.::I'M ONLY SERVANT OF ALLAH::.

"Di perhentian terakhir itulah manusia akan hidup berkekalan sama ada dengan limpahan NIKMAT selama-lamanya atau menghadapi AZAB, juga selama-lamanya. Sebelum tiba di titik pengakhiran itu, manusia akan terus mengembara..."

...JALINAN UKHUWAH...

...MELAKAR PELANGI...

Daisypath Anniversary tickers

...KEEP IN MEMORY...

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

PERMATA HATI UMMI ABI

Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

...FREEDOM...

Got in here with my family, my neighbors and my friends.
Standing front together against the version formed in gains.
Doesn’t matter where you’re from..
Or if you got to hold on hand on hand
Here for the same reason we want to keep it come again.

Lord I thank You.
Can I ask straight to hold world?
And You know I’m here together.

Call You for freedom freedom
I know You can hear our heart ooo
Call them from freedom
Flying for freedom
I know You won’t let us apart ooo
I know You hear it Lord

And we here’s losing.
Losing our hearts.
And we’re afraid to dark.
I dream disaster view of you.
Just to be free.
I want protect another stair to win ’till life for call me freedom.
Can’t see your dream? It’s closer.
Closer to home us back.

I can feel to fly in the air
And it makes me strong to see that everyone
Standing to get all we have in unity
Shouting out loud the many kind of freedom
This is it
And we knock back enough
Oh God we’re going to hear our call
And we

Call You for freedom freedom
I know You can hear our heart ooo
Call them from freedom
Flying for freedom
I know You won’t let us apart ooo
I know You hear it Lord

mp3 : download



iman's note : Maruah agama perlu dibela. Bebaskan mindamu, pergerakanmu dan suaramu dari 'jajahan'.

**imannurbalqis**

Read more

...PEMIMPIN TAQWA @ ketawa?...

Lihatlah sejarah pemimpin yang bertaqwa.

Rasulullah SAW ketika Siti Fatimah minta seorang rampasan perang untuk di-jadikan khadam pembantu rumah, ditolaknya permintaan itu. Sebagai ganti, dimintanya Siti Fatimah berzikir Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali dan Allahu Akbar 33 kali sebelum tidur. Sehingga jadilah Siti Fatimah semiskin-miskin manusia tetapi dia tetap sabar. Akhirnya dia layak menjadi penghulu wanita di Syurga.

Sayidina Abu Bakar As Siddiq pernah ditanya oleh Sayidina Umar Al Khattab, kenapa dia selalu disebut-sebut oleh Rasulullah dan kenapa dia sangat kuat menanggung ujian. Sayidina Abu Bakar menjawab;
Lazimnya dalam dunia ini ada dua jenis manusia. Satu yang berjuang untuk dunia. Satu lagi yang berjuang untuk Akhirat. Tetapi aku berjuang bukan untuk dunia dan bukan untuk Akhirat. Aku berjuang dan aku berbuat apa pun hanya untuk Allah semata-mata. Aku makan tidak pernah kenyang. Aku kenyang dengan kelazatan bersama Tuhan. Aku minum tidak pernah hilang dahaga kerana aku mabuk cinta dengan Tuhan. Kalau bertemu dalam satu masa dua kerja, satu kerja ber-bentuk duniawi dan satu lagi kerja berbentuk Akhirat, aku dahulukan kerja Akhirat. Sayidina Abu Bakar As Siddiq sangat fakir (menyerah) kepada Tuhan. Dia hanya berserah kepada Tuhan dan tidak menagih bantuan dan simpati dari manusia. Bila dia habis korbankan hartanya untuk jihad fisabilillah dan ditanya oleh Rasulullah apa lagi yang ada padanya, dia menjawab, “Allah dan Rasul.”

Sayidina Umar menampal dinding rumahnya sendiri. Pakaiannya bertampung dan kasutnya dijahit untuk dipakai lagi, sedangkan kunci perbendaharaan negara berada dalam tangannya. Bila diketahui ada janda dan anak yatim kelaparan, segera ditanggung seguni gandum untuk dihantar ke rumah mereka itu. Khadamnya meminta untuk menanggung guni tersebut tetapi tidak dibenarkan oleh Umar seraya berkata: “Bukan engkau yang akan menanggung dosaku di Akhirat nanti.”

Ketika seekor kambing rakyatnya mati. Sayidina Umar menangis kerana merasakan kematian itu berpunca dari kesalahannya. Begitulah taqwanya. Begitulah sensitifnya dia dengan dosa. Sebab itu terkeluar dari mulutnya kata-kata yang ajaib ini: “Sekiranya nanti (di Akhirat), di umumkan semua orang masuk Syurga kecuali seorang, maka aku rasa yang seorang itu adalah aku.”

Alangkah takutnya Sayidina Umar dengan dosa-dosanya. Dirasakan dirinya penuh dengan dosa. Kesilapannya dengan rakyat akan membuatkan dia menangis hingga berbekas aliran air mata pada pipinya. Dia rasa dia tidak selamat walaupun sudah diisytiharkan oleh Rasulullah yang dia termasuk sepuluh orang yang dijamin Syurga. Sebab bagi Sayidina Umar, itu soal Allah hendak bagi dia Syurga sedangkan tidak ada jaminan yang dia tidak berdosa. Kalau begitu, layakkah dia ke Syurga dengan calar-calar dosa yang berbekas pada dirinya. Itulah yang Sayidina Umar tangiskan.

Sayidina Ali k.w. waktu pemerintahannya, setiap pagi janda-janda dan fakir miskin selalu dapat makanan di pintu rumah mereka. Tetapi mereka tidak tahu siapa yang meletakkan rezeki itu di situ. Tidak terfikirlah oleh mereka yang Sayidina Ali yang memberinya kerana dia pun terkenal dengan kemiskinannya. Hingga bila Sayidina Ali wafat, bekalan-bekalan itu terhenti. Maka fahamlah rakyatnya bahawa Sayidina Alilah yang berjalan di waktu malam dari pintu ke pintu rumah fakir miskin, anak yatim dan janda-janda untuk menghantar makanan. Sejak itu terkenal Sayidina Ali dengan panggilan Bapa Fakir Miskin dan Janda.

Sayidina Umar Abdul Aziz, sebaik sahaja diangkat menjadi khalifah, terus mewakafkan semua hartanya untuk negara. Begitulah pemimpin yang bertaqwa. Takut mereka pada dosa membuatkan mereka menyeksa diri untuk rakyatnya. Harta rakyat tidak disentuhnya takut kalau-kalau itu akan jadi sentuhan api Neraka. Jadi, pada mereka, pemimpin adalah seolaholah sebagai kuda tunggangan yang sentiasa berlari ke sana dan ke sini untuk menunaikan kehendak orang ramai. Dan kuda itu sentiasa takut dimarahi oleh Tuannya kalau-kalau kerjanya tidak diselesaikan.

-----------------------------------


Orang bertaqwa itu dalam keadaan hati mereka rindu dan takut kepada Allah, mereka bertaburan di tengah-tengah manusia di seluruh dunia untuk mengubah dunia dari jahiliah kepada Islam. Dari undang-undang taghut kepada kalimah Allah. Dari kekotoran najis dosa kepada kemurnian hati yang bertaqwa. Dari peperangan dan penzaliman kepada keamanan, keadilan dan kemakmuran supaya manusia semua mahu sujud kepada Allah, Tuhan yang menciptakannya dan yang akan mematikannya.

Orang bertaqwa itu pada waktu malam yang sunyi sepi, mereka menyembah, memuja dan memuji ALLAH. Mereka mengadu, merintih dan meminta ampun dari ALLAH. Mereka memohon petunjuk, pimpinan dan bantuan ALLAH. Pada siangnya pula mereka berbakti kepada sesama manusia dan berbuat sebanyak-banyak kebajikan dan amalan taqwa.

Bagi orang yang bertaqwa, hiburannya adalah iman, ibadah, zikrullah atau apa sahaja pekerjaan yang akan membawa kepada keredhaan dan kasih sayang Allah. Hatinya tenang dan tenteram. Jiwanya sentiasa hidup dan segar. Zikrullah itu luas pengertiannya. Ia bukan setakat menyebut puji-pujian, istighfar, selawat, takbir, tasbih dan tahmid di lidah. Zikrullah adalah kerja-kerja hati iaitu mengenal ALLAH dengan hati, rasa bertuhan, rasa cinta dan takut ALLAH, rasa kehambaan yang mendalam, rintihan dan munajat, syukur, sabar, redha dan sebagainya.

Orang bertaqwa itu, jiwanya hidup. Dia terlalu sensitif dengan Tuhan. Tidak berdosa, dia rasa berdosa. Tidak buat salah, dia rasa bersalah. Dia merasakan bahawa dirinyalah yang paling jahat, berdosa, hina, tidak berguna, rasa serba-serbi dhaif, lemah, lalai dan leka di sisi Allah. Justeru itu, dia tidak putus-putus meminta ampun dan bertaubat dengan Tuhan.

Orang bertaqwa itu, kalau dia pemimpin dan berkuasa, dia tidak rasa bahawa kuasa itu adalah kekuasaan dirinya tetapi kekuasaan Allah. Orang bertaqwa, semakin tinggi taqwanya, semakin dia rasa berdosa. Walaupun dia kaya, dia merasa tidak punya apa-apa. Orang bertaqwa merasakan dirinya hamba walaupun dia berpangkat besar. Kalau dia dihina, dia mudah menerimanya kerana hakikatnya dia memang hina. Yang mulia itu Allah.

Orang bertaqwa, walau bagaimana pun hebatnya, dia tenggelam dalam kehebatan Allah. Dialah orang yang paling bebas kerana dia paling kuat terikat dengan Allah. Orang bertaqwa tidak takut dengan makhluk bahkan makhluk takut kepadanya. Orang bertaqwa paling cemas dengan Allah hingga dia tidak cemas dengan malapetaka dunia. Kalau dia mulia, dia akan rasa kemuliaan itu kemuliaan Allah yang dipinjamkan kepadanya.

iman's note : Ya, ALLAH, tatkala ini betapa rasa tidak bergunanya hambaMu yang fakir ini dalam menempuhi liku-liku hidup di bumiMu. Tiada apa yang hambaMu ini sumbangkan jika dibandingkan dengan pengorbanan Rasulullah SAW dan sahabat-sahabatnya dijalanMu. Pimpinlah hambaMu ini untuk sama-sama melangkah seperti kekasihMu. Walaupun tidak dapat seiring dengannya biarlah hambaMu ini masih sejalan dengan laluan Baginda. “Sesungguhnya orang-orang mukmin itu, yang telah percaya dengan Allah dan rasul-rasul dan yang tidak ada pada mereka itu keadaan ragu dan mereka berjuang dengan menggunakan harta-harta dan diri mereka di jalan Allah, merekalah orang-orang yang benar.” (Al Hujurat: 15)

**imannurbalqis**

Read more

...MAHASISWA bukan PELAJAR SEKOLAH...

Apabila seseorang melangkah ke menara gading atau universiti, paradigmanya tentang dirinya juga seharusnya berubah. Dia bukan lagi seorang pelajar sekolah yang terpaksa mengenakan uniform dari 7 pagi hingga 1 petang. Hadir ke kelas bersama buku teks, menerima nota dari guru dan kembali dengan sebumbung kerja rumah. Tidak! Mahasiswa bukan pelajar sekolah!

Apabila telah bergelar mahasiswa, kita bukan lagi disuap dengan ilmu, diminta menghafal fakta dan dipimpin dalam setiap perkara. Seorang mahasiswa mencari ilmu, memahami dan menganalisa fakta dan yang paling nyata memimpin orang lain. Malah, menurut Prof Ir. Dr. Wan Hamidon dan Norngainy dalam tulisannya, ‘Mahasiswa Bertaraf Dunia’, seorang mahasiswa yang bertaraf dunia mempunyai kematangan dalam berfikir, berani, bersemangat kental, kreatif, kritis dan menguasai kemahiran-kemahiran insaniah atau softskills.

Sifat-sifat yang diutarakan di atas bersesuaian dengan peranan mahasiswa sebagai agen perubahan dalam masyarakat. Rasulullah s.a.w. dalam kerangka menyebarkan dakwah dan merubah masyarakat Arab Jahiliyyah juga bergantung kepada kekuatan semangat dan keazaman golongan muda seperti Ali bin Abi Talib dan Zaid bin Harithah. Merekalah ‘tulang sulbah’ baginda. Bahkan sepanjang lipatan sejarah, golongan mahasiswa telah menjadi nadi dalam reformasi sosial.

Sebagai contoh, di Indonesia, suara keramat mahasiswa pada Mei 1998 telah memaksa Presiden Soeharto untuk berundur dari jawatannya setelah 31 tahun memerintah dengan rakus. Di China, anak muda bernama Mao Tze Tung menjadi peledak kepada kebangkitan komunis sejak tahun 1919 hingga tertegaknya negara komunis pada 1949. Jelas bahawa mahasiswa menjadi gelombang yang boleh merubah lanskap politik dunia.


Tiga Ciri Utama Mahasiswa


Walaupun tiada satu kriteria yang jelas bagi menentukan ciri-ciri seorang mahasiswa, namun secara umumnya mahasiswa perlu mempunyai ciri idealisme, intelektualisme dan aktivisme. Ketiga-tiga ciri tersebut dapat dilihat dalam gerakan mahasiswa sejak tahun 1960-an hingga abad ke-21 ini.

Definisi dari segi bahasa menunjukkan bahawa idealisme merupakan suatu sifat menghasratkan sesuatu yang ideal. Ideal bererti sempurna atau unggul. Maka, tidak hairan jika dikatakan bahawa mahasiswa sering mengkritik kerana worldview mereka diselubungi gagasan yang ideal. Oleh itu, ia perlu dipandu dengan kebijaksanaan menganalisis fakta dan auta.

Idealisme mahasiswa merupakan perjuangan ke arah sesuatu yang lebih baik, berasaskan ilmu dan ketulusan hati. Ia berbangkit dari kesedaran dan bersifat dinamik bersesuaian dengan suasana semasa. Idealisme yang mampu bertahan dari cuaca zaman sudah tentu berbangkit dari misi dan misi yang jelas terhadap tujuan penciptaan manusia di bumi oleh Allah s.w.t.

Intelektualisme pula menurut Kamus Dewan adalah ‘pengabdian kepada penggunaan intelek atau daya berfikir’, manakala seorang intelektual didefinisikan oleh kamus tersebut sebagai golongan terpelajar, cerdik pandai atau cendekiawan. Justeru, apabila mahasiswa dikatakan memiliki ciri intelektualisme, syarat pelengkapnya adalah sikap cintakan ilmu dan keghairahan berfikir.

Keutamaan orang yang berilmu pengetahuan telah termaktub dalam ayat ke-11 surah al-Mujadalah yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu. Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat, dan (ingatlah) Allah Maha Mendalam Pengetahuan-Nya tentang apa yang kamu lakukan.”

Kegagalan menguasai ilmu pengetahuan menyebabkan kelesuan daya berfikir dan kegagalan dalam memahami realiti semasa. Oleh itu, Islam telah lama menitik beratkan kepentingan ilmu apabila ayat pertama yang diwahyukan kepada junjungan besar, Nabi Muhammad s.a.w. menyuruh manusia agar membaca (iqra’).

Sebagai tambahan, menurut Profesor Edward Said dalam buku ‘Representations of The Intellectuals’, seorang intelektual berperanan menyampaikan pandangan secara bebas tanpa dipengaruhi atau terikat dengan pihak-pihak berkepentingan. Ini bersesuaian dengan tugas manusia sebagai khalifah yang wajib menyebarkan kebenaran tanpa ‘fear of favour’.

Ciri ketiga seorang mahasiswa adalah aktivisme. Ciri terakhir ini merupakan suatu kuasa atau ‘force’ yang menggerakkan suatu perubahan sama ada sosial, politik, budaya dan sebagainya. Aktivisme berkait rapat dengan idealisme dan intelektualisme iaitu kedua-duanya menjadi pemangkin kepada aktivisme. Apabila mahasiswa tahu apa yang diperjuangkan dan mahu mengaplikasikan pengetahuan yang diyakininya, maka ia mampu menggerakkan perubahan.

Mungkin ungkapan terbaik yang dapat menjelaskan aktivisme boleh diambil dari kata-kata bekas Naib Canselor Universiti Malaya, Profesor DiRaja Ungku Aziz. Katanya, ”Biarlah mahasiswa mencabar asalkan sambil itu mereka belajar. Belajar sambil mencabar, pengetahuan tidak berjuntai seperti pisang, bangsamu tidak termaju tanpa pemimpin, berpengalaman (mencabar) dan terpelajar.”

Inilah ciri-ciri seorang mahasiswa yang jelas membezakannya dari pelajar-pelajar sekolah. Persoalannya, adakah universiti telah melahirkan mahasiswa yang memenuhi ciri-ciri yang disebutkan di atas dan sejauh manakah warga universiti telah berusaha untuk memenuhi ciri-ciri tersebut?


Muhyiddin Yassin beramah mesra dengan penerima Anugerah Emas Terbaik Keseluruhan, Muhammad Solehuddin Abdul Rani (empat dari kiri) pada majlis Konvokesyen Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan di PICC, Putrajaya, semalam. Turut sama (dari kiri) Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Pembangunan Profesionalisme Keguruan) Kementerian Pelajaran, Datuk Asariah Mior Shaharuddin dan Rektor Institut Pendidikan Guru, Datuk Dr. Haili Dolhan. - Bernama

iman's note : sedarkah bakal-bakal guru keluaran IPG bahawa mereka juga MAHASISWA? bukan lagi PELAJAR SEKOLAH. Adakah dengan digelar pelajar guru membuatkan mereka tidak merasai gelaran siswa yang rancak digelar buat individu-individu keluaran universiti?ataupun ada apa pada gelaran?

**imannurbalqis**

Read more

...hari keputeraan AYAH...

Aku berdoa untuk seorang lelaki yang telah menjadi sebahagian hidupku
Seorang lelaki yang telah mengajarkanku bagaimana mencintaiMu
Seorang lelaki yang hadir dalam setiap doa setelah solatku
Seorang lelaki yang meletakkan namaku dalam lantunan doanya untukMu
Seorang lelaki yang hidup bukan hanya untuk dirinya sendiri, tetapi juga untukku, arwah Mak, adik-adikku, dan untukMu
Seorang lelaki yang selalu menasihatiku untuk membakar kelemahan dan kekuranganku
Seorang lelaki yang membutuhkan senyumku untuk mengatasi sedihnya
Seorang lelaki yang membutuhkan dukunganku sebagai peneguhnya
Seorang lelaki yang menjadi pemimpinku di saat aku kehilangan arah
Seorang lelaki yang membutuhkan doaku untuk kehidupannya
Seorang lelaki yang selalu mengingatkanku akan mimpi besarku
Seorang lelaki yang menjadi pahlawan dalam keluargaku
Seorang lelaki yang ku ingin untuk mendampingiku menuju JannahMu
Dan aku berdoa untuknya
Berikanlah kekuatan kepadanya untuk melewati cobaanMu, agar ia mampu bangkit tiap kali badai menerpa
Berikanlah ia kehidupan yang mulia, sehingga ia dapat memuliakanMu
Berikanlah ia hati yang senantiasa ikhlas dan kuat menerima amanah-amanahMu
Berikanlah ia dada yang lapang, sehingga ia dapat sabar dalam mendidik anak titipan dari Mu
Berikanlah ia umur yang berkat, sehingga tiap detik waktunya tidak sia-sia di mata Mu


Ayah (putih) bersama anaknya, Zaid (gold). Like father, like son~

iman's note : "Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku dan kasihanilah keduanya sebagaimana mereka mengasihiku pada waktu kecil". Selamat Hari Lahir, Ayah.

**imannurbalqis**

Read more

...macam-macam MURID...

(1)
Murid : Cikgu, Adha tak nak masuk kelas.
Cikgu : Kenapa Adha tak nak masuk kelas?
Murid : Dia ada basikal baru. Dia jaga basikal kat bawah. Takut orang usik.
(Adha masuk kelas)
Cikgu : Kamu pergi mana Adha?
Adha : Bawa basikal.
Cikgu : Bawa basikal pergi mana?
Adha : Naik kelas, kat tepi pintu.
(Cikgu ke tepi pintu utama, nampak basikal)
Cikgu : (terperanjat) Awak bawa naik basikal sampai tingkat 1?
Adha : (mengangguk sambil tolak basikal ke belakang kelas)

Nampak gayanya hari ini basikal pun belajar dalam kelas.(@_*)

(2)
Murid 1 : Cikgu, nama kucing cikgu apa? Si Tompok ke Pak Belang ke Sang Bedal?
Cikgu : (terperanjat) Cikgu mana ada bela kucing?
Murid 2 : Cikgu, cikgu ada nama kawan Saadah ke?
Cikgu : (Pelik) Kenapa kamu tanya ini?
Murid 2 : Nama cikgu ada dalam kertas soalan Bahasa Melayu.
(Bila tanda kertas soalan Bahasa Melayu)
Cikgu : Rupa-rupanya nama sama dalam kertas soalan. Boleh menyebabkan murid confuse ini.

Nampaknya murid-murid di sekolah ini senang mengingati nama cikgu. (^_^)




(3)
(Loceng berbunyi, tanda tamat waktu persekolahan)
Di library,
Murid 1 : Cikgu, ini bukan kasut saya.
Cikgu : Cuba cari betul-betul.
Murid 1 : Betul cikgu, tak ada. Ada sepasang jea kat luar.
(Cikgu menjengah ke luar)
Ya ALLAH, ada yang tersalah pakai kasut orang lain.
Cikgu : Kamu pakai dulu kasut ini, esok tukar.
Murid 1 : Tapi bukan kasut saya, tak elok pakai hak orang lain.
Cikgu : Macam ini, esok kamu tukar dengan kawan kamu sebab tak elok tak pakai kasut. Nanti terpijak benda tajam. Kira kamu buat pertukaran dengan kawan kamu untuk sehari jea. Esok tukar balik. Ok?
Murid 1 : Baik, cikgu. (menggangguk)

Nampaknya kanak-kanak cepat belajar. (^_^)b

(4)
Cikgu : Class, attention please. Tengok Muhammad bagi tumpuan dalam kelas. Kita nak belajar satu kelas. Jadi kena hormat kawan kamu yang nak belajar.
Murid 1 : Memang la Muhammad bagi tumpuan dalam kelas teacher. Sebab dia kan suka teacher.
Cikgu : Habis tu kamu yang lain tak suka teacher mengajar ke?
Murid 1 : Suka tapi kan cita-cita Muhammad nak jadi ustaz. Teacher kan ustazah. Ustaz mestilah suka ustazah.
Murid 2 : Sebab tu Muhammad bagi tumpuan dalam kelas teacher.
Cikgu : Pandailah kamu. Baru darjah 2. Betul ke Muhammad?
Muhammad : (mengangguk sambil senyum tersipu-sipu)
Cikgu : Dah sekarang ini, semua dalam kelas ini teacher anggap macam anak murid teacher. Datang sekolah nak belajar. Suka kamu pada teacher sebagai seorang guru. Teacher sayang kamu sebagai seorang murid. Kalau suma suka teacher ajar, bagi tumpuan dalam kelas teacher sekarang. No excuse.
Murid : Teacher, bolehlah Muhammad suka teacher. Teacherkan ustazah, Muhammad ustaz. Ustazah mesti dengan ustaz. Macam cerita Ustaz Amirul.
Cikgu : Dah, pandang depan dan senyap.

Nampaknya pemikiran kanak-kanak mudah dipengaruhi oleh media massa.(@_%)


"Ya ALLAH, pencipta dan penguasa alam raya ini. Kami hambaMu yang lemah ini memohon agar Engkau permudahkan urusan kami dalam menghadapi hari-hari kami sebagai hambaMu. Terimalah setiap apa yang kami lakukan sebagai ibadah kepadaMu sebagai khalifah di bumiMu Ya ALLAH. Kepada Engkau sahaja kami bergantung harap dan meletakkan segalanya. Ameen Ya Rabbil Alameen"

iman's note : Alhamdulillah, interaksi dengan kanak-kanak buat ana tersenyum dengan karenah mereka. Penghibur di kala kepenatan datang menyinggah. Pengubat di kala kesibukkan datang melanda. Sudah menerima jadual ganti kelas untuk esok hari sebelum balik tadi. Alhamdulillah, nikmatnya SABAR. Bak kata ayah ana, "Kak kita ini mentimun baru nak belajar, orang atasan durian. Bila-bila jea mentimun boleh hancur ditimpa durian. Buatlah perlahan-perlahan. Paling penting niat kita."

**imannurbalqis**

Read more

...MEMORI Jumaat, 23 Februari 2007, 430pm...

Tatkala kenakalanku menjadi-jadi,
Kesabaranmu tiada tandingannya...

Tatkala kesedihan menyapa ruang hatiku,
Senyumanmu menjadi ubat penawarnya...

Tatkala amarahku membuak-buak,
Tutur katamu lembut bagai air dingin memadamkannya...

Tatkala kecewa menyinggah di angin lalu,
Pelukanmu peniup semangat langkahku...

Tatkala rasa sendiriannya hidup menyapa,
Huluran tanganmu peneman kesepianku...

Merinduimu satu anugerah...
Buat diriku makin kuat...
Meletakkan pergantungan pada Yang Maha Esa...
Menerima segala yang ditakdirkan dengan lapang...

Aku bukan siapa-siapa di dunia ini...
Jika tanpa pengorbananmu,
Jika tanpa keberkatanmu,
Jika tanpa kasih-sayangmu,
Jika tanpa ketabahanmu,
Jika tanpa teguranmu.

Tak terlafaz kata,
Tak terbeli jasa,
Tak terbalas cinta,
Tak ternilai budi.
Hanya doa mampu ku utuskan.

Terima kasih ya ALLAH atas kurniaan sementara ini,
Memberi peluang hambamu ini merasai nikmat memiliki seorang ibu.

"Ya Allah, ampunilah dosa-dosanya, kasihanilah dan sejahterakan dia, maafkanlah kesalahannya, muliakanlah kedatangannya, lapanglah kuburnya dengan rahmat-Mu, ya ALLAH yang Maha Pengasih..."

Al-fatihah.


Salam sayang,
Anakandamu.

iman's note : Ibubapa adalah orang yang paling mulia darjatnya dan hal ini jelas dinyatakan dalam Al-Quran yang bermaksud :

"dan hendaklah kamu beribadat kepada ALLAH dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa pun, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa."

Ketahuilah, kedudukan ibu bapa amat tinggi dan mulia selepas ALLAH dan Rasul. Apa yang ingin dikongsi di sini adalah mengenai kiriman doa buat arwah. Semua sedia maklum yang apabila meninggal dunia, kita akan membawa tiga bekalan iaitu sedekah jariah, ilmu yang berguna dan doa anak yang soleh. Di sini, dinyatakan bahawa doa anak yang soleh merupakan salah satu bekalan yang terpenting dan dapat membantu ibu bapa kita untuk menghadap ALLAH.

Terpaku sebentar dan memuji ALLAH apabila membaca riwayat Ibn Majah no 3660 yang mana mengatakan,

"Sesungguhnya seorang lelaki akan diangkat darjatnya di syurga. maka dia bertanya: 'Bagaimana aku bisa berada di sini?' Maka dijawab: 'Dengan doa permohonan keampunan oleh anakmu untuk dirimu."

Betapa jelasnya di sini yang doa anak yang soleh terhadap ibu bapa mereka yang telah meninggal sebenarnya dapat membantu ibubapa kita untuk menghadap ALLAH Yang Maha Kuasa. Moga kita berada dalam kalangan anak yang soleh dan solehah.

Bagi sesiapa yang masih lagi mempunyai ibu bapa di dunia, seharusnya mendoakan mereka sentiasa. Setiap kali dalam solat, setiap kali teringat mereka, seharusnya doalah yang dikirimkan. Doakan mereka agar istiqamah mentaati ALLAH di hujung usia, teguh di atas jalan iman, menemui Penciptanya dengan kesudahan yang baik, dimurahkan rezeki mereka dan diganjari mereka dengan redha ALLAH dan pahala-Nya.

**imannurbalqis**

Read more

...PILIHANMU, PILIHANKU...


"Ya Allah, aku beristikharahkan Engkau dengan ilmu Mu dan aku juga memohon ketetapan dengan ketetapan yang bersandarkan kurniaan Mu yang Maha Agung. Engkaulah yang Maha Menetapkan sedangkan aku tidak mampu untuk menetapkan. Engkau Maha Mengetahui dan aku pula tidak mengetahui. Engkaulah yang Maha Mengetahui akan perkara-perkara yang tersembunyi. Ya Allah, jika pada ilmu Mu sesungguhnya urusan ini, adalah baik untukku pada agamaku, kehidupan dan kesudahan urusanku (kini dan datang), maka tetapkanlah ia untukku dan permudahkan ia bagiku. Berkatilah aku dalam pilihan ini. Dan andaikata disisi Mu sesungguhnya hal ini adalah buruk bagiku dan agamaku, kehidupan dan kesudahan urusanku (kini dan akan datang), maka hindarkanlah ia daripadaku dan hindarkanlah aku daripadanya. Tetapkanlah bagiku kebaikan dan jadikan aku redha dengannya".

iman's note : doa untuk membuat pilihan tetapi bukan hanya urusan jodoh semata-mata. Letakkan seluruh pergantungan pada ALLAH Yang Maha Penentu Segala dalam semua urusan kehidupan seharian kita. Moga beroleh keredhaan dan keberkatan dariNYA.
“…dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.”(Surah al-Baqarah [2]:216

**imannurbalqis**

Read more

...manisnya SIBUK...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. ana doakan sahabat-sahabat dan pembaca blog ana sentiasa dalam rahmat dan kasih-sayang ALLAH s.w.t. Alhamdulillah, masih ada sedikit ruang untuk ana bersama-sama dengan laman sesawang ini walaupun sudah dua minggu kita menjengah ke tahun 2011. bersyukur juga ke hadrat ALLAH s.w.t kerana memberi ana ruang untuk meneruskan baki-baki hidup yang ada dengan kekuatan nikmat dari-NYA.

Sementara kita masih memiliki nikmat 5 perkara sebelum datang 5 perkara, maka gunakanlah sebaiknya. Sesungguhnya, 5 perkara yang baik yakni waktu muda, sihat, kaya, waktu lapang, dan waktu hidup sebelum 5 perkara sebaliknya, tidak dapat dilihat atau ditafsirkan dengan mudah sebagai nikmat ALLAH yang besar bagi seorang hamba ALLAH kecuali mereka yang telah kehilangan salah satu daripada 5 perkara ini. Orang kampung ana kata, bila dah tidak ada sesuatu baru terasa keberadaannya. Maaf kepada pembaca yang bertanya khabar tentang entry baru...atas kekangan masa dan ada perkara yang lebih utama membuatkan ana untuk tidak meng'update' laman sesawang ini.

jangan berasakan nikmat sibuk tiada waktu rehat

Sepanjang dua minggu memulakan kuliah untuk semester 1 sesi 2011, banyak perkara yang perlu diselesaikan. Membuatkan ana berada dalam keadaan tidak menang tangan. Tambahan pula, diuji dengan nikmat sihat sehingga terpaksa meninggalkan kuliah kerana perlu diberikan rawatan lanjut. Di samping itu, ana juga perlu melaksanakan tanggungjawab ana sebagai seorang guru pelatih sem 7 untuk merancang kajian tindakan yang akan dilaksanakan pada fasa praktikum hujung bulan ini. Tanpa diduga juga, dari ana ‘berjalan’ mengikuti masa sehinggalah ana ‘berlari’ mengejar masa tanpa membiarkan sedikit pun ada yang tertinggal sia-sia. Dalam kesibukan menyelesaikan urusan-urusan yang ditaklifkan membuatkan ana berfikir tentang manisnya bila sibuk. Ana jadi suka dan Alhamdulillah merasakan kesibukan ini satu anugerah yang sangat-sangat berharga. Sehinggakan ana terlupa yang ana sudah ada 'roommate'. (^_^)

Memanglah urusan ini adalah urusan dunia tapi ini merupakan wasilah terbaik dalam urusan dakwah. Apa yang kita niatkan dalam setiap apa yang dilakukan akan memberi impaknya. Banyak perkara yang sia-sia dapat dijauhkan. Rasulullah SAW bersabda: "Dua nikmat yang sering menjadi kerugian kebanyakan manusia ialah nikmat kesihatan dan waktu lapang." Kebanyakan manusia tidak dapat menggunakan kesempatan ini melainkan sibuk dengan dunianya, terfitnah dengan nafsunya atau ditimpa sakit. Jadi, dengan kesibukkan taklifan yang dipertanggungjawabkan membuatkan diri yang lemah dan banyak kekurangan ini meletakkan keseluruhan pergantungan kepada Yang Maha Esa. Hanya mengharapkan keberkatan dariNya dengan setiap langkah dan gerak yang dilakukan.

Sheikh Ibnu 'Atoillah telah mengingatkan kita tentang nilai waktu menerusi kalam hikmahnya: "Apa yang telah terluput daripada umurmu tidak ada gantiannya, dan apa yang telah terhasil daripada umurmu, tiada ukuran nilai harganya." Mensia-siakan hak waktu bererti mensia-siakan umur yang begitu berharga kerana umur yang telah berlalu tidak akan kembali lagi. Apabila kita membiarkan ia berlalu tanpa melakukan sebarang amal soleh, maka kita telah terlepas daripada kebaikan yang amat banyak. Para salafussoleh begitu berhati-hati dan tamak menjaga masa mereka sehinggakan Sayyiduna Ali RA pernah berpesan kepada isterinya Sayyidah Fatimah RA supaya melembutkan dan mencairkan masakan bagi mengurangkan masa mengunyah makanan yang mencuri masanya untuk bertasbih.



Kesibukan itu membuatkan masa itu dapat diuruskan dengan baik dan betul. Bergantung kepada diri masing-masing bagaimana untuk wujudkan keseronokan pada apa yang dilakukan, sibuk itu satu nikmat. Jika ditarik nikmat itu walaupun sekejap, mungkin kita kan lebih leka dan jauh dariNya. Cuba bayangkan jika terlalu banyak masa lapang yang kita ada, kemungkinan hanya berapa peratus sahaja masa yang digunakan untuk tujuan yang baik dan berfaedah khususnya sumbangan pada ISLAM itu sendiri. Persoalan yang juga menjadi muhasabah untuk diri yang selalu alpa ini, apa yang telah kita buat hari ini;apa sumbangan kita pada ISLAM, apa sumbangan kita sebagai PEMIMPIN yang dipilih dan orang yeng dipertanggungjawabkan, adakah ianya digelar `sumbangan` tatkala apa yang dikerjakan mempunyai unsur-unsur riak dan tidak ikhlas keranaNYA. Astagfirullah al azim, diri ini selalu saja alpa.

Kita tidak akan pernah merasai atau faham sesuatu keadaan apabila bukan kita yang melakukannya. Namun begitu, jika kita merasainya sendiri dan berusaha untuk menyelesaikannya akan membuatkan kita lebih menghargai dan mencuba sebaik mungkin. Analoginya mudah, jika kita sama-sama terlibat dalam usaha untuk membesarkan tanaman seperti sayur-sayuran sehingga subur menghijau, adakah berbaloi dengan perubahan yang berlaku dalam diri kita? Pada asalnya tidak tahu menahu selok belok menjaga tanaman, cara memegang cangkul bahkan menyiram sekali pun. Kini semua itu boleh diungkapkan sebagai 'alah bisa tegal biasa'. Kita telah menjadi mahasiswa yang berpengalaman memegang cangkul, menyiram, membaja, merumput dan menuai dengan merasai sendiri keadaannya.

Tidak ana nafikan sekiranya kesibukan itu mampu mengubah diri seseorang. Andai dahulunya kaki kita ringan melangkah ke surau, kini mungkin terasa berat. Andai dahulunya kita segan dan malu bercampur gaul dengan kawan-kawan, kesibukan juga meleburkan rasa segan dan malu itu hingga meruntuhkan akhlak diri. Andai dahulunya lidah terkaku tetapi hati mahu, kini mungkin juga hati mahu, lidah pun sudah lembut meluahkan kata-kata. Justeru, ayuh kita janakan kesibukan itu ke arah yang menginsafkan diri dengan menganggap kesibukan itu adalah ujian untuk diri kita yang akan dibayar dengan ganjaran yang tidak disangka-sangka. Apabila kita menilai sendiri kesibukan yang melanda, tanyalah diri adakah kita merasa manis dengan kesibukan itu atau pun sebaliknya. Manisnya kesibukan dapat dirasakan apabila usaha itu membuahkan hasil lalu menginsafkan diri untuk mendekatkan diri dengan ALLAH.

Syeikh Ibnu 'Atoillah RA berkata: "Perkara yang paling menyedihkan, setelah dikurangkan halangan kamu, kamu pula tidak mengadap-Nya." Semoga kita dapat mengambil iktibar. Orang yang hidup akan terasa sekiranya ditusuk dengan jarum. Tetapi orang yang mati tidak akan terasa sekalipun dipotong dengan pedang-pedang yang tajam. Renungilah!!


iman's note : Manusia akan mencapai tahap keseronokan sebenar ketika bertungkus-lumus melakukan sesuatu usaha. Jihad bukanlah hiburan yang berlebihan tetapi menjadi tuntutan. Banyak cara dan wasilahnya.

**imannurbalqis**

Read more

...tiada duka yang ABADI...

Tiada duka yang abadi didunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti
Takdir hidup ‘kan dijalani

Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan cinta dijalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Waktu berputar rebulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti
Takdir hidup ‘kan dijalani

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Harap ampunkan hamba-Mu ini

song by : OPICK



iman's note : bait-bait lagu ini memberi ana inspirasi dalam meneruskan lagi urusan-urusan yang perlu diselesaikan dalam desakan masa yang agak singkat di samping keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan. insyaALLAH, hamba yang serba kerdil ini cuba selesaikan dengan sebaik yang mungkin sehingga selesai semuanya. hanya mengharapkan keberkatan masa dari ALLAH pada setiap saat yang dilalui. terasa indahnya nikmat kesibukan.

**imannurbalqis**

Read more

...prakata 2011...

"Hatimu akan merasakan manisnya takdir Tuhan
jika kamu mencintai-Nya.
Kamu akan mencintai-Nya jika kamu mengenal-Nya.
Semakin tinggi darjat pengenalanmu terhadap Tuhan,
semakin tinggi pula darjatmu
dan semakin terasa agung ketentuan-Nya bagimu.
Dia sesungguhnya
lebih mencintaimu daripada dirimu sendiri.

Kerana itulah dikatakan,
orang yang paling mencintai Allah
adalah orang yang paling mengenal-Nya.

Al-'Uqayli berujar,
'Barangsiapa mengenal Tuhan, ia pasti mencintai-Nya; dan
barangsiapa mengetahui hakikat dunia, ia pasti menjauhinya.' "

[Imam Al-Hakim Al-Tirmidzi r.a.]

iman's note : 2011 menjadi medan dalam membuat satu anjakan paradigma bagi memanfaatkan diri yang serba kekurangan ini dengan sebaiknya. Semuanya tidak mustahil dengan izin ALLAH.


**imannurbalqis**

Read more

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails