.::I'M ONLY SERVANT OF ALLAH::.

"Di perhentian terakhir itulah manusia akan hidup berkekalan sama ada dengan limpahan NIKMAT selama-lamanya atau menghadapi AZAB, juga selama-lamanya. Sebelum tiba di titik pengakhiran itu, manusia akan terus mengembara..."

...JALINAN UKHUWAH...

...MELAKAR PELANGI...

Daisypath Anniversary tickers

...KEEP IN MEMORY...

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

PERMATA HATI UMMI ABI

Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

...nikmatnya ZIKIR...

salam...ana doakan pembaca entry ana sihat walafiat dan sentiasa dalam keredhaan ALLAH s.w.t...last week ana ada balik rumah...after blik dari perkhemahan...sewaktu mengemas brg ana terjumpa tasbih dalam beg baju...tasbih yang arwah mak ana guna waktu di hospital...tiba-tiba ana teringat pesan arwah mak ana :

"kak, nnt selalu amalkan zikir setiap hari...sekurang2nya 100x sehari"

"knapa ma?"

"kak, dengan mengingati ALLAH hati kita jadi tenang"




Disebalik pesanan arwah mak ana itu, ada kelebihan yang tersendiri pada kalimah-kalimah suci yang menjadi santapan di hati dan bibir arwah setiap hari...ada kelebihan yang ALLAH berikan...dipermudahkan lagi dengan bila-bila masa boleh dilakukan...

bertepatan dengan surah ar-ra'd ayat 28 mafhumnya :

"yaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati ALLAH. Ingatlah hanya dengan mengingati ALLAH, hati menjadi tenteram"

------------------------------------------

Jumaat يا الله -Rahmat allah hampir dan jauh dari azab Allah.
Sabtu لااله الا الله -Dihapuskan dosa anggotanya yang tujuh.
Ahad يا حى يا قيوم -Dipelihara imannya oleh Allah.
Isnin لا حول ولا قوة الا بالله العلى العطيم -Dihapuskan sifat-sifat yang tercela.
Selasa اللهم صلى على محمد وعلى ال محمد -Dapat syafaat Nabi Muhamad SAW.
Rabu أستغفر الله العطيم الدى لااله الا هو الحى القيوم واتوب اليه -Dihapuskan 1000 dosa.
Khamis سبحان الله العطيم وبحمده -Tumbuh tanaman syurga baginya.

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.

Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.
Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.



Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks. Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain.

Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.



Oleh itu, saudara-saudaraku se-Islam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.

**imannurbalqis**

Read more

...budaya ILMU vs budaya PEPERIKSAAN...

salam...
sekarang di IPGM seluruh Malaysia tengah dimeriahkan dengan situasi peperiksaan...ada yang sedang menjalani peperiksaan...ada yg sedang mbuat revision...& mungkin masih ada yang dalam angan-angan dan mimpi...ana nak buka skit minda pembaca entry ana berkenaan dengan tajuk "budaya ILMU vs budaya PEPERIKSAAN"....
secara mata kasarnya, jika dilihat budaya ILMU akan dipraktikkan apabila bermulanya musim peperiksaan...lebih menyedihkan apabila ada pelajar yang hanya menelaah buku hanya untuk mendapat markah @ pointer yang terbaik...bukan kerana memikirkan kepentingan sebenar ILMU pada diri sendiri...

Ilmu merupakan suatu perkara yang penting dalam kehidupan manusia. Perkembangan dan kemajuan sesuatu bangsa di dunia ini berkait rapat dengan kemajuan dan perkembangan ilmu pengetahuan yang terdapat pada sesuatu bangsa itu sendiri. Justeru, Islam mengingatkan tentang hakikat ini menerusi pelbagai ayat al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w. Penekanan terhadap kepentingan dan keperluan menuntut ilmu membuktikan bahawa Islam adalah satu agama yang memartabatkan ilmu pengetahuan dan orang yang berilmu. Baginda Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya; “Menuntut ilmu itu adalah wajib ke atas tiap-tiap orang Islam lelaki dan perempuan.” Berdasarkan hadis tersebut, jelas bahawa menuntut ilmu itu adalah suatu perkara yang penting dan menjadi kewajipan bagi setiap orang Islam.

Prof Wan Mohd Nor Wan Daud misalnya dalam bukunya bertajuk Penjelasan Budaya Ilmu telah mengupas bagaimana budaya peperiksaan telah menggantikan budaya ilmu dalam sistem pendidikan negara masa kini.
Menurut beliau :

"Budaya peperiksaan dalam sistem pendidikan negara telah menggantikan budaya ilmu.Para pelajar memang giat belajar tetapi kebanyakannya bukan untuk memahami dan mencungkil makna daripada apa yang dipelajari tetapi untuk menghafalnya cukup untuk masa dua tiga minggu tempoh peperiksaan .Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa sebilangan terbesar murid-murid tidak ingat lagi perkara-perkara yang gigih dipelajarinya sebaik sahaja peperiksaan tamat.Para guru pula memang giat mengajar tetapi penumpuannya lebih kepada untuk menghabiskan sukatan pelajaran dan mencapai kecemerlangan peperiksaan."



Prof Wan Mohd Nor Wan Daud juga mengupas tentang kritikan yang pernah dibuat oleh Professor Diraja Ungku Aziz terhadap sistem pendidikan kita yang pada pandangan beliau hanya menggalakkan penghafalan dan bukannya pemikiran dan akhirnya menyebabkan para murid lebih cenderung untuk bergantung kepada jawapan contoh, hafalan dan soalan ramalan (spotted questions) daripada memahami konsep dan teori yang berkenaan.

Apa yang diperkatakan oleh tokoh-tokoh akademik perlu diberi perhatian oleh semua pihak terutamanya generasi muda.Budaya ilmu perlu diterapkan dan niat yang tulus ikhlas menuntut ilmu perlu diperbaharui agar generasi muda tidak belajar atau menuntut ilmu sekadar untuk lulus peperiksaan, mengejar sijil, diploma atau ijazah, atau memperoleh gred, markah, ‘pointer’-‘CGPA’yang tinggi semata-mata.

Sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan semata-mata (exam oriented) juga tidak lagi relevan dan penekanan kepada aspek pemikiran atau budaya berfikir secara rasional perlu digalakkan.

Realiti sebenar IPGM masa kini

Kita pastinya tidak mahu bakal-bakal guru dihanyutkan dengan budaya hedonisme , menebal sifat individualistik yang akhirnya memandulkan idealisme dan mematikan semangat perjuangan bakal guru sebagai penuntut ilmu dan penyebar ilmu apatah lagi guru merupakan aset penting dan pemacu kepada barisan pelapis kepimpinan negara suatu masa nanti. guru adalah model yang menjadi perhatian masyarakat. malahan pelajar juga tidak menghormati guru. lihat saja di dada-dada akhbar, semuanya salah guru.

Melihat realiti yang berlaku di IPGM sekarang, guru pelatih lebih banyak tertumpu kepada program-program berbentuk hiburan, kebudayaan dan sukan semata-mata. Konsert,pesta,festival,karnival dan sebagainya mendapat sambutan hangat daripada mahasiswa bahkan mendapat sokongan penuh dari pelbagai pihak. Malang bagi guru pelatih pencinta ilmu yang tidak dapat merasai sambutan hangat guru pelatih dan pihak atasan dalam program-program berbentuk akademik,intelektual dan pemerkasaan budaya ilmu di kalangan guru pelatih. lebih menyedihkan aktiviti kerohanian dan moral dianaktirikan. tiada tindakan yang dikenakan. sedangkan FPK yang menjadi santapan pembelajaran setiap semester tidak dijalankan secara menyeluruh. masih ada lagi sahsiah guru pelatih yang perlu diperkemaskinikan dalam menjana modal insan keguruan yang sebenar. Seteguh mana modul Bina Insan Guru jika masih lagi ada guru pelatih yang tidak beretika di sekolah. sejauh mana pembinaan semangat profesion keguruan jika masih ada lagi guru pelatih yang mengeluh dan ponteng kuliah.

sejauhmana integriti guru, sama-sama kita nilai. kebanyakan daripada guru pelatih tidak mementingkan ilmu tetapi mementingkan elaun bulanan yg lewat masuk. apabila hampir peperiksaan barulah menelaah buku. budaya peperiksaan menjadi amalan guru pelatih..hanya menunggu soalan spot & menghafal. tidak memikirkan kefahaman dan kepentingan sebenar ilmu. guru adalah penyebar ilmu. kadang-kadang isu semasa pun tidak sedar dan tiada kesedaran untuk ambil tahu. aspek pembinaan minda kelas pertama telah diketepikan tetapi telah digantikan dengan pembinaan elaun kelas pertama.

Jadi, ana harapkan ada 1 perubahan positif dari diri ana sendiri, sahabat-sahabat ana sendiri serta barisan bakal guru yang akan menjadi peneraju utama kekuatan negara. Jangan kita ketepikan nilai-nilai sahsiah sebenar seorang guru..sejauh mana penilaian sebenar terhadap guru masa kini, ada pada diri anda..jangan hanya nila setitik habis susu sebelanga. sahutlah cabaran Abu Tayyib al-Mutanabbi :

“Jika kamu seorang yang mempunyai pandangan, maka jadilah juga seorang yang mempunyai pendirian. Sesungguhnya suatu pandangan itu akan menjadi rosak, hanya kerana kamu berbelah bagi”
----------------------------------------------------------

"Seorang cendekiawan dikatakan sebagai cahaya yang sebenarnya apabila dia benar-benar cendekiawan. Jadi, jika cendekiawan itu benar-benar cendekiawan dia harus memancarkan cahayanya ke seluruh dunia, dan jika cahayanya itu tidak menjangkau seluruh dunia ini, sekurang-kurangnya harus menerangi wilayahnya sendiri, kotanya, desanya, atau rumahnya. Cendekiawan macam apakah namanya kalau tidak mampu menerangi walau rumahnya sendiri?"
- Sayyid Jamaluddin al-Afghani

Read more

..dedication imtihan..

salam....sebelum tido nie ana nak buat dedication imtihan untuk cikgu-cikgu PISMK IPGM seluruh Malaysia terutama Kampus Perempuan Melayu, Melaka yang akan ambik exam untuk esok hari....ana doakan akhi and ukhti beroleh ketenangn swaktu mjawab soalan dan dpermudahkan ketika menghadapi masalah...

banyakkan bdoa & tawakkal atas usaha yang telah dijalankan...ingt ALLAH sentiasa bsama kita...bi taufiq wa najjah...

...tiada jalan mudah untuk mencapai kejayaan...jangan jadikan kegagalan sebagai penanda aras diri... jadikan ia satu semangat untuk terus berusaha, insyaALLAH kejayaan pasti datang....
(special dedication to :
kak sal (ex-naqibah), kak sue, kak zati, kak fana (ex-roomate bb20), kak syu, kak syida, kak hulma, kak adila, kak pia, kak paah, mr ecan, akhi munsif & all PISMK students-IPGM KPM, Melaka)
-------------------------------------------------------------------------------------------

Atau siapakah yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila ia berdoa kepada-Nya, dan yang menghilangkan kesusahan dan yang menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah di bumi? Apakah di samping Allah ada tuhan (yang lain)? Amat sedikitlah kamu mengingati (Nya).
- surah an-naml : 62

Read more

...i'm very angry...

WHAT IS ANGER?

Anger is a secret weapon of man towards of evils but sometimes its result’s in the destruction of many noble qualities. It snatches away the wisdom of man and thus he becomes a brute beast devoid of any sense.
Anger is a temptation of satan and deception of satan.
Anger is the root of all evils.
Anger is a spark of fire that are always bursting.
Anger is a very bad condition that weakens the person Iman (FAITH)
The meaning of anger is a rage fierce, displeasure, passion excited by a sense of wrong , physical pain, inflammation, mad, hot tempered, choleric, inflamed, A violent passion excited by real or supposed injury.
Anger is the strong feeling caused by extreme displeasure.
Anger is a strong feeling of annoyance, displeasure and hostility.

During anger, one can physically or verbally abuse a person that he or she loves, hurt another living being like an animal, or during the dejection phase of anger, one can even hurt him- or herself and even commit suicide. Prophet Mohammad gave us the medicine for that saying:

"Shake hands and rancour will disappear. Give gifts to each other and love each other and enmity will disappear".

Also Prophet Mohammad said:

"A strong person is not the person who throws his adversaries to the ground. A strong person is the one who contains himself when he is angry".

Anger is viewed as a form of sexual reaction and healthy response that has evolved to enable people to deal with threats. Three types of anger are recognized by psychologists: The first form of anger, named "hasty and sudden anger" by Joseph Butler, an 18th century English bishop, is connected to the impulse for self-preservation. It is shared between humans and non-human animals and occurs when tormented or trapped. The second type of anger is named "settled and deliberate" anger and is a reaction to perceived deliberate harm or unfair treatment by others. These two forms of anger are episodic. The third type of anger is however dispositional and is related more to character traits than to instincts or cognitions. Irritability, sullenness and churlishness postures are examples of the last form of anger.

The external expression of anger can be found in facial expressions, body language, physiological responses, and at times in public acts of aggression. The facial expression and body language are as follows.

The facial and skeletal musculatures are strongly affected by anger. The face becomes flushed, and the brow muscles move inward and downward, fixing a hard stare on the target. The nostrils flare, and the jaw tends toward clenching. This is an innate pattern of facial expression that can be observed in toddlers. Tension in the skeletal musculature, including rising of the arms and adopting a squared-off stance, are preparatory actions for attack and defence. The muscle tension provides a sense of strength and self-assurance. An impulse to strike out accompanies this subjective feeling of potency.

Physiological responses to anger include an increase in the heart rate, preparing the person to move, and increase of the blood flow to the hands, preparing them to strike. Perspiration increases (particularly when the anger is intense). This is a direct effect of excessive adrenalin in our system. Our physical strength increases although spiritual strength decreases.
Our intellect or power to reason disappears, and things we would not justify in a normal state become acceptable

Anger many give disadvantages to all people especially to students. Anger affects the person who is angry as well as all the people who are touched by that person's anger. An angry person is likely to speak harshly and utter obscenities. In addition, anger affects a person's health. Doctors have discussed the relationship of anger to physiological complications such as thrombosis and high blood pressure. An angry person may also cause both psychological and physical damage to himself or herself as well as his/her family. Sometimes angry people hurt themselves if they are unable or out of reach of the people at whom they want to direct their anger. At other times, angry people may physically hurt their children, their spouse, or other people. A high proportion of the pronouncements of divorce occur when people are angry.

---------------------------------------------------------------------------------------

Abû Hurayrah relates that a man said to the Prophet (peace be upon him): “Counsel me.” The Prophet (peace be upon him) said: “Do not get angry.” The man repeated his request many times, but the Prophet (peace be upon him) kept saying: “Do not get angry.” [ Sahîh al-Bukhârî ]

Read more

...kak, apa beza TAKABBUR, RIYA'& UJUB?...

salam...ana nak bkongsi sesuatu semasa perjalanan usrah kumpulan ana last week...
di IPGM ana mmg wajib utk mhadiri pgisian antara magrib & isyak...setiap hari rabu ana ada pengisian usrah...kali ini ana bersama dgn adik2 PPISMP Julai09...usrah ini bgabung dgn usrah kak nur & kak ila...oleh kerana mereka ada kekangan yg xdpt dielakkan...
sedikit pkongsian utk pbaca entry ana utk kita sama2 muhasabah diri kita...
------------------------------------------------------------
TEMPAT : BISA
MASA : 8.oopm (lg 10minit nak tamat pgisian)

hari nie pgisian utk mereka ana sentuh berkenaan "KENAPA KITA MESTI MUSLIM DARI SUDUT AKIDAH?"...habis pbincangan bkenaan tajuk usrah ....

naqibah : baiklah, akak rasa adik2 dah faham...ada apa2 yg nak share x untuk minggu nie??
ahli usrah : kak, blh sy tanya??
naqibah : blh...kita sama2 discuss
ahli usrah : sy nak tanya apa pbezaan antara TAKABBUR, RIYA' & UJUB?apa kaitannya dgn diri kita???
naqibah : owh...isu yg bagus..relate jg dgn tajuk kita hari nie...sapa blh bgth???
(keadaan diam & ahli usrah saling bpandangan)
-------------------------------------------------------------

naqibah : baiklah...kita pergi satu2 k....
ujub dalam erti kata definisinya adalah sifat seseorang dimana ia merasa dirinya lebih baik hingga menolak kebaikan orang lain, bangga dan senang dengan dirinya, senang dengan yang diucapkannya, yang diperbuatnya hingga meremehkan orang lain...sifat ini lebih kepada dlm diri seseorang...
ahli usrah : kak, ujub ada jenis2 dia x???
naqibah : ada...antaranya :
1.Ujub dengan fizikalnya, yaitu dengan merasa dirinya lebih baik, lebih cantik, lebih segala-segalanya..
2.Ujub dengan kekuatannya, yaitu dengan merasa diri lebih kuat hingga tidak perlu bantuan orang lain..
QS.41:15, Maka adapun kaum Ád, mereka menyombongkan diri di bumi tanpa (mengindahkan) kebenaran dan mereka berkata "Siapakah yang lebih hebat kekuatannya dari kami?" Tidakkah meeka memperhatikan bahwa sesungguhnya Allah yang menciptakan mereka. Dia lebih hebat kekuatanNya dari mereka? Dan mereka telah mengingkari tanda-tanda (kebesaran) Kami.
3.Ujub dengan intelektualitasnya, yaitu dengan merasa diri lebih cerdas, lebih pintar..
4.Ujub dengan keturunannya, yaitu dengan merasa golongannya lebih baik..
5.Ujub dengan hartanya, yaitu dengan merasa dirinya lebih kaya, lebih mampu..
6.Ujub dengan pendapat yang salah, yaitu dengan merasa dirinya paling benar meskipun sebenarnya salah..

ahli usrah : kak, sifat riya' plk??
naqibah : Riya’ adalah sifat yang juga sangat merbahaya kerana boleh menghapuskan segala kebajikan atau amal soleh yang telah dikerjakan oleh seseorang sehingga tidak bernilai disisi Allah subhanahua ta’ala. Orang yang riya’ membuat ibadah atau apa sahaja amalan bukan untuk mengharapkan keredhaan Allah subhanua ta’ala bahkan kerana mengharapkan pujian dan penilaian dari manusia. Sapa blh bg akak contoh ?
ahli usrah : sy cuba yea kak...
naqibah : ok
ahli usrah : contohnya, mereka solat qobliah dan bakdiah magrib@isyak di khalayak ramai sahaja ttp apabila berada diluar ruang lingkup masyarakat mereka xbuat pun..hanya utk mdptkn phatian masyarakat semata2..
naqibah : bagus...& kalu adik2 analisis semula dalam mengerjakan apa jua bentuk amal soleh atau beribadat kepada Allah subhanahua ta’ala jika didasarkan kepada riya’ maka akan sia-sialah ibadat itu...ok sekarang sapa blh bgth akak contoh sifat takabbur?
ahli usrah : individu yang bercakap besar dan menghebah2kan tentang dirinya untuk mendapat pujian org lain...misalannya : mereka yang menjalankan amalan bersedekah tetapi menwar2kn pada masyarakat dan mharapkan pujian...
naqibah : betul apa yg adik katakan...ertinya perasaan tinggi diri oleh si pelaku terhadap satu atau lebih mengenai dirinya dalam aspek-aspek kehidupan. Seseorang itu boleh bersikap sombong kepada orang di sekelilingnya jika dia mendapati kedudukannya lebih tinggi berbanding orang di sekelilingnya. Ketakabburan juga boleh berlaku apabila manusia mendapati keturunannya, sifat lahiriahnya sama ada cantik, kacak atau perkasa ataupun kaya dari segi material adalah lebih berbanding dengan orang lain.
---------------------------------------------------------------------
MC : perhatian kepada semua naqibah anda boleh menamatkan ayat2 terakhir dan tangguhkan usrah untuk kita tunaikan solat isyak secara berjemaah...wallahu'alam

ahli usrah : kak soalan last...kak,macamana pula dikatakan setiap perlakuan dikongsikan dengan saahabat untuk mdapatkan semangat bukannya untuk takabbur, riya' ataupun ujub??
naqibah : itu berbeza...kita tengokkan pula pada definisi 'izzah...
ahli usrah : apa makna dan kaitan 'izzah tu kak?
naqibah : (=_=), baiklah kita kan bincangkan tentang 'izzah pada slot usrah sughra next week...
ahli usrah : ala, akak bgth la...buat kita org tertanya2 plk...
naqibah : nie yg lagi akak suka ni...inscrease ur curiosity...as a task 4 this week, all of us need to search the definition of "izzah" and the differences between "izzah" and "takabbur" k....baiklah, segala yg baik datang daripada ALLAH & yg buruk adalah dari kelemahan diri akak sendiri..kita tangguhkan usrah kita dengan surah al-asr&tasbih kaffarah...
-----------------------------------------------------------------------

sebagai satu kesimpulan...jauhilah sifat2 penyakit hati ini untuk kita mendapatkan hati yang tenang..perbanyakkan zikir dan berfikir...Dan bagi manusia, sebaik-baiknya sifat adalah dengan sifat tawaddhu'. Sifat tawaddhu' adalah sifat rendah diri dan menginsafi diri bahawa manusia itu perlu sentiasa berada di bawah ketundukan dan ketaat kepada Allah s.w.t. Sifat inilah sebenarnya yang mengangkat darjat manusia di sisi Allah s.w.t. Sebagaimana hadis Rasulullah yang bermaksud;

"Barang siapa bertawaddhu' kerana Allah, maka akan diangkat darjatnya oleh Allah, barang siapa yang sombong, maka akan dijatuhkan darjatnya oleh Allah, barang siapa bersikap bersederhana (tidak boros dan tidak pula kikir), maka akan dijadikan kaya oleh Allah, barang siapa membazir, maka akan dijadikan miskin oleh Allah dan barang siapa memperbanyak ingatan kepada Allah, maka dicintai oleh Allah."

Read more

...bubur asyura&tragedi KARBALA...

salam...
sedikit perkongsian untuk pembaca entry ana...kaifa haluki/ka???ana harap sahabat2 ana sentiasa brada dlm keredhaan ALLAH s.w.t...untuk entry kali ni ana nak imbau semula kisah peperangan KARBALA...KARBALA???apa yeaa....mcmana ana blh dpt nama nie??...ceritanya begini:
skrg ana tgh nak habiskan buku tulisan "KETUPAT CINTA" karya Faisal Tehrani...1 kisah politik dapur yg banyak mberi input kepada pembaca...mbuatkn ana meninggalkan buku2 akademik dan mjdi bacaan ana sblm tidur..mcm sleeping story la plk..tapi klu dah baca xblh tido....itu mmg kebiasaan ana coz ana xde waktu@ruang utk bacaan ringan kerana kesibukan dan mpunyai keutamaan yg perlu didahulukan pada siang hari...ttpi alhamdulillah kesempatan masa 24jam yang ALLAH s.w.t berikan mampu utk ana mhayati keindahan sastera itu sendiri...
Novel berjudul Ketupat Cinta ini juga memuatkan lebih 10 jenis makanan, sayangnya tiada satu makanan pun bernama ketupat.. Antara menu makanan di dalam novel ini adalah bubur asyura, gulai batang pisang, asam pedas, nasi lemak, laksa champa, sambal kentang, lemak nangka dan lain-lain.. Sesungguhnya cara olahan untuk setiap makanan tersebut menarik dan kreatif...
Tapi kali ini ana nak cerita tentang
BUBUR AS-SYURA&TRAGEDI KARBALA...

TRAGEDI KARBALA
Tragedi Karbala terjadi pada 10 Muharram 61 H. Peristiwa ini dikenal dengan peristiwa Asyura. Hampir semua kaum muslimin di Malaysia mengenal Asyura. Peristiwa Karbala adalah peristiwa dimana kebenaran dengan kebatilan, keadilan dengan kezaliman saling berhadapan. Semestinya tidak ada seorang pun muslim yang meragukan peristiwa ini, yakni dengan bersikap neutral. Ketika Al-Husein bin Abi Thalib (sa) dan pasukannya berhadapan dengan Yazid bin Muawiyah dan pasukannya, maka ini bererti telah berhadapan antara kebenaran dengan kebatilan,keadilan dengan kezaliman, para pecinta jabatan dengan pecinta Allah, dan pelahap dunia dengan pengharap akhirat. Dua kubu ini tidak pernah bersatu sejak zaman para nabi terdahulu, sejak zaman Rasulullah saw hingga zaman kita sekarang, bahkan sampai akhir zaman. Jika terjadi kedua kubu ini bersatu, itu adalah kepura-puraan dan kemunafikan, bukan perjuangan kebenaran dan keadilan yang sejati.

Imam Ali bin Abi Thalib (sa) pernah berkata: Ketika telah berhadapan antara pasukan kebenaran dengan pasukan kebatilan, keadilan dengan kezaliman, kemudian ada orang yang netral maka doronglah ia pada musuh. Kebenaran ini telah membuktikan keberadaannya dalam kehidupan kita sekarang. Sekiranya dalam perjuangan ummat Islam di dunia tidak ada mereka yang neutral, para pencari jabatan dan pelahap dunia, nescaya Islam dan ummatnya sudah berjaya sejak dulu, dan Israil tidak menguasai ummat Islam.

Kejadian inilah yang dialami oleh pejuang kebenaran dan keadilan, Al-Husein (sa) cucu tercinta Rasulullah saw dikhianati oleh orang-orang Kufah yang awalnya berjanji untuk berbaiat kepadanya, tapi ternyata mereka menghadang Al-Husein (sa) dan rombongannya dengan hunusan pedang. Mengapa mereka berbalik 100%? Kerana mereka mengharap janji-janji Yazid dan Ibnu Ziyad berupa jabatan dan dunia. Di sisi yang lain mereka mengenal bahwa pribadi Al-Husein (sa) bersikap tegas terhadap para pengharap jabatan dan pelahap dunia, tidak pernah kompromi terhadap kezaliman dan kebatilan.

Pada 81H/680M, di tempat yang disebut Karbala di pinggir Sungai Eufrat, pasukan Yazid ibnu Muawiyah di bawah komando ibnu Ziyad mengepung Imam Hussain dan rombongannya. Seluruh laki-laki dalam keluarga Hussain kecuali puteranya yang masih kecil, Zainal Abidin, terbunuh. Hussain dipenggal dan tubuhnya dipotong-potong. Kemudian kepala Hussain dibawa kepada Yazid bin Muawiyah. Yazid menangis di atas kejadian tersebut. Dia kemudian berkata, "Sebenarnya saya sudah berasa puas terhadap ketaatan kamu tanpa harus membunuh Hussain, semoga Allah melaknati ibnu Sumaiyah (Ibnu Ziyad), demi Allah seandainya saya menyertainya pasti saya akan memaafkannya dan semoga Allah melimpahkan rahmat kepada Hussain."

Tujuan Imam Husayn AS Bangkit Menentang Yazid:

Antara kandungan surat Imam Husayn AS kepada saudaranya Muhammad al-Hanafiyyah:

..." Aku keluar [mengangkat senjata menentang Yazid] bukan kerana berasa iri hati dan tidak kerana marah dan bukan kerana mahu melakukan kerosakan atau bukan juga kerana mahu melakukan kezaliman. Tetapi aku keluar untuk menentang [Yazid] hanya semata-mata untuk membawa islah kepada ummah datukku Rasulullah SAWA. Aku mahu menegakkan yang ma'aruf dan nahi mungkar dan memimpin ummah [ke jalan kebenaran] sebagaimana yang telah dilakukan oleh ayahku [Imam Ali AS] dan datukku [Muhammad SAW]."

Antara ucapan Imam Husayn AS sebelum keluar dari Mekah bagi meneruskan perjalanan ke Iraq:

" ......Segala puji bagi Allah, barang yang dikehendaki oleh Allah dan tidak ada kekuatan yang lain melainkan Kekuasaan Allah, selawat dan salam kepada RasulNya. Garisan maut ke atas Bani Adam umpama garisan perjuangan bagi pemuda satria. Bermula keadaanku hingga akhirnya sebagaimana kepimpinan Ya'akub yang diwarisi oleh puteranya Yusuf. Sebaik-baiknya bagiku ialah perjuangan dan cahaya bumi Karbala bergemerlapan. Tidak dapat kalam menggambarkan apa yang telah terjadi pada hari ini...."

Dalam perjalanannya menuju Karbala Imam Husayn AS mengungkapkan ucapan yang menggariskan pendiriannya untuk menegakkan Islam:

"Sesungguhnya dunia ini telah berubah dan mengingkari haq, kebenaran telah ditinggalkan, tidak ada lagi yang tinggal padanya melainkan semut-semut di bekas-bekas makanan. Demikiannya tandusnya kehidupan sebagai penggembala kehilangan ternakannya. Tidakkah anda melihat kebenaran dan kenapa tidak melaksanakannya? Akan tetapi kebatilan dan kejahatan mengapa tidak boleh dihentikan....untuk menggembirakna seorang beriman dalam pertemuan dengan Allah... ianya suatu kepastian. Sesungguhnya aku tidak melihat kematian dan maut yang mendatang melainkan dengan penuh kebahagiaan, hidupku bersama dengan si zalim bagaikan duri yang menikam serta api yang membakar. Sesungguhnya manusia telah menjadi hamba dunia dan agama hanya berputar di lidah-lidah mereka demikian jalan kehidupan yang dijalani oleh mereka, maka apabila mereka ditimpa dugaan lantas mereka berkata telah hampirnya kami kepada kematian."


KETUPAT CINTA
SIRI 4: BUBUR RATAPAN ASYURA
FAIZAL TEHRANI
Tuan Guru Nuh Ha Mim membelai jambang putihnya.”Kita memikir bagaimana kiranya untuk membuat orang Melayu Islam itu mengingat akan Ahlul Bait atau keluarga Nabi Muhammad saw.Mengingat ia akan ‘Asyura.”

Sultan Alauddin bersuara jelas.”Apa yang ingin diingat pada ‘Asyura itu Tuan Guru?”Tuan Guru memandang kepada kita.”Tun Lepat,ciptakan satu makanan,nasi menangis katakana.Hendaklah pada makanan itu ada tujuh peringatan tentang asyura.”

Kita pun pulang ke istana bersama baginda sultan.Serasa-rasa inilah kerja dan ciptaan makanan paling mencabar sepanjang sejarah kita menjadi gerau.Setelah memikir-mikir lama,maka kita menetapkan harus ada pada bubur itu bawang putih kerana dengan putih itu akan kita semua ingat hitamnya Yazid penguasa yang merancang pembunuhan Imam Husin,cucunda Rasulullah yang disembelih pada sepuluh Muharam.

Hitamnya Yazid itu juga kerana Yazid dan pewarisnya setiap kali khutbah Jumaat maka diperintahkan khatib untuk mencerca dan memaki hamun Ahlul Bait.Kita tahu benar sejarah mencatatkan kerja menghamun keluarga Nabi Muhammad ini hanya berhenti untuk tempoh tidak sampai dua tahun ketika pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz yang wara’ itu.

Dalam bubur yang kita cipta itu harus ada bawang merah kerana dosa Yazid yang banyak menumpah darah.Di sebalik beras kita masukkan dua cangkir biji gandum.Itu kerana kita hendak menunjukkan betapa banyaknya penyimpangan sunnah dan pembuatan bid’ah yang dilakukan Yazid bin Muawiyah.

Gandum dalam beras;tidakkah namanya bid’ah besar dan pelanggaran sunnah bila dia itu mengambil takhta pemerintahan daripada Muawiyah bapanya.Dialah penerus pemerintahan beraja yang tidak pernah dikenal Islam.Dialah penerus tatacara hidup Rom dan Parsi dalam bidang siasah.

Kita masukkan pula halia dan lada hitam supaya orang yang mengecap bubur ratapan ‘Asyura itu mengenang betapa Yazid tidak bertaubat.Kerana Yazid itulah punca tujuh putera Saidina Ali dibunuh dalam satu hari iaitu antara lain Saidina Husin,Saidina Abbas dan Saidina Jaafar.Semuanya disembelih.Di Karbala itu jugalah dua cicit Rasulullah yakni anak Saidina Husin yang masih anak-anak dicincang.

Juga terkorban anakanda Saidina Hasan iaitu Abdullah,Abu Bakar dan Qasim.Moga-moga bubur ‘Asyura itu membawa orang mengenang riwayat Abu Burdah seperti dinukil Ibnu Katsir dalam al-Bidayah wan Nihayah.Harus pemakan bubur itu mengingat betapa Yazid bin Muawiyah itu menjolok-jolok dengan tongkatnya ke mulut dan gigi Imam Husin yang kepalanya sudah terpenggal.

Kita masukkan juga kacang yang tuan-tuan namakan kacang kidney untuk penjamah bubur mengingat betapa Yazid itu dosanya bukan di Karbala sahaja tetapi dosanya juga kala mengutus Muslim bin Uqbah serta Husain Numair al Sakuniy untuk membantai Abdullah bin Zubair dan pengikutnya yang berkubu di Mekah.

Abdullah bin Zubair itu seingat kita anak Asma’ binti Abu Bakar dan Zubair bin Awwam.Ketika ingin menawan Abdullah bin Zubair itu kota Mekah telah dikepung,Kaabah yang mulia ditembak dengan manjanik hingga rosak dan terbakar kelambunya.Kacang Kidney itu peringatan akan kezaliman Yazid.Kemudian kita berikan jua ramuan kacang tanah lantaran dosa Yazid menyerang kota Madinah pada tahun enam puluh tiga hijrah,

‘Tanah’ itu melambangkan Madinah sebagai tanah haram yang dicabul tentera Yazid.Adapun kota itu disserang di bawah arahan Muslim bin Uqbah.Kejadian serangan ini dinamai dalam sejarah sebagai Waqi’ah al Harrah.Tentera Yazid di bawah pimpinan Muslim bin Uqbah telah bermaharajalela dan bukan sahaja membunuh delapanpuluh sahabat pengikut perang Badar dan tabien di situ,malah telah membiarkan askarnya merogol gadis dan wanita di Madinah sehingga diriwayatkan oleh Abu al-Hasan al-Madaini yang dipetik dalam tazkirah,lebih seribu orang wanita hamil…

Tujuh ribu tokoh muslimin dibunuh,sepuluh ribu rakyat Madinah termasuk seribu orang Ansar dan lapan ratus kaum Quraisy dibantai.

Moga-moga Melayu-Islam yang makan bubur ‘Asyura itu teringat betapa Rasul pernah bersabda seperti diriwayatkan oleh Bukhari,Muslim,Ibn al Jauzi dan Imam Hanbali yang: “Barang siapa menakut-nakuti penduduk Madinah dengan kezalimannya,Allah akan membuatnya takut dan baginya laknat Allah,para malaikat dan manusia semuanya.Di hari akhirat kelak,Allah tidak akan menerima amal perbuatannya.”

Tidaklah kita tahu kalau membunuh dan merogol orang di Madinah itu terlepaskah daripada hadis ini melainkan mendapat laknat Tuhan jua.Pada bubur ratapan itu juga kita masukkan kacang kuda,kerana terkenanglah kita yang al-Damiri dalam Hayatul al Hayawan,dan al Mas’udi dalam Muruj al Dzahab,mengatakan Yazid itu amat haiwan khususnya menyayangi monyet peliharaannya,ter masuk anjing-anjing yang diberi minum dengan tangan sendiri sedang keluarga Nabi Muhammad ketika dibantai tanpa belas kasihan di Karbala terbiar kehausan sampai syahid.

Harapan kita setelah orang makan bubur ratapan ‘Asyura itu orang Melayu akan tegas menolak Yazid kerana Yazid adalah pemerintah zalim,dan raja zalim harus disanggah.Kata-kata itu Tuan Guru Nuh Ha Nim yang empunya.Islam tidak membenarkan kezaliman malah Rsulullah dating membawa keadilan.Imam Husin telah mengorbankan dan keluarganya untuk membolehkan kita melihat kezaliman Yazid ini.Harapan kita oleh makan bubur ‘Asyura itu akan ingatlah orang setiap hari adalah ‘Asyura,setiap tempat adalah Karbala,dan setiap Muslim harus ingin menjadi Husin,kalau tidak syahid harus ia menjadi Zainab,adiknya yang meneruskan perlawanan.
--------------------------------------------------------------------------------------------------

Peristiwa Karbala adalah perjuangan untuk menegakkan cita-cita ajaran Islam bersama kemanusiaan sejagat. Imam Hussain telah mengingatkan kita bahawa menegakkan yang hak itu bukanlah dengan menunggu kehadiran Imam Mahdi. Tetapi kita sebagai kaum Muslim, diingatkan untuk merebut hak kebenaran itu. Kebenaran tidak akan mengalahkan kebatilan, jika kebenaran itu tidak diperjuangkan.

+_+ SELAMAT MALAM +_+

Read more

...Fruit For Thought...

The Fruit you love reveals your personality.
To find out your personality, take this fun test!


Fruit For Thought
Which is your favorite Fruit?


Orange
You have patience and will power; hard work doesn't daunt you. You like to do things slowly, but thoroughly. Although shy, you are reliable and trustworthy. You love with all your heart - flings are not for you

Durian
You are extravagant, impulsive, and outspoken. You may not be the best organizer, but you're charming and make a good team leader. You enjoy travel immensely, and have an enthusiasm for life unmatched by most. Watch that temper, though.

Apple
Awww, you're a softie - loving, gentle, warm, and sympathetic. But your sweet temper makes you vulnerable to people taking advantage of you. You may lack self-confidence and be timid, yet you enjoy harmonious relationships.

Pineapple
You are quick to decide; even quicker to act. You have exceptional organizing abilities, and tend to be self-reliant, sincere and honest in your dealings with others. You don't make friends easily, but once you do, they're friends for life. You rarely, if ever, make romantic overtures.

Papaya
Although fearless, you give much thought to the things you do. You are a go-getter in your career, and have a knack for being in the right place at the right time. More then anything else, your sense of humor is what attracts members of the opposite sex to you.

Mango

You have fixed ideas - influencing you is no easy task. You tend to be an extremist with strong likes and dislikes; at times, you like to control a situation. You enjoy getting involved in something that presents a mental challenge. Strong as you may be, you are a kitten when you are with your partner.

Cherry
You often faced ups and downs professionally and financially; you are often involved in creative pursuits. Despite being sincere and loyal, you don't express your emotions easily. Your home is your haven, and you love nothing more than being surrounded by family and your beloved partner.

Strawberry

You are polite yet have a temper. You are very popular because of your warm, gregarious nature. Your zest in life ensures you enjoy everything you do.

Peach
You are friendly and outspoken. You are quick to forgive and forget. You have an independent, ambitious streak in you, making you a real go-getter. Fiery and passionate (though not in public), you are sincere and faithful to your lover, and value friendship highly.

Pear
You tend to be fickle, and have trouble completing a task with the enthusiasm you started with, because you need to see immediate results. You enjoy mental stimulation and love a good discussion. You tend to be restless, highly stung, and easily excitable

Read more

...kematian, muhasabah terbaik...



Semalam...seorg sahabat seagama dgn ana meninggal dunia...berita yg mgejutkan...ana ke hospital sbgai seorg sahabat yg hanya mampu untuk menghadiahkan al-fatihah dan bacaan yassin sbgai bantuan...benarlah hadith menyatakan :


Ana mula berfikir.....

Kematian tidak memilih tua dan muda, kematian akan datang kepada kita semua cepat atau lambat, pasti dia menghampiri kita, memang manusia adalah mahluk yang berakal, dan memiliki kemampuan untuk merubah segala sesuatu yang ada di dunia, tapi untuk sebuah kematian manusia tak memiliki kuasa apapun untuk merubahnya, walaupun hanya menahan sedetik saja, tidak dengan akal, tidak dengan wang, juga tidak dengan kekuasaanya.

Memang sukar untuk kita untuk memahami sebuah kematian, tetapi kita sadar bahwa mereka itu ada, dan kita akrab dari satu kematian ke kematian lain dari saudara, sahabat, tetangga, kerabat atau siapa saja orang yang berada disekitar kita telah meninggal dunia, tidak ada teori yang dapat menjelaskan siapa yang akan meninggal terlebih dahulu, apakah orang tua akan mati dahulu di banding anak kecil, jawabannya tidak. Apakah orang yang sakit parah akan meninggal lebih cepat dari pada orang yang sihat, jawabanya pun tidak. apakah seorang ahli nujum mampu meramal kematian kita, jawabanya juga tidak.

Ketika nyawa dan jiwa telah tiada maka manusia hanya susuk jasad yang tidak bererti, tak layaknya manusia yang meninggal hanya mampu dikatakan sebagai bangkai, tidak manusia seutuhnya. Jasad memang tidak memiliki tenaga apabila jasad akan berhenti ketika nyawa telah tiada di badan. andai saja ada teori yang bisa menjelaskan semua tentang bagaimana cara kita mati, bagaimana kita mati,bagaimana rasanya mati, dan apa yang terjadi ketika kita mati. tapi sampai saat ini tidak ada logik dan pemikiran manusia yang dapat pasti menjawabnya.semua jawapan tersebut.

Kita sebagai manusia lebih sering menghindari berfikir tentang kematian, apa lagi saat ini dimana dunia terlalu kompleks dan melenakan bagi kita, kita begitu mengagungkan kehidupan, kita mengagungkan semua yang kita miliki di dunia, kekayaan, jabatan, Kecantikan/ketampanan, semua orang sering berfikir semua itu selamanya. kita selalu siap dengan hari esok, seakan esok pagi kita masih bernyawa, tapi siapa yang menjamin besok kita masih mampu melihat keindahan dunia, masih mampu minum teh di pagi hari, masih mampu menonton Television, masih mampu makan nasi, masih mampu bertemu keluarga. jawabanya tidak ada yang boleh menjamin nyawa kita bersatu dengan tubuh saat kita bangun esok hari.

Tiap hari, orang-orang menyaksikan kematian orang lain di sekitarnya tetapi tidak memikirkan tentang hari ketika orang lain menyaksikan kematian diri kita. Ia tidak mengira bahwa kematian itu sedang menunggunya, siapkah kita jika detik ini kita mati. atau kita masih berfikir kita tak akan pernah mati, seperti sebuah lagi aku ingin hidup 1000 tahun lagi, walau pun 1000 tahun lagi tetap ada batas dari kehidupan yang kita jalani.

Yang manusia tau adalah saat kematian tiba ketika kita menghembuskan nafas terakhir kita, lalu apa lagi? semua masih menjadi tanya yang tak pernah terjawab oleh manusia hingga kini, kerana tak ada orang yang telah mati memberi tahu bagaimana rasanya mati itu. ketika nafas terakhir di hembuskan maka manusia hanya menjadi bangkai, dan kemudian dikuburkan atau dibakar sesuai dengan kepercayaan yang kita anuti, setelah itu tak ada lagi kita, yang ada hanya nama yang terukir di batu nisan, dan jejak atau nama baik/buruk kita (tergantung bagaimana kita dikenang oleh masyarakat)

Kematian begitu dekat namun kita tak mengetahui bilakah datangnya. Dan perhitungan amal sangat teliti namun kita tak mengetahui tiba saatnya. Rambut beruban telah memberikan tanda peringatan akan kematian, maka bersiaplah menghadapinya. Kematian teman karib seseorang menandakan dekatnya kematian dirinya.Ingatlah kematian, beramallah untuk menghadapi masa sesudahnya yang pasti kita akan datang menemuinya dan menetap di sana. Jangan sampai dilalaikan dengan sesuatu yang kita sukai tapi akan kita tinggalkan. Jangan tertipu dengan mimpi-mimpi yang berlarutan lalu menjadi lalai dengan kedatangan ajal. Berapa banyak orang yang mengharapkan sesuatu tapi tidak pernah dia perolehi. Berapa banyak orang yang kita temui di waktu pagi, tetapi tak menemui waktu petangnya. Berapa banyak orang ketika datang ajalnya berangan untuk ditunda beberapa saat lagi agar dia dapat memperbaiki kesalahannya serta melakukan apa yang telah dia lupakan.

Maka dikatakan padanya : “Mustahil, apa yang kau harapkan telah berlalu, kami telah memperingatkanmu sebelumnya dan kami telah ancam kamu bahwa tidak ada waktu lagi untuk kembali”. Allah berfirman: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah. Barangsiapa yang berbuat demikian maka mereka itulah orang-orang yang rugi. Dan belanjakanlah sebagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian kepada salah seorang di antara kamu; lalu ia berkata : “Ya Tuhanku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian)ku sampai waktu yang dekat, yang menyebabkan aku dapat bersedekah dan aku termasuk orang-orang yang saleh? Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (QS Al Munafiqun : 9-11)

Menjadi kewajipan manusia mengambil peringatan ini supaya dapat bersedia menghadapi masa tersebut. Ingatlah apabila tiba saat dicabutkan roh dari badan, pintu taubat telah tertutup. Jika kita di kalangan orang yang taat kepada Allah, maka kita adalah orang yang beruntung. Begitulah sebaliknya.

Ulama menyebut bahawa orang banyak mengingati mati dimuliakan dengan tiga (3) perkara :

1) Dia akan segera bertaubat kepada Allah

2) Memadai hatinya dengan apa yang ada padanya

3) Dia akan rajin mengerjakan ibadah.

Begitulah sebaliknya. Manusia akan dihinakan dengan tiga (3) perkara jika ia lupa dari mengingati mati.

1) Dia lupa kepada taubat kepada Allah

2) Sentiasa tidak redha dengan apa yang ada padanya

3) Malas untuk mengerjakan ibadah kepada Allah.

Read more

...ketenangan+peace...

Fitrah manusia sememangnya inginkan ketenangan. Ketenangan dicari dan diburu oleh jutaan manusia di dunia pada hari ini. Terjadinya krisis di dunia pada hari ini kerana tiada ketenangan dan kasih sayang. Ketenangan adalah anak kunci pembuka gedung perasaan dan fikiran. Kita boleh membuka tabir-tabir perasaan manusia dengan ketenangan yang dimiliki. Kita juga boleh membuka lembaran fikiran manusia dan mengambil ilmu daripadanya. Sebenarnya, ketenangan itu menjadi kecemburuan orang, lebih-lebih lagi syaitan. Syaitan tidak dapat menguasai orang yang tenang. Demikian juga Yahudi, kafir dan munafik, mereka tidak dapat menguasai peribadi Muslim yang tenang. Ketenangan yang dimiliki apabila digunakan untuk menyuluh dan mengawal roh, perasaan dan jalan berfikir manusia, akan menghasilkan kesan yang hebat dan di luar jangkauan akal di dalam perlakuan mereka mengendalikan ekonomi, politik, pentadbiran dan kerja-kerja lain. Ketenangan inilah yang dicari-cari oleh para ahli fikir kerana mereka tahu bahawasanya idea yang hebat diwaktu tenang akan luar biasa kesannya kepada orang yang mendengar ucapan dan membaca tulisannya. Mereka yang mengeluarkan idea atau memerah fikiran di dalam keadaan jiwa gelisah dan tidak tenteram, sama seperti industri yang mengeluarkan bahan-bahan yang tidak bermutu atau rendah kualitinya. Besar kemungkinan barangan itu akan direject oleh SIRIM. Kalau dipasarkan juga ke tengah masyarakat, harganya akan jatuh menjunam. Demikian harga buah-buah fikiran dari mereka yang resah gelisah.

Ketenangan itu sangat tinggi nilainya. Ia tidak diniagakan di Bursa Saham Kuala Lumpur atau Tokyo, juga tidak diniagakan di Wall Street. Tetapi diniagakan di dalam pasaran Kalbu Mukminin iaitu hati manusia di seluruh dunia dan sepanjang zaman.Ramai manusia yang cuba menanam modal untuk mengaut keuntungan yang besar iaitu ketenangan. Tetapi yang mencapai peringkat tenang itu sangat sedikit. Yang banyak ialah mereka yang salah menanam modal kerana ditipu oleh Bursa Saham Duniawi. Sememangnya mata benda dunia itu diselaputi dengan keindahan dan ketenangan yang palsu. Firman Allah: "Dijadikan indah pada (pandangan) manusia berbagai keinginan yang terdiri daripada wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan sesungguhnya kepada Allah lah tempat kembali yang baik (Syurga). Katakanlah: Inginkah aku khabarkan apa yang lebih baik dari yang demikian itu? Untuk orang-orang yang bertaqwa (kepada Allah) pada sisi Tuhan mereka ada Syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai.Mereka kekal di dalamnya. Dan (ada pula) isteri-isteri yang disucikan serta keredhaan Allah dan Allah Maha Melihat akan hamba-hambanya. Iaitu orang-orang yang berdoa: Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah beriman. Maka ampunkanlah segala dosa kami dan peliharalah kami dari siksa api neraka." (Ali Imran 17-23)..

Ketenangan itu adalah harta kekayaan yang maknawi, yang abstrak, bukan zahiri. Bukan barang nyata yang dilihat oleh mata kepala. Tetapi ia berada di alam rasa yang luasnya lebih luas dari alam cakerawala. Untuk mendapatkannya adalah sangat sukar. Firman Allah: "Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah itu,hati akan menjadi tenang." (ar Raad: 28) Mengingati Allah sehingga melahirkan tenang bukannya senang. Ramai orang yang beribadah dan mengingati Allah, tetapi jiwa mereka kusut. Mengapa?. Kerana ibadah mereka itu tidak dijiwai dan dijagai adabnya. Tuntutan ibadah tidak dilaksanakan. Ramai manusia yang fikir apabila menunaikan ibadah kepada Allah, mereka telah melaksanakan tuntutan ibadah. Belum selesai lagi. Kerana tuntutan ibadah itu ada hubungannya dengan manusia. Ibadah melahirkan akhlak. Akhlak melahirkan kasih sayang dan kemesraan sesama manusia. Jikalau kasih sayang sesama manusia belum wujud di dalam diri kita, ertinya ibadah yang kita lakukan masih belum sempurna. Kerana itu ramai yang kita lihat rajin sembahyang, rajin berpuasa, rajin pergi umrah tetapi hati mereka tidak tenang. Kenapa? Kerana mereka rajin pergi umrah tetapi jiran mereka kelaparan mereka tidak ambil tahu. Mereka rajin bersembahyang, tetapi jiran mereka tidak ada pakaian, mereka tidak peduli. Tidak ada kasih sayang, tidak ada silaturahim. Maka hasilnya tiada keberkatan dan ketenangan. Kerana itu barang siapa yang memiliki ketenangan, hendaklah menghebah dan memberikannya kepada manusia yang lain yang memerlukannya.

Bagaimana caranya ?

1) Melalui nasihat

2) Mendoakan orang yang gelisah itu supaya tenang

3) Menghadiahkan zikir, wirid dan tahlil

4) Menunjukan muka tenang kepada orang yang gelisah Itulah tuntutan yang perlu kita sempurnakan apabila kita telah diberi nikmat ketenangan. Nikmat jikalau kita syukuri dan jagai dengan adab dan tertib akan ditambah oleh Allah s.w.t. Perbanyakkanlah berdoa dan beribadah kepada Allah semoga Allah memberikan kita ketenangan yang hakiki dan abadi.

Ketenangan itu dicapai melalui zikrullah. Namun zikrullah yang bagaimana dapat memberi kesan dan impak kepada hati? Ramai yang berzikir tetapi tidak tenang. Ada orang berkata, “ketika saya dihimpit hutang, jatuh sakit, dicerca dan difitnah, saya pun berzikir. Saya ucapkan subhanallah, alhamdulillah, Allah hu Akbar beratus-ratus malah beribu-ribu kali tetapi mengapa hati tidak tenang juga?”
Zikrullah hakikatnya bukan sekadar menyebut atau menuturkan kalimah. Ada bezanya antara berzikir dengan “membaca” kalimah zikir. Zikir yang berkesan melibatkan tiga dimensi – dimensi lidah (qauli), hati (qalbi) dan perlakuan (fikli). Mari kita lihat lebih dekat bagaimana ketiga-tiga dimensi zikir ini diaplikasikan.

Katalah lidah kita mengucapkan subhanallah – ertinya Maha Suci Allah. Itu zikir qauli. Namun, pada masa yang sama hati hendaklah merasakan Allah itu Maha Suci pada zat, sifat dan af’al (perbuatannya). Segala ilmu yang kita miliki tentang kesucian Allah hendaklah dirasai bukan hanya diketahui. Allah itu misalnya, suci daripada sifat-sifat kotor seperti dendam, khianat, prasangka dan sebagainya.

* Dimensi kata, rasa dan tindakan

Jika seorang hamba yang berdosa bertaubat kepada-Nya, Allah bukan sahaja mengampunkannya, malah menghapuskan catatan dosa itu, bahkan menyayangi dan memberi “hadiah” kepadanya. Firman Allah:
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Allah akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai…”At Tahrim 8
Firman Allah lagi:
“… Sungguh, Allah menyukai orang yang taubat dan menyukai orang yang menyucikan diri” al baqarah 222.

Sifat ini berbeza sekali dengan kita manusia yang kekadang begitu sukar memaafkan kesalahan orang lain. Dan segelintir yang mampu memaafkan pula begitu sukar melupakan – forgive yes, forget not! Hendak memberi hadiah kepada orang yang bersalah mencaci, memfitnah dan menghina kina? Ah, jauh panggang daripada api! Begitulah kotornya hati kita yang sentiasa diselubungi dendam, prasangka dan sukar memaafkan. Tidak seperti Allah yang begitu suci, lunak dan pemaaf. Jadi, apabila kita bertasbih, rasa-rasa inilah yang harus diresapkan ke dalam hati. Ini zikir qalbi namanya.

Tidak cukup di tahap itu, zikrullah perlu dipertingkatkan lagi ke dimensi ketiga. Hendaklah orang yang bertasbih itu memastikan perlakuannya benar-benar menyucikan Allah. Ertinya, dia melakukan perkara yang selaras dengan suruhan Allah yang Maha Suci dan meninggalkan apa yang dilarang-Nya. Yang halal, wajib, harus dan sunat dibuat. Manakala yang haram dan makruh ditinggalkannya. Zina, mengumpat, mencuri, memfitnah dan lain-lain dosa yang keji dan kotor dijauhi. Bila ini dapat dilakukan kita telah tiba di dimensi ketiga zikrullah – zikir fikli!

Sekiranya ketiga-tiga dimensi zikrullah itu dapat dilakukan, maka kesannya sangat mendalam kepada hati. Sekurang-kurang hati akan dapat merasakan empat perkara:

* Rasa kehambaan.
* Rasa bertuhan.
* Memahami maksud takdir.
* Mendapat hikmah di sebalik ujian.

Hati adalah sumber dari segala-galanya dalam hidup kita, agar kehidupan kita baik dan benar, maka kita perlu menjaga kebersihan hati kita. Jangan sampai hati kita kotori dengan hal-hal yang dapat merosak kehidupan kita apalagi sampai merosak kebahagiaan hidup kita di dunia ini dan di akhirat nanti. Untuk menjaga kebersihan hati maka kita juga perlu untuk menjaga penglihatan, pendengaran, fikiran, ucapan kita dari hal-hal yang dilarang oleh Allah SWT. Dengan menjaga hal-hal tersebut kita dapat menjaga kebersihan hati kita. Dengan hati yang bersih kita gapai kebahagiaan dunia dan akhirat.

Read more

...semoga berjaya, dik...

salam...
ana dedikasikan entry ini untuk adik yang ku sayang...
NORATIKAH BT KAMARUDIN
...semoga berjaya dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) pada bermula 7.10.2009...akak sentiasa mdoakan kejayaan adik2 akak...maaflah xdpt nak balik rmh...harap adik2 faham...nnt klu dpt tandingi result akak, abang atau kak cik...kitaorg blanja...ingat ilmu adalah harta yang sangat penting dalm membentuk masa depan duniawi..tapi jgn lupa syurga akhirat...sama2 kita imbangkan...buktikan pada ayah...bg contoh terbaik pd adik...kita semua mampu berjaya...ayah mesti bangga...arwah mak mesti gembira...banyak2kn berdoa...bangun malam jgn lupa...i will contact u later...miss u all so much...
DOA+USAHA+IKHTIAR+TAWAKKAL...chaiyok3!!!

Read more

...computer oh komputer...


Aplikasi Computer Dalam Kehidupan
Hiasi interface wajah dengan menundukkan pandangan. Jaga monitor pancaindera dengan perkakasan keimanan. Defrage ketulan hati dengan asuhan Al-Quran dan zikrullah. Scandisk amalan dengan uswatun hasanah. Clean up partition dosa² lama dengan taqarrub padaNYA... Scan virus hasutan iblis laknatullah dengan benteng iman dan keyakinan padaNYA. Refresh lah kecintaan hakiki padaNYA dengan segera dan selalu memohon keampunan NASUHA. Copy, Cut dan Paste akhlak mulia sahabat beriman. Restart lah kehidupan sementara yg seakan-akan temporary internet files yang sebelumnya dibelenggu cookies kejahatan dan noda. Clear history lama dalam recycle bin dunia... Ayuh... restartlah atau ctrl + alt + delete segala kegelapan..

Read more

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails