.::I'M ONLY SERVANT OF ALLAH::.

"Di perhentian terakhir itulah manusia akan hidup berkekalan sama ada dengan limpahan NIKMAT selama-lamanya atau menghadapi AZAB, juga selama-lamanya. Sebelum tiba di titik pengakhiran itu, manusia akan terus mengembara..."

...JALINAN UKHUWAH...

...MELAKAR PELANGI...

Daisypath Anniversary tickers

...KEEP IN MEMORY...

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

PERMATA HATI UMMI ABI

Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

...lemang rendang ITIK...

Assalamualaikum w.b.t kepada semua sahabat-sahabat dan pembaca blog ana. Alhamdulillah kita dapat mengharungi madrasah Ramadhan 1431H dengan nikmat yang telah dipinjamkan dari pencipta kita tanpa mengenakan bayaran. Syukur juga kepada yang MAha Esa kerana kita dapat menamatkan Ramadhan dengan kedatangan Syawal. Alhamdulillah, tahun ini ana beraya bersama keluarga walaupun tahun ini merupakan tahun keempat beraya tanpa arwah mak. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan kasih-sayang ALLAH s.w.t. Al-Fatihah kepada semua kaum muslimin dan muslimat di dunia ini.

Ana juga doakan agar kita sama-sama dapat merasai nikmat sebenar kerinduan pada suasana Ramadhan yang mulia. Ana mohon maaf pada sahabat-sahabat yang bertanya tentang laman sesawang tempat ana berkongsi pendapat dan suarakan pandangan ini kerana tidak dapat mengemaskininya dengan lebih konsisten. Hal ini kerana, kekangan dari tanggungjawab dan tugasan yang perlu diutamakan. Walau bagaimanapun, dengan izin ALLAH ana dapat juga bertemu secara maya dengan kalian pada 10 Syawal ini. Semoga wadah ini diberkati ALLAH. Oleh kerana sekarang masih lagi dirasai aura Syawal walaupun ana dah mula kuliah pada Jumaat yang lepas. Jadi, perkongsian kali ini lebih kepada Aidilfitri ataupun bahasa senangnya hari raya.

Diberitakan bahawa hari nairuz dan Mahrajan adalah merupakan hari raya yang disambut oleh umat jahiliah terdahulu. Menurut ulama,’ kedua-dua perayaan tersebut dibawa oleh orang-orang Parsi ketika mereka menakluki bumi Arab. Apa yang dilakukan oleh mereka ketika perayaan ini ialah bermain dan bersuka-suka tanpa apa-apa aktiviti ibadah. Lalu ketika Rasulullah mendatangi Madinah dan menyaksikan mereka masih menyambut perayaan ini maka Rasulullah saw bersabda:

“Aku datang pada kalian sedang kalian memiliki dua hari yang kalian bersenang-senang di dalamnya pada masa jahiliyah. Sungguh Allah telah menggantikan untuk kalian yang lebih baik dari dua hari itu yaitu: Aidul Adha dan Aidul Fitri” ( hadis Riwayat Ahmad)

Perbezaan antara nairuz dan mahrajan dengan Aidul Adha dan Aidul Fitri adalah amat jelas sekali. Menurut Syeikh Ahmad Abdurrahman Al-Banna, perayaan Aidul Adha dan Aidul fitri yang dirayakan oleh orang Islam adalah merupakan pilihan Allah yang mana ia berkait rapat dengan perlaksanaan dua rukun islam yang agung iaitu Ibadah haji dan Puasa. Disebalik ibadah tersebut Allah akan mengampuni hamba-hambanya yang taat serta meluaskan rahmatNya kepada mereka. Ini berbeza dengan nairuz dan mahrajan yang mana kedua-dua hari raya tersebut tidak melibatkan aktiviti ibadah malah ianya hanya sekadar satu saranan daripada pembesar pada masa itu.

Tetapi, apa sudah jadi dengan Aidul Fitri kita sekarang?

Di dalam sesi "professional talk" yang disampaikan oleh salah seorang pensyarah dari Jabatan Ilmu Pendidikan IPG ana pada perhimpunan rasmi hari jumaat yang lepas, alhamdulillah dapat mengusik dan menyentuh hati-hati yang merindui pengisian rohani dengan tajuk "Berjayakah KITA di Aidilfitri". Menurut beliau ‘Eid’ itu bermaksud ‘kembali’ manakala ‘Fitri’ pula bererti ‘Fitrah’ maka jika difahami secara kasar maksud sebenar AidulFitri itu ialah kembali kepada fitrah. Seharusnya hasil daripada madrasah Ramadhan yang merupakan medan dan peluang untuk lebih istiqomah perlu lebih baik dan kita dapat menilai sendiri apa erti sebenar kemenangan di Aidilfitri.

Setelah kita melaksanakan ibadah puasa dan juga amalan-amalan sunat lainnya di bulan yang dilimpahi keberkatan serta penuh nilai pengampunan iaitu bulan Ramadhan maka kedatangan Syawal adalah sebagai hari kemenangan kepada kita. Sesuai dengan maksud kembali kepada fitrah maka Aidulfitri ini perlulah disambut dengan rasa syukur. Hari kemenangan itu sebaiknya dihiasi dengan bertakbir dan bertahmid, bukannya diisi dengan slot-slot hiburan yang melampau! Dan ada yang lebih kesian, individu ini sangat suka apabila Syawal tiba. Tidak merasai dan merindui Ramadhan yang pergi. Hanya kerana tiada lagi puasa dan kekangan dalam suasana kehidupan sehariannya. Ana pun tak faham apa yang individu ini faham tentang makna sebenar madrasah Ramadhan.

Jika di Malaysia ini sememangnya tidak sah sambutan hari raya sekiranya tiada dendangan lagu-lagu raya malah ana sendiri mengakui ada menyukai beberapa lagu-lagu klasik hari raya. Walaubagaimanapun ada sesetengah lagu yang perlu diteliti liriknya. Contohnya sebuah lagu lama yang dinyanyikan semula oleh Mamat. Di dalam lirik lagu tersebut ada bait-bait yang berbunyi “…kan ku sujud di kakimu.. bila kita bertemu…’. Soalnya bolehkah kita sujud kepada sesama manusia walaupun ibu bapa kita?

Pernah terjadi dizaman Rasulullah saw ketika para sahabat melihat pokok dan unta bersujud kepada Rasulullah s.a.w, mereka berkata “Kami adalah lebih patut bersujud kepadamu.” walaubagaimanapun Rasulullah s.a.w. bersabda ” Tidak sepatutnya seseorang itu bersujud kepada selain dari Allah Tuhan seru sekelian alam.”

Di dalam satu riwayat lain yang direkodkan oleh Tirmizi, Rasululullah ada bersabda :
“Seandainya aku diperintahkan agar seseorang itu boleh sujud kepada seseorang lain, nescaya aku akan memerintahkan perempuan sujud kepada suaminya.”

Jadi wajarkah lirik sedemikian diteruskan? Kita harap para mufti yang alim lagi warak perlu lebih prihatin dan dapat meneliti kandungan-kandungan lagu-lagu kita supaya tidak terjejas akidah umat Islam di sini.

Bukan ana katakan bahawa Aidilfitri tidak boleh disambut dengan pakaian baharu, rumah cat baharu, makanan dan minuman yang pelbagai. Malahan disunatkan lagi mengikuti cara Rasulullah s.a.w menyambut hari Raya Aidilfitri iaitu dengan :
1)Mandi sunat hari raya.
2)Memakai baju yang paling cantik dan bersih.
3)Memakai wangian.
4)Makan buah kurma dengan bilangan ganjil sebelum menunaikan Solat Aidilfitri.
7)Takbir hari raya.
6)Melalui jalan yang berlainan ketika pergi dan pulang dari tempat solat hari raya
Tetapi janganlah berlebih-lebihan sehingga kita berhutang atau perancangan untuk menyambut aidilfitri menyusahkan orang lain. Elakkan pembaziran. Sehinggakan yang lebih pelik ada yang mampu buat-buat tak mampu untuk membayar zakat. Macam-macam ada rupanya di akhir zaman ini. Nauzubillahiminzalik.



Lumrahnya di pagi raya untuk kita saling bermaaf-maafan antara satu sama lain. Bermaaf-maafan sememangnya salah satu perkara yang mulia dan tidak semestinya dilakukan pada hari raya sahaja. Kita teramat biasa dengan ucapan ‘Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin‘. Tiada masalah dengan ucapan tersebut sekiranya dilafazkan dengan ikhlas cuma ada anjuran kepada umat Islam dengan ucapan yang lebih baik iaitu Taqabbalallahu minnaa wa minkum yang bererti ‘semoga Allah menerima dari kami dan darimu‘. Maksud menerima di dalam ucapan tersebut diperjelaskan sebagai menerima ibadah kita di sepanjang bulan Ramadhan lalu menjadikan diri kita kembali kepada fitrah.

Dalil berkenaan ucapan Taqabbalallahu minnaa wa minkum ini bersumber dari Al Hafidh Ibnu Hajar [Fathul Bari 2/446]: “Dalam Al Mahamiliyat dengan isnad yang hasan dari Jubair bin Nufair, ia berkata (yang ertinya): Para sahabat Nabi SAW bila bertemu pada hari raya, maka berkata sebahagian mereka kepada yang lainnya: Taqabbalallahu minnaa wa minkum “.

Benar kita telah terbiasa dengan ucapan ‘Maaf Zahir Batin’ tetapi mengapa tidak pada kali ini kita cuba ubah dengan satu ungkapan yang lebih baik. Ianya merupakan satu doa malah terlalu mulia jika hendak dibandingkan dengan ucapan ‘kosong-kosong’ yang ada diucapkan oleh sesetengah dari kita setiap kali kita bersalaman di hari mulia.

Sudah diperjelaskan akan maksud kembali kepada fitrah tetapi janganlah pula kita mencalitkan hari kemenangan ini dengan noda dan dosa. Antara contoh paling jelas ialah berkenaan bersalaman memohon maaf. Ianya memang amalan mulia tetapi janganlah sehingga terlupa batasan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Hukum bersentuhan bagi bukan mahramm telah sedia jelas sebagai Haram maka sebaiknya dijauhi.

Ana akui terkadang kita menjadi serba salah sekiranya ada mereka-mereka yang bukan mahram menghulur tangan kepada kita. Untuk tidak menyakitinya, mungkin sahaja kita boleh katakan yang kita mempunyai air sembahyang. Tetapi jika dia berkeras juga sedangkan kita tidak mahu maka terpaksalah berkata dengan jelas ‘HARAM!’. Atau ujaran yang lebih lembut, melemparkan senyuman dan menundukkan sedikit kepala. Harapnya faham.

Ada banyak perkara yang boleh disentuh berkenaan cara kita menyambut Aidilfitri ini. Kita memang sedia maklum yang orang melayu ini begitu kaya dengan adat tetapi janganlah sampai ianya membayangi ibadat yang sepatutnya kita laksanakan malah sekiranya ada yang bertentangan dengan agama maka adalah wajar kita tinggalkan sahaja. Tidak rugi pun kan kerana yang menilai diri kita adalah ALLAH S.A.W selayaknya. Jangan kita menjadi kaca mata kita adalah penilai yang hebat terhadap sesorang kerana ditakuti orang yang kita nilai itu adalah lebih baik dan disukai oleh ALLAH S.A.W sifatnya.

Bila hari raya,
Kita mengalirkan airmata sendu kerana merindui ayah ibu sanak saudara yang telah lama berpisah dalam perantauan. Yang kita ingati pada hari raya ialah baju kasut seluar baru kita, tiket bas untuk pulang ke kampung halaman kita.

Apakah tidak kita merindui yang menciptakan kita. Yang telah sekian lama kita pisahkan dari hati kita. Dan kita telah lalai dan lupa bahawa dia(Allah) sekali-kali tidak melupakan kita.

Yang kita inginkan hanya balasan dari Allah ( Syurga , neraka, hidup mewah , hati tenang dan berbagai bagai permintaan kita.Layakkah kita Di gelar sebagai Hamba Allah.
Sedangkan hati sering lalai dan lalai dan lalai. Yang kita ingati ialah dunia Kita. Dunia kita. Dunia yang sebenarnya cipta Yang Maha Kuasa.

Yang mana Allah berfirman dalam Hadis qudsi iaitu
"Aku (Allah) Ciptakan sesuatu untuk kamu. Dan Aku Ciptakan Kamu UNTUK KU. Untuk mengABDIKAN DIRI Padaku berpanjangan."

Apakah telah kita serahkan diri ini kepadanyaNya dengan sepenuh penyerahan. Seperti yang dia kehendaki "AKU CIPTAKAN KAMU UNTUK KU"

Perkongsian ini adalah refleksi diri untuk ana yang serba kekurangan ini juga. Jadi, dalam kesempatan yang ada ana mohon kemaafan jika terdapat khilaf yang sengaja atau tidak sengaja sepanjang hidup ana. Adakah Ramadhan itu adalah Ramadhan terakhir buat ku?

Tiada kesucian menjadi sempurna
Tatkala ada salah satu kebencian tertanam dalam jiwa
Membasuh jiwa dengan permintaan maaf
Terkirim dari lubuk hati atas kesalahan selama ini
Taqabbalallahu minnaa wa minkum
Selamat hari raya idul fitri
Minal Aidin Walfa’idzin
Mohon maaf zahir batin

**imannurbalqis**

Read more

...kebesaran MU...

Kau tempatku mengadu hati
Memberi segala hidup
Dunia dan seisinya milik-Mu
mencintai-Mu sejati
Ku manusia yang penuh dosa
Berharap ampunan-Mu
Melihat dilangit kesempurnaan hati-Mu
Kau cinta pertama dalam hidup

Allahu Akbar Maha Besar
Memujamu begitu indah
Selalu kau berikan semua
Kebesaran-Mu Tuhan

-ST12
-------------------


aku selalu merasakan esok adalah hari terakhir buatku... jika esok adalah terakhir buatku, aku redha... tetapi jika aku bernafas, aku tahu ALLAH mahu memberi peluang kepadaku untuk bertaubat dan mengingatiNya selalu.... Ya ALLAH, janganlah Engkau memesongkan aku... aku tahu ujianMu untuk aku adalah kerana Engkau mahu menguji keimananku kepadaMu... Tapi kadang2 aku lalai... lupa dan terlalu taksub dengan kegembiraan pinjamanMU... namun, bila saat termeterai KUN FA YA KUN dari Mu... tiada daya untuk aku mengubahnya... YA ALLAH, permudahkanlah aku hidup di duniaMu serta AkhiratMU...

**imannurbalqis**

Read more

...19 RAMADHAN's note...


“The world rules whoever loves and seeks it,
and serves whoever abandons and denies it.
The world is that which desires
and that which is desired.
Whoever desires the world is rejected by it.
Whoever rejects the world is followed by it.
The world is a bridge over the road to the Hereafter.
Cross that bridge,
but do not behave as if you will remain on it forever.
It is unwise to build palaces on bridges.
Take as much from the world
as will lead you to the Hereafter,
but leave behind that which will
prevent you from entering it."

**imannurbalqis**

Read more

...pandang ke BUMI, dongak ke LANGIT...

In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful

Apa khabar iman dan hati kita?…^_- Ana berdoa kepada ALLAH, agar kita sama-sama sihat dalam nikmat keimanan dan ISLAM yang dihadiahkan oleh ALLAH s.w.t kepada kita untuk menghadapi fasa kedua puasa pada tahun ini...Moga hari-hari yang kita lalui sentiasa mendapat keredhaan ALLAH s.w.t...Marilah kita mempertingkatkan keimanan dan ketakwaan kepada ALLAH s.w.t dalam setiap saat dan ketika dengan memperbanyakkan amalan soleh dan kebajikan...Marilah kita bertahmid memuji ALLAH, bertasbih, bertakbir dan bertahlil sebagai tanda kesyukuran kita kepada ALLAH diatas segala nikmat dan rahmat yang telah dianugerahkannya...

Alhamdulillah, hujung minggu yang lalu ana dapat bersama-sama adik-adik guru pelatih untuk melihat keindahan ALLAH tatkala malam berganti siang...walaupun tidak dapat melihat secara jelas tapi ana dapat merasai betapa kerdilnya manusia yang bergelar hamba ALLAH ini...suasana matahari terbit tidak dapat dilihat dengan jelas atas kekangan awan yang tebal tapi nikmat suasana pagi yang sangat damai menyentuh hati-hati yang pebuh rasa kehambaan...

....1....

....2....

....3....

....4....

....5....

....6....

....7....

....finish....

Allah s.w.t telah menciptakan langit dan bumi ini dengan penuh keindahan dan kehebatan...Di bumi, Allah ciptakan kita manusia disamping mahluk lain seperti binatang, tumbuh-tumbuhan, gunung-ganang, lautan, sungai dan sebagainya...Manakala di langit, Allah ciptakan matahari, bulan dan bintang yang menghiasi panorama yang indah serta bermanfaat kepada hamba-hambanya, bukan setakat menciptakan sahaja, tetapi Allah s.w.t telah mentadbir alam semasta ini dengan kudrat dan iradatnya, sehinggalah tidak ada sebab boleh berlakunya perlanggaran antara satu sama lain, jika sekiranya berlaku pertembungan, maka ini akan mengakibatkan kehancuran dan kemusnahan....Firman Allah s.w.t dalam surah Yaasin ayat 40:

“Tidaklah mungkin bagi matahari mendapatkan bulan dan malam pun tidak dapat mendahului siang dan masing-masing beredar pada garisan inderanya”

Firman Allah s.w.t dalam surah Yunus ayat 5:

“Dialah yang menjadikan matahari terang-benderang dan bulan bercahaya, serta dialah yang menetapkan manzila (paksi-paksi peredaran masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa. Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan hak * (adanya faedah yang sebenar). Allah menjelaskan ayat-ayatnya (tanda-tanda kebesarannya) satu-persatu bagi orang yang mahu mengetahuinya.”

Dalam ayat ini, Allah s.w.t menerangkan bahawa matahari bersinar, sedangkan cahaya bulan yang menerangi bumi adalah merupakan pantulan dari sinar matahari....Selain itu juga, maksud ayat surah Yunus ini menyatakan Allah menjadikan semua yang di sebutkan itu bukanlah dengan percuma, melainkan dengan penuh hikmah....Cuma cara manusia berfikir yang menyebabkan tidak ada erti apa yang di pandang di bumi dan ketika mendongak ke langit...Manusia terlalu angkuh berjalan di atas bumi terlalu mendabik dada tatkal mendongak ke langit sehinggakan tidak kenal siapa pencipta sebenar yang Maha Agung...

Dalam bulan Ramadhan yang penuh barakah ini, marilah kita mempertingkatkan ketaatan dan ketakwaan kepada Allah, dengan kita melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan laranganya...Mudah-mudahan kita akan mencapai kejayaan di dunia dan beroleh kebahagiaan yang kekal abadi di akhirat nanti....

Setiap kejadian yang Allah jadikan, samaada yang diciptakan di bumi mahupun di langit, merupakan tanda-tanda kebesaran dan kekuasaan Allah yang maha agung...Sebagai orang-orang yang benar-benar beriman, maka sudah pastilah kita akan menggunakan akal yang telah dikurniakan Allah untuk memikirkan dan menghayati segala apa yang berlaku atas ciptaan Allah, agar dengan ini, mereka akan lebih tekun untuk melaksanakan segala suruhan-Nya dengan merasa gerun dan takut dengan ancaman dan peringatan-Nya...

Umat islam sewajarnya tidak menggerhanakan maruah, nama baik, martabat dan nama baik islam dengan melakukakan tindakan-tindakan yang tidak bermaruah, berpakaian tetapi berbogel, makan rasuah, mengkhianati amanah dan lain-lain lagi yang boleh menggelapkan masa depan umat Islam sendiri...ALLAH sememangnya tidak suka manusia yang melakukan kerosakkan di bumi....Mudah-mudahan kita adalah orang-orang yang dipelihara Allah Subhanahu Wata’ala dan tidak tergolong daripada orang-orang yang dimurkai.

“Dan sesungguhnya Allah tidak suka perbuatan merosak dan menimbulkan kerosakkan”.

**imannurbalqis**

Read more

...sharing is CARING...

kerana dakwah ini KITA tanggung bersama
oleh: Izzat Hafifie

syukur kepadamu Ilahi
dengan izinmu kami disini
tidak kami berbangga diri
menyerah hidup sebagai daie

daie itu bukan gelaran
bukan juga beban
tapi fitrah hidup insan
yang mengenal kehendak Tuhan

menjadi pemimpin bukannya mudah
bila yang dipimpin banyak karenah
namun ini kukira amanah
atas rezekimu yang melimpah ruah

jadilah kalian,
pemimpin yang beraqidah mapan,
berakhlak ikutan,
tajam akal fikiran,
tinggi kesabaran,
kuat tubuh badan,
dan amanah dalam pekerjaan.

sungguh islam dibina atas hujah,
bukan taklid buta semata.

biar hidup tidak berharta,
tapi cukup bekal membeli syurga,
biar hidup dihina manusia,
tapi darajatnya tinggi disisi yang Esa.

sungguh islam bukan lemah,
islam adalah agama dakwah,
umat islam adalah qudwah.

tegakkanlah kebenaran,
walaupun ia tidak menyebelahi kalian,
berkatalah benar,
walaupun tidak dibenar

sedikit bukan bermakna kalah,
sedikit bukan bermakna lemah,
pelik bukan bermakna salah,
muda bukan bermakna mentah.

wujudkan suatu biah,
yang berpaksi Al-Quran dan Sunnah,
agar islam bukan lagi fitnah,
dan agama hanya milik Allah,
ikhlaskan niat ikut Rasulullah,
agar usaha dinilai ibadah.

rapatkan saf semangat jangan goyah
kota yang telah roboh harus dibina semula
jangan kau gentar pada bayang-bayang sendiri
di sebalik pahit getir kemenangan menanti

kemenangan itu sudah pasti
namun bila tidak diketahui
mungkinkah ia tujuh generasi
mungkin juga menuntut mati

mari disusun kaki biar rapat
agar ditolak tidak jatuh
angin ribut kekal utuh
patah sayap bertongkat paruh

kalau berjalan biar seirama
dibelakang mengejar didepan menunggu
kalau berlari biar bersama
agar terasa nikmat bersatu

medan kita mungkin berbeza
tapi tempat tuju kita sama
di cubit kiri kanan terasa
kerana dakwah ini KITA tanggung bersama…

---------------------------


bacalah dengan hati, selamilah dengan jiwa.... ku harap kau faham erti sebenar KITA...

**imannurbalqis**

Read more

...11 Ramadhan...

Salam alaik buat semua sahabat-sahabat dan pembaca blog ana...Alhamdulillah, kita sudah berinjak ke fasa kedua Ramadhan...sedikit perkongsian daripada pesanan Sheikh Jamal Faruq...semoga pesanan ini memberi kesan dan erti Ramadhan pada kali ini buat kita...

“Pesanan saya pada bulan puasa ini ialah, pertama ubah kehidupan kamu (جدد حياتك), kedua perbaharui kehidupan kamu (غير حياتك), ketiga mulakan hidup baru (إبدأ بالجديد)”

“Ubah kehidupan kamu dengan (التخلي) – membuang segala sifat-sifat yang tidak baik, perbaharui kehidupan kamu dengan (التحلي) – menambah sifat-sifat kebaikan”



[من لم يدع قول الزور و العمل به فليس لله عز وجل حاجة أن يدع طعامه و شرابه]
“Sesiapa yg tidak meninggalkan perkataan yg tak elok dan perbuatan yg tak elok ketika puasa maka Allah tidak memerlukan puasanya (tak memberi pahala ganjaran puasanya).”
(HR Bukhari)

Untuk berubah antara perkara yang perlu dikorbankan ialah perasaan....Adakala berasa pedih, penat, malu, bergelora, perit dan putus asa...tetapi setiap dari itu adalah kemanisan yang sebenar buat insan yang bergelar hamba ALLAH...laluan takkan berliku jika tidak pernah kenal erti perjalanan penamat kehidupan di dunia...

**imannurbalqis**

Read more

...handphone saya lagi CANGGIH...

Salam alaik buat semua sahabat dan pembaca blog ana... ana doakan antum semua dapat meneruskan jihad pada diri dan agama dalam bulan yang penuh barakah ini...Alhamdulillah sudah masuk hari ke sembilan ramadhan bagi tahun ini...fasa pertama yang penuh kerahmatan ini...hargai sebaik-baiknya...

Minggu ini merupakan minggu terakhir ana untuk sesi praktikum fasa kedua...Esok merupakan hari terakhir ana di Sek Keb Bukit China...Alhamdulillah, banyak pengalaman dan ilmu yang dapat ditimba di sekolah ini...Yang paling best dapat resipi buat murtabak dari kak ayu a.k.a jiran sebelah meja di bilik guru...melalui praktikum fasa kedua ini, banyak perkara yang ana belajar sehinggakan setiap kali melangkah ke sekolah tersemat rasa untuk membina generasi anak muda yang bakal memimpin negara agar cemerlang dari segi akademik dengan dihiasi sahsiah yang terpuji...tapi entry kali ini ana coretkan bukan untuk menceritakan pengalaman ana di SKBC...tapi ingin berkongsi artikel yang ana tulis sewaktu zaman ana persediaan di IPG Kampus PM ini empat tahun yang lalu....

Ini bermula apabila sebelum waktu pulang dari sekolah tadi...ada anak murid ana minta no telefon ana di surau...sebelum ana bagi no telefon ana, ana pun bertanya dulu beberapa soalan pada mereka :

Teacher : Kenapa awak nak nombor telefon teacher?
Student : Sebab saya nak mesej teacher kalau ada masalah.
Teacher : Kamu ada handphone ke?
Student : Ada, lagi canggih dari teacher.(sambil tunjuk pada hp ana) Boleh ambil gambar dan video lagi...warna pink lagi teacher...
Teacher : Iyea ke...sapa yang beli?(memang buat ana tersenyum)
Student : Ayah yang belikan...
Teacher : Ok, meh sini buku kamu...
Student : Teacher pakai celcom @ maxis @ digi?
Teacher : Teacher pakai celcom jea...
Student : Saya ada tiga-tiga nombor teacher...
Teacher : Kamu buat apa banyak-banyak nombor?
Student : Saya mesej-mesej kawan-kawan dengan family...
Teacher : Ingat x pe yang teacher cakap...jangan membazirkan....membazir amalan siapa?
Student : Amalan syaitan laknatullah, teacher...
Teacher : Tahu pun..ALLAH suka x?
Student : x...(sambil geleng kepala)
Teacher : Jadi, kalau tak de kepentingan...jangan bazirkan duit kamu pada perkara yang tidak bagi faedah...faham ?
Student : Saya tahu teacher...nanti saya mesej teacher yea...thank you teacher...
Teacher : Baguslah tu...teacher tahu kamu memang bagus...tp jadi yang lebih bagus dengan buat perkara yang lebih berfaedah...
Student : Baik teacher...saya balik dulu (menghulurkan salam)
Teacher : Ok, baik-baik balik...sampaikan salam teacher pada keluarga kamu...belajar rajin-rajin yea...

-------------------------------------------------

sambil-sambil siapkan RPH untuk esok, ana terjumpa artikel dalam simpanan lappy ana nie yang kena mengena dengan kejadian hari ini...artikel nie ana tulis untuk majalah bingkisan IPGKPM untuk tahun 2006...tp sampai sekarang muka majalahnya pun tak pernah nampak...('__________')...tapi itu tidak menjadi masalah bagi ana kerana laman IMANNURBALQIS ini sentiasa menantikan post-post untuk tatapan semua pembaca...jom baca artikel ana empat tahun yang lepas...sekadar untuk perkongsian...

-------------------------------------------------

NAMA : NORZARINA BT KAMARUDIN
UNIT : PPISMP SAINS AMBILAN JULAI 2006
TAJUK PENDAPAT : TELEFON BIMBIT ANTARA KEPERLUAN DAN GAYA HIDUP


Teknologi telekomunikasi telah banyak mengubah hidup manusia termasuk masyarakat negara kita. Jika satu dasawarsa yang lalu, telefon bimbit adalah salah satu lambang kemewahan atau barangan ekslusif lagi berprestij. Tetapi, kini persepsi itu telah berubah. Telefon mudah alih atau dikenali sebagai telefon bimbit atau telefon selular sudah menjadi keperluan harian. Bayangkan jika anda tidak memiliki telefon selular sekarang, bagi sesetengah pengguna, mereka terasa betapa sukarnya hidup tanpa peranti ranggi itu. Pelbagai syarikat telekomunikasi berlumba-lumba menawarkan pelbagai perkhidmatan kepada pelanggan masing-masing. Perubahan gaya hidup kini semakin terasa apabila teknologi telekomunikasi terus berkembang dari semasa ke semasa.

Kaji selidik yang dijalankan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada awal tahun 2006, mendapati bahawa orang Melayu masih kekal sebagai pengguna telefon bimbit terbanyak. Kajian itu mendapati 53.9 peratus adalah orang Melayu, diikuti oleh Cina 32.4 peratu, manakala India, serta bumiputera Sabah dan Sarawak masing-masing 6.5 peratus dan 6.3. Sebanyak 57.4 peratus pengguna telefon bimbit ialah lelaki, manakala wanita 42.6 peratus dengan 93.7 peratus daripadanya adalah Malaysia, manakala 6.3 peratus melibatkan rakyat asing. Hal ini menunjukkan betapa besarnya pasaran telekomunikasi di Malaysia terutamanya penggunaan telefon bimbit prabayar.

Kemajuan dalam teknologi komunikasi hari ini telah banyak mengubah gaya hidup masyarakat termasuk golongan remaja. Di sebalik keadaan dunia yang semakin mencabar urusan kehidupan manusia menjadi begitu mudah. Jika lima tahun dahulu, Internet merupakan agenda perbualan di serata dunia, tetapi kini kecanggihan teknologi telefon bimbit lebih senang, pantas dan murah. Malaysia sendiri merupakan antara salah sebuah Negara Asia Tenggara yang mempunyai tahap kecenderungan dan minat yang tinggi dalam kalangan masyarakatnya terhadap perkembangan telekomunikasi. Dewasa ini syarikat telekomunikasi berlumba-lumba dalam menawarkan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan.

Satu masa dahulu telefon bimbit memang merupakan suatu keperluan dalam kehidupan manusia untuk terus berinteraksi. Walaupun ketika itu kebanyakan telefon bimbit tidak begitu canggih seperti hari ini, tetapi keperluannya melebihi segala-galanya. Telefon bimbit kini dapat berfungsi sebagai pembantu peribadi, mendapatkan hiburan, lambing status dan yang paling utama ialah menjadi pendorong manusia untuk memenuhi kehendak yang tidak terbatas. Urusan rutin seperti membuat transaksi kewangan, memuat turun bahan hiburan dan gambar, menghantar atau menerima e-mal dan pesanan teks, semuanya boleh dibuat melalui telefon bimbit.

Salah satu cabaran manusia dalam era globalisasi hari ini ialah ledakan maklumat yang lazimnya dapat diakses menerusi komputer peribadi. Komputer peribadi masih menjadi perantara unggul untuk meneroka alam siber, namun perkembangan telefon bimbit bersama-sama dengan peningkatan keupayaannya menjangkau Internet dapat mengubah cara seseorang itu memilih untuk mengakses Internet. Pengguna Internet sudah berpeluang untuk memilih pilihan baru yang dapat direalisasikan menerusi telefon bimbit yang semakin popular. Ada beberapa sebab kenapa trend baru ini boleh berlaku. Komputer peribadi tidak boleh dibawa kemana-mana kerana terpaksa distesenkan pada satu tempat yang kekal seperti di bilik atau makmal. Mengakses Internet melalui peranti wayarles bukan lagi satu fenomena yang baru. Peralihan kepada penggunaan telefon bimbit untuk mengakses Internet akan cepat menjadi kenyataan apabila kelajuan hubungan dengan Internet bagi telefon bimbit dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

Sebagai intiha, jelaslah menunjukkan bahawa telefon bimbit dewasa ini telah menjadi satu keperluan kepada kita semua. Terjahan teknologi komunikasi ini membawa arus perubahan yang tidak mampu ditepis. Pengguna telefon bimbit sanggup berbelanja lebih semata-mata untuk memiliki model telefon terkini yang serasi dengan gaya dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Tegasnya, dengan adanya teknologi seperti jalur lebar, teknologi rangkaian telekomunikasi bergerak generasi ketiga (3G) dan perkhidmatan pesanan multimedia (MMS), pasaran industri telekomunikasi mudah alih akan terus berkembang maju. Setiap individu perlulah mengambil faedah daripada perkembangan teknologi ini bukan hanya sekadar untuk bergaya dan menjadikan ini salah satu jalan untuk membazir.

---------------------------------------------

p/s : ana masih sayangkan hp motorola yang ayah ana belikan lima tahun yang lalu...selagi boleh digunakan ana akan gunakan...al-fatihah buat arwahyarham yunus, ayah kepada ex-classmate ana di SMKA SHAMS yang telah kembali ke rahmatullah pagi tadi...semoga rohnya dicucuri rahmat...

**imannurbalqis**

Read more

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails