.::I'M ONLY SERVANT OF ALLAH::.

"Di perhentian terakhir itulah manusia akan hidup berkekalan sama ada dengan limpahan NIKMAT selama-lamanya atau menghadapi AZAB, juga selama-lamanya. Sebelum tiba di titik pengakhiran itu, manusia akan terus mengembara..."

...JALINAN UKHUWAH...

...MELAKAR PELANGI...

Daisypath Anniversary tickers

...KEEP IN MEMORY...

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

PERMATA HATI UMMI ABI

Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

...ana TURUT menangis...

Pagi Jumaat....

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"

Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun"

Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"

"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.
"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu"

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik,maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang.

Panjangkanlah risalah ini. Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara kamu!

TAKBIR!! ALLAHUAKBAR!

Wassallam

**imannurbalqis**

Read more

...kisah 1malam di MEDAN...

Assalamualaikum w.b.t buat semua sahabat-sahabat dan pembaca blog ana...Segala puji dan puja kita tujukan hanya untuk Allah, Rabb dan Ilah yang berhak dan wajib disembah. Di dalam kekuasaanNya terletak segala daya dan upaya...Tidak ada kekuatan selain dari kekuatanNya. Hanya kepadaNya kita memohon dan bergantung harap....Hanya dengan keizinan dan perkenanNya jua kita masih dipertemukan...ana doakan antum semua sihat walafiat...syukur ana panjatkan pada ALLAH s.w.t dengan nikmat yang diberikan, ana dapat merasai nilai sebenar nikmat anugerah dari ALLAH...Alhamdulillah, program pengantarabangsaan pemimpin pelajar IPG Kampus PM berjalan dengan jayanya dan selamat pulang ke tanah air...insyaALLAH, jika diberi pluang akan ana coretkan segala pengalaman yang ana dapat di Medan, Indonesia..cuma kali nie ana nak berkongsi kisah 1 malam di Medan...

Hari kedua, selepas pulang ke hotel dari tempat peranginan di Brastagi...ana, fifi dan padil bercadang untuk merasai udara malam di Medan dengan makan2 di restoran "Ayam Penyek" yang bsebelahan dengan hotel...kami bertiga keluar dari hotel selepas solat jamak takhir dalam pukul 10.00pm (waktu Indonesia) lebih kurang pukul 11pm waktu Malaysia...kami terus mengambil tempat di satu sudut restoran...setelah itu, kami pun menempah makanan yang teringin untuk dimakan...malam itu meja makan dipenuhi dengan air teh sosro, air buah markisa, ikan kerapu bakar, ayam penyek, cumi (sotong) goreng tepung, sayur kangkung goreng dan nasi putih...perut org Melayu mmg kene isi dengan nasi...



Sementara menunggu menu yang ditempah sampai, kami didatangi dengan ibu yang membawa anak kecik meminta "uang"...kanak-kanak yang minta "uang kertas", kanak-kanak yang menjual keropok...sekumpulan kanak-kanak perempuan yang membawa bekas untuk diisi dengan "uang" dan tidak jg dilupakan remaja lelaki yang menyanyi dan setelah itu meminta "uang"...yang buatkan hati ana terusik dengan suasana malam itu..kesedihan dan dibelenggu oleh kemiskinan hidup...sehinggakan sanggup buat apa saja kerana hanya untuk dapatkan "uang"...lagu yang dinyanyikan oleh remaja lelaki pada malam itu betul-betul membuatkan ana berfkir...siapa kita di bumi ini...liriknya membuatkan ana berfikir tentang nikmat dan hakikat hidup ini...sememangnya membuatkan hati ana menangis..itulah kali pertama ana dengar lagu itu...inilah lirik yang telah membuatkan hati ana meruntun dan berasa betapa bersyukur dengan apa yang telah berlaku....



Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi

Kita pasti pernah
Dapatkan cobaan yang berat
Seakan hidup ini
Tak ada artinya lagi

Syukuri apa yang ada
Hidup adalah anugerah
Tetap jalani hidup ini
Melakukan yang terbaik

Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi

Tuhan pasti kan menunjukkan
Kebesaran dan kuasanya
Bagi hambanya yang sabar
Dan tak kenal Putus asa

D'Masiv - Jangan Menyerah



Dengan pemberian 2ribu rupiah dan sebotol air mineral...kanak-kanak kecil dan anak muda itu pulang dengan riangnya walaupun nilaiannya tidak seberapa tetapi puas hati dengan usaha mereka pada malam itu...Selesai menjamu selera, kami terus keluar dan menuju ke kedai 24jam untuk melihat-lihat barangan di situ... setelah itu, keluar dari kedai kami masih disambut dengan kanak-kanak yang masih mencari "uang" walaupun malam sudah menjengah ke pagi...sangat meruntun hati kami...bukan salah siapa mereka begitu...


Memang benar, setiap kehidupan ada warna-warninya...Kerelaan hati kita untuk sentiasa berdoa dan berusaha merupakan bukti kesedaran diri kita yang mengakui fakir dan dhaif juga sangat memerlukan kurnia Allah Yang Maha Berkuasa lagi Maha Kaya...Sebaliknya keengganan berdoa dan berusaha menggambarkan kesombongan diri dari pergantungan dan pengharapan kepada Allah....Oleh itu semestinyalah kita sentiasa bersungguh-sungguh dalam memanjatkan doa dan berusaha semampu mungkin dengan menyedari segala anugerah dan kekuasaan berada dalam ketentuan Allah....Dengannya kita akan beroleh bekalan berterusan di sepanjang hayat....Salah satu anugerah terbesar dari Allah untuk hamba-hambaNya ialah janjiNya memperkenankan doa , apabila kita berdoa kepadaNya....Ini bertepatan dengan maksud firman Allah dalam surah Al-Mukmin ayat 60;

“Berdoalah kepadaKu, niscaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu akan masuk neraka dalam keadaan hina dina”.


**imannurbalqis**

Read more

...al-kisah CUTI sekolah...

Salam alaik buat sahabat-sahabat dan pembaca blog ana..alhamdulillah ana masih diberi peluang untuk terus menekan huruf-huruf di laptop ini untuk sama-sama kita fikirkan setiap ilham yang ALLAH berikan untuk ana sampaikan kepada sahabat-sahabat...ana doakan sahabat-sahabat sentiasa dalam rahmat dan lindungan ALLAH s.w.t...diharapkan sahabatsahabat yang sedang bercuti mengunakan waktu cuti sebaiknya agar tidak mensia-siakn nkmat waktu lapang yang ada...

diwaktu ini ana sudah berada di IPG dan menamatkan cuti semalam...walaupun waktu cuti, masih ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan untuk memudahkan perjalanan praktikum ana dan kemasukan pelajar baru di IPG...bila cuti semua orang suka termasuk ana...tidak ada peraturan, tiada tndakan disiplin, tiada urusan rasmi yang perlu dihadiri...bila pulang semula ke kampus semua mengeluh...kenapa yea??nak juga ana buat survey kenapa semua orang suka cuti???;-)



Saat minggu cuti sem yang lalu, keberadaan dirumah terasa begitu seronok...nak keluar mengisi masa lapang di luar, hal keluarga membataskan...nak menanam pokok dirumah, baja xde.. Nak mengecat rumah, rsa xcukup tinggi...Ada-ada jealah..suma itu alasan semata-mata..benarlah orang MELAYU kata "nak 1000 daya, xnak 1000 dalih"...Pepatah Melayu memang menggambarkan sikap dan budaya kita sebenarnya... 1perkara yang paling ana bersyukur ialah ana mampu mengenali keempat-empat adik ana yang turut bercuti...ana selaku kakak yang sulung, rasa pening nak control...agaknya mcmnilah arwah mak rasa...kesiannya..bukan senang kerja suri rumah sepenuh masa nie...1cabaran yang hebat sebenarnya..cuma kita yang tidak berada ditempat itu merasakan senang dan mudah...

Cuti sekolah memang begitu sinonim dengan majlis kerja kahwin...Jemputan kahwin datang bertali arus masa cuti sekolah nie...Mungkin kalau takde cuti sekolah, ramai yang tak kahwin dan terus membujang sampai ke tua agaknya...;-) Ana xsempat nak menghadiri semua jemputan atas sebab pak cik dan sepupu ana kahwin pada tarkh yang sama..itulah istimewanya CUTI SEKOLAH...ana ucapkan tahniah kepada pak cik, abang ngah, kak sal, kak ti dan kak dayah yang telah melunaskan sunnah Rasullah S.A.W... didoakan agar kalian semua diberkati dan dirahmati oleh ALLAH S.W.T hingga ke syurga...




cuti sebenarnya memang perkara yang menyeronokkan...perlu diisi dengan perkara yang betul-betul memberi makna pada diri...jangan sampai nikmat masa lapang yang ada ditarik oleh Pencipta kita sehingga kita rasa rugi tatkala kesibukkan datang melanda...Cepat sungguh masa berlalu...Cepat-cepat ana ingatkan diri untuk tidak kesalkan apa yang sudah berlalu...Sebab itu setiap masa perlu bersungguh-sungguh dan fikirkan dengan teliti dalam membuat keputusan...Prioritize and always look forward... Supaya tidak sesekali menyesal di kemudian hari...

“Menyesal la sebab tak baca buku banyak-banyak masa lapang.”

“Menyesal la sebab asyik duduk rumah tidur dan tengok tv memanjang.”

“Menyesal la sebab tak pergi program tu. Orang kata best.”

“Menyesal la sebab tak tolong mak ayah, mesra dan manja sungguh-sungguh masa cuti aritu.”

Sesalan sudah tiada gunanya! Muncung panjang dan tidak membawa ke mana...Dalam Al-quran sendiri ada nyatakan dengan jelas tentang penyesalan manusia selepas diberi peluang hidup di muka bumi ini...

“( Demikianlah keadaan orang-orang kafir itu ), sehingga apabila datang kematiankepada seseorang dari mereka dia berkata “ Ya Tuhanku kembalikanlah aku (kedunia) Agar aku berbuat amal yang saleh terhadap yang telah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak, sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkannya saja. Dihadapan mereka ada dinding-dinding sampai hari mereka dibangkitkan.” ( Al Mu’minun 99-100)

Jika mahu mensyukuri cuti dengan memanfaatkan semaksimum mungkin masa yang ada. Definisi memanfaatkan masa? Adakah dengan berkepit dengan keluarga sepanjang masa? Adakah dengan hanya duduk dirumah dan belajar semata-mata? Adakah dengan hanya lakukan perkara untuk diri sendiri dan berseronok sesuka hati? Tanya pada diri dan lihat dasar hati. InsyaAllah ada jawapannya. Samada kita mahu nafikan atau mengelak dari jawapan yang nyata. Terpulang.

Yes, terpulang! Sebab kita punya akal untuk berfikir.

Ana akan teruskan cuti ana yang masih berbaki selama seminggu untuk berjalan, melihat dan mentafsir alam ciptaan ALLAH ini ke Medan, Indonesia...Program Pengantarabangsaan Pemimpin Pelajar IPG Kampus Perempuan Melayu akan ana gunakan sebaiknya untuk mendapatkan definisi sebenar apa yang dinamakan alam sebagai sekolah insan...pada classmate ana selamat meneruskan pembelajaran...ana tidak dapat sertai antum untuk kelas Pn Rohaya yang diawalkan kerana tugasan yang akan diberikan berkenaan dengan praktikum yang akan kita jalankan...ana mohon untuk antum bantu ana sekembalinya ana ke kampus...kehidupan adalah satu perjalanan...akan ana teruskan langkah ini...


**imannurbalqis**

Read more

...bila cuaca terLAMPAU panas...

CUACA panas dan tidak menentu yang melanda seluruh negara ketika ini merunsingkan semua. Di negeri-negeri sebelah utara, cuaca panas terik disusuli kemarau yang mengeringkan sungai-sungai dan juga sawah.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, negara kini berada dalam fasa terakhir monsun timur laut yang mana cuaca lebih panas dan kering berbanding bulan Disember dan Januari lalu.



Menurut kajian, cuaca yang panas boleh menyebabkan beberapa masalah kesihatan seperti Heat-Related Illnesses. Ada 3 peringkat HRI iaitu:

1. Kejang akibat kepanasan (heat cramps)

Sakit otot di bahagian abdomen, lengan dan kaki yang berlaku disebabkan oleh aktiviti berterusan.

Badan tidak berpeluh ketika melakukan aktiviti berat yang berterusan menyebabkan anda terdedah kepada heat cramps.

Perpeluhan melampau hingga menyebabkan garam dan cecair dalam badan kehabisan, menyebabkan paras garam rendah dalam otot.

Heat cramps juga merupakan contoh lesu akibat kepanasan (heat exhaustion).

2. Lesu akibat panas (heat exhaustion)

Bentuk ringan HRI yang boleh berlaku akibat beberapa hari terdedah kepada suhu tinggi dan tidak mendapat keseimbangan cecair dalam badan.

Mereka yang berusia dan mempunyai tekanan darah tinggi serta berkerja atau bersukan di bawah terik mentari lebih terdedah kepada masalah ini.

Tanda-tanda adalah berpeluh melampau, pucat, kejang otot, keletihan, lemah tubuh badan, pening-pening, sakit kepala, muntah, mabuk dan pengsan.

Lain-lain simptom berkaitan - kulit sejuk dan lembap, denyutan lemah atau laju, pernafasan lemah atau terlalu laju.

Jika mengalami lesu akibat panas, sila ambil langkah ini:

• Minum air kosong, jus buah-buahan atau minuman isotonik.

• Rehat dalam kawasan pendingin hawa.

• Mandi atau berendam dalam air.

• Pakai pakaian nipis


3. Strok panas (heat stroke)

Keadaan paling teruk bagi HRI. Biasanya disebabkan bersukan atau kerja berat di kawasan panas ditambah dengan cecair yang kurang dalam tubuh badan. Tanda-tanda mengalami heat strok:

• Suhu badan terlalu tinggi (melebihi 40oC boleh menyebabkan pengsan)
• Kulit menjadi merah, panas dan kering (tiada peluh)
• Nadi kuat dan laju
• Kepala berdenyut-denyut
• Pening-pening, muntah, keliru, tidak sedar diri.

Kanak-kanak, orang tua, individu obes dan individu yang kurang berpeluh (akibat keturunan) berisiko tinggi mengalami masalah ini.

Bagi atlet yang mengalami keadaan ini di padang, tiba-tiba mereka hilang kawalan diri dan tidak memahami permainan. Atlet itu tidak sedar dia sedang mengalami keadaan strok panas, simptom hanya boleh dilihat oleh orang di sekelilingnya.

Rawatan strok panas:

• Seandainya sukar untuk merendamkan mangsa dalam air sejuk gunakan kaedah ini:

• Mandikan mangsa dengan air sejuk

• Renjis air sejuk pada mangsa menggunakan pam air taman

• Span mangsa dengan air sejuk

• Letakkan beg ais pada leher, ketiak dan kawasan sulit.

• Jika kelembapan rendah, balut mangsa dengan selimut basah dan sejuk dan kipas.

• Perhatikan suhu badan dan teruskan proses penyejukan hingga suhu badan menurun kepada 36oC atau 37oC (mangsa perlu dikeluarkan daripada air untuk menghalang penyejukan lampau apabila suhu stabil).
• Jika mangsa sedar, beri dia minum air sejuk
• Pesakit perlu dibawa ke hospital untuk pemerhatian doktor sekali pun rawatan di padang berjaya.

Oleh itu, kurangkan aktiviti luar untuk mengelakkan HRI.

**imannurbalqis**

Read more

MUSLIMAH Wajib Bersegera Melaksanakan Syariat Allah SWT Tanpa Sebarang Alasan

Diriwayatkan dari Shofiyah binti Syaibah ra berkata: “Ketika kami bersama Aisyah ra, beliau berkata: “Saya teringat akan wanita-wanita Quraisy dan keutamaan mereka.” Aisyah berkata: “Sesungguhnya wanita-wanita Quraisy memiliki keutamaan, dan demi Allah, saya tidak melihat wanita yang lebih percaya kepada kitab Allah dan lebih meyakini ayat-ayatNya melebihi wanita-wanita Anshar. Ketika turun kepada mereka ayat:



“Dan hendaklah mereka menutupkan (melabuhkan) kain tudung ke dadanya.” (TMQ An-Nur[24]: 31).

Maka para suami segera mendatangi isteri-isteri mereka dan membacakan apa yang diturunkan Allah kepada mereka. Mereka membacakan ayat itu kepada isteri, anak wanita, saudara wanita dan kaum kerabatnya. Dan tidak seorang pun di antara wanita itu melainkan segera berdiri mengambil kain (tirai) dan menutupi kepala kerana yakin dan percaya kepada apa yang diturunkan oleh Allah di dalam kitabNya. Sehinggakan mereka (berjalan) di belakang Rasulullah SAW dengan kain penutup seakan-akan di atas kepalanya terdapat burung gagak.

Begitulah sikap yang seharusnya kita contohi sebagai seorang yang beriman dalam melaksanakan segala perintah yang datangnya dari Al-Khaliq. Bukannya menunda-nunda atau berpaling daripada melaksanakannya.

"Sesungguhnya jawapan orang-orang mukmin, apabila mereka dipanggil kepada Allah dan RasulNya agar Rasul menghukum (mengadili) di antara mereka maka mereka menjawab: “Kami mendengar dan kami patuh.” Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.” Dan barangsiapa yang taat kepada Allah dan rasulNya dan takut kepada Allah dan bertakwa kepadaNya, maka mereka adalah orang-orang yang mendapatkan kemenangan”. (TMQ An-Nur[24]: 51-52).

Ingatlah peristiwa bagaimana Rasulullah SAW dimikrajkan ke langit, dan baginda diperlihatkan kebesaran Allah SWT, yang salah satunya berkenaan wanita yang suka mendedahkan auratnya kepada khalayak ramai.

Rasulullah SAW melihat para wanita itu diikat dengan payu daranya sendiri. Aku bertanya: “Mereka siapa wahai Jibril? Jibril menjawab: “Mereka adalah para wanita yang suka menampakkan auratnya kepada kaum lelaki yang bukan mahramnya.” (Sirah Nabawiyyah, Prof. Dr Rawwas Qol’ahji)

**imannurbalqis**

Read more

...a UNIQUE case...

A recent case happened in Britain . A girl went to her friends house and she ended up staying longer than planned, and had to walk home alone. She wasn't afraid because it was a small COMMUNITY and she lived only a few blocks away.. As she walked along under the bike trail Amina asked ALLAH to keep her safe from harm and danger. When she reached the alley, which was a short cut to her house, she decided to take it. However, halfway down the alley she noticed a man standing at the end as though he were waiting for her. She became uneasy and began to recite a dua, asking for ALLAH'S protection.Instantly a comforting feeling of quietness and security wrapped round her, she felt as though someone was walking with her. When she reached the end of the alley, she walked right past the man and arrived home safely.

The following day, she read in the newspaper that a young girl had been raped in the same alley just twenty minutes after she had been there. Feeling overwhelmed by this tragedy and the fact that it could have been her, she began to weep. Thanking ALLAH for her safety and to help this young woman, she decided to go to the police station. She felt she could recognize the man, so she told them her story. The police asked her if she would be willing to look at a lineup to see if she could identify him..

She agreed and immediately pointed out the man she had seen in the alley the night before. When the man was told he had been identified, he immediately broke down and confessed. The officer thanked AMINA for her bravery and asked if there was anything they could do for her. She asked if they would ask the man one question. Amina was curious as to why he had not attacked her. When the policeman asked him, he answered, 'Because she wasn't alone. She had two tall men walking on either side of her..'

Amazingly, whether you believe or not, you're not alone. ( people ) will not stand up for ALLAH.......

PS: ALLAH is always there in your heart and loves you no matter what 'If you deny me in front of your friends, I shall deny you on the day of Judgement

STAND UP FOR HIM

93% of people wont pass this on.... Will you be one of them??

It is said that when the angel of death is taking the rooh (soul) out of the body whom passes away....it is a painful experience. They say that when the dead awake on Qayaamat, the effect of the rooh being taken out will still be there. Therefore, ALLAH has told us to recite the Ayatul Kursi after any Farz salaat and it is stated that whoever recites this, their rooh will be taken out as you would take out a strand of hair from a pile of flour. How light would that feel, MashaAllah!
May Allah save us from any sort of pain and may He let us die with Imaan in our hearts and save us from the azaab.

There is no word as beautiful as Allah.
No example as beautiful as Rasulallah (SAW),
No lesson as beautiful as Islam
No song as melodious as Azan.
No charity as meaningful as Zakat.
No encyclopaedia as perfect as Al Quran.
No prayer as perfect as Namaz.
No diet as perfect as fasting.
No journey as perfect as Hajj.

Let's realize that Islam is for ever beautiful and perfect, please forward this message to get the sawaab of passing on knowledge. This is most common among us..... most of us talk during Azan...Read this mail..

The Holy Prophet (SAW) said, Stop doing everything during the Azaan, even reading the Quran, the person who talks during the Azaan will not be able to say the Kalima AShahada on his/her death bed.... Please pass this message to Muslims...READ THIS DUAA FOR BETTER LIFE : Allahumma- inni- ala-Zikr-ika- wa Shuk-rika wa husni-ibad-atika. A very powerful Dua'a has been sent to you. What do you think you should do with it. Imagine if 1000 people read it just because of you.

**imannurbalqis**

Read more

...MERAH SAGA...



Saat langit berwarna merah saga
Dan kerikil perkasa berlarian
Meluncur laksana puluhan peluru
Terbang bersama teriakan takbir

Semua menjadi saksi
Atas langkah keberanianmu
Kita juga menjadi saksi
Atas keteguhanmu

Ketika yahudi-yahudi membantaimu
Merah berkesimbah ditanah airmu
Mewangi harum genangan darahmu
Membebaskan bumi jihad palestina

Perjuangan telah kau bayar
Dengan jiwa, syahid dalam cinta-NYA

Album : Tak Kenal Henti
Munsyid : Shoutul Harokah
http://liriknasyid.com




ALLAH swt telah berfirman :

"Sesungguhnya ALLAH telah membeli dari orang-orang beriman,harta mereka, dan jiwa mereka dengan syurga".


**imannurbalqis**

Read more

...kenapa tak nak berJEMAAH???...

Salam alaik buat sahabat-sahabat dan pembaca blog ana..alhamdulillah ana masih diberi peluang untuk terus menekan huruf-huruf di laptop ini untuk sama-sama kita fikirkan setiap ilham yang ALLAH berikan untuk ana sampaikan kepada sahabat-sahabat...ana doakan sahabat-sahabagt sentiasa dalam rahmat dan lindungan ALLAH s.w.t...Untuk kali ini ana tidak dapat nak menulis keadaan dan situasi ana di IPG...apa yang boleh ana perkatakan doakan ana diberi kekuatan oleh ALLAH untuk terus melangkah melunaskan segala urusan dan taklifan...

sewaktu majlis Sambutan Hari Guru dan perhimpunan bulanan, ana benar-benar rasa terkilan, kecewa dan sedih tatkala menerima mesej berkenaan berita serangan Israel ke atas kapal bantuan ke Gaza...saat itu tiada yang terlafaz melainkan "Ya ALLAH, berilah bantuan keatas mereka"...begitu tersentap rasanya...tetapi apa yang lebih merentap seluruh jiwa dan raga ana tatkala ana melangkah ke "rumah ALLAH" untuk menunaikan solat zohor...begitu ramai yang berada di surau, mengambil masa untuk berehat, berborak secara berkumpulan, membaca secara berkumpulan sementara menunggu kerana masih ada program wajib yang perlu dihadiri...



sementara menunggu azan zohor berkumandang, semua bersiap untuk solat sementelahan ana menunggu giliran untuk mengambil wudu'...apabila tiba giliran ana, azan zohor berkumandang...selesai mengambil wudu',ana terus ke tempat solat...bersedia untuk solat dan mencari-cari tempat untuk solat...sedih ana melihatnya...ana anggarkan ada dalam 50 orang yang bersolat tetapi semuanya solat bersendirian...tidak ada yang solat berjemaah...terduduk ana sekejap,rasa terkilan...terlintas di hati ana, dalam ramai-ramai yang berdiri menunaikan tanggungjawab ini masih ada yang pentingkan diri...kenapa tidak diajak untuk solat berjemaah??sedangkan ALLAH telah menjanjikan sesuatu yang lebih hebat jika solat berjemaah...kenapa mesti bersendirian???sedangkan masih ada yang perlukan bimbingan...

Diriwayatkan daripada Hazrat ‘Abdullah bin Umar r.anhuma bahawa Rasulullah SAW bersabda, “ Sesungguhnya solah berjemaah dua puluh tujuh kali ganda lebih afdal daripada solah bersendirian.”
(Hadith riwayat Imam Malik, Bukhari dan Muslim)

Terus ana bangun...mengajak seorang junior menunaikan solat secara berjemaah dengan harapan ada yang akan mengikutinya...apabila selesai salam, ana menoleh ke kiri dan kanan..dari hanya pertambahan seorang sahaja makmum yang mengikut...yang lain menyelesaikannya dengan solat bersendirian...sehingga ada yang bertanya...kene solat jemaah ke??ada seorang hamba ALLAH ini yang menjawab : tak payah pun solat jemaah...lantaran itu terus diangkat takbir untuk solat bersendirian...pedih rasa hati ana...makin sayu rasanya...ke mana hilangnya ilmu yang dipelajari bertahun-tahun...adakah salah solat berjemaah??adakah rugi tatkala satu barisan yang lurus di atur untuk merasai nikmat solat berjemaah... kenapa tidak dijadikan "rumah ALLAH" ini tempat mengeratkan silaturrahim???

Wahai umat Muhamad, mengapa tidak merasai betapa Islam sedang dijajah???kenapa tidak kita bersatu walaupun bukan untuk diluar tetapi sama-sama mengaminkan doa untuk dimakbulkan...tidakkah kamu merasa "izzah"nya solat jemaah??Hatta,Baginda junjungan besar Nabi Muhamad S.A.W tidak pernah bersolat fardu secara sendirian sepanjang hayatnya...itu batu asas yang penting ditinggalkan oleh Nabi Muhamad untuk umatnya merasai kesatuan yang sebenar...alangkah ruginya kita sebagai hamba serba kekurangan yang belum dijanjikan syurga, masih merasa angkuh dan sombong atas dunia pinjaman semata-mata ini...Ketika hampir wafat, Baginda tetap pergi ke masjid untuk menyertai solat berjemaah yang diimamkan oleh Saidina Abu Bakar...Demikianlah perilaku mulia yang ditunjukkan Baginda supaya umat Islam mengambil contoh tauladan untuk turut bersungguh-sungguh menjaga solat berjemaah yang dijanjikan banyak ganjaran dan rahmat daripada Allah...betapa rugi dhaif dan naif diri kita, andai dipersiakan amalan hebat junjungan besar Nabi Muhamad S.A.W...betapa entengnya pemikiran kita andai mengatakan tiada yang layak menjadi imam...hingga tidak ditunaikan solat jemaah...sehingga sanggup mengetepikan sunnah...sedangkan peluang terhidang sudah...dimana kedudukan kita hendak bermegah...



Peringatan ini adalah buat diri ana dan sahabat-sahabat sekalian...jikalau ana terlupa untuk melaksanakan, peringatkan ana...Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: Seseorang yang berwuduk dengan sempurna lalu pergi ke masjid untuk bersolat berjemaah) lalu mendapati orang ramai telah selesai solat berjemaah, Allah akan memberi kepadanya ganjaran pahala yang sama sebagaimana mereka yang telah bersolat berjemaah, tanpa mengurangkan sedikit pun daripada pahala mereka.
(Riwayat Abu Daud, Nasai dan Hakim).

Sebenarnya terlalu banyak sabda Rasulullah yang menggalakkan umat Islam untuk menunaikan solat secara berjemaah namun beberapa hadis di atas adalah memadai untuk kita sama-sama mengimarahkan solat jemaah mengikut jejak langkah yang ditunjukkan oleh Baginda... Sesungguhnya Islam bukanlah hanya berkenaan perkara solat sahaja kerana agama yang syumul itu merangkumi segenap aspek kehidupan dan cara hidup manusia yang lengkap, namun solat adalah perkara asas dalam ajaran agama Islam yang perlu dikerjakan dengan sempurna...Dan sama ada ibadat kita diterima atau tidak, hanya Allah sahaja yang mengetahui namun Rasulullah telah menunjukkan cara-cara bagaimana setiap amalan itu dapat diterima oleh Allah sekiranya dilakukan mengikut sunah Rasulullah, dan solat berjemaah adalah salah satu sunah Baginda....Sebagaimana yang dinyatakan oleh Abdullah Ibnu Mas'ud: Rasulullah mengajarkan kami jalan-jalan petunjuk (sunanul huda) dan di antara jalan-jalan hidayah itu ialah mengerjakan solat berjemaah di masjid yang dilaungkan azan.(Riwayat Imam Muslim, Abu Daud, Nasai dan Ibnu Majah).

Adakah solat jemaah menyusahkan kita???sedangkan ALLAh s.w.t menjanjikan banyak kelebihan dan manfaat solat berjemaah..itu adalah SENJATA umat ISLAM dalam situasi genting sekarang...sedarlah, kita perlu berJEMAAH...

**imannurbalqis**

Read more

...ISRAEL LAKNATULLAH!!!!...

GESAAN KEPADA KERAJAAN DAN RAKYAT MALAYSIA MENGUTUK SERANGAN ISRAEL KE ATAS FLOTILA MISI BANTUAN KEMANUSIAAN LL4G KE GAZA



Perkembangan terkini flotilla Lifeline4Gaza;

1. Sebagaimana yang dimaklumi 7 buah kapal yang menyertai konvoi bantuan kemanusiaan antarabangsa ke Gaza sedang belayar menuju ke perairan Gaza melalui Laut Mediterranean. Konvoi ini diketuai oleh sebuah NGO daripada Turki iaitu Insani Yardim Vakfi (IHH). Maklumat terkini ialah kapal induk Mavi Marmara telah diserang oleh angkatan laut Israel. Akibat dari tindakan biadap ini 3 orang sukarelawan telah terkorban dan 30 lagi mengalami cedera parah.

2. Seramai 12 orang sukarelawan bersama-sama petugas media daripada Malaysia turut menyertai konvoi bantuan kemanusiaan ini. Mereka berada di atas kapal “Mavi Marmara”. Penyertaan mereka bersama konvoi ini adalah semata-mata atas dasar kemanusiaan.

3. Semua objektif dan pergerakan konvoi ini adalah berpandukan kepada Resolusi 1860 (2009) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan undang-undang maritim lain yang berkaitan. Antara lain, Resolusi 1860 menyebut antara lain

a) menyeru kepada penghantaran bantuan kemanusiaan kepada Gaza termasuk makanan, minyak dan kemudahan perubatan,

b) menggalakkan usaha-usaha membuka laluan dan mekanisma lain bagi tujuan menyampaikan bantuan kemanusiaan yang berterusan,

c) menyeru semua negara untuk menyokong usaha-usaha di peringkat antarabangsa bagi memperbaiki keadaan kemanusiaan dan ekonomi di Gaza, dan

d) mengecam semua bentuk keganasan dan serangan terhadap masyarakat awam dan semua bentuk terorisma.

Semua rakyat Malaysia yang terlibat di dalam konvoi ini berpegang teguh kepada peraturan dan undang-undang antarabangsa dan pekerti mulia sesuai dengan aspirasi negara Malaysia.

4. Konvoi ini membawa kira-kira 10,000 tan barangan bantuan. Seramai lebih 540 orang menaiki kapal Mavi Marmara, termasuk ahli parlimen, ahli akademik, petugas media, ulamak, seorang kanak-kanak berumur kurang daripada satu tahun dan juga seorang warga emas berumur lebih daripada 80 tahun. Tidak ada sebarang bentuk senjata dibawa bersama konvoi ini walaupun untuk tujuan mempertahankan diri. Fakta ini jelas menunjukkan bahawa konvoi ini adalah benar-benar sebuah konvoi bantuan kemanusiaan yang akan disampaikan oleh sukarelawan-sukarelawan dari kalangan masyarakat awam.

5. Berdasarkan kepada fakta-fakta ini jelas Israel secara biadap telah melanggar undang-undang antarabangsa. Apatah lagi serangan ini berlaku di perairan antarabangsa dan dilakukan ke atas sebuah kapal bantuan kemanusiaan yang tidak bersenjata yang bertujuan aman. Tindakan Israel menginjak-injak prinsip kemanusiaan ini wajar mendapat kutukan dari seluruh masyarakat antarabangsa yang cintakan keamanan dan keadilan.

6. Kami dengan ini menyeru supaya kerajaan Malaysia di bawah pimpinan YAB Dato’ Seri Mohd Najid Tun Abd Razak dan juga Datin Seri Paduka Rosmah Mansor sebagai Penaung kepada Tabung Bantuan Kemanusiaan Palestin mengeluarkan kenyataan rasmi mengutuk tindakan biadap dan kejam regim Zionis Israel yang telah bertindak di luar batas kemanusiaan dengan menyerang sebuah flotila kemananan yang bertujuan semata-mata untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat Gaza yang teraniaya dan dizalimi sekian lama.

7. Kami juga menyeru PBB supaya mengadakan persidangan tergempar untuk meluluskan resolusi bagi mengambil tindakan paling tegas ke atas Israel, termasuk mengheret pemimpin mereka ke muka pengadilan.

8. Kami juga menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menyatakan bantahan dan kutukan paling keras ke atas Israel serta bersedia untuk menyokong apa-apa tindakan yang akan disusun seterusnya bagi menangani isu ini.

9. Kami juga menyeru kepada semua pemimpin-pemimpin politik, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan rakyat seluruhnya supaya bergabung tenaga menyatakan sokongan kepada misi penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza dan mengenakan tekanan ke atas Israel yang telah menyerang flotila Gaza sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan di kalangan sukarelawan.

10. Kami seterusnya menyeru agar semua peringkat masyarakat dapat meneruskan doa dan solat hajat di masjid, surau, jabatan kerajaan, atau mana-mana tempat lain yang sesuai bagi memohon agar Allah SWT menjayakan misi bantuan ini dan memberikan kekuatan dan kesabaran kepada para sukarelawan.

Zulkifli Mohd Nani
Pengerusi
Pasukan Pengurusan Krisis dan sokongan keluarga misi LL4G Malaysia

**imannurbalqis**

Read more

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails