.::I'M ONLY SERVANT OF ALLAH::.

"Di perhentian terakhir itulah manusia akan hidup berkekalan sama ada dengan limpahan NIKMAT selama-lamanya atau menghadapi AZAB, juga selama-lamanya. Sebelum tiba di titik pengakhiran itu, manusia akan terus mengembara..."

...JALINAN UKHUWAH...

...MELAKAR PELANGI...

Daisypath Anniversary tickers

...KEEP IN MEMORY...

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

PERMATA HATI UMMI ABI

Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

...hadapi dengan SENYUMAN...

Aku cuba hadapi semua ini dengan senyuman. Bukan bererti aku kalah. Tapi justeru aku harus menang. Semua memang sudah menjadi ketetapanNya. Aku hanya bisa menjalaninya saja.

Aku bukan minta dikasihani. Bukan minta diberi simpati. Aku berjuang untuk diriku, keluargaku dan agamaku. Dan kini, saat semua ternyata tak seperti yang kuharapkan. Aku hadapi dengan senyuman takdirku ini.

Aku yakin, ALLAH Maha Adil disebalik semua yang direncanakan untukku. Aku yakin ALLAH lebih tahu apa yang terbaik buatku. Bukan aku pasrah. Bukan pula aku lemah. Namun aku ingin berjalan seperti apa yang seharusnya aku jalankan.

Rela…

Aku sungguh rela akan semua ini. Rela, sungguh aku rela tak bisa turut mengikuti nafsu amarahku itu. Itu terbaik untuk semua. Termasuk juga untukku.

Menyerah bukanlah untuk kalah.

Tapi menyerahku adalah untuk menang.

Menang dengan cara meredam amarahku.

Aku akan tetap melangkah dengan senyuman yang bisa menjadi kekuatan aku untuk terus berdiri.



PEOPLE ARE OFTEN UNREASONABLE, ILLOGICAL AND SELF-CENTERED, JUST FORGIVE THEM ANYWAY. SOMEDAY YOU’LL SEE, IN THE FINAL ANALYSIS, IT IS BETWEEN YOU AND ALLAH. IT WAS NEVER BETWEEN YOU AND THEM ANYWAY! BE YET A WISER PERSON AND YOU'LL SUCCEED, INSYA ALLAH.

**imannurbalqis**

Read more

...ceritera 2 MELOR...

Assalamualaikum and good morning, teacher...

Apa khabar iman dan hati kita? Hidup berpaksikan dengan KALIMAH TAUHID LAA ILAAHA ILLALLAH MUHAMADARASULULLAH, dan Iman sebagai masdar yakni Iman itu perlu dijadikan sebagai perlembagaan, asas dalam kehidupan kerana Iman adalah sesuatu yang istimewa kerana hanya dengan keimanan kepada Allah sahajalah yang akan menjadi sign board arah kepada perjalanan arah hidup insan. Tetapi Iman saja tidak mencukupi tanpa direncahkan dengan taqwa kerana bekalan terhebat itu adalah taqwa. Taqwa adalah kunci ketaatan kepada Allah SWT. Dengan taqwa seseorang itu akan benar-benar mengikut perintah Allah dan meninggalkan laranganNYA. Ana doakan sahabat-sahabat dan pembaca blog ana sentiasa dalam limpah rahmat ALLAH s.w.t.

Alhamdulillah, kita masih lagi bernafas untuk merasai nikmat Syaban dan bulan Ogos. Ana mohon maaf pada semua yang menunggu post entry dari ana. Atas kekangan dan perkara yang lebih penting ana tidak dapat meng'update' laman sesawang ini selalu. InsyaALLAH, ana akan terus berkongsi pengalaman yang mengajar ana erti sebenar kehidupan. Sebagai seorang bakal guru, ana terpanggil untuk mencoret kisah yang berlaku dalam profesion ini. Dalam keadaan tidak sedar, sebenarnya sekolah merupakan alam belajar dan mengajar yang terbaik untuk setiap individu. Kali ini, ana nak 'share' tentang anak murid ana tahun 2 Melor. Praktikum 2bulan ini ana mengajar science untuk tahun 2 dan 4. PJ pula untuk tahun 4. Kat sekolah ini, satu tahun, satu kelas jea. Pelajar tak ramai tapi tak semua pelajar ana ingat nama.=)


jumlah pelajar tak sampai 300. Pelajar lelaki 85%...

Nak dijadikan cerita, pelajar tahun 2 Melor nie mmg nakal2. Kadang2 sesak nafas nak melayan perangai masing2. Asal pensyarah datang 'observe' mesti kelas nie yang terlibat. Pensyarah ana suka buat 'suprise' nie. Sampai pensyarah plk yang kawal kelas ana.=) Dulu ana praktikum kat sekolah semua perempuan, sekarang dah campur. Blh tahan penat. 'Hyperactive" tahap kronik. Pelajar ada la 25 orang tapi perangai masing2 macam 50 orang. Pelajar lelaki 19 orang, perempuan 6 orang. Dalam kelas nie ada jg pelajar ana yang kelas inklusif. Masuk kelas untuk subjek yang exam jea, pelajar pendidikan khas masalah pembelajaran. Tenat jg, sampai aktiviti kena buat lain2 sebab tahap mereka tak sama dengan pelajar aliran perdana walaupun sepatutnya dah tahun 5. Dalam keadaan pelajarnya macam nie pun masih ada yang memberi "MAKNA" pada ana. Kejadiaan nie berlaku waktu ana kena 'observe' kali kedua.

Masa : 9.10am-10.10am
Tempat : OTW nak pi MAKMAL SAINS

Oleh kerana kebuasan pelajar tahun 2 Melor yang tahap kritikal, ana perlu menjemput mereka sekiranya sesi pengajaran dijalankan selain dari bilik darjah. Setelah ana tiba di depan kelas mereka...

Fahmi : Teacher da sampai. Jom p makmal.
Ana : Tunggu dulu. Teacher dah pesan, kalau nak p makmal buat apa?
Iman : Bawa buku sains, beratur, jari letak kat mulut, jalan sama2.
Ana : Pandai. Habis tue kenapa xbuat lagi barisan nie?
Hazzad : Teacher, pencil box saya hilang. Diorang sepak. (sambil menangis)
Ana : Kamu letak kat mana Hazzad? Kelas, siapa ada ambik pencil box Hazzad? Cari sekarang, kalau tak cikgu tak bagi kamu pi makmal.
Harith : Teacher, Ikmal dengan Shakir yang sepak tadi. Saya nampak.
Abi : Teacher, biar saya cari. Tepi! Tepi! Buka kaki.
Ana : Ikmal, Shakir meh sini awak. Nak saya bawa kamu p makmal ke tak? Mana awak sorok pencil box Hazzad. Cari sekarang.
Ikmal : Mana ada cikgu, Hazzad yang ambil pencil saya dulu. Shakir yang sepak.
Ana : (Adoi hai anak-anak kecil nie, buat hal plk pagi nie..Dah la kena observe hari nie)
Abi : Teacher, nie pencil box Hazzad.
Ana : Ok, Hazzad. Jangan nangis dah. Tak hensem la kalau nangis. Kita nak pi makmal nie. Fahmi boleh gerak sekarang.
(Hazzad masih lagi tak nak bergerak dan memegang tiang dengan sekuat hati)
Ana : Jom Hazzad kita pi makmal. Teacher ada banyak game yang boleh main. Sapa tak pi makmal rugi. (Ana pun menarik tangan Hazzad)
Hazzad : Saya tak pergi!!! Tak nak!!! (sambil menangis)
(Ana makin pening dan konsentrasi untuk di'observe' makin kurang)
Dashwin : Teacher, biar saya jalan dengan Hazzad.
Ana : Dah Hazzad. Berhenti menangis. ALLAH tak suka orang menangis tak nak belajar. Susah nak masuk ilmu. Dah kesat air mata tue. Lain kali awak xblh kacau kawan2 yang lain. Mestilah kawan-kawan awk marah.
Dashwin : Teacher, kalau tuhan tak suka, kita buat jg, kita masuk neraka kan?
Ana : (Eh, pandai pulak Dashwin[kanak-kanak berbangsa India] nie bagi penerangan) Betul tue, Dashwin. Tengok Hazzad, dengar tak pe Dashwin cakap. Dashwin nak temankan awak lagi.
Dashwin : Hazzad, awak kena dengar cakap teacher. Baru boleh masuk syurga. Saya nak masuk syurga. Awak nak masuk syurga tak? Tak boleh nakal-nakal. Jom kita pi makmal. (Sambil pegang tangan Hazzad)
Hazzad : Teacher, sy nak masuk syurga. Masuk neraka sakit, panas sgt.
(Hazzad & Dashwin memulakan langkah untuk ke makmal sambil ana mengekorinya dari belakang)
Dashwin : Hazzad, awak tak boleh buat nakal. Tuhan tak suka. Kawan2 pun tak suka. Kena dengar cakap teacher. Nanti Tuhan bagi awak pahala. Kalau awk lawan, awk dapat dosa. Nnt masuk neraka. (sambil menoleh ke arah ana dan tersenyum)
Ana : (tersentuh dengan situasi itu, dengan penuh pengharapan "Ya ALLAH, berikanlah kanak-kanak ini cahaya keimanan dan hidayah agar dia beriman dengan kalimah "LAILAHAILALLAH" dan menjadi mukmin suatu hari nanti)




Hebat betul rencana ALLAH s.w.t, menjadikan seorang kanak-kanak bukan Muslim sebagai perantaraan untuk penerapan keyakinan atas apa yang diciptakannya. Pelajar tahun 2 yang bukan Islam boleh membezakan yang baik dan yang buruk. Bagaimana pula dengan orang yang beragama Islam, bak kata orang "rumah kata pergi, kubur kata mari". Makin ramai yang menidakkan kebenaran dan mengiyakan kefasikan. Masalah yang datang bukan untuk dirunguti tetapi perlu dimuhasabahkan. Itulah cara teguran Allah buat kita yang lalai agar kembali bertaut harapan kepadaNYA. Kepada Allah lah penyelesai segala masalah. Baikilah dan tingkatkanlah hubungan kita dengan Allah, insyaAllah, Allah akan permudahkan urusan kita dengan jalan yang tidak disangka-sangka. Gapailah redha Allah. Kita memang tidak mungkin menjadi yang terbaik tapi kita mampu menjadi yang lebih baik, insyaAllah.

“Ya ALLAH, tunjukkanlah kepada kami kebenaran sehinggga kami dapat mengikutinya. Dan tunjukkanlah kepada kami kejelekan sehingga kami dapat menjauhinya.”

**imannurbalqis**

Read more

...Asas KESELAMATAN Di Akhir Zaman...


Daripada Abi Najih 'Irbadh bin Sariyah r.a berkata: "Rasulullah s.a.w telah menasihati kami dengan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan airmata kami ketika mendengarnya. Lalu kami berkata: "Ya Rasulullah! seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali, maka berilah pesanan kepada kami. Lalu baginda pun bersabda: "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa ar-Rasyidin al-Mahdiyiin (khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunnah-sunnah ini dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara baru (bid'ah) yang diada-adakan kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat.
(riwayat Abu Daud/Tirmizi).


**imannurbalqis**

Read more

...doa itu senjata MUKMIN...


“ Ya Allah kurniakanlah aku lisan yang lembut basah mengingati dan menyebut (nama)Mu, hati yang penuh segar mensyukuri (nikmat)Mu, serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada (perintah)Mu. Ya Allah, kurniakanlah aku iman yang sempurna, hati yang khusyuk, ilmu yang berguna, keyakinan yang benar-benar mantap. (Ya Allah) kurniakanlah aku (din) cara hidup yang jitu dan unggul, selamat dari segala mara bahaya dan petaka. Aku mohon (Ya Allah) kecukupan yang tidak sampai aku terpaksa meminta jasa orang lain. Berikanlah aku (Ya Allah) iman yang sebenarnya sehingga aku tidak lagi gentar atau mengharap orang lain selain dari Engkau sendiri. Kembangkanlah lembayung rahmatMu kepada ku, keluarga dan saudara seISLAM ku serta sesiapa sahaja yang bersama-sama ku. Jangan (Ya Allah) Engkau biarkan nasib ku ditentukan oleh diri kami sendiri, walupun kadar sekelip mata atau kadar masa yang lebih pendek dari itu. Wahai Tuhan yag paling mudah dan cepat memperkenankan pinta (perkenankanlah). Amin Ya Rabbal ‘alamin”...

----------------------------------------------

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamau mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka) Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. (Al-Baqarah : 186)

**imannurbalqis**

Read more

...sifat AWAN menurut tokoh ulama' zaman silam...


Maksud Firman Allah SWT : ( ayat 43 , Surah al Nur )
Adakah tidak engkau perhatikan bahawa Allah SWT yang mengarakan awan , kemudian dialah yang membentuk kepulan – kepulan awan diantara satu kelompok dengan satu kelompok yang lain , kemudian dia juga yang menjadikan awan itu berlapis – lapis setelah berlakunya percantuman kepulan awan . Maka engkau akan melihat pula titisan air hujan yang keluar daripada celahan awan dan turunlah air hujan dari langit seperti turun dari kemuncak gunung yang diselaputi salji .

Al Imam al Jurjani , tokoh ulama’ Islam zaman silam ( 680 Hijrah ) berkata dalam kitabnya ‘ al Mawaqif’ diantara sifat awan ialah sentiasa bergerak dan berarakan . Apabila awan berarak maka awan-awan akan berpecah membentuk kepulan – kepulan kecil yang di namakan
‘ Mua’lif’ . Maka agak sukar membuat kepastian kerana setiap 10 minit awan ‘mua’lif ‘ boleh berubah sifatnya .

Al Imam Abu Mansur , tokoh ulama’ Islam zaman silam ( 850 Hijrah ) berkata dalam kitabnya ‘ Nihayah al Arab’ awan ‘mua’lif apabila berkumpul dan menimpa – nimpa diantara satu – sama lain akan membentuk awan ‘ al Rukam ‘ . Awan ‘ al Rukam ‘ ini apabila turun mendekati permukaan bumi dengan kadar 700 hasta maka akan turunlah hujan dari celahan – celahan awan tersebut . Bagi Negara yang berada berdekatan dengan garisan khatulistiwa maka Awan ‘ al Rukam ‘ ini di kenali sebagai awan pembawa hujan . Bagi Negara yang berada berdekatan dengan garisan Saratan dan garisan Jadi , maka awan ini boleh menurunkan salji .

'LANGIT CERMIN KEJADIAN DI BUMI'

**imannurbalqis**

Read more

...journey of LIFE...

In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful



Nobody can change the the past and nobody can knows the future. Life is a continuous journey of wonderful experiences that shape us. We should always embrace our joys and sorrows, knowing that it is all part of where we are going and who we will be. The happiness that we feel and the many emotions we have with take us up and down this magnificent road of beauty, love, peace, joy and loss that is all truly part of life's journey. Every step along the way should be savored, understood and enjoyed as it is meant to be. Who ever are you, never forget Allah in your life. Go with the flow. Don't judge your life but judge yourself.

**imannurbalqis**

Read more

...penawar kelelahan...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...ana doakan sahabat-sahabat dan pembaca blog ana sentiasa dalam rahmat dan kasih-sayang ALLAH s.w.t... Alhamdulillah, masih ada sedikit ruang untuk ana bersama-sama dengan antum... insyaALLAH, perkongsian yang tidak seberapa ini akan ana hidangkan buat antum yang sudi membaca...tidak akan ana bazirkan masa antum untuk membaca entry ana tanpa mendapat apa-apa...seperti yang pernah dimaklumkan oleh Ustazah Salbiah dalam forum "Apa yang kau panggil CINTA?" sempena minggu SYOKNYA CINTA anjuran JK BISA IPG Kampus PM, bahan bacaan yang dibaca tidak kiralah dari sumber mana sekalipun yang 90% tidak memberi ilmu atau manfaat kepada pembacanya adalah bahan bacan picisan...

Alhamdulillah, sudah 2minggu ana menjalani praktikum fasa kedua untuk sem ini...sekolah kali ini tidak berapa jauh dari ipg ana cuma mengambil masa 20minit untuk berjalan kaki...ini atas kelemahan diri ana juga kerana tidak menamatkan lesen kenderaan sehingga lesen L ana pun dah tamat...jadi, ana perlu berjalan kaki untuk pergi dan pulang dari sekolah...setakat ini pensyarah dan guru pembimbing tidak lagi membuat penilaian ke atas proses pengajaran dan pembelajaran ana...namun ana tetap bersiap siaga untuk menantikan kehadiran pensyarah ana..tidak ana maksudkan persediaan p n p ana hanya untuk menyambut kehadiran pensyarah tetapi fokus utama ana adalah murid-murid yang berada dibawah tanggungjawab ana...ana perlu memenuhi amanah yang telah dipertangunggjawabkan...berdosa ana sekiranya anak murid ana tidak mendapat apa yang diajar...ana perlu menjalankan tugas ini dengan bersungguh-sungguh...kali ini ana mendapat 10 masa untuk mata pelajaran sains tahun 2 dan 4 serta pendidikan jasmani tahun 4...walaupun dikatakan sedikit oleh guru senior tapi bagi ana yang masih lagi hingusan dalam bidang ini...ana boleh katakan ada tekanan dalam ana membuat pengurusan yang sepatutnya...penglibatan dalam aktiviti sekolah yang diwajibkan serta waktu hujung minggu yang mana ana perlu hadir untuk aktiviti sekolah...kerja kursus yang sudah dibekalkan oleh pensyarah serta program Minggu Sains sekolah dan pertandingan makmal sains benar-benar membuat ana merasai kelelahan sewaktu ini...penglibatan ana dalam aktiviti dan tugas di IPG tidak ana lupa...cuma ana mempunyai batasan masa dalam bergerakkerja di IPG...bukan ana catatkan untuk ana merungut atau mengomel tetapi ini satu penelitian buat diri ana untuk mengetahui apa skop yang perlu ana lunaskan semasa menjalani praktikum...


Tidak ana nafikan, dalam masa dua minggu ini stamina agak kurang...bila pulang dari sekolah, kepenatan dirasai sehingga tidak berpeluang untuk bangun malam hari... sehingga waktu hujung minggu ana terpaksa gunakan untuk menyelesaikan taklifan yang ada dan mengecas semua bateri tubuh badan untuk digunakan selama seminggu..kelelahan dan kepenatan ini membuatkan ana berasa tidak selesa dan perlu untuk mencari penawarnya...disaat itu ada sahabat yang berkongsi maklumat berkenaan penawar untuk mengatasi kepenatan tatkala tugas datang untuk diselesaikan...

Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya...Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti...Saidina Ali berkata :"Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu."Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah s.a..w. tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantunya itu. Baginda s.a.w. berkata:"Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam."

Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua...Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah.s. a.w. itu....Katanya "Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku..." Sayugia dicadangkan kepada sesiapa sahaja yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan membaca 'Subhanallah' (33 kali), 'Alhamdulillah' (33 kali)dan 'Allahuakbar' (33 kali) pada setiap malam iaitu sebelum melelapkan mata...Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan) , Insya-Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita... Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman."Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"(Sabda Rasulullah SAW)"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."

Sama-samalah kita amalkan...bak kata Peribahasa Arab yang popular kat sekolah dulu, Ilmu yang tidak diamal adalah seperti pohon yang tidak berbuah.

**imannurbalqis**

Read more

...3x CINTA...

salam alaik buat sahabat-sahabat dan pembaca blog ana...didoakan agar sahabat-sahabat berada dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa dalam rahmat dan makfirah ALLAH s.w.t..syukur dipanjatkan kepadaNYA kerana masih lagi ada hati-hati yang mencintai jalan ISLAM yang suci lagi benar...Semoga tidak leka dengan hidangan dan kesibukkan dunia yang boleh menjerumuskan kita kepada kebinasaan...gunakan segala wadah yang ada untuk menyampaikan walaupun 1 ayat...ALHAMDULILLAH kerana ana masih lagi diberi peluang untuk bersama-sama sahabat-sahabat dan pembaca blog ana...ana mohon maaf kerana tidak berkesampatan untuk meng"update" blog ini setiap hari...atas kekangan yang ada, ana perlu mengutamakan apa yang perlu diutamakan...tapi insyaALLAH tidak akan ana abaikan laman sesawang ini sesenangnya...inilah satu cara ana bertemu dan menyampaikan sesuatu untuk sahabat-sahabat maya ana..Dalam kesibukkan harian dan praktikum di sekolah, ana bersyukur kerana ALLAH masih memberi peluang untuk ana merehatkan minda dan berfikir tentang nikmat-Nya...

Ana masih lagi optimis terhadap novel-novel cinta keluaran PTS Litera Utama...Novel cinta yang dibaca seharusnya ditapis dahulu dan bukan sahaja bacaanya pada kaum wanita sahaja atau mat-mat jiwang...seharusnya,kita memilih pembacaan yang sarat dengan pembawaan yang lebih positif...Masing-masing mempunyai pandangan tersendiri...tapi bagi ana seorang manusia yang makin meningkat dewasa dan bersama-sama dalam kalangan masyarakat remaja sekarang, pembacaan yang menggunakan akal pemikiran dan membuka segala ruang perubahan mampu mengubah haluan kehidupan seseorang...Bagi ana apa-apa jenis pembacaan yang memberi makna positif kepada pembacanya merupakan medium dari ALLAH s.w.t untuk menegur, menasihat atau pesanan kerana ilham penulis itu datangnya dari akal yang diciptakan oleh ALLAH s.w.t dan ianya juga ilham yang diberikan oleh Pencipta kepada penulis dalam masa berfikir...itulah ujaran pertama disaatnya Nabi Muhammad bertemu dengan malaikat Jibrail iaitu " IQRA' "


Wasilah Cinta Weera beri ana makna sebenar apa itu CINTA...novel yang ditulis oleh Rose Harissa ini merakamkan bahawa ujian mendatangkan kebahagiaan untuk sesiapa yag mengertikannya...membuka peluang untuk ana menilai erti kata sebenar "Kita bertemu kerana ALLAH, Kita berpisah kerana ALLAH"...walaupun hanya novel tapi bagi ana ilham penulis tetap datang dari ALLAH...novel ini merupakan sentuhan lembut untuk teguran dan peringatan sesama manusia...ada garapan 3 Cinta yang boleh ana perolehi dari novel ini bila......

1)Cinta dengan ALLAH
Aweera menasihati Sari Ayu, isterinya

Berdoalah. Berdoa adalah cara paling ampuh untuk mengubati rasa patah hati kamu. Dengan berdoa, kamu boleh mengeluh, menangis, mengadu dan mencurahkan semua beban hidup kepada ALLAH. Dia adalah sumber keteduhan dan ketenangan kerana Dia adalah pelindung semua makhluk.

2)Cinta sesama Muslim
Tatkala Ray dan Weera dikatakan "gay"

Marilah sama-sama kita renung seketika hadis Abu Hurairah (R.A) maksudnya: "Bahawasanya ada seorang lelaki yang pergi menziarahi saudaranya (sahabat) di sebuah kampung yang lain, lalu Allah menyuruh malaikat memerhatikannya di atas jalannya. Maka tatkala dia sampai dia berkata : Engkau hendak ke mana ? Lelaki tersebut menjawab: Aku hendak menemui seorang saudara ku di kampung itu. Malaikat bertanya lagi " Adakah engkau telah berbudi kepadanya dan engkau mengharapkan balasannya?" Beliau menjawab " tidak, aku mencintainya kerana Allah" Maka malaikat itu berkata kepadanya "Bahawa sesungguhnya aku ini adalah utusan Allah kepada engkau, sesungguhnya Allah telah mencintaimu sebagaimana engkau mencintai dia kerana Allah.

3)Cinta antara suami dan isteri
Saat Aweera berdoa untuk isterinya, Sari Ayu

Ya ALLAH, Al-Malik...
Aku serahkan segala urusan, masalah, musibah
dan ujian kepada-Mu yang Maha Mengenggam
Alam Raya ini...Tabahkan aku menghadapi segala cubaan-Mu,
Bimbinglah diri ini menuju cinta-Mu,
menggapai mahligai mahabbah rasul-Mu,
Ya ALLAH, Al-Muqtadir...
Sekiranya isteriku pilihan-Mu di Arasy,
berikan aku sebuah hati yang sungguh mencintai-Mu,
sehingga aku dapat mencintainya dengan cinta-Mu,
bukan mencintainya dengan sekadar cintaku,
Sekiranya isteriku ini adalah isteri yang bakal
memegang tanganku di titian-Mu kelak,
berikanlah aku penglihatan-Mu agar aku dapat melihat
banyak hal baik dalam dirinya
bukan hal yang buruk sahaja.
Sekiranya isteriku ini adalah bidadari untukku di Jannah kelak,
berikanlah sifat-Mu yang kuat sehingga kekuatanku datang dari-Mu,
bukan dari luar diriku,
berikan aku tangan-Mu sehingga aku selalu
berdoa untuk-Mu,
Sekiranya isteriku adalah yang terbaik untukku
di dunia-Mu ini,
berikanlah aku mulut-Mu yang penuh dengan
kata-kata kebijaksanaan-Mu dan semangat
agar aku dapat mendukungnya setiap hari,
dan aku dapat tersenyum pada-Mu setiap pagi.
Ya ALLAH, Ya Rahman Ya Rahim...
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari
menyakiti perasaan isteriku,
Berilah aku kesabaran untuk menghadapinya
segala kerenah dan ragam isteriku,
Aku ingin menjadi suami yang dikasihi,
Suami yang sentiasa disayangi...
Aku ingin menjadi seorang suami yang seperti
apa yang telah diteladankan oleh Rasullah...
Amin ya rabbal alamin

dan novel ini diakhiri dengan kalam yang benar-benar menawan kalbu ana...

"Amat indah jika segalanya kerana ALLAH"

**imannurbalqis**

Read more

...???...

"SUCCESS is not destination, it's a JOURNEY"

Nikmat kejayaan ada pada kegagalan.

**imannurbalqis**

Read more

...ana TURUT menangis...

Pagi Jumaat....

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"

Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun"

Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"

"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.
"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu"

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik,maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang.

Panjangkanlah risalah ini. Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara kamu!

TAKBIR!! ALLAHUAKBAR!

Wassallam

**imannurbalqis**

Read more

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails