.::I'M ONLY SERVANT OF ALLAH::.

"Di perhentian terakhir itulah manusia akan hidup berkekalan sama ada dengan limpahan NIKMAT selama-lamanya atau menghadapi AZAB, juga selama-lamanya. Sebelum tiba di titik pengakhiran itu, manusia akan terus mengembara..."

...JALINAN UKHUWAH...

...MELAKAR PELANGI...

Daisypath Anniversary tickers

...KEEP IN MEMORY...

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

PERMATA HATI UMMI ABI

Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

...nota si penulis AR : 8.0...

Assalamualaikum wa rahmatullah wa barakatuh dan salam sejahtera ke atas semua umat manusia yang masih bernyawa. Syukur, alhamdulillah atas segala nikmat yang kita kecapi selama mana hidup di bumi citaan Ilahi ini. Atas limpah dan rahmat dari-Nya, ana masih bisa menaip lagi di laman sesawang ini.

Alhamdulillah, malam ini merupakan malam aidilfitri. Dentuman mercun dan cahaya pelita mewarnai suasana di kampung. Petang tadi, dah siap masak lemang, ketupat, rendang dan lontong di rumah mak cik. Usai sudah berbuka, majlis tahlil, takbir dan kesyukuran di rumah mak cik, pulang ke rumah dengan adik-adik. Sama seperti 5 tahun yang lalu, hanya berlima tatkala malam raya menyiapkan persediaan untuk esok walaupun tahu yang datang hanya saudara-saudara terdekat dan kanak-kanak yang teruja dengan hari raya. Namun, masih cuba untuk berkongsi rasa kemeriahannya bersama dengan adik-adik. Tiada seorang yang berani membuka mulut untuk menyatakan kerinduaan kepada arwah mak dan ketiadaan ayah di rumah waktu malam raya. Bersyukur kerana masih punya mereka yang memahami dan banyak memberi sokongan. Terngiang-ngiang lagi pesanan adik ana yang kedua, malam raya ini kena banyakkan solat sunat dan bertakbir. Allahuakbar~



Dalam menyambut kedatangan Syawal, kita hendaklah meraikannya mengikut panduan yang digariskan oleh agama Islam, iaitu sunat melaungkan takbir sebaik tibanya Syawal serta menghidupkan malam raya dengan berzikir, bertahmid, bertasbih, beristighfar, berdoa dan mengerjakan sembahyang sunat. Selain disunatkan mandi dengan niat kedatangan Aidilfitri, memakai bau-bauan harum, memotong kuku, memakai pakaian elok, kita disunatkan mengerjakan solat sunat hari raya sebagaimana sabda Baginda SAW yang bermaksud :-

"Sesungguhnyabyang awal-awal sekali kita mulakan pada hari ini (Hari Raya) ialah solat sunat." HR Al-Bukhari.

Begitulah indahnya dan telitinya agama Islam sehingga menyambut hari raya ada adab serta garis panduan yang mempimpin kita supaya tidak terpesong daripada tujuan sebenar sambutan ini diadakan iaitu sebagai menzahirkan rasa syukur kepada ALLAH.

Malam raya yang cukup indah dan mengusik jiwa. Dalam liuk lentuk api pelita, di situ ada hati sedang merintih dengan alunan ana abdullahi walan yudhi’ani."aku hamba Allah dan Dia tidak akan mengecewakanku." Biar yang lain tidak tahu kerana ana tahu ada yang mengambil tahu. Allahuakbar~

iman's note : speechless (T_T)

**imannurbalqis**

Read more

...nota si penulis AR : 7.0...

Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera buat semua insan yang membaca entry ini. Selawat dan salam ke atas rasul junjungan mulia Muhammad Salallahu 'Alaihi Wassalam. Alhamdulillah syukur kita ke hadrat Allah s.a.w kerana dengan izin dan limpah kurniaanNya masih lagi diberi nikmat yang terbesar sekali dalam hidup kita iaitu nikmat Islam dan Iman, insya'Allah. Semoga setiap hati orang-orang mukmin itu ditautkan dengan hikmah berlapang dada, insya'Allah.

Alhamdulillah, masih diberi ruang dan peluang oleh ALLAH s.w.t untuk merasai nikmat akhir Ramadhan pada tahun ini. Bersyukur juga ana kerana diberi peluang untuk mencoretkan sesuatu di laman ini. Walaupun hakikatnya, keluaran entri pada bulan ini agak merosot. Maaf, ana ucapkan pada sahabat-sahabat dan adik-adik yang bertanya tentang penglibatan ana dalam dunia blogger ini. Biasalah, sewaktu mempunyai idea untuk mencatatkan sesuatu, kerja lain yang menuntut diri ini untuk diberikan perhatian. Dalam bulan ini banyak perkara yang dilalui dan berlaku tanpa dirancang. Dengan internship, kerja kursus pendek, lawatan dan projek serta laporan kajian tindakan benar-benar menghantui ana.(^_^)Sampai satu tahap, jadi 'blank' nak buat ayat. Rasa dah kehabisan perkataan. Macam-macamlah yang berlaku pada diri ana sepanjang bulan Ramadhan ini. Tak tercerita tapi tak mengapa kerana setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Ketahuilah yang setiap saat kita diuji. Namun, antara kita sedar atau tidak yang sebenarnya kita sedang diuji.


Untuk entry kali ini suka ana berkongsi tentang Ramadhan. Kalau nak cerita bab bazar Ramadhan, orang memang selalu pergi. Kalau nak bagitahu bab fadilat sunnah-sunnah sepanjang Ramadhan, orang memang dah amalkan. Kalau nak kongsi bab malam Lailatulqadar, ana pun masih lagi dalam pencarian. Perkara yang menarik untuk ana bincangkan bersama-sama pembaca terutamanya yang bergelar wanita ataupun muslimah pada entri kali ini iaitu 11 kesilapan muslimat pada bulan Ramadhan. Tajuk ini ana terbaca dalam majalah Fardhu Ain yang adik ana beli. Ana rasa berkeperluan untuk ana berkongsi dengan pembaca sekalian.

Syukur kita kepada ALLAH s.w.t yang menganugerahkan sebuah bulan istimewa kepada umat Muhammad. Ramadhan ibarat pesta ibadah yang sentiasa dinantikan oleh setiap orang beriman. Sayangnya, dalam kerinduan menanti Ramadhan, elemen ibadah dana dat saling bercampur aduk. Dalam keghairahan saling berlumba mengerjakan ibadah, masih ada yang hanyut dengan adat dan kebiasaan. Berikut merupakan sebelas kesilapan yang biasa dilakukan oleh muslimat ketika Ramadhan :

1) TIDAK SEGERA MENGGANTIKAN PUASA
Muslimah menggambil mudah urusan mengqada puasa yang ditinggalkan sehingga sampai ke bulan Ramadhan tahun berikutnya. Sepatutnya, musliah segera menggantikan puasa yang ditinggalkan sebaik-baiknya selepas Hari Raya iaitu 2 Syawal lagi.

2) ENGGAN MEMBAYAR FIDYAH
Setiap hari puasa yang ditinggalkan wajib diganti sebelum masuk bulan Ramdhan tahun berikutnya. Bagi mereka yang gagal mengerjakannya. fidyah wajib dibayar kepada fakir miskin mengikut jumlah hari yang ditinggalkan. Malangnya, sebahagian Muslimah lebih menitik beratkan perbelanjaan sempena hari raya sehingga lupa melunaskan fidyah yang menjad hak milik orang miskin. Boleh rujuk surah Al-Baqarah ayat 184.

3) GAGAL MEMANFAATKAN BULAN REJAB DAN SYAABAN
Puasa sunat pada bulan Rejab dan Syaaban sangat dianjurkan kerana ia berfungsi sebagai elemen warm up, iatu tempoh latiha sebelum menghadapai puasa fardhu pada bulan Ramadhan. Malagnya, berbanding saling berlumba mempersiapkan diri bagi menyambut kedatangan Ramdhan yang membawa pelbagai kelebihan untuk direbut, sebahagian daripada kita lebih mengutamakan urusan tempahan baju raya, persiapan hiasan rumah ataupun penyediaan kuih raya. Akhirnya Rejab dan Syaaban berlalu begitu sahaja tanpa dimanfaatkan sewajarnya.

4) BERPUASA TAPI TIDAK SOLAT
Fenomena aneh ini dapat dilihat dalam segelintir masyarakat yang sangat rajin dan taat berpuasa tapi culas dalam soal mengerjakaan solat fardhu. Ini selari dengan apa yang diperkatakan dalam surah Maryam ayat 59.

5) MENGHABISKAN WAKTU DENGAN AKTIVITI YANG MELALAIKAN
Mungkin kerana mahu mengelak daripada berasa lapar atau bosan, ramai yang menghabiskan waktu siang mereka dengan menonton televisyen, video, mendengar lagu, bermain permainan komputer atau melayari internet dengan laman-laman yang melalaikan. AKtiviti seperti ini membuka ruang untuk seseorang itu melakukan dosa melalui penglihatan, pendnegaran dan penrcakapan. Rasullah s.a.w meningatkan bahawa keadaan ini boleh menghilangkan pahala puasa malah menambah dosa.

6) MENJADIKAN RAMADHAN SEBAGAI PESTA MAKANAN
Sungguh aneh bulan Ramadhan merupakan bulan berpuasa tetapi gerai-gerai makanan bertambah daripada hari-hari biasa. Kalau begitu keadaannya, bagaimana puasa yang sepatutnya menjadi terapi bagi merawat tubuh yang kepenatan akibat proses makan minum sepanjang tahun dapat berfungsi?

7) MENOLAK AJAKAN SUAMI
Terdapat juga isteri yang tidak selesa melayan permintaan suami untuk bersama pada malam Ramadhan sama ada kerana keletihan atau bimbang ia menjejaskan ibadahnya pada bulan Ramadhan. Dalam hal ini ALLAH s.w.t menegaskannya dalam surah Al-Baqarah ayat 87.

8) TIDAK BERPUASA KERANA MASIH BERJUNUB KETIKA MASUK WAKTU SUBUH
Sebahagian Muslimah beranggapan apabila mereka bersetubuh pada malam Ramadhan dan tidak sempat mandi wajib ketika masuk waktu subuh, maka puasa mereka tidak sah. Ini adalah suatu kekeliruan, mereka yang berjunub juga perlu berpuasa dan mandi wajib boleh dilakukan sepelas masuk waktu Subuh. Ummu Salamah menceritakan, Nab Muhammad s.a.w pernah berjunub pada malamnya dan dia mandi dan berpuasa pada keesokan hari. Cuma dalam hal ini, tidak wajarlah mereka yang berjunub itu melewatkan mandi kerana ia bererti mereka melewatkan solat Subuh.

9)BERHIAS KETIKA KE MASJID MENGERJAAN SOLAT TERAWIH
Sudah menjadi trend bagi sebahagian wanita memakai wangian yang kuat, bersolek dan memakai pakaian yang menarik apabila mahu mengerjakan solat Terawih di surau atau masjid. Sudah tentu perkara-perkara sunat itu dilakukan kerana mengharapkan pahala tambahan. Tetapi ada yang kurang berhati-hati dalam soal ini dan tidak sedar bahawa solekan dan pakaian mereka itu boleh mengakibatkan dosa berganda pula. Rasullah s.a.w pernah memberi ingatan kepada wanita seperti ini, "Sesiapa yang memakai wangian, jangan bersolat Isyak bersama kami."

10)MENJADIKAN MASJID PUSAT ASUHAN KANAK-KANAK
Kegigihan ibu bapa menerapkan kecintaan anak-anak kepada masjid ada solat memang patt dipuji. Namun perbuatan membawa anak-anak kecil ke masjid tanpa pengawasan menimbulkan masalah kepada jemaah lain. Anak-anak yang tidak diawasi akan mengangu ketenteraman jemaah yang sedang bersolat apabila merak menjerit-jerit, menangis atau bergaduh bersam rakan-rakan mereka, malah ada yang berlari-lari di hadapan barisan para jemaah. Dalam keadaan seperti ini, lebih baik anak-anak diajar untuk solat di rumah sahaja. Sekiranya mahu membawa anak-anak, bawa yang sudah mampu berdikari dan tidak memerlukan pengawasan yang rapi.

11) SIBUK MENYEDIAKAN PERSIAPAN HARI RAYA SEHINGGA MENINGGALKAN IBADAH
Walaupun begitu bersemangat meningkat ibadah masing-masing pada awal bulan Ramadhan tetapi apabila sudah memasuki pertengahan dan hujung Ramadhan, kebanyakan Muslimah sudah mengurangkan aktiviti ibadah mereka. Keghairahan menyambut hari lebaran menyebabkan kita mula sibuk dengan persiapan yang menjadi adat kebiasaan.


Inilah antara fenomena-fenomena yang sering berulang kepada golongan Muslimah tatkala Ramadhan menjelma. Entri ini bukan untuk mencari salah dan kekurangan insan bernama wanita. Namun, sudah tiba masanya muslimah memiliki kekuatan mencarik adat kebiasaan yang melanggar syarak dan menjejaskan kualiti Ramadhan itu sendiri. Ini kerana saya juga seorang yang memegang gelaran wanita. Sama-sama kita muhasabah dan saling mengingatkan dalam kebaikan.

iman's note : takziah diucapkan kepada guru pelatih IPGKPM, Iffah Afeefah kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya sewaktu pulang ke kampung. Bersama-sama kita doakan kesejahteran, keselamatan dan dipermudahkan segala urusan beliau dalam masa untuk pulih sedia kala.

**imannurbalqis**

Read more

...nota si penulis AR : 6.0...

❤❤❤❤❤¸¸ بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ ❤❤❤❤❤

Sudah 23 tahun bergelar seorang anak kepada seorang ayah. Alhamdulillah.
Sudah 23 tahun bergelar kakak kepada 4 orang adik. Alhamdulillah.
Sudah 23 tahun bergelar hamba kepada Penciptaku. Alhamdulillah.
Sudah 23 tahun merasai kesegaran oksigen kurniaan ILLAHI. Alhamdulillah.
Sudah 23 tahun merasai keindahan hijau warna pokok dengan kicauan merdu burung. Alhamdulillah.
Sudah 23 tahun merasai kebiruan latar langit yang dihiasi gumpalan awan. Alhamdulillah.
Sudah 23 tahun merasai indahnya kerdipan bintang di malam hari. Alhamdulillah.
Sudah 23 tahun merasai cantiknya purnama menghias gelapnya langit. Alhmdulillah.
Sudah 23 tahun berjalan memimpin diri di hamparan tanah yang menyuburkan. Alhamdulillah.
Sudah 23 tahun menggunakan segala pancaindera yang dianugerahi ALLAH tanpa bayaran. Alhamdulillah.
Sudah 23 tahun mengenali makna persahabatan dalam mengikat ukhuwwah islamiyyah. Alhamdulillah.
Sudah 23 tahun belajar mencari dan mengenal personaliti diri. Alhamdulillah.
Sudah 23 tahun menjalani kehidupan di muka bumi ALLAH dengan penuh warna-warni. Alhamdulillah.
Sudah 23 tahun merasai cinta ALLAH kepada hambanya. Alhamdulillah.
Alhamdulillah ya ALLAH, Alhamdulillah ya Rahman, Alhamdulillah ya Rahim.

Sebagaimana firman ALLAH s.w.t : “Bersyukurlah kepada Allah. Dan barang siapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barang siapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji. (QS Luqman : 12).

Buat diri yang serba dhaif dan kekurangan, belajarlah untuk menjadi serikandi yang tidak gentar dengan dugaan dan cabaran. Bangkitlah dengan ketabahan yang jitu dalam meraih sejuta kecemerlangan. Jadilah mujahidah, mujahidah solehah. Rendahkanlah dirimu seperti mutiara di lautan, tinggikanlah cita-citamu setinggi bintang di langit bergemerlapan. Dunia tempat untuk mu menyemai, akhirat menjadi tempat untuk mu menuai. Jadikanlah dunia sebagai tunggangan untuk mu menuju akhirat. Beribadatlah seolah-olah dirimu akan mati esok hari kerana perjalanan menuju kematian bermula sebaik sahaja diri mu dilahirkan. Sanah helwah, ya Zarina.

iman's note : Alhamdulillah, 16 Ogos 2011 jatuhnya dalam bulan Ramadhan. Menikmati nikmat umur dalam bulan yang penuh keistimewaan ini memang cukup bermakna. Moga ada barakahnya. Amin.

**imannurbalqis**

Read more

...iklan 3...

~misi 1432H~

iman's note : Moga kesibukkan ini tidak menjadi alasan untuk memaknakan nikmat hidup yang telah dianugerahkan di bulan yang penuh barakah ini. Ya Allah, ampunilah segala dosa-dosa hambaMu ini. Permudahkanlah perjalanan hidup dan urusanku dalam melakukan amal ibadat kepadaMu. Selamat Memaknakan Ramadhan 1432H.

**imannurbalqis**

Read more

...nota si penulis AR : 5.0...

~misi 1432H~

Demi cintanya pada manusia, Allah SWT dengan rahmatNya akan membuka banyak saluran dan jalan untuk keselamatan hamba-hamba-Nya. Dan, salah satunya adalah menerusi kehadiran Ramadan, bulan di mana Allah SWT membuka selebar-lebarnya pintu cinta-Nya pada manusia.

Allah SWT adalah Zat pemilik cinta. Cinta Allah adalah cinta tak bersyarat; unconditional love. Dia mencintai semua hamba-Nya tanpa mengharap balasan apa pun. Cinta Allah adalah cinta “walaupun”, bukan cinta “kerana”. Allah selalu mencintai hamba-Nya walaupun hamba itu berbuat zalim dan terus membangkang / menentang perintah-Nya. Sebaliknya, cinta manusia adalah cinta “kerana”. Manusia mencintai sesuatu kerana sesuatu itu ada manfaat bagi dirinya. Manusia beramal, kerana ingin mendapatkan balasan dan kebaikan.

Demi cinta-Nya tersebut, Allah SWT membuka jalan bagi keselamatan dan kebahagian manusia. Salah satunya adalah dengan dikurniakannya Ramadan sebagai bulan istimewa. Maka, tak berlebihan bila Ramadan dikatakan sebagai bulan cinta, bulan di mana Allah SWT membuka pintu-pintu kecintaan-Nya. “Tanda cinta” dari Allah SWT ini, digambarkan dengan sangat tepat oleh Rasulullah SAW, “Wahai manusia, bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosamu. Angkatlah tangan-tanganmu untuk berdoa pada waktu solatmu kerana itulah saat-saat yang paling utama ketika Allah Azza wa Jalla memandang semua hamba-Nya dengan penuh kasih; Dia menjawab mereka ketika mereka menyeru-Nya, menyambut mereka ketika mereka memanggil-Nya, dan mengabulkan mereka ketika mereka berdoa kepada-Nya.Demikianlah, Ramadan adalah bulan di mana Allah SWT memanggil semua hamba-Nya untuk kembali menuju hakikat hidup sebenarnya.

Ada perumpamaan menarik dari Jalaluddin Rakhmat, menurutnya, manusia adalah “anak-anak Allah” yang dikeluarkan dari rumah-Nya untuk bermain-main di halaman dunia ini. Dalam QS Al-An’am [6] ayat 32 Allah SWT berfirman, “Dan kehidupan dunia ini, hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan negeri akhirat itu, sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa.” Kerana itu, Kaabah disebut rumah Allah (Baitullah), kerana ke sanalah para jamaah haji berangkat, meninggalkan segala urusan dunia mereka. Ramadan pun disebut bulan Allah, kerana pada bulan itulah kita pulang, kita meninggalkan halaman permainan kita.Selama kita asyik bermain, kita sibuk membeli “barangan” yang bermacam-macam: kekayaan, kekuasaan, kemashuran, atau kesenangan duniawi lainnya. Kita lupa bahawa ada makanan lain yang jauh lebih sihat dan lebih lazat.

Pada bulan Ramadan itulah Allah menyeru kita untuk kembali kepada-Nya. Allah telah mempersiapkan jamuan makanan berupa rahmat dan kasih sayang-Nya bagi kita yang “bermain” terlalu jauh dari “rumah”. Melalui syairnya, Jalaluddin Rumi mengungkapkan: “Bagaimana keadaan sang pencinta?,” tanya seorang lelaki. Aku jawab, ”Jangan bertanya seperti itu, sahabat: Bila engkau seperti aku, tentu engkau akan tahu; Ketika Dia memanggilmu, engkau pun akan memanggil-Nya.” Ramadan adalah bukti cinta Allah. Bahagia bertemu dengan Ramadan sama ertinya dengan bahagia bertemu Allah. Kerana sudah jelas, “Barangsiapa mencintai pertemuan dengan Allah, maka Allah pun mencintai pertemuan dengannya. Dan barangsiapa tidak mencintai pertemuan dengan Allah, maka Allah pun tidak mencintai pertemuan dengannya” (HR Bukhari).Bila kita mencintai Allah, kita harus menyambut apa pun yang datang dan diserukan-Nya, termasuk Ramadan.

Dalam Ihya Ulumuddin, Al-Ghazali menyatakan adalah sebuah kebohongan besar bila seseorang mencintai sesuatu tetapi ia tidak memiliki kecintaan kepada sesuatu yang berkaitan dengannya. Al-Ghazali menulis, “Bohonglah orang yang mengaku mencintai Allah SWT tetapi ia tidak mencintai Rasul-Nya; bohonglah orang yang mengaku mencintai Rasul-Nya tetapi ia tidak mencintai kaum fakir dan miskin; dan bohonglah orang yang mengaku mencintai surga tetapi ia tidak mahu menaati Allah SWT.”

Kerana cinta Rasulullah SAW dan para sahabat selalu menyambut Ramadan dengan sukacita. Bahkan sejak Rejab dan Sya’ban mereka telah mempersiapkan segala sesuatu untuk menyambutnya, termasuk dengan memperbanyak puasa dan amalan sunnat lainnya. Siti ‘Aisyah berkata, “Tidak pernah Rasulullah SAW berpuasa dalam satu bulan yang lebih banyak dari puasanya pada bulan Sya’ban, ada kalanya sebulan penuh. Dan adakalanya hampir penuh hanya sedikit yang tidak puasa” (HR Bukhari Muslim).

Tatkala cinta sudah berbicara, tidak ada lagi alasan bagi kita untuk tidak bahagia menyambut Ramadan. Tidak ada lagi keluh-kesah menahan lapar, haus, dan semua keletihan tatkala menjalani Ramadan. Justeru, lewat cintalah semua yang pahit akan menjadi manis. Marhaban Yaa Ramadhan!

sumber : klik sini

iman's note : Cinta-Mu ingin selalu dekat dalam hatiku... Padang pasir duniawi menjerluskan kakiku melangkah di pasir yang berbutir mempesona... Ya ILAHI, bantulah daku bangkit dari lompang dan cela dunia ini... Bersama cinta-Mu, agar ia menjadi bagai benteng kekuatan menghunus di lembah pasir yang kelam dan dalam... Pimpinlah daku dalam kalimah LAILAHAILLAH di akhir pengembaraan ini... Ameen...

**imannurbalqis**

Read more

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails