.::I'M ONLY SERVANT OF ALLAH::.

"Di perhentian terakhir itulah manusia akan hidup berkekalan sama ada dengan limpahan NIKMAT selama-lamanya atau menghadapi AZAB, juga selama-lamanya. Sebelum tiba di titik pengakhiran itu, manusia akan terus mengembara..."

...JALINAN UKHUWAH...

...MELAKAR PELANGI...

Daisypath Anniversary tickers

...KEEP IN MEMORY...

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

PERMATA HATI UMMI ABI

Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

...SEM 4....

salam sahabat-sahabat dan pembaca yang dirahmati ALLAH sekalian... dah lama xupdate blog...kekangan masa dan perkhidmatan internet menjadi penghalangnya...mungkin ada perkara yg perlu didahulukan...alhamdulillah hari ni hari ketiga ana memulakan sem baru di IPGM KPM...agak sibuk utk menguruskan program JPP yang berlangsung dari hari pertama pembukaan sem baru...klu dikira2kan, berapa lama jea ana berada di bilik kuliah...nasib baik lah ada pensyarah yg sbuk dgn urusan yg lebih penting... alhamdulillah...selama ana berada di rumah...byk perkara yg mengajar ana utk jd lebih matang...kdg2 klu difikir2kn ujian 2 berat...tpi ayat AL-QURAN tidak pernah salah...seperti yang selalu diperkatakan setiapa ujian yang diberikan oleh ALLAH adalah bersesuaian dgn kemampuan seseorang..klu ana tak mampu mana mungkin ana masih diberi peluang utk berada disini...dan mungkin ana tdk dpt post artikel ini...he3..seperti yg kita sedia maklum dunia merupakan taman akhirat..ikutlah kita nak tanam kebaikan atau keburukan... permulaan sem baharu adalah kekuatan permulaan bagi ana sebagai seorg pelajar...kdg2 nie merupakan peluang utk ana memperbaiki diri dari masa ke masa...alhamdulilah hari esok masih ada utk ana bersama2 menjalankan tanggungjwb sbgai seorg khalifah di muka bumi ALLAH nie... seperti terjemahan surah Muhammad :ayat 7 menyatakan : Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu Betapa cantiknya ayat tersebut sehingga ALLAH sendiri yg akan membela org yg mbela agamanya... sahabat-sahabat yg dkasihi ALLAH sekalian, jgn sesekali kita pernah berasa kita jauh dariNYA..kerana kadang2 kebetulan, keuntungan,kejayaan,kegagalan merupakan aturan dari yang Maha Berkuasa...ana doakan kita sama2 menggapai kejayaan di dunia dan akhirat.... salam permulaan, sakura putih 25.06.09 9.45am

Read more

...SELAMAT BERCUTI...


Salam mahabbah buat sahabat2 yang sentiasa dijalan ALLAH,
selamat bercuti pada semua pelajar IPGM KPM...
hiasi diri,jagalah peribadi....
buat sahabat2 yg bertunag...selamat bertunang...
buat sahabat2 yg berkahwin...selamat pengantin baru...
Hari malam gelap-gelita
Pasang lilin jalan ke taman
Sopan santun budaya kita
Jadi kebanggaan zaman berzaman

Pergi berburu sampai ke sempadan
Dapat Kancil badan berjalur
Biar carik baju di badan
Asalkan hati bersih dan jujur

salam ukhuwwah...segugus mawaddah.....


sakura putih
31 Mei 2009
9.30am

Read more

...HALAL@HARAM?...


Salam ukhuwwah buat sahabat2 yg dirahmati ALLAH sekalian....
Alhamdulillah,ana dapat menyelesaikan exam final utk sem3 ini dengan jaya...
he3...insyaALLAH
setakat nie ana redha dgn ketentuan ALLAH s.w.t dengan apa yang dirancang dan diberi..bagi ana setiapa kejadian ada hikmahnya...sebelum berlakunya penyandaran rencana kepada Yang Maha Agung lagi Maha Berkuasa keatas setiap ciptaan nya...kta jangan lupa untuk berusaha sesungguh-sungguhnya...
knapa tajuk artikel kali nie bercerita tentang halal&haram yea...ana bukannya ulama' nak menetapkan sesuatu hukum walaupun ianya telah tercatat dalam al-quran&as-sunnah...cuma anan ingin meluahkan apa yang tersirat di hati dan sanubari ana...
sahabat-sahabat yang dirahmati ALLAH sekalian,
semasa ana menghadapi peperiksaan final utk sem3, ana ada konflik diri dan sahabat2..
masalahnya ialah meniru dalam peperiksaan...walaupun kecil tp masalah ini cukup menghantui ana sedalam2nya...sehinggakn ana menangis untu menahan kegiatan yg dilakukan oleh sahabat-sahabat ana ini...
lebih menyedihkan,tiada rasa bersalah dalam diri akibat daripada perbuatan itu..malahan bertambah suka dan mempunyai keingin untuk bersaing yg tinggi...
jika kita renung kembali, ilmu yg diajarkan oleh guru kepada anak muridnya adalah ikhlas kerana ALLAH..tetapi apa bila berlakunya kebocoran soalan, adakah integriti seorang guru itu berada di tahap yang diimpikan selama ini?
soalan spot, secara lumrahnya memmang tidak dapat dipisahkan ketika study week...kadang2 ana mengakui ana juga mencari sumber untuk soalan spot...
tetapi jika kita fikrkan , soalan spt mungkin sampingan utk membantu kita mengulangkaji..tidak dinafikan, peperiksaan besar seperti stpm,spm, pmr dan upsr turut mempunyai kajian tindakan setiapa tahun untuk menganalisis soalan yang bakal keluar...
dari aspek konflik diri ana tadi...sudahlah mendapat soalan spot, meniru pula sewaktu peperiksaan...adakah halal pointer yg bakal kita perolehi???sama2 kita renung2kn...
secara dasarnya,kebanyakan pelajar ingin bersaing dan menunjuk2 pointer yg diperolehi...mereka akan merasa puas apabila dapat menyaingi sahabat2 mereka...ana keliru dengan keadaan ini, adakah mungkin guru yang mengawasi tidak mempunyai integriti yang tinggi walaupun pelajar2 meniru tidak diberi teguran ataupun kehendak pelajar yang ingin untuk dihormati dan diiktiraf menjadi pelajar yang cemerlang dari segi IQ...dimana pula letaknnya tahap pembangunan SQ dan EQ nya???sama2 kita nilai dan kita fikirkan...
adakah kita salah seorang daripadanya...
ikuti sorotan perbualan ana bersama seorang tenaga pengajar ana tentang perkara yang merunsingkan hati&jiwa ana:

Pelajar : teacher, saya nak tanya apa pendapat teacher mengenai kes tiru-meniru dlm dewan peperiksaan?
Teacher (non-muslim) : nampaknya penghayataan mereka masih kurang lagi....sy agak sedih sekiranya mereka membuat perkara ini.
Pelajar : mcmana yea teacher nak tegur students mcm nie??
Teacher (non-muslim) : cuba kamu tegur dia secara perli..kadang2 mereka ini masih lagi dalam proses belajar...secara teori...mungkin mereka masih tidak sedar kepentingan sebenar peperiksaan.
Pelajar : tp teacher bg pendapat sy, kita ni dah la dapt soalan spot...lps 2 study utk soklan 2 jea..lpas 2 meniru jawapan dalam dewan peperiksaan..&then, bla result kuar, bangga diri dan tidak mahu utk menolong sahabat2 yg lain....hanya bertanyakan pointer orang dan menwar2kan ttg keputusannya pada org lain...sy sedih la sahabat sy mcm ni?
Teacher (non-muslim) : itulah yg selalu sy katakan dalan kelas..teori pilihan Glasser..mereka telah buat pilihan mereka sendiri sebegitu...jd,biar meraka rasa&menanggung akibatnya...bagi sy pelajar cemerlang adalah pelajar yang memenuhi dari aspek IQ,EQ,SQ...dalam ISLAM sendiri, AL-QURAN yang awk selalu baca pun ada menyatakan mengenai hal ini...bg awk adakah ini jalan halal??meniru sewaktu peperiksaan...setiap perbuatan ada balasannya...klu kita tdk mampu utk menegur secara lisan,awk berdoa untuk perubahan sahabat2 awk..

sgt tersentuh hati sy apabila seseorg non muslim mampu utk relate&sedar apa yang ditulis dalam AL-QURAN...adakah kita ini yang membaca AL_QURAN setiapa hari mampu untuk menghayati tentang elemen2nilai2 murni yang telah diwujudkan dalam AL-QURAN...sejauh mana penghayatan kta, jika kita mampu utk menipu&melakukan dosa disebalik tabir walaupun kita tahu yang sebenarnya, ALLAH sentiasa memerhatikan tindak-tanduk kita...adakah hati2 kita belum lagi kuat&teguh dalam menghadapi cabaran&ujian yg dikelirukan atau hati yang digeletek oleh syaitan laknatullah...sama2 kita muhasabah diri..

Meniru di dalam peperiksaan harus dihindarkan.

Ana tidak berhajat untuk menjustifikasikan perbuatan itu dari segi hukum syara’ kerana segalanya jelas. Mengambil manfaat dari usaha orang lain itu adalah kebatilan yang dicegah Islam di dalam konteks muamalah kita sesama manusia.


“Barangsiapa yang tidak berlaku jujur (meniru) maka bukanlah (dia itu) dari kalangan kami” [Hadith riwayat Al-Bukhari]

Tetapi apa yang ana mahu, adalah untuk mengingatkan para pelajar supaya menyimpan maruah dan harga diri mereka.

Save your dignity!

Orang yang biasa meniru di dalam peperiksaan ini rendah harga dirinya. Dan kerendahan harga dirinya itu bakal memberikan implikasi yang pedih di masa hadapan.

Sejauh mana orang ISLAM masa kini akan dihormati sekiranya perkara2 yang mampu menganggu goyahkan iman dalam diri masih lagi tidak dapat dielakkan....sampai bila ISLAM mahu dijadikan teladan, jika hanya khabar buruk masih lagi menghantui...sampai bila genarasi SALEHUDDIN al-Ayubi ketinggalan zaman, jika sekadar berdiri di atas tali yang bila2 akan putus simpulannya...sama2lah kia fikirkan...wallahuallam...

sakura putih
9.12am
31Mei09

Read more

...EXAM FINAL SEM3....


salam peperiksaan buat seluruh pelajar2 IPGM khususnya..
harap anda semua tidak menghadapi tekanan...
anggaplah exam itu sebagai aras untuk mengetahui sejauh mana kefahaman kita...
kita suka menghadapi exam...
so, xdelah stress sgt...
ana nie time exam boleh lg duk tulis blog..he3
yealah best student...(puji diri sendiri-utk naikkan semangat)
4 flat lagis kali..
tp amat musykil la klu student IPGM dpt 4falat coz cara pemarkahan penilai termasuk projek KKBI...xkan markah KKBI dapat full-mark...
klu sesapa yang dapat ana ucapkan tahniah...
ana ada 2minggu di medan peperiksaan..
nie jadual exam ana selaku pelajar IPGM KPM
no giliran: 2008141340082
pusat peperiksaan : IPGM KPM
unit : PISMP SCIENCE
major : SCIENCE
sem : 3

190509-Pengurusan BIlik Darjah & Tingkahlaku
210509-Physics In Context
220509-Hubungan Etnik
250509-Thinking&Working Scientifically
260509-Anatomi&Fisiologi
270509-English

Menjadi tanggungjawab setiap pelajar untuk belajar sepanjang masa, sekiranya ingin mendapatkan kejayaan. Kebolehan sepanjang persekolahan diuji di dalam peperiksaan. Oleh itu, hadapilah peperiksaan dengan persediaan yang rapi supaya kejayaan yang diraih dapat mengukur usaha anda selama ini.

JENIS-JENIS PERSEDIAAN

1. Persediaan Akademik
2. Persediaan Mental
3. Memulakan Peperiksaan
4. Menjawab Soalan



PERSEDIAAN AKADEMIK

Persediaan Akademik terbahagi kepada 3 peringkat yang penting iaitu :

Persediaan Peringkat Awal
Iaitut persediaan disepanjang waktu persekolahan. Ini termasuklah tumpuan semasa di dalam kelas, melengkapkan nota-nota, membaca semua mata pelajaran dan membuat nota. Fahamkan apa yang dipelajari dan rujuk kepada guru jika ada masalah.

Persediaan Peringkat Pertengahan
Iaitu kira-kira 2 bulan sebelum peperiksaan. Elok sekiranya pelajar membaca balik semua nota ringkas dan cuba ringkaskan nota kepada fakta-fakta yang penting sahaja. Buatlah kata-kata kunci untuk setiap nota. Untuk memastikan pelajar mengingati apa yang telah dipelajari, tuliskan kembali apa yang diingati. Pastikan pelajar faham setiap mata pelajaran. Untuk menguatkan ingatan, cuba berbincang dengan kawan-kawan. Buat latihan untuk soalan-soalan lepas bagi membiasakan diri dengan format soalan peperiksaan.

Persediaan Akhir
Iaitu seminggu sebelum peperiksaan. Baca kembali semua nota ringkas. Pastikan anda mengingati semua mata pelajaran peperiksaan. Nota ringkas seharusnya mengandungi kata-kata kunci sahaja. Semak nota sekerap yang boleh sehingga anada dapat menulis kembali isi sesuatu mata pelajaran dengan lengkap.



PERSEDIAAN MENTAL

Malam Peperiksaan

Pastikan anda tidur secukupnya untuk memberi kesegaran pada esoknya.
Kumpulkan keperluan teknikal untuk peperiksaan seperti pen, pensel, pemadam, pembaris, kad pengenalan dan lain-lain. Letakkan ditempat yang senang diambil dan mudah diingati.
Kuatkan azam dan tekad untuk BERJAYA.
Pagi Sebelum Peperiksaan
Jangan lupa ambil sarapan pagi
Datang awal ke tempat peperiksaan iaitu sekurang-kurangnya 15 minit sebelum peperiksaan. Ini bertujuan memberi ketenangan kepada anda.
Sebaik-baiknya jangan berbincang lagi tentang pelajaran dengan rakan-rakan sebelum masuk ke dewan peperiksaan. Perbincangan seperti ini boleh merungsingkan fikiran anda.
Berdoalah agar anda tenang menghadapi peperiksaan dan mendapat kejayaan yang cemerlang.
Masuklah ke dewan peperiksaan dengan disiplin dan keyakinan.
Pastikan tempat duduk anda selesa. Duduk dan tenangkan fikiran anda.

MEMULAKAN PEPERIKSAAN


Dengar arahan pengawas peperiksaan.
Pastikan kertas soalan anda itu lengkap.
Lihat semua soalan.
Tandakan semua soalan yang hendak dijawab (untuk soalan esei).
Tuliskan isi-isi soalan yang hendak dijawab supaya tidak lupa.
Mulakan soalan esei dengan membuat rangka kasar terlebih dahulu.

MENJAWAB SOALAN

Soalan Objektif

Bahagikan masa untuk setiap soalan. Contohnya Bahasa Melayu Kerta 1 (bilangan soalan ialah 60, masa diperuktukan 1 jam 30 minit). Oleh itu masa menjawab 1 soalan ialah 1 minit 30 saat.
Baca soalan dengan teliti. Kesankan perkataan BENAR, TIDAK BENAR, MELAINKAN, KECUALI dan sebagainya.
Lihat semua pilihan jawapan. Tandakan (x) untuk jawapan yang anda pasti salah. Jawapan yang tinggal adalah jawapannya.
Pastikan jawapan ditanda pada petak yang betul.
Jawab soalan yang mudah dahulu. Tandakan soalan yang belum dijawab. Setelah siap, kembali semula kepada soalan susah yang ditinggalkan. Jika masih tidak boleh, tandakan jawapan yang anda rasa yakin.
Jika ingin mengubah jawapan, padamkan dengan bersih dan tandakan jawapan baru dengan elok. Jangan menanda dua jawapan pada satu soalan.
Soalan Esei
Pilih soalan yang paling banyak isi
Kenalpasti bentuk soalan seperti :

BENTUK SOALAN PENERANGAN
Huraikan penerangan terperinci dan jelas
Bincangkan kemukakan kebaikan dan keburukan serta kesan-kesan
Ertikan maksud yang jelas tentang sesuatu istilah
Namakan tulis nama-nama tertentu atau label
Bandingkan faktor yang sama dan tidak sama
Bezakan faktor yang tidak sama
Jelaskan terangkan supaya mudah difahami
Definisikan takrif tentang istilah/frasa dan bagaimana keistimewaan dapat diaplikasikan
Kritik penilaian dan pendapat tentang kebaikan sesuatu fakta atau teori dan bincangkan dengan bukti-bukti sendiri
Analisiskan idea utama, pertalian dan anggapan serta kepentingan
Ilustrasi rajah atau carta untuk menerangkan sesuatu


Mulai menjawab dengan tenang
Jawab semua soalan yang ditetapkan.
Panjang jawapan adalah berdasarkan isi dan masa yang ditetapkan. Jawapan tidak dinilaikan berdasarkan panjang atau pendek esei tersebut tetapi isi dan hujah yang bernas.
Jawab soalan mengikut masa yang ditetapkan. Setiap soalan mestilah seimbang.
Selalu merujuk kepada soalan ketika menjawab supaya jawapan anda tidak menyimpang dari tajuk.
Setelah selesai menjawab, luangkan sedikit masa untuk menyemak. Pastikan nombor soalan yang ditulis adalah betul. Semak ejaan, ayat dan maklumat lain yang tidak jelas.
Tulisan mestilah jelas, kemas dan mudah dibaca.
Tulisan yang jelas membantu menaikkan 'impression' markah.
Persediaan yang rapi serta ketenangan fikiran amat penting di dalam menghadapi peperiksaan. Jadikanlah pepriksaan sebagai kayu ukur di atas persediaan yang anda buat selama ini dan bukanlah sesuatu yang menyiksa dan membebankan. Bertawakkalah kepada Allah, InsyaAllah anda pasti berjaya.

Ana harapkan tahun nie...ada peningkatan pencapaian ana..insyaALLAH...
dengan kekuatan yang ada ana redha&tawakkal kepada ALLAH atas apa ketentuannya...AMEEN...

sakura putih,
230509
10.49pm

Read more

....GURU PEMBINA NEGARA BANGSA....


salam...
pe kabar???
lama xdgr citer ek...
maaf la sibuk skit...
nie pun xtau mcmana blh nak pi menulis blog...
kengkawan suma sibuk study...he3...
ada lagi 2paper...
tapi apa2 pun kita citer2 la skit ttg tema hari guru tahun nie...
sbelum 2 ana nak wish"SELAMAT HARI GURU"
semoga panjang umur&dmurahkan rezki pada
semua guru2 yg pernah ajar ana:
Tadika Kemas Batang Merbau, Tanah Merah, Kelantan
SK Batang Merbau, Tanah Merah, Kelantan
SK Undang Johol, Johol, Negeri Sembilan
SMK Tampin, Tampin, Negeri Sembilan
SMKA Sheikh Hj Mohd Said, Seremban, Negeri Sembilan
International Islamic Univercity (Matriculation Centre-PJ)
Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Perempuan Melayu, Melaka
Suma yang pernah memberi ilmu dan mengajar ana erti kehidupan....
terima kasih cikgu...
sekarang nie ana pula membawa title yang cukup berat amanahnya...
segalanay ketentuan ALLAH, rezeki ana di profesion keguruan adanya...
ok, salah 1 daripada paper exam yang ana ambik ialah paper hubungan etnik...
salah 1 daripada babnya ialah konsep negara bangsa...
bertepatan dgn tema hari guru 2009 "GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"
cukup berat tanggungjawab yang dianugerahkan nie...
jika kita lihat semula definisi neraga bangsa itu sendiri membawa erti yang cukup mendalam...

NEGARA bermaksud...

Kehidupan dalam sesebuah wilayah bersempadan
& diperintah oleh satu badan politik
dengan mempunyai perlembagaan &
undang-undang tersendiri

BANGSA bermaksud...

Satu komuniti orang ramai (komuniti politik) yang terbentuk dalam sejarah, dipertautkan melalui perkongsian wilayah bersama, ekonomi bersama, serta mempunyai unsur-unsur subjektif bersama… yang merangkumi bahasa, budaya, sastera dan nama bersama yang dikongsi bersama
Abdul Rahman Embong, 2001

NEGARA BANGSA
Pembentukan berasaskan kepada proses penyatuan bangsa serta diperkuatkan lagi dengan persempadanan wilayah tertentu sebagai identiti. Lahir pada zaman moden di mana penduduknya daripada pelbagai etnik.

Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.

Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.

Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.

Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.

Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.

Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.


LOGO HARI GURU



Putih : Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.
Perak : Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.
Kuning: Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan.

Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.

Merah : Menunjukkan keteguhan semangat.
Biru : Menunjukkan perpaduan muhibah.

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA
Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota
Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya
Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta
Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia
Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi

Tema ini dipilih berdasarkan peranan guru sebagai pendidik terbukti telah memainkan peranan utama dalam memperjuangkan dan mengekalkan kemerdekaan serta kedaulatan negara melalui sistem pendidikan dan seterusnya membangunkan negara sehingga dikagumi oleh dunia luar. Guru menjadi harapan bagi memastikan pembentukan jati diri pelajar yang kukuh, berdaya saing, berkeyakinan tinggi dan berpegang teguh kepada agama dan nilai sejagat . Pelajar-pelajar akan menjadi warganegara yang berfikiran global dengan tidak mengesampingkan ciri-ciri tempatan justeru mampu bersaing dengan kepesatan dan 'kesesakan' dunia luar. Kecekapan dan keberkesanan peranan guru menerusi sistem pendidikan mampu membina negara bangsa yang berjaya. Tema ini bermatlamatkan hasrat untuk memperkasakan peranan guru dalam mewujudkan pembangunan dan modal insan.
Guru-guru perlu memandang ke hadapan berbekalkan visi dan misi yang jelas demi kebahagiaan generasi akan datang di negara yang berdaulat ini. Negara bangsa yang unggul mampu menghasilkan satu ketamadunan yang memiliki masyarakat yang berdisiplin, berhemah tinggi, berilmu, beriman serta berakhlak mulia. Usaha untuk mencapai pembentukan tamadun yang tinggi peradabannya ini, memerlukan kesegaran dan pembugaran budaya berfikir. Budaya ini terarah untuk mewujudkan rakyat yang bertanggungjawab serta kukuh akidah mereka. Pentradisian budaya berfikir merupakan anak kunci bagi kemajuan dan keunggulan sesebuah negara.
Kecemerlangan akademik belum bermakna kecemerlangan kehidupan. Semata-mata berpaksikan kecerdasan otak, kemahiran teknologi belum dapat melindungi manusia daripada sifat-sifat kejahilan, kebebalan dan kehaiwanan. Guru bertanggungjawab memastikan bahawa ilmu yang memuncak tanpa iman dan hidayah llahi boleh mendorong manusia menjadi makhluk pintar tetapi perosak dan berbahaya. lnsan yang berkemahiran dan berakhlak mulia adalah insan yang diharapkan mampu memanfaatkan ciptaan Allah untuk kepentingan manusia sejagat. Pada hakikatnya kecemerlangan sahsiah manusia adalah berasaskan kepada kesepaduan ilmu, amal dan iman.
Guru-guru mempunyai peranan yang utama lagi mulia dalam memindahkan dan mentransformasikan ilmu yang baik, meninggikan adab, serta sikap murni yang diredhai Allah, memberi petunjuk ke arah jalan yang benar dan sebagai pemudahcara proses pembelajaran. Sejauh manakah teras ini mampu diperkukuh dan disepadukan demi pembinaan negara bangsa?

Selagi masih ada bakal2 guru @ guru2 yang telah diiktiraf sebagai guru merungut, mengeluh dan mempertikaikan apa yang berlaku adakah pengiktirafan guru sebagai pembina negara bangsa itu bertepatan????selagi sterotaip yang menyatakan kerja guru hanya sehingga 1.30pm berkelangsungan....adakah objektif sebenar guru sebagai pembina negara bangsa itu mapan???selagi masih ada guru mempertikaikan gaji dan usaha yang dijalankan...adakah ilmu yang diberikan itu halal???selagi mana kita sebagai guru-guru tidak melakukan langkah awal untuk perubahan....mana perginya negara bangsa yang ingin ditegakkan...
sama-sama kita gerakan 1 transformasi yang berkesan untuk mencapai erti kata sebenar negara bangsa....

salam perpaduan,
sakura putih
230509
10.11am

Read more

al-fatihah buat ibu


salam....
sahabat apa khabar??
skrg nie ana agak sbuk dgn aktiviti di institut,,
tambahan pula,skrg minggu ulangkaji..."study week"...
entah bile la nak habis....sampai tertido2 study..klu xdpt 3.5 above xtau la nak kata pe...he3
hari nie ana nak crita berkenaan dgn "Hari IBU"...walaupun agak terlambat tp hati ana nie meronta2 ingin meluahkan apa yg tersirat...
ana time nie kat library..bru hbis khatamkan buku "hubungan etnik"...he3...
mengantuk..jd nie lah langkah terbaik utk buka biji mata ana nie..
sahabt sekalian...
tidak akan hadir kita di dunia ini tanpa seorg ibu dan ayah melainkan nabi ISA a.s yg sememangnya kita tahu itu adalah salah 1 bukti kekuasaan ALLAH s.w.t
ana sudah tidak dapat lagi merasai kasih-sayang dan belaian seorg ibu...230207,arwah ibu ana meninggalkan suaminya dan 5 org zuriat yg diiharapkan mmpu utk memberi kebahagian kpd kehidupannya di alam barzakh sana...ana mmg terasa kehilangannya..tiada siapa yg mampu utk mengantikannya...atas alasan penyakit "paru2 berair"...semuanya tinggal kenangan...memori mengerjakan umrah bersama..bercerita keadaan di asrama...berkongsi pencuci muka...kdg menerbitkan kerinduan yg mmbara..ana pulang ke rmh tp tiada senyuman@sapaan syg dari ibu..meruntun hati ana bila melihat adik2 ana yg masih dahagakan kasih-syg seorg ibu yg bernama "Ramlah bt Zakaria"...setiap kali ana balik mesti ziarah kubur arwah...xboleh ana nk gambarkan bagaimana rasanya ketiadaan seorg ibu...
Sebagaimana yang diketahui, kedudukan ibu begitu tinggi nilai serta martabatnya pada pandangan Allah. Sepertimana kalam Allah yang terpateri di dalam Al-Qur’an yang berbunyi :“Dan TuhanMu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.”(surah al-Isra’ : ayat 23). Begitu tinggi sanjungan dan istimewanya penghormatan Islam terhadap martabat dan kedudukan ibu. Tanpa ibu, siapalah kita. Semua makhluk mempunyai ibu. Tiada satu makhluk pun yang tidak mempunyai ibu hatta tumbuhan yang membiak melalui pertunasan pun membiak melalui induknya. Siapa induk itu? Induk itulah ibu. Kita pernah mendengar anak yang dilahirkan ke dunia ini tanpa ayah, sebagaimana kisah Nabi Allah, Nabi Isa a.s tetapi kita tidak pernah mendengar anak yang dilahirkan tanpa ibu. Maha Suci Allah. Muliakanlah ibu-ibu kami.Tanpa ibu, kehidupan kita langsung tidak mempunyai apa-apa.
Semasa mengandung, ibulah adalah insan kuat yang menanggung segala jenis penderitaan selama sembilan bulan demi kelangsungan hidup zuriat yang dikasihinya.Walaupun si ibu ini tahu betapa peritnya cabaran yang akan ditempuhinya, namun demi anak-anak tercinta semua itu ibarat paku-paku kecil atas sebatang jalan dan si ibu perlu mengutip setiap paku dan dalam proses pengutipan paku tersebut, kemungkinan besar si ibu terluka dan tercedera, namun demi untuk mencapai impiannya melihat anaknya hidup selesa dan selamat, si ibu sanggup mengorbankan seluruh hidupnya hatta nyawanya demi anak-anak. Nah, si anak! Apa yang pernah dilakukan oleh kita bagi membayar setiap detik kesengsaraan yang dilalui oleh ibu kita. Tidak ada satu pun harta serta barangan yang paling bernilai harganya di dunia ini boleh membayar setiap jerih perit si ibu. Sepertimana yang dinukilkan di dalam Al-Qur’an, “Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya. Ibunya yang mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun. (Dengan demikian) bersyukurlah kepadaKU dan kedua ibubapamu. Hanya kepada-KU tempat kembalimu.”(surah Luqman ayat,14)Maksud ayat berkenaan ialah memang wajib ke atas kita sebagai anak untuk menghargai pengorbanan ibu yang sangat besar nilainya hingga tidak terdaya bagi kita untuk membayar balik atau membalas kembali segala-galanya yang ibu korbankan untuk kita. Kesihatannya, keselamatannya, masanya, hartanya malah seluruh dirinya dan hidupnya untuk anak tercinta.

Persoalannya kini, bagaimana pula pengorbanan anaknya untuk menghargai dan membalas balik jasa serta pengorbanan ibu yang tidak terhitung ini. Inilah persoalan yang wajib perlu direnung setiap anak apakah mereka sudah menunaikan kewajipan terhadap ibunya.Dewasa ini, banyak kes yang kedengaran yang membuktikan ramai generasi muda hari ini semakin mengabaikan tanggungjawab dan penghormatan terhadap ibubapa mereka. Contohnya di Jepun, antara salah satu syarat utama kenaikan pangkat atau gaji dikalangan kakitangan kerajaan adalah dinilai bagaimana mereka menjaga kebajikan kedua ibubapa mereka di kala usia senja mereka.Melihat situasi ini, jelaslah kepada kita bahawa kejatuhan nilai murni dikalangan generasi muda semakin meruncing dan membimbangkan bukan sahaja di negara kita Malaysia malah seluruh dunia amnya.

Generasi Muda tidak seharusnya melayani ibubapa mereka sebegitu. Adakah patut kita membalas jasa ibubapa yang melayan kita sejak kecil lagi ibarat menatang minyak yang penuh selama beberapa tahun, bersengkang mata sepanjang malam demi menjaga anak tersayang ketika sakit. Seluruh masa rehatnya dikorbankan untuk anak-anaknya.Tapi kita sebagai anak, membuktikan kasih sayang kita kepada ibu dengan memukul ibu, menghantar ibu ke pusat jagaan dan rumah orang tua, menghina serta mengherdik ibu di kala ibu dalam keadaan lemah dan tidak berupaya seperti masa dulu.Itukah yang patut dilakukan oleh seorang manusia yang bergelar anak? Adakah relevan pada pandangan insani, perbuatan yang baik dibalas dengan perbuatan buruk, madu diberi tuba dibalas, nikmat dikurnia, azab dirasa.Perlu diinsafi, kedudukan ibu sebagai insan yang tinggi kedudukan dan martabatnya sehingga Rasulullah SAW pernah menegaskan bahawa syurga itu berada di bawah telapak kaki ibu. Ini bermakna seseorang anak tidak akan dapat merasai nikmat syurga melainkan dengan keredhaan ibu. Sabda Rasulullah SAW yang lain berbunyi “ Keredhaan Allah itu terletak pada keredhaan kedua ibubapa kita”.

Demikian itu, jelaslah bagi kita, selama mana kita tidak diredhai oleh ibubapa selama itu juga, kita hidup dalam kemurkaan dan kederhakaan kita terhadap Maha Pencipta sepertimana kisah Alqamah pada zaman Rasulullah, kisah si Tanggang dan Malin kundang di Nusantara.Bukan harta benda bertimbun-timbun serta segunung emas yang si ibu itu mahukan agar jasa dan baktinya dikenang serta dibalas.Tapi, cukuplah bagi mereka sedikit perhatian dan belaian kasih daripada anak kesayangan mereka di saat usia senja mereka. Saat ini perlakuan orang tua akan kembali ke alam kanak-kanak, di mana mereka amat memerlukan perhatian dan belaian kasih sayang sepertimana anak-anak kecil perlukan.

Perlakuan mereka, si ibubapa ini kadang-kadang membuatkan anak-anak yang sudah mengenali dunia ini terasa terbeban dan merasakan ibu ini menyusahkan mereka lalu mulalah timbul perasaan marah dan benci kepada ibu.Sedarkah kamu, anak-anak, siapa yang disampingmu ketika dirimu terasa disakiti, dicaci, dihina. Siapakah yang bersusah payah bangun di awal pagi menyediakan sarapan serta kelengkapan sekolah kamu dahulu? Siapa yang mengadaikan barangan kemas untuk dibuat biayaan kamu di institusi pengajian tinggi? Siapakah yang bersusah payah mencari duit untuk menampung perbelanjaan kahwinmu? Adakah insan itu sahabat karibmu di sekolah? Adakah insan itu kekasihmu yang baru beberapa bulan dan tahun kau bermadu kasih? Insan mulia ini tidak lain ialah ibu kamu.Siapakah ibu di hatimu anak-anak? Adakah insan ini yang hanya menyusahkan dan memalukan kamu di saat dirimu cemerlang, berjasa dan dikenali orang? Inikah tempat letaknya kedudukan ibu di hatimu anak-anak? Inikah nilai ibumu di hatimu anak-anak?Adakah pada hari ibu sahaja, kita patut menzahirkan perasaan kasih sayang terhadap si ibu? Adakah pada hari ibu sahaja untuk kita mencium, memeluk mesra dan mengucapkan ucapan keramat “Terima kasih,ibu”.

Perlu kita muhasabah diri, bilakah kali terakhir kita menanyakan khabar berita dari ibu, bilakah kali terakhir kita mencium, memeluk mesra dan meminta maaf dari ibu? Tapi untuk insan lain, kita rela berkorban masa dan harta demi menjaga hati dan perasaan mereka. Tapi untuk ibu kita yang mengorbankan seluruh hidupnya untuk melihat kita selamat dunia dan akhirat, apa yang pernah kita lakukan untuk gembirakan hati si ibu ini.

Koreksilah dirimu anak-anak.“Di saat kau lena, dia berjaga...kau bersenang, dia bekerja...untukmu tiada terbatas...memberi, tidak mahu dibalas...ingin dibinanya untukmu kehidupan yang sempurna...punyai kekuatan jiwa...punyai maruah...leterannya dari rasa luhur...menegur sebelum terlanjur...itulah yang diwarisi...pesan ibu terpahat di hati...beringat-ingatlah...berpesan-pesan untuk kebaikan...marah bukan kebencian...tapi, tanda SAYANG...engkau semakin dewasa...berjiwa merdeka...Sedang dia semakin tua...membilang usia...di saat kau berjaya...dia tiada berdaya...semoga kau tak lupa...jasa bonda...

ana harapkan sahabt2 ana yg msih mempunyai ibu..teruskan kasih-syg antunna semua..jgn dilupakan kasih ibu...hargailah selagi antunna mampu bersama mereka..raikan kehadiran ayah dan ibu antunna...buat yg senasib dgn ana anggaplah ketiadaan ibu sbagai tanda pelengkap kehidupa...setiap yg hdup pasti akan mati..dan ingat, doa anak yg soleh mampu memberikan kedamaikan kepada roh arwah di sana..itulah pertalian kasih-sayang kita kepadanya...

AL-FATIHAH buat ibu,mak,mama,ummi,
ARWAHYARHAMAH RAMLAH BT ZAKARIA

salam kerinduan,
sakura putih
120509
443pm

Read more

...AMEEN kan bersama-sama...

BISMILLAAHIR RAHMAANIR RAHIIM...

Ya Allah Ampunkan Dosa-Dosa Kami
Ya Allah Tutupkanlah Kesalahan-Kesalahan Kami
Ya Allah Tukarkanlah Keburukan-Keburukan Kami Kepada Kebaikan-Kebaikan
Ya Allah Engkau Masukkan Hakikat Iman Dalam Hati Kami
Ya Allah Engkaukan Kurniakan Sifat-Sifat Iman Dalam Diri Kami
Ya Allah Engkau Kurniakan Pengikhtirafan Mu Pada Kami
Ya Allah Kurniakan Kami Hubungan Yang Khusus Dgn Zat Mu
Ya Allah Engkau Milik Kami Dan Kami Milikmu Ya Allah
Ya Allah Bantu Kami Dengan Amalan-Amalan Yang Engkau Redhai
Ya Allah Tetapkan Kami Dengan Amalan-Amalan Yang Engkau Redhai
Ya Allah Kurniakan Istiklas Dan Istiqamat
Ya Allah Engkau Satukan Umat Ini Dengan Usaha Dakwah
Ya Allah Engkau Jadikan Setiap Individu Umat Ini Daee Agama Mu
Ya Allah Kurniakanlah Kepedihan Atas Keruntuhan Agama Dalam Hati-Hati Umat Ini
Ya Allah Engkau Gunakan Setiap Kemampuan-Kemampuan Kami Dalam Kerja Agama
Ya Allah Engkau Gunakan Umat Ini Untuk Buat Pengorbanan Untuk Agama Mu
Ya Allah Engkau Kurniakan Hidayah Pada Seluruh Umat
Ya Allah Engkaulah Yang Satu-Satunya Yang Membuat Tarbiyah Hakiki Hanya Tarbiyahmulah Yang Hakikat Tarbiyah. Ya Allah Tarbiyahlah Umat Ini Dengan Sebaiknya
Ya Allah Engkau Kurniakan Kami Dgn Kehidupan Sunnah Nabi Saw
Ya Allah Engkau Hidupkan Kehidupan Sunnah Nabi Saw Pada Umat
Ya Allah Engkau Kurniakan Kebencian Dalam Hati Kami Cara Kehidupan Orang Kafir Dan Hidupkan Sunnah-Sunnah Dalam Diri Kami
Ya Allah Keluarkanlah Sifat Kehaiwanan Dan Tidak Berakhlak Dari Kami
Ya Allah Kurniakan Sifat Insaniyah Dalam Diri Kami
Ya Allah Tunjuklah Setiap Individu Umat Ini
Ya Allah Amkan Hidayat Pada Seluruh Umat
Ya Allah Luaskanlah Jalan-Jalan Hidayat
Ya Allah Tutupkanlah Pintu-Pintu Bathil
Ya Allah Hancurkanlah Suara-Suara Bathil
Ya Allah Engkau Gagalkanlah Rancangan-Rancangan Bathil
Ya Allah Peliharalah Usaha-Usaha Agama Ini, Rakan-Rakan Usaha Agama, Markas-Markas Usaha Agama, Masjid-Masjid Buat Usaha Agama, Madrasah-Madrasah Dan Semua Pergerakan-Pergerakan Agama Yang Haq
Ya Allah Bantulah Kami Dengan Setiap Langkah Kami
Ya Allah Tunjuklah Kami Dengan Setiap Langkah Kami
Ya Allah Kurniakan Taufik Untuk Buat Kebaikan-Kebaikan
Ya Allah Bantu Kami Dengan Usaha-Usaha Agama Yang Penting
Ya Allah Kurniakan Keampunan, Tutupkan Kesalahan-Kesalahan Kami, Mudahkanlah Kami .
Ya Allah Kurniakanlah Ihsan Mu Pada Kami.
Ya Allah Mudahkan Urusan Kami Dengan Fadhil Mu
Ya Allah Tanamkan Keyakinan Atas Nusrah Ghaibmu Dalam Hati Kami Dan Kau Turunkan Nusrah Ghaibmu Pada Kami.
Ya Allah Dimana Perlunya Hujan, Engkau Turunkan Hujan Rahmatmu ( 3x )
Ya Allah Jangan Pandang Umat Ini Dengan Pandangan Murka Mu Lihatlah Umat Ini Dengan Pandangan Ihsan Mu
Ya Allah Jadikan Umat Ini Menyesal Atas Dosa-Dosa Yang Dilakukan Dan Kurniakan Umat Ini Taufik Untuk Bertaubat
Ya Allah Jangan Hindarkan Rahmat / Ihsan Mu Pada Umat Ini
Ya Allah Kasihanlah Dan Rahmatilah Umat Ini. Kau Turunkan Hujan Rahmatmu ( 3 X )
Ya Allah Keluarkanlah Harapan Dalam Hati Kami Pada Ghair, Kurniakan Kami Mtaufik Untuk Mengambil Manafaat Terus Dari Zat Mu
Ya Allah Keluarkanlah Yakin Salah Pada Makhluk Dalam Hati-Hati Kami Dan Tetapkan Kami Dalam Metaati Perintah-Perintah Mu
Ya Allah Pada Orang-Orang Yang Ada Masalah Hutang, Engkau Bantulah Mereka Dengan Pertolongan
Ghaibmu Untuk Menyelesaikan Masalah Mereka.
Ya Allah Engkau Sembuhkanlah Orang-Orang Yang Sakit
Ya Allah Engkau Keluarkanlah Kelemahan-Kelemahan Zahir Dan Batin Kami
Ya Allah Engkau Kurniakanlah Kekuatan Zahir Dan Batin Kami
Ya Allah Pada Mereka Yang Ada Masalah Mahkamah Engkau Bebaskanlah Dari Masalah Mereka
Ya Allah Kurniakanlah Fikir Akhirat Dalam Hati-Hati Umat
Ya Allah Hapuskanlah Kelalaian Dalam Diri Kami
Ya Allah Kurniakanlah Fikir Akhirat Dalam Hati Kami
Ya Allah Dengan Ihsan Mu / Rahmat Mu Terimalah Doa Kami


( Ehsan Dari Teman Yang Pulang Khidmat Dua Bulan Di Markaz Nizamuddin )
COPYRIGHT : USTAZ HAMBALI

Read more

...watikah buat mempelai....



salam mahabbah...
030509 hari tu sepupu ana yg perempuan bertunag...meriah betul macam dah kahwin plk...first time keluarga belah arwah mak ana buat kenduri bertunang...klu ikutkan adat negeri sembilan, orang lelaki (yg bertunang) tak boleh dtg ke rumah...menjaga adab katanya...mmg cantik adat org dulu2...tp time skrg dah xde...lgpun bakal suami akak sepupu ana org KL, dah la sesat time hari 2..lambat jg majlis mula..he3 Klakar betul...mcamana la bakal suami akak sepupu ana tu xdtg skali...nurse combine dgn FRU..oklah 2..muka pun dah dekat2 nk sama..sama cantik sama padan...
ana teringat buku yg ditulis oleh fatimah syarha: PEMILIK CINTAKU SETELAH ALLAH&RASULLAH...sgt cantik susunannya...ya ALLAH, ana teringin utk menjadi watak wanita yg digambarkan dalam buku itu...sgt menakjubkan...sehinggakan ana terasa diri ana amat kerdil jika dibandingkan dgn watak wanita yg dikatakan...sungguh cantik apa yg telah direncanakan oleh ALLAH s.w.t...betullah ayat yg telah diturunkan dalam al-quran :

surah an-Nur ayat 26, Allah s.w.t. berfirman maksudnya: "Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji. Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik....." (baca hingga ke akhir ayat) Ayat ini diturunkan bersempena dengan peristiwa "al-ifki", iaitu ketika Sayyidatina 'Aisyah r.a. difitnah oleh puak-puak munafiq di Madinah telah melakukan perbuatan curang dengan seorang sahabat yang baik bernama Sofwan bin Mu'attol.

Allah s.w.t. mempertahankan kesucian 'Aisyah r.a. dan menegaskan bahawa jika benarlah 'Aisyah itu jahat, masakan dia dapat mendampingi seorang manusia paling suci seperti Muhammad s.a.w. dan amat disayangi pula oleh baginda? Pengajaran yang dapat diambil dari ayat ini ialah hubungan intim antara pasangan suami isteri itu hanya berlaku apabila wujud persamaan dari segi akhlak serta cara hidup. Orang yang mulia akhlaknya tidak akan bahagia di sisi orang yang jahat dan begitulah sebaliknya.

Ini tidak menafikan adanya jodoh antara dua insan yang berbeza matlamat serta cara hidupnya seperti Asiah dengan Fir'aun dan pasangan-pasangan lain yang dapat kita saksikan sepanjang sejarah manusia. Semua itu adalah ujian. Lagipun hati manusia ini sering berbolak balik. Hari ini baik, esok berubah, kemudian kembali baik semula. Allahu A'lam.

Setiap sesuatu yang Allah ciptakan di muka bumi ini diletakkan dasar-dasarnya serta peraturan-peraturannya. Sekiranya peraturan-peraturan ini ditaati dan diikuti, maka baiklah ia. Sebaliknya, sekiranya peraturan-peraturan ini dilanggar, bahkan diseleweng sedikitpun, maka akan porak-perandalah dunia ini. Pergantian siang dan malam, turunnya hujan, gerhana matahari dan bulan – semua ini berjalan mengikut kadar yang ditetapkan Allah untuk memenuhi hikmah-hikmah yang tertentu. Begitulah juga dengan penciptaan lelaki dan perempuan, diciptakan demi memenuhi hikmah-hikmah tertentu. Sebagaimana ciptaan Allah yang lain, ada peraturan-peraturan dan dasar-dasar yang perlu dipatuhi untuk menjamin keutuhan masyarakat.

Pernikahan merupakan suatu yang dianggap suci. Islam mengiktiraf perkahwinan di antara lelaki dan perempuan dalam mana-mana agama kerana ia memastikan keturunan manusia itu tetap suci, berkembang dengan baik dan bebas daripada unsur-unsur yang memporak-perandakan. Perkahwinan dalam islam dianggap sebagai ‘perjanjian yang kuat’ atau mitsaqan ghaliza kerana ia adalah sebuah perjanjian yang suci yang ikatannya amat kukuh dan kuat; disertai tanggungjawab-tanggungjawab yang harus dipikul oleh kedua-dua bakal mempelai, terutama pihak lelaki. Melalui perkahwinan, terikatlah hubungan yang sah di antara lelaki dan perempuan; bersama-sama menempuh kehidupan meneruskan perjuangan sebagai hamba Allah di muka bumi serta menghasilkan anak-anak yang bakal meneruskan perjuangan untuk Islam. Ikatan ini memberi maksud bahawa kedua-dua pengantin bukan sekadar berkahwin sesama mereka sahaja, tetapi telah ‘berkahwin’ dengan seisi keluarga pengantin, secara langsung dan tak langsung meluaskan lagi ukhuwwah islamiah di antara umat islam.

“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.”
(Ar-Rum: 21)

Jika kita amati, banyak hadith-hadith yang menggalakkan perkahwinan dan menunjukkan kelebihan serta keistimewaan berkahwin. Nabi Muhammad saw menyebutkan perkahwinan sebagai satu sunnahnya yang ia sukai, dan barangsiapa yang tidak mahu berkahwin, maka ia bukanlah daripada golongan Nabi (umat Islam). Bahkan, Nabi pernah menegur seorang sahabat yang hanya mahu menghabiskan seluruh siang dan malamnya untuk beribadah semata-mata dan tidak mahu berkahwin.

“Apabila seseorang hamba telah berkeluarga, bererti dia telah menyempurnakan separuh daripada agamanya. Maka takutlah kepada Allah terhadap separuh yang lain.”
(Hadith riwayat At-Tabrani)

Dunia era dewasa ini merupakan suatu zaman yang begitu mencabar bagi para pemuda dan pemudi. Pemuda-pemudi dikelilingi oleh suatu persekitaran yang menggoda yang membangkitkan nafsu syahwat – pendedahan aurat yang meluas dan bebas melalui papan-papan iklan, majalah-majalah, program-program televisyen yang melata. Ditambah lagi dengan rancangan televisyen yang menayangkan perhubungan lelaki perempuan yang bebas yang menyebabkan sensitiviti muda-mudi terhadap bahayanya pergaulan yang tidak dibatasi syara’ menjadi tumpul. Lanjutan daripada itu, terlalu banyak rancangan televisyen yang menayangkan kisah-kisah cinta yang membawa muda-mudi ke kayangan khayalan, membuai mereka dengan mabuk cinta yang palsu. Sedangkan tiada cinta seindah cinta selepas perkahwinan (percayalah cakap kami… J). Semua godaan ini, pada hakikatnya adalah sukar untuk ditempuhi dengan berjaya oleh muda-mudi sekiranya tidak dibimbing dengan didikan dan amalan agama yang kuat. Kami, saya dan Ulfa, sebagai pelajar yang pernah belajar di luar negara, lebih-lebih lagi merasai hakikat ini. Di sebuah negara yang budaya hedonistiknya yang begitu hebat, benar-benar boleh merosakkan jiwa dan iman para pelajar. Malahan keadaan di tanah air pun tidak kurang hebatnya. Maka di sinilah datangnya sunnah Nabi Muhammad saw yang akan menyelesaikan banyak masalah ini, bahkan pula mendatangkan manfaat, iaitu perkahwinan.

Pada usia 23 tahun, perkahwinan dianggap sebagai masih muda atau terlalu awal. Bahkan dikatakan perlu mencapai usia atau keadaan ‘matang’ dahulu sebelum berkahwin. Bahkan, kami lebih meyakini, malah disokong ramai, bahawa seseorang itu tidak akan benar-benar matang dalam erti kata yang hakiki sehinggalah dia berkahwin. Ini kerana dengan berkahwinlah barulah dunianya yang dahulu hanya memikirkan tentang urusan sendiri sahaja, tetapi setelah berkahwin, dia perlu memikirkan tentang keadaan pasangannya. Segala keputusan yang diambil, perlu difikirkan dengan masak kerana ia akan memberi kesan bukan sahaja kepada dirinya, bahkan kepada pasangannya dan juga anak-anaknya nanti. Secara langsung, bentuk pemikiran ini mendorong dan membentuk untuk memajukan lagi cara berfikir dan meluaskan lagi skop pandangan seseorang.

“Kahwinkanlah orang-orang yang masih sendirian di antara kamu, sesungguhnya Allah akan memperbaiki akhlak mereka, meluaskan rezeki mereka dan menambahkan keluhuran mereka.”
(Maksud Hadith)

Usia yang muda bukanlah penghalang untuk melaksanakan perkahwinan, kerana Islam tidak pernah meletakkan had umur untuk itu. Perkahwinan dalam Islam adalah objective oriented, iaitu demi untuk mengelakkan daripada kerosakan melata di muka bumi hasil daripada pergaulan bebas dan cinta khayalan. Menurut sejarah, mana-mana tamadun yang zina berleluasa dalamnya, tidak akan bertahan lama dan menuju kehancuran. Dan kita pun tahu bahawa zina itu bermula dengan pergaulan bebas yang tidak terjaga. Bahkan islam melarang untuk mendekati zina, apatah lagi melakukan zina itu sendiri. Dalam satu hadith Nabi s.a.w., Baginda memberi pesan kepada ibu bapa: “Apabila seorang lelaki yang kamu redhai agamanya dan akhlaknya meminang (anak perempuanmu), nikahkanlah dia. Apabila engkau tidak menikahkannya, nescaya akan terjadi fitnah di muka bumi dan kerosakan yang meluas.” (Hadith riwayat At-Tarmizi). Sahabat bertanya kembali kepada Nabi, sekiranya orang yang datang meminang itu miskin dan buruk rupanya. Maka, Nabi mengulang kembali hadith tadi. Di sini, kita dapat lihat bahawa isu harta, keturunan dan yang seumpamanya bukanlah perkara yang utama. Tetapi yang lebih penting adalah untuk menjaga anak-anak muda ini supaya terpelihara iman mereka, secara tak langsung juga mewujudkan masyarakat yang harmonis.

Firman Allah dalam Surah At-Talaaq, ayat 2; “Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).” Saya juga meyakini kata-kata Nabi bahawa makanan untuk seorang cukup untuk dua orang, makanan untuk dua orang cukup untuk empat orang. Di sini, masyarakat juga memainkan peranan penting dalam mempermudahkan urusan perkahwinan sesuatu pasangan dengan meletakkan mahar yang rendah (Sesungguhnya di antara keberkahan wanita ialah kemudahan peminangannya dan kemudahan maharnya – Hadith riwayat Ahmad); mempermudahkan urusan perkahwinan dalam aspek urusan-urusan pra-perkahwinan, kenduri dan sebagainya (Sebaik-baik pernikahan adalah yang paling mudah – Hadith riwayat Abu Daud). InsyaAllah, sekiranya individu dan masyarakat bekerjasama, kita fokuskan kembali kepada dasar perkahwinan itu sendiri dan meninggalkan ukuran-ukuran materi, insyaAllah kita akan berjaya mewujudkan satu masyarakat yang harmonis, terpelihara daripada unsur-unsur yang merosakkan.

“Bukan termasuk golonganku orang yang merasa khuatir akan terkongkong hidupnya kerana menikah, kemudian tak menikah.”
(Hadith riwayat At-Tabrani)

akhirul kalam....
semoga kita sentiasa dibawah jagaan dan pemerhatian ALLAH s.w.t
pilihlah jalan yg tidak membuatkan kita berasa bersalah pada ALLAH....

sakura putih,
11.44am
050509

Read more

...pameran SAINS buka minda pelajar...


salam...
minggu lepas baru jea berlangsung program pameran sains dibawah jabatan SAINS yg dikelolakan oleh pelajar PISMP SC SEM5, PISMP SC SEM3 dgn PPISMP SC SEM2...selama dua hari iaitu bermula 28-29 april 09...bertemakan "exploring science" banyak perkara yg ana belajar..ana AJAK utk biro peralatan&teknik..kiranya klu xdelah biro perlatan nie..xbejalan program nie...he3 Penting jg lah..mana nk cari panel board, mana nak cari tiang batu...macam2...yg paling ana hargai sgt2...ana jd MC utk majlis perasmian oleh YB Dato' Yaakub b Md. Amin, EXCO penidikan negeri melaka...puas jg malam 2 ana belatih dgn KJ SAINS...yealah...buah cempedak diluar pagar, ambik galah tlg jolokkan,sy bdk baru belajar,klu salah tolong tunjukkan...he3 Mmg itulah pengalamn yg xblh lupa..byk yg ana blajar..skrg nie dah boleh buat cue utk majlis..bestny..1peluang yg sgt bguna...insyaALLAH apa yg dipelajari dapat diaplikasikan pada masa akan dtg...
sains mmg xdapt nk dipisahkan...
Perkembangan ilmu pengetahuan dan teknologi telah berjalan dengan demikian cepat. Sementara itu, pemahaman yang terkait dengan pengembangan teknologi yang mendasarkan pada keimanan berjalan lebih lambat. Para ilmuwan berargumentasi bahwa semua penelitian dilakukan dengan langkah yang dapat dipertanggungjawabkan, sebaliknya para agamawan lebih sibuk membicarakan persoalan akhirat dan pesan-pesan moral. Tidak heran jika selalu terjadi benturan antara ilmu pengetahuan dan agama.

Kaum agamawan memerlukan etika dalam arti, memakai akal budi dan daya pikirnya untuk memecahkan masalah bagaimana harus hidup kalau ia mau menjadi baik. Orang beragama diharapkan menggunakan anugerah Sang Pencipta, yaitu akal budi. Jangan sampai akal budi dikesampingkan dari agama. Oleh karena itu kaum agamawan yang diharapkan betul-betul memakai rasio dan memahami ilmu pengetahuan serta kemajuan teknologi.

Pada sisi lainnya, kemajuan ilmu pengetahuan dan teknologi tidaklah dapat menjawab semua hal. Memang sains tidak dimaksudkan seperti itu. Hal yang membuat sains begitu berharga adalah karena sains membuat kita belajar tentang diri kita sendiri (Leksono. 2001). Oleh karenanya diperlukan kearifan dan kerendahan hati untuk dapat memahami dan melakukan interpretasi maupun implementasi teknologi dan ilmu pengetahuan manusia. Albert Einstein berkata dalam salah satu pidatonya bahwa ilmu pengetahuan tanpa agama lumpuh, agama tanpa ilmu pengetahuan buta. Pergulatan Einstein dengan sains membawanya menemukan Tuhan. (Rakhmat. 2003).

Perkembangan sains dan ilmu pengetahuan manusia diilhami dari tumbuhnya sikap pencerahan rasional manusia sebagai masyarakat modern, dan dikenal sebagai sikap rasionalime. Dengan pandangan rasionalisme, semua tuntunan haruslah dapat dipertanggungjawabkan secara argumentatif (Suseno. 1992).

Ciri paling utama dalam rasionalisme adalah kepercayaan pada akal budi manusia. Segala sesuatu harus dapat dimengerti secara rasional. Sebuah pernyataan hanya boleh diterima sebagai sebuah kebenaran apabila dapat dipertanggungjawabkan secara rasional. Dalam sisi lainnya, tradisi, berbagai bentuk wewenang tradisional, dan dogma, adalah sesuatu yang tidak rasional bagi masayarakat modern.

Perkembangan selama ini menunjukkan bahwa sains didominasi oleh aliran positivisme, yaitu sebuah aliran yang sangat mengedepankan metode ilmiah dengan menempatkan asumsi-asumsi metafisis, aksiologis dan epistemologis. Menurut aliran ini, sains mempunyai reputasi tinggi untuk menentukan kebenaran, sains merupakan ‘dewa’ dalam beragam tindakan sosial, ekonomi, politik, dan lain-lain. Menurut sains, kebenaran adalah sesuatu yang empiris, logis, konsisten, dan dapat diverifikasi. Sains menempatkan kebenaran pada sesuatu yang bisa terjangkau oleh indra manusia.

Sedangkan agama menempatkan kebenaran tidak hanya meliputi hal-hal yang terjangkau oleh indra tetapi juga yang bersifat non indrawi. Sesuatu yang datangnya dari Tuhan harus diterima dengan keyakinan, kebenaran di sini akan menjadi rujukan bagi kebenaran-kebenaran yang lain..

kepentingan ilmu adalah perkara yg nyata..tetapi rujukan yg telah ditinggal sejak zaman berzaman iaitu AL-QURAN n AS-SSUNNAH perlu jd pegangan....hakikatnya akal manusia tidak mampu menandingi ilmu ALLAH s.w.t...jgn dirasakan diri ini hebat klu xmampu utk merubah pensel yg patah...

sakura putih,
11.27am
050509

Read more

...sayang adik kakak...


salam...
byk perkara yg terjadi walaupun hanya dalam 1minit...
dalam masa yg lama dah xmenulis nie...lagi byk la perkara yg nak ditulis...sehinggakn ada dah kumpul 3printer dlm masa terdekat nie..betullah apa yg telah dikatakan : masa itu emas..kita perlu menggunakan sebaiknya...
ana telah berpindah ke bilik lain setelah 2thaun memeriahkan bilik BB21...akak yg seroomate dgn ana pun dah tau characternya...xsuka makan pedas,xsuka bangun lambat..pi kuliah awal...shiggakan terinfluence gak ana...he3
tapi mmg btul apa yg dikata..klu kita tingga dgn seseorg serumah&sebilik, baru tahu sifat sebenar seseorg..byk kenangan yg ana ciptakan bersama kak fana,xroomate..
sekarag nie ana dah duk sorg...xde sapa nk kjut lg...xleh nk bkongsi crita..duk jea sorg2..ckp dgn dinding..he3
apa2 pun..thanks yea kak fana..byk yg sy belajar dri akak...rindunya kat akak..
harapkn halalkn mkn minum yea...jemput2lh dtg kebilik sy BB04...insyaALLAH, klu xde hal sy plk ziarah bilik akak...akak jgn luoa jga kura2 sy "si rantau"...he3
apa puntreima ksih coz trima sy sgbai roomate akak dulu..
adik beradik sy suma kenal akak..
nnt jemputlah dtg bilik&rumah...

suka sy memetik hadith nabi ttg sahabat&teman:

Telah bersabdanya Rasulullah SAW sebagaimana yg diriwayatkn oleh Al-Tirmizi yang bermaksud, seseorang itu akan terpengaruh dengan temannya. Maka hendaklah sesorang kamu itu memilih siapa yang harus dijadikan teman.

Telah bersabda Rasulullah SAW yang diriwayatkn oleh Al-Bukhari & Muslim: Maksudnya perumpamaan teman yg baik & teman yang tidak baik ialah umpama wangi-wangian dan tukang besi. Adapun pembawa wangi-wangian, sama ada dia memberinya sedikit ataupun anda membeli daripadanya sedikit ataupun kamu dapat mencium dprdnya bau yang wangi. Manakala tukang besi, sama ada dia membakar bajunya ataupun kamu akan mencium dairpadanya bau-bauan yang busuk.

Daripada Abu Hurairah r.a. yang maksudnya, bahawasanya ada seorang lelaki yang pergi menziarahi saudaranya yakni sahabatnya di sebuah kampung yang lain. Lalu Allah menyuruh seorang malaikat untuk memerhatinya di dalam perjalanan. Lalu malaikat itu bertanya kepada lelaki itu, “Hendak ke mana engkau?” Lelaki tersebut menjawab, “Aku hendak menemui seorang sahabatku di kampung itu”. Malaikat bertanya lagi, “Adakah bagimu bumi kepadanya yang engkau mengharap balasan daripadanya?” Tidak, aku mencintainya kerana Allah SWT. Maka berkatalah malaikat itu kepadanya, “Bahawa sesungguhnya aku ini adalah utusan Allah kepada engkau. Bahawa sesungguhnya Allah SWT telah mencintaimu sebagaimana kamu mencintai dia kerana Allah”. (Hadith riwayat Muslim).

Sahabat yang menunjukkn kebaikan kepada kamu, adalah sahabat yg baik. Dan sahabat yang menunjukkn kesalahan kamu, adalah sahabat yg paling baik


salam sayang buat:
NURUL FARHANA BT MOKHTAR
PISMK KS OUM
IPGM KPM...

sakura putih,
050509
10.18am

Read more

...manisnya UKHUWWAH....


salam ukhuwwah..segugus mawaddah...
rindunya pada laman maya nie..dah lama xmenulis...
sbuk jea...entah apa yg dsibukkan pun xtau...
harap2 muhasabah diri pada ALLAH tidak pernah dlupakan..tpi meningkat dari sehari ke sehari..insyaALLAH...
selama ana xmenulis nie byk yg ana dapat...
kat sni nak buat coretan ttg manisnya ukhuwah..
dlm pada ana menghadapi mehnah yg telah diaturkan...dari situ ana dpt lihat khawatul ukhuwah yg ALLAH ciptakan sgt cantik...
ana orgnya suka bercerita...klu ada masalah klu xlepaskn msti xjdi keje..asyk tpendam jea dlm hati...he3
ingat lg..sbb tension tgk laptop 24 jam sampai microsoft office pun dah hang..ana kuar dgn sahabt2...pi fruit farm kat sg udang...tgk keindahan alam..sgt cantik..subahanaALLAH...
time 2: ana, kak sal, muhaini, fifi, sarah, rahmah, kak huda, aisyah, husna, laila, tikah, tiqash, azi dan zati...
nan xtau nk gambarkan mcmana kehebatan ukhuwah shabat2 ana...bg ana diaorg blh bg ana support n byk jg tlg ana..terima kasih sgt...
seingt ana sebulan ana xkuar dri hostel..
stlh ana lihat&nilai..antara virus2 ukhuwah yg blh ana nyatakan ialah :
MENGIKUTI PRASANGKA
MENCAMPURI MASALAH PRIBADI
EGOIS, AROGAN, TIDAK BEREMPATI DENGAN PENDERITAAN SAUDARA, DAN TIDAK MEMPERHATIKAN MASALAH SERTA KEBUTUHANNYA
MENUTUP DIRI, BERLEBIHAN, MEMBEBANI, DAN MENGHITUNG-HITUNG KEBAIKAN
ENGGAN MENGUNGKAPKAN PERASAAN CINTA, ENGGAN MEMBELA SAHABAT KETIKA AIBNYA DISEBUT
MELUPAKANNYA KARENA SIBUK MENGURUSI ORANG LAIN DAN KURANG SETIA
MENGINGKARI JANJI DAN KESEPAKATAN TANPA ALASAN YANG JELAS
SELALU MENCERITAKAN PERKARA YANG MENYEDIHKAN DAN SUKA MENYAMPAIKAN BERITA YANG MEMBUAT RESAH
TERLALU CINTA
ana harap ana mampu membahagiakan sahabat2 ana....jika ada kekurangan@kesilapan, sbgai sahabat yg baik sharusny saling nasihat-menasihati...
buat ukhti munirah,
smoga nti setiasa ceria, dan cepat sembuh..kuatkn semangat...krana ALLAH xkan membebani hambaNYA dgn perkara yg tidak mmpu dipikul...nti sgt tabah n kuat...
untaian sajak ini ana layangkn buat semua yg mengenali diri ini:


SAHABAT,
andai aku pernah melukaimu,
kemaafan yg aku pohon...
andai aku pernah mengasarimu,
nasihat yg akau pinta...
andai aku pernah menghinamu,
dekatilah aku...
sedarkanku akan kesilapanku...
jgn sesekali lupakan aku...
jgn sesekali tinggalkan aku...
kerana kau harta berhargaku...
nikmat ukhuwah,
hadiah dari TUHAN...


ana doakan semua kenalan ana sentiasa dlam rahmat dan inayah ALLAH s.w.t..ameen

sakura putih,
050509
9.39am

Read more

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails