tindakan Israel menginjak-injak prinsip kemanusiaan ini wajar mendapat kutukan dari seluruh masyarakat antarabangsa yang cintakan keamanan dan keadilan.

6. Kami dengan ini menyeru supaya kerajaan Malaysia di bawah pimpinan YAB Dato’ Seri Mohd Najid Tun Abd Razak dan juga Datin Seri Paduka Rosmah Mansor sebagai Penaung kepada Tabung Bantuan Kemanusiaan Palestin mengeluarkan kenyataan rasmi mengutuk tindakan biadap dan kejam regim Zionis Israel yang telah bertindak di luar batas kemanusiaan dengan menyerang sebuah flotila kemananan yang bertujuan semata-mata untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat Gaza yang teraniaya dan dizalimi sekian lama.

7. Kami juga menyeru PBB supaya mengadakan persidangan tergempar untuk meluluskan resolusi bagi mengambil tindakan paling tegas ke atas Israel, termasuk mengheret pemimpin mereka ke muka pengadilan.

8. Kami juga menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menyatakan bantahan dan kutukan paling keras ke atas Israel serta bersedia untuk menyokong apa-apa tindakan yang akan disusun seterusnya bagi menangani isu ini.

9. Kami juga menyeru kepada semua pemimpin-pemimpin politik, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan rakyat seluruhnya supaya bergabung tenaga menyatakan sokongan kepada misi penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza dan mengenakan tekanan ke atas Israel yang telah menyerang flotila Gaza sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan di kalangan sukarelawan.

10. Kami seterusnya menyeru agar semua peringkat masyarakat dapat meneruskan doa dan solat hajat di masjid, surau, jabatan kerajaan, atau mana-mana tempat lain yang sesuai bagi memohon agar Allah SWT menjayakan misi bantuan ini dan memberikan kekuatan dan kesabaran kepada para sukarelawan.

Zulkifli Mohd Nani
Pengerusi
Pasukan Pengurusan Krisis dan sokongan keluarga misi LL4G Malaysia

**imannurbalqis**

Read more

...walimah, khatam, aqiqah...

salam alaik buat sahabat-sahabat dan pembaca blog ana...ana sentiasa mendoakan antum dalam keadaan sihat walafiat agar dipermudahkan urusan seharian dalam menjalankan kehidupan sebagai KHALIFAH di muka bumi ALLAH ini...nampaknya, dah berhabuk n bersarang labah-labah ana tinggalkan blog nie...ana mohon maaf atas kekangan tidak dapat meng"update" laman sesawang ini...nampaknya hari nie hari terakhir pada bulan mac...esok kita akan melangkah ke tarikh dan bulan yang baru...iaitu 1 april...adakah masih ada ESOK untuk ana???


minggu nie blh dikatakan minggu "stress"..klu kat sekolah ana, setiap minggu ada tema minggu apa..tp bg ana minggu nie minggu stress..yea la minggu pertama practicum..kelam kelibut sikit...suma nak diuruskan..last weekend, my cousin wedding: kak nurul...yg pernah ana ceritakan tentang pertunangannya dalam post last year..3 in 1 majlis...majlis perkahwinan, majlis khatam quran & majlis aqiqah...ana terpaksa balik untuk menghadiri majlis 3 in 1 nie kerana melibatkan keluarga ana..adik ana dua orang khatam quran sekali..xelok plk xpergi...byk dah perkara yg sedara-sedara ana dah settlekan...ana selaku ana yg first kne jg hadir...hari sabtu pagi ana bergegas balik selepas semalaman jumaat menyiapkan dua rph n abm utk p&p hari isnin...mmg pening..klu ikutkan xlarat..tp laratkan jg...coz petang sabtu cousin ana akad nikah...alhamdulillah, sampai jg ana di majlisnya...semua berjalan lancar dengan izin ALLAH....

nie hantar yang dapat ana kongsikan suasana majlis 3 in 1...

tahniah yea...ingat, status da tukar...







maaf yea..gambar khatam quran xdpt nak ambik..battery camera da empty...charger xbawa blik...



dlm pada kenduri cousin ana nie...ramai plk yg btanya kat ana...soalan-soalan panas..
mak cik 1: ha ina...kau bila lagi???
nenek : lepas nie anak cik din plk...
mak cik 2: xelok lambat-lambat
mak cik 3: da ada calon blm???ke nak mak cik carikan??

ana : insyaALLAH, klu ada rezki ada la...nnt saya jemput yea...
(itu jea yg termampu jawab, layankan jealah)

Di dalam sebuah hadith, telah diriwayatkan bahawa Aqil Ibnu Ali Abi Talib r.a. telah menikahi seorang wanita dari kalangan Bani Jusham. Lalu orang ramai datang dan berkata, “Semoga berbahagia dan ramai anak.”

Mendengar yang demikian Aqil berkata, “Janganlah kamu mengatakan demikian, kerana sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah melarang yang demikian.”

Mereka lalu bertanya, “Jika demikian, apakah yang patut kami katakan wahai Abu Yazid?”

Aqil menjawab, “Katakan (Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu). Begitulah yang diperintahkan kepada kita”.[1]

Di dalam sebuah hadith riwayat Imam Bukhari, diceritakan Rasullulah s.a.w. ternampak kesan Sufrah (sejenis wangian berwarna kuning) di baju Abdul Rahman Bin Auf r.a. lalu beliau bertanya, “Apakah ini?”

Abdul Rahman r.a. menjawab, “saya telah mengahwini seorang wanita dan telah membayar mas kahwin seberat sebiji kurma.”

Rasulullah s.a.w. bersabda, “ (semoga kamu diberkati). Adakan walimah walaupun dengan seekor kibash”[2]

Menurut Abu Hurairah r.a. apabila mendoakan seseorang yang baru berkahwin, Rasulullah s.a.w. akan berkata, “

(Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikkan.)”[3]

Menurut Imam Nawawi di dalam Al-Azkar adalah disunatkan kita mengucapkan seperti ucapan-ucapan Rasulullah s.a.w. di atas. Menurut beliau lagi, adalah makruh kita mengucapkan “Semoga berbahagia dan banyak anak.”[4]

Mana tidaknya, kehidupan pasangan yang diberkatiNya sudah tentu gembira dan bahagia. Sedangkan kehidupan pasangan yang gembira dan bahagia, belum tentu mendapat keberkatanNya.

Wallahu’alam...

**imannurbalqis**

Read more

...EXPERIENCE is the best teacher...

salam alaik buat sahabat-sahabat dan pembaca blog ana...didoakan agar kalian sentiasa dibawah naungan dan rahmat kasih-sayang ALLAH s.w.t...alhamdulillah, syukur kepada ALLAH s.w.t kerana ana masih lagi dberikan kekuatan dan ruang untuk mengisi sedikit perkongsian bersama kalian...

Alhamdulillah, hari nie dah hari kedua ana menjalani practicum di sekolah kebangsaan perempuan durian daun...SK (P) Durian Daun ni adalah sekolah dalam institut (SDI) kampus ana...xjauh pun cuma 5minit...klu jalan cepat sikit dalam 3minit..klu berlari mungkin 2minit...=)alhamdulillah,dipermudahkan urusan untuk ana pergi balik dari kampus ke sekolah...sempat la semalam pi meeting dgn ketua penasihat JPP dgn pensyarah penasihat JPP berkenaan "Program Pengantarabangsaan Pemimpin Pelajar IPGKPM ke Medan, Indonesia bulan 6 nie...semalam ana da jd jurulatih olahraga untuk latihan rumah sukan...rumah hijau (zamrud)...rasa beruntung sangat coz da jalani kursus kepegawaian olahraga..dpt la bkongsi n tunjuk ajar cara yg betul..xlah bawa ajaran yg salah...klu setiap hari Isnin kat kampus ana akan bg ucapan n peringatan untuk diri ana n GP yg lain dalam phimpunan rasmi hari ISNIN...semalam ana pun kne bagi ucapan wakil guru practicum dlm phimpunan rasmi di sekolah...rasa mcm keje JPP xpernah habis...alhamdulillah,sebenarnya byk yg ana belajar semasa dalam organisasi JPP yg memudahkan ana ketika berada di sekolah...jadual kelas xdpt lagi... GPK1 kata hari nie dapt...GB kata seminggu just kenal2 sekolah n tgk cara cikgu mgajar...next week baru mengajar...sekolah nie kecil, cuma ada 3 blok dengan pelajar seramai 207 org dari pre-school until year 6...suma perempuan...ana ambil peluang nie untuk lihat suasana sekolah yg single sex n co-educational school...ini adlah peluang yg tbaik coz ana xtau ana posting kat sekolah mana nnt...jd practicum merupakan penanda aras yg terbaik...surface view orang kata...setakat nie alhamdulillah ana boleh kata pihak sekolah mmg bg kerjasama yg baik...



Untuk sahabat-sahabat ana sem5 yg lain, macam-macam ragam n pelbagai cerita yg ana dengar...apa2 pun, ini baru permulaan realiti sebenar kehidupan sebagai seorang guru...experience is the best teacher...org kata xberada kat tempat tue, xtau keadaan sebenarnya..dah duk kat situ, baru rasa manis,pahit, masam dan masinnya...cukup atau x itu adalah persediaan diri sendiri...ayah ana selalu pesan, set dalam minda semua yg berlaku, susah dan senang adalah ujian..bukan saja2 nak jadi...klu fikir susah, mmg susah jadinya...klu org blh buat kenapa kita xboleh...



by the way, good luck to all trainee's teacher semester5 for the first practicum...grab this chance to know your strength and weakness on becoming a teacher...last but not least, take care and all the best...

Orang haji dari Jeddah,
Buah kurma berlambak-lambak,
Pekerjaan guru bukanlah mudah,
Bagai kerja menolak ombak.

**imannurbalqis**

Read more

...12 rabiulawwal tahun GAJAH...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas baginda Nabi junjungan Muhammad s.a.w, sekalian ahli keluarga baginda, sahabat-sahabat baginda, serta tabi' dan tabi'in dan buat sekalian makhluk Allah yang wujud di muka bumi ini.....

Sungguh tidak kita jangkakan bahawa masih lagi kita di beri kesempatan untuk berada dalam bulan yang mulia ini di mana tanggal 12 Rabiul Awal Tahun Gajah lahirnya seorang putera Aminah yang telah membawa sinar dan harapan yang baru kepada semua makhluk Allah di muka bumi ini.....Inilah satu hari yang bersejarah dalam episod umat Islam di mana lahirnya Muhammad bin Abdullah putera Fatimah dan cucu kepada Abdul Mutallib dan anak saudara kepada Abu Talib....Sebuah keluarga yang di pelihara rantaian keluarganya oleh Allah s.w.t....Baginda di utuskan untuk menyinari suatu zaman kegelapan iaitu jahiliyah kepada suatu zaman pengabdian kepada Allah Yang Maha Esa iaitu Nur Islam....



Saban tahun kita menyambut dan mengenang kelahiran baginda SAW....Namun harus kita bertanya kepada benak fikiran kita sejauh mana kita telah mencontohi dan mengimplimentasi pusaka peninggalan baginda SAW di dalam kehidupan kita....Saban tahun juga bermakna Rasulullah SAW semakin jauh dari kita....Namun spirit dan ruh perjuangan baginda tetap membara dalam sanubari kita....

Ingin ana berkongsikan sebuah cerita berkenaan dengan perkara yang sangat dirindui oleh Rasullah sewaktu zaman hidupnya agar kita dapat sama-sama mengkoreksi diri sejauhmana kecintaan kita kepada Rasullah S.A.W....

----------------------------

Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar. Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian.

Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai. Wajahnya yang tenang berubah warna.
"Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu? " Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.

"Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan)," suara Rasulullah bernada rendah.

"Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula.
Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum. Kemudian baginda bersuara:

"Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasul Allah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."

-------------------------

Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan ‘ikhwan’ baginda:
"Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah.

"Malaikat," jawab sahabat.

"Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah. Para sahabat terdiam seketika.

Kemudian mereka berkata lagi, "Para nabi."

"Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka."

"Mungkin kami," celah seorang sahabat.

"Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kau," pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.

"Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui," jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.

"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.

"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu. Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.

--------------------



Begitulah nilaian Tuhan...Bukan jarak dan masa yang menjadi ukuran....Bukan bertemu wajah itu syarat untuk membuahkan cinta yang suci....Pengorbanan dan kesungguhan untuk mendambakan diri menjadi kekasih kepada kekasih-Nya itu, diukur pada hati dan buktikan dengan kesungguhan beramal dengan Sunnahnya....

Pada kita yang bersungguh-sungguh mahu menjadi kekasih kepada kekasih Allah itu, wajarlah bagi kita untuk mengikis cinta-cinta yang lain....Cinta yang dapat merenggangkan hubungan hati kita dengan baginda Rasulullah....

Selawat dan salam untuk mu Ya Rasulullah. ....

Secara peribadi, ana berasa sangat sayu membaca kisah ini....Sayu, sedih dan pada masa sama marah pada diri sendiri...Betapa cinta dan rindunya Rasulullah pada umatnya...Kita pula umatnya, adakah mencintainya begitu juga?Atau masih buat-buat jual mahal? Atau sebenarnya kita bukanlah umat yang dirindui oleh Rasulullah mahupun mendapat iman ajaib yang dikatakan oleh Rasulullah....?

Marilah kita menggali semula mutiara keindahan hidup baginda SAW...Mari kita susuri dan teladani qudwah dakwah dan perjuangan baginda bagi kita memacu semula gerakan pencerahan dan pembangunan semula satu nahdah (peradaban)....Biarpun jasad baginda jauh beribu-ribu batu, namun jiwa,perjuangan baginda tetap mekar dan dekat di hati kita....

Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya antara hari kamu yang paling mulia adalah Jumaat, perbanyakkanlah amalan berselawat ke atasku kerana selawat kamu itu disampaikan kepada ku."


**imannurbalqis**

Read more

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails