.::I'M ONLY SERVANT OF ALLAH::.

"Di perhentian terakhir itulah manusia akan hidup berkekalan sama ada dengan limpahan NIKMAT selama-lamanya atau menghadapi AZAB, juga selama-lamanya. Sebelum tiba di titik pengakhiran itu, manusia akan terus mengembara..."

...JALINAN UKHUWAH...

...MELAKAR PELANGI...

Daisypath Anniversary tickers

...KEEP IN MEMORY...

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

PERMATA HATI UMMI ABI

Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

...1 tukar 2...

“ Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam, maka dia dari kalangan mereka yanng beruntung. Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang rugi. Barangsiapa yang hari ini dia, lebih teruk dari semalam, maka dia di kalangan orang yang celaka” Mafhum Hadith Rasulullah SAW.

Tanyakan beberapa soalan ini pada diri,,,


Bagaimana dengan hari ini, adakah ia lebih baik dari semalam?

Bagaimana dengan minggu ini, adakah lebih baik dari minggu yang lalu?

Bagaimana dengan bulan ini,adakah lebih baik dari bulan yang lalu?



Jawab dengan sebenar-benarnya dalam hati, sama ada semakin baik ataupun sebaliknya…

Seandainya semakin baik, maka tahniah diucapkan kerana menjadi seorang yang cemerlang dan beruntung.

Seandainya jawapan adalah sebaliknya, maka cubalah sedaya-upaya untuk memperbaikinya bermula pada saat ini dan seterusnya...



Barangsiapa menempatkan dirinya di tempat yang dapat menimbulkan persangkaan, maka janganlah menyesal kalau orang menyangka buruk kepadanya

- Khalifah Umar al-Khattab

**imannurbalqis**

Read more

...KENALI anggota badan...

Assalamualaikum wrt,

Alhamdulillah,ana panjatkan beribu2 kesyukuran ke hadrat Ilahi dengan ruang dan peluang yang ALLAH berikan untuk perkongsian yang tak seberapa nie...

Di antara semua nikmat yang allah berikan kepada kita, seringkali agak mudah untuk kita berkata 'alhamdulillah' jika kita mendapat rezeki yang banyak, anak-anak yang berjaya, dana yang banyak dikutip...Tetapi ada satu nikmat yang seringkali kita lupa untuk mengucapkan kesyukuran yang tidak terhingga...Nikmat tubuh badan...Tidakkah seluruh tubuh kita adalah nikmat yang paling tidak ternilai yang ALLAH kurniakan? Tapi seringkali kita "take for granted"...Mata yang berkedip secara automatik, tangan yang bertindak balas ketika terkena tekanan (panas, sejuk, kasar,sakit etc), paru-paru yang mengepam tanpa arahan atau suis yang perlu di on offkan, mulut terbuka ketika makanan hampir sampai, hidung yang menyedut dan menghembus udara, kaki yang melangkah, telinga yang tetap aktif walaupun kita sedang tidur, perut yang terus menghadam, usus yang terus berfungsi tanpa diarah....Itu antara sebahagian nikmat yang telah allah berikan pada kita yang seringkali kita terlupa untuk sujud syukur dengan sebenarnya....kenali nilai sebenar tubuh badan kita...



Diberi 2 tangan bagi berkerja dan berpaut kepada kekuatan, pada hakikatnya melaksanakn tugas dengan penuh hikmah...

Diberi 2 telinga, pertama untuk mendengar yang zahir dan kedua mendengar bisikan laduni (Awas!!! terhadap bisikan syaitan yang selalu mencelah-membuat kekeliruan)

Diberi lidah agar memperbanyakkan berzikir dan bertasbih bagi memuji KEBESARAN ILAHI..bukan untuk BERDUSTA...

Diberi mulut untuk berkata-kata dan menguatkan senyuman agar menyenangkan hati orang di sekeliling dan yang berrusan dengan kita...

Diberi hidung untuk menghidu wangi-wangian dan mengelakkan kepada bau busuk pada zahirnya dan menghidu akan kemungkaran pada hakikatnya...

Diberi 2 mata, tujuan yang pertama adalah untuk melihat kebaikan orang lain dan kedua adalah untuk muhasabah kelemahan diri sendiri...

Diberi 2 kaki adalah untuk melangkah ke arah kebaikan bukan melangkah ke arah kemungkaran....




Sebelum mata menjadi kabur, sebelum telinga menjadi tidak sensitif, sebelum jantung lemah, sebelum kaki tidak mampu melangkah, selagi tangan masih dapat digerakkan, gunakanlah ia dengan betul sebagai tanda kesyukuran kita kepada yang Esa....Jangan kita biarkan anggota badan kita melakukan maksiat kepada ALLAH...firmanNYA dalam surah An-Nur…ayat 24 yang bermaksud :

Pada hari, (ketika) lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan.

ya, inilah saksi terhebat ALLAH yang tidak akan mampu untuk berbohong sama sekali…aduhai tidak takutkah lagi kita..??

Bersyukurlah kerana ALLAH masih memberi peluang kepada kita untuk terus menikmati nikmat tubuh....Jangan dinanti sehingga ALLAH menarik balik nikmat yang diberikan baru kita akan tahu betapa berharganya ia...Walaupun hanya satu nikmat anggota yang diambil, tidak akan sempurna hidup kita...



BARANGSIAPA TIDAK MENSYUKURI NIKMAT BERMAKNA MEMBUKA JALAN UNTUK KEHILANGAN NIKMAT ITU...DAN BARANGSIAPA BERSYUKUR MAKA SESUNGGUHNYA DIA MENGADAKAN PENGIKAT BAGI NIKMAT YANG DIPEROLEHINYA...

**imannurbalqis**

Read more

...ku TERSENYUM, KAU tersenyum...

Salam alaik buat sahabat-sahabat n pembaca2 blog ana...diharapkn hari-hari yang kita lalui dipenuhi dengan rahmat ALLAH s.w.t...dalam ana menguruskan kehidupan ana di institut dan berada dalam kelompok masyarakat di kampus nie..ramai yang kata ana "garang"...pelik jg ana coz kat SHAMS dulu classmate kata ana "queen of smile"...sampai xsangka ana anak sulung...rupa-rupanya senyuman mampu memberi impak yang mendalam...jadi, digalakkan kita semua menghadapi hari-hari dengan senyuman...jgn masam muka...nnt tak manis...kurangkan manisan dalam minuman&makanan...dan tambahkan manisan dalam senyuman....jgn plk terlebih senyum...nnt org kata pe plk...ana minta selama pembaca ambil masa untuk habiskan membaca entry kali ini...baca sambil senyum yea...


Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

Apabila darah yang ’sudah sejuk’ ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan ‘gembira’. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.


Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.


Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Justeru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ’stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan ebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon ‘endorphins’ dan hormone ‘neurotransmitters’ dan penurunan tahap hormon stress ‘cortisol’ dan ‘adrenaline’ .

Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).



Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa ‘mengurut’ organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.



Senyum pada hakikatnya adalah salah satu anugerah indah dari ALLAH Yang Maha Agung...ALLAH menganugerahkan senyum sebagai sebahagian dari keindahan manusia...Sayang, anugerah indah ini, tidak banyak ditemui di wajah banyak manusia...Dunia akan jauh lebih indah bila penduduknya gemar tersenyum.



Hidup dan kehidupan manusia pun akan lebih indah dan menenteramkan bila kita menemui banyak senyum di sekeliling kita...Terutama sang senyum dari wajah kita sendiri. Bukankah sangat enak bila kita menerima senyum? Dan bukankah jauh lebih enak bila kita lah yang memberi senyum?


**imannurbalqis**

Read more

...IRAMA hidup...

salam alaik buat sahabat2 & pembaca yg drahmati ALLAH sekalian...ana sentiasa mendoakan kesejahteraan sahabat2 & pembaca blog ana....alhamdulillah, dah masuk minggu kedua untuk semester nie...byk sgt perkara yg perlu ana siapkn n selesaikan...alhamdulillah, masih lagi diberi ruang dan peluang untuk berkongsi rasa berbahasa dlm laman sesawang ana nie...



dua hari lepas, 12 Januari 2009 adalah tarikh lahir adik ana, zaid...didoakan agar adik ana dapat mengecapi apa yang diimpikan selama ini...tdk lupa jg buat kembar dia yg tak sama mak, tak sama ayah..sepupu ana, syazwan...tarikh itu jg, adalah tarikh lahir pengarah ana...didoakan jg agar puan dipermudahkan urusan untuk mentadbir walaupun dalam keadaan kemelesatan ekonomi yg amat teruk....



hari2 ana dikampus terus berlalu dengan taklifan ana sebagai seorang pelajar tahun tiga, semester lima...byk perkara yg ana perlu hadapi n selesaikan...hanya kepada ALLAH ana meminta agar dipermudahkan segala urusan ana...insyaALLAH, ana tidak akan melupakan laman sesawang yg menjadi penghubung dalam ana mencoretkan perkongsian yang tidak seberapa...suka untuk ana berkongsi kata-kata dari HAMKA yang menyatakan :


Hidup ini bukanlah suatu jalan yang datar dan ditaburi bunga melainkan adakalanya disirami airmata dan juga darah.


Kehidupan ini tidak menjanjikan kebahagiaan sepanjang masa...Kadang kala manusia diasak dengan pelbagai dugaan dan ujian...Sekiranya lemah, kita akan terus hanyut mengikut kata hati dan tidak berusaha mencari penyelesaian untuk menyelamatkan diri dan keadaan...Hidup di dunia ini tidak ubah seperti seorang musafir yang sedang bernaung di bawah sebatang pohon yang sebentar kemudian pergi dan meninggalkan pohon tersebut....



Kehidupan itu adalah suatu nikmat bagi orang yang menghargai dan menyedarinya....Hidup ini bukanlah seperti habuk yang berterbangan oleh angin....Hidup kita bukan tiada maknanya...Setiap kita mempunyai misi yang besar di dunia ini....Setiap kita! Bukan cuma segolongan manusia, atau sekumpulan orang...Selagi kita bernafas, selagi kita tidak ditalkinkan atau dikuburkan hidup kita mempunyai misi....

Ramai orang melalui hidup ini tanpa mengerti betapa pentingnya mereka kepada umat sejagat....Lalu apabila sesuatu musibah menimpa, mereka mengambil jalan untuk memusnahkan diri kerana tidak sanggup menanggung hebatnya dugaan....

Ingatlah tidak ada arang batu yang menjadi intan tanpa melalui tekanan demi tekanan....Hidup yang melalui kesukaran dan dugaan adalah untuk menjadikan kita lebih kuat dan lebih memahami orang lain...Cuma hati yang pernah dilapah yang boleh merasa besarnya erti kasih dan sayang sesama manusia....

Kita mempunyai hak dan kemampuan untuk mengemudikan sendiri hidup kita...Jika mahu berjaya dan bergembira kita mestilah mengikut corak, pemikiran, sikap, perangai dan pegangan orang yang berjaya...




"Kebahagiaan kita tidak terletak pada harta, tidak pada penampilan diri, tidak jugapada gemerlap perhiasan dan keindahan dunia. Ukuran kebahagiaan terkait erat pada hati dan ruh manusia yang mendamba redha Tuhannya."
— Hasan Al-Banna -


**imannurbalqis**

Read more

...jom imarah DHUHA...

salam alaik buat sahabat-sahabat dan pembaca blog ana...diharapkan masih sihat dalam mendambakan kasih-sayang dari ALLAH s.w.t...ana nak share something yang ana rasakan ada kepentingan dalam kehidupan kita di dunia ini...sebagai seorang pelajar di sebuah institusi ana rasakan perlunya ada pengisian rohani...kesempatan waktu rehat bukan hanya untuk penuhkan perut di cafe tapi makanan kerohanian juga diperlukan...dari pukul 8am hingga 10.30am...mmg penat...lepas tue sambung plk dari pukul 11am sampai 1.30pm, baru blik hostel..mmg penat...satu petua untuk elakkan penat yang nak ana kongsikan...iaitu lepas mengamalkan solat dhuha...ana ada kekuatan..xmgantuk dalam kelas..alhamdulillah...

Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:

“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, nescaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”

(Riwayat Ahmad)

Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.



Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah solat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:

“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”

(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :

“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”

(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”


Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”

(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)


Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”

(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)


Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.

Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)



Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : ” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).

Manakala surah yang sunat dibaca selepas membaca Faatihah pada rakaat pertama ialah surah as-Syams dan rakaat kedua selepas membaca al-Faatihah disunatkan membaca surah adh-Dhuha.

Doa’ sembahyang Dhuha ialah:



Maksudnya : " Ya Allah, bahawasanya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikan itu ialah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindungan Mu. Ya Allah jika rezekiku masih diatas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika ia (dari yang) haram maka sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah, berkat waktu Dhuha, Keagungan, Keindahan, Kekuatan dan Kekuasaan Mu, limpahkanlah kepada hamba-hamba Mu yang soleh ."

ana menyeru pada diri ana & sahabat2 semua, agar kita dapat melakukan ibadah sunat ini kerana ALLAH telah menyediakan jalan yang mudah pada kita..cuma kita yang nak gunakan atau tidak kemudahannya...jangan lupa berusaha yea...moga istiqomah...so apa tunggu lagi? lepas mandi pagi tu, ambil wudhu siap2, 2 rakaat pun cukup...insyaAllah x susah kan? moga Allah ringankan kita untuk perbanyakkan amalan sunat ini...ameen



p/s : ana ingat lagi...time cuti H1N1 kat rumah buat la solat dhuha...lepas 2, dapat panggilan dari HEP ana kne ke SARAWAK wakil kampus...ana mmg menganggap itu rezeki dari ALLAH...mana tak nya, ana jea wakil kampus yg naik MAS skali dgn pensyarah...alhamdulillah...
**imannurbalqis**

Read more

...aku jatuh CINTA...

salam alaik buat sahabat-sahabat dan pembaca-pembaca blog ana...didoakan semoga kalian semua masih berada dalam rahmat iman dan islam...ana baru habis class..alhamdulillah, masih diberi peluang untuk berkongsi sesuatu yang ana betul-betul membuat ana tersentuh saat belajar dalam makmal bio tadi...ana betul-betul gembira...subject earth n space adalah subject wajib bagi ana yang dah semester 5...ditambah pula dengan lecturer yang ana rasa sememangnya memenuhi kehendak sebenar falsafah pendidikan dalam erti kata mendidik pelajar...



selepas bergerak dari BISA mendengar tazkirah pagi, ana terus menuju ke makmal bio untuk kuliah yang pertama selepas semalam buat ujian diagnosis...bermula dengan lafaz basmallah, lecturer ana beri kuliah tentang "Earth as a planet"..penerangan demi penerangan sehinggalah classmate ana yang 13 org nie faham...lontaran soalan yang mudah dan ringkas membuka mata ana yang sudah masuk 13tahun belajar mata pelajaran SAINS...3 bidang utama yang boleh diklafisikasi kepada PHYSICS, CHEMISTRY & BIOLOGY...tiga jam ana berada dalam slot kuliah ini...tiada yang sia-sia...segalanya bermula dengan :



-situasi 1-
lecturer : apa yang terjadi bila bumi berputar pada paksinya?
students : fenomena siang dan malam
lecturer : kenapa perlu siang dan malam?
students : siang waktu bekerja, malam waktu berehat


-situasi 2-
lecturer : benarkah bumi ada paksi?
students : benar
lecturer : betulkan misconception kamu, bumi tiada paksi..itu hanya yang digambarkan oleh saintis sahaja untuk manusia faham keadaan sebenar bumi iaitu condong...


-situasi 3-
lecturer : adakah orbit itu ada?
students : ada
lecturer : macamana gambaran orbit?
students : seperti laluan@landasan
lecturer : sebenarnya tiada laluan atau landasan seperti landasan kereta api..bumi beredar tanpa ada landasan...peredarannya sedia tersusun dan tidak mengganggu laluan planet lain...

-situasi 4-
lecturer : adakah fenomena yang disebutkan tadi adalah hukum atau lumrah alam?
students : iyea
lecturer : jika anda benar-benar percaya pada ALLAH,itu bukan lumrah alam...kejadian itu ada penciptanya..bukan hukum alam yang sendirinya terjadi...kamu fikikanlah, sedangkan setiap yang terjadi ada hikmah dan sebabnya...jika begitu, mesti ada yang mengatur dan menciptakannya...
students : (terdiam)
lecturer : Asal mula alam semesta digambarkan dalam Al Qur'an pada ayat berikut:


"Dialah pencipta langit dan bumi." (Al Qur'an, 6:101)



waktu itu, ana rasa makin dekat dengan pencipta...betapa sukanya hati ana bila dihuraikan dengan penuh hikmah ketuhanan dan sifat asma' ALLAH yang tiada taranya...saat itu ana mula jatuh CINTA...xterungkai kata untuk mengagumimu YA ALLAH...rasa nak menangis tatkala mengenal ilmu ALLAH...ana benar-benar gembira tatkala sesi P&P ini mengusik hati-hati yang kering dan kosong dengan penghayatan rohani...Merasakan kebesaran Allah SWT, atas semua ciptaan-Nya seperti Alam Semesta (jagad raya yang tidak berbatas) beserta semua isinya salah satu cara untuk mendakatkan diri dengan ALLAH...renunglah atas semua kejadian alam yang terjadi di sekeliling kita (tsunami, gunung meletus, gempa dan sebagainya..Dimana semua itu mungkin berupa ujian keimanan, peringatan, atau teguran bagi kita agar kita selalu ingat kepada-Nya/ mengikuti perintah-Nya....Bukan makin tersesat ke perbuatan maksiat atau perbuatan lain yang dilarang oleh-Nya...terima kasih ya ALLAH, memberi aku peluang untuk melihat keindahan dan kekuasaanMu...



"Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahwa al-Qur'an itu benar. Dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahwa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu?" (Q.s. Fushshilat: 53).


**imannurbalqis**

Read more

..jadi ke TAK jadi???...

Soalan
Ustaz, SYUBHAHKAH menyertai FACEBOOK? ana ada terbaca artikel yang mana pemiliknya, Mark Zucherberg menyumbangkan dana melalui penggunaan facebook ini dari seluruh dunia kepada bangsanya, Yahudi. Mohon penjelasan ustaz?




Jawapan
Soalan ini terlalu kerap dilontar kepada saya dan begitu banyak pula ditulis oleh pelbagai individu di forum dan blog.

Sebelum ini saya sendiri tidak menggunakan facebook walaupun saya telah membuat beberapa kajian serba ringkas dan membaca semua terma perjanjian yang terkandung di web facebook.

Namun ramai individu meminta dan mencadangkan saya membuka akaun facebook untuk menyebarluaskan lagi dakwah dan ilmu yang terkandung di dalam website saya. Biasanya, permintaan itu saya abaikan, sehinggalah rakan webmaster zaharuddin.net sendiri mencadangkan kepada saya, lalu saya tolak atas alasan kesibukan.

Beliau kemudian mencadangkan dibuka fanpage facebook dan bukannya facebook profile individu bagi mengelak kesibukan yang dibimbangkan tadi. Beliau juga bersetuju membantu proses pembukaan itu dan administrasi.

Atas tanggungjawab dakwah dan melihat web saya yang kerap ditimpa masalah server akhir-akhir ini, saya izinkan beliau memulakan fanpage facebook untuk pengunjung zaharuddin.net.

Maka sejak dari 28 Dis 2009, saya mula menjenguk facebook zaharuddin.net dan membuat pengisian serba ringkas.

Kembali kepada soalan, dalam menentukan keputusan dan hukum penyertaan facebook, menurut pendapat saya, terdapat beberapa isu yang perlu diperhati dan telah saya perhati sebelum saya memberi izin kepda rakan webmaster saya membuka fanpage facebook. Ia adalah seperti berikut :-

1) Bolehkah menggunakan produk ciptaan Yahudi?

Kesimpulan bagi soalan ini telah saya ulas panjang lebar dalam artikel terdahulu. Baca di sini . Kesimpulannya, adalah dibenarkan untuk umat Islam membeli, menjual, menggunapakai produk ciptaan bukan Islam termasuk Yahudi, selagi mana ia dalam ruang lingkup yang halal.

Nabi Muhammad SAW juga diriwayatkan dalam hadis yang sohih telah berurusan dan membuat transaksi jual beli dan cagaran dengan seorang yahudi, iaitu :-

‏أَنَّ النبي صلى الله عليه وسلم اشْتَرَى طَعَامًا من يَهُودِيٍّ إلى أَجَلٍ وَرَهَنَهُ دِرْعًا من حَدِيدٍ

Ertinya : "Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan dari seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda SAW" ( Riwayat al-Bukhari, no 2326, 2/841)

Tambahan dalil boleh dibaca dari link artikel saya yang lalu di atas.


2) Apa maksud saudara penyoal dengan ayat ‘menyumbang kepada bangsa Yahudi'?

Jual beli Muslim dengan seorang Yahudi hingga memberikan keuntungan kewangan kepada dirinya tidak bermasalah sama sekali di sisi Islam, malah Rasulullah s.a.w dan para sahabat banyak yang berjual beli dengan Yahudi di Madinah.

Cuma persoalannya di sini, adalah menyumbang kepada keganasan Yahudi Zionis. Namun adakah dakwaan itu boleh dibuat dan dipercayai semudah itu, tanpa sebarang bukti jelas dan hanya bersandarkan kepada latar belakang peribadi si pengasas?


3) Adakah penyaluran dana kepada individu Yahudi atau khas ditujukan kepada proses penjajahan tanah Palestin?

Begini, jika ternyata dari sumber yang sohih, jelas lagi pasti, sesuatu transaksi jual beli kita memberikan keuntungan kepada organisasi Yahudi yang mana digunakan hasil pendapatannya digunakan untuk proses penjajahan haram, keganasan dan serangan ke atas umat Islam, tatkala itu barulah hukum HARUS berubah menjadi HARAM menurut sepakat ulama.

Dalam konteks facebook, ia masih kekal tidak jelas kerana hampir semua penulisan yang membantah facebook, tidak menyertakan bukti jelas berkenaan hal ini. Semuanya membuat andaian itu dan ini, sedangkan andaian semata-mata tidak boleh mengubah hukum asal keharusan kepada haram. Ia sekadar boleh mengajak kita untuk berhati-hati dan peka sahaja.

Malah majoriti pengguna facebook tidak melakukan sebarang transaksi kewangan dengan syarikat tersebut. Kecuali yang menyertai skim-skim yang ditawarkan (ini memerlukan perbincangan berasingan)

Jika ada pula yang mengarahkan saya membuat kajian dan mencari bukti-bukti itu sebelum memberi pandangan berkenaan status hukum. Justeru boleh saya katakan, kajian telah dibuat dan kami gagal MENDAPATI sebarang bukti untuk menyokong andaian-andaian pihak yang membuat andaian.

Jika dikatakan

"bukti bertulis tentulah dirahsiakan oleh pihak syarikat facebook dan mereka memberikan sumbangan secara senyap-senyap"

Maka jika demikian, Islam tidak memberatkan kita untuk membuat andaian dalam hal seumpama ini. Jika andaian sedemikian masih ingin digunakan, kelak mengakibatkan kesukaran berat (mashaqqah) buat seluruh umat Islam pada banyak perkara dan aktviti lain, kerana larangan dan andaian juga akan terpakai buat semua penjual bukan Islam beragama Hindu, Kristian, Buddha dan lainnya. Penjual-penjual tersebut juga boleh diandaikan menyumbang kepada gerakan melawan Islam secara senyap. Akhirnya, kita terperangkap dengan kekerasan fatwa kita sendiri, hingga bermusuh dengan semua tanpa bukti yang jelas.

Oleh kerana itu, selagi tidak disertakan dan tidak mampu dihadirkan bukti bertulis, selagi itulah hukum adalah HARUS untuk berjual beli dengan penjual atau syarikat milik Yahudi. Jika berjual beli pun dibenarkan, apatah lagi sekadar membuka akaun facebook.

Cuma mungkin keharusan berurusan dengan barangan Yahudi, boleh menjadi makruh atau syuhbat diketika wujudnya peperangan dan serangan ke atas umat Islam. Ini memerlukan penelitian ‘case by case'.

Pun begitu, pengguna facebook sukar untuk dibebankan dengan masalah ini keran amereka TIDAK BERJUAL BELI denga facebook, mereka hanya menggunakannya secara percuma. Jika dikatakan, penggunanya menyebabkan trafik facebook menjadi tinggi dan iklan mencurah masuk lalu memberi keuntungan kepada pemilik facebook. Ia juga sukar kerana kesesakan trafik bukanlah bersifat ‘direct' membantu facebook, tambahan pula sebagaimana di katakan tadi, tidak jelasnya sumbangan kepada keganasan Yahudi.


4) Privacy pengguna facebook dijajah?

Ini mungkin ada benarnya, setelah saya menghabiskan bacaan privacy policy yang terkandung di dalam web facebook, ia memberikan gambaran bahawa gambar, info dan segala yang terkandung di dalam facebook kita boleh tetap wujud di facebook orang lain yang dikongsi, dan saya yakin pihak facebook juga mempunyai simpanan data terbabit.


Policy menyebutkan :

"Even after you remove information from your profile or delete your account, copies of that information may remain viewable elsewhere to the extent it has been shared with others, it was otherwise distributed pursuant to your privacy settings, or it was copied or stored by other users."

Terma ini adakalanya boleh membawa sedikit mudarat jika tidak ditangani dengan bijak oleh pengguna. Namun demikian, terma ini sahaja tidak mampu menjadi keseluruhan facebook sebagai haram.

Selain itu, juga disebutkan :

To respond to legal requests and prevent harm. We may disclose information pursuant to subpoenas, court orders, or other requests (including criminal and civil matters) if we have a good faith belief that the response is required by law. This may include respecting requests from jurisdictions outside of the United States where we have a good faith belief that the response is required by law under the local laws in that jurisdiction, apply to users from that jurisdiction, and are consistent with generally accepted international standards. We may also share information when we have a good faith belief it is necessary to prevent fraud or other illegal activity, to prevent imminent bodily harm, or to protect ourselves and you from people violating our Statement of Rights and Responsibilities. This may include sharing information with other companies, lawyers, courts or other government entities."

Berdasarkan kepada terma di atas. Sebenarnya pihak facebook mempunyai hak untuk mendedahkan informasi kita kepada mana-mana berdasarkan alasan yang disebut di atas. Tiada takrif jelas bagi yang disebut di atas, semua masih tetap terpulang kepada keputusan pihak facebook. Maka menyerahkan info dan gambar kita kepada syarikat tertentu, CIA, FBI atau apa jua badan kerajaan adalah hak facebook jua.

Walaupun begitu, ia sekali lagi tidak cukup kuat untuk sampai menjadikan pengunaan facebook sebagai haram, apa yang perlu adalah kawalan dan had limit.

KESIMPULAN

Saya tidak berhasrat untuk menyenaraikan satu persatu baik dan buruk penggunaan Facebook, cuma apa yang ingin saya nyatakan sebagai kesimpulan adalah seperti berikut :-

· Hukum membuka akaun dan menggunakan facebook adalah HARUS selagi tidak terbukti ia menggunakan pengaruh dan keuntungannya untuk menyerang Islam atas nama facebook samada melalui dana kepada Yahudi, Amerika dan lainnya.

Bagi mereka yang masih tidak selesa dengan latarbelakang pengasas dan syarikat facebook, mereka dinasihatkan untuk TIDAK MEMBUKA DAN MENYERTAI FACEBOOK. Mereka boleh terus memberi nasihat kepada pengguna facebook agar sentiasa berhati-hati, namun tidak boleh dengan sewenangnya menuduh pengguna facebook melakukan perkara haram secara umum.

Bagi mereka yang ingin mengambil sikap lebih berhati-hati mereka disarankan untuk :-

a- Memanupulasi akaun facebook untuk manfaat Islam melebihi kepentingan peribadi. Justeru, ruang yang ada wajar digunakan untuk mempromosi kefahaman Islam melalui tulisan, video, audio dan sebagainya.

b- Limitasikan dan kurangkan perbincangan soal remeh temeh peribadi yang membuang masa diri dan orang lain.

c- Tidak sehingga berkongsi terlalu banyak gambar peribadi ( khsusunya bagi wanita) sejak zaman kanak-kanak tanpa had limitasi, tanpa kawalan ia bakal membawa mudarat berbanding manfaat. Di samping ia akan kekal di facebook orang yang dikongsi dan juga syarikat facebook.

d- Tidak memasukkan perincian peribadi yang sensitif khususnya seperti akaun bank, taraf kesihatan dan sebagainya. Cukuplah sekadar menyertakan nama, tarikh lahir dan pendidikan.

e- Tidak terlibat dengan permainan-permainan dan aplikasi yang dijangka bercanggah dengan Islam seperti kuiz ramalan nasib. Sama ada atas dasar ‘main-main' atau tidak.

f- Tidak mempercayai aplikasi tilik moden seperti rahsia tarikh kelahiran dan sepertinya yang terkandung dalam aplikasi percuma facebook. Sama ada atas dasar ‘main-main' atau tidak.

g- Menyedari bahawa maklumat kita di facebook boleh menjadi database pihak asing untuk memantau kehidupan dan informasi peribadi kita jika tidak dikawal. Database sebegini sebenarnya amat bernilai dan sukar ada satu organisasi di dunia ini yang mampu menyimpan maklumat manusia sebagaimana facebook. Hatta parti politik masing-masing pun tidak mempunyai maklumat ahlinya yang sebegitu update sebagaimana facebook. Justeru, maklumat sebegini amat banyak gunanya untuk sebarang tujuan kejahatan dan ketamakan.


Jika itu semua dapat dijaga dan disedari, saya kira mengguna dan membuka akaun facebook adalah kekal dalam hukum HARUS atau DIBENARKAN, malah jika ia lebih banyak digunakan untuk kemaslahatan Islam, ia DIGALAKKAN. Malah jikalau terdapat unsur syubhat sekalipun, ia telah diatasi oleh manfaat yang disebarkan melalui facebook itu.

Sekian,

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

19 Muharram 1431 h

05 Januari 2010

Sumber : http://www.zaharuddin.net/bahasa-articles/facebook-yahudi-status-hukum.html




p/s : minta maaf yea pada sahabat2 suma...ana xdpt nak buat facebook lg...xdpt nak bg komitmen...lgpun xfaham langsung...cam serabut pun ada jg laman facebook...confuse2..xfaham...


**imannurbalqis**

Read more

...i'm speaking JAPAN now...


Haha ga kureta takusan no yasashisa,
Ai wo idaite,
Ayume to kurikaeshita,
Yume wa itsumo sora takaku aru kara,
Tokokanakute kowaine,
Dakedo oitsuzekeruno,
Jibun no sotori,
Dakara koso,
Akira metakunai....



p/s : salah satu negara yang teringin sangat ana nak pi ialah JEPUN...xtau knapa..tapi memang teringin..bile la nak sampai....nak tengok sakura...ingat lg dulu nak further study engineering kat sana...xkesampaian pulak..but now, i'm still study...


**imannurbalqis**

Read more

...tadabbur ALAM...

salam alaik buat sahabat-sahabat dan pembaca-pembaca blog ana yang masih setia menunggu entry keluaran 2010 nie...diharapkan kita masih berada dalam iman yang terpelihara...

Maksud tadabbur dalam al-Quran ialah memerhati dengan mengkaji dan menyelidik....Allah jadikan alam ini sebagai sumber hikmah dan daripadanya terdapat rahsia-rahsia kebesaran-Nya....Berfikir tadabbur bermaksud pemikiran manusia terhadap sesuatu yang menjadi sumber kajian, telitian dan penyelidikan tidak terputus dengan maksud penciptaan itu sendiri...Dalam tradisi berfikir orang-orang Barat terdapat kecenderungan mempercayai bahawa alam ini terjadi dengan sendiri atau terjadi secara kebetulan (by accident) lalu lahir teori evolusi dan teori-teori yang seumpama dengannya mengenai manusia, alam dan kehidupan....Dalam tradisi berfikir orang-orang Islam, alam ini diciptakan oleh Allah dan manusia dijadikan dalam keadaan yang sempurna....

Alhamdulillah, dalam kesempatan cuti selama sebulan yang lalu ana masih diberi kesempatan untuk merasai nikmat sebenar alam...dengan izin ALLAH ana mampu berada di puncak gunung ledang tatkala sambutan tahun baru 2010....disaat yang lain sibuk melihat warna-warni bunga api yang menyinari dada langit tepat jam 12...ana leka memerhati sinaran bulan di puncak gunung ledang dengan diselubungi kesejukan tiupan angin...bertemankan unggun api yang liuk lentuknya mengurangkan tenaga haba yang dihasilkan, ana mula berfikir.....

jika kita rasa kita insan yang meninggi diri,
kenapa bila hujan kita masih lagi mencari tempat berteduh?

jika kita rasa kita insan yang kuat,
kenapa tersepak batu pun kaki kita sakit?

jika kita rasa kita insan yang bagus,
kenapa tak dapat nak merencana cuaca?

jika kita rasa kita insan yang ego,
kenapa masih mengharapkan pertolongan orang tatkala kesempitan?

jika kita rasa kita insan yang betul,
kenapa masih lagi memilih jalan yang salah?

jika kita rasa kita insan yang rendah diri,
kenapa tidak mampu untuk mengutip sampah dijalanan?

jika kita rasa kita insan yang lemah,
kenapa masih lagi menceritakan kehebatan diri?

jika kita rasa kita insan yang adil,
kenapa masih berkira tatkala waktu berhadapan dengan-NYA?

jika kita rasa kita insan yang boros,
kenapa tidak dibazirkan waktu dengan zikir-zikir mulia?

jika kita rasa kita insan yang gagah,
kenapa tangisan menjadi teman tatkala duka?

ana dapat rasakan betapa kerdilnya diri....betapa kurangnya ana dalam memahami hakikat sebenar muhasabah diri...alhamdulillah ana belajar untuk tadabbur alam dalam usaha meningkatkan diri ke jalan yang diberkati...Menginsafi kebesaran Allah dengan mengagumi tanda-tanda kebesarannya tidak memadai dengan lafaz Subhanallah atau Allahu Akbar tetapi ia akan menjadi lebih bermakna apabila kita mempunyai tekad melakukan kajian dan penelitian terhadap ayat-ayat Allah mengenai pelbagai tafsir dan takwil yang dilakukan oleh mufasir yang muktabar tetapi dengan bakat sains yang ada diri kita tafsir itu didekati secara saintifik, ia akan mengukuhkan keimanan dan ketaqwaan kita tentang tanda-tanda kebesarannya...Inilah asas yang harus ditinjau kembali supaya pengajaran dan pembelajaran ilmu fardu ain dilihat dalam skop yang luas dan merintis jalan ke arah memperkasa diri ke arah penguasaan ilmu-ilmu fardu kifayah yang juga menjadi tuntutan terhadap umat Islam khususnya dalam kalangan yang pakar dan ahli dalam bidang masing-masing.....

Di sini kau berdiri
berpijak di bumi
menjunjung langit yang luas
Pernahkah kau berfikir
alam penuh rahsia
anugerah yang maha esa

Berjalan,bermusafirlah
melihat kebesaran tuhan
yang diciptakan untuk
mereka yang berfikir
dan bersyukur di atas nikmat
dan kurnianya
nilai harganya,iman dan taqwa
bagi hamba yang setia

Tiada beza warna,kulit atau rupa
yang ada hanya insan yang lemah
dengan satu tujuan mencari keredhaan
dan berbudi di bumi tuhan

Fikirkanlah..dimana arah kita
Renungilah..hikmah kembara
menuju kasih
buktikan cinta kita..
kepadanya..
ini kembara kita...

**imannurbalqis**

Read more

...lembaran BARU...

segala puji bagi ALLAH, tuhan sekelian alam...hanya kepada engkau hamba Mu ini beriman&bertaqwa...salam ukhuwwah buat sahabat2 yg masih lagi percaya &berpegang teguh dengan kalimah 'tiada TUHAN selain ALLAH,NABI MUHAMMAD pesuruh ALLAH'...

alhamdulillah kita masih diberi peluang untuk merasai nikmat tahun baru 2010...Waktu terus berlalu, lembaran demi lembaran telah dilalui. Coretan demi coretan telah memenuhi, kadang tak bererti, kadang tanpa makna, atau hanya sedikit makna. Semoga di tahun ini setiap lembaran memiliki makna, setiap lembaran bermanfaat....



"sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi : "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka" (ali-imran:190-191)

Semoga tahun baru ini..bermula denganlembaran yang baru...yg coretannya penuhdengan warna-warni pembaharuan&kemajuan...Saat bermuhasabah tidaklah terbatas hanya pada hujung tahun, kerana Rasulullah SAW mengajar umatnya untuk sentiasa mengakui kelemahan diri melalui firman Allah yang bermaksud:

“Orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan keji yang selain dari kesalahan-kesalahan kecil. Sesungguhnya Tuhanmu Maha Luas ampunan-Nya dan Dia lebih mengetahui (tentang keadaan) mu ketika Dia menjadikan kamu dari tanah dan ketika kamu masih janin dalam perut ibumu. Maka janganlah kamu mengatakan dirimu suci. Dialah yang paling mengetahui tentang orang yang bertakwa.” (Surah al-Najm: 32)



Jangan sesekali menganggap diri sudah berjaya sebelum benar kepastiannya mengenai pintu syurga atau neraka yang akan dimasuki. Sepanjang kehidupan yang kita lalui di dunia, banyak kemungkinan akan terjadi. Berubahnya hati dan turun naiknya iman, pasang surutnya amalan dan bertambah atau berkurangnya dosa dan pahala. Hakikatnya ramai yang menjadi tawanan hawa nafsu dan sedikit saja orang yang selamat. Layakkah kita menjadi golongan yang sedikit itu?

Suatu hari Ibnul Qayyim Al-Jauziyah menziarahi gurunya Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah yang sedang dipenjara dan difitnah musuh-musuhnya. Melihat keadaan gurunya itu beliau pun menangis. Ibnu Taimiyah berkata: “Apakah kamu menangis melihat keadaanku? Demi Allah, wahai anakku, aku bukan seorang tawanan. Sesungguhnya orang yang menjadi tawanan itu sebenarnya adalah orang yang menahan hatinya dari ikatan Tuhannya membiarkan hawa nafsunya menawannya.”

Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Terangkanlah kepadaku akan orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya.” (Surah Al-Furqan: 43)



Mulakan muhasabah ini dengan melihat sejauh mana kekuatan hawa nafsu mempengaruhi diri. Betapa hebatnya cengkaman hawa nafsu terhadap jiwa raga kita sehingga kedudukannya boleh jadi setaraf dengan Tuhan dalam pandangan manusia yang lalai. Bahkan Baginda pernah memberi nasihat kepada seorang sahabat supaya berwaspada dengan jerat nafsu.

Rasulullah SAW bersabda:

“Wahai Rabi’ah, mintalah kepadaku”. Aku berkata: “Wahai Rasulullah biar aku fikirkan sebentar. Lalu aku mengingat-ingat dunia serta kefanaannya sehingga aku berkata: “Aku tidak akan meminta kecuali akhirat. Kemudian aku mendatangi Baginda SAW dan berkata: “Aku meminta supaya aku boleh menemanimu di syurga. Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Rabi’ah adakah yang selain dari itu? Aku menjawab: Itu saja. Maka Rasulullah SAW bersabda lagi: Berjanjilah untuk kamu mengendalikan hawa nafsumu dan banyakkan sujud (nescaya kamu akan menemaniku di syurga).”



"I am a traveler seeking the truth, a human searching for the meaning of humanity and a citizen seeking dignity, freedom, stability and welfare under the shade of Islam. I am a free man who is aware of the purpose of his existence and who proclaims: “Truly, my prayer and my sacrifice, my living and my dying are all for Allah, the Lord of the worlds; no partner has He. This, am I commanded and I am of those who submit to His Will.” This is who I am. Who are you?"

(Hassan al-Banna)

..:SELAMAT TAHUN BARU 2010:..

**imannurbalqis**

Read more

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails