...JALINAN UKHUWAH...
...bila ALLAH tidak ditakuti...
4
comments
IMANNURBALQIS
-
Mengapa sekarang makin banyak negara ditimpa bencana?Tidak kira sedar atau tidak, dalam nyata atau ilusi, semakin banyak bencana alam yang berlaku bukan atas sebabnya mengikut logik akal manusia. Dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh At-Tarmizi daripada Ali bin Abu Talib, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah mereka ditimpa bencana iaitu:
1. Apabila harta yang dirampas (daripada peperangan) diagih-agihkan kepada orang-orang yang tertentu sahaja.
2. Apabila zakat dikeluarkan kerana penebus kesalahan (terpaksa).
3. Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri.
4. Apabila suami terlalu mentaati isteri.
5. Apabila anak-anak menderhakai ibu bapa masing-masing.
6. Apabila seseorang lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri.
7. Apabila kedengaran banyak bunyi bising.
8. Apabila lebih ramai berbicara mengenai hak keduniaan di dalam masjid.
9. Apabila sesuatu kaum itu terdiri daripada orang yang dihina oleh mereka.
10. Apabila memuliakan seseorang kerana takutkan tindakan buruknya.
11. Apabila arak menjadi minuman biasa.
12. Apabila lelaki memakai sutera.
13. Apabila perempuan dijemput menghiburkan lelaki.
14. Apabila wanita memainkan alat-alat muzik.
15. Apabila orang yang terkemudian menghina orang terdahulu, maka pada saat itu.

Lihat, pandang dan jeling disekeliling kita. Buka mata, buka hati. Bagaimana keadaan sekeliling kita dan adakah kita juga salah seorang penyumbang kepada bencana yang terjadi sekarang?(nauzubillahiminzalik)Fikir dengan akal, dengar dengan telinga, rasa dengan hati dan lihat dengan mata. Kemana arah kita sekarang?
**imannurbalqis**
...selagi MAMPU...
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog ana...Alhamdulillah ada sedikit ruang untuk ana coretkan dalam laman I'M ONLY SERVANT OF ALLAH ini..Bersyukur jg ana kerana waktu orang sibuk mengadap nota&buku untuk study 24hours ana masih lagi berpeluang untuk mencatatkan sedikit perkongsian untuk kita sama-sama ambil ibrahnya...iyealah, musim2 exam nie banyak pula entry yang di'post'...kalau tengok bulan-bulan sebelum nie agak merosot pengeluarannya...selalu ana mohon pada ALLAH s.w.t agar nikmat penulisan yang diberikan pada ana ini dapat memberi kesan yang baik pada penulis dan pembacanya dan bukan sia-sia semata-mata...
Ramai sahabat-sahabat dan pembaca blog ana tanya, tak bosan ke mengadap laptop dan menulis pada ruang yang belum tentu orang baca...yang mampu ana kata, Alhamdulillah itu kemampuan ana yang ALLAH s.w.t beri...sekurang-kurangnya ana buat dan manfaatkan jg walaupun tak mampu untuk memberi nasihat dalam erti kata amar makruf nahi mungkar secara perseorangan...peranan sebagai khalifah ALLAH ini perlu dijalankan walaubagaimanapun cara atau kaedahnya... ada juga yang bertanya, kenapa ana menulis berkenaan pengalaman atau cerita peribadi? sudah ana nyatakan pada entry yang lepas "aku hanyalah insan biasa, punya cita, punya cinta. aku bukanlah pakar isu semasa, juga bukan penyelidik bahasa. aku hanyalah pemerhati alam semesta, yang berbicara melalui kata, yang hanya meluahkan rasa, untuk aku terus menerus berbahasa dalam melakari kehidupan yang hanya sekejap cuma."...bagi ana bercakap melalui pengalaman dan kehidupan yang dilalui lebih jelas keadaannya.. dalam masa yang sama ana melihat kehidupan mengajar 1001 perkara untuk diambil kekuatannya dan memperbaiki kelemahannya...setiap perkongsiaan yang cuba ana ketengahkan adalah situasi yang pernah ana rasai..bukan saja-saja untuk dicoretkan... masing-masing ada pandangan dan prinsip...ana tak rasa ana cerita tentang hal peribadi kerana ana diberi taklifan sebagai pemimpin pelajar adalah untuk bersama masyarakat..selain itu juga, pemilihan cerita keluarga yang diketengahkan adalah kerana setiap dari kita berasal dari sebuah keluarga dari pelbagai latar belakang... ditambah pula dengan cerita ana sebagai seorang penghuni di muka bumi ini, ana berhak untuk menyatakan apa yang sepatutnya kerana ana salah seorang penggunanya bukan dunia ini milik persendirian..malah dikongsi dengan pelbagai makhluk yang lain...ana tidak berbicara hal orang lain di laman ana...cuma ana perlu muhasabah diri di samping menyatakan apa yang perlu dikata...tak tahu pula ada yang terasa...(^_^)
Sedikit perkongsian buat sesiapa yang nak tahu sahaja...ana mula berblog pada 1 Mac 2009...dah setahun lebih...ana ter'influence' dari ex-roomate ana dulu, kak nurul farhana... sekarang dah bertugas sebagai seorang guru di salah sebuah sekolah di Perak...ana memang addict dengan laman sesawang ini...bukan kata hobi waktu lapang lagi dah...asal ada jea waktu memang nak post entry...kadang-kala nak dapat mood atau semangat ketika ada masalah ana akan postkan sesuatu dalam laman sesawang ini...lepas itu baru ok dan ana puas...itu cara ana mungkin berbeza dari antum...cuma jika ada perkara utama lain yang perlu dilakukan...itu yang ana perlu dahulukan...kadang-kadang bukan mudah untuk mendapat idea untuk menyampaikan sesuatu...dalam penyampaian ana, ana cuba berada sebagai seorang pembaca blog...cara penyampaian, kaedah pendekatan dan pemilihan kata-kata juga memberi impak pada pembaca...yang penting ana ada prinsip sendiri berkenaan setiap penulisan yang dibuat...memang benar orang kata perempuan nie banyak cakap..bila difikirkan semula baik ana menulis dari banyak bercakap dan mengkritik perkara yang tak sepatutnya...kalau terlepas cakap tak boleh diundur semula tapi kalau salah tulis boleh padam...
banyak perkara yang ana dapat dari penulisan blog ini...ana sedar perubahan pada aspek penulisan ana..jika dilihat pada awal-awal tertubuhnya laman ini mungkin penyampaian kurang memberangsangkan..ini merupakan medan latihan untuk ana meningkatkan cara penulisan... ana sememangnya sangat berminat dalam bidang penulisan ini tapi masih lagi kurang dalam penyampaian penulisan yang terikat atau dalam erti kata fakta atau analisis isu...masih lagi mencuba dan melebar luaskan lagi pembacaan untuk mendapatkan panduan...iyealah, ana sekarang kalau jawab soalan bahagian esei waktu exam pun bukan macam tulis karangan..asal ada point dan ulasan untuk mengukuhkan lagi jawapan ditambah pula dengan pengiraan...jadi ini merupakan medan untuk ana tahu kosa kata yang betul dan penyampaian yang mudah dan jelas...apa yang ana nak tekankan di sini, setiap apa yang kita lakukan bergantung pada dari sudut mana yang kita ambil...
Firman Allah dalam surah Al – Fussilat: 3
"Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan amal soleh dan berkata aku adalah daripada orang-orang yang menyerah diri(muslimin).”
"MENULISLAH KERANA ALLAH"
**imannurbalqis**
...2-1=1...
"I am really believe and sure "Nothing is Impossible" in this world if we're faithful and cautious... InsyaALLAH...The help of Allah will always come for people that really need and work to get it because there's a reason behind everything...So, patiently persevere, for verily the promise of Allah is true..."
------> waiting for the last paper next monday...need more focus, zarina~**imannurbalqis**
...3-1=2...
"jika kamu berhasrat untuk berjaya"
-jangan hanya memandang ke tangga-
~tetapi belajarlah untuk menaikinya~

---------------------------
Always strive for the best and never let it rest until your good is your better, and your better is your best.------> another two paper more!!!
**imannurbalqis**
...ALHAMDULILLAH...
Salam...alhamdulillah dapat juga akhirnya...ana post entry nie utk perkongsian semua sahabat-sahabat dan adik-adik di IPG, UIA dan sesiapa yang memerlukan MOOD EXAM...ana dpt entry nie dari laman sesawang seorg hamba ALLAH yg telah ana linkkan dibawah...
Pernah suatu ketika itu, aku bersemangat untuk berubah.
Bersemangat untuk berjaya.
Bersemangat dan bercita-cita besar mahu menjadi hebat lagak sang juara.
Tetapi semangat itu sudah pudar warna, penat ku cari hilang entah ke mana.
Adakah kerana ujian ku semakin hampir tarikhnya?
Adakah kerana aku belum cukup bersedia?
Adakah kerana masa sudah terlalu suntuk untuk aku berusaha dan memerah tenaga?
Percaya, Berjaya

Kata dia,
SEMUA ORANG MAMPU BERJAYA,
SEKIRANYA PERCAYA DAN TERUS BERUSAHA.
Tapi
Sekarang dah tiada masa.
Peperiksaanku sudah tiba.
Aku sedar diriku siapa dan aku patut berhenti dari berusaha.
Dapat ala kadar pun tidak mengapa…
Wajarlah aku berputus asa…
Aku patut berputus asa…
Aku bodoh dan tak pernah berjaya, jadi usaha bagaimanapun takkan mampu berjaya.
KARUT!
Itu semua kepercayaan karut yang merendahkan diriku!
Aku tidak boleh berputus asa!
Tidak boleh!!!
PUTUS ASA bererti PUTUS HARAP.
Dan orang yang putus harap adalah orang yang tidak percaya kepada Tuhannya.
Tuhan yang maha agung, maha bijaksana, sentiasa mahukan hambanya BERHARAP kepadaNya. Tuhan tersenyum memandang hambaNya meminta padaNya. Tuhan gembira hambaNya berharap hanya padaNya. Tuhan terharu melihat airmata kita. Tuhan takkan kecewakan harapan kita…
Dengan HARAPAN muncul DOA.
Dengan DOA wujud KEPERCAYAAN.
Percaya bahawa semuanya MUSTAHIL dengan kehendak Tuhan.
Percaya bahawa semuanya dibawah kekuasaan Tuhan.
Percaya bahawa tuhan itu maha berkuasa untuk menolong hambanya yang BERUSAHA SEDAYA UPAYA.
Jadi aku tidak harus berputus asa.
Aku harus terus PERCAYA dan BERUSAHA.
Walaupun kadang-kadang diriku malas mengikut jadual belajarku yang sedia ada.
Poster impianku sudah merata.
Cita-cita dan kejayaanku sudah ku umumkan pada keluarga.
Kini tinggal aku terus berusaha.
Berusaha, berusaha dan terus berusaha.
Sampai aku berjaya mencapai cita-cita.
Selagi belum dicabut nyawa, selagi itu aku berusaha.
Untuk menjadi insan berjaya, membawa bangga nama agama.
Aku Cuma Manusia Biasa
Yang berusaha tanpa putus asa
Yang mampu berjaya dengan izinNya
Kerana ku ada YANG MAHA KUASA!!
kredit to : dr radzi sbb ana dah ada semangat nk teruskn revision utk exam this tuesday...
-----------------------------------------------
Bismillahirrahmanirrahim…
Ya Allah.. dengan kebesaranMu yang di bawa bersama kalimah basmallah.. kami memohon kejayaan yang hakiki.. yakni kejayaan dari sisiMu.. sesungguhnya, Engkau lebih mengetahui erti kejayaan dari diri kami yang kerdil ini.. malah, telah Kau tetapkan segalanya yang terbaik untuk kami.. sekiranya kejayaan dalam peperiksaan kali ini merupakan sebahagian dari rezeki kami.. janganlah dengan kejayaan itu, ia menjauhkan kami dariMu.. sekiranya kegagalan dalam peperiksaan ini merupakan satu ujian untuk kami.. maka Kau teguhkanlah hati kami.. moga dengan kegagalan itu, kami lebih dekat denganMu.. kerana tidak ada yang lebih mengetahui sesuatu melainkan Engkau.. Ya Allah, telah kami berusaha, namun mungkin segala usaha kami tidaklah sehebat sesetengah dari kami yang lain.. ada tikanya kami terlalai dari tanggungjawab kami.. moga Kau maafkan kealpaan kami.. telah juga kami berdoa.. dan Engkau jualah Yang Maha Mendengar.. dan akhirnya kami bertawakal kepadaMu.. moga pilihan kami sentiasa merupakan pilihan terbaik buat diri kami.. sesungguhnya telah Kau bentangkan dua jalan untuk kami.. dan tiada yang ketiga, tiada juga yang di tengah.. maka Kau tetapkanlah hati ini untuk sentiasa memilih jalan yang lurus.. jalan yang membawa kebaikan kepada kami.. kebaikan dalam erti kata kejayaan hakiki.. tidak hanya dunia yang sementara.. tetapi akhirat yang selamanya itu yang lebih utama.. Ya Allah, Kau tidak pernah menzalimi hambaMu walau seberat zarah sekalipun.. dan tidak pernah Kau bebankan hambaMu dengan bebanan yang tidak dapat hambaMu pikul.. maka dengan itu, Kau tunjukkanlah kami.. Kau bimbinglah kami.. Kau terangilah kami.. jalan-jalan untuk kami menuju ke syurgaMu.. jadikanlah kejayaan dalam peperiksaan kali ini satu batu loncatan buat kami menegakkan agamaMu.. dan janganlah Kau lalaikan kami dengan kejayaan itu, setelah kami diberikan kejayaan.. Moga kami semua terus tsabat dalam memperjuangkan agamaMu.. tetapkanlah hati-hati kami di atas agamaMu.. dan di atas ketaatan kepadaMu.. dan di atas jihad pada jalanMu.. amin ya Rabbal ‘alamin..
ma’at taufiq wan najah..
**imannurbalqis**
...simpul MATI...
Amanah tidak pernah salah memilih siapa yang akan memikulnya teman! Siap atau tidak ia akan datang. Memang sedikit sekali pilihan yang dapat kita ada, menerima amanah dengan penuh kesediaan, menerima amanah dalam keadaan tidak sedia, atau menyerah dan menjadi generasi-generasi yang terlupa dan mengantikan sahaja? Memang amanah adalah cubaan, dan Allah tidak akan mencuba dan menguji hambaNya di luar batas kesanggupan dari manusia. Jadi untuk setiap amanah yang ditaklifkan kepada kita maka optimislah amanah itu akan kita pikul dengan baik dan semaksimum mungkin sehingga kelak ketika dipertanyakan oleh Allah, kita mampu menjawabnya dengan baik. Lakukanlah yang terbaik dan keluarkan semua potensi diri yang engkau miliki kerana sesungguhnya Allah lebih melihat proses bukan hasil. Jadi bersemangatlah dengan setiap amanah yang datang dan pergi silih berganti. Selama kita masih hidup dan bernafas di bumi ini, insyaALLAH perjalanan ini adalah amanah sehingga saat menghembus nafas yang terakhir. Kerana kita tahu bahawa kita adalah hamba kepada ALLAH yang Esa dan segala-galanya pinjaman dariNya untuk seketika.
**imannurbalqis**
...teka-TEKI...
Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya
Imam Ghazali : “Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1 : “Orang tua”
Murid 2 : “Guru”
Murid 3 : “Teman”
Murid 4 : “Kaum kerabat”

Imam Ghazali : “Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah Ali-Imran :185).
Imam Ghazali : “Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?”
Murid 1 : “Negeri Cina”
Murid 2 : “Bulan”
Murid 3 : “Matahari”
Murid 4 : “Bintang-bintang”
Iman Ghazali “Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA

LALU. Bagaimana pun kita, apa pun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama”.
Iman Ghazali : “Apa yang paling besar di dunia ini?”
Murid 1 : “Gunung”
Murid 2 : “Matahari”
Murid 3 : “Bumi”
Imam Ghazali : “Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.”
Imam Ghazali : “Apa yang paling berat di dunia?”
Murid 1 : “Baja”
Murid 2 : “Besi”
Murid 3 : “Gajah”

Imam Ghazali : “Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.”
Imam Ghazali : “Apa yang paling ringan di dunia ini?”
Murid 1 : “Kapas”
Murid 2 : “Angin”
Murid 3 : “Debu”
Murid 4 : “Daun-daun”
.jpg)
Imam Ghazali : “Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat “
Imam Ghazali : “Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? “
Murid- Murid dengan serentak menjawab : “Pedang”

Imam Ghazali : “Itu benar, tapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri"
**imannurbalqis**
...cara KU & cara MU berbeza...
Dakwah adalah kegiatan yang bersifat menyeru, mengajak dan memanggil orang untuk beriman dan taat kepada Allah Subhaanahu wa ta’ala sesuai dengan garis aqidah, syari’at, dan akhlak Islam. Perkataan dakwah merupakan masdar (kata benda) dari kata kerja da’a yad’u yang bererti panggilan, seruan atau ajakan. Perkataan dakwah sering dirangkaikan dengan kata “Ilmu” dan kata “Islam”, sehingga menjadi “Ilmu dakwah” dan Ilmu Islam” atau ad-dakwah al-Islamiyah. Orang yang menyampaikan dakwah disebut “Da’i”. Sedangkan yang menjadi objek dakwah disebut “Mad’u”. Setiap Muslim yang menjalankan fungsi dakwah Islam adalah “Da’i”.
Tujuan Utama Dakwah
Tujuan utama dakwah ialah mewujudkan kebahagiaan dan kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat yang diridhai oleh Allah. Nabi Muhamad SAW mencontohkan dakwah kepada umatnya dengan berbagai cara melalui lisan, tulisan, dan perbuatan. Dimulai dari isterinya, keluarganya, dan teman-teman karibnya hingga raja-raja yang berkuasa pada saat itu. Di antara raja-raja yang mendapat surat atau risalah Nabi SAW adalah kaisar Heraklius dari Byzantium, Mukaukis dari Mesir, Kista dari Persia, dan Raja Najasyi dari Habasyah (Ethiopia).

Jenis-Jenis Dakwah
Dakwah dapat dilakukan dengan berbagai cara, sesuai dengan kemampuan masing-masing. Namun jangan langsung tidak melakukan dan meletakkan tugas dakwah kepada individu yang tertentu sahaja. Yang pasti, setiap Muslim wajib melaksanakannya kerana seorang Muslim berkewajiban menyebarkan kebenaran Islam kepada orang lain.
1. Dakwah Fardiah — Dakwah Fardiah merupakan cara dakwah yang dilakukan seseorang kepada orang lain (satu orang) atau kepada beberapa orang dalam jumlah yang kecil dan terbatas. Biasanya dakwah fardiah terjadi tanpa persiapan yang matang dan tersusun secara tertib. Termasuk kategori dakwah seperti ini adalah menasihati teman sekerja, teguran, anjuran memberi contoh. Termasuk dalam hal ini pada saat mengunjungi orang sakit, pada waktu ada acara tahniah (ucapan selamat), dan pada waktu upacara kelahiran (tasmiyah).
2. Dakwah Ammah — Dakwah Ammah merupakan jenis dakwah yang dilakukan oleh seseorang dengan media lisan yang ditujukan kepada orang banyak dengan maksud menanamkan pengaruh kepada mereka. Media yang dipakai biasanya berbentuk khutbah (pidato). Dakwah Ammah ini kalau ditinjau dari segi subjeknya, ada yang dilakukan oleh perseorangan dan ada yang dilakukan oleh organisasi tertentu yang berkecimpung dalam soal-soal dakwah.

3. Dakwah bil-Lisan — Dakwah jenis ini adalah penyampaian informasi atau pesan dakwah melalui lisan (ceramah atau komunikasi langsung antara subjek dan objek dakwah). Dakwah jenis ini akan menjadi efektif bila disampaikan berkaitan dengan hari ibadah, seperti khutbah Jum’at atau khutbah hari Raya, kajian yang disampaikan bersangkutan ibadah praktis, konteks sebenar program, disampaikan dengan metode dialog dengan hadirin.
4. Dakwah bil-Haal — Dakwah bil al-Hal adalah dakwah yang mengedepankan perbuatan nyata. Hal ini dimaksudkan agar si penerima dakwah (al-Mad’ulah) mengikuti jejak dan hal ikhwal si Da’i. Dakwah jenis ini mempunyai pengaruh yang besar pada diri penerima dakwah. Pada saat pertama kali Rasulullah Saw tiba di kota Madinah, beliau mencontohkan Dakwah bil-Haal ini dengan mendirikan Masjid Quba dan menyatukan kaum Ansar dan kaum Muhajirin dalam ikatan ukhuwah Islamiyah.
5. Dakwah bit-Tadwin — Memasuki zaman global seperti saat sekarang ini, pola dakwah bit at-Tadwin (dakwah melalui tulisan) baik dengan menerbitkan kitab-kitab, buku, majalah, facebook, blog, dan tulisan-tulisan yang mengandung pesan dakwah sangat penting dan efektif. Keuntungan lain dari dakwah model ini tidak menjadi musnah meskipun sang da’i, atau penulisnya sudah wafat. Melalui dakwah bit-Tadwim ini Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya tinta para ulama adalah lebih baik dari darahnya para syuhada”.
6. Dakwah bil Hikmah — Dakwah bil Hikmah Yakni menyampaikan dakwah dengan cara yang arif atau bijak, yaitu melakukan pendekatan sedemikian rupa sehingga pihak dakwah mampu melaksanakan dakwah atas kemahuannya sendiri, tidak merasa ada paksaan, tekanan maupun konflik. Dengan kata lain dakwah bi al-hikmah merupakan suatu pendekatan komunikasi dakwah yang dilakukan atas dasar keinginannya sendiri. Dalam kitab Al-Hikmah Fi Al Dakwah Ilallah Ta’ala oleh Said bin Ali bin wahif al-Qathani diuraikan lebih jelas tentang pengertian Al-Hikmah. Menurut bahasa, Al-Hikmah artinya adil, ilmu, sabar, kenabian, dan Al-Qur’an; memperbaiki (membuat manjadi lebih baik atau pas) dan terhindar dari kerosakkan; ungkapan untuk mengetahui sesuatu yang utama dengan ilmu yang utama; obyek kebenaran (al-haq) yang didapat melalui ilmu dan akal; serta pengetahuan atau ma’rifat. Menurut istilah syar’i, Al-Hikmah artinya valid (sah) dalam perkataan dan perbuatan, mengetahui yang benar dan mengamalkannya, wara’ dalam Dinullah, meletakkan sesuatu pada tempatnya, dan menjawab dengan tegas dan tepat.

Ingat, kita punya matlamat yang sama tapi cara yang berbeza. Jangan merendahkan atau mempertikaikan cara orang lain tapi lihat cara kita. Adakah masih boleh digunakan? atau perlu pada perubahan? Doakan diri kita bersama akan terus thabat di jalan ini. Selagi tidak salah disisi syariat ISLAM, dia adalah benar dalam setiap tindakannya.
**imannurbalqis**
...SIKAP@siakap...
Assalamualaikum w.b.t kepada pembaca sekalian, sudah lama rasanya tak meng"update" blog ni...Tanpa kita sedari, masa berlalu dengan begitu pantas sekali...Namun, kita terus terleka dengan pelbagai perkara yang melalaikan sehingga kita terlupa tujuan sebenar kita berada di muka bumi ini...Beruntunglah bagi mereka yang terus berpegang dengan kemudi keimanan, dan rugilah bagi mereka yang terus hanyut tanpa pedoman... Sejak musim ulangkaji untuk peperiksaan semester2 bg sesi kuliah 2010 ini, rutin harian agak bertambah untuk menyelesaikan tugasan sebelum peperiksaan menjelang... Namun,alhamdulillah sejak akhir-akhir ini, momentum untuk meningkatkan diri semakin ada perubahan...Mudah-mudahan berterusan sampai akhir hayat...Bersyukur juga kerana kita telah menginjak ke bulan November 2010...ada sahabat ana kata bulan ini bulan membaca..ana pun pelik jg dgn statement sahabat ana nie sbb bulan membaca dalam bulan oktober..sahabat ana kata bulan nielah bulan membaca yang paling meriah di kampus.. sampai tidur, makan, berjalan pun dengan buku...rupa2nya suasana peperiksaan menyelubungi atmosfera di kampus ana...apa pun, kita perlu berusaha, berdoa dan bertawakkal untuk berjaya dalam peperiksaan...
.jpg)
Untuk entry kali ini, ana nak berkongsi pandangan dan pendapat berkenaan masalah sikap dalam kalangan bakal-bakal guru sekarang..kalau polis buat kempen ops SIKAP, ana ingat ana nak buat kempen ops SIAKAP...nak tahu sebab apa, kena baca entry nie bagi habis..pernah dengar pantun nie :
SIAKAP senohong,
gelama ikan duri,
bercakap bohong,
lama-lama mencuri.
Rasanya waktu anak tadika lagi, arwah mak selalu lantunkan pantun nie..ana pun kata pada arwah mak..kesian ikan siakap..dia xreti cakap pun tp kena tuduh mencuri... zaman kanak-kanak rebina..apa yang ana tahu...(^_^)
berbalik semula dengan jis utama entry ini ialah sikap bakal-bakal pendidik yang berada di kampus sekarang...apa yang ana lihat dan perhatikan banyak tindak-tanduk yang dicerminkan oleh bakal-bakal pendidik tidak melihat melihatkn kredibiliti sebagai seorang guru..ya, sememangnya gaya seorang guru sudah diserlahkan tapi pemikiran dan pandangan seorang guru masih lagi samar...ana tidak takut untuk mengeluarkan statement ini kerana ana juga seorang bakal guru...ana sendiri berada dalam suasana yang begitu mengusutkan ana...sikap pentingkan diri sendiri, bercakap apabila orang lain bercakap, memperlekehkan rakan sendiri, merungut perkara yang remeh temeh, tidak berintegriti, tidak menghormati warga kampus dan lebih teruk lagi mengiakan perkara yang salah dan menyalahkan perkara yang betul...yang membuatkan ana makin bertambah pelik, mempertikaikan hukum agama ALLAH..
Guru kencing Berdiri, murid Kencing Berlari
Suatu idiom yang sering kita dengar ketika ingin menyampaikan pesan bahawa apa yang dilakukan oleh seorang pendidik akan diikuti oleh murid melebihi apa yang mereka lakukan...Seorang pendidik menjadi pautan bagi anak didik mereka, apabila pendidiknya baik maka anak didiknya akan lebih baik lagi tetapi apabila pendidiknya jelek maka anak didiknya akan lebih jelek lagi...
Saat penyampaian ilmu dan nasihat diberikan, hanya dipandang enteng dan remeh...tidak pernah melihat pada apa yang disampaikan malah melontarkan tomahan pada penyempainya...jika menutup aurat dianggap old fashion, pergi ke surau membazir masa atau makanan rohani jijik untuk dijamah...bagaimana mahu melahirkan role model yang kelas mindanya kelas pertama???lebih membuatkan ana terkilan, apabila berada di sekolah menerima murid-murid yang sebegitu perangainya...mudah pula menyatakan kesalahan adalah sikap murid-murid berkenaan...tetapi tidak pernah memandang pada diri sendiri...mungkin kerana rasa senang apabila elaun dibayar dan seterusnya apabila tamat pengajian pekerjaan terus tersedia tanpa perlu pening kepala memikirkannya seperti mahasiswa IPTA@IPTS yang lain...sedih ana mendengar apabila tujuan utama memilih lapangan keguruan ini adalah kerana ianya mudah dan tidak perlu bersusah payah...apa makna sebenar PENDIDIK bagi insan-insan yang bakal mendidik??produk guru adalah insan dan generasi yang akan menerajui masa hadapan...Jadi, mudah saja untuk melihat Malaysia di masa yang akan datang, lihat saja kelakuan anak mudanya sekarang ini...
Hari ini dunia dah terbalik, bila kita ambil neraca yang bukan neraca Allah.. Dalam satu hadis nabi seorang sahabat pernah berkata: ” Sesunggguhnya kamu banyak melakukan amalan yang kamu pandang ringan lebih ringan dari sehelai rambut sedangkan kami pada masa Rasulullah S.A.W menganggapnya sebagai dosa besar..” Kenyataan hadis ini terbukti sebagaimana kita lihat pada hari ini...Kalau dulu solat jamaah merupakan amalan yang utama dalam kehidupan umat islam, tetapi sekarang sudah tidak dihiraukan...Kalau dahulu, majlis ilmu dan para ulama diberi tempat dan kedudukan yang tinggi tetapi sekarang artis dipuja dan disanjung...Kalau dahulu menghormati orang yang lebih tua menjadi kebiasaan tetapi sekarang yang muda tidak endahkan yang tua...Fikir-fikirlah apa yang berlaku di sekeliling kita...

Masih ada persepsi diri yang menyatakan guru pelatih yang mengambil jurusan agama yang digelar ustaz dan ustazah sahaja yang perlu menunjukkan contoh yang baik...Tetapi masih kurang kesedaran bahawa sepatutnya setiap diri orang Islam itulah yang perlu menunjukkan contoh yang terbaik untuk dicontohi...Jika mereka ustaz, orang alim, bukankah diri kita sendiri pula adalah terdiri dari orang Islam yang menjunjung tinggi al Quran, Sunnah dan ijmak ulama'? Mana janji kita sebagai khalifah di muka bumi ALLAH ini?
Ada pula kisahnya, orang yang alim lagi faqih (segelintir sahaja) hanya memerhatikan sahaja keletah umat Islam yang diserang dengan fahaman-fahaman dan ideologi sonsang, gejala sosial semakin membarah di dalam perut umat Islam...Dia kata nantilah, biarkanlah.. akhirnya barah itu membusuk dan pecah..bak kata orang dulu dan sekarang 'sudah terhantuk baru terngadah'...adakah kita terfikir yang mana duit elaun yang dimakan dan digunakan untuk keperluan seharian adalah peruntukkan untuk kehadiran kita di kampus...bkn hanya tahu merungut elaun dapat lambat tapi perlu sedar adakah tahap proaktiviti kerja di kampus semakin lembap?kalau ambil hak atau barang orang tanpa izin dikira mencuri...bagaimana pula kita dibayar elaun untuk kehadiran d kampus tetapi kita tdak hadir..malah, dengan senang hati menggunakan wang itu...tidakkah itu dikira mencuri juga??
Marilah kita bfikir dan ambil tindakan pada diri kita sendiri...atau adakah mungkin kita mahu menunggu sehingga tamatnya pengajian 5 tahun setengah baru kita boleh membuat penilaian adakah guru-guru yang dihasilkan memenuhi indikator sebagai pendidik kelas pertama yang menepati segala ciri-ciri dalam falsafah pendidikan guru???bila lagi mahu melakukan perubahan jika bukan sekarang saatnya...
“Adakah kita redha bersikap seperti seorang Yahudi, walaupun berdoa setiap hari agar dijauhkan daripada mengikut jalan orang-orang yang dimurkai (yahudi) dan yang sesat (nasrani)?!”

Berubahlah sementara masih ada keinginan...Berubahlah sementara masih ada hidayah Allah.Kerana orang yang tidak mendapat hidayah itu,akan kekal berada dalam kegelapan jika Allah mengkehendakinya...ALLAH swt telah bersabda dalam surah An-Nuur Ayat 40 :
Atau (orang-orang kafir itu keadaannya) adalah umpama keadaan (orang yang di dalam) gelap-gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak bertindih ombak; di sebelah atasnya pula awan tebal (demikianlah keadaannya) gelap-gelita berlapis-lapis - apabila orang itu mengeluarkan tangannya, ia tidak dapat melihatnya sama sekali. Dan (ingatlah) sesiapa yang tidak dijadikan Allah menurut undang-undang peraturanNya mendapat cahaya (hidayah petunjuk) maka ia tidak akan beroleh sebarang cahaya (yang akan memandunya ke jalan yang benar).
**imannurbalqis**
...USRATI...
...MAN ANA...
...PETI SURAT...
...MASA...
...TAWARIKH...
...MUTIARA KATA...
...AHLAN WASAHLAN...
...KOREKSI DIRI...
...INTERAKSI MAYA...
...INTELLECTUAL CALIPH...
...LAMAN INFORMASI...
...SMKA SHAMS,N9...
-
Student Mummy9 years ago
...INTRA IPGKPM...
-
`madam`11 years ago
...PRODUK IPGM...
-
Penyesalan8 years ago
-
assalamualaik zainal anbiya- lirik qasidah11 years ago
-
2014 : 22 days before ramadhan..12 years ago
-
Jiddiyah si Pemuda Rabbani12 years ago
-
Adakah Lagi Pengampunan12 years ago
-
-
mac 201313 years ago
-
Meting Sekolah 27-12-1213 years ago
-
Kembali Menemui Rab...13 years ago
-
Bahaya Khurafat sepanjang Euro 201214 years ago
-
Gerhana Bulan : Bukti Kebesaran Allah14 years ago
-
Kan ku Cuba...14 years ago
-
Dahsyatnya Tenaga DOA14 years ago
-
Aktivis Muslimah Harapan Rasulullah15 years ago
-
-
-
-
...BICARA MAYA...
Powered by Blogger.

