salam mahabbah...
030509 hari tu sepupu ana yg perempuan bertunag...meriah betul macam dah kahwin plk...first time keluarga belah arwah mak ana buat kenduri bertunang...klu ikutkan adat negeri sembilan, orang lelaki (yg bertunang) tak boleh dtg ke rumah...menjaga adab katanya...mmg cantik adat org dulu2...tp time skrg dah xde...lgpun bakal suami akak sepupu ana org KL, dah la sesat time hari 2..lambat jg majlis mula..he3 Klakar betul...mcamana la bakal suami akak sepupu ana tu xdtg skali...nurse combine dgn FRU..oklah 2..muka pun dah dekat2 nk sama..sama cantik sama padan...
ana teringat buku yg ditulis oleh fatimah syarha: PEMILIK CINTAKU SETELAH ALLAH&RASULLAH...sgt cantik susunannya...ya ALLAH, ana teringin utk menjadi watak wanita yg digambarkan dalam buku itu...sgt menakjubkan...sehinggakan ana terasa diri ana amat kerdil jika dibandingkan dgn watak wanita yg dikatakan...sungguh cantik apa yg telah direncanakan oleh ALLAH s.w.t...betullah ayat yg telah diturunkan dalam al-quran :
surah an-Nur ayat 26, Allah s.w.t. berfirman maksudnya: "Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji. Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik....." (baca hingga ke akhir ayat) Ayat ini diturunkan bersempena dengan peristiwa "al-ifki", iaitu ketika Sayyidatina 'Aisyah r.a. difitnah oleh puak-puak munafiq di Madinah telah melakukan perbuatan curang dengan seorang sahabat yang baik bernama Sofwan bin Mu'attol.
Allah s.w.t. mempertahankan kesucian 'Aisyah r.a. dan menegaskan bahawa jika benarlah 'Aisyah itu jahat, masakan dia dapat mendampingi seorang manusia paling suci seperti Muhammad s.a.w. dan amat disayangi pula oleh baginda? Pengajaran yang dapat diambil dari ayat ini ialah hubungan intim antara pasangan suami isteri itu hanya berlaku apabila wujud persamaan dari segi akhlak serta cara hidup. Orang yang mulia akhlaknya tidak akan bahagia di sisi orang yang jahat dan begitulah sebaliknya.
Ini tidak menafikan adanya jodoh antara dua insan yang berbeza matlamat serta cara hidupnya seperti Asiah dengan Fir'aun dan pasangan-pasangan lain yang dapat kita saksikan sepanjang sejarah manusia. Semua itu adalah ujian. Lagipun hati manusia ini sering berbolak balik. Hari ini baik, esok berubah, kemudian kembali baik semula. Allahu A'lam.
Setiap sesuatu yang Allah ciptakan di muka bumi ini diletakkan dasar-dasarnya serta peraturan-peraturannya. Sekiranya peraturan-peraturan ini ditaati dan diikuti, maka baiklah ia. Sebaliknya, sekiranya peraturan-peraturan ini dilanggar, bahkan diseleweng sedikitpun, maka akan porak-perandalah dunia ini. Pergantian siang dan malam, turunnya hujan, gerhana matahari dan bulan – semua ini berjalan mengikut kadar yang ditetapkan Allah untuk memenuhi hikmah-hikmah yang tertentu. Begitulah juga dengan penciptaan lelaki dan perempuan, diciptakan demi memenuhi hikmah-hikmah tertentu. Sebagaimana ciptaan Allah yang lain, ada peraturan-peraturan dan dasar-dasar yang perlu dipatuhi untuk menjamin keutuhan masyarakat.
Pernikahan merupakan suatu yang dianggap suci. Islam mengiktiraf perkahwinan di antara lelaki dan perempuan dalam mana-mana agama kerana ia memastikan keturunan manusia itu tetap suci, berkembang dengan baik dan bebas daripada unsur-unsur yang memporak-perandakan. Perkahwinan dalam islam dianggap sebagai ‘perjanjian yang kuat’ atau mitsaqan ghaliza kerana ia adalah sebuah perjanjian yang suci yang ikatannya amat kukuh dan kuat; disertai tanggungjawab-tanggungjawab yang harus dipikul oleh kedua-dua bakal mempelai, terutama pihak lelaki. Melalui perkahwinan, terikatlah hubungan yang sah di antara lelaki dan perempuan; bersama-sama menempuh kehidupan meneruskan perjuangan sebagai hamba Allah di muka bumi serta menghasilkan anak-anak yang bakal meneruskan perjuangan untuk Islam. Ikatan ini memberi maksud bahawa kedua-dua pengantin bukan sekadar berkahwin sesama mereka sahaja, tetapi telah ‘berkahwin’ dengan seisi keluarga pengantin, secara langsung dan tak langsung meluaskan lagi ukhuwwah islamiah di antara umat islam.
“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.”
(Ar-Rum: 21)
Jika kita amati, banyak hadith-hadith yang menggalakkan perkahwinan dan menunjukkan kelebihan serta keistimewaan berkahwin. Nabi Muhammad saw menyebutkan perkahwinan sebagai satu sunnahnya yang ia sukai, dan barangsiapa yang tidak mahu berkahwin, maka ia bukanlah daripada golongan Nabi (umat Islam). Bahkan, Nabi pernah menegur seorang sahabat yang hanya mahu menghabiskan seluruh siang dan malamnya untuk beribadah semata-mata dan tidak mahu berkahwin.
“Apabila seseorang hamba telah berkeluarga, bererti dia telah menyempurnakan separuh daripada agamanya. Maka takutlah kepada Allah terhadap separuh yang lain.”
(Hadith riwayat At-Tabrani)
Dunia era dewasa ini merupakan suatu zaman yang begitu mencabar bagi para pemuda dan pemudi. Pemuda-pemudi dikelilingi oleh suatu persekitaran yang menggoda yang membangkitkan nafsu syahwat – pendedahan aurat yang meluas dan bebas melalui papan-papan iklan, majalah-majalah, program-program televisyen yang melata. Ditambah lagi dengan rancangan televisyen yang menayangkan perhubungan lelaki perempuan yang bebas yang menyebabkan sensitiviti muda-mudi terhadap bahayanya pergaulan yang tidak dibatasi syara’ menjadi tumpul. Lanjutan daripada itu, terlalu banyak rancangan televisyen yang menayangkan kisah-kisah cinta yang membawa muda-mudi ke kayangan khayalan, membuai mereka dengan mabuk cinta yang palsu. Sedangkan tiada cinta seindah cinta selepas perkahwinan (percayalah cakap kami… J). Semua godaan ini, pada hakikatnya adalah sukar untuk ditempuhi dengan berjaya oleh muda-mudi sekiranya tidak dibimbing dengan didikan dan amalan agama yang kuat. Kami, saya dan Ulfa, sebagai pelajar yang pernah belajar di luar negara, lebih-lebih lagi merasai hakikat ini. Di sebuah negara yang budaya hedonistiknya yang begitu hebat, benar-benar boleh merosakkan jiwa dan iman para pelajar. Malahan keadaan di tanah air pun tidak kurang hebatnya. Maka di sinilah datangnya sunnah Nabi Muhammad saw yang akan menyelesaikan banyak masalah ini, bahkan pula mendatangkan manfaat, iaitu perkahwinan.
Pada usia 23 tahun, perkahwinan dianggap sebagai masih muda atau terlalu awal. Bahkan dikatakan perlu mencapai usia atau keadaan ‘matang’ dahulu sebelum berkahwin. Bahkan, kami lebih meyakini, malah disokong ramai, bahawa seseorang itu tidak akan benar-benar matang dalam erti kata yang hakiki sehinggalah dia berkahwin. Ini kerana dengan berkahwinlah barulah dunianya yang dahulu hanya memikirkan tentang urusan sendiri sahaja, tetapi setelah berkahwin, dia perlu memikirkan tentang keadaan pasangannya. Segala keputusan yang diambil, perlu difikirkan dengan masak kerana ia akan memberi kesan bukan sahaja kepada dirinya, bahkan kepada pasangannya dan juga anak-anaknya nanti. Secara langsung, bentuk pemikiran ini mendorong dan membentuk untuk memajukan lagi cara berfikir dan meluaskan lagi skop pandangan seseorang.
“Kahwinkanlah orang-orang yang masih sendirian di antara kamu, sesungguhnya Allah akan memperbaiki akhlak mereka, meluaskan rezeki mereka dan menambahkan keluhuran mereka.”
(Maksud Hadith)
Usia yang muda bukanlah penghalang untuk melaksanakan perkahwinan, kerana Islam tidak pernah meletakkan had umur untuk itu. Perkahwinan dalam Islam adalah objective oriented, iaitu demi untuk mengelakkan daripada kerosakan melata di muka bumi hasil daripada pergaulan bebas dan cinta khayalan. Menurut sejarah, mana-mana tamadun yang zina berleluasa dalamnya, tidak akan bertahan lama dan menuju kehancuran. Dan kita pun tahu bahawa zina itu bermula dengan pergaulan bebas yang tidak terjaga. Bahkan islam melarang untuk mendekati zina, apatah lagi melakukan zina itu sendiri. Dalam satu hadith Nabi s.a.w., Baginda memberi pesan kepada ibu bapa: “Apabila seorang lelaki yang kamu redhai agamanya dan akhlaknya meminang (anak perempuanmu), nikahkanlah dia. Apabila engkau tidak menikahkannya, nescaya akan terjadi fitnah di muka bumi dan kerosakan yang meluas.” (Hadith riwayat At-Tarmizi). Sahabat bertanya kembali kepada Nabi, sekiranya orang yang datang meminang itu miskin dan buruk rupanya. Maka, Nabi mengulang kembali hadith tadi. Di sini, kita dapat lihat bahawa isu harta, keturunan dan yang seumpamanya bukanlah perkara yang utama. Tetapi yang lebih penting adalah untuk menjaga anak-anak muda ini supaya terpelihara iman mereka, secara tak langsung juga mewujudkan masyarakat yang harmonis.
Firman Allah dalam Surah At-Talaaq, ayat 2; “Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).” Saya juga meyakini kata-kata Nabi bahawa makanan untuk seorang cukup untuk dua orang, makanan untuk dua orang cukup untuk empat orang. Di sini, masyarakat juga memainkan peranan penting dalam mempermudahkan urusan perkahwinan sesuatu pasangan dengan meletakkan mahar yang rendah (Sesungguhnya di antara keberkahan wanita ialah kemudahan peminangannya dan kemudahan maharnya – Hadith riwayat Ahmad); mempermudahkan urusan perkahwinan dalam aspek urusan-urusan pra-perkahwinan, kenduri dan sebagainya (Sebaik-baik pernikahan adalah yang paling mudah – Hadith riwayat Abu Daud). InsyaAllah, sekiranya individu dan masyarakat bekerjasama, kita fokuskan kembali kepada dasar perkahwinan itu sendiri dan meninggalkan ukuran-ukuran materi, insyaAllah kita akan berjaya mewujudkan satu masyarakat yang harmonis, terpelihara daripada unsur-unsur yang merosakkan.
“Bukan termasuk golonganku orang yang merasa khuatir akan terkongkong hidupnya kerana menikah, kemudian tak menikah.”
(Hadith riwayat At-Tabrani)
akhirul kalam....
semoga kita sentiasa dibawah jagaan dan pemerhatian ALLAH s.w.t
pilihlah jalan yg tidak membuatkan kita berasa bersalah pada ALLAH....
sakura putih,
11.44am
050509
...JALINAN UKHUWAH...
...watikah buat mempelai....
...USRATI...
...MAN ANA...
...PETI SURAT...
...MASA...
...TAWARIKH...
...MUTIARA KATA...
...AHLAN WASAHLAN...
...INTERAKSI MAYA...
...INTELLECTUAL CALIPH...
...LAMAN INFORMASI...
...SMKA SHAMS,N9...
-
Student Mummy7 years ago
...INTRA IPGKPM...
-
`madam`10 years ago
...PRODUK IPGM...
-
Penyesalan6 years ago
-
-
2014 : 22 days before ramadhan..10 years ago
-
Jiddiyah si Pemuda Rabbani10 years ago
-
Adakah Lagi Pengampunan11 years ago
-
-
mac 201311 years ago
-
Meting Sekolah 27-12-1211 years ago
-
Kembali Menemui Rab...12 years ago
-
Bahaya Khurafat sepanjang Euro 201212 years ago
-
Gerhana Bulan : Bukti Kebesaran Allah12 years ago
-
Kan ku Cuba...12 years ago
-
Dahsyatnya Tenaga DOA12 years ago
-
Aktivis Muslimah Harapan Rasulullah13 years ago
-
-
-
-
...BICARA MAYA...
Powered by Blogger.
Salsabila ada bgtau tentang buku ni pagi tadi. menurutnya, pengisian buku ini amat bagus. Saya akan mencarinya di kedai buku dalam masa terdekat ini, insya Allah.
mereke yg menyembunyikan cintanya pada manusia,dan apabila dia mati,matinya ialah mati syahid.
(: