.::I'M ONLY SERVANT OF ALLAH::.

"Di perhentian terakhir itulah manusia akan hidup berkekalan sama ada dengan limpahan NIKMAT selama-lamanya atau menghadapi AZAB, juga selama-lamanya. Sebelum tiba di titik pengakhiran itu, manusia akan terus mengembara..."

...JALINAN UKHUWAH...

...MELAKAR PELANGI...

Daisypath Anniversary tickers

...KEEP IN MEMORY...

Daisypath Happy Birthday tickers

PERMATA HATI UMMI ABI

Lilypie Second Birthday tickers

...walimah, khatam, aqiqah...

salam alaik buat sahabat-sahabat dan pembaca blog ana...ana sentiasa mendoakan antum dalam keadaan sihat walafiat agar dipermudahkan urusan seharian dalam menjalankan kehidupan sebagai KHALIFAH di muka bumi ALLAH ini...nampaknya, dah berhabuk n bersarang labah-labah ana tinggalkan blog nie...ana mohon maaf atas kekangan tidak dapat meng"update" laman sesawang ini...nampaknya hari nie hari terakhir pada bulan mac...esok kita akan melangkah ke tarikh dan bulan yang baru...iaitu 1 april...adakah masih ada ESOK untuk ana???


minggu nie blh dikatakan minggu "stress"..klu kat sekolah ana, setiap minggu ada tema minggu apa..tp bg ana minggu nie minggu stress..yea la minggu pertama practicum..kelam kelibut sikit...suma nak diuruskan..last weekend, my cousin wedding: kak nurul...yg pernah ana ceritakan tentang pertunangannya dalam post last year..3 in 1 majlis...majlis perkahwinan, majlis khatam quran & majlis aqiqah...ana terpaksa balik untuk menghadiri majlis 3 in 1 nie kerana melibatkan keluarga ana..adik ana dua orang khatam quran sekali..xelok plk xpergi...byk dah perkara yg sedara-sedara ana dah settlekan...ana selaku ana yg first kne jg hadir...hari sabtu pagi ana bergegas balik selepas semalaman jumaat menyiapkan dua rph n abm utk p&p hari isnin...mmg pening..klu ikutkan xlarat..tp laratkan jg...coz petang sabtu cousin ana akad nikah...alhamdulillah, sampai jg ana di majlisnya...semua berjalan lancar dengan izin ALLAH....

nie hantar yang dapat ana kongsikan suasana majlis 3 in 1...

tahniah yea...ingat, status da tukar...







maaf yea..gambar khatam quran xdpt nak ambik..battery camera da empty...charger xbawa blik...



dlm pada kenduri cousin ana nie...ramai plk yg btanya kat ana...soalan-soalan panas..
mak cik 1: ha ina...kau bila lagi???
nenek : lepas nie anak cik din plk...
mak cik 2: xelok lambat-lambat
mak cik 3: da ada calon blm???ke nak mak cik carikan??

ana : insyaALLAH, klu ada rezki ada la...nnt saya jemput yea...
(itu jea yg termampu jawab, layankan jealah)

Di dalam sebuah hadith, telah diriwayatkan bahawa Aqil Ibnu Ali Abi Talib r.a. telah menikahi seorang wanita dari kalangan Bani Jusham. Lalu orang ramai datang dan berkata, “Semoga berbahagia dan ramai anak.”

Mendengar yang demikian Aqil berkata, “Janganlah kamu mengatakan demikian, kerana sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah melarang yang demikian.”

Mereka lalu bertanya, “Jika demikian, apakah yang patut kami katakan wahai Abu Yazid?”

Aqil menjawab, “Katakan (Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu). Begitulah yang diperintahkan kepada kita”.[1]

Di dalam sebuah hadith riwayat Imam Bukhari, diceritakan Rasullulah s.a.w. ternampak kesan Sufrah (sejenis wangian berwarna kuning) di baju Abdul Rahman Bin Auf r.a. lalu beliau bertanya, “Apakah ini?”

Abdul Rahman r.a. menjawab, “saya telah mengahwini seorang wanita dan telah membayar mas kahwin seberat sebiji kurma.”

Rasulullah s.a.w. bersabda, “ (semoga kamu diberkati). Adakan walimah walaupun dengan seekor kibash”[2]

Menurut Abu Hurairah r.a. apabila mendoakan seseorang yang baru berkahwin, Rasulullah s.a.w. akan berkata, “

(Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikkan.)”[3]

Menurut Imam Nawawi di dalam Al-Azkar adalah disunatkan kita mengucapkan seperti ucapan-ucapan Rasulullah s.a.w. di atas. Menurut beliau lagi, adalah makruh kita mengucapkan “Semoga berbahagia dan banyak anak.”[4]

Mana tidaknya, kehidupan pasangan yang diberkatiNya sudah tentu gembira dan bahagia. Sedangkan kehidupan pasangan yang gembira dan bahagia, belum tentu mendapat keberkatanNya.

Wallahu’alam...

**imannurbalqis**

Read more

...K.N.O.W.L.E.D.G.E...

Janganlah engkau merasa sombong terhadap ilmu, kerana ilmu adalah lembah-lembah. Yang manapun engkau tempuh, dia akan mengalahkanmu sebelum engkau mencapainya. Akan tetapi ambillah ilmu itu bersamaan dengan perjalanan siang dan malam. Dan janganlah engkau mengambil ilmu sekaligus, kerana barang siapa yang mengambil ilmu sekaligus, akan hilang pula sekaligus. Akan tetapi ambillah ilmu sedikit demi sedikit, bersamaan dengan perjalanan siang dan malam.
(Az-Zuhri Rahimahullah, dari Yunus bin Yazid)



...SHARING IS CARING...

**imannurbalqis**

Read more

...SEDEKAH amalan pemBUKA pintu SYURGA...


Tidak seperti biasanya, hari itu Ali bin Abi Thalib pulang lebih awal menjelang asar. Fatimah binti Rasulullah menyambut kedatangan suaminya yang sehari suntuk mencari rezeki dengan sukacita. Siapa tahu Ali membawa wang lebih banyak kerana keperluan di rumah makin besar. Sesudah melepas lelah, Ali berkata kepada Fatimah. "Maaf sayangku, kali ini aku tidak membawa wang sesenpun." Fatimah menyahut sambil tersenyum, "Memang yang mengatur rezeki tidak duduk di pasar, bukan? Yang memiliki kuasa itu adalah Allah Ta'ala." "Terima kasih," jawab Ali. Matanya memberat lantaran isterinya begitu tawakkal. Padahal keperluan dapur sudah habis sama sekali. Pun begitu Fatimah tidak menunjukan sikap kecewa atau sedih.


Ali lalu berangkat ke masjid untuk menjalankan sholat berjamaah. Sepulang dari sembahyang, di jalan ia dihentikan oleh seorang tua. "Maaf anak muda, betulkah engkau Ali anaknya Abu Thalib?" Ali menjawab dengan hairan. "Ya betul. Ada apa, Tuan?". Orang tua itu mencari kedalam begnya sesuatu seraya berkata: "Dahulu ayahmu pernah kusuruh menyamak kulit. Aku belum sempat membayar upahnya, ayahmu sudah meninggal. Jadi, terimalah wang ini, sebab engkaulah ahli warisnya." Dengan gembira Ali mengambil haknya dari orang itu sebanyak 30 dinar.

Tentu saja Fatimah sangat gembira memperoleh rezeki yang tidak di sangka-sangka ketika Ali menceritakan kejadian itu. Dan ia menyuruh membelanjakannya semua agar tidak pusing-pusing lagi merisaukan keperluan sehari-hari.

Ali pun bergegas berangkat ke pasar. Sebelum masuk ke dalam pasar, ia melihat seorang fakir menadahkan tangan, "Siapakah yang mahu menghutangkan hartanya kerana Allah, bersedekahlah kepada saya, seorang musafir yang kehabisan bekal di perjalanan." Tanpa berfikir panjang, Ali memberikan seluruh wangnya kepada orang itu.

Pada waktu ia pulang dan Fatimah kehairanan melihat suaminya tidak membawa apa-apa, Ali menerangkan peristiwa yang baru saja dialaminya. Fatimah, masih dalam senyum, berkata, "Keputusan kanda adalah yang juga akan saya lakukan seandainya saya yang mengalaminya. Lebih baik kita menghutangkan harta kerana Allah daripada bersifat bakhil yang di murkai-Nya, dan yang menutup pintu syurga untuk kita."

Pengajaran :

1) Kesopanan dan ketaatan Fatimah terhadap Ali suaminya perlu dicontohi wanita masakini

Firman Allah dalam surah An-Nisa' 34:

"Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya),"

Sabda Rasulullah SAW:

"Sekiranya seorang wanita dapat melakukan empat perkara iaitu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga maruah dan taat kepada suami maka masuklah syurga mana-mana yang ia kehendaki."

"Wanita yang mati dalam keredhaan suaminya redha (tidak marah) padanya, nescaya ia masuk syurga."



2) Keyakinan dan kesabaran sebenar terhadap rezeki Allah yang ditunjukkan Fatimah dapat memberi ketenagan dan ketenteraman dalam hadapi setiap ujian (demi mendapat akhirat).

Hakikatnya manusia akan mendapat ganjaran tambahan di dunia bagi mereka yang mengejar akhirat sebagaimana janji Allah;

Firman Allah dalam surah Asy Syura:20;

"Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, Kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya (di dunia) dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan) dan dia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak."

3) Walau dlm keadaan sngt susah, Ali tetap tidak meninggalkan kewajipannya menunaikan solat berjemaah dalam penuh ketenangan dan bersabar.

Inilah ketaqwaan sebenar seorang muslim dan semestinya hasil taqwa ini akan memberi impak pada perjalanan hidup dalam keadaan tidak disangka-sangka.

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah:153;

"Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar."

Firman Allah dalam surah At Thalaq:2-3;

"sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya) , nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya) , Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya) . Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu."

Hadis Rasulullah SAW kepada Ibn Abbas:

"Daripada Abu al-'Abbas, Abdullah ibn Abbas, r.a. رضي الله عنهما beliau berkata:
Aku pernah duduk di belakang Nabi SAW pada suatu hari, lalu Baginda bersabda kepadaku: Wahai anak! Sesungguhnya aku mahu ajarkan engkau beberapa kalimah: Peliharalah Allah nescaya Allah akan memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu. Apabila engkau meminta, maka pintalah dari Allah. Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan dengan Allah. Ketahuilah bahawa kalau umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu manfaat kepadamu, mereka tidak akan mampu memberikanmu manfaat kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukan untukmu. Sekiranya mereka berkumpul untuk memudharatkan kamu dengan suatu mudharat, nescaya mereka tidak mampu memudharatkan kamu kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukannya untukmu. Pena-pena telah diangkatkan dan lembaran-lembaran telah kering (dakwatnya). "



4) Menjadikan sedekah sebagai amalan ikhlas membuatkan Allah kasih kepada kita dan akan memperluaskan bagi kita akan pintu rezki yang berlipat ganda sejak didunia lagi dan sekaligus pintu syurga kelak.

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah:245;

"Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan. "

Firman Allah dalam surah Al-Hadid:18;

"Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia."

Firman Allah dalam surah Ali Imran:180;

"Dan janganlah orang-orang yang bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada mereka dari kurnia-Nya menyangka bahawa kebakhilan itu baik bagi mereka. Sebenarnya kebakhilan itu buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan kelak di lehernya di hari kiamat. Dan kepunyaan Allah lah segala warisan (yang ada) di langit dan di bumi."

Hadis Rasulullah SAW:

"Barangsiapa ingin doanya terkabul dan dibebaskan dari kesulitannya hendaklah dia mengatasi (menyelesaikan) kesulitan orang lain (bersedekah) ."

**imannurbalqis**

Read more

...sekolah: ALAM didikan...

salam alaik buat sahabat-sahabat dan pembaca blog ana sekalian...didoakan kalian sihat walafiat dan sentiasa mempertingkatkan diri dalam mencari nilai sebenar cinta ALLAH...Alhamdulillah, ana masih lagi diberi ruang dan peluang untuk mencoret sedikit rasa dan pengalaman dalam kehidupan seharian sebagai seorang hamba ALLAH...

Alhamdulillah, ana dah dapat jadual semalam...mmg dapat 12jam maksimum untuk practicum...pensyarah pembimbing ana : Pn Fazilah bt Abu, Ketua Panitia Sains...dua-dua subject minor ana dapat iaitu English and PJ walaupun sebenarnya hanya perlu salah satu tp atas permintaan dari GPK1, ana dan kawan-kawan ikutkan jea coz klu ikutkan jadual insyaALLAH tidak membebankan...insyaALLAH, ana akan cuba mengatur jadual ana sebaik mungkin walaupun subject minor tidak diobserve oleh pensyarah...tp Madam Gan, guru English 2A nak masuk sekali..tengok cara ana mengajar...ana layankan jea kata boleh...mungkin nie akan bg ana peluang utk tahu dan baiki kelemahan ana sebelum subject nie akan pensyarah observe untuk sem 7 nanti...sekurang-kurangnya ana ada pengalaman...subject major, ana mengajar year 4A and 4B...terima kasih kepada Pn Salinda and Madam Ang kerana bagi peluang pd ana to introduce myself for this week...I will start new topic for science subject next week...Ana baru habis kelas dengan tahun 4A...mmg ana bersyukur kerana pelajar-pelajar 4A bg kerjasama yg baik...lepas sesi berkenal-kenalan, ana terus buat sesi "Our Rules-Do and Don't"...di mana, pelajar-pelajar sendiri yang menetapkan peraturan yang mereka perlu buat dan dilarang buat semasa sesi P&P ana nanti...klu melanggar peraturan yang mereka sendiri setuju, dah ada cara untuk mengatasinya yg mana mereka sendiri setuju...so, sesi nie bg peluang pd ana untuk mengawal kelas nanti...kebanyakan pelajar suma boleh faham apabila interaksi dijalankan dalam bahasa Inggeris...pelajar pun tak ramai,ada 27 org...insyaALLAH, ana akan cuba ingat nama-nama mereka...



Sekolah rendah terutamanya memang dikaitkan dengan alam didikan kanak-kanak...sekolahlah tempat mereka menimba ilmu dari seorang insan yang bergelar guru...guru merupakan orang yang paling hampir dengan kanak-kanak sebenarnya..menjiwai kanak-kanak adalah perlu dalam mendekatkan diri dengan mereka...Sesungguhnya syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama...Barangsiapa memuliakan anak-anak dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya...Dalam satu hadith, Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda "Memandang muka anak-anak dengan rasa syukur akan rahmat Allah itu sama seperti melihat muka nabinya." Begitu besar pahala orang yang memuliakan kanak-kanak. Oleh itu sebagai seorang guru yang dekat dengan kanak-kanak hendaklah memelihara mereka dengan baik...Jadikan profession perguruan ini, salah satu medan untuk mendidik kanak-kanak dengan sifat-sifat mahmudah...warnakan P&P kita dengan didikan dan menerapan nilai-nilai Islam yang boleh memacu mereka di masa hadapan..sekurang-kurangnya dalam amalan seharian mereka...yang paling mudah, memberi salam...

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Serulah manusia ke jalan tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik…”
(An-Nahl Ayat125)



Rasulullah (s.a.w.) sendiri tidak pernah memarahi atau meninggikan suara terhadap kanak-kanak semasa ingin menasihati mereka....Baginda sering berlemah-lembut dalam percakapannya dengan kanak-kanak...Satu hadith dari Sunan Abu Dawud:

Seorang sahabat Nabi pernah berkata, "Semasa saya kecil, saya suka menjatuhkan buah kurma dengan membaling batu pada pohon kurma. Pada suatu hari, ada seseorang (Rasulullah s.a.w.) yang mendukung saya dan menasihati saya agar memungut buah kurma yang jatuh dari pohon dan bukan menjatuhkannya menggunakan batu. Dia kemudiannya mengusap kepala saya dan memohon rahmat untuk saya"

Rasulullah s.a.w. selalu beramah mesra dengan kanak-kanak dan tidak pernah memukul walaupun seorang kanak-kanak (mahupun wanita) di sepanjang hidupnya...Rasulullah s.a.w. banyak mengamalkan konsep pemberian ganjaran dan bukannya pemberian denda dalam hal mendisiplin kanak-kanak...

Kesimpulannya, didiklah anak-anak sejak kecil lagi dengan asuhan dan didikan yang betul...guru-guru perlu ambil peluang yang ada dalam memberi didikan yang sempurna..Hati mereka masih suci dan bersih, mereka belum melakukan sebarang dosa, jadi janganlah kita cemarkan jiwa dan hati mereka dengan perkara yang tidak sepatutnya...seharusnya, guru menjadi contoh tauladan terbaik dan sentiasa meningkatkan pengetahuan sebagai sumber ilmu kanak-kanak...janganlah kita yang menjadi peracun fikiran kepada kanak-kanak dengan ilmu yang tidak bermanfaat...

Dalam sebuah hadis, Nabi s.a.w. telah bersabda, mafhumnya: “Sesungguhnya setiap bayi itu dilahirkan dalam keadaan suci (fitrah) seperti kain putih, maka ibu bapa lah yang mencorakkannya, sama ada Yahudi, Nasrani atau Majusi.”

Berdasarkan mafhum sabda Rasulullah SAW di atas, maka telah terbukti bahawa semasa seseorang itu masih kecil dan kanak-kanak, akan senang dibentuk...alam persekolahan merupakan salah satu medan terbaik dalam melahirkan "Khalifah-khalifah Muda"...guru merupakan mangkin dalam merealisasikan generasi al-Quran...insyaALLAH



‘Firm’, ‘Fair’, ‘Friendly’

**imannurbalqis**

Read more

...EXPERIENCE is the best teacher...

salam alaik buat sahabat-sahabat dan pembaca blog ana...didoakan agar kalian sentiasa dibawah naungan dan rahmat kasih-sayang ALLAH s.w.t...alhamdulillah, syukur kepada ALLAH s.w.t kerana ana masih lagi dberikan kekuatan dan ruang untuk mengisi sedikit perkongsian bersama kalian...

Alhamdulillah, hari nie dah hari kedua ana menjalani practicum di sekolah kebangsaan perempuan durian daun...SK (P) Durian Daun ni adalah sekolah dalam institut (SDI) kampus ana...xjauh pun cuma 5minit...klu jalan cepat sikit dalam 3minit..klu berlari mungkin 2minit...=)alhamdulillah,dipermudahkan urusan untuk ana pergi balik dari kampus ke sekolah...sempat la semalam pi meeting dgn ketua penasihat JPP dgn pensyarah penasihat JPP berkenaan "Program Pengantarabangsaan Pemimpin Pelajar IPGKPM ke Medan, Indonesia bulan 6 nie...semalam ana da jd jurulatih olahraga untuk latihan rumah sukan...rumah hijau (zamrud)...rasa beruntung sangat coz da jalani kursus kepegawaian olahraga..dpt la bkongsi n tunjuk ajar cara yg betul..xlah bawa ajaran yg salah...klu setiap hari Isnin kat kampus ana akan bg ucapan n peringatan untuk diri ana n GP yg lain dalam phimpunan rasmi hari ISNIN...semalam ana pun kne bagi ucapan wakil guru practicum dlm phimpunan rasmi di sekolah...rasa mcm keje JPP xpernah habis...alhamdulillah,sebenarnya byk yg ana belajar semasa dalam organisasi JPP yg memudahkan ana ketika berada di sekolah...jadual kelas xdpt lagi... GPK1 kata hari nie dapt...GB kata seminggu just kenal2 sekolah n tgk cara cikgu mgajar...next week baru mengajar...sekolah nie kecil, cuma ada 3 blok dengan pelajar seramai 207 org dari pre-school until year 6...suma perempuan...ana ambil peluang nie untuk lihat suasana sekolah yg single sex n co-educational school...ini adlah peluang yg tbaik coz ana xtau ana posting kat sekolah mana nnt...jd practicum merupakan penanda aras yg terbaik...surface view orang kata...setakat nie alhamdulillah ana boleh kata pihak sekolah mmg bg kerjasama yg baik...



Untuk sahabat-sahabat ana sem5 yg lain, macam-macam ragam n pelbagai cerita yg ana dengar...apa2 pun, ini baru permulaan realiti sebenar kehidupan sebagai seorang guru...experience is the best teacher...org kata xberada kat tempat tue, xtau keadaan sebenarnya..dah duk kat situ, baru rasa manis,pahit, masam dan masinnya...cukup atau x itu adalah persediaan diri sendiri...ayah ana selalu pesan, set dalam minda semua yg berlaku, susah dan senang adalah ujian..bukan saja2 nak jadi...klu fikir susah, mmg susah jadinya...klu org blh buat kenapa kita xboleh...



by the way, good luck to all trainee's teacher semester5 for the first practicum...grab this chance to know your strength and weakness on becoming a teacher...last but not least, take care and all the best...

Orang haji dari Jeddah,
Buah kurma berlambak-lambak,
Pekerjaan guru bukanlah mudah,
Bagai kerja menolak ombak.

**imannurbalqis**

Read more

...are you READY?...

situasi 1:

siti aisyah (7tahun,adik awan terbang) jadi ketua kelas...
skati dia je nk ckp TERIMA KASIH CIKGU stail UPIN IPIN..
seb bek cikgu tu mak sendiri..



situasi 2: (sapan pagi)

mohd fadhil: where do u live?...
siti aisyah: live tu apa ayah??....
ayah: tinggal...
siti aisyah: apa yg awak tertinggal ea???...
ayah: tmpat tinggal la....
mohd fadhil: where do u live??...
siti aisyah: rumah~~

PENGSAN!

salam alaik buat sahabat-sahabat dan pembaca blog ana...dua situasi di atas nie diberi oleh junior ana..yg comey : awan terbang...lec ana selalu ingatkan tentang set induction...lebih kurg la 2...alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan sewaktu cuti nie utk mencoret sedikit yg terluah dari nikmat yg ALLAH kurniakan nie...

sewaktu cuti nie, insyaALLAH digunakan dengan sebaiknya...selain menyiapkan tugasan major yg perlu disubmit pada hari pertama practicum, ana perlu membantu makcik ana membuat persiapan majlis walimah anaknya..28.mac nie...bercakap mengenai practicum, ada getar di hati ana...mcm2 yg timbul...walaupun sudah 4 kali turun sekolah utk pbs..tapi setakat mana saja rasanya...untuk practicum yg pertama ini,ana perlukan persediaan walaupun hanya sebulan...alhamdullillah,dipermudahkan urusan practikum..ana ditempatkan di sekolah dalam institut...yg hanya perlukan 5minit untuk berjalan kaki dari pintu pagar B...sedikit perkongsian yg ana dapat untuk sahabat-sahabat yang akan bergelar guru pada 22 Mac 2010 nie...



Rencana ini dipetik dari Majalah The Teacher Daripada Guru Untuk Guru Julai 2009
Bagaimana menjadi seorang guru yang sentiasa dekat di hati pelajar? Sebagai panduan ada 10 tips bagaimana anda boleh menjadi seorang guru yang dihormati dan disayangi oleh pelajar anda.

1.
Guru yang dekat di hati pelajar sentiasa hadir ke sekolah : Tempat seorang guru ialah bersama-sama pelajarnya di dalam kelas, jika seorang guru itu tiada bersama-sama pelajarnya bermakna guru itu tidak mengajar. Seseorang guru mungkin terpaksa meninggalkan kelas atau pelajarnya atas sebab-sebab rasmi atau peribadi, tetapi adalah dinasihatkan jangan terlalu kerap. Mungkin ada ketikanya anda berasa kurang sihat, jika tidak serius, cuba hadirkan diri ke sekolah. "Guru tetap" yang kurang sihat adalah 10 kali lebih baik dari "Guru ganti" yang sihat. Kehadiran tetap menjadi satu kemestian. Berbanggalah dengan rekod kedatangan yang sempurna.
2.
Guru yang dekat di hati pelajar sentiasa ada bila diperlukan : Anda perlu membantu pelajar setiap masa. Ini bermaksud sebelum waktu sekolah, waktu rehat dan selepas sekolah. Anda tidak perlu melakukannya sepanjang masa. Mulakan dengan 2 hari seminggu sebagai contoh. Beritahu mereka waktu dan hari di mana mereka boleh berjumpa anda untuk tujuan berbincang. Jika ada keperluan dan mendapat sambutan, bolehlah ditambah menjadi tiga atau empat hari seminggu, itupun jika ia tidak TERLALU membebankan. Anda akan menjadi guru terbaik kepada pelajar. Bantulah mereka.
3.
Guru yang dekat di hati pelajar kenal pelajar mereka secara lebih dekat : Berbual dengan mereka semasa mengajar. Apakah muzik kegemaran mereka? Rancangan TV? Filem? Berbual dengan mereka di luar bilik darjah, di kantin atau di pondok bacaan. Lebih banyak anda tahu mengenai mengenai mereka, lebih mudah anda untuk menguasai diri dengan mereka. Adalah lebih mudah berbual dengan mereka ketika sedang mengajar. Kaitkan topik pengajaran dengan kehidupan mereka sebagai satu cara memulakan perbualan dengan mereka. Selain itu, hafal dan ingat nama mereka secepat mungkin.
4.
Guru yang dekat di hati pelajar perlu kenal ibu bapa pelajar : Dapatkan nombor telefon ibu bapa pelajar. Cuba hubungi mereka sekali sekala, jika mampu, hubungi sekerap mungkin. Anda tidak perlu berbual lama, sekadar bertanya khabar dan tunjukkan anda mengambil berat mengenai anak mereka dan pelajaran mereka. Hubungan ini secara tidak langsung akan membantu prestasi pelajar. Prestasi mereka akan meningkat dan akan lebih bersopan apabila mereka tahu anda mengenali dan sering berbual dengan ibu bapa mereka.
5.
Guru yang dekat di hati pelajar tahu apa yang mereka ajar : Jika anda tidak tahu mengenai sesuatu topik, bagaimana anda mahu mengajar? Guru perlu membuat persediaan secukupnya sebelum memasuki kelas. Sebaiknya, bersedialah sebaik sahaja anda menulis rancangan mingguan anda. Percayalah, jika anda mengajar tanpa persediaaan secukupnya, anda akan merasa menyesal setelah anda meninggalkan kelas anda. Jadi pastikan anda bersedia sebelum memasuki kelas.
6.
Guru yang dekat di hati pelajar menghadiri setiap acara sekolah : Pastikan anda sentiasa hadir dalam setiap acara di sekolah, seperti perhimpunan, sukan sekolah dan hari penyampaian hadiah. Kehadiran anda di setiap acara berkenaan akan menunjukkan kepada pelajar anda bahawa anda mengambil berat tentang mereka dan sentiasa menyokong kegiatan yang mereka sertai.
7.
Guru yang dekat di hati pelajar tinggal dalam kejiranan sekolah : Jika anda tidak tinggal dalam kawasan kejiranan sekolah, anda boleh mendekati pelajar yang tinggal dalam kejiranan sekolah dengan cara membeli belah atau makan di kedai makan berhampiran sekolah selepas waktu sekolah atau pada hujung minggu. Mungkin ada ibu bapa pelajar yang menjalankan perniagaan berhampiran sekolah atau pelajar sendiri membeli belah belah di kedai berkenaan. Cuba pantau kehidupan mereka. Lebih kerap pelajar melihat anda, maka akan lebih baik kelakuan dan sikap mereka di dalam kelas. Mereka akan melihat anda sebagai sebahagian daripada mereka.
8.
Guru yang dekat di hati pelajar makan di kantin sekolah : Di sesetengah sekolah, ada guru yang sering makan di luar kawasan sekolah atau membawa bekal dari rumah dan makan di bilik guru sahaja. Cubalah bersama mereka di kantin, makan bersama mereka di kantin. Sebahai contoh berbual mengenai makanan kegemaran mereka dan bagaimana mereka membelanjakan wang poket mereka setiap hari. Mana tahu, mungkin ada pelajar anda yang sering meminggirkan diri pada waktu rehat.
9.
Guru yang dekat di hati pelajar sentiasa berlakuk adil : Sentiasa harapkan yang terbaik dari pelajar anda, tetap pada masa yang sama anda perlu fleksibel. Tidak semua pelajar mampu menjadi yang terbaik. Berlaku adil tidak semestinya menjadikan anda tegas atau terlalu berlembut. Secara mudahnya, anda perlu menilai dan melayan pelajar berdasarkan kemampuan mereka.
10.
Guru yang dekat di hati pelajar tidak akan hilang sabar : Tahan kemarahan, semuanya akan berlalu. Jangan terbawa-bawa dengan rasa geram dan emosi. Pelbagai perkara boleh berlaku di dalam bilik darjah. Tangani masalah di dalam bilik darjah secara profesional. Mengambil tindakan mengikut emosi dan secara melulu hanya akan memburukkan keadaan dan akan memberi kesan kepada karier anda di kemudian hari.



Sentiasa harapkan yang terbaik dari pelajar kita, tetapi pada masa yang sama kita perlu fleksibel. Tidak semua pelajar mampu menjadi yang terbaik tetapi kita adalah mangkin untuk mereka jadi yang terbaik.

"THANK YOU,TEACHER ZARINA"

**imannurbalqis**

Read more

...doa buat SAHABAT...

Bismillahirrahmanirrahim...


Segala puja dan puji itu hanya milikmu wahai Tuhan penentu segala takdir. Selawat dan salam buat Rasul junjungan petunjuk sepanjang zaman, Nabi Muhammad s.a.w dan ahli keluarga serta para sahabatnya yang umpama bintang-bintang bergemerlapan.

Ya Allah…
Dalam perjalanan kehidupan ini telah Engkau jadikan bagiku seorang teman. Sedangkan ia adalah diluar jangkaan dan sangkaan hambaMu ini. Aku tetapkan baginya satu peraturan yang hanya Allah yang akan menentukan segalanya.

Ya Allah…
Dalam kekalutan begini, dia pergi menyendiri dan hanyalah dititipkan suatu pesanan melalui seorang teman buatku. Dimanakah salahku wahai Tuhan dan tunjukkanlah dimana silapku. Jangan Engkau biarkan aku begini tanpa diketahui apakah kesalahan yang telah aku lakukan terhadapnya.



Ya Allah…
Walau apa pun takdirMu keatasku, maka disaat ini aku tahu dia perlukan pertolongan. Oleh itu wahai Tuhan, aku dengan penuh rasa kehambaan yang penuh kehinaan memohon padaMu bagi pihaknya, kerana dia adalah sahabatku.

Ya Allah…
Ampunilah daku dan sahabatku dan masukkanlah kami kedalam rahmatMu dan Engkau adalah Tuhan yang maha penyayang.

Ya Allah…
Jangan Engkau tinggalkan untuknya suatu dosa melainkan telah Engkau ampunkan. Dan tiada suatu aibnya, melainkan telah Engkau tutupinya. Tiada suatu dukanya melainkan telah Engkau hilangkan daripadanya. Tiada suatu hutangnya melainkan telah Engkau bayarkannya. Tiada suatu kesakitan melainkan telah Engkau sembuhkannya. Tiada suatu hajatnya dari keperluan dunia dan akhiratnya yang telah Engkau redhai dan tepat untuknya melainkan telah Engkau tunaikan segalanya baginya wahai Tuhan yang Maha Penyayang.

Ya Allah…
Lindunglah sahabatku dari hilangnya nikmatMu dan berubahnya kesejahteraanMu dan mendadaknya seksaMu dan berbagai macam murkaMu.



Ya Allah…
Sungguhnya aku bermohon kepadaMu tabahkanlah dia dalam menghadapi segala urusan dan kekuatan dalam menerima petunjukMu.

Ya Allah…
Kurniakanlah kepadanya jiwa ketaqwaan dan sucikanlah. Engkaulah sebaik-baik yang mensucikannya.

Ya Allah…
Sungguhnya aku bermohon kepadaMu bagi pihaknya dengan sabaik-baik permintaan, sebaik-baik permohonannya, sebaik-baik kejayaannya dan sebaik-baik pahala baginya. Tetapkanlah untuknya, beratkanlah timbangan kebaikannya. Mantapkanlah imannya, tingkatkanlah darjatnya, terimalah solatnya dan ampunkanlah dosa-dosanya. Ya Allah, aku bermohon baginya kepadaMu tingkat yang tinggi di syurga. Ya Allah perkenankanlah permohonanku.



Ya Allah…
Sungguhnya Engkau mengetahui apa yang aku rahsiakan dan apa yang aku perlihatkan, maka ampunkanlah kealpaan dan kelalaiannya. Dan Engkau mengetahui segala hajatnya, maka kabulkanlah permohonannya. Ya Allah, aku bermohon baginya kepadaMu keimanan yang selalu mendampingi hatinya, dan keyakinan yang kuat sehingga dia mengerti bahawasanya tidak akan menimpa dirinya kecuali apa yang telah Engkau tentukan baginya dan bahawasanya apa sahaja yang telah menimpa dirinya bukanlah semata-mata yang meluputkannya. Dan apa sahaja yang telah meluputkannya bukanlah yang semata-mata menimpa dirinya.

Ya Allah…
Aku bermohon baginya kepadaMu iman . Cahaya yang dia jadikan ikutan dan rezeki yang dirinya cukupkan. Ya Allah…jadikanlah dia cinta kepadaMu dengan hatinya seluruhnya dan rela kepadaMu dengan segala kemampuan dirinya seluruhnya. Ya Allah… jadikanlah cintanya seluruhnya hanya kepadaMu dan amal perbuatannya seluruhnya hanyalah untuk mencari keredhaanMu.

Ya Allah…
Apa sahaja yang Engkau jauhkan darinya dari hal-hal yang dia cintai, jadikanlah hal itu sebagai penguat untuknya mencintai apa yang Engkau cintai dan jadikanlah cintanya kepadaMu sebagaimana Engkau mencintai.

Ya Allah…
Cukuplah diriMu bagiku, tiada Tuhan selain Engkau. Hanya kepadaMu aku bertawakal. Dan Engkaulah Tuhan yang memiliki arasy yang agong...

...amin ya Rabbal 'Alamin....



Buat sahabat - sahabat...yang mengenaliku secara langsung atau tidak langsung...hanya ini yang mampu ku utuskan buatmu...ikhlas dari ku untuk mu...


**imannurbalqis**

Read more

...LOVE u too...




selamat hari lahir, ayah...akak doakan agar diri ayah sentiasa di bawah naungan dan limpah rahmat ALLAH s.w.t...semoga ALLAH memberkati ayah...
I LOVE U very MUCH...
miss U too..

**imannurbalqis**

Read more

...1+2=MAC...

salam alaik buat sahabat-sahabat dan pembaca blog ana...didoakan agar kalian sentiasa berada dalam rahmat dan makfirah ALLAH s.w.t dalam melalui kehidupan di muka bumi ALLAH s.w.t ini...alhamdulillah, masih lagi diberi peluang untuk bernafas dan merasi nikmat bulan Mac 2010 ini...hari Isnin ini menjadi permulaan kepada kehidupan bulan Masihi yang baru...hari Isnin juga menjadi hari permulaan kepada setiap minggu untuk berkerja dan belajar...kadang-kadang hari Isnin mmg tidak dinantikan oleh kebanyakkan individu...mungkin di setiap pihak ada jawapan yang tersendiri...



Mahatma Gandhi ada menyatakan : "Jadilah kamu manusia yang pada kelahiranmu semua orang tertawa bahagia, tetapi hanya kamu sendiri yang menangis dan pada kematianmu semua orang menangis sedih, tetapi hanya kamu sendiri yang tersenyum."...masa akan terus berlalu tanpa menunggu sesiapa..hanya tinggal individu yang sedar akan nilai sebenar masa, akan menghargai dan merasai setiap saat yang berdetik...sebagai seorang guru pelatih di ipg, ana melihat kerugian yang dicipta sendiri oleh sesetengah kelompok yang tidak menggunakan nikmat yang telah dicapai dengan sebaiknya...kondisi ipg, pada pandangan mata ana adalah kondisi yang kondusif...jika kita nilai semula, pusat latihan guru ini menyediakan pelbagai bentuk aktiviti dalam proses melahirkan guru-guru yang berkualiti dan berkredibiliti...

misalannya, proses pengajaran dan pembelajaran yang ana rasa tidak pernah lagi dari konsep di sekolah...bukan di universiti yang memerlukan mahasiswa/wi untuk untuk membuat temu janji dahulu dengan pensyarah sebelum bertemu muka dengan mereka....suasana atau biah di kampus yang boleh dihidupkan dengan pelbagai program dan aktiviti yang boleh menjana kualiti guru pelatih...ruginya, andai bakal-bakal guru ini mengganggap aktiviti atau program yang dijalankan sebagai satu beban bukan satu peluang...ana ingin melontarkan satu persoalan, sejauh mana guru pelatih masa kini faham nilai sebenar proses pembelajaran? adakah hanya dengan pointer yang tinggi tetapi tidak mempunyai kemahiran-kemahiran yang tertentu apabila berada di sekolah?

NAbi Muhammad S.A.W pernah bersabda : "Tiga sifat manusia yang merosak diri adalah,kikir yang dituruti, hawa nafsu yang diikuti,serta sifat mengagumi diri sendiri yang berlebihan"...."sudah terantuk baru terngadah"...satu frasa yang ana lihat sesuai dengan individu yang menyesali atau individu yang selalu merungut berkenaan dengan ketidakpuashatian mereka tetapi tidak membuat apa-apa tindakan...jangan sampai apabila berada di sekolah nanti baru kita merasai kerugian apabila tidak menilai erti sebenar "pusat latihan"...satu kerugian yang besar buat insan-insan yang bergelar perubah atau pencorak generasi harapan negara...



deduksinya, 1 anjakkan paradigma perlu dilakukan oleh bakal-bakal guru untuk menjana 1 transformasi pendidikan yang berkualiti dalam bidang keguruan khususnya...jangan sampai ombak mampu memusnahkan istana pasir di tepi pantai...andai bakal-bakal guru tidak dapat mencari jalan penyelesaian terhadap masalah "kualiti guru", jgn sampai nilai sebenar perguruan yang dipandang tinggi oleh masyarakat akan berubah ke satu tahap guru bukan lagi perubah kepada generasi wawasan...keluar dari kepompong yang anda cipta sendiri...jgn sempitkan peluang yg ada dengan pemikiran yang tertutup atau kehendak diri yang hanya inginkan kesenangan semata-mata...mulakan dengan kesedaran dalam diri yang tinggi walau apa pun cara atau method yang anda cuba untuk meningkatkan kemahiran diri dalam meneruskan perjuangan dalam laluan pendidikan...hargai setiap masa yang ada kerana setiap detik mampu merubah keadaan dunia...jadilah seorang yang memberi buah fikiran bukan hanya sekadar penerima buah fikiran...kejayaan seringkali datang pada mereka yang berani bertindak dan jarang menghampiri penakut yang tidak berani mengambil risiko....

"GURU agen PERUBAH generasi negara"

**imannurbalqis**

Read more

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails