.::I'M ONLY SERVANT OF ALLAH::.

"Di perhentian terakhir itulah manusia akan hidup berkekalan sama ada dengan limpahan NIKMAT selama-lamanya atau menghadapi AZAB, juga selama-lamanya. Sebelum tiba di titik pengakhiran itu, manusia akan terus mengembara..."

...JALINAN UKHUWAH...

...MELAKAR PELANGI...

Daisypath Anniversary tickers

...KEEP IN MEMORY...

Daisypath Happy Birthday tickers

PERMATA HATI UMMI ABI

Lilypie Second Birthday tickers

..:aku TETAP aku:..

aku hanyalah insan biasa, punya cita, punya cinta. aku bukanlah pakar isu semasa, juga bukan penyelidik bahasa. aku hanyalah pemerhati alam semesta, yang berbicara melalui kata, yang hanya meluahkan rasa, untuk aku terus menerus berbahasa dalam melakari kehidupan yang hanya sekejap cuma.

**imannurbalqis**

Read more

...20.10=2010...

Semakin maju teknologi semakin mundur tamadun. Mari pula kita ungkap sebuah ungkapan sejarahwan Islam iaitu Ibnu Khaldun. Dia mengatakan semakin maju sebuah sebuah masyarakat semakin mundurlah temadun.
Kalau ditafsir maksudnya seakan sama. Tetapi bukankah kemodenan itu sebuah kemajuan tamadun? Ia bergantung kepada definasi ketamadunan. Tamadun terbahagi kepada dua pandangan iaitu pandangan barat. Bagi barat, semakin maju sebuah masyarakat dari segi pembangunan fizikal maka semakin majulah masyarakat itu.
Mari lihat dari segi definasi Islam pula. Bagi Islam kemodenan teknologi bukanlah satu kayu ukur utama. Bagi Islam kemajuan moral dan akhlak lah penunjuk sama ada masyarakat itu moden atau tidak. Ini kerana melalui kefahaman ilmu yang tinggi, penguasaan dan ketelitian terhadap perkara serta perasaan orang kelilinglah yang akhirnya akan menjurus kepada cara masyarakat hidup. Jika ilmu dan pengamatannya tinggi, maka masyarakatnya akan lebih tinggi nilai budi pekertinya kerana mereka sedar apa yang akan terjadi susulan tindakan mereka. Mereka akan cuba menjaga keharmonian masyarakat. Pada masa sama, ini juga akan meningkatkan kesedaran rohaniah.
Disini juga penting pemahaman kepada isi Al-Quran dan Sunnah. Al-Quran dan Sunnah memberikan kayu ukur sebagai apa itu moraliti dan akhlak. Ia membeza apa yang baik dan apa yang salah.
Pendekatan ini berbeza dengan ketamadunan orang barat. Bagi mereka, diri mereka sendirilah yang menentukan apakah itu baik dan apakah itu buruk. Sebagai contoh, perjudian adalah perkara yang dibenarkan oleh mereka lantas bagi mereka ini adalah moral yang dibenarkan. Banyak lagi perkara yang tidak dibenarkan oleh agama mereka pada asalnya diubah atas nama demokrasi dan kehendak mereka. Akhirnya moraliti dan akhlak bergantung pemikiran manusia semata-mata dan bukanlah kepada suatu yang tetap. Perkara seperti internet yang sepatutnya membawa kebaikan dimasukkan juga unsur buruk dan lucah atas nama kemewahan. Dan ini tidak mengapa kerana mencari wang walau dengan cara apapun adalah 'moral' dan dibenarkan bagi mereka.
Oleh itu, ketamadunan Islam adalah lebih stabil perkembangannya berbanding ketamadunan Barat. Tidak semestinya teknologi yang tinggi membawa kepada kemunduran tamadun tetapi jika kita mengambil pendekatan ketamadunan barat, maka mundurlah kita dari segi rohaniah. Tetapi malangnya dalam teknologi kemodenan diselitkan pula unsur tamadun barat ini yang lebih senang berkembang mengikut undang-undang dan pemahaman cetek dicipta seorang manusia.
Selagi mana kita mengukur kemajuan dari segi pambangunan fizikal selagi itulah kita terperangkap dengan penipuan terhadap diri sendiri. Tiada guna kita kaya raya tetapi masyarakat sombong, jenayah berleluasa, penipuan merata-rata kerana akhirnya kita akan terasa pedasnya.

**imannurbalqis**

Read more

...siapa KETAM?...

Sebenarnya Sang Ketam tidak pernah menyuruh dan mengajar anaknya berjalan betul kerana Sang Ketam cukup yakin bahawa caranya berjalan, sebagaimana cara nenek moyang kepada nenek moyangnya, dan cucu cicit kepada cucu cicitnya berjalan, telah betul dan sempurna.

Sebaliknya bangsa Ketam pulalah yang merasa hairan dan takjub melihat manusia itu sendiri yang tidak habis-habis, malah bertambah-tambah dengan ajaran dan peraturan yang pelbagai macam, dari doktrin-doktrin, rukun-rukun, fatwa-fatwa sampailah kepada akta-akta, pekeliling-pekeliling dan memo-memo. Manusia telah menghabiskan waktunya untuk membuat segala macam peraturan dan mengawas perlaksanaan peraturan-peraturan; dari peraturan lalulintas jalan raya; peraturan datang ke pejabat dan peraturan berpakaian, sampailah kepada peraturan-peraturan bercakap di Parlimen dan di Mahkamah, peraturan menyekatkan air dan menggunakan elektrik, serta peraturan menyimpan rambut di kepala bagi kepala yang berambut.

Kehairanan Sang Ketam itu kian bertambah bila melihat manusia yang tidak pernah berjalan betul itu menghabiskan waktunya dengan mendandan mukanya, memelihara rambutnya, mengenakan pakaiannya, malah lebih aneh menahan makan dan minum untuk menguruskan badan, menelan kapsul dan jamu-makjun untuk memperkuatkan bahagian-bahagian anggota tubuhnya, mengumpulkan harta dan ringgit, menentukan jenis darah dan keturunan serta status dan gelaran, malah sangat teliti mencukur bulunya di samping berkelahi dan berbunuhan, menindas dan menipu sesamanya.
Soalnya di sini, siapakah sebenarnya yang mengajar dan menyuruh anaknya berjalan betul, Ketam atau Manusia?

**imannurbalqis**

Read more

...keep your WORD...

Assalamualaikum w.b.t kepada semua sahabat-sahabat dan pembaca blog ana. Alhamdulillah kita dapat meneruskan kehidupan dengan nikmat yang telah dipinjamkan dari pencipta kita tanpa mengenakan bayaran. Syukur juga kepada yang Maha Esa kerana memberi peluang untuk terus hidup dan memperbaiki segala kekurangan diri ini. Ana juga doakan agar kita sentiasa dalam rahmat & kasih-sayang ALLAH s.w.t... Ana mohon maaf pada sahabat-sahabat yang bertanya tentang laman sesawang tempat ana berkongsi pendapat dan suarakan pandangan ini kerana tidak dapat mengemaskininya dengan lebih konsisten...Hal ini kerana, ada perkara yang perlu ana utamakan. Walau bagaimanapun, dengan izin ALLAH ana dapat juga bertemu secara maya dengan kalian pada Jumaat yang penuh barakah ini. Semoga wadah ini diberkati ALLAH...InsyaALLAH ana akan pulang ke rumah selepas menyelesaikan tugasan di kampus....

Alhamdulillah, pagi tadi telah selesai perasmian Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka...Minggu ini, ana agak sibuk dengan aktiviti-aktiviti rasmi IPG yang memerlukan ana untuk memberi sedikit bantuan dari tenaga yang dipinjamkan oleh ALLAH s.w.t...antaranya Pementasan Teater Muzikal untuk subjek WAJ, Seminar Perempuan Melayu sempena Sambutan Jubli Intan, 75 tahun IPG Kampus PM dan Perasmian Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat IPG...masih ada berbaki tiga program yang besar iaitu seminar BIG, Sesi Bertemu Timbalan Perdana Menteri, Malaysia dan MQA...tidak juga ketinggalan, sesi kuliah & tugasan-tugasan yang perlu diselesaikan sebelum peperiksaan akhir bagi semester ini...bila difikirkan semula, perjalanan ini yang kadang kala membuatkan ana pening, serabut, kacau, keletihan dan gembira sebenarnya makin mematangkan diri ana...berhadapan dengan pihak pentadbiran, tetamu kenamaan, rakan dan komuniti di sekeliling yang pelbagai kerenah dan ragamnya...


Sikap optimis yang sering diajar dan diperkatakan oleh seorang senior ana yang kini telah bertugas sebagai guru di SK Teruntum, Pahang membuatkan ana meneruskan lagi langkah ini sehingga garisan penamat...menjadi tumpuan orang ramai, dicari kesalahan, dimarah, tidak dihargai, sentiasa dipersalahkan, kerja ad-hoc dan tekanan dari orang di sekeliling...membuat ana kadang-kadang makin longlai...alhamdulillah, apabila berpegang kuat dengan surah Muhammad ayat 7..terasa bicara dari kalam ALLAH itu menuntut ana untuk lebih kuat dan yakin...ana belajar dari keadaan sekeliling untuk menjadi pengubah kepada keadaan yang menekan tersebut...melalui pengalaman ini, membuatkan ana lebih berfikir...

Minggu ini ana berjaya mempelajari sesuatu dalam kehidupan ana di kampus...walaupun caranya menyakitkan hati, tidak sesuai dengan status yang dipegang dan tidak profesional...ana perlu terima dengan hati yang terbuka walaupun menyebabkan ana terluka...manusia, khilafnya terlalu banyak..kadang-kadang sedar, kadang-kadang tidak...ana percaya dan yakin bahawa setiap yang terjadi di dunia ini adalah kehendak ALLAH s.w.t..perkara yang ingin ana kongsi ialah teguran itu penting dalam kehidupan...

"Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain."

Ayat diatas adalah antara kata-kata cerdik pandai mengenai orang yang menegur dan ditegur...Teguran boleh berlaku di mana-mana, berlaku di dalam pemerintahan kerajaan, di dalam syarikat-syarikat, di dalam persatuan-persatuan, di sekolah dan organisasi...

Dalam rumahtangga juga berlaku, bapa menegur anak, isteri ditegur suami, dan lain-lain. Makna katanya teguran itu berlaku di mana-mana sahaja...

Teguran boleh dibahagi kepada dua secara asasnya, teguran yang membina dan yang statik dan jumud... Manusia keseluruhannya mengharapkan teguran yang membina bukan yang statik. Tetapi tidak kurang juga yang tidak lansgsung suka ditegur...

Sifat manusia yang diketahui ialah, hanya bersedia ditegur apabila dia yang memerlukan teguran tersebut.... Contohnya, Si A pergi ke Si B dan ingin meminta teguran atau nasihat, ketika itu apa sahaja yang dikatakan oleh Si B akan di dengari dengan berlapang dada...

Lain pula sekiranya seseorang yang tidak memerlukan teguran, tiba-tiba ditegur...Hanya setengah orang yang berjiwa besar sahaja yang boleh menerima teguran spontan tersebut, Manakala yang berjiwa kecil, akan terasa dan terus terseksa hati...

Manusia memang tidak pernah lari daripada melakukan kesalahan, yang berbeza hanya banyak dan sedikit. Tetapi biarlah orang yang cuba menegur tersebut adalah orang yang minimum kesalahannya...

Jangan jadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus...Sesuatu yang agak pelik apabila seorang guru mengajar anak muridnya untuk menghargai dan sentiasa mengucapkan terima kasih tapi guru tersebut tidak pernah memandang kebaikan dan mengucapkan terima kasih atas tenaga manusia yang digunakan...malahan mencari kesalahannya lagi..

Sebab itu kalau kita suka menegur, kita mesti pastikan teguran itu di tuju ke arah kita terlebih dahulu, kemudian baru ke orang lain...

Teguran itu kebiasaannya bersifat membina, kerana apa yang tidak kita sedar kadang-kadang orang lain sudah sedar terlebih dahulu, persepsi kita lain, persepsi orang, lain. Sebab itu apabila ditegur, jangan terlalu cepat melenting dan menolak teguran tersebut. Kalau begitu, anda adalah orang paling rugi, kerana anda berpeluang membina diri anda tetapi awal-awal lagi anda sudah merobohkannya...

Kata Hukama, "Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang lain. Seharusnya begini lah resam kehidupan kita".

Manusia memerlukan 'cermin' bagi meneliti diri. Orang disekeliling adalah cermin bagi kita. Cuba bayangkan anda bercukur misai tanpa bercermin...Bukankah susah?

Ingat..

Setiap orang yang menegur pasti sedia juga ditegur....Ramai yang tidak mampu lakukan ini. Hanya suka menegur tetapi tidak pula suka ditegur....Sebab itu penting apabila menegur isyaratkan terlebih dahulu, teguran itu adalah terlebih dahulu untuk diri sendiri...

Ingat! Apabila kita menuding jari terhadap kesilapan orang lain, sebenarnya 3 jari kita telah menuding kepada diri kita sendiri...Itu adatnya...sememangnya ketam berjalan serong, memang kejadiannya begitu tapi manusia dengan aqal..yang boleh berfikir mana baik, mana buruk...jangan kita sendiri yang membuat jalan lurus dari ALLAH itu serong...

**imannurbalqis**

Read more

...Mengapa Tidak Jatuh Hati PadaNya ?...

Mengapa engkau tidak jatuh hati
pada Zat yang Maha Esa?
Engkau hidup tanpa engkau minta
Diwujudkannya engkau
Takkan engkau tidak suka kewujudan engkau
di dunia ini
Dia jadikan sebuah dunia yang penuh dengan
khazanah kekayaan
Dia membenarkan engkau berusaha
mengambilnya
Dunia yang indah serta menghijau
senang mata memandang
Untuk engkau bisa berhibur
dan bersenang-senang dengannya
Engkau ingin berhibur dan bergembira
Diciptanya suami dan isteri
Di waktu ingin makan
Berbagai-bagai makanan yang lezat-lezat
disediakan untukmu
Cuma engkau disuruh mengusahakannya saja
Engkau diberi tempat tinggal
Bisa engkau berlindung dari kepanasan
dan kedinginan
Di waktu sakit disembuhkannya
penyakit engkau
Engkau diberi berbagai-bagai jenis
alat-alat perhubungan
Untuk kemudahan kehidupan engkau
Dijadikan malam dan siang
Supaya ada masa untuk bekerja
Dan ada masa untuk berehat dan berhibur
Dianugerahkan engkau anak-anak
sebagai cahaya mata
Dan mereka juga bisa membantu
kehidupan engkau
Di waktu engkau mendapat
sakit dan kesusahan
Mereka bisa menghiburkan engkau
Itulah yang dikatakan rahmat dan nikmatNya
Yang disebut itu adalah kasih sayang
kepada hamba-hambaNya
Mengapa engkau tidak jatuh hati
pada Dzat yang mengasihanimu
Kerana apa engkau tidak jatuh cinta
kepadaNya
Mengapa engkau tidak terfikir untuk
menyembah, memuja dan membesarkanNya
Apa sudah terjadi kepada engkau?
Syeikh Imam Ashaari Muhammad At-Tamimi

**imannurbalqis**

Read more

10 : 10 : 10

I dedicate this poem to my lovely family : ayah, usop, acik, ikah & adik

To be apart of a family like mine
is so divine
where love is shown
hurt is shared
our love for each other is never impaired

we talk
we laugh
we cry

but we are a family
and we do it all together
for as a family
we do it all as one

you hurt one
you hurt all
and as a family unit
we will all stand tall

when i need help,
my family is always there for me,
my family never let me down,
my family is always around when you are in trouble,
my family is my close friend,
my family is my protector,
my family always cares for me no matter what,
my family is going to be my protector to the end.

for we are family
a family full of strength
a family full of love
a family no one can touch
that,s why I love my family so much.

I MISS ALL OF YOU A LOT...

**imannurbalqis**

Read more

GURU PELATIH : MAHASISWA kelas PERTAMA ?

Assalamualaikum w.b.t…ukhti wa akhowat fil aqidah...Salam sekancang dakwah ana utuskan buat kalian...Salam penuh magfirah Syawal ana utus buatmu sahabat...Apa khabar iman di hati? apa khabar mad’u yang giat ditarbiah? Moga semuanya berada dalam naungan rahmat Allah S.W.T, InsyaALLAH...entry ini hadir tika antum sibuk mempersiapkan diri antum dalam melaksanakan taklifan di bumi ALLAH ini...Alhamdulillah, pagi hujung minggu yang benar-benar menyentuh hati ana....rasa bersyukur dengan nikmat hidup kerana ALLAH...nyaman rasanya nikmat oksigen pagi ini...bersyukur ke hadrat Ilahi kerana ana masih dikurniakan kesempatan untuk menulis...walaupun minggu-minggu yang ana lalui makin sibuk dan perlukan komitmen ana untuk lebih fokus dalam segala taklifan yang di amanahkan...kehidupan sebagai seorang guru pelatih di salah sebuah institusi pendidikan guru yang paling tua di Malaysia membuatkan ana merasakan setiap masa yang ada perlu dimanfaatkan...

Jika disingkap semula, minggu lepas merupakan minggu yang banyak melibatkan interaksi ana bersama komuniti di kampus...tidak kira pihak pentadbir, pensyarah, guru pelatih mahupun staf sokongan...Alhamdulilah, IPG yang dahulu dikenali sebagai maktab pada asalnya kini telah dinaiktaraf menjadi pengeluar utama guru-guru berijazah...walaupun penuntut di IPG tidak digelar mahasiswa tetapi konsepnya adalah sama cuma di IPG merupakan medan latihan untuk profesion perguruan....satu profesion yang mulia dan dipandang tinggi dalam kalangan masyarakat satu masa dulu...tapi sekarang kebanyakkan guru pelatih memilih IPG sebagai pilihan terakhir setelah tiada peluang lain untuk meneruskan pengajian...Ana merupakan penuntut ambilan kedua untuk kemasukan di IPG, sebelum itu ana berada di salah sebuah IPTA di Selangor...xlama pun, cuma dua bulan...mungkin course yang ditawarkan di IPTA tersebut membuatkan ana menukar lapangan daripada bidang kejuruteraan kepada pendidikan...alhamdulillah, walaupun sebulan ana masih lagi dapat merasai kehidupan berada di IPTA...orientasi, perjumpaan bersama fellow, ambik jadual kuliah, pergi interview untuk jd fasilitator, perjumpaan fakulti dan kuliah di samping membuat appointment untuk bertemu pensyarah...

bila sudah berada 4tahun di IPG, sangat berbeza keadaannya...kerana ana faham bahawa IPG merupakan pusat latihan yang akan menghasilkan model-model guru yang terbaik dan berkualiti...berjalan seperti guru, bergaya seperti guru, berfikiran seperti guru, berinteraksi seperti guru dan segala-galanya guru...ana juga ditaklifkan untuk memegang tampuk pimpinan di kampus...rsanya, produk guru yang akan dihasilkan oleh IPG akan lebih berkualiti...tapi minggu lepas dan minggu-minggu yang lalu, membuatkan ana kembali berfikir...semamangnya IPG juga merupakan medan penghasilan produk mahasiswa kelas pertama tetapi sejauhmana kualitinya terletak pada setiap penuntut di IPG..pelbagai usaha telah dibuat untuk menaiktaraf kualiti bakal guru di peringkat ana selaku wakil guru pelatih...namun, sambutan daripada guru pelatih di IPG yang sering dipasak dengan "minda seorang guru" sangat menyedihkan..

usia bertambah, kedewasaan lazimnya juga bertambah...Itulah mahasiswa, di tingkat pendidikan tertinggi, di usia yang semakin matang, tentu sangat menuntut mereka untuk mengembangkan pemikiran, memperkukuh jiwa, dan bersedia untuk menerima sebarang tugasan dana manah yang akan diberikan...Dengan memaksimalkan waktu yang ada untuk melakukan semua hal itu, maka seluruh guru pelatih adalah mahasiswa yang cakna, kompeten, dewasa, tahan uji, dan yang pasti berjiwa pejuang (high of fighting spirit)....Kenyataan ternyata berkata lain, di banyak IPG kerana masih terdapat banyak mahasiswa yang anak-anakkan sehingga wajib untuk pulanh ke rumah tiap-tiap minggu...Diakui atau tidak, itulah yang terjadi....Apa indikasinya? Mudah saja, diawali dengan motivasi belajar mereka yang sangat lemah, elaun yang banyak, malas kuliah, malas mengerjakan tugas, malas baca buku, malas diskusi adalah isu-isu semasa yang masyarakat oleh kebanyakan guru pelatih.... Di saat ramai orang yang dengan keterbatasannya tidak mampu kuliah ataupun menjadi mahasiswa padahal keinginan mereka begitu besar, di saat yang bersamaan mereka yang sudah jadi mahasiswa dan bercita-cita dari kecil untuk menjadi pendidik....

Hadits Arba’in pertama:

الإخلا ص
عـن أميرالمؤمنين أبي حفص عمرابن الخطاب رضي الله عـنه قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول:إنماالأعمال بالنيات. وإنمالكل امرئ مانوى.فمنكانت هجرته إلى الله ورسوله فهجرته إلى الله ورسوله. ومن كانت هجرته لدنيايصيبهاأومرأة ينكحها فهجرته إلى ماهاجر إليه. رواه البخري ومسلم.

Hadits dari Amiril Mu’minin Abi Hafsh Umar bin Khattab r.a. berkata : Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda : Sesungguhnya setiap amal itu tergantung pada niat, Dan sesungguhnya setiap urusan menurut apa yang diniatkannya. Maka barang siapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan barang siapa yang hijrahnya bagi dunia dan wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya bagi tujuannya itu. HR. Bukhari dan Muslim.

Berikutnya, mereka lebih bangga akan status mereka sebagai guru pelatih, tetapi tidak melakukan apa yang seharusnya dilakukan...Betapa tidak, wacana yang terdapat dalam fikiran mereka tidak lagi menjadi mahasiswa yang rajin belajar, berfikiran rasional dan positif serta berprestasi yang kemudian mampu membuat bangga orang tuanya...tetapi kini, mereka lebih berlaku hedonis, kerana yang terfikir adalah bagaimana caranya aku bisa meraih kesenangan meskipun hanya untuk sesaat....tidak menyesakkan hari minggu dengan aktiviti yang dianggap tidak memberi pulangan langsung...begitu dangkal pemikiran mahasiswa @ guru pelatih nampaknya...

Itulah kesan dari rencana besar musuh peradaban2, yang kian hari kian tampak keberhasilannya dalam merosakkan mindset generasi muda bangsa kita...Racun yang disuntik telah menular dalam fikiran generasi muda, mulai dari fashion, film, fun, freethinker, food, and sports...Sedih tatkala melihat bakal-bakal guru yang mementingkan diri, tidak menginfakkan seluruh jiwanya untuk menjiwai profesion yang menjadi pemacu sebenar negara...Bila kita generasi muda enggan untuk sedar dan merenungi semuanya, maka rasakanlah masa depanmu yang bakal suram dan kelam tanpa ada pengisian rohani...keberadaan dan pengantungan kepada ALLAH makin kurang...tiada matlamat dan kosong dalam melalui laluan sebenar hamba yang bertuhankan ALLAH...

Tujuan setiap pendidikan adalah menjadikan manusia seutuhnya atau memanusiakan manusia...pembinaan peradapan bermula melalui pendidikan..tatkala mahasiswa atau guru pelatih menutup fikiran dan membataskan pergerakkan mereka...tidak akan ada nilai nikmat ilmu dan pelaung belajar yang diberikan...Dan setiap komponen dari pendidikan itu harus sentiasa beriringan (sinergy), mulai dari sarana dan prasarana yang lengkap dan memadai, tenaga pengajar (yang bukan hanya sebagai penyampai ilmu) yang profesional dan bertanggung jawab juga berdedikasi tinggi, serta peserta didik yang rajin (high of fighting spirit), taat aturan, dan konsekuen serta berkomitmen...bagi ana prasarana dan infrastruktur yang disediakan di kampus cukup untuk guru pelatih... kelayakan tenaga pengajar yang cemerlang di samping komitmen dan usaha yang berdedikasi mampu menyampaikan ilmu yang mantap...pihak pentadbiran yang sentiasa memberi ruang dan peluang untuk bersama-sama menaiktarafkan institusi...tetapi, sikap dan mentaliti guru pelatih yang tidak meletakkan kepentingan sebenar keberadaan mereka di IPG membuatkan ana rasa satu kerugian jika peluang yang ada tidak diambil dengan sebaiknya..sikap menuding jari, menumpang kerja rakan dan tidak profesional dalam menyelesaikan urusan membuat mahasiswa hasil daripada IPG dipandang sepi..

Perkara yang paling penting dalam pembentukkan persepsi guru pelatih keluaran IPG merupakan mahasiswa kelas pertama adalah kegiatan penunjang pendidikan terutama di institut pengjian tingi, yakni kegiatan extrakulikuler....Organisasi merupakan wadah yang berfungsi sebagai alat untuk mencapai suatu tujuan bersama...ilmu-ilmu yang bisa kita dapatkan dalam berorganisasi di antaranya adalah ilmu kepemimpinan, berbicara di depan umum (public speaking), pengurusan, dan ilmu – ilmu lain yang melatih kita untuk dapat berkembang dan terbiasa memecahkan suatu permasalahan (problem solving...Intinya pada saat kita memasuki sebuah organisasi sekolah ataupun kampus, hal itu harus menunjang pada tujuan inti kita, yakni menjadi guru pelatih yang serba boleh walaupun terdapat kekangan dalam menjalankan aktiviti yang dirancang...

QS. Al-Baqarah (2): 120

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah Itulah petunjuk (yang benar)". dan Sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, Maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.

Kondisi penduduk Makkah dan Madinah sebelum datangnya islam sungguh gelap, terjadi perampokan di mana-mana, perjudian, perzinaan, pembunuhan, kecurangan dalam perdagangan....Namun setelah islam datang, secara perlahan tapi pasti keadaan tersebut berbalik seratus delapan puluh derajat, bahkan kemudian seluruh penduduk di jazirah Arab menjadi model masyarakat terbaik yang pernah ada di muka bumi.... Terciptanya khairul bariyyah dan khairul ummah adalah tujuan dilakukannya dakwah islam yang utama...Kerana pembinaan individu harus bersamaan dengan pembinaan masyarakat, sehingga keduanya saling menunjang...Peribadi-peribadi yang soleh menunjang terciptanya masyarakat madani dan masyarakat madani pun mewarnai peribadi-peribadi yang dimilikinya...Itulah barangkali harapan yang tidaklah mustahil untuk terjadi, dengan usaha yang terus-menerus secara bersama-sama...

Kondisi sekarang, kebanyakan guru pelatih dan mahasiswa yang tidak mahu melibatkan diri untuk merasai keberadaan dalam komuniti IPG...malahan sanggup untuk menentang peraturan yang ana rasa tidak salah dari segi syariat Islam...misalannya, aktiviti Program Kerohanian Institut Pendidikan(PROKIP) yang dibantah atas alasan mengganggu waktu rehat...sebagai seorang bakal guru IJAZAH seharusnya berfikir secara rasional bahawa waktu magrib dan isyak yang digunakan untuk aktiviti disurau merupakan saham dunia yang akan dibawa untuk ke akhirat kelak... Kerawanan moral dan etik itu muncul semakin jelas dalam bentuk kemaksiatan karena disokong oleh kemajuan alat-alat teknologi informasi mutakhir seperti siaran televisyen, keping-keping VCD, jaringan Internet, dan sebagainya...Kemaksiatan itu sentiasa mengalami peningkatan kualiti dan kuantiti, seperti maraknya perjudian, minum minuman keras, dan tindakan jenayah, serta menjamurnya tempat-tempat hiburan, siang atau malam, yang semua itu diawali dengan penjualan dan pendangkalan budaya moral dan rasa malu....Tidak asing lagi, akhirnya di negeri yang berbudaya, beradat dan beragama ini, kemaksiatan yang berhubungan dengan apa yang dinamakan sex industry juga mengalami kemajuan sehingga menjamah wilayah yang semakin luas dan menjarakkan semakin ramai generasi mahasiswa yang kehilangan jati diri dan kian miskin iman dan ilmu....Hal yang terakhir ini semakin buruk dan mencemaskan perkembangannya kerana hampir-hampir tidak ada lagi bezanya antara pusat pengajian dan pusat latihan, semuanya telah terjadi dalam suasana kebebasan yang tak kenal batas...

Q.S. Ali Imran (3) : 110

Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya ahli kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.

Ledakan-ledakan informasi dan kemajuan teknologi dalam berbagai bidang itu tidak boleh kita biarkan lewat begitu saja...Guru pelatih seharusnya berusaha mencegah dan mengantisipasi dengan memperkuat benteng pertahanan aqidah yang berpadukan ilmu dan teknologi....Tidak sedikit korban yang berjatuhan yang membuat kemuliaan Islam semakin terancam dan masa depan generasi muda semakin suram...Apabila kita tetap lengah dan terbuai oleh kemewahan hidup dengan berbagai kemudahannya, ketika itu pula secara perlahan kita meninggalkan petunjuk-petunjuk Allah yang sangat diperlukan bagi hati nurani setiap kita, guru pelatih...sikap yang tidak ingin meningkatkan kualiti diri menyebabkan semakin merudumnya pandangan terhadap profesioin perguruan masa kini..

Kita harus menjadi bakal guru yang terbaik yang pernah ada di muka bumi...Hal ini kerana, penjanaan dan transformasi keadaan generasi masa akan datang terletak pada insan yang sering dijadikan role model oleh anak-anak kecil di sekolah...

خير الناس أنفعهم للناس

Maksudnya: “Sebaik-baik manusia adalah mereka yang memberi manfaat kepada orang lain.”

Mari pula kita merenung sejenak sabda Nabi kita yang mulia:

حق المسلم للمسلم ستة : إذا لقيته فسلم عليه , وإذا دعاك فأجبه وإذا استنصحك فاصحه , وإذا عطش فحمدالله فشمته , وإذا مزض فعده وإذا مات فاتبعه .

Maksudnya: “Hak seorang muslim kepada muslim itu enam: Apabila bertemunya hendaklah kamu memberi salam,apabila menerima jemputan darinya, maka terimalah,apabila diminta nasihat berilah nasihat kepadanya, apabila sahabatmu bersin ucaplah doa kepadanya,apabila saudaramu sakit, ziarahilah dan apabila saudaramu meninggal dunia maka kunjungilah jenazahnya.”

Insyaallah, sekiranya pesanan baginda ini sentiasa menjadi peringatan kepada diri kita, tidak mustahil kita mampu untuk berada dalam golongan kelas pertama iaitu mereka yang berjaya menjaga hubungan dengan tuhannya dalam masa yang sama tidak lupa hubungan sesama manusia.

QS. Ibrahim (14) : 1

“ Alif, laam raa. (ini adalah) kitab yang Kami turunkan kepadamu supaya kamu mengeluarkan manusia dari gelap gelita kepada cahaya terang benderang dengan izin Tuhan mereka, (yaitu) menuju jalan Tuhan yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji.”

**imannurbalqis**

Read more

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails