.::I'M ONLY SERVANT OF ALLAH::.

"Di perhentian terakhir itulah manusia akan hidup berkekalan sama ada dengan limpahan NIKMAT selama-lamanya atau menghadapi AZAB, juga selama-lamanya. Sebelum tiba di titik pengakhiran itu, manusia akan terus mengembara..."

...JALINAN UKHUWAH...

...MELAKAR PELANGI...

Daisypath Anniversary tickers

...KEEP IN MEMORY...

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

PERMATA HATI UMMI ABI

Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

...sekolah: ALAM didikan...

salam alaik buat sahabat-sahabat dan pembaca blog ana sekalian...didoakan kalian sihat walafiat dan sentiasa mempertingkatkan diri dalam mencari nilai sebenar cinta ALLAH...Alhamdulillah, ana masih lagi diberi ruang dan peluang untuk mencoret sedikit rasa dan pengalaman dalam kehidupan seharian sebagai seorang hamba ALLAH...

Alhamdulillah, ana dah dapat jadual semalam...mmg dapat 12jam maksimum untuk practicum...pensyarah pembimbing ana : Pn Fazilah bt Abu, Ketua Panitia Sains...dua-dua subject minor ana dapat iaitu English and PJ walaupun sebenarnya hanya perlu salah satu tp atas permintaan dari GPK1, ana dan kawan-kawan ikutkan jea coz klu ikutkan jadual insyaALLAH tidak membebankan...insyaALLAH, ana akan cuba mengatur jadual ana sebaik mungkin walaupun subject minor tidak diobserve oleh pensyarah...tp Madam Gan, guru English 2A nak masuk sekali..tengok cara ana mengajar...ana layankan jea kata boleh...mungkin nie akan bg ana peluang utk tahu dan baiki kelemahan ana sebelum subject nie akan pensyarah observe untuk sem 7 nanti...sekurang-kurangnya ana ada pengalaman...subject major, ana mengajar year 4A and 4B...terima kasih kepada Pn Salinda and Madam Ang kerana bagi peluang pd ana to introduce myself for this week...I will start new topic for science subject next week...Ana baru habis kelas dengan tahun 4A...mmg ana bersyukur kerana pelajar-pelajar 4A bg kerjasama yg baik...lepas sesi berkenal-kenalan, ana terus buat sesi "Our Rules-Do and Don't"...di mana, pelajar-pelajar sendiri yang menetapkan peraturan yang mereka perlu buat dan dilarang buat semasa sesi P&P ana nanti...klu melanggar peraturan yang mereka sendiri setuju, dah ada cara untuk mengatasinya yg mana mereka sendiri setuju...so, sesi nie bg peluang pd ana untuk mengawal kelas nanti...kebanyakan pelajar suma boleh faham apabila interaksi dijalankan dalam bahasa Inggeris...pelajar pun tak ramai,ada 27 org...insyaALLAH, ana akan cuba ingat nama-nama mereka...



Sekolah rendah terutamanya memang dikaitkan dengan alam didikan kanak-kanak...sekolahlah tempat mereka menimba ilmu dari seorang insan yang bergelar guru...guru merupakan orang yang paling hampir dengan kanak-kanak sebenarnya..menjiwai kanak-kanak adalah perlu dalam mendekatkan diri dengan mereka...Sesungguhnya syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama...Barangsiapa memuliakan anak-anak dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya...Dalam satu hadith, Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda "Memandang muka anak-anak dengan rasa syukur akan rahmat Allah itu sama seperti melihat muka nabinya." Begitu besar pahala orang yang memuliakan kanak-kanak. Oleh itu sebagai seorang guru yang dekat dengan kanak-kanak hendaklah memelihara mereka dengan baik...Jadikan profession perguruan ini, salah satu medan untuk mendidik kanak-kanak dengan sifat-sifat mahmudah...warnakan P&P kita dengan didikan dan menerapan nilai-nilai Islam yang boleh memacu mereka di masa hadapan..sekurang-kurangnya dalam amalan seharian mereka...yang paling mudah, memberi salam...

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Serulah manusia ke jalan tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik…”
(An-Nahl Ayat125)



Rasulullah (s.a.w.) sendiri tidak pernah memarahi atau meninggikan suara terhadap kanak-kanak semasa ingin menasihati mereka....Baginda sering berlemah-lembut dalam percakapannya dengan kanak-kanak...Satu hadith dari Sunan Abu Dawud:

Seorang sahabat Nabi pernah berkata, "Semasa saya kecil, saya suka menjatuhkan buah kurma dengan membaling batu pada pohon kurma. Pada suatu hari, ada seseorang (Rasulullah s.a.w.) yang mendukung saya dan menasihati saya agar memungut buah kurma yang jatuh dari pohon dan bukan menjatuhkannya menggunakan batu. Dia kemudiannya mengusap kepala saya dan memohon rahmat untuk saya"

Rasulullah s.a.w. selalu beramah mesra dengan kanak-kanak dan tidak pernah memukul walaupun seorang kanak-kanak (mahupun wanita) di sepanjang hidupnya...Rasulullah s.a.w. banyak mengamalkan konsep pemberian ganjaran dan bukannya pemberian denda dalam hal mendisiplin kanak-kanak...

Kesimpulannya, didiklah anak-anak sejak kecil lagi dengan asuhan dan didikan yang betul...guru-guru perlu ambil peluang yang ada dalam memberi didikan yang sempurna..Hati mereka masih suci dan bersih, mereka belum melakukan sebarang dosa, jadi janganlah kita cemarkan jiwa dan hati mereka dengan perkara yang tidak sepatutnya...seharusnya, guru menjadi contoh tauladan terbaik dan sentiasa meningkatkan pengetahuan sebagai sumber ilmu kanak-kanak...janganlah kita yang menjadi peracun fikiran kepada kanak-kanak dengan ilmu yang tidak bermanfaat...

Dalam sebuah hadis, Nabi s.a.w. telah bersabda, mafhumnya: “Sesungguhnya setiap bayi itu dilahirkan dalam keadaan suci (fitrah) seperti kain putih, maka ibu bapa lah yang mencorakkannya, sama ada Yahudi, Nasrani atau Majusi.”

Berdasarkan mafhum sabda Rasulullah SAW di atas, maka telah terbukti bahawa semasa seseorang itu masih kecil dan kanak-kanak, akan senang dibentuk...alam persekolahan merupakan salah satu medan terbaik dalam melahirkan "Khalifah-khalifah Muda"...guru merupakan mangkin dalam merealisasikan generasi al-Quran...insyaALLAH



‘Firm’, ‘Fair’, ‘Friendly’

**imannurbalqis**

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails