.::I'M ONLY SERVANT OF ALLAH::.

"Di perhentian terakhir itulah manusia akan hidup berkekalan sama ada dengan limpahan NIKMAT selama-lamanya atau menghadapi AZAB, juga selama-lamanya. Sebelum tiba di titik pengakhiran itu, manusia akan terus mengembara..."

...JALINAN UKHUWAH...

...MELAKAR PELANGI...

Daisypath Anniversary tickers

...KEEP IN MEMORY...

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

PERMATA HATI UMMI ABI

Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

...Saat Lafaz Sakinah # 26 Mei 2012...




Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku..

Ingin ku khabarkan padamu.. 

Aku hidup dan membesar dari keluarga yang berbeza dari mu.. 

Kasih ibu tidak sampai untuk melihat dirimu.. 

Dengan kekuatan dan nikmat yang Allah kurnia..
Aku dibesarkan dengan limpahan kasih dan cinta yang tak terhingga..
Maka, padamu ku katakan.. 
Saat Allah memilihmu dalam hidupku, 
Maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku.. 
Memperlakukanku dengan sayang yang begitu indah..



Padamu yang Allah pilihkan untukku.. 

Ketahuilah, aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku,

Aku bukanlah wanita sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan.. 

Maka, ketika Dia memilihmu untukku, 

Maka saat itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dengan keberadaanmu. 

Dan aku tahu, kau pun bukanlah lelaki yang sempurna.. 
Dan aku berharap diri ini mampu menyempurnakan dirimu.. 
Kerana kita telah menjadi satu.. 
Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku, 
Kau dan aku telah menjadi 'kita'..



Padamu yang Allah pilihkan untukku..

Ketahuilah, sejak kecil Allah telah membuka ruang tarbiyahNya untuk diriku, 

Membentukku menjadi wanita yang mencintai Rabbnya.. 

Maka ketika Dia memilihmu untukku, 

Maka saat itu, Allah mengetahui bahawa kau pun telah menempa dirimu dengan ilmuNya..
Maka gandingkanlah tanganku dalam mengibarkan panji-panji dakwah dalam hidup kita..

Moga sunnah besar ini.. 

Menjadi ibadah dalam menuju JannahNya..



Padamu yang Allah tetapkan sebagai nahkodaku.. 

Ingatlah.. Aku adalah mahlukNya dari tulang rusuk yang paling bengkok.. 

Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah.. 

Maka, ketahuilah.. Saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah, 

Sungguh hatiku tetaplah wanita yang lemah pada kelembutan.. 
Namun jangan kau cuba meluruskanku, kerana aku akan patah.. 
Tapi jangan pula membiarkanku begitu saja, kerana akan selamanya aku salah.. 
Namun tatap mataku, tersenyumlah.. 
Tenangkan aku dengan genggaman tanganmu.. 
Dan nasihati aku dengan bijak dan hikmah.. 
Nescaya, kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu.. 
Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku..



Padamu yang Allah tetapkan sebagai atap hunianku.. 

Ketahuilah, ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan.. 

Maka dimataku kau adalah yang terindah, 

Kata-katamu adalah titah untukku, 

Selama tak bermaksiat pada Allah, akan ku penuhi semua perintahmu.. 
Maka kalau kau berkenan ku meminta.. 
Jadilah hunian yang indah, yang kukuh…
Yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya..


Padamu yang Allah pilih menjadi pendamping hidupku… 
Dalam istana kecil kita akan hadir buah hati-buah hati kita.. 
Maka didiklah mereka menjadi generasi yang dirindukan syurga.. 
Yang dibahunya akan diisi dengan amanah-amanah dakwah, 
Yang ruh dan jiwanya selalu merindukan jihad.. 
Yang darahnya mengalir darah syuhada.. 
Dan ku yakin dari tanganmu yang penuh berkah, kau mampu membentuk mereka.. 
Dengan hatimu yang penuh cinta, kau mampu merengkuh hati mereka.. 
Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu..



Padamu yang Allah pilih sebagai imamku… 

Ku memohon padamu..
Redhalah padaku, Sungguh Redhamu adalah Redha Ilahi Rabbi.. 

Mudahkanlah jalanku ke Syurga-Nya..

Kerana bagiku kau adalah kunci Syurgaku..



Suamiku,
Abdul Muhaimin bin Abd Hamid.
Pimpinlah isteri mu ini...


Ikhlas dari isteri mu,
Norzarina binti Kamarudin~



iman's note :  "Apabila berkahwin seseorang itu, maka sempurnalah separuh agamanya, maka hendaklah ia bertaqwa kepada Allah S.W.T untuk selebihnya." Cuba cari lagu Hawary tajuk Belahan Jiwa. Hadiah untuk semua yang membaca entry ini. Mohon doakan kami yea. Jazakallah Khairan Khatira. Moga Allah memberkati kita semua~


**imannurbalqis**

Read more

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails