.::I'M ONLY SERVANT OF ALLAH::.

"Di perhentian terakhir itulah manusia akan hidup berkekalan sama ada dengan limpahan NIKMAT selama-lamanya atau menghadapi AZAB, juga selama-lamanya. Sebelum tiba di titik pengakhiran itu, manusia akan terus mengembara..."

...JALINAN UKHUWAH...

...MELAKAR PELANGI...

Daisypath Anniversary tickers

...KEEP IN MEMORY...

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

PERMATA HATI UMMI ABI

Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

...apa sudah JADI?...

Maut jatuh apartmen elak ditangkap khalwat
Oleh Hardi Effendi Yaacob
hardi@bharian.com.my
2010/04/25

Pelajar kolej cuba lari ikut tingkap rumah teman wanita

KUALA LUMPUR: Hanya kerana mahu mengelak ditangkap berkhalwat, seorang pemuda terbunuh selepas terjatuh dari rumah sewa teman wanitanya di tingkat lima Apartmen Jelutong, Selayang Heights, di sini awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 1.40 pagi itu, mangsa yang berusia 21 tahun dan masih menuntut di Kolej Komuniti Selayang dikatakan cuba mengelak ditahan dengan melarikan diri melalui tingkap sebaik pintu rumah diketuk sepasukan pegawai pencegah maksiat dari Jabatan Agama Islam Selangor (Jais). Bagaimanapun, pemuda itu dipercayai tergelincir ketika cuba meniti tembok luar bangunan yang licin sebelum terjatuh dan mayatnya ditemui terperosok dalam longkang di tingkat bawah pangsapuri berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan pelajar terbabit mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan beberapa bahagian badan.

“Berdasarkan keterangan pegawai (Jais) terbabit, mereka melakukan serbuan ke rumah itu selepas mendapat maklumat ada aktiviti maksiat di situ. Bagaimanapun, ketika mengetuk pintu rumah berkenaan, mereka terdengar bunyi seperti objek jatuh.

“Pintu kemudian dibuka seorang gadis Melayu, dipercayai teman wanita mangsa dan didapati tingkap rumah itu terbuka. Curiga dengan keadaan itu, pegawai terbabit memeriksa ke luar tingkap dan mendapati ada seorang lelaki terperosok dalam longkang,” katanya.
Katanya, hasil siasatan polis mendapati tiada unsur jenayah dalam kes berkenaan yang diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat dan sudah dituntut warisnya untuk dikebumikan.

Katanya, teman wanita mangsa yang turut menuntut di kolej sama kini ditahan oleh Jais untuk siasatan.

--------------------------------------

agak-agaknya la, sempat tak mengucap??? makin teruk nampaknya keadaan sosial di Malaysia.. cuma bagi yang tidak atau masih memegang kata-kata "bukan aku pun yang buat" @ "tak de kene mengena dengan aku" masih mengatakan Malaysia gah di mata dunia..apa guna kalau sahsiah teruk..kesedaran sivik langsung tak de...ini baru satu yang ALLAH tunjuk kat kita ini yang masih hidup...yang kita terlepas pandang berapa banyak...sedarlah wahai saudara seISLAM ku.. andai BERDIAM DIRI yang kita lakukan, satu kesilapan besar buat lakaran hidup kita...

Amar Ma’ruf Nahi Mungkar adalah suatu usaha yang paling mulia, tinggi kedudukannya, sangat dititikberatkan di dalam Islam. Ianya mesti dilaksanakan agar manusia sentiasa berada di atas landasan yang betul dan tidak menyimpang dari jalan yang sebenarnya.

Islam adalah agama samawi yang datangnya dari Allah swt. Islam mementingkan aspek kemasyarakatan dari sudut kekeluargaan, rumahtangga, masyarakat, pergaulan, dan kenegaraan. Islam adalah agama yang bukan hanya mementingkan individualistik (individu tetapi ia mementingkan ummah. Lantaran hidup manusia yang dikenali sebagai golongan yang mudah lupa, lemah dan serba kekurangan, didatangkan para Nabi as sebagai pencetus kebangkitan dan penegur atas segala kesilapan dan kesalahan yang dilakukan. Oleh kerana itulah disyaratkan bahawa hukum Amar ma’ruf nahi Mungkar adalah wajib yang tidak boleh dinafikan lagi. Berikut adalah dalil-dalil kewajipan menjalankan amar ma’ruf nahi mungkar.



Dalil kewajipan Amar Ma’ruf Nahi Mungkar

Abul -Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Umar bin Abdul-Aziz berkata: “Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak menyiksa orang-orang umum kerana dosa-dosanya orang-orang yang tertentu tetapi apabila perbuatan dosa itu merahajalela dan terang-terangan kemudian tidak ada yang menegur, maka bererti semuanya sudah layak menerima hukuman.”

Dan diriwayatkan bahawa Allah s.w.t. telah mewahyukan kepada Yusya bin Nun.:

“Aku akan membinasakan kaummu empat puluh ribu orang yang baik-baik dan enam puluh ribu orang yang derhaka.”

Nabi Yusya bertanya: “Ya Tuhan, itu orang derhaka sudah layak, maka mengapakah orang yang baik-baik itu?”

Jawab Allah s.w.t.: “Kerana mereka tidak murka terhadap apa yang Aku murka, bahkan mereka makan minum bersama mereka yang derhaka itu.”

Abu Hurairah r.a. berkata:

“Nabi Muhammad s.a.w. bersabda (yang bermaksud): “Anjurkan lah kebaikan itu meskipun kamu belum dapat mengerjakannya dan cegahlah segala yang mungkar meskipun kamu belum menghentikannya.”

Anas r.a. berkata:

“Nabi Muhammad s.a.w. bersabda (yang bermaksud): “Sesungguhnya diantara manusia itu ada yang menjadi pembuka untuk kebaikan dan penutupan dari kejahatan, dan ada juga manusia yang menjadi pembuka kejahatan dan penutupan kebaikan, maka sesungguhnya untung bagi orang yang dijadikan Allah s.w.t. sebagai pembuka kebaikan dan binasa bagi yang dijadikan Allah s.w.t. pembuka kejahatan itu ditangannya.”

APA PERANAN KITA ???


**imannurbalqis**

Read more

...bukan ini yang aku PINTA...

salam alaik buat sahabat-sahabat dan pembaca blog ana...ana doakan antum sentiasa dalam keredhaan ALLAH s.w.t...alhamdulillah, ana masih diberi ruang untuk menaip di laman sesawang ini...dalam keadaan kesibukkan yang teramat sangat membuatkan ana merasakan untuk mengisi sesuatu dalam laman sesawang ini...suka untuk ana berkongsi tentang apa yang ana dapat dari pensyarah Earth & Space ana...perkongsian kehidupan seorang wanita yang telah ditulis dalam sebuah akhbar...sama-sama kita lihat kehidupan insan yang tidak meminta untuk dijadikan sebegitu...



Kisah Dari Mahkamah Syariah: Jantan terlampau

bhnita@bharian. com.my
Bekas pesakit barah payu dara kongsi pengalaman pahit 'dihina' bekas suami

MINGGU ini, ruangan ini memberi peluang kepada seorang pembaca yang menulis mengenai kisah hidupnya. Sedih sekali membaca kisah Khadijah (bukan nama sebenar) yang mendapat layanan buruk daripada suami yang sepatutnya melindunginya. Ikuti tulisan beliau.

"Saya tertarik hati membaca tulisan Siti Nur Almizan bertarikh 8 Oktober lalu di halaman Ratu, Berita Harian bertajuk 'Sokongan Suami Penawar Duka' kerana saya juga pesakit barah payu dara, tetapi nasib saya kurang baik sebab 'suami menambah duka'.
Saya disahkan menghidap barah payu dara pada Oktober 1998 ketika berumur 44 tahun. Saya mempunyai empat orang anak yang sedang bersekolah ketika itu. Saya membuat pemeriksaan awal sendiri di hospital sehinggalah pengesahan daripada doktor mengenai penyakit itu tanpa suami.

Mungkin nasib saya agak baik kerana bertugas sebagai pendidik, jadi tidaklah terlalu memikirkan masalah kewangan. (Suami saya juga seorang pendidik). Saya akur dengan nasihat doktor untuk menjalani pembedahan bagi membuang sebelah kanan payu dara dengan segera dan saya perlu memberi tahu suami mengenainya.

Ketika itu saya memang tidak dapat membayangkan masa depan saya dalam keadaan yang cacat 'mahkotanya' . Perasaan berbelah bagi sama ada hendak bedah atau mencari pilihan lain atau merahsiakan saja daripada suami dan keluarga. Namun apabila membayangkan wajah anak-anak yang memerlukan, saya berjanji kepada diri sendiri 'Aku mesti sihat demi masa depan anak-anak' dan saya menerima musibah ini sebagai ujian Allah selepas diberi kaunseling oleh seorang jururawat.

Dalam keadaan yang sangat sedih saya memberitahu suami mengenai perkara itu dengan harapan saya akan mendapat semangat atau sokongan manja daripadanya, tetapi jawapan yang diterima ialah "Kalau doktor kata bedah .... bedahlah.... kalau sampai masa untuk mati... matilah nak buat macam mana?.."

Di manakah tempat untuk saya meletakkan kesedihan ketika itu? Saya tidak mahu menunjukkan kesedihan di depan anak-anak kerana saya tidak mahu pelajaran mereka terganggu jika saya tidak bersemangat. Begitu pun, suami setuju untuk saya dibedah dan dia berjanji menerima keadaan diri saya seadanya selepas pembedahan.

Pada awal November 1998 saya menjalani pembedahan mastektomi, tetapi sebelum itu doktor menasihatkan suami untuk ambil cuti pada hari pembedahan, tetapi suami tidak bersetuju dan apabila saya meminta suami hadir awal ke hospital sebelum saya masuk ke bilik bedah, dia hanya berkata "tengoklah kalau sempat datang" (saya akan di bedah jam 8.30 pagi).

Kesedihan saya bertakuk lagi apabila saya sudah pun dipakaikan dengan baju bedah, suami masih lagi tidak muncul-muncul sehingga saya dibawa ke Bilik Bedah tanpa iringan suami yang sepatutnya memberi sokongan kepada saya, juga untuk saya mencium tangannya sebelum dibedah, manalah tahu jika umur tidak panjang.

Saya berada di wad selama 10 hari, apabila pulang ke rumah, suami tidak sabar-sabar untuk menuntut layanan intim daripada saya tanpa bersimpati dengan apa yang saya tanggung selepas pembedahan, meleleh air mata ketika menunaikan kehendaknya, dan begitulah seterusnya. Memandangkan bekerja dengan kerajaan, saya diberi cuti bergaji sepanjang menjalani rawatan kemoterapi dan radioterapi.



Suatu hari saya diperkenalkan dengan payu dara gentian (silikon) oleh seorang jururawat hospital yang harganya lebih kurang RM300 dengan bayaran dua atau tiga kali. Saya menyuarakan kepada suami untuk membelinya, tetapi suami dengan selamba berkata: "Buat apa beli harganya mahal... sumbat sajalah dengan kain buruk!" Apakah perasaan saya ketika itu?

Memandangkan saya mempunyai wang gaji sendiri, saya beli silikon itu dan gunakan hingga hari ini dengan selesa walaupun sudah sedikit rosak (10 tahun guna) kini saya sedang mencari di mana boleh membeli yang baru. Saya pernah mengajak suami untuk pergi mencari yang baru, tetapi tidak dilayan.

Sepanjang mendapatkan rawatan, ada kalanya saya tidak boleh pergi ke hospital sendirian, saya perlukan pertolongan suami untuk memandu kereta, contoh ketika membuat rawatan kemoterapi dan radioterapi. Ketika itu saya terpaksa bersabar dengan rungutan, muka yang masam, ada kala membisu dan pelbagai macam kerenah daripada suami.

Saya hampir hilang semangat untuk meneruskan rawatan susulan selepas pembedahan, tetapi atas nasihat doktor pakar yang merawat saya dan tidak jemu untuk memujuk supaya saya menghabiskan rawatan terutama kemoterapi dan radioterapi. Kadangkala saya rasa tertekan oleh sikap suami yang berasa jijik apabila tiap kali rawatan kemoterapi, saya akan mengalami muntah-muntah dan dia akan menjauhkan diri daripada saya.

Bila bertanyakan pendapat suami adakah saya perlu memberhentikan saja rawatan kerana sikapnya itu, dia menjawab: "Suka hatilah. Kalau Tuhan nak pendekkan umur, rawatan macam mana pun tetap mati juga."

Itulah kata-kata 'sokongan' yang saya terima daripada suami, yang penting baginya saya tidak menyusahkan dia untuk meminta pertolongan. Bagi memudahkan saya memandu, saya menukar kereta jenis automatik dan kembali bekerja apabila cuti sakit tamat.

Demi anak-anak saya bertekad, reda dan berdoa kepada Allah supaya saya diberi ketabahan dan kekuatan iman untuk menghadapi semua perkara yang menyedihkan. Saya membina semangat sendiri dengan sokongan sahabat baik yang bersimpati.

Saya menjaga kesihatan dengan membaca pelbagai artikel dan membeli ubat-ubatan (vitamin) yang boleh menguatkan imunisasi dengan kewangan sendiri. Suami tidak percaya jika saya sekali-sekala mengatakan penat atau kurang sihat sebaliknya dia akan menuduh saya sengaja berkata begitu sebagai alasan untuk tidak melayan kehendaknya. Bermakna saya mesti sihat sentiasa demi kebahagiaan suami dan keluarga.

Saya mulakan keredaan kepada Allah dengan membaca al-Quran dan surah Yassin sebagai 'Syifa' (penyembuh) dan bermohon supaya diberikan kesihatan baik sehingga anak-anak boleh berdikari. Saya luangkan masa untuk ke kelas mengaji dan berzanji, sedangkan suami pula terus membuat pelbagai kerenah yang kadang-kadang memberi tekanan emosi kepada saya walaupun saya tahu itu adalah tidak baik bagi pesakit barah.

Tetapi apa boleh buat sudah sikap suami begitu, justeru saya mencari ketenangan di sejadah dan daripada urusan kerja di sekolah. Memang Allah itu maha pengasih ketika saya masih lagi belum sembuh sepenuhnya, saya memohon untuk menunaikan Fardu Haji di Makkah. Alhamdullilah pada awal 2001 saya diterima untuk menunaikan ibadat haji dan saya pergi tanpa suami dengan hanya menumpang seorang bapa saudara yang berumur 75 tahun ketika itu.

Saya bersyukur sepanjang menunaikan ibadat di Makkah, saya sihat walaupun berjalan jauh ke masjid untuk tawaf, saie dan melontar jamrah. Doktor ada membekalkan ubat-ubatan, tetapi saya rasa sihat dengan air zam zam.

Itu cerita hampir 10 tahun lalu. Kesabaran yang Allah kurniakan kepada saya, dapat mengatasi segala kesedihan yang ditanggung. Dua orang anak saya sudah bekerja dan mempunyai keluarga sendiri, seorang anak saya baru saja menamatkan pengajian dari sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) dan sudah pun bekerja, hanya seorang lagi anak masih lagi di IPT.

Namun suami tidak bersyukur dengan keadaan saya yang sentiasa berusaha untuk yang terbaik bagi menyihatkan diri tanpa menyusahkan dia baik dari segi masa mahupun kewangan. Saya bekerja dengan lebih bersemangat dan dikurniakan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan dianugerahkan Guru Cemerlang pada 2008. Saya sentiasa positif dan ceria kepada semua perkara yang saya lakukan sehingga sukar untuk sesiapa percaya bahawa saya adalah pesakit barah payu dara.

Begitupun, saya tidak boleh lari daripada ujian Allah. Dugaan dan kesedihan datang lagi selepas 10 tahun saya membina semangat dan jati diri sendiri. Saya rasa apa yang saya lakukan tidak mempunyai nilai apa-apa dan semangat terbina akan luntur jua jika tiada sokongan yang kuat kerana dua hari sebelum saya menyambut ulang tahun ke-55 kelahiran saya, suami bertindak keluar rumah dan mendaftarkan perceraian di Mahkamah Syariah.

Saya dijatuhkan talak dengan alasan 'isteri enggan melayan suami' selepas 30 tahun hidup bersama dan suami lupa pada janjinya. Saya rasa terlalu aib dan hina sekali, saya tidak mahu membantah alasan yang diberi kerana mahu menjaga maruah suami di mahkamah sebaliknya menerima perceraian itu dengan reda dan ketentuan Ilahi dengan persoalan 'layanan yang bagaimanakah dikehendaki oleh suami dan apakah hina mempunyai sebelah payu dara?'

Perkara ini berlaku disebabkan pada awal sesi persekolahan 2009, sebagai guru yang agak sibuk sedikit dengan tugasan awal tahun, ada kalanya saya sangat letih (waktu balik jam 3.00 atau 4.00 petang, tetapi 10 minit sudah sampai ke rumah). Ketika itu suami sudah bersara wajib 56 tahun.

Selain itu, saya juga sibuk dengan persiapan majlis perkahwinan anak. Saya tidak pernah ada pembantu rumah sejak mula berkahwin dan semua urusan anak serta rumah tangga saya uruskan sendiri. Suami akan membantu mengikut mood dan suatu malam saya menolak kehendak intim suami kerana terlalu letih.

Itulah pertama kali saya menolak dan keesokan harinya suami terus dingin berpanjangan, saya cuba membaiki keadaan, tetapi dia menambahkan emosi saya. Suami keluar dari rumah ketika saya bekerja. Suami balik ke kampungnya dan mungkin bercerita kepada saudara-mara di sana mengenai kekurangan diri dan layanan yang saya tidak tunaikan kepadanya.

Akhirnya dia menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada saya yang berbunyi.

"Jumpa di pejabat kadi," dan saya membalas "Untuk bincang apa?" Dia menjawab SMS "Aku bukan nak bincang, tapi nak ceraikan kau!"

Baru-baru ini, dengan bangga sekali bekas suami memberi tahu anak-anak yang dia akan berkahwin lagi dan menghantar SMS kepada saya yang berbunyi "Dia tak macam engkau", mungkinkah maksudnya wanita itu lebih baik dari saya yang sudah cacat mahkotanya? Kenapa ya...

Haruskah saya meneruskan semangat diri pada hujung-hujung usia begini? Perlukah saya menyambung kesedihan sebagai pesakit barah payu dara sehingga ke akhir hayat kerana terlalu mahal untuk mendapatkan sokongan daripada orang yang dipanggil suami?

Pada ketika ini, saya berserah kepada Ilahi dan saya tidak peduli lagi apa akan berlaku pada diri saya selepas ini, andainya saya positif semula pada penyakit
itu, saya reda ianya menjadi titik terakhir dalam kehidupan saya. Itulah semangat yang mula tertanam di hati saya."

Kepada Khadijah, langit tidak selalu mendung. Pada usia semakin senja, usah biarkan penghinaan bekas suami menjadi kudis di hati. Anggaplah tindakan dan kata-katanya bagai orang tua yang sudah nyanyuk. Pekakkan telinga, kerana hakikatnya Khadijah jauh lebih baik daripada bekas suami.

Sesungguhnya, tindakan Khadijah yang tetap sabar dengan segala tindakan atau kata-kata melampau suami, amat terpuji. Kehilangan payu dara bukan noktah kepada kehidupan. Ini ujian daripada Ilahi dan ingatlah, Khadijah 'dipilih' kerana kesabaran tinggi yang dimiliki.

Hanya insan sabar seperti Khadijah yang mampu mengharungi 10 tahun paling menyakitkan itu. Mungkin perceraian jalan terbaik supaya Khadijah tidak lagi disakiti. Malah inilah masanya untuk Khadijah melakukan apa saja untuk diri sendiri, sesuatu yang tidak dapat dilakukan ketika hidup bersama bekas suami.

Wassallam.



Astagfirullah al'azim...itu yang terucap di bibir ana tatkala cerita ini habis dibacakan oleh kawan sekelas ana...terguris hati rasanya...menangis ana di dalam hati...nak nangis kat luar, xboleh...segan...xtau nak kata apa..cuma ana teringat orang selalu kata :PUT YOURSELF IN SOMEONE ELSE'S SHOES (bak kata orang kg ana)...org putih kata :cubalah letakkan diri kita di tempat mereka...bukan dipinta untuk jadi begini... tp ini ujian sementara di dunia untuk dinilai di akhirat...don't be selfish.. entry ini bukan untuk menyalahkan sesiapa tapi kita sama-sama muhasabah kembali diri kita...kita mahu orang memahami diri dan memenuhi permintaan kita, adakah kita memahami dan memenuhi permintaan orang lain...


**imannurbalqis**

Read more

...S.E.D.I.H...




orang kata aku K.U.A.T

tapi aku selemah-L.E.M.A.H manusia

S.E.D.I.H

rasa itu kian menyapa di ruang hati

rasa kian tidak berM.A.Y.A

tiada keK.U.A.Tan itu lagi

makin L.E.M.A.H langkah kakiku

izinkan aku merasai nikmat S.E.D.I.H sementara

kerana aku manusia B.I.A.S.A

agar S.E.D.I.H ini memberi keK.U.A.Tan selamanya

sempit, lelah, pilu

biar air mata ini mengalir

jangan diusap lagi

hanya itu yang aku M.A.M.P.U



**imannurbalqis**

Read more

...demi WAKTU...

salam alaik buat sahabat-sahabat dan pembaca blog ana...Alhamdulillah, segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam yang menjadikan segala ciptaan dilangit dan di bumi dengan penuh hikmahnya. Juga segala nikmat kehidupan yang dilimpahi buat hamba2nya..Syukur dipanjatkan padaNya....Semoga nikmat dan segala keindahan ini akan membuatkan hati-hati yang terpaut tidak mudah lupa dan leka dengan keduniaan yang boleh menjerumuskan dan membinasakan....Selawat dan salam tidak lupa juga diucapkan buat Baginda Nabi Muhammad SAW yang berjuang bersama para sahabat menaikkan syiar Islam dan meyebarkan risalah membawa kita dari alam kegelapan (Jahiliyyah) hinggalah ke alam yang kita rasakan sekarang....

Alhamdulillah, ana dah tamat practicum untuk fasa 1 semalam..selepas menyelesaikan tugas sebagai pencatat minit dalam minit mesyuarat agung PIBG SK Perempuan Durian Daun yang ke-36...ana xdapat nak kongsi banyak perkara berkenaan dengan praktikum di sekolah..bg ana masing-masing ada pengalaman dan pandangan masing-masing..insyaALLAH jika diberi kesempatan, ana akan catat dalam perkongsian yang akan datang...alhamdulillah, walaupun sibuk ana dapat juga menyertai program yang dijalan oleh Jabatan Pengajian Melayu iaitu MALAM GEMA PUISI..tahniah ana ucapkan..dan seharusnya pengisian-pengisian begini seharusnya dirancakkan di institusi pendidikan guru...seperti biasa, setelah selesai praktikum, ana akan teruskan taklifan sebagai guru pelatih dan tanggungjawab yg telah di amanahkan dalam JPP...ana akan ke kursus PEmbimbing RAkan SEbaya @ BTN di pusat rekreasi ulu tiram, Johor selama 4 hari...seramai 80 orang akan bertolak ke sana pada jam 10 pagi ini...dengan itu, sedikit coretan yang dapat ana tinggalkan untuk pembaca laman sesawang ana untuk perkongsian kita bersama...




Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.

Semoga sedikit yang dikongsi ini dapat kita sama-sama renungkan...ana doakan antum sentiasa berada dalam rahmat ALLAH s.w.t...teruskan pencarian SYURGA yang hakiki... salam ukhuwwah segugus mawaddah...

**imannurbalqis**

Read more

...muslimah, wanita, akhawat...



Jangankan lelaki biasa.......... NABIpun sunyi tanpa wanita.......... Walau segalanya tersedia disyurga.......... Tapi ADAM tetap rindukan HAWA.......... Pada wanitalah lelaki memanggil ibu,isteri dan juga puteri.......... Tanpa wanita.......... Hati dan perasaan lelaki akan resah dan gelisah.......... Masih mencari walau ada segalanya.......... Dijadikan wanita dari tulang rusuk lelaki.......... Maka lelakilah yang harus meluruskannya.......... Hati wanita yang serapuh kaca.......... Kuatkanlah ia dengan IMAN dan TAKWA.......... Perasaan wanita yang selembut sutera......... Hiasilah ia dengan AKHLAK MULIA.......... Kerana tanpa IMAN dan TAKWA serta AKHLAK MULIA.......... Wanita akan derhaka dunia.......... Pada insan yang bergelar LELAKI.......... Binalah kepimpinan diri untuk memimpin wanita.......... Tapi ingat!.......... Jangan hiburkan hatinya dengan kekayaan.......... Jangan jinakkan fikirannya dengan kemewahan.......... Jangan manjakan dirinya dengan kecantikan.......... Kerana wanita yang lupa akan hakikat kejadiannya,tidak akan terhibur dan menghiburkan..........

**imannurbalqis**

Read more

...ketika CINTA berTASBIH...

Puisi Ketika Cinta Bertasbih oleh Sheikh Jalaluddin al-Rumi

Cinta adalah kekuatan,
yang mampu mengubah duri jadi mawar,
mengubah cuka jadi anggur,
mengubah sedih jadi riang,
mengubah amarah jadi ramah,
mengubah musibah jadi muhibbah,
itulah cinta..

Dideklamasikan oleh Ayyatul Husna



Sekalipun cinta telah ku uraikan,
dan ku jelaskan panjang lebar,
namun jika cinta kudatangi,
aku jadi malu pada keteranganku sendiri…
meskipun lidahku telah mampu menguraikan,
namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang..
sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya..
kata-kata pecah berkeping-keping,
begitu sampai kepada cinta..
dalam menguraikan cinta,
akal terbaring tak berdaya,
bagaikan keldai terbaring dalam lumpur..
cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan..

Dideklamasikan oleh Anna AlthaFunnisa

**imannurbalqis**

Read more

...bukan sekadar BOLA yang diSEPAK...

salam alaik buat sahabat-sahabat dan pembaca blog ana...didoakan agar sahabat-sahabat berada dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa dalam rahmat dan makfirah ALLAH s.w.t..syukur dipanjatkan kepadaNYA kerana masih lagi ada hati-hati yang mencintai jalan ISLAM yang suci lagi benar...Semoga tidak leka dengan hidangan dan kesibukkan dunia yang boleh menjerumuskan kita kepada kebinasaan...gunakan segala wadah yang ada untuk menyampaikan walaupun 1 ayat...ALHAMDULILLAH kerana ana masih lagi diberi peluang untuk bersama-sama sahabat-sahabat dan pembaca blog ana...ana mohon maaf kerana tidak berkesampatan untuk meng"update" blog ini setiap hari...atas kekangan yang ada, ana perlu mengutamakan apa yang perlu diutamakan...tapi insyaALLAH tidak akan ana abaikan laman sesawang ini sesenangnya...inilah satu cara ana bertemu dan menyampaikan sesuatu untuk sahabat-sahabat maya ana...untuk entry pertama bulan april nie, ana ambil juga waktu untuk buat entry nie...coz da geram sangat...yea la, practicum minggu last nie jd minggu observe plk..dari hari selasa hingga rabu..pastu earth n space 1class kne pulang balik..coz xckup bahan...utk mbuatkan hati ini gembira..ana luangkan jg masa untuk post entry yg xsberapa nie...

Alhamdulillah, malam tadi stadium Bukit Jalil telah diserikan dengan sang kenari dan si rusa yang berentap untuk memengi piala FA...alhamdulillah, keputusannya telah berpihak kepada skuad "Hobin Jang Hobin" dengan keputusan penalti 5-4 selepas terikat 1-1 setelah tamat masa tambahan pada perlawanan akhir....ana nie bukanlah peminat bola sepak yang tegar...tp kerana keluarga yang memang minat permainan ini iaitu ayah n adik-adik ana buat ana kenal permainan ini xsecara langsung...ayah yang hanya membenarkan kami adik-beradik tengok tv hanya untuk berita dan perlawanan bola sepak Malaysia waktu kami dalam proses bawah umur lagi...kelakar jika diingatkan semula...sokongan yang ayah ana bagi pada adik lelaki ana sehingga ana nie tau la selok belok dalam permainan bola sepak tue....ana tidaklah berminat untuk menunggu hampir 90 minit di kaca tv hanya untuk melihat jaringan yang dihasilkan...bak kata arwah mak ana buang masa...tapi setiap orang ada pandangan masing-masing kan...ana hanya menanti keputusan perlawanan sahaja...^-^ Jadi ana nia hanya tahu permainan bola dalam Malaysia jea dan tumpuan hanya diberikan pada negeri asal ana jea...negeri sembilan d^-^b


untuk entry kali ini ana nak bawa antum suma mendalami pandangan ana terhadap permainan bola sepak nie...bola sepak bukan hanya satu permainan yang ana teliti hanya pada satu permainan yang memerlukan 22 orang dan perlu menghasilkan jaringan sebanyak mungkin...tetapi ada beberapa perkara yang perlu kita soroti untuk merasai nilai sebenar permainan bola sepak...sebenarnya, konsep kehidupan amat rapat dengan permainan bola sepak ini..terutamanya kehidupan berpasukan dan kepimpinan...jom lihat apa yang dapat ana simpulkan melalui permainan bola sepak ini...

i)Konsep Amal Jama'ie
Ini jelas dapat dilihat melalui asas permainan ini sebenarnya....untuk menjaringkan bola dalam gawang gol memerlukan kesepakatan dan kesefahaman antara pemain...tidak akan tercapai sesuatu matlamat andai kita hanya mengharapkan tugasan itu hanya pada 1 orang sahaja...setiap seorang perlu ada peranan dan tanggungawab dalam merealisasikan misi organisasinya...setiap ahli organisasi mempunyai peranan dalam menguasai skill yang ada pada dirinya...meletakkan posisi setiap ahli organisasi diposisi yang mempunyai kasiti yang sesuai untuk mereka...


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
“Kaitan antara seorang beriman dengan yang lainnya adalah sama seperti sebuah binaan yang menguatkan antara satu sama lain.”

Juga sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
“Sesungguhnya Allah Ta’ala mengasihani hamba-hambanya yang Mukmin yang berusaha (berkemahiran).”

Begitulah kita dalam berorganisasi, setiap dari kita ada kebolehan dan kemahiran serta daya fikiran yang mantap....Tapi kita tidak akan mampu bergerak berseorangan... Kita tidak akan mampu merealisasikan matlamat organisasi dan kesedaran ini tanpa bantuan kawan dan teman...Walaupun kita telah diasuh dan ditarbiyah dari kecil hingga dewasa, namun itu bukan satu jaminan yang akan membuatkan hati kita teguh dan kuat untuk menghadapi cabaran masyarakat dan kehidupan dihadapan....Setiap dari kita saling bergantungan atas satu tali yang menghubungkan nilai ukhwah dan kasih sayang....Tangan seorang ibu mungkin mampu menggoncang dunia kerana melahirkan 10 orang anak yang berjaya dunia akhirat...Tapi tangan seorang pemimpin tidak mampu kemana-mana dalam mengubah sekelompok umat tanpa ada ikatan dan bantuan Allah melalui kerjasama teman seperjuangan....tambahan pula dalam kehidupan masyarakat masa kini...
Dari Nu’man bin Basyir, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
“Gambaran kehidupan orang yang beriman dari segi kasih sayang, saling bersimpati dan saling mencintai samalah seperti anggota tubuh yang jika salah satu daripadanya mengadu kesakitan, ia melibatkan seluruh anggota lain yang tidak tidur malam dan demam.”

Firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 2 yang bermaksud :
“Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa..”

dan Firman Allah SWT dalam surah Al-Hujurat ayat 10 yang bermaksud :
“Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara”

ii) Konsep Qiyadah dan Jundiyyah
Dalam satu permainan bola sepak jika kita lihat, perlunya ada ketua pasukan, ahli pasukan dan tidak ketinggalan "coach" serta jawatankuasa yang menyelaras pasukan bola sepak itu...tidak akan ada hasilnya jika semua pemain mahu menjadi kapten...tidak akan ada golnya andai semua tidak mengikut apa yang telah diajar oleh "coach" dan tidak akan ada buahnya andai semua tidak diselenggara dengan baik oleh pihak pengurusan pasukan...ini samalah seperti kita berorganisasi...dalam organisasi kehidupan seharian kita hatta organisasi kelas sekalipun memerlukan malis tertinggi, ahli jawatankuasa dan penasihat dalam memacu pasukan ke arah yang lebih cemerlang dan proaktif menjalankan tugas...Tamsilannya samalah seperti ini, penasihat (sbg medan pemerhati dan pemantau) diibarat spt 'coach' dan ketua atau presiden atau pengerusi diumpamakan spt tugas seorang 'captain' yg meencaturkan ahli di bawahnya menjalankan perananya...'Captain' juga berperanan mengatur strategi utk pasukannya...




Dari Aisyah R.Anha, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
“Bahawa Allah mencintai seseorang yang apabila ia mengerjakan sesuatu kerja, ia dilaksanakan dengan cemerlang”

Bersama dengan kemahiran dan pengetahuan yang banyak disertakan dengan usahasama dalam setiap bahagian masing2 pastinya pergerakan dan jalan dakwah ini bertambah mudah dan lancar walaupun dugaan dan cabaran tidak pernah lekang...Inilah sunnah perjuangan seperti mana Nabi SAW bersama para sahabat melaluinya sehingga ke akhir hayat....Bersatu padu dan saling membantu bagi meringankan urusan dan tanggungjawab satu amalan yang amat dituntut...Menunjukkan sifat positif dan inovasi akan mematangkan sebuah pasukan yang dibentuk...Pemimpin berhadapan dengan cerdik pandai yang tidak terurus kerohaniannya amatlah memerlukan ini semua....
Sudah prinsip berorganisasi orang yang dipimpin perlu wala' kepada pemimpin selagi mana pemimpin tidak melanggar syariat yang telah digariskan dalam al-quran... disinilah kita akan lihat konsep sami’na wa atho’na terhadap qiyadah diaplikasikan.. sesuatu organisasi itu tidak akan mantap andai mempunyai ahli-ahli yang hanya mahu buat kepala sendiri tanpa mengikut arahan yang telah diberikan oleh pemimpinnya..

iii)Jadi "PEMAIN" perlu teguh dan mantap
Dalam permainan bola sepak, kalau tidak jatuh orang kata tak de umphhh...kalau pakaian yang dipakai bersih dan tidak berpeluh bukan la main bola sepak maknanya =)...ada pemain yang terjatuh, cedera dan diberi penalti jika ada kesalahan yang telah dilakukan...andai cedera, diberi waktu rehat untuk dan masuk semula untuk meneruskan permainan..ada juga pemain yang cedera dan tak mahu masuk-masuk lagi... Sama juga situasinya dalam kita berorganisasi, kalau tidak berhadapan dengan cabaran dan dugaan bukanlah organisasi namanya...setiap pemimpin akan berhadapan dengan halangan yang telah tersedia atau sendiri yang menyediakan...ada pemimpin yang akan menarik diri atau mengaku tidak layak menjadi pemimpin apa bila tidak sanggup lagi berhadapan dengan cabaran dalam kepimpinannya...ada juga pemimpin yang perlukan "rehat" sementara waktu untuk mengecas keupayaanya...bak kata orang, kalau sudah jatuh, kita perlu berdiri..xkan nak duduk disitu selama-lamanya...kenalah pergi bersihkan lukanya atau cari ubat untuk mengelakkan dari dijangkiti kuman... Setiap dari kita ada tulang belakang dalam kehidupan....Jika pelajar, ayahlah tulang belakang untuk wang belanja...Jika Exco, Ketua pimpinanlah tulang belakang untuk program yag dijalankan...Jika Da’ie, Naqib dan naqibahlah tulang belakang untuk tunjuk ajar dan tarbiyah...Paling besar, jika umat hari ini…Al-Quran dan Sunnah Nabi SAW yang menjadi tulang belakang untuk kebahagiaan hakiki....Manhaj Nabi SAW menjadi ikutan dan landasannya....




Firman Allah SWT dalam surah al-Ahzab ayat 21 yang bermaksud :
“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.”

Sebagai seorang yang meletakkan dirinya untuk mendampingi masyarakat yang besar, semestinya segala bentuk persediaan diperlukan....Seharusnya persiapan dari aspek ilmu, rohani, jasmani, mental dan fizikal amat perlu dan wajib untuk setiap pemimpin...

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
“Menuntut ilmu adalah fardhu atas setiap orang Islam dan penuntut ilmu akan didoakan keampunan oleh semua termasuk ikan-ikan dilautan.”

Abu Said Al-Khudri, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
“Amal yang utama di atas muka bumi ini ada tiga : Penuntut ilmu, jihad dan usaha pekerjaan, kerana penuntut ilmu itu dikasihi Allah dan pejuang Jihad itu waliyullah dan yang usaha pekerjaan siddiqullah (orang yang bersungguh-sungguh membenarkan kepada Allah)”

Bermulalah kita dengan memahami tarbiyah diri sendiri, kemudian individu lain, ahli keluarga, kelompok2 kecil, masyarakat umum dan khusus, akhir sekali mereka yang lebih tinggi kedudukannya dalam sesebuah negara....

Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
“Lihatlah kepada orang yang lebih rendah daripada kamu dan janganlah melihat kepada orang yang lebih tinggi daripada kamu. Yang demikian itu adalah lebih baik untuk tidak meremehkan nikmat Allah yang dikurniakan kepadamu.”

Cuma janganlah mengimpikan semuanya adalah indah dan manis yang akan dicapai...
Sebaliknya letakkan perasaan rendah diri dan takut kepada Allah agar jiwa2 kita selalu tunduk dan bertambah taqwanya...Jangan terlalu ghairah menetapkan sesuatu matlamat sekiranya kita sendiri tidak mempunyai kesedaran untuk melakukan perubahan dalam diri kita...cepatnya kita menyoal kekurangan orang lain tetapi kekurangan diri tidak nampak..

Dari Abu Zar R.A, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
“Bertakwalah kamu kepada Allah dimana saja kamu berada. Dan ikutilah kejahatan dengan kebaikan, nescaya menghapuskannya (kejahatan tadi). Dan berperangailah kepada manusia dengan perangai yang baik.”

Inilah antara perkara yang dapat ana kupas melalui permainan bola sepak yang amat digemari oleh kaum ADAM.. dalam erti kata lain setiap perkara memerlukan kekuatan sepasukan...bak kata guru besar sekolah yang ana praktikum sekarang..kita haruslah SEPAKAT 1 PASUKAN dalam mencapai sasaran yang telah ditetapkan...dan seharusnya, tempoh 90 minit di padang diibaratkan spt seumur hidup kita di atas muka bumi, mereka bertempur dgn pasukan lawan selama 90 minit...Berhempas pulas, bermatian-matian semata2 ingin mendapatkan kemenangan... Begitu jugalah kita atas muka bumi ALLAH ini, yang keperluannya kepada manusia adalah untuk berlumba2 utk membuat kebajikan ( fastabiqul khaiirat ) demi semata2 inginkan kemenangan di hati Allah...teruskan langkah kita sebagai khalifah ALLAH s.w.t sehingga tiupan "wisel" itu kedengaran...saat kematian itu akan memutuskan segala-galanya antara kita dengan duniawi melainkan tiga perkara iaitu ilmu yang bermanfaat, sedekah jariah dan doa anak yang soleh...


"HIDUP tidak pernah SUNYI dari perTOLONGan"

**imannurbalqis**

Read more

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails