.::I'M ONLY SERVANT OF ALLAH::.

"Di perhentian terakhir itulah manusia akan hidup berkekalan sama ada dengan limpahan NIKMAT selama-lamanya atau menghadapi AZAB, juga selama-lamanya. Sebelum tiba di titik pengakhiran itu, manusia akan terus mengembara..."

...JALINAN UKHUWAH...

...MELAKAR PELANGI...

Daisypath Anniversary tickers

...KEEP IN MEMORY...

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

PERMATA HATI UMMI ABI

Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

...HOLIDAY : 2~di sebalik cuti...

Salam alaik dan selamat bercuti buat semua sahabat-sahabat dan pembaca blog ana sekalian.Didoakan antum semua sihat dan bahagia menjalani cuti-cuti kampus untuk semester ini. di kala embun pagi menitis, meniti Subuh pagi Ahad ini dan sebelum kenduri kesyukuran dijalankan. Ada sesuatu ingin dikongsiakan bersama. Didoaakn agar perkongsian ini memberi faedah kepada kita semua.

Cuti semester kembali lagi. Bagi kebanyakan mahasiswa/i khususnya di IPG dan IPTA seluruh negara, inilah masa yang ditunggu-tunggu kerana azab bebanan sepanjang semester akhirnya dapat ditamatkan. Tetapi, bagi sesetengah mahasiswa pula, cuti merupakan masa yang terbaik untuk mereka menambah pengalaman dengan melakukan kerja separuh masa. Di musim cuti ini pelbagai perkara yang kita lakukan sama ada merapatkan tali silaturrahim dgn rakan-rakan yang lama tidak berjumpa, mencari pendapatan sampingan, melibatkan aktiviti-aktiviti sosial dan kemasyarakatan ,membantu ibu bapa, menziarah waris-waris malah ada yang terpaku di televisyen, menambahkan selera makan dan melayari beratus-ratus episod mimpi di atas bantal. Ada juga yang mengakhiri status bujang kepada tunangan ataupun berumahtangga. Selain itu juga, bagi sekelompok mahasiswa lain, termasuk rakan-rakan saya, cuti ini adalah masa untuk bersama keluarga.
Disini ada sedikit perkongsian dan peringatan buat diri ana yang memang selalu kena ingatkan dan pembaca sekalian dalam kita meniti hari-hari cuti dengan penuh bermakna dan meninggalkan pengalaman.

1. Jangan mengurangi amalan sunat kerana ianya benteng daripada meninggalkan amalan wajib.
2. Tinggal-tinggalkan perkara lagha kerena ianya melemahkan untuk jiwa untuk beribadat.
3. Jangan pisahkan diri daripada jemaah yg berpesan-pesan kepada kebaikan..kerana ianya ibarat kambing yg terpisah diintai-intai sang serigala untuk dibahamnya..jaga solat jemaah dan carilah majlis ilmu di tempat anda..ianya berkesan utk mencas iman yg lemah.
4. Sibukkan diri dgn perkara berfaedah agar kita lupa melakukan perkara yang tidak berfaedah.
5. Jaga kesihatan dgn bersenam dan kurangkan makan..agar kita mudah lakukan ibadah.
6. Sentiasa meng'update' isu semasa agar tidak ketinggalan zaman.
7. Perbanyakkan membaca bahan bacaan ilmiah untuk persiapan diri dalam keberadaan di zalam intektual ini.
8. Pereratkan hubungan kekeluargaan agar tidak rasa diri disisih dan bosan ketika cuti.
9. Banyakkan membuat latihan-latihan dan hafalan-hafalan yang berfaedah agar sel-sel otak sentiasa aktif serta berfikiran dengan lebih baik.
10. Paling penting, masa ini menentukan siapa diri kita. Menghargai masa atau tidak?

Sabda Nabi saw yang bermaksud:

Dari Ibnu Abbas Radiallahu-Anhuma dari Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Dua nikmat yang sering diabaikan oleh kebanyakan manusia ialah waktu sihat dan masa lapang. (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).

Mudah kan? Bukankah ini antara perkara-perkara yang dijadikan alasan tidak dijalankan oleh kebanyakan dari kita dek kerana kesempitan masa belajar dan menghadap buku akademik? Maka, gunakan masa cuti sebaiknya untuk menambah lagi sisi hidup kita dengan perkara-perkara yang sepatutnya. Gunakan masa yang ada sebagai persediaan untuk sesi pengajian yang seterusnya. Mahasiswa merupakan aset penting MALAYSIA dan DUNIA yang menuntut setiap masa yang ada untuk dimanfaatkan.

**imannurbalqis**

Read more

...HOLIDAY : 1~ introduction...

Perhitungan di dunia tidak kira berapa lama usia kita tetapi bagaimana cara kita menghadapinya.

**imannurbalqis**

Read more

...Kata-kata Nasihat IBNU QAYYIM...

Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.

Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan dengan Allah swt

Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt

Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya

Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya

Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.

Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya.

Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendung hajat hati si hamba itu.

**imannurbalqis**

Read more

...untukmu...

PESANAN ALLAYARHAM KH RAHMAT ABDULLAH

"Jadilah kalian orang-orang yang.....

Atsabatuhum mauqiifan ...
yang paling kukuh atau tsabat sikapnya
Arhauhum shadran ...
yang paling lapang dadanya
A'maquhum fikran ...
yang paling dalam pemikirannya
Ausa'uhum nazharan ...
yang paling rajin amal-amalnya
Aslabuhun tanzhiman ...
yang paling mantap penataan organisasinya
Aktsaruhum naf'an ...
yang paling banyak manfaatnya

**imannurbalqis**

Read more

...hadiah AIDILADHA...

Salam Aidiladha 1431H buat semua pembaca blog ana dan sahabat-sahabat yang dikasihi ALLAH sekalian. Alhamdulillah, dapat juga kita merayakan aidiladha pada kali ini. Bila disebut Hari Raya Aidiladha a.k.a Hari Raya Korban mesti teringat lembu, kerbau, unta yang tertambat kat masjid sedang tunggu giliran nak kena sembelih. Tahun ini macam-macam cerita keluar kat televisyen@surat khabar@internet tentang binatang ternakan yang nak dikorbankan. Ana bukan nak cerita berkenaan binatang yang nak dikorban@disembelih untuk entry kali ini tapi hadiah aidiladha yang paling berharga ana dapat kali ini. Kalau aidilfitri, mesti duk mengira duit siapa paling banyak tapi tak sangka pula aidiladha tahun ini adalah hari raya yang bermakna walaupun tidaklah semeriah Aidilfitri persediaannya.

Hari Isnin petang ayah ambil juga ana kat kampus walaupun ana habis exam pukul 5.00pm. Catat sejarah bila ana keluar dewan awal setengah jam sebelum habis exam. Ana gagahkan juga untuk keluar sebab tak kemas lagi barang-barang yang nak dibawa balik walaupun tidak 'confident' dengan apa yang dijawab. Tawakkal dengan apa yang telah diusahakan. Ayah kata hari Selasa baru semua adik-adik ana balik rumah. Nanti tak ada orang nak tunggu kat rumah. Ana masuk jea dalam kereta, adik ana yang last tanya raya nanti nak masak lauk apa. Ana kata masak lauk makan tenghari jea. Sampai rumah dah malam.
Hari Selasa bermulalah episod ana di rumah. Adik-adik ana yang form 5 dan tahun 5 dah pergi sekolah. Ana terus mengemas rumah, mop lantai, lap tingkap, basuh pinggan mangkuk, basuh kain dan sidai di ampaian. Dalam masa menyelesaikan semua perkara tiba-tiba teringat. Bilalah adik-adik nak balik nie? Rasa rindu plk. Dah lama tak jumpa sejak dari cuti Hari Raya Aidilfitri yang lepas. Yang dari Seremban akan balik tumpang kawan, yang dari Penang akan balik naik motor. Dah bertolak ke belum agaknya? Dah siap kemas barang ke belum? Harap-harap tak ada apa yang berlaku dipertengahan jalan. Macam-macam dalam fikiran. Pukul berapa agaknya semua sampai. Nak masak lauk apa hari ini. Harap-harap semua selamat sampai. Risau sangat sampai buat semua perkara serba tak kena. Berkali-kali duk call dan message tapi tak berjawab. Dah pukul 6pm adik ana yang dari Penang tak sampai rumah lagi. Kata bertolak pukul 6am. Dekat pukul 7pm baru sampai, rupa-rupanya hujan lebat kat KL. Jadi, terpaksa berhenti tunggu hujan reda.

Bila fikir semula apa yang berlaku, ana dapat rasa perasaan seorang ibu atau ayah yang menunggu-nunggu atau tertunggu-tunggu kepulangan anaknya. Walaupun ana belum berstatus ibu, mak, ummi, mama @ mother sebab belum berkahwin pun tapi perasaan yang menghantui ana tue buat ana rasa bersyukur. Ana masih lagi diberi peluang untuk rasa perasaan risau, gelisah, gembira dan bahagia bila semua adik-adik ana berkumpul bersama. Kepulangan arwah mak ke rahmatullah menyebabkan ana lebih sedar dan terbuka atas setiap apa yang berlaku. Ana percaya ini adalah hikmahnya. Kadang-kadang ana rasa sedih bila melihat orang tua yang menunggu kepulangan anaknya yang tidak dijanjikan. Ada pula yang dah berjanji untuk pulang tetapi tidak kunjungan tiba. Memang ana faham masing-masing ada kerja atau kekangan yang tidak membenarkan untuk pulang ke kampung. Takkan nak pulang ke kampung hanya tunggu waktu raya sahaja??? Jika ada kelapangan, pulanglah ke kampung. Kerana mereka sangat merindui kalian. Di sebalik bening wajah ibu dan ayah, ada satu perasaan rindu yang disimpan buat anak-anaknya.
Dalam Islam, tuntutan agar berbuat baik kepada ibu bapa adalah merupakan perintah Allah SWT yang wajib kita tunaikan. Sebagai seorang anak, kita diperintahkan agar sentiasa melakukan kebaikan terhadap mereka seperti bersikap lemah lembut, berbudi bahasa, tidak berlaku kasar dan selalu ingat dan menghargai jasa serta pengorbanan yang telah diberikan kepada kita salam ini. Mereka telah bersusah payah memelihara dan menjaga kita siang dan malam dengan mengorbankan waktu, tenaga, perasaan, wang ringgit dan sebagainya demi memberikan yang terbaik untuk kita. Atas dasar itulah maka Islam menetapkan bahawa tanggungjawab melakukan kebaikan kepada ibu bapa amat besar sehingga ia digandingkan dengan perintah mentauhidkan Allah SWT.

Firman Allah dalam surah al-Isra’ ayat 23:

Maksudnya: “Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “uh” dan janganlah engkau menengking, menyergah mereka tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).”

Ajaran Islam juga menyuruh kita agar sentiasa bersyukur dan berterima kasih kepada kedua ibu bapa kita. Firman Allah SWT dalam surah Lukman ayat 14:

Maksudnya: “Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapa mu dan (ingatlah) kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).”
Bila Aidiladha menjelma, satu perkara yang akan ana ingat sampai bila-bila ialah janji ana untuk kembali ke Baitullah bersama-sama arwah mak ana. Ana berjanji untuk mengerjakan haji bersama arwah mak bila tamat pengajian di kampus selepas selesai menyelesaikan tawaf wida' di hadapan Baitullah sewaktu mengerjakan umrah empat tahun yang lalu. Tapi satu jawapan yang jelas ana dengar dan ingat dari mulut arwah mak ana. InsyaALLAH, jika diizinkan ALLAH kita sampai lagi tapi jika tidak jangan pula akak tak pergi walaupun bukan dengan mak. Iya, ana tidak berpeluang untuk berkongsi cerita atau kisah suka duka sepanjang pengajian dan berbakti setelah menamatkan pengajian dengan arwah mak ana tetapi jika diberi peluang ana mahu berbakti pada seorang ibu yang mahu mengganggap ana seperti anaknya sendiri. Ana kepingin untuk merasai peluk cium seorang ibu. Itulah pengubat lara penawar duka sementara masih ada umur di dunia. Buat kalian yang masih ada ibu dan ayah, teruskan berbakti kepada mereka. Jangan tiba satu saat yang mana kita perlu pulangkan pinjaman kita kepada yang lebih berhak, ada kekesalan yang bertandang di hati.

Memandangkan begitu banyak jasa dan pengorbanan oleh ibu, maka selayaknyalah ibu diberi penghormatan yang begitu tinggi, ini tepat sekali dengan sabda Nabi Muhammad SAW: “Syurga itu berada di bawah telapak kaki ibu-ibu.”

Hal ini dapat dilihat dalam kisah Alqamah, di mana beliau begitu sukar untuk melafazkan kalimah syahadah di saat sakaratul maut kerana perasaan ibunya yang terguris di atas layanannya, walaupun Alqamah kuat beribadah tetapi beliau telah melakukan sesuatu yang mengguris perasaan ibunya, lalu ibunya merasa kecil hati dengan tindakannya, sehingga ibunya sukar untuk memaafkannya. Peristiwa ini perlu dijadikan iktibar oleh kita semua, semoga perkara yang dialami oleh Alqamah tidak terjadi kepada kita.

Justeru itu, bagi menghargai segala jasa ibu, maka berbagai cara perlu kita lakukan untuk menghiburkan hati mereka. Diantaranya kita memperuntukkan masa untuk menziarahi ibu, bercuti bersama-sama ibu, membawa ibu bersiar-siar ke tempat yang menarik, menghadiahkan sesuatu yang menjadi kesukaannya, sentiasa mendoakan mereka, dan melakukan apa sahaja yang menyenangkan hati mereka, sebagai tanda penghargaan serta kasih sayang seorang anak kepada ibu.

Persoalannya?? adakah kita telah melakukan hal-hal sedemikian kepada ibu dan ayah kita? adakah hanya sekadar bila tibanya hari raya sahaja barulah kita tertanya-tanya di mana dan bagaimana keadaan ibu dan ayah? Sedangkan ajaran Islam menegaskan bahawa ibu dan ayah hendaklah diberikan perhatian dan layanan pada setiap masa. Sebagai anak, kita perlulah sentiasa mentaati dan mendoakan kesejahteraan serta keampunan bagi kedua ibu bapa agar hidup kita diberkati Allah. Jika ibu bapa kita telah meninggal dunia, hadiah yang paling bermakna untuk mereka yang amat kita kasihi ini, ialah mendoakan kesejahteraan untuk mereka, agar Allah Taala sentiasa merahmati dan mengampunkan segala dosa-dosa mereka. Berkorbanlah kita selagi ada daya. Jangan nanti disoal dengan apa yang telah kita korbankan selama ada di dunia ini.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Isra’ ayat 24 :

Maksudnya: “Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka dengan berkata) : ‘Wahai Tuhan kami! Cucuri rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku semasa kecil.”
Alhamdulillah, inilah hadiah yang paling bermakna buat diri ana menjelang aidiladha pada tahun ini. Peringatan yang cukup bermakna. Alhamdulillah, ada juga hadiah yang lain sedang menanti. Terima kasih Ya ALLAH, hamba Mu ini meletakkan segala pergantungan hanya kepada Mu. Berikan yang terbaik untuk diri hamba Mu yang serba kekurangan dan lemah ini. Moga dipermudahkan segala urusan. Ameen.

**imannurbalqis**

Read more

...1-1=hero...

"I believe life is to be lived, not worked, enjoyed, not agonized, loved, not hated."
Alhamdulillah, selesai pengajian semester 2/2010.

**imannurbalqis**

Read more

...bila ALLAH tidak ditakuti...

Mengapa sekarang makin banyak negara ditimpa bencana?Tidak kira sedar atau tidak, dalam nyata atau ilusi, semakin banyak bencana alam yang berlaku bukan atas sebabnya mengikut logik akal manusia. Dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh At-Tarmizi daripada Ali bin Abu Talib, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah mereka ditimpa bencana iaitu:
1. Apabila harta yang dirampas (daripada peperangan) diagih-agihkan kepada orang-orang yang tertentu sahaja.
2. Apabila zakat dikeluarkan kerana penebus kesalahan (terpaksa).
3. Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri.
4. Apabila suami terlalu mentaati isteri.
5. Apabila anak-anak menderhakai ibu bapa masing-masing.
6. Apabila seseorang lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri.
7. Apabila kedengaran banyak bunyi bising.
8. Apabila lebih ramai berbicara mengenai hak keduniaan di dalam masjid.
9. Apabila sesuatu kaum itu terdiri daripada orang yang dihina oleh mereka.
10. Apabila memuliakan seseorang kerana takutkan tindakan buruknya.
11. Apabila arak menjadi minuman biasa.
12. Apabila lelaki memakai sutera.
13. Apabila perempuan dijemput menghiburkan lelaki.
14. Apabila wanita memainkan alat-alat muzik.
15. Apabila orang yang terkemudian menghina orang terdahulu, maka pada saat itu.
Lihat, pandang dan jeling disekeliling kita. Buka mata, buka hati. Bagaimana keadaan sekeliling kita dan adakah kita juga salah seorang penyumbang kepada bencana yang terjadi sekarang?(nauzubillahiminzalik)Fikir dengan akal, dengar dengan telinga, rasa dengan hati dan lihat dengan mata. Kemana arah kita sekarang?

**imannurbalqis**

Read more

MARS | Majalah Remaja Sempoi!

Read more

...selagi MAMPU...

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog ana...Alhamdulillah ada sedikit ruang untuk ana coretkan dalam laman I'M ONLY SERVANT OF ALLAH ini..Bersyukur jg ana kerana waktu orang sibuk mengadap nota&buku untuk study 24hours ana masih lagi berpeluang untuk mencatatkan sedikit perkongsian untuk kita sama-sama ambil ibrahnya...iyealah, musim2 exam nie banyak pula entry yang di'post'...kalau tengok bulan-bulan sebelum nie agak merosot pengeluarannya...selalu ana mohon pada ALLAH s.w.t agar nikmat penulisan yang diberikan pada ana ini dapat memberi kesan yang baik pada penulis dan pembacanya dan bukan sia-sia semata-mata...

Ramai sahabat-sahabat dan pembaca blog ana tanya, tak bosan ke mengadap laptop dan menulis pada ruang yang belum tentu orang baca...yang mampu ana kata, Alhamdulillah itu kemampuan ana yang ALLAH s.w.t beri...sekurang-kurangnya ana buat dan manfaatkan jg walaupun tak mampu untuk memberi nasihat dalam erti kata amar makruf nahi mungkar secara perseorangan...peranan sebagai khalifah ALLAH ini perlu dijalankan walaubagaimanapun cara atau kaedahnya... ada juga yang bertanya, kenapa ana menulis berkenaan pengalaman atau cerita peribadi? sudah ana nyatakan pada entry yang lepas "aku hanyalah insan biasa, punya cita, punya cinta. aku bukanlah pakar isu semasa, juga bukan penyelidik bahasa. aku hanyalah pemerhati alam semesta, yang berbicara melalui kata, yang hanya meluahkan rasa, untuk aku terus menerus berbahasa dalam melakari kehidupan yang hanya sekejap cuma."...bagi ana bercakap melalui pengalaman dan kehidupan yang dilalui lebih jelas keadaannya.. dalam masa yang sama ana melihat kehidupan mengajar 1001 perkara untuk diambil kekuatannya dan memperbaiki kelemahannya...setiap perkongsiaan yang cuba ana ketengahkan adalah situasi yang pernah ana rasai..bukan saja-saja untuk dicoretkan... masing-masing ada pandangan dan prinsip...ana tak rasa ana cerita tentang hal peribadi kerana ana diberi taklifan sebagai pemimpin pelajar adalah untuk bersama masyarakat..selain itu juga, pemilihan cerita keluarga yang diketengahkan adalah kerana setiap dari kita berasal dari sebuah keluarga dari pelbagai latar belakang... ditambah pula dengan cerita ana sebagai seorang penghuni di muka bumi ini, ana berhak untuk menyatakan apa yang sepatutnya kerana ana salah seorang penggunanya bukan dunia ini milik persendirian..malah dikongsi dengan pelbagai makhluk yang lain...ana tidak berbicara hal orang lain di laman ana...cuma ana perlu muhasabah diri di samping menyatakan apa yang perlu dikata...tak tahu pula ada yang terasa...(^_^)

Sedikit perkongsian buat sesiapa yang nak tahu sahaja...ana mula berblog pada 1 Mac 2009...dah setahun lebih...ana ter'influence' dari ex-roomate ana dulu, kak nurul farhana... sekarang dah bertugas sebagai seorang guru di salah sebuah sekolah di Perak...ana memang addict dengan laman sesawang ini...bukan kata hobi waktu lapang lagi dah...asal ada jea waktu memang nak post entry...kadang-kala nak dapat mood atau semangat ketika ada masalah ana akan postkan sesuatu dalam laman sesawang ini...lepas itu baru ok dan ana puas...itu cara ana mungkin berbeza dari antum...cuma jika ada perkara utama lain yang perlu dilakukan...itu yang ana perlu dahulukan...kadang-kadang bukan mudah untuk mendapat idea untuk menyampaikan sesuatu...dalam penyampaian ana, ana cuba berada sebagai seorang pembaca blog...cara penyampaian, kaedah pendekatan dan pemilihan kata-kata juga memberi impak pada pembaca...yang penting ana ada prinsip sendiri berkenaan setiap penulisan yang dibuat...memang benar orang kata perempuan nie banyak cakap..bila difikirkan semula baik ana menulis dari banyak bercakap dan mengkritik perkara yang tak sepatutnya...kalau terlepas cakap tak boleh diundur semula tapi kalau salah tulis boleh padam...

banyak perkara yang ana dapat dari penulisan blog ini...ana sedar perubahan pada aspek penulisan ana..jika dilihat pada awal-awal tertubuhnya laman ini mungkin penyampaian kurang memberangsangkan..ini merupakan medan latihan untuk ana meningkatkan cara penulisan... ana sememangnya sangat berminat dalam bidang penulisan ini tapi masih lagi kurang dalam penyampaian penulisan yang terikat atau dalam erti kata fakta atau analisis isu...masih lagi mencuba dan melebar luaskan lagi pembacaan untuk mendapatkan panduan...iyealah, ana sekarang kalau jawab soalan bahagian esei waktu exam pun bukan macam tulis karangan..asal ada point dan ulasan untuk mengukuhkan lagi jawapan ditambah pula dengan pengiraan...jadi ini merupakan medan untuk ana tahu kosa kata yang betul dan penyampaian yang mudah dan jelas...apa yang ana nak tekankan di sini, setiap apa yang kita lakukan bergantung pada dari sudut mana yang kita ambil...

setiap orang ada cara dan pandangan tersendiri...kita tidak boleh mengekang atau mempersoalkan setiap apa yang dilakukan selagi apa yang dilakukan tidak bercanggah dari pegangan kita iaitu Al-Quran dan As-Sunnah...kita juga perlu lebih terbuka untuk menerima pandangan orang lain kerana itu adalah salah satu percambahan idea yang baik dalam kita meningkatkan lagi potensi diri yang mana semuanya pinjaman dari ALLAH s.w.t segala-galanya...terima kasih kepada yang sudi bertanya dan tertanya-tanya tentang penulisan ana di laman sesawang ini...Alhamdulillah masih ada individu yang prihatin dan menghargai cetusan rasa yang tidak seberapa di laman sesawang ini...terima kasih atas sokongan dan kritikan..nie yang lagi bersemangat nie untuk terus memegang title BLOGGER(^_^)...senyumlah selagi mampu, menangislah selagi bisa, membacalah selagi ada dan menulislah selagi daya...kerana semua ini pinjaman yang harus dipulangkan pada bila-bila ketika dan masanya...

Firman Allah dalam surah Al – Fussilat: 3

"Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan amal soleh dan berkata aku adalah daripada orang-orang yang menyerah diri(muslimin).”

"MENULISLAH KERANA ALLAH"

**imannurbalqis**

Read more

...2-1=1...

"I am really believe and sure "Nothing is Impossible" in this world if we're faithful and cautious... InsyaALLAH...The help of Allah will always come for people that really need and work to get it because there's a reason behind everything...So, patiently persevere, for verily the promise of Allah is true..."
------> waiting for the last paper next monday...need more focus, zarina~

**imannurbalqis**

Read more

...3-1=2...

"jika kamu berhasrat untuk berjaya"
-jangan hanya memandang ke tangga-
~tetapi belajarlah untuk menaikinya~
---------------------------
Always strive for the best and never let it rest until your good is your better, and your better is your best.------> another two paper more!!!

**imannurbalqis**

Read more

...ALHAMDULILLAH...

Salam...alhamdulillah dapat juga akhirnya...ana post entry nie utk perkongsian semua sahabat-sahabat dan adik-adik di IPG, UIA dan sesiapa yang memerlukan MOOD EXAM...ana dpt entry nie dari laman sesawang seorg hamba ALLAH yg telah ana linkkan dibawah...

Pernah suatu ketika itu, aku bersemangat untuk berubah.
Bersemangat untuk berjaya.
Bersemangat dan bercita-cita besar mahu menjadi hebat lagak sang juara.
Tetapi semangat itu sudah pudar warna, penat ku cari hilang entah ke mana.
Adakah kerana ujian ku semakin hampir tarikhnya?
Adakah kerana aku belum cukup bersedia?
Adakah kerana masa sudah terlalu suntuk untuk aku berusaha dan memerah tenaga?
Percaya, Berjaya

Kata dia,
SEMUA ORANG MAMPU BERJAYA,
SEKIRANYA PERCAYA DAN TERUS BERUSAHA.

Tapi
Sekarang dah tiada masa.
Peperiksaanku sudah tiba.
Aku sedar diriku siapa dan aku patut berhenti dari berusaha.
Dapat ala kadar pun tidak mengapa…

Wajarlah aku berputus asa…
Aku patut berputus asa…
Aku bodoh dan tak pernah berjaya, jadi usaha bagaimanapun takkan mampu berjaya.
KARUT!
Itu semua kepercayaan karut yang merendahkan diriku!
Aku tidak boleh berputus asa!
Tidak boleh!!!

PUTUS ASA bererti PUTUS HARAP.
Dan orang yang putus harap adalah orang yang tidak percaya kepada Tuhannya.
Tuhan yang maha agung, maha bijaksana, sentiasa mahukan hambanya BERHARAP kepadaNya. Tuhan tersenyum memandang hambaNya meminta padaNya. Tuhan gembira hambaNya berharap hanya padaNya. Tuhan terharu melihat airmata kita. Tuhan takkan kecewakan harapan kita…

Dengan HARAPAN muncul DOA.
Dengan DOA wujud KEPERCAYAAN.

Percaya bahawa semuanya MUSTAHIL dengan kehendak Tuhan.
Percaya bahawa semuanya dibawah kekuasaan Tuhan.
Percaya bahawa tuhan itu maha berkuasa untuk menolong hambanya yang BERUSAHA SEDAYA UPAYA.

Jadi aku tidak harus berputus asa.
Aku harus terus PERCAYA dan BERUSAHA.
Walaupun kadang-kadang diriku malas mengikut jadual belajarku yang sedia ada.

Poster impianku sudah merata.
Cita-cita dan kejayaanku sudah ku umumkan pada keluarga.
Kini tinggal aku terus berusaha.
Berusaha, berusaha dan terus berusaha.
Sampai aku berjaya mencapai cita-cita.

Selagi belum dicabut nyawa, selagi itu aku berusaha.
Untuk menjadi insan berjaya, membawa bangga nama agama.

Aku Cuma Manusia Biasa
Yang berusaha tanpa putus asa
Yang mampu berjaya dengan izinNya
Kerana ku ada YANG MAHA KUASA!!

kredit to : dr radzi sbb ana dah ada semangat nk teruskn revision utk exam this tuesday...

-----------------------------------------------

Bismillahirrahmanirrahim…


Ya Allah.. dengan kebesaranMu yang di bawa bersama kalimah basmallah.. kami memohon kejayaan yang hakiki.. yakni kejayaan dari sisiMu.. sesungguhnya, Engkau lebih mengetahui erti kejayaan dari diri kami yang kerdil ini.. malah, telah Kau tetapkan segalanya yang terbaik untuk kami.. sekiranya kejayaan dalam peperiksaan kali ini merupakan sebahagian dari rezeki kami.. janganlah dengan kejayaan itu, ia menjauhkan kami dariMu.. sekiranya kegagalan dalam peperiksaan ini merupakan satu ujian untuk kami.. maka Kau teguhkanlah hati kami.. moga dengan kegagalan itu, kami lebih dekat denganMu.. kerana tidak ada yang lebih mengetahui sesuatu melainkan Engkau.. Ya Allah, telah kami berusaha, namun mungkin segala usaha kami tidaklah sehebat sesetengah dari kami yang lain.. ada tikanya kami terlalai dari tanggungjawab kami.. moga Kau maafkan kealpaan kami.. telah juga kami berdoa.. dan Engkau jualah Yang Maha Mendengar.. dan akhirnya kami bertawakal kepadaMu.. moga pilihan kami sentiasa merupakan pilihan terbaik buat diri kami.. sesungguhnya telah Kau bentangkan dua jalan untuk kami.. dan tiada yang ketiga, tiada juga yang di tengah.. maka Kau tetapkanlah hati ini untuk sentiasa memilih jalan yang lurus.. jalan yang membawa kebaikan kepada kami.. kebaikan dalam erti kata kejayaan hakiki.. tidak hanya dunia yang sementara.. tetapi akhirat yang selamanya itu yang lebih utama.. Ya Allah, Kau tidak pernah menzalimi hambaMu walau seberat zarah sekalipun.. dan tidak pernah Kau bebankan hambaMu dengan bebanan yang tidak dapat hambaMu pikul.. maka dengan itu, Kau tunjukkanlah kami.. Kau bimbinglah kami.. Kau terangilah kami.. jalan-jalan untuk kami menuju ke syurgaMu.. jadikanlah kejayaan dalam peperiksaan kali ini satu batu loncatan buat kami menegakkan agamaMu.. dan janganlah Kau lalaikan kami dengan kejayaan itu, setelah kami diberikan kejayaan.. Moga kami semua terus tsabat dalam memperjuangkan agamaMu.. tetapkanlah hati-hati kami di atas agamaMu.. dan di atas ketaatan kepadaMu.. dan di atas jihad pada jalanMu.. amin ya Rabbal ‘alamin..

ma’at taufiq wan najah..

**imannurbalqis**

Read more

...simpul MATI...


Amanah tidak pernah salah memilih siapa yang akan memikulnya teman! Siap atau tidak ia akan datang. Memang sedikit sekali pilihan yang dapat kita ada, menerima amanah dengan penuh kesediaan, menerima amanah dalam keadaan tidak sedia, atau menyerah dan menjadi generasi-generasi yang terlupa dan mengantikan sahaja? Memang amanah adalah cubaan, dan Allah tidak akan mencuba dan menguji hambaNya di luar batas kesanggupan dari manusia. Jadi untuk setiap amanah yang ditaklifkan kepada kita maka optimislah amanah itu akan kita pikul dengan baik dan semaksimum mungkin sehingga kelak ketika dipertanyakan oleh Allah, kita mampu menjawabnya dengan baik. Lakukanlah yang terbaik dan keluarkan semua potensi diri yang engkau miliki kerana sesungguhnya Allah lebih melihat proses bukan hasil. Jadi bersemangatlah dengan setiap amanah yang datang dan pergi silih berganti. Selama kita masih hidup dan bernafas di bumi ini, insyaALLAH perjalanan ini adalah amanah sehingga saat menghembus nafas yang terakhir. Kerana kita tahu bahawa kita adalah hamba kepada ALLAH yang Esa dan segala-galanya pinjaman dariNya untuk seketika.

**imannurbalqis**

Read more

...teka-TEKI...

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya

Imam Ghazali : “Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?

Murid 1 : “Orang tua”

Murid 2 : “Guru”

Murid 3 : “Teman”

Murid 4 : “Kaum kerabat”
Imam Ghazali : “Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali : “Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?”

Murid 1 : “Negeri Cina”

Murid 2 : “Bulan”

Murid 3 : “Matahari”

Murid 4 : “Bintang-bintang”

Iman Ghazali “Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA
LALU. Bagaimana pun kita, apa pun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama”.

Iman Ghazali : “Apa yang paling besar di dunia ini?”

Murid 1 : “Gunung”

Murid 2 : “Matahari”

Murid 3 : “Bumi”
Imam Ghazali : “Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.”

Imam Ghazali : “Apa yang paling berat di dunia?”

Murid 1 : “Baja”

Murid 2 : “Besi”

Murid 3 : “Gajah”
Imam Ghazali : “Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.”

Imam Ghazali : “Apa yang paling ringan di dunia ini?”

Murid 1 : “Kapas”

Murid 2 : “Angin”

Murid 3 : “Debu”

Murid 4 : “Daun-daun”
Imam Ghazali : “Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat “

Imam Ghazali : “Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? “

Murid- Murid dengan serentak menjawab : “Pedang”
Imam Ghazali : “Itu benar, tapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri"

**imannurbalqis**

Read more

...cara KU & cara MU berbeza...

Dakwah adalah kegiatan yang bersifat menyeru, mengajak dan memanggil orang untuk beriman dan taat kepada Allah Subhaanahu wa ta’ala sesuai dengan garis aqidah, syari’at, dan akhlak Islam. Perkataan dakwah merupakan masdar (kata benda) dari kata kerja da’a yad’u yang bererti panggilan, seruan atau ajakan. Perkataan dakwah sering dirangkaikan dengan kata “Ilmu” dan kata “Islam”, sehingga menjadi “Ilmu dakwah” dan Ilmu Islam” atau ad-dakwah al-Islamiyah. Orang yang menyampaikan dakwah disebut “Da’i”. Sedangkan yang menjadi objek dakwah disebut “Mad’u”. Setiap Muslim yang menjalankan fungsi dakwah Islam adalah “Da’i”.

Tujuan Utama Dakwah

Tujuan utama dakwah ialah mewujudkan kebahagiaan dan kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat yang diridhai oleh Allah. Nabi Muhamad SAW mencontohkan dakwah kepada umatnya dengan berbagai cara melalui lisan, tulisan, dan perbuatan. Dimulai dari isterinya, keluarganya, dan teman-teman karibnya hingga raja-raja yang berkuasa pada saat itu. Di antara raja-raja yang mendapat surat atau risalah Nabi SAW adalah kaisar Heraklius dari Byzantium, Mukaukis dari Mesir, Kista dari Persia, dan Raja Najasyi dari Habasyah (Ethiopia).
Jenis-Jenis Dakwah

Dakwah dapat dilakukan dengan berbagai cara, sesuai dengan kemampuan masing-masing. Namun jangan langsung tidak melakukan dan meletakkan tugas dakwah kepada individu yang tertentu sahaja. Yang pasti, setiap Muslim wajib melaksanakannya kerana seorang Muslim berkewajiban menyebarkan kebenaran Islam kepada orang lain.

1. Dakwah Fardiah — Dakwah Fardiah merupakan cara dakwah yang dilakukan seseorang kepada orang lain (satu orang) atau kepada beberapa orang dalam jumlah yang kecil dan terbatas. Biasanya dakwah fardiah terjadi tanpa persiapan yang matang dan tersusun secara tertib. Termasuk kategori dakwah seperti ini adalah menasihati teman sekerja, teguran, anjuran memberi contoh. Termasuk dalam hal ini pada saat mengunjungi orang sakit, pada waktu ada acara tahniah (ucapan selamat), dan pada waktu upacara kelahiran (tasmiyah).

2. Dakwah Ammah — Dakwah Ammah merupakan jenis dakwah yang dilakukan oleh seseorang dengan media lisan yang ditujukan kepada orang banyak dengan maksud menanamkan pengaruh kepada mereka. Media yang dipakai biasanya berbentuk khutbah (pidato). Dakwah Ammah ini kalau ditinjau dari segi subjeknya, ada yang dilakukan oleh perseorangan dan ada yang dilakukan oleh organisasi tertentu yang berkecimpung dalam soal-soal dakwah.
3. Dakwah bil-Lisan — Dakwah jenis ini adalah penyampaian informasi atau pesan dakwah melalui lisan (ceramah atau komunikasi langsung antara subjek dan objek dakwah). Dakwah jenis ini akan menjadi efektif bila disampaikan berkaitan dengan hari ibadah, seperti khutbah Jum’at atau khutbah hari Raya, kajian yang disampaikan bersangkutan ibadah praktis, konteks sebenar program, disampaikan dengan metode dialog dengan hadirin.

4. Dakwah bil-Haal — Dakwah bil al-Hal adalah dakwah yang mengedepankan perbuatan nyata. Hal ini dimaksudkan agar si penerima dakwah (al-Mad’ulah) mengikuti jejak dan hal ikhwal si Da’i. Dakwah jenis ini mempunyai pengaruh yang besar pada diri penerima dakwah. Pada saat pertama kali Rasulullah Saw tiba di kota Madinah, beliau mencontohkan Dakwah bil-Haal ini dengan mendirikan Masjid Quba dan menyatukan kaum Ansar dan kaum Muhajirin dalam ikatan ukhuwah Islamiyah.

5. Dakwah bit-Tadwin — Memasuki zaman global seperti saat sekarang ini, pola dakwah bit at-Tadwin (dakwah melalui tulisan) baik dengan menerbitkan kitab-kitab, buku, majalah, facebook, blog, dan tulisan-tulisan yang mengandung pesan dakwah sangat penting dan efektif. Keuntungan lain dari dakwah model ini tidak menjadi musnah meskipun sang da’i, atau penulisnya sudah wafat. Melalui dakwah bit-Tadwim ini Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya tinta para ulama adalah lebih baik dari darahnya para syuhada”.

6. Dakwah bil Hikmah — Dakwah bil Hikmah Yakni menyampaikan dakwah dengan cara yang arif atau bijak, yaitu melakukan pendekatan sedemikian rupa sehingga pihak dakwah mampu melaksanakan dakwah atas kemahuannya sendiri, tidak merasa ada paksaan, tekanan maupun konflik. Dengan kata lain dakwah bi al-hikmah merupakan suatu pendekatan komunikasi dakwah yang dilakukan atas dasar keinginannya sendiri. Dalam kitab Al-Hikmah Fi Al Dakwah Ilallah Ta’ala oleh Said bin Ali bin wahif al-Qathani diuraikan lebih jelas tentang pengertian Al-Hikmah. Menurut bahasa, Al-Hikmah artinya adil, ilmu, sabar, kenabian, dan Al-Qur’an; memperbaiki (membuat manjadi lebih baik atau pas) dan terhindar dari kerosakkan; ungkapan untuk mengetahui sesuatu yang utama dengan ilmu yang utama; obyek kebenaran (al-haq) yang didapat melalui ilmu dan akal; serta pengetahuan atau ma’rifat. Menurut istilah syar’i, Al-Hikmah artinya valid (sah) dalam perkataan dan perbuatan, mengetahui yang benar dan mengamalkannya, wara’ dalam Dinullah, meletakkan sesuatu pada tempatnya, dan menjawab dengan tegas dan tepat.
Ingat, kita punya matlamat yang sama tapi cara yang berbeza. Jangan merendahkan atau mempertikaikan cara orang lain tapi lihat cara kita. Adakah masih boleh digunakan? atau perlu pada perubahan? Doakan diri kita bersama akan terus thabat di jalan ini. Selagi tidak salah disisi syariat ISLAM, dia adalah benar dalam setiap tindakannya.

**imannurbalqis**

Read more

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails