...JALINAN UKHUWAH...
Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts
...6/13 : MZ, our little princess...
1 comments
IMANNURBALQIS
-
Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Kak Ina. Alhamdulillah, hari ini kita maih lagi diberikan ruang dan peluang untuk menebus dosa-dosa kita yang lalu. Rasa syukur juga dipanjatkan kepada Allah S.W.T atas nikmat yang dipinjamkan kepada kita. Sedarilah bahawa tidak ada sebesar zarah pun nikmat di dunia ini milik kita hatta nyawa, harta, keluarga, kerjaya ataupun kehidupan. Hargailah dan syukurilah nikmat sementara yang diberikannya. Jangan dipersia-siakan sementara ada. Betapa tidak terhitungnya kita dengan nikmat kurniaan Allah S.W.T. Seperti dalam firmanNya :
"Dan jika kalian menghitung nikmat Allah nescaya kalian tidak sanggup." (An-Nahl : 18)
Abi dukung Maryam. Baru keluar labour room.
Dengan itu, suka untuk Kak Ina berkongsi berita gembira keluarga Kak Ina yang kami telah dikurniakan puteri sulung yang sangat comel. Sungguh tak terlafaz kata pada kurniaan anugerah dari Allah S.W.T ini. Subhanallah, Alhamdulillah.
31 Mac 2013 (Ahad)
Kak Ina dan Encik M menghadiri majlis aqiqah anak sepupu di kampung Kak Ina. Hari ini juga sudah lewat tiga hari dari tarikh jangkaan permata hati kami akan keluar. Hari ini juga hari terakhir cuti pertengahan semester 1 bagi sesi persekolahan. Usai majlis aqiqah Encik M ambil keputusan untuk tunggu lagi sehari sebelum pulang berkhidmat. Kami menziarahi Hospital Tuanku Ampuan Najihah buat kali ke-3. Kali ini kami berhenti dan menuju ke kafe hospital untuk minum petang sambil 'memujuk' permata hati kami untuk keluar tanpa 'induce'.
We love you too, Maryam.
1 April 2013 (Isnin)
1.00am : Kak Ina mula berasa tidak selesa dengan perut. Tidak boleh tidur langsung waktu itu. Setelah berbincang dengan Encik M, kami nekad nak ke hospital walaupun akan disuruh pulang semula atas sebab tiada lagi tanda-tanda untuk bersalin. Mana tidaknya, kebanyakan orang kata tanda-tanda nak bersalin keluar air ketuban ataupun darah. Ini tak keluar apa pun.
3.00am : Kami tiba di Hospital Tuanku Ampuan Najihah. Setelah menjalani 'check-up', 'jalan' baru terbuka 2cm dan Kak Ina diarahkan untuk bermalam di wad untuk pemerhatian. Sewaktu itu, masih lagi mampu untuk lelapkan mata walaupun sudah mula merasa tidak selesa.
8.00am : Doktor membuat 'check-up' kali kedua. 'Jalan' sudah terbuka 4cm. Doktor mengarahkan jururawat yang menemani Kak Ina untuk persiapkan Kak Ina ke dalam bilik bersalin. Kontraksi pada waktu itu sudah mula terasa. Kak Ina sudah tidak mampu untuk berjalan. Ditolak dengan kerusi roda dan diarahkan untuk memaklumkan pada suami. Kak Ina terus memberitahu jururawat yang suami Kak Ina hendak menemani Kak Ina sewaktu bersalin. Encik M yang bermalam di hospital terus diminta untuk mengisi borang "Friendly Husband". Encik M hanya dibenarkan masuk ketika betul-betul Kak Ina nak bersalin.
8.45am : Kak Ina sudah berada di katil bersalin. Kedengaran suara perempuan India yang sedang bertarung nyawa melahirkan anaknya yang membuatkan Kak Ina ketap gigi. Allahu Rabbi. Bagaimana rasanya bersalin ini. Adakah di katil ini pengakhiran Kak Ina. Allahu Allah. Macam-macam yang berlegar di fikiran. Sewaktu masuk ke bilik bersalin tak sempat nak berborak panjang dengan Encik M. Yang mampu hanya menyerahkan telefon bimbit padanya. Kali terakhir minta maaf, sewaktu solat Isyak. Solat Subuh hanya mampu dilakukan di atas katil. Kontraksi makin kerap datang. Dari 4 bertambah 6 dan akhirnya sewaktu doktor-doktor pelatih dinilai oleh ketua doktor, bukaan sudah terbuka 9cm. Macam-macam yang datang di fikiran. Hanya berbekalkan hasbunallah wanikmalwakil, lahawlawala quwata illabillah. Proses kelahiran ini dikendalikan oleh ketua doktor hospital tersebut.
Welcome to the world.
10.53am : Lahirlah seorang puteri disaksikan oleh Encik M sendiri. Apabila keluar sahaja puteri ini, terus diletakkan ke atas Kak Ina. Kedengaran tangisan bayi yang sangat comel dan langsung diazankan dan diiqamatkan oleh Encik M. Allahu rabbi, hanya air mata yang mengalir ketika ini. Kami tidak melakukan 'scan' untuk mengetahui jantina bayi. Pada waktu ini, terasa syukurnya. Tidak kiralah bayi lelaki atau perempuan yang dilahirkan, hanya mengharapkan bayi selamat dan sihat. Kami juga berasa begitu bersyukur apabila Allah S.W.T makbulkan doa kami untuk doktor perempuan dan hanya jururawat perempuan sahaja yang menyambut sewaktu kelahiran permata kami. Kami tahu risiko apabila bersalin di hospital kerajaan. No compromise. Namun, itulah yang dikatakan rezeki.
9.00pm : Berbual dengan Encik M tentang nama permata hati kami. Oleh kerana nak buat suprise untuk diri sendiri, tiada nama khas lagi yang ingin diletakkan. Kami cuma mahu nama yang akan diberikan mudah untuk disebut dan mempunyai nama yang baik. Seperti yang kita sedia maklum, nama juga memberi impak yang besar pada seseorang. Setelah dimusyawarahkan, kami namakan permata hati kami MARYAM ZAHIRAH. Maryam Zahirah binti Abdul Muhaimin. Nama Maryam adalah berikutan cerita terakhir yang Kak Ina ceritakan pada bayi semasa dalam kandungan. Maryam juga nama ibu Nabi Isa. Dalam perut wanita suci inilah, lahirnya seorang nabi yang menjadi bukti kekuasaan ALLAH S.W.T. Zahirah pula maksudnya yang berseri-seri. Nama ini dipilih bukan sebab gabungan huruf M dan Z tetapi dengan doa agar permata hati ini menjadi seri buat Islam.
2 April 2013 (Selasa)
12.00 tengahari : Kak Ina dan anak dah dibenarkan pulang ke rumah. Alhamdulillah, Encik M dapat cuti seminggu. Masya Allah. Nikmat yang Allah S.W.T beri untuk sama-sama rasai setelah 9 bulan mengandungkannya.
Angkat tangan. Ummi nak basuh poo poo Maryam.
4 April 2013 (Khamis)
9.00am : Kami ke Klinik Kesihatan Johol untuk mendapatkan rawatan lanjut berkenaan demam kuning setelah dinasihatkan oleh jururawat yang memeriksa Maryam di rumah. Doktor mengeluarkan surat untuk Maryam diberi rawatan lanjut di Hospital Tunku Ampuan Najihah. Maryam ditempatkan di Unit Rawatan Rapi kanak-kanak. Hanya ibu dan ayah sahaja dibenarkan masuk. Tiada pelawat yang dibenarkan. Allahu rabbi, saat pelangkah ke unit ini hanya Allah S.W.T saja yang tahu. Meruntun hati Kak Ina bila lihat marai bayi yang bermasalah dan pra matang di tempatkan di sini. Lebih sayu lagi, apabila anak sendiri dimasukkan di sini. Saat mendengar jeritannya untuk dibuat tempat masukkan ubat, air mata tak mampu ditahan. Terasa naluri keibuan sudah meresap dalam diri. Diletakkan pula dibawah lampu dengan berbekalkan pampers dan cermin mata buatan. Sampai tercacak-cacak rambut Maryam sebab kering. Pukul 5 pagi mesti terdengar bunyi jeritan Maryam tahan sakit jarum sebab kena ambil darah. Memang sedih waktu itu. Meronta-ronta hati Kak Ina nak balik rumah. Namun, bila dilihat di sekeliling ada lagi keluarga yang lebih kasihan. Dengan anak yang pramatang. Ada juga ibu yang sudah habis pantangnya dalam unit tersebut dan tidak pernah pulang ke rumah. Ada bayi yang mengalami kecacatan dan ada juga yang tidak memberi tindak balas pada ransangan. Berselirat wayar di sekeliling badan. Hanya doa yang Kak Ina mampu utuskan agar ibu bapa mereka mampu untuk tabah dan sabar menghadapi ujian. Sesungguhnya, Kak Ina akui yang Kak Ina bukanlah orang yang setabah dan sekuat mereka untuk ditimpa ujian sebegitu rupa. Allah Maha Berkuasa atas ciptaannya.
8 April 2013 (Isnin)
12.00 tengahari : Kami dibenarkan pulang setelah didapati tiada jangkitan kuman dalam darah Maryam. Alhamdulillah Ya Allah. Syukur tidak terhingga. Encik M terpaksa mengambil CRK untuk mengetahui keadaan Maryam dan memberi sokongan pada Kak Ina. Rasa sangat bersyukur bila ada pendamping yang sangat memahami dan bersama-sama ketika susah dan senang. Terima kasih, abang.
23 Mei 2013 (Khamis)
Subhanallah, hari ini Maryam Zahirah dah 53 hari. Begitu cepat masa berlalu. Anak ummi dan abi dah makin besar saban hari. Menangis minta susu dan gantikan pampers. Membuat bunyi dan seperti ingin berbual bersama kami. Dalam tidur pun pandai sengeh. (^____^) Pandai sungguh anak ummi dan abi. Keletahnya menjadi penghibur kami. 53 hari baru permulaan bagi kami. Mengajar sabar dalam menjaga amanah ini. Mendidik jiwa agar lebih redha dan tawakkal pada Illahi. Maryam Zahirah, ketahuilah wahai anak. Menggunung tinggi harapan abi dan ummi pada mu. Kami juga mengetahui bahawa menggunung tinggi jugalah tanggungjawab kami dalam membesarkanmu untuk menjadi anak solehah dan wanita mukminah.
M - Moga
A - Anakku
R - Rasa
Y - Yang
A - Abi Ummi
M - Menyayanginya
Z - Zahir batinmu
A - Allahlah
H - Harapanmu
I - Ikutilah
R - Rasulullah
A - Amalkan dalam
H - Hidupmu
Gambar eksklusif, waktu ini ummi tengah siapkan entry untuk Maryam.
Maryam tengah tidur. (^_^)
Maryam Zahirah, 53 hari.
Doakan saya jadi anak solehah dan hamba Allah yang mematuhi perintahNya.
iman's note : Ya Allah yang hidup dan berdiri sendiri, dengan rahmat dan kasih sayang Mu, aku memohon pertolongan dan janganlah Engkau biarkan aku bersendirian walaupun hanya sekelip mata dan perbaikilah setiap urusanku dalam mendidik amanahmu ini... Amin
**imannurbalqis**
...2/13 : 7 TAHUN sudah...
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera buat semua sahabat-sahabat dan pembaca blog kak ina. Ketemu lagi kita dalam entri yang kedua tahun ini. Entri ini merangkap entri pertama dan terakhir bulan Februari. (^_^) Segala pujian bagi ALLAH s.w.t, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, keluarganya, para sahabat serta tabiin sekalian. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk memanfaatkan diri dalam sisa-sisa hidup yang ada. In Shaa Allah, dengan izinNya juga kita akan terus memakmurkan bumiNya ini. Bulan Februari merupakan bulan yang paling sikit harinya iaitu 28hari. Kalau 4 tahun sekali jadi 29hari. Walaupun sedikit harinya tapi cukup bermakna buat diri Kak Ina.
Hari ini 23 Februari 2013 menimbau semula kenangan 23 Februari 2007 yang lalu. Sudah 7 tahun rupanya, arwahyarhamah mak Kak Ina mengadap Illahi. Allahu Rabbi, 7 tahun walaupun rasanya sudah lama tapi masih lagi terasa hangat belaiannya. Sangat, sangat merinduinya. 7 tahun tanpa insan bergelar ibu sememangnya buat hati Kak Ina kosong tanpa kasih-sayangnya. Di saat insan lain mengadu di riba ibu mereka, Kak Ina hanya mampu menghadiahkan Al-Fatihah pada arwah. Rasa cemburu tetap ada bila melihat mereka yang masih ada ibu. Tak mampu digambarkan rasanya. Moga Kak Ina masih mampu berbakti padanya walaupun arwah sudah tiada. Alhamdulillah, Allah s.w.t tetap adil kepada hamba-hambanya. Kini, Kak Ina telah punya insan yang boleh dipanggil Ummi. Terima kasih ya Allah, terasa gembira kerana masih lagi diberi ruang untuk menumpang kasih.
![]() |
| Saat diperlukan, dia menghulurkan. |
Kini, Kak Ina pun akan merasai nikmat untuk menerima gelaran yang sangat bermakna itu juga. Subhanallah, dengan izinNya tinggal beberapa bulan lagi akan melahirkan seorang permata hati. Mungkin perasaan yang selama ini arwah rasai, Kak Ina akan turut rasai. Di saat menghitung hari ini, naluri keibuan itu terasa membuak-buak. Namun, adakah Kak Ina mampu untuk menjadi sesabar arwah dalam mendidik anak-anaknya. Kadang-kadang rasa takut menyapa, risau menerpa. Teringat juga ketika rakan-rakan menyebut, "Alhamdulillah, mak aku masih ada. Kurang sikit rasa tekanan." Di saat itu, syaitan mula menyuntik rasa iri hati dan kecewa. Astagfirullah al'azhim. Bukan mahu menyalahkan mereka tetapi memandang dari sudut positif yang diri ini masih perlu dimuhasabah agar menyedari bahawa setiap yang ada di dunia ini bukan milik kita. Malahan, setiap kejadian yang menimpa mempunyai hikmah yang tersendiri.
Allah s.w.t itu sayang pada kita dan Dia sesekali tidak pernah jauh dari kita. Tiap hari, tiap detik, tiap saat dan waktu Allah s.w.t sentiasa ada dengan kita. Andai ada perkara yang menimpa, cukuplah Allah s.w.t sebagai pelindung dan tempat untuk kita bergantung harap. Manusia hanya sebagai alat untuk memudahkan segala urusan kita. Allah s.w.t merupakan pemilik mutlaknya. Kak Ina yakin dan percaya kita semua mempunyai kemahuan dan keinginan yang boleh menyenangkan dan membahagiakan kehidupan kita. Namun, ketahuilah kita masih lagi berpegang kepada amanah daripada Pencipta dan kita akan selamanya memegang gelaran ‘hamba’ di dalam diri kita. Bukan hamba kepada manusia dan harta tetapi hamba kepada PENCIPTA kita. Wahai diri, belajarlah untuk redha kerana di situ ada SYUKUR.
![]() |
| Walaupun sudah 7 tahun, kasihnya terus dirasai hingga kini. |
Mak,
Di antara beribu bintang,
Hanya kau lah yang paling terang,
Kau hadir dalam hidupku membuka ruang seri dalam hatiku,
Menyinari setiap hari dan waktu mengisi segenap ruang yang baru,
Dari mula aku kembara dalam rahimmu,
Kau senantiasa menantiku,
Takkan tertinggal walau sesaat,
Takkan terleka walau sedetik.
Ya Allah,
Terima kasih atas nikmat yang sementara ini,
Nikmat yang tiada tara dan tandingannya,
Kesyukuranku hanya dipanjatkan padaMu,
Alhamdulillah, Subhanallah, Allahuakbar...
Menangislah jiwa yang tenang dengan rasa syukur,
Dengan kenangan yang terindah dariNya,
Kerana diberi peluang bersama dengannya walaupun seketika,
Al-Fatihah buat Allahyarhamah Ramlah binti Zakaria.
iman's corner : Hargai ibu-ibu kalian kerana hanya sekali sahaja peluang untuk bercinta dengan mereka. Anakku, ummi mencintaimu.
**imannurbalqis**
...tudung saji Ramadhan : 1...
Assalamualaikum w.b.t buat semua sahabat-sahabat dan pembaca blog ana. Segala puji dan puja kita tujukan hanya untuk Allah s.w.t, Rabb dan Ilah yang berhak dan wajib disembah. Di dalam kekuasaanNya terletak segala daya dan upaya. Tidak ada kekuatan selain dari kekuatanNya. Hanya kepadaNya kita memohon dan bergantung harap. Hanya dengan keizinan dan perkenanNya jua kita masih dipertemukan. Ana doakan antum semua sihat walafiat. syukur ana panjatkan pada ALLAH s.w.t dengan nikmat yang diberikan kerana ana dapat merasai nilai sebenar nikmat anugerah dari ALLAH.
Alhamdulillah, dengan kekuasaan Maha Pencipta juga kita dapat berada dalam bulan yang sangat dirindui dan diberkati ini. Ramadhan. Satu bulan yang serinya penuh pahala dan ganjaran kebaikan sehingga tidak boleh dibandingkan kelebihannya dan keistimewaannya. Dalam sedar atau tidak, kita sudah masuk hari kedua berpuasa. Tinggal lagi 28 hari untuk menyempurnakan rukun Islam yang ketiga iaitu berpuasa di bulan Ramadhan. Ana bersyukur kerana bulan Ramadhan tahun ini Allah s.w.t berikan kelainan untuk ana menyempurnakannya. Sekiranya hati berasa hiba sudah masuk tahun keenam ana tidak lagi dapat menikmati bukan Ramadhan dengan insan yang bergelar ibu, kini Allah s.w.t anugerahkan ana untuk berpuasa bersama dengan insan yang sentiasa ada di hati iaitu zauji yang dicintai. Alhamdulillah, begitu banyak kelainan dan bezanya. InsyaAllah abang, ina akan terus memperbaiki diri dari semasa ke semasa.
Sehari sebelum Ramadhan zauji ada hantar mesej menyatakan betapa rindunya dia pada Ramadhan. Hal ini buat ana terdetik di hati. Allahu Rabbi, betapa istimewanya nilai Ramadhan bagi zauji sehingga menyatakan hasrat Ramadhannya pada ana. InsyaAllah, selagi ada daya ana sentiasa doakan agar zauji diberikan kekuatan untuk menyempurnakan hasratnya. Banyak juga perkongsian yang dikongsikan tentang Ramadhan. Sehinggakan pesanan Tuan Guru nya juga disampaikan pada ana. Katanya, Ustaz Mutalib pesan dalam setahun sekurang-kurangynya 2 kali kita khatam Al-quran. Sekali dalam tempoh Syawal sehingga Syaaban dan sekali lagi dalam sebulan Ramadhan. Ramadhan bulan Al-Quran. Alu-alukan kehadirannya dengan membaca Al-Quran. Paling suka dengar bacaan Al-Quran zauji. Ada tenang di situ.
Bercerita tentang Ramadhan, ramai ada pandangan dan cara tersendiri untuk memeriahkannya. Ada yang mengambil peluang untuk bersahur dan berbuka bersama keluarga, ada yang menghabiskan sehari satu juzuk Al-Quran, ada yang cuba untuk berterawih dengan 20 rakaat di 30 tempat yang berbeza, ada juga yang menjalankan tahajud dan qiamulail saban hari dan ada juga yang menyempurnakan segala ibadah sunat setelah istiqomah dalam ibadah fardhu. Namun, masih ada juga menjadikan Ramadhan sebagai bulan 'side-income', ada juga yang menjadikan alasan penat untuk tidak berpuasa, ada juga yang gantung periuk dan kuali kerana mengimarahkan bazaar Ramadhan. Masing-masing punya cara untuk menghadapi Ramadhan. Ramadhan masih sama. Bulan yang 'wajib' untuk ditempuhi walau suka atau tidak. Antara pemikiran yang ditanam sehingga menjadi pegangan generasi. Allahu Rabbi.
Kualitinya Ramadhan ada pada diri kita sendiri. Ketahuilah, setiap apa yang dilakukan pasti akan dinilai pada pandangan mata Allah s.w.t. Analogi mudah, jika kita beli barangan tak kira mahal atau murah pasti kualitinya yang kita akan perhatikan sebelum dibayar di kaunter. Begitunya dengan puasa. Allah s.w.t akan menilai kualiti puasa kita sebelum diberikan cop sirim yang menyatakan puasa kita berkualiti bukan hanya berkuantiti. Orang miskin atau kaya yang berpuasa penilaiannya bukan pada mahal atau banyaknya makanan berbuka tapi sejauh mana 'puasa'nya dijalankan. Puasa nafsunya, puasa sifat-sifat mazmumahnya, puasa pandangannya, puasa pendengarannya, puasa penglihatannya. Bukan sekadar puasa lapar dan dahaga yang dituntut dari segi istilah semata-mata. Kadang-kadang dengan megah kita mengaku kita berpuasa. Namun, masih lagi mengumpat, melihat perkara-perkara yang tidak bermanfaat, melangkah ke tempat maksiat atau melakukan perkara lagha seperti hari-hari biasa. Tiada istimewa baginya Ramadhan ini.
Ibrah Ramadhan yang jarang disedari oleh kita. Allah s.w.t ajarkan kita untuk berpuasa selama sebulan adalah untuk mengajar mereka yang mengerjakannya mengenal erti kesusahan dan keperitan manusia lain yang tidak makan dan tidak minum saban hari. Jika sebelum ini tidak pernah terlintas di fikiran kita akan penderitaan mereka, jadi melalui puasa kita akan muhasabah diri kita untuk banyak bersabar di samping mendekatkan diri kepada Maha Pencipta bagi memanjatkan kesyukuran. Manusia sentiasa alpa tentang orang di sekeliling mereka. Kebanyakkan daripada kita suka membandingkan diri dengan orang yang mendapat lebih nikmat dari memandang orang yang lebih susah daripada kita. Hal yang ingin dididik dalam diri kita ialah erti SYUKUR. Banyak dari kita yang tersungkur dari bersyukur. Mula untuk menyalahkan rezeki atau nasib bila ditimpa musibah. Sedangkan ada orang yang lebih susah daripada kita.
Islam tidak mensyariatkan sesuatu selain pasti mengandungi hikmah. Dalam ibadah puasa terdapat sejumlah hikmah yang perlu dicari dan difahami. Ketahuilah, berpuasa menjadi tazkiyatun nafs (pembersih jiwa) apabila kita mematuhi perintah Allah s.w.t., menjauhi segala laranganNya dan melatih diri untuk menyempurnakan ibadah kepada Allah s.w.t semata. Di samping, menyihatkan badan berpuasa dapat mengangkat aspek kejiwaan dalam diri kita. Puasa merupakan pembinaan atau tarbiyah bagi kehendak nafsu, jihad bagi jiwa dan pembentukkan bagi kesabaran. Lebih besar lagi, hikmah berpuasa dapat mengangkat darjat taqwa seseorang. Firman Allah s.w.t dalam sebuah hadith Qudsi, " Sekiranya hamba-Ku mengetahui apa yang tersembunyi dalam bulan Ramadhan, pastilah mereka mengharapkan setahun penuh itu adalah bulan Ramadhan."
Read more
Alhamdulillah, dengan kekuasaan Maha Pencipta juga kita dapat berada dalam bulan yang sangat dirindui dan diberkati ini. Ramadhan. Satu bulan yang serinya penuh pahala dan ganjaran kebaikan sehingga tidak boleh dibandingkan kelebihannya dan keistimewaannya. Dalam sedar atau tidak, kita sudah masuk hari kedua berpuasa. Tinggal lagi 28 hari untuk menyempurnakan rukun Islam yang ketiga iaitu berpuasa di bulan Ramadhan. Ana bersyukur kerana bulan Ramadhan tahun ini Allah s.w.t berikan kelainan untuk ana menyempurnakannya. Sekiranya hati berasa hiba sudah masuk tahun keenam ana tidak lagi dapat menikmati bukan Ramadhan dengan insan yang bergelar ibu, kini Allah s.w.t anugerahkan ana untuk berpuasa bersama dengan insan yang sentiasa ada di hati iaitu zauji yang dicintai. Alhamdulillah, begitu banyak kelainan dan bezanya. InsyaAllah abang, ina akan terus memperbaiki diri dari semasa ke semasa.
Sehari sebelum Ramadhan zauji ada hantar mesej menyatakan betapa rindunya dia pada Ramadhan. Hal ini buat ana terdetik di hati. Allahu Rabbi, betapa istimewanya nilai Ramadhan bagi zauji sehingga menyatakan hasrat Ramadhannya pada ana. InsyaAllah, selagi ada daya ana sentiasa doakan agar zauji diberikan kekuatan untuk menyempurnakan hasratnya. Banyak juga perkongsian yang dikongsikan tentang Ramadhan. Sehinggakan pesanan Tuan Guru nya juga disampaikan pada ana. Katanya, Ustaz Mutalib pesan dalam setahun sekurang-kurangynya 2 kali kita khatam Al-quran. Sekali dalam tempoh Syawal sehingga Syaaban dan sekali lagi dalam sebulan Ramadhan. Ramadhan bulan Al-Quran. Alu-alukan kehadirannya dengan membaca Al-Quran. Paling suka dengar bacaan Al-Quran zauji. Ada tenang di situ.
Bercerita tentang Ramadhan, ramai ada pandangan dan cara tersendiri untuk memeriahkannya. Ada yang mengambil peluang untuk bersahur dan berbuka bersama keluarga, ada yang menghabiskan sehari satu juzuk Al-Quran, ada yang cuba untuk berterawih dengan 20 rakaat di 30 tempat yang berbeza, ada juga yang menjalankan tahajud dan qiamulail saban hari dan ada juga yang menyempurnakan segala ibadah sunat setelah istiqomah dalam ibadah fardhu. Namun, masih ada juga menjadikan Ramadhan sebagai bulan 'side-income', ada juga yang menjadikan alasan penat untuk tidak berpuasa, ada juga yang gantung periuk dan kuali kerana mengimarahkan bazaar Ramadhan. Masing-masing punya cara untuk menghadapi Ramadhan. Ramadhan masih sama. Bulan yang 'wajib' untuk ditempuhi walau suka atau tidak. Antara pemikiran yang ditanam sehingga menjadi pegangan generasi. Allahu Rabbi.
Kualitinya Ramadhan ada pada diri kita sendiri. Ketahuilah, setiap apa yang dilakukan pasti akan dinilai pada pandangan mata Allah s.w.t. Analogi mudah, jika kita beli barangan tak kira mahal atau murah pasti kualitinya yang kita akan perhatikan sebelum dibayar di kaunter. Begitunya dengan puasa. Allah s.w.t akan menilai kualiti puasa kita sebelum diberikan cop sirim yang menyatakan puasa kita berkualiti bukan hanya berkuantiti. Orang miskin atau kaya yang berpuasa penilaiannya bukan pada mahal atau banyaknya makanan berbuka tapi sejauh mana 'puasa'nya dijalankan. Puasa nafsunya, puasa sifat-sifat mazmumahnya, puasa pandangannya, puasa pendengarannya, puasa penglihatannya. Bukan sekadar puasa lapar dan dahaga yang dituntut dari segi istilah semata-mata. Kadang-kadang dengan megah kita mengaku kita berpuasa. Namun, masih lagi mengumpat, melihat perkara-perkara yang tidak bermanfaat, melangkah ke tempat maksiat atau melakukan perkara lagha seperti hari-hari biasa. Tiada istimewa baginya Ramadhan ini.
Ibrah Ramadhan yang jarang disedari oleh kita. Allah s.w.t ajarkan kita untuk berpuasa selama sebulan adalah untuk mengajar mereka yang mengerjakannya mengenal erti kesusahan dan keperitan manusia lain yang tidak makan dan tidak minum saban hari. Jika sebelum ini tidak pernah terlintas di fikiran kita akan penderitaan mereka, jadi melalui puasa kita akan muhasabah diri kita untuk banyak bersabar di samping mendekatkan diri kepada Maha Pencipta bagi memanjatkan kesyukuran. Manusia sentiasa alpa tentang orang di sekeliling mereka. Kebanyakkan daripada kita suka membandingkan diri dengan orang yang mendapat lebih nikmat dari memandang orang yang lebih susah daripada kita. Hal yang ingin dididik dalam diri kita ialah erti SYUKUR. Banyak dari kita yang tersungkur dari bersyukur. Mula untuk menyalahkan rezeki atau nasib bila ditimpa musibah. Sedangkan ada orang yang lebih susah daripada kita.
Islam tidak mensyariatkan sesuatu selain pasti mengandungi hikmah. Dalam ibadah puasa terdapat sejumlah hikmah yang perlu dicari dan difahami. Ketahuilah, berpuasa menjadi tazkiyatun nafs (pembersih jiwa) apabila kita mematuhi perintah Allah s.w.t., menjauhi segala laranganNya dan melatih diri untuk menyempurnakan ibadah kepada Allah s.w.t semata. Di samping, menyihatkan badan berpuasa dapat mengangkat aspek kejiwaan dalam diri kita. Puasa merupakan pembinaan atau tarbiyah bagi kehendak nafsu, jihad bagi jiwa dan pembentukkan bagi kesabaran. Lebih besar lagi, hikmah berpuasa dapat mengangkat darjat taqwa seseorang. Firman Allah s.w.t dalam sebuah hadith Qudsi, " Sekiranya hamba-Ku mengetahui apa yang tersembunyi dalam bulan Ramadhan, pastilah mereka mengharapkan setahun penuh itu adalah bulan Ramadhan."
Masih ada lagi masa untuk mengubah suasana Ramadhan kita ke arah yang lebih baik dari tahun-tahun dulu. Jangan biarkan Ramadhan kita berlalu tanpa makna kerana adakah Ramadhan tahun akan datang masih untuk kita? Rebutlah peluang yang ada di hadapan mata. Di saat kita mensia-siakan nikmat yang diberi percuma pasti kita akan menyesal di saat kita kehilangannya sekelip mata. Sambutlah pemberian Allah s.w.t ini untuk mendapatkan keredhaan dariNya. Muhasabahlah, Allah s.w.t menjanjikan keampunan kepada hamba-Nya yang 'berpuasa' dengan keimanan yang penuh.
"Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani. Berikanlah kami peluang mengutip kuntum-kuntum pahala yang mekar mewangi di taman Ramadhan-Mu. Agar dapat kami jadikan jambangan untuk bekalan kami menuju ke Syurga-Mu kelak. Ameen Ya Rabbal A'lamin."
iman's note: Kalau dulu di kampus pasti merancang hari ini nak beli menu apa. Bila dah berkeluarga, menu apa pula nak masakkan untuk zauji. Ada kenikmatan bila melihat orang yang tersayang makan makanan yang dimasak dengan berseleranya. (^_^)
**imannurbalqis**
...jiran OH jiran...
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat malam. Segala puji dan puja hanya bagi Allah SWT yang memberikan kita pelbagai nikmat dan anugerah kurniaan. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw, Junjungan Mulia yang telah menggerakkan suatu perubahan yang besar dalam sejarah peradaban manusia dengan risalah agung daripada Ilahi. Bersyukur kepada Allah swt kerana masih lagi diberi kesempatan untuk meneruskan lagi langkah sebagai seorang hamba di muka bumi bertuah ini.
Alhamdulillah petang tadi berpeluang untuk memegang cangkul dengan pencakar a.k.a penyapu sampah setelah sekian lama berada di rumah. Pemalas betul rupanya ana ini. Kalau dulu hanya pernah bergotong-royong di kampus. Itu pun buat pembahagian kerja. Tadi betul-betul mencabar kewanitaan dengan mencangkul rumput-rumput yang semakin mekar menjalar di laman rumah yang cuma sekangkang kera ini. Geram betul tengok dari sehari ke sehari. Makin lama, makin panjang. Iyelah, bila nak keluar mengemas kat luar ada sahaja halangannya. Pagi hujan kalau tak pun petang hujan kalau tak pun dari pagi hingga malam hujan. Namun, jangan jadikan itu alasan semata-mata. Nak seribu daya, tak nak seribu alasan. Betulkan? Mana tak hujannya, bulan disemberkan sudah digelar bulan tengkujuh. Alhamdulillah, tak banjir jea kat rumah. Harapnya tidaklah sampai bila-bila. Tapi kerja-kerja mengemas diluar rumah tidak menghampakan ana. Kenapa ana kata gitu? teruskan baca ke perenggan seterusnya. (^_^)
Tengah-tengah khusyuk mencangkul rumput, terdengar suara yang memanggil di tepi pagar rumah. "Eh, Ina. Ko ado kek rumah yo. Wan ingatkan tak do sesapo kek rumah. Senyap yo. Ko pun tak berjalan-jalan." Panjang betul jiran ana punya mukaddimah. Ana senyum dan terus bergerak ke arahnya. "Assalamualaikum wan. (sambil hulur tangan, bersalaman) Dah lamo dah balik. Hari tu kan saya ado kek rumah kenduri Mak Tam. Kan kito makan sebelah menyobolah. Wan ado togur saya. Tak ingat ko?" he3 "La, wan ingatkan ko balik semulo maktab. Dah habih terus la nie yo?" "Alhamdulillah wan, dah habis dah. Tunggu nak mengajar yo laie nie." "Eloklah tu, kojap yo dah limo tahun setongah yo. Ko minta mengajar kek mano?" "Tu lah wan. Minta nogori semilan tapi tak tahulah dio nak hantar kek mano. Sayo ikut yo kek mano-mano pun wan. Asalkan dapek posting." "Eloklah tu minta dokek-dokek. Wan bukan apo, kesian kek adik-adik kau yo. Tontu-tontu eh yang ayoi tu. Kadang-kadang duk rumah sorang-sorang yo. Dah makan ko bolum, kot sakit ko, sapo yang nak tengok eh. Kesian wan mandang eh. Setakat pandang-pandang an, bolehlah wan tolong." Ana tersenyum pada wan dan dalam hati cuma mampu kata, 'berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.'
Jiran. Memang diperlukan dalam kehidupan bermasyarakat. Ana ini tinggal di kampung. Suasana kejiranan masih lagi dirasai dan saling memerlukan antara satu sama lain. Sehinggakan diberi kepercayaan untuk menjaga kunci rumah jiran tatkala jiran ana meninggalkan rumahnya untuk beberapa hari atas beberapa urusan. Sememangnya malam ini buat ana berfikir tentang kehidupan berjiran ini. Alhamdulillah, selama duduk berjiran dengan orang kampung ana ini dah macam sedara rasanya. Pernah sekali tu, ana balik rumah untuk cuti hujung minggu. Hari tu memang terasa sangat nak makan laksa. Dah lah tak reti nak masak, nak pergi beli tak tahu kat mana, nak suruh orang masak ana mana ada orang gaji. Macam dah tahap mengidam dah waktu itu. Tiba-tiba ada orang ketuk pintu rumah ana. Bila ana buka anak jiran ana bagi makanan. Berbekas-bekas. Bila ana buka kat dapur, tahu tak jiran ana bagi laksa pada ana. Allahu rabbi. Rasa nak menangis. Kuat sungguh rabitah hati. Terima kasih ya Allah.

Seperti yang kita sedia maklum Islam amat menitikberatkan hubungan kejiranan kerana ia adalah satu daripada cara hidup yang dituntut Allah kerana amalan kejiranan yang sempurna memupuk semangat ke bersamaan, persefahaman dan keharmonian. Kemakmuran sesebuah negara juga bergantung kepada kemantapan dan keutuhan hubungan pada setiap lapisan masyarakatnya. Malah, ciri masyarakat berkualiti dan masyarakat contoh juga tergambar melalui persefahaman dan hubungan yang erat. Justeru, Islam menekankan umatnya menjaga hubungan dalam kehidupan bermasyarakat dan ia tidak terbatas kepada sesama masyarakat Islam, malah melepasi batas agama, bangsa, keturunan, warna kulit dan bahasa pertuturan. Dalam hubungan kejiranan, umat Islam wajib mengekalkan hubungan baik dan menyemai kemesraan kerana sifat sebegitu akan membentuk kehidupan aman dan harmoni, malah jika berdepan masalah, ia diselesaikan dengan baik. “Dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang miskin, jiran tetangga yang dekat, jiran tetangga yang jauh, orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki.” (an-Nisaa’: 36)
Dalam adab berjiran, umat Islam dilarang membuka aib jiran seperti menceritakan rahsia mereka kepada orang lain, menceroboh kediaman mereka dan mengambil hak mereka. Dalam hubungan ini sesuai juga dengan sabda Rasulullah yang bermaksud: “Sebaik-baik manusia yang memberi manfaat kepada orang lain.” Ibnu Qayyim (rahimahullah) menghuraikan hadis itu dengan menjelaskan, sesiapa yang berbuat baik kepada orang lain Allah akan berbuat baik kepada dirinya dan sesiapa yang bersifat rahmah kepada orang lain, Allah akan bersifat rahmah kepadanya. Malah, sesiapa yang memberi manfaat kepada orang lain, Allah akan memberi manfaat kepada dirinya dan sesiapa yang menutup keaiban orang lain, Allah akan menutup keaibannya dan sesiapa yang menegah kebaikan orang lain, Allah akan menegah kebaikan kepadanya dan sesiapa yang berhubung kepada yang lain dengan sifat tertentu Allah akan bermuamalah dengannya sama dengan sifat itu di dunia dan di akhirat. Jadilah kita insan yang memberi manfaat kepada sesiapa pun tanpa mengira latar belakangnya. Dan ana tahu, dengan kebaikan jiran ana ini jugalah ana dapat menaip berpatah-patah perkataan di laman ini untuk dikongsi bersama. Kerana apa? Kerana jiran ana telah membenarkan kami adik-beradik menggunakan talian wirelessnya tanpa kata laluan diletakkan. Moga dengan kebenaran yang diberikan ini memberikan pahala untuk jiran ana sekeluarga. Didoakan kalian sekeluarga sentiasa dirahmati Allah s.wt.

Dalam buku "Bimbingan Mukminin" karangan Imam Al-Ghazali, ada menggariskan 30 adab berjiran yang mesti diamalkan, iaitu:
(1) Sentiasa mewujudkan suasana kemesraan melalui usaha kenal-mengenal dan hormat menghormati antara satu sama lain. Antara caranya dengan memulakan salam jika bertemu dengan sesama Muslim atau ucapan penghormatan yang baik jika bertemu dengan bukan Muslim.Sentiasa bertoleransi samada yang melibatkan urusan keagamaan,adat resam, budaya, cara hidup dan lain-lain lagi.
(2) Tidak menyakiti mereka samada melalui perkataan, perbuatan atau sekadar sangkaan buruk.Jiran yang jahat dan tidak berakhlak digambarkan sebagai lembaga hitam yang telah dirasuk syaitan sehingga tergamak melakukan kejahatan dan kedurjanaan sehingga menimbulkan ketakutan dan kegerunan kepada insan lain.
Rasul SAW pernah bersabda;
“ Demi Allah tidak beriman, demi Allah tidak beriman, demi Allah tidak beriman.
Sahabat bertanya:
“Siapakah (yang tidak beriman itu) ya Rasulullah?”
Rasulullah SAW menjawab :
” Orang yang menyebabkan jirannya tidak merasa aman (selamat dan tenteram) lantaran kejahatannya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dalam hadis yang lain dinyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda;
“ Tidak masuk syurga, barangsiapa yang jirannya tidak merasa aman(selamat dan tenteram) lantaran kejahatannya.” (Riwayat Muslim)
(3) Sentiasa menuturkan kata-kata yang baik dan menghormati mereka sebagai manusia.
(4) Sentiasa merendahkan diri dan berlemah-lembut dengan mereka dan mengelak diri dari bersikap takbur.
(5) Sentiasa bersedia memberikan sebarang bentuk bantuan dan pertolongan yang diperlukan.
(6) Menyayangi mereka seperti mana kita menyayangi diri kita sendiri. Oleh yang demikian kita hendaklah sentiasa berusaha untuk melakukan perkara yang menjadi kesukaan mereka, selagi tidak bertentangan dengan syariat agama dan sama-sama berusaha menghindarkan perkara-perkara yang mereka tidak sukai.
(7) Sentiasa mengambil berat dan bersimpati terhadap segala permasalahan yang sedang mereka hadapi sama ada yang berkaitan dengan masalah keagamaan, kekeluargaan atau rumah tangga, kejiwaan, kesihatan,pelajaran, , kewangan, makan-minum, dan sebagainya. Sentiasa mempamerkan akhlak yang mulia sesama jiran sehingga akhirnya melahirkan perhubungan kejiranan yang lebih mesra dan lebih akrab.
(8) Tidak memandang rendah dan saling menghina sesama jiran, sebaliknya hendaklah sentiasa hormat menghormati dan harga-menghargai,termasuklah menghargai dan berterima kasih terhadap apa jua pemberian,khidmat dan pertolongan yang diberikan.
(9) Mengutamakan jiran yang terdekat rumahnya dengan rumah kita.Penetapan jiran terdekat ialah 40 buah rumah yang berada di sekeliling rumah kita, sama ada di kiri, kanan, hadapan dan belakang. Terdapat tiga kategori jiran :
Jiran muslim yang ada hubungan kekeluargaan, mereka mempunyai tiga hak iaitu sebagai jiran, keluarga dan seorang Muslim.
Jiran Muslim yang mempunyai dua hak, iaitu hak jiran dan hak seorang Muslim.
Jiran bukan Islam, yang mempunyai satu hak iaitu hak jiran.
(10) Sentiasa berusaha mewujudkan suasana aman, damai, tenteram, sejahtera dan ceria dalam kehidupan berjiran. Faktor inilah juga yang menyebabkan Rasulullah SAW menyatakan bahawa antara rukun-rukun kebahagiaan ialah ‘jiran yang baik’.
(11) Sentiasa memelihara diri agar tidak melakukan sebarang kesalahan dan kerosakan serta mencemar maruah dan diri jiran, termasuklah terhadap isterinya,anak-anaknya, harta bendanya dan lain-lain lagi.
(12) Elakkan sikap terlalu suka mengambil tahu hal ehwal peribadi dan keluarganya, kecuali setelah mereka sendiri mengadu untuk mendapatkan bantuan kita untuk menyelesaikannya.
(13) Bantulah mereka apabila mereka ditimpa kesusahan dan mala petaka,agar hati mereka menjadi tenang dan tenteram.
(14) Rasakan kesusahan jiran seperti kesusahan yang kita tanggung sendiri dan zahirkan kegembiraan ketika mereka bergembira, sama ada ketika mendapat rumah baru, perabut baru, kelahiran anak baru, mendapat menantu dan sebagainya.
(15) Elakkan dari memerhatikan barangan atau apa sahaja yang dibeli atau yang dibawa pulang ke rumahnya.
(16) Tidak cuai untuk menyeru mereka kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran dengan cara yang paling berhikmah.
(17) Sentiasa bersabar di atas segala perlakuan buruk yang dilakukan oleh jiran, sebaik-baiknya kita hendaklah sentiasa bersedia untuk memaafkan segala kesalahan dan kesilapan dan tidak membalas segala kejahatan tersebut, sebaliknya membalasnya dengan kebaikan.
(18) Jangan mudah terpengaruh dengan fitnah atau umpatan orang lain terhadap diri mereka.
(19) Menziarahi mereka ketika mereka sedang sakit.
(20) Mengurus jenazah mereka setelah mereka meninggal dunia.
(21) Tidak menghebahkan segala kesalahan, keaiban dan kesilapan jiran.
(22) Memberikan segala bentuk bantuan yang mereka perlukan.
(23) Berlemah-lembut dengan anak-anaknya jiran.
(24) Menjaga keselamatan rumah atau anak-anak mereka, ketika mereka tiada di rumah.
(25) Mengucapkan tahniah ketika terjadi peristiwa tertentu, terutama ketika mereka memperolehi kebaikan dan kurniaan dari Allah.
(26) Mengucapkan takziah ketika mereka ditimpa malapetaka dan bencana.
(27) Tidak membina bangunan yang tinggi sehingga menutup laluan angin ke dalam rumahnya, kecuali setelah mendapat restu dan izin darinya.Jangan menyusahkan mereka, seperti meletakkan sesuatu yang boleh menghalang laluan ke rumah mereka.
(28) Tidak menyakiti mereka melalui bauan enak dari masakan yang kita masak dari rumah kita. Digalakkan agar kita memberikan sedikit daripada masakan tersebut untuk mereka nikmati.
(29) Menghadiahkan mereka dengan buah tangan yang kita beli.
(30) Sentiasa mendoakan keselamatan dan kebahagian jiran

Hadis nabi mengenai tanda kecil kiamat ada dinyatakan: “Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan ber sikap yang buruk dengan jiran.” (Hadis riwayat Ahmad dan Hakim) Mudah-mudahan kita tidak tergolong dalam golongan penyumbang tanda-tanda kecil kiamat ini.
iman's note: asal orang bagi makanan jea, mesti dipulangkan dengan bekas kosong. Masih tak yakin nak bagi orang rasa masakan sendiri. Takkan nak tunggu jadi juara masterchef baru nak bagi. Perlu mencari penyelesaiannya ini. (^_^)
**imannurbalqis**
...permata MUHARRAM...
Pada 4 Muharram 1409 yang lalu lahirnya seorang puteri.
Tawanya seri kebahagiaan,
Tangisnya penawar duka,
Buat dua insan yang bergelar ayah dan mak.
Pada 4 Muharram 1433 berdirinya seorang puteri.
Tawanya tanda jiwa berbahasa,
Tangisnya buat kematangan berbicara,
Demi dua insan yang bergelar ayah dan arwah mak.
iman's note: moga diri ini bisa menjadi anak yang berbakti buat ayah dan arwah mak. Terima kasih ya Allah, moga diri ini mampu terus diinfakkan di jalan Mu sehingga akhir nafas.
**imannurbalqis**
...penanda BUKU : 1...
Di sudut hati seorang ayah pasti ada rasa bangga atas kejayaan anaknya. Walaupun bukan dia yang berada di pentas dan menerima skrol tapi "itu anak saya".
Kita menuntut ilmu sebenarnya adalah kerana Allah dan RasulNya. Allah dan RasulNya-lah yang telah menyuruh kita menuntut ilmu. Menuntut ilmu satu ibadah kerana ilmu yang akan mendasari kehidupan seharian kita.
Tuntutlah ilmu dengan memahaminya bukan sekadar menghafalnya, tuntutlah ilmu untuk kegunaan dan kebaikan kita dan tuntutlah ilmu untuk menjadi insan berguna, berjasa dan dapat memberikan sesuatu sumbangan kepada agama, masyarakat dan negara. Ketahuilah antara pahala yang akan berterusan walaupun kita sudah tiada esok ialah ilmu bermanfaat yang disampaikan kepada orang lain dan diamalkan.
Ali bin Abu Talib pernah berkata: "Ikatlah ilmu dengan menulisnya".
Di sebalik kejayaan seseorang itu pasti ada penyokong dan pergantungan di belakangnya. Namun, apa yang pasti ialah segalanya berlaku dengan izin Allah s.w.t hendaknya.
Tahniah, dik. Ketahuilah ini baru permulaannya. Teruskan perancanganmu dengan usaha yang bersungguh-sungguh dan tawakkal disandarkan kepada Allah s.w.t. Akak pasti arwah mak bangga dengan kejayaan yang kamu cipta.
iman's note: Menanti konvokesyen bagi pemegang ijazah kejuteraan mekanikal kelas pertama. Buktikan.
**imannurbalqis**
...6.6.2011...
Di saat cinta menyemai rasa di jiwa
Menghiasi hidup indah kan masa
Luluhkan dengki menghapuskan benci
Kala cahaya-Nya
Membuka mata yang terlena
Sedarkan dari nafsu akan dunia
Rasa yang fana dan maya semata
Kan ku ungkap rasa yang terindah
Tentang berkembangnya cinta
Yang semerbak wangi dalam jiwa
Yang kekal abadi selamaya
Hanyalah untuk ALLAH
Kan kupersembahkan
Cinta tertinggi dan termurni
Yang tumbuh dalam nurani
Hanyalah untuk ALLAH
Kan kusandarkan
Segala pengharapan dan doa
Beri daku cahaya-Mu
Hanya Pada ALLAH kusandarkan
Hanya Pada ALLAH kudoakan
Hanya Pada ALLAH kuharapkan

iman's note : Mencari keredhaan dan kebahagiaan dunia dan akhirat. Selamat Hari Lahir buat Nendaku : Che Som bt Abdul Ghani yang ke-70. Selamat Ulang Tahun Pernikahan buat Pak Cik dan Mak Cik.
**imannurbalqis**
...RINDU dinda...
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana menganugerahkan kepada kita nikmat umur dan rezeki yang tidak dapat dihitung dan dibilang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasul s.a.w utusan terakhir untuk umat manusia dan kepada ahli keluarganya dan sahabat-sahabatnya yang benyak berjasa untuk umat islam hingga akhir zaman. Alhamdulillah, dapat menyelesaikan kertas peperiksaan yang terakhir bagi sesi kuliah semester 1/2011 jam 11 pagi tadi. Moga ALLAH permudahkan pensyarah yang menanda kertas dengan ketenangan sewaktu menanda kertas dan hanya kepada ALLAH hamba dhaif ini bertawakkal. Memang ana tekad nak update entry kat laman ini selepas habis peperiksaan. Alhamdulillah, masih diberi ruang walau banyak perkara yang perlu diselesaikan.
Sepanjang minggu peperiksaan ini banyak perkara yang perlu diselesaikan. Walaupun hanya dua subjek yang peperiksaan pada kali namun usaha dijalankan berganda-ganda. Bukan untuk mengejar pointer tapi perasaan tanggungjawab sebagai seorang pelajar dan bertepatan dengan unjuran dari Baginda Rasulullah S.A.W agar kita berusaha untuk menghadapi sesuatu sebelum bertawakkal. Tambahan pula, ana nie tak bagi tumpuan dan pemahaman sangat sewaktu dalam kuliah sebab rasa macam dah faham tapi bila dapat soalan latihan berpinau bijik mata(bak kata orang Melaka).(^_^) Alhamdulillah, segalanya dapat diselesaikan dengan baik dan ana berpuas hati. Segala urusan yang seterusnya hanya berdoa pada ALLAH s.w.t dan bertawakkal.

kanda rindu dinda semua
Isu peperiksaan bukan isu yang ana nak tekankan dalam entry kali ini kerana dari tadika sampai sekarang ana mengambil peperiksaan. Rasanya peperiksaan kertas dan pensil ini ana akan ambil walaupun umur dah meningkat kelak. Sebenarnya, dua minggu ini banyak buat ana berfikir hikmah ana sebagai seorang anak sulung. Kalau dulu ana tak suka dipanggil "kak long" oleh sepupu-sepupu ana sebab ana rasa ana bukan anak sulung dan bukan tanggungjawab ana nak pegang sifat-sifat anak sulung. Bukan anak sulung? Ramai yang tak tahu ana ini anak kedua, sepatutnya ana ada abang. Kalau ikutkan umurnya sekarang sudah 26 tahun tapi nampaknya dia lebih suka untuk menunggu arwah mak di pintu syurga. Selepas dilahirkan, dia meninggal. Lepas tiga tahun, baharu ana lahir. Disebabkan arwah mak ana nak kehadirannya dirasai panggilan ana di rumah bukanlah kak long, Along atau Ayong. Begitu kasihnya seorang ibu terhadap anak kerana dia lebih tahu kasih dan sayangnya pada anak-anak yang dilahirkan.
Sepanjang dua minggu ini, tiap-tiap hari ana menerima panggilan dari adik ana yang berada di rumah dan di matrikulasi. Tak ketinggalan juga, adik ana yang berada di Seremban. Ya ALLAH, terasa aku perlu bertanggungjawab terhadap perasaan adik-adik ku. Sebenarnya, minggu ini merupakan minggu orientasi adik ana yang ketiga (no 5 dalam family) di salah sebuah matrikulasi KPM. Isnin yang lalu sesi pendaftarannya, kiranya baharu tiga hari berada di asrama setelah 17 tahun tidak pernah tinggal di asrama. Malam semalam dalam jam 12.30 tengah malam, ana terima panggilan dari adik ana, acik.
Acik : Kak, tengah buat apa?
Kak ina : Tengah buat revision, Rabu exam. Cik, macamana hari ini orientasi?
Acik : Kak, aku takutlah.
Kak ina : Kenapa pula? Kat mana ni?
Acik : Kat bilik dah. Baru habis baca surah Al-Mulk. Kak, tadi waktu latihan nyanyi lagu matrik kat padang, tetiba ada orang jerit-jerit. Dia kena histeria. Pastu ada yang lain kena juga. Dah la dia duduk satu blok dengan aku. Kak, macamana nie?
Kak ina : Jangan la takut sangat. Buat biasa jea. Tak ada apa pun tu. Ingat, kalau kita tak kacau dia, dia tak kacau kita. Yang penting, jangan lupa baca Quran dan solat. Sebelum tidur, ambil wudhu'. Jangan lupa gosok gigi pula. Nanti benda tu tak datang, benda lain pula datang. He3
Acik : Kak, jangan la nak main-main pula.
Kak ina : Kang aku serius ko takut pulak. Sebelum tidur, baca ayat kursi, 3 Qul dan doa tidur. Pastu niat nak bangun awal pagi esok untuk solat subuh.
Acik : Ok. Kak, ko tak nak datang tengok aku ke?
Kak ina : Kenapa pula? Tak sampai seminggu dah nak datang. Mengada lebih nampak.
Acik : Bukanlah, barang-barang aku tak cukup. Aku bawa cawan jea dari rumah. Pinggan, sudu, tupperware semua tak ada.
Kak ina : La, kenapa tak bawa dari rumah.
Acik : Mana la aku tahu. Aku tak pernah duk asrama. Nak tanya ko asyik sibuk jea. Tak nak la kacau. Kalau dulu ko masuk asrama kat Seremban, mak yang packing kan barang. Aku semua buat sendiri tau.
adik no 3 & 4
Ayat terakhir ini, sebenarnya buat ana rasa satu tamparan hebat kat hati ini. Bukan bergenang dah air mata, dah tertumpah dah pun. Namun, still steady. Anak sulung mana boleh tunjuk lemah dan lembik sebab adik-adik semua bergantung pada dia. Itu baru satu cerita. Ana ada empat orang adik. Cerita seterusnya pula, adik ana yang nombor 1 (no 3 dalam family). Yang nie baru habis exam untuk semester akhir diploma Mechanical Engineering kat Pulau Pinang. Dua minggu ini duk telefon ana menyatakan kerisauan untuk melihat keputusan exam yang bakal keluar. Takut kena repeat paper dan pointer tak cukup untuk sambung degree. Malam tadi dalam jam 10 malam ana terima mesej dari dia.
"Salam, kak. Alhamdulillah, aku bersyukur sangat-sangat."
Ana yang tak tahu hujung pangkal ini, rasa pelik sebab tak faham. Tiba-tiba, dia call ana.
Usop : Kak, aku bersyukur sangat-sangat. Tak tahu nak kata apa.
Kak ina : Kenapa pula tiba-tiba jea nie?
Usop : Aku dah check dah keputusan peperiksaan aku last semester.
Kak ina : So, macamana?
Usop : Aku tak sangka kak. Aku lulus dan boleh dah dapat diploma hujung tahun nie. Boleh dah sambung degree. Alhamdulillah, kak.
Kak ina : Alhamdulillah, kena buat sujud syukur tu.
Usop : Betul kak. Aku tak sangka sangat. Pagi tadi kawan aku call kata dia kena repeat. Dalam rumah aku, aku sorang jea yang ambil kredit hours paling banyak. Aku yang jawab paper tu. Ada lima semua. Semua 3 kredit hours. Aku yang jawab aku tahu susah senangnya. Aku tak sangka kak. Aku bersyukur sangat.
Kak ina : Eloklah tu. Ingat, yang bagi kau lulus tu semua dengan izin ALLAH. Doa banyak-banyak pada dia. Aku pun tumpang gembira kalau kau berjaya. Tahniah.
Usop : Kak, aku tak tahu nak cerita dengan sapa. Aku ada ko jea nak bagitahu. Terima kasih sebab doakan aku selama ini. Aku selalu pikir, kalu aku kena repeat. Mana nak cari duit bayar yuran exam. Nak balik penang balik. Nak duduk kat mana. Terima kasih kak doakan aku. Aku ingat lagi arwah mak suruh aku belajar sampai berjaya. Aku akan buktikan aku jadi engineer pada kau walaupun mak dah tak ada.

adik no 1
Allahuakbar, tersentuhnya hati ana waktu ini. Ana tahu, dia yang paling rapat dengan arwah mak. Ya ALLAH, beratnya tanggungjawab jadi anak sulung. Tambah-tambah keadaan mak yang dah tak ada. Semua memerlukan ana. Tahu tak ana jawab apa? ana jawab : "Ok, aku cabar kau." Adik ana jawab : "Terima kasih kak cabar aku selama ini." Ya ALLAH, permudahkanlah urusan dia. Nie, baharu dua cerita. Cerita yang ketiga, adik ana nombor 4 (no 6 dalam family). Ni yang sekolah asrama kat Seremban. Minggu nie, minggu ana exam sama juga dengan dia. Ana terima panggilan dari dia tiga hari sekali.
Ikah : Kak, doakan aku exam esok yea.
Kak ina : InsyaALLAH, sentiasa doakan untuk ko walaupun bukan waktu exam. Ko pun doakanlah untuk aku. Aku pun exam juga nie.
Ikah : Mestilah aku doakan untuk ko. Kitakan adik-beradik. Kenalah sentiasa mendoakan antara satu sama lain walaupun jarang jumpa. Yang tinggal pun kita jea.
Ini lagi sorang ni. Buat ana rasa diperlukan setiap waktu. Bantulah dia, Ya ALLAH. Cerita yang terakhir pula, adik ana yang nombor 5 (no 7 dalam family). Jarak umur dia dengan ana adalah 11 tahun. Dia tak rapat dengan ana sangat. Jarang sangat bercerita sebab ana jarang balik rumah. Dia nie rapat dengan adik ana yang Acik (kat matrikulasi). Baru-baru ini ana call tanya macamana dia duk rumah sekarang sebab dulu dia duduk dengan acik. Sekarang adik ana yang no 1 jaga dia sebab dah habis belajar kat Penang.
Kak ina : Adik, macamana sekolah tadi? Kerja sekolah dah siap belum?
Adik : Ok. Dah siap petang tadi dengan abang.
Kak ina : Dah solat Isyak belum? Abang masak apa?
Adik : Dah. Abang tak masak. Makan kat luar tadi.
Kak ina : Adik ok tak kak cik tak ada kat rumah?
Adik : Ok, sebelum acik pergi matrik, acik dah gosok baju sekolah adik untuk seminggu. Adik dah basuh kasut dan goreng telur sendiri.
Kak ina : Wah, bagusnya. Kan pandai buat sendiri.
Adik : Kak ina, bila acik nak balik rumah? Tinggal abang dengan adik jea kat rumah.
adik no 5
Allahuakbar, rindu rupanya dia walaupun baru tiga hari acik pergi matrikulasi. Dari dia darjah dua sampai darjah enam dengan Acik jea semua. Main, gaduh, belajar dan ketawa, semua dengan Acik. Sebab yang lain, belajar jauh. Tak membesar sama dengan dia. Acik sanggup tolak tawaran sambung belajar kat sekolah asrama Sains waktu tingkatan 4 sebab nak jaga adik. Sedih dan serba-salah terus menular dalam hati ini.
Ya ALLAH, terus terang ana kata ana bersyukur punya adik-adik seperti kalian. Banyak perkara ana belajar. Memang besar tanggungjawab anak sulung. Sampai satu masa ana terfikir ana bukan selayaknya untuk berada di tempat ini. Meraka sangat memahami ana, banyakkan bagi semangat, tak pernah nak susahkan ana walaupun perkara kecil, tak minta perkara bukan-bukan yang tak mampu ana nak bagi, tak pernah nak salahkan ana, sangat membantu dan menghormati ana. Memang ana tempat mereka bergantung. Keadaan ini buat ana makin belajar banyak perkara. Terkadang rasa sangat lemah dan tidak mampu untuk memberi apa-apa pada mereka. Saat ana melangkah kaki dari pintu rumah selepas arwah mak ana meninggal untuk pulang ke kampus empat tahun lepas, ana hanya meletakkan kesemua adik-adik ana hanya pergantungan pada ALLAH semata-mata. Ana doakan agar mereka sentiasa dalam peliharaan ALLAH, dilindungi dari sebarang perkara-perkara yang tidak diingini dan menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. Kenapa begitu, kerana bagi ana ALLAH lebih tahu yang terbaik untuk mereka. Ana tak mampu untuk menanggung amanah ini dengan kudrat ana semata-mata kerana ana juga perlukan mereka.
Rasullullah s.a.w bersabda, "Paling dekat dengan ku kedudukannya kelak pada hari kiamat adalah orang yang paling baik akhlaknya dan sebaik-baik kamu ialah yang paling baik terhadap keluarganya."
iman's note : Bahagiakanlah ayahku dengan permata-permatanya ini. Al-Fatihah buat arwah mak, arwah abang dan arwah adik no 3 (no 4 dalam family). Khas buat intan berlian emas kak ina :
Ya ALLAH,
Mereka buat hati gembira,
Mesra kami penawar duka,
Rindu kami menambah rasa,
Rajuk kami membuah ceria.
Ya ALLAH,
Silaturrahim kami Usrah Fillah,
Bermusuh kami Nauzubilah,
Berpisah mati InsyaALLAH,
Pengubat hati Doa Rabithah.
Ya ALLAH,
Rahmati kami meniti usia,
Terpisah kami di alam nyata,
Temukan kami di taman syurga.
Ameen.
**imannurbalqis**
...USRATI...
...MAN ANA...
...PETI SURAT...
...MASA...
...TAWARIKH...
...MUTIARA KATA...
...AHLAN WASAHLAN...
...INTERAKSI MAYA...
...INTELLECTUAL CALIPH...
...LAMAN INFORMASI...
...SMKA SHAMS,N9...
-
Student Mummy9 years ago
...INTRA IPGKPM...
-
`madam`11 years ago
...PRODUK IPGM...
-
Penyesalan8 years ago
-
assalamualaik zainal anbiya- lirik qasidah11 years ago
-
2014 : 22 days before ramadhan..12 years ago
-
Jiddiyah si Pemuda Rabbani12 years ago
-
Adakah Lagi Pengampunan12 years ago
-
-
mac 201313 years ago
-
Meting Sekolah 27-12-1213 years ago
-
Kembali Menemui Rab...14 years ago
-
Bahaya Khurafat sepanjang Euro 201214 years ago
-
Gerhana Bulan : Bukti Kebesaran Allah14 years ago
-
Kan ku Cuba...14 years ago
-
Dahsyatnya Tenaga DOA14 years ago
-
Aktivis Muslimah Harapan Rasulullah15 years ago
-
-
-
-
...BICARA MAYA...
Powered by Blogger.






.jpg)








