.::I'M ONLY SERVANT OF ALLAH::.

"Di perhentian terakhir itulah manusia akan hidup berkekalan sama ada dengan limpahan NIKMAT selama-lamanya atau menghadapi AZAB, juga selama-lamanya. Sebelum tiba di titik pengakhiran itu, manusia akan terus mengembara..."

...JALINAN UKHUWAH...

...MELAKAR PELANGI...

Daisypath Anniversary tickers

...KEEP IN MEMORY...

Daisypath Happy Birthday tickers

PERMATA HATI UMMI ABI

Lilypie Second Birthday tickers

...kerja dunia..sampai bila akhirnya???


assalamualaikum...salam ukhuwah...
lama ana xmnulis utk pkongsian kita bersama...
sejak akhir-akhir ini, ana begitu sbuk mguruskn dan menyelesaikan tugasan ana
sebagai seorg penuntut di IPGM...seorg pemimpin...seorg kakak sulung dlm
keluarga yg tidak mpunyai ibu dan ayah yg sudh berkahwn lain...
kdg2 ana rasa bebanan itu...ckup memenatkn..tdk bdaya...kdg2 xterurus utk merehatkn bdn pinjaman dari ALLAH s.w.t...makn dan tidur tdk terurus...dgn rasa rendah diri dan kehambaan kepd ALLAH s.w.t...kdg2 ana xsempat untuk menghbiskn 2 helaian utk bacaan al-quran...bacaan mathurat utk pagi shj...ya ALLAH, aku mohon keampunan dariMU..begitu kerdilnya diri hambaMu ini...banyak kekurangan diri hambaMU ini...
pengurusan NYAWA pun tidak terurus...mknan rohani tdk diberi degn konsisten...

Jika ana muhasabah semula diri ana...tugasan2 ana bukanlah sehebat mana...bukan ana perlu mpertaruhkan nyawa ana seperti yg dialukan oleh para anbiya' dan para sahabt
yg begitu banyak mehnah dan tribulasinya dalam menghadapi kehidupan sbgai seorg
khalifah ALLAH di bumi bertuah ini...jika direnungi semula kehidupan yg ana jalani adalah 1 proses menguatkn iman dan pemantapan dalam pengurusan NYAWA ana sendiri..
benarlah apa yg dierkatakan setiap apa yg berlaku ada hikmahnya...

apa yg ingin ana ungkapkn di sini,dgn semua perkara yg berlaku pd ana, ana dpt merasai 1kemanisan dalm mjalani hdup sbgai sorg khalifah di muka bumi ini...kerja yg sbuk mmbuatkan ana tiada ada masa utk perkra2 yg lagha...ana lebih merasakan setiap saat adalah berharga..sebagai sorg muslim ana merasai kepentingan dalam menghargai masa...jika dilihat semula,...masa amat berkaitan dgn islam...jika kita sedar, ALLAH amat mementingkn masa sehingga segalany berkaitan dgn masa...misalnnya, kita solat lima WAKTU sehari semalam...kejadian SIANG dan MALAM adalah salah satu petunjuk utk kita lebih alert pd pgurusan masa...jika tiada malam, bagaimana agaknya keadaan kita??

kerja dunia???sampai bila akhirnya??sampai bila selesainya???itulah sebab kenapa kita dlahirkan ke dunia...penguasaan dunia dan akhirat adlah matlamatnya sebagi seorg mukmin...setiap yg bermula pasti ada akhirnya...begitu juga dgn kehidupan di dunia dan pengakhiran kita di akhirat...
Menurut hadis qudsi:
” Allah berfirman kepada malaikat-Nya: “Pergilah kepada hamba-Ku. Lalu timpakanlah bermacam-macam ujian kepadanya kerana Aku mahu mendengar suaranya.”
(Hadis qudsi riwayat Tabrani dari Abu Umarah r.a.)

Allah s.w.t. memerintahkan malaikat-malaikat-Nya yang tidak pernah derhaka dan tetap melaksanakan apa yang Allah perintahkan kepada mereka, untuk melakukan berbagai ujian dan cubaan kepada hamba-hamba-Nya. Agar Dia mendengar suara hamba-Nya yang sedang mengalami ujian dan cubaan itu. Allah Maha Mengetahui apa yang tersembunyi dan teguris di dalam hati hamba-Nya.

Hidup ini memang tidak sunyi dari senang dan susah, dari suka dan duka yang silih berganti. Barang siapa yang merasakan hidup ini senang semata-mata, suka semata-mata dan mewah atau menduga sebaliknya; susah semata-mata, sukar terus menerus dan sengsara sahaja selama-lamanya, sudah pasti sangkaan dan dugaan itu salah. Itulah rupanya seni hidup, sunatullah pada alam ini.

Ujian dan cubaan itu tidak hanya berupa kesusahan, kesulitan dan kesakitan sahaja, tetapi mungkin juga berbentuk kesenangan, kesukaran dan kedudukan, sebagaimana firman Allah:

“…..dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.” (Surah Al-Anbiyaa:35)

Ujian Allah dengan nikmat harta kekayaan dan berbagai kesenagan, pada hakikatnya lebih berat daripada ujian dengan bencana, seksaan dan lain-lain. Betapa ramai orang yang memperolehi kekayaan, tapi menyebabkan kecelakaan bagi dirinya kerana tidak dapat menggunakannya dengan baik.

Kekayaan seperti itu menjadi ujian bagi dirinya. Demikian juga dapat kita lihat orang yang diuji dan dicuba dengan kekuasan, kemegahan, pangkat dan lain-lain.
bagi ana...kita jgn cepat merasa selesa dgn keadaan kita sekarang...adakah keadaan atau kerja dunia yg diberi pd kita adalah ujian daripda ALLAH utk lihat sejauh mana kita mengingatinya dan sejauh mana iman kita menghadapinya..adakah kitr albh mementingkn assigment ataupun solat secara berjemaah???klu assigment boleh mmberi kita segulung ijazah dan pengiktirafan..tapi apa pula yg boleh kita buat utk mbeli tempat di syurga ketika tiba pengakhiran kita nnt???

Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
“Demi Allah, bukanlah kefakiran atau kemiskinan yang aku khuatirkan atas kamu, akan tetapi aku khuatir (kalau-kalau) kemewahan dunia yang dibentangkan ke atas kamu sebagaimana telah diberikan kepada orang-orang sebelum kamu, lalu kamu bergelumang dalam kemewahan itu sehingga binasa, sebagaimana mereka bergelumang dan binasa.” (Hadis riwayat Bukhari)

Ujian terbesar kepada umat Nabi Muhammad s.a.w. berupa harta benda dan kekayaan, terdapat dalam hadis Nabi berikut ini:
“Sesungguhnya bagi setiap umat ada ujian dan ujian umatku ialah harta kekayaan.”
(Hadis riwayat Tarmizi)

sahabat2 semua...ana mengingatkan diri ana juga bahawa kiyta harus sedar segala amalan kita di dunia perlulah kita niatkan sbgai ibadah..bkn hanya skadar utk mendpt penghargaan yg tdk kekal...ana teringat satu kata-kata yg selalu diungkapkan oleh rakan-rakan ana sewaktu ana di SMKA SHAMS, Seremban...JIKA KITA KEJAR DUNIA, AKHIRAT AKAN MENINGGALKAN KITA...TETAPI JIKA KITA MENGEJAR AKHIRAT, DUNIA YG AKAN MENGEJAR KITA...hal ini kerana, segala perbuatan dan amalan kita adalah utk akhirat..insyaALLAH, segala yg dilakukn adalah diniatkan utk keredhaan ALLAH s.w.t...

akhir kata...semoga kita bersama2 dalam keredhaan dan rahmat ALLAH s.w.t...
ana titipkan doa buat semua....
Ya Allah! Masukkanlah kami ke dalam golongan orang Mukmin yang tabah, yang sentiasa berlapang dada dalam menempuh segala ujian, baik berupa ujian penderitaan mahupun ujian kesenangan. Amin Ya Rabbil ‘Alamin....

Read more

...ADAKAH SAKIT ITU 1 KAFARAH?...


salam...
maaf dah lama xpost...coz ana xbrapa shat...
kita muhasabah semula diri kita kali ini dgn tajuk "adakah sakit itu 1 kafarah"??..
ana post tajuk nie coz ana tgh sakit jg nie...xberapa shat..salah makan(doc yg sahkan)...demam n muntah2...xlarat jg nk bangun...tpi sbab ada kat klantan ana kne la jg kuatkan diri...ALAHAMDULILLAH ats kuasa ALLAH ana mampu bsiar2 pagi nie kat pasar pasir mas sebeleum btolak pulang ke n9 pkul7mlm nie...naik kete api second class...he3
dah 2hri ana xshat,tme 2 kduri khwin rmh nenek sdara kat tumpat klatan...org ckp mungkin slah makan..tpi yg pelik org klnatan xkne pun skit perut,org n9 jea yg kne skit perut..pelik2...he3

Tapi Kenapa Penyakit Datang? Kenapa Virus Boleh Masuk....adakah betul seperti mana doktor kata Salah Makan? Kita Berada Di Dalam Situasi Atau Keadaan Yang Tidak Sesuai Atau Tidak Tepat Pada Waktu² Tertentu Ke? Kita Tidak Menjaga Kesihatan Dan Kebersihan Diri Ke? Tak Pasti Mana Satu Yang Betul. Wujud Pelbagai Faktor Dan Penyebab.

Erti Etimologis Kafarah

Secara etimologis kafarah dari kara Arab kaffaarah berarti yang menutupi, yang menghapuskan, yang membersihkan.



Erti Terminologis Kafarah

Kafarah adalah denda yang wajib dibayar karena melanggar suatu ketentuan syarak (yang mengakibatkan dosa), dengan tujuan untuk menghapuskan/menutupi dosa tersebut sehingga tidak ada lagi pengaruhnya, baik di dunia maupun di akhirat.

Kafarah yang ana katakan adalah dari aspek etimologis...Seperti yang kita sedia maklum kafarah lebih dikenali sebagai penghapus dosa...sejauh mana keyakinannya kita tidak dapat menilainya melainkan Yang Maha Kuasa...Namun Dikatakan Juga Segala Penyakit Yang Datang Itu Adalah Sebagai Pembaiki Iman Kita. Dan Juga Bagi Mengkafarahkan Dosa Kita Yang Telah Lalu. Cara Teguran Allah S.W.T Yang Paling Halus Ke Atas Diri Kita. Untuk Membolehkan Kita Lebih Melihat Diri. Muhasabah Diri Sendiri. Kerana Sememangnya Allah S.W.T Lebih Mengenal HambaNYA. Tatkala Ramai Hamba²NYA Yang Hanya Mendekatkan Diri KepadaNYA Hanya Apabila Dia Ditimba Musibah. Seperti Dilanda Penyakit, Kemalangan, Bencana Dan Sebagainya.

Oleh Itu ana Ingin Mengingatkan Diri ana Dan Sahabat Sekalian Untuk Tidak Sesekali Menunggu Saat Sebegini Untuk Lebih Mendekatkan Diri Kepada Allah S.W.T. Sentiasalah Muhasabah Diri Dan Memperbaiki Kelemahan Dan Dosa Diri Yang Wujud. Adakah Anda Ingin Tunggu Sehingga Datangnya Penyakit Mahupun Bencana Baru Anda Akan Menginsafi Kejadian Diri?

Segala Yang Berlaku Ada Hikmahnya...

sakura putih
235pm
170309

Read more

...sejauh mana HIJRAH kita?...


Salam HIJRAH....
penuh pengertian pada perkataan "HIJRAH"...
perubahan seseuatu yg blh mmberi kesan kepada perlakuan itu...
dlm sains dikatakan 1kuasa@momentum yg mbawa kepada perubahan..
tidak kira pd bentuk, arah dan keadaan...
bagi ana, tidak kira hasilnya positif @ negatif..ia tetap 1 perubahan..iaitu HIJRAH
secara lahiriahnya, perubahan itu memberi imbal balik yg positif kepada individu itu...
secara batiniahnya, adakah perubahan itu mampu mmberi kekuatan"ISTIQOMAH" pd seseorg individu...
kdg2 HIJRAH itu hanya dilihat pd awk penghijrahannya..kemudian, apabila berlaku pergolakan dlm diri dan psekirran myebabkn kita menyekat perubahan itu sendiri...
bg ana, hijrah rasullah s.a.w dri Mekah ke Madinah..tidak hanya pd perubahan tempat...tetapi perubahan kepada warna-warni keindahan ISLAM itu sendiri...
alhamdulillah, kekuatan ISLAM itu dpt dizahirkan mlalui amalan-amalan yg dilaksanakan..tetapi jika diimbau semula, adakah amalan kita mampu melepasi hingga ke langit yg ke-7...
menyelusuri makna HIJRAH yg akan kita sama2 fikirkan dan muhasabah kembali diri kita, adakah setiap perubahan kita ini diniatkan kepada ALLAH s.w.t...
kita merugikan diri kita sdiri apabila, kita hnya melakukn amalan@perubahn yg positif atas sekadar hanya mahu memuaskan diri sdiri@keadaan sekeliling...
bagi ana walaupun kita xmampu utk membantu ribuan ringgit pd saudara2 seISLAM&seAKIDAH dgn kita tapi dgn niat krn ALLAH s.w.t kita mampu utk mengubahnya walaupun hanya dgn spotong doa dgn izin ALLAH s.w.t...bg ana itu sudah ckup indah...sepertimana dalam hadith:
Daripada Amirul Mukminin Abi Hafs ibn Khattab radhiallahu anhu katanya: Aku telah mendengar Rasulullah sallallahualaihi wa sallam bersabda: “Tiap-tiap amal harus disertai dengan niat. Balasan bagi setiap amal manusia, ialah pahala bagi apa yang diniatkannya. Maka barangsiapa (niat) hijrahnya kerana Allah dan RasulNya, baginya pahala hijrah kerana Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa (niat) hijrahnya kerana dunia yang hendak diperolehinya atau kerana perempuan yang hendak dikahwininya, maka (pahala) hijrahnya sesuai dengan niatnya, untuk apa dia hijrah. - Riwayat Dua imam Muhaddisin - Abu Abdillah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Al Mughirah ibn Bardizbah Al Bukhari dan Abul Husain Muslim bin Al Hujjaj bin Muslim Al Qusyairi An Naisaburi dalam sahih keduanya.

Latar Belakang hadis:
Hadis ini telah dilafazkan oleh Nabi Muhammad pada masa seorang lelaki berpindah dari Makkah ke Madinah semasa peristiwa Hijrah demi semata-mata kerana mengahwini seorang wanita bernama Ummu Qais dan tidak berhijrah dengan sebab Islam.

perubahan negatif...bagi ana ini 1kerugian&kejahilan yg besar kita bwa dlm diri kita...ALLAH s.w.t tlh mmberi kita peluang&ruang dlm mcari hikmah sbnar sebagai umat yg terbaik ciptaanNYA...tetapi knpa kita yg myekat sdiri prubahn diri kita...
byk ana dgr yg kluar dri mulut shabat2 ana:
"sabarlah dulu, skit2 la..aku bkn mcm ko"
"kira ok pe aku pkai tdung walaupn pendek atas dada"
"aku nk study, rsau la pointer trun...xmampu nk pi BISA...pnat..."
ayat-ayat dan tutur kata begini merupakan doa pada diri sdiri...apatah lagi, selalu sgt mgucapkannya...dalam keadaan sdar dan tdak sedar...mmg ana akui bahawa perubahan perlukan kepada ISTIQOMAH...bermula dgn sedikit-sedikit...bak kata pepatah: sikit-sikit lama-lama jadi bukit
tetapi senario yg ana dpt lihat sekarang, kronologi perubahan kita hnya pd peringkat yg kita rasa kita sudah puas...sedangkn kita ada kekuatn mampu mmberikan anjakan paradigma yg ckup mantap dlm diri kita...
jgn kita sekali-kali menganggap semangat kita hanya sedar itu saja...
kita bukan hanya mencari duit utk membeli keperluan yg mahal-mahal...
tetapi ingatlah kita juga perlu mcari pahala utk membeli syurga ALLAH yg paling istimewa tempatnya...
deduksinya, ketetapan HIJRAH itu sebanarnya ada pada diri individu itu...tepuk dada tanya iman...nilai semula perubahan apa yg kita telah lakukan...adalah kita telah mmberi makanan rohani yg tbaik kpd diri kita..atau pun perubahan kita bakal menyeksa diri kita di akhirat kelak...perubahn itu ada pada diri anda...akhir kata, teruskan semangat HIJRAH rasullah, walaupun bkan utk org lain ttpi utk diri kita jg...
Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di
lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah
iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di
lautan hidup ini.



Peristiwa-Peristiwa Penting Bulan Rabiul Awal

Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;

1. Kelahiran junjungan besar kita, Nabi Muhammad Rasulullah saw.

Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa Nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah. Perbezaan pendapat ini akan disentuh lebih lanjut di bahagian Maulidur Rasul.

2. Perlantikan Nabi menjadi Rasul.

Dibulan Rabiulawal inilah Nabi Muhammad saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi Muhammad saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulalah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.

3. Hijrah

Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.

4. Peperangan.

Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.

5. Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw.

Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.

6. Abu Bakar ra. menjadi khalifah

Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar r.a di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.

7. Pembukaan Iraq

Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.

8. Pembukaan Baitul Muqaddis

Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.

9. Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol

Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.

salam hijrah,
sakura putih
3.36pm
110309

Read more

...adakah anda pemimpin?...




IPGM KPM telah menerima dengan rasminya, pimpinan baru pada 060309 yg lalu...ana juga telah diberi amanah yg cukup besar dalam menggerakkan dan memajukan JPP dan warga IPGM KPM...jika difikirkan ana dapat rasa betapa beratnya amanah yg diberikan sehinggakn sewaktu ana menandatangani watikah dihadapan saksi...ana masih lagi meragui potensi ana...walaupun mengikut undinya ana diberi kepercayaan yg cukup tinggi oleh guru pelatih IPGM KPM...malam sebelum ana nak diwatikahkan ana muhasabah semula diri ana..ana perlu buat lonjakan perubahan yg mampu memberi kesan yg positif dalam diri ana, persekitaran sekeliling dan masyarakat yg ana pimpin...ana mohon diberikan kekuatan..mungkin ini 1rentetan hidup ana dalam menyelusuri ke alam akhirat..ana harap doa dari kalian mampu membuat ana lebih amanah dan berintegriti dalam menjalankan tugas ana...

Manusia selalu membina hubungan sosial dengan manusia lain di mana pun dia tinggal dan hidup. Hubungan sosial yang dibentuk ini melahirkan sebuah masyarakat yang berorganisasi dan hidup dalam keadaan yang lebih sistematik. Dalam sebuah organisasi terdapat mereka yang dipanggil pemimpin dan orang yang dipimpin.


Pemimpin memainkan peranan yang cukup besar dalam sesebuah organisasi dan tanggungjawabnya adalah cukup berat dan akan dipertanggungjawabkan oleh Allah tentang tugas dan peranannya sebagai seorang pemimpin.


Jangan sekali-kali meminta untuk menjadi pemimpin sekiranya kita merasakan diri kita kurang berkelayakan untuk memimpin kerana dikhuatiri kita tidak akan dapat menunaikan tanggungjawab yang terpikul di atas bahu kita seandainya kita menjadi pemimpin. Nabi s.a.w dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim pernah bersabda:







Maksudnya :

“Wahai `Abd ar-Rahman! Jangan engkau meminta jawatan pemimpin. Sesungguhnya jika engkau diberikannya dengan permintaan maka engkau ditinggalkan (tidak ditolong). Sekiranya engkau diberikannya tanpa permintaan maka engkau dibantu (oleh Allah)” [1]

Dalam hadis ini Nabi melarang keras kita dari meminta jawatan sebagai pemimpin namun bagaimana pula soalnya dengan Kisah Nabi Yusuf yang meminta jawatan? Sebenarnya Nabi Yusuf meminta jawatan dalam keadaan dia layak sedangkan Samurah yang diceritakan dalam hadis ini tidak layak.



Sekiranya Kita Layak Hukum Minta Jawatan Ada 3 Hukum

Wajib - jika kita tidak minta jawatan itu, menyebabkan berlakunya pengkhianatan, maka minta jawatan adalah wajib

Sunat - jika kita minta jawatan dalam keadaan orang lain pun layak juga, cumanya kita lebih layak dari yang lainnya maka hukum minta jawatan adalah sunat.

Harus - jika kita minta jawatan dalam keadaan kita dan orang lain sama dari sudut kelayakan maka minta jawatan itu adalah harus.

Hukum Mereka Yang Berkelayakan Menolak Untuk Memegang Jawatan

Jika sekiranya ada orang lebih layak dan kita tolak jawatan tersebut maka itu adalah yang terbaik namun sekiranya semua tidak layak, hanya kita sahaja yang layak, lalu jika kita tolak juga maka hukum tolak itu menjadi haram. Kesimpulannya sebelum kita tolak sesuatu jawatan pastikan ada orang yang lebih layak dari kita atau setidak-tidaknya sama layak.


Sebelum membuat keputusan untuk merebut sesuatu jawatan hendaklah kita melakukan analisa terhadap diri sendiri terlebih dahulu adakah kita berkelayakan kerana dikhuatiri sebab kita mahukan jawatan hanyalah kerana untuk mencari populariti, publisiti dan menurut hawa nafsu semata-mata. Fikirlah dengan akal yang sihat dan buatlah keputusan berdasarkan pertimbangan iman sebelum merebut sesuatu jawatan agar kita selamat dari merebut jawatan dalam keadaan kita tidak layak untuk memegangnya...

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Sesiapa yang diserahkan oleh Allah akan sesuatu urusan dari beberapa urusan pemerintahan kau muslimin, lalu ia tidak mempedulikan tentang keperluan mereka, kesusahan dan penderitaan mereka nescaya Allah tidak akan mempedulikan tentang keperluan, kesusahan dan penderitaannya di hari kiamat nanti.”

Pemimpin yang tidak melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepadanya ke atas rakyat adalah pemimpin yang tidak bertanggungjawab.Kepimpinan yang baik adalah kepimpinan yang berjaya menarik hati rakyat dan rakyat pula sayang terhadapnya. Sesesorang pemimpin hendakah bijak dalam membuat sesuatu tindakan dan bersikap adil, telus dan mengutamakan kebajikan rakyatnya. Ia tidak harus bersikap sombong dan mementingkan diri hingga kedapatan rakyat yang hidup menderita dan teraniaya tanpa mendapat pembelaan yang sepatutnya.

Akhir kata, pesanan nie utk ana juga dan semua pemimpin-pemimpin...dan ketahuilah..setiap kamu adalah pemimpin terhdap diri kamu sdiri..

salam pemimpin,
sakura putih
9.13pm
070309

Read more

...SELAMAT HARI LAHIR AYAH...


ucapan selamat hari lahir ana utuskan buat ayahanda tercinta...
KAMARUDIN BIN ISMAIL...
tahun nie dah 50 tahun...
banyak perubahan diri ana adalah atas kebijaksanaan didikan ayah...
ucapan terima kasih yg tidak terhingga...
ayah ana seorg yg garang..tegas..yea la bekas tentera...
tapi sikit2 juga skap 2 ada pada ana...tegas dlm mbuat keputusan..tpi perlu ada rasional...
walaupun rumah dah lain2, tapi ana tetap syg pada ayah...
walaupun kurg mesra mcm keluarga lain..ana bangga dgn ayah ana...
apa pun, INA RINDU AYAH sgt2...
terima kasih atas jasa2 mu...
semoga ALLAH merahmatimu

salam sayang...
sakura putih
9.49

05032009

Read more

...ANTARA MINAT DAN BAKAT...



Konflik Bakat, Minat dan Pilihan Ibu Bapa
Ditulis oleh Admin Unit Kaunseling
Dalam ruangan ini, saya ingin berkongsi satu artikel yang saya perolehi daripada Utusan Malaysia, Khamis 5 Julai 2007.

Ahmad merupakan pelajar aliran sains, dia bercita-cita untuk menjadi peguam sebagai pilihan kerjayanya kelak. Namun ibu bapa, Ahmad mahukannya menjadi seorang jurutera. Ahmad menjadi serba salah antara ingin menjadi seorang jurutera dan menjadi seorang peguam. Menjadi seorang peguam adalah minatnya sejak kecil dan menjadi seorang jurutera adalah harapan ibu bapanya sejak lama.

Akhirnya dia terpaksa memilih jurusan kejuruteraan yang kurang diminatinya. Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang baik telah membantunya memasuki bidang kejuruteraan. Pada tahun pertama dia berasa sukar untuk mengikuti program kejuruteraan tersebut. Purata nilai gred kumulatif (PNGK) yang diperolehnya tidak begitu baik. Di hujung semester kedua gred yang diperolehi semakin merosot. Ia masih boleh meneruskan pengajiannya kerana grednya masih berada di paras 2.0.

Tahun kedua semester pertama, dia terasa serba salah antara kekal dengan bidang yang ada atau bertukar ke bidang lain. Mengenangkan harapan orang tuanya, Ahmad kekal dalam bidang kejuruteraan. Ini menybabkan Ahmad berdepan dengan masalah pencapaian yang lebih merosot. Pada semester pertama tahun kedua pencapaiannya berada di bawah PNGK 2.0. Ini menyebabkan Ahmad diminta meninggalkan university dan akhirnya dia gagal untuk meneruskan pengajian dan memohon ke universiti swasta dan mengambil kursus yang diminatinya.

Analisis

Hendaknya biarlah kisah ini menjadi pengajaran untuk semua. Memilih bidang kursus seharusnya berdasarkan kepada bakat dan minat di samping kelulusan yang ada. Para pelajar kadang kala terdesak untuk membuat pemilihan bidang pengajian atas kemahuan ibu bapa. Kerana, setiap ibu bapa mempunyai impian mereka terhadap masa hadapan anak-anaknya.

Adalah tidak salah sekiranya ibu bapa ingin memberi pandangan dan campurtangan dalam urusan memilih bidang yang bakal diceburi oleh anak mereka dengan mengambil kira bakat dan minat anak. Sekiranya bidang pengajian tidak selari dengan minat serta bakat anaknya ia bakal menimbulkan masalah. Banyak kes seperti ini membawa kepada kegagalan para pelajar di dalam menghabiskan bidang pengajian mereka, dan ini merupakan satu kerugian besar bukan sahaja ditanggung oleh anak tetapi ibu bapa juga akan terkena tempiasnya.

Merujuk kepada kes Ahmad tadi akan timbul tekanan perasaan kerana dua perkara. Pertamanya, Ahmad berasa tertekan dengan keputusan peperiksaannya yang rendah sedangkan keluarganya mengharapkannya menjadi seorang jurutera yang berjaya. Keduanya, Ahmad akan bertambah keliru dan tidak bersemangat untuk belajar kerana kurang berminat dengan jurusan kejuruteraan dan hal ini menyebabkan wujudnya perasaan rendah diri dalam dirinya.

Biasanya para remaja yang memilih bidang yang diminati dan mempunyai kelulusan yang cukup cemerlang di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia akan lebih yakin dengan apa yang dibuatnya. Jika ibu bapa campur tangan tanpa memahami minat dan bakat anak mereka, dikhuatiri anak tersebut akan memberontak secara "senyap". Kadangkala, anak-anak serba-salah antara memilih cita-cita sendiri atau mengikut kemahuan ibu bapa mereka.

Tips Peranan Remaja

Remaja seharusnya mengkaji terlebih dahulu peluang menyambung pelajaran atau bidang yang tepat berdasarkan bakat dan minatnya. Sekiranya perlu mendapatkan nasihat dan panduan, berjumpalah dengan kaunselor kerjaya, yang terlatih dan dapat membantu mereka dalam membuat pilihan.

Misalnya, dalam kes Ahmad, beliau boleh menghubungi atau mengunjungi individu-individu atau pihak seperti:

Dekan atau pensyarah di universiti/ kolej di dalam bidang kejuruteraan dan undang-undang. Ahmad boleh bertanyakan bidang kursus dan potensi masa depan kedua-dua bidang tersebut dan membandingkan dengan kelulusan serta minat dan bakatnya.
Maklumat daripada bahan bacaan seperti kamus pekerjaan, majalah, internet dan buku motivasi boleh membantu seseorang dalam membuat keputusan.

Mendapatkan pendapat dan pandangan daripda pelajar-pelajar universiti di dalam kedua-dua bidang berkenaan. Jika tiada saudara terdekat, rakan-rakan yang mempunyai saudara yang belajar di IPT juga boleh dijadikan rujukan.

Apabila langkah mengumpulkan maklumat ini telah diambil, barulah pelajar akan lebih yakin dengan pilihannya. Ini juga antara lain boleh menyelesaikan kekeliruan yang timbul di dalam dirinya. Ada pepatah pernah mengatakan, ‘salagi tidak tahu sesuatu, semakin itulah anda patut berusaha mencari jawapannya.'
Sekiranya remaja tersebut beragama, sebaik-baiknya remaja tersebut memohon kepada Tuhan supaya diberi petunjuk yang benar.

Remaja tidak perlu berasa serba salah dan harus bersedia untuk berterus terang dengan cara yang baik dan bijaksana. Ini supaya ibu bapa tidak memaksanya mengambil bidang yang kurang tepat. Di dalam kes Ahmad, dia boleh menunjukkan maklumat yang telah dikumpulkannya kepada orang tuanya dan berbincang secara matang dan rasional tentang hala tuju hidupnya kelak.

Jika hasrat meneruskan bidang yang dipilih mendapat restu ibu bapa, pelajar tersebut haruslah berusaha bersungguh-sungguh untuk membuktikan bahawa bidang yang dipilihnya itu bukan sahaja membawa kebaikan untuk diri dan keluarganya, malah membantu menyumbang kepada masyarakat.

Peranan Ibu Bapa

Ibu bapa harus menghargai dan menghormati minat dan bakat anak-anak. Anak-anak harus dirundingi dan ibu bapa harus bertindak sebagai penasihat. Mereka perlu membekalkan maklumat yang cukup mengenai bidang yang ingin dipilih agar anak mereka dapat membuat keputusan dan pilihan bidang yang tepat. Tugas ibu bapa adalah memberikan sebanyak maklumat mengenai pilihan yang hendak dibuat dan anak-anak yang perlu membuat keputusan, kerana anak-anak lebih memahami akan bakat dan minat mereka.


Pilihan bidang berasaskan minat dan bakat disertai dengan kelulusan yang baik dan sesuai boleh mendorong anak-anak lebih berjaya dalam bidang pengajiannya. Menjayakan cita-cita sendiri berasaskan bakat, minat dan kelulusan yang sesuai boleh menghasilkan keputusan yang cemerlang.
Kesimpulan

Para remaja yang berada di persimpangan memilih hala tuju hidup harus mengambil sikap proaktif dengan mencari sebanyak mungkin maklumat tentang pilihan yang ada. Perbincangan secara berhemah harus diadakan dengan ibu bapa agar mereka memahami minat dan bakat anak mereka.

Sesuatu pekerjaan yang datang besama bakat, minat yang mendalam pasti membuahkan hasil yang baik. Oleh itu, para remaja harus bijak untuk membuat keputusan mengenai hala tuju hidupnya dan dalam masa yang sama, mendapat restu daripada ibu bapa yang tercinta.

Artikel Disumbangkan Oleh Puan Mawaddah Fida Farid

Assalamualaikum...baru2 nie kat institut ana ada mengadakan pertandingan nasyid dan syarahan..banyak bakat2 baru yang dapat digilap dan diasah..lebih2 lagi, dalam kelas ana...ana selaku JK pelaksa sebab tu xdpt nk join...alhamdulillah, setiap apa yang ALLAH anugerahkan ada fungsinya...sahabat ana ada yg jadi solo nasyid, ana ada juga melatih sahabat ana utk wakil unit bg syarahan...alhamdulillah dpt tempat ke-2...sebenarnya, kebanyakan individu tidak mengetahui potensi yg sebenar dalm diri mereka...persekitaran yg lebih cepat untuk membuat telahan telah membataskn potensi yg ada dalam diri mereka...lebih-lebih lagi rasa malu dan rendah diri yang tidak betempat...jika kita ada minat, kita boleh gilap minat kita kerana kita suka melakukannya...jika kita ada bakat kita harus asahnya supaya memberi kelebihan@satu perkenalan diri kepada org lain...bagi diri ana sendiri, muhasabah diri amat berkesan dalam mengenali kelebihan dan keupayaan dalam diri supaya dalam mengisi kelompangan yg ada dalam masy kita...kadang2 kita lebih cepat menyatakan kemelahan kita@ketidakmampuan dalam mcapau sesuatu...lebih senang utk mengkritik org, memandang dari jauh dan mementingkan kepentingan yg tidak imbalan yang positif...bila diarahkan utk melakukan sesuatu yg bukan minat atau tiada bakat dridalam diri, kita akan mula gelisah untuk menyelesaikannya...
disini ana nak bkongsi tips2 utk menenangkan hati yg gelisah :
Pejamkan matamu, tarik nafas perlahan-lahan dan hembus....lakukannya sebanyak tiga kali dan;

1. Bayangkan anda berada di sebuah padang yang penuh dengan bunga-bungaan yang berwarna-warni dan harum.

2. Imbas kembali kenangan-kenangan anda yang indah.

3. Sekiranya anda berada dalam keadaan tertekan ketika menyiapkan tugasan....cuba bayangkan diri anda dapat menyelesaikan tugasan dengan cemerlang dan mendapat pujian daripada orang atasan anda...

ATAU

Hargailah kejayaan yang anda perolehi walaupun sekecil zarah dengan mengucapkan syukur kepada Allah. Kerana orang yang bersyukur ketika dalam keadaan senang mahupun susah sentiasa mendapat Rahmat dari-Nya.


akhirul kalam: hargailah apa2 yg kita ada sekarang...kadang2 tekanan akan mbuatkan kita lebih menyerlah dalm sesuatu yg kita tidak sedar itu adalah kelebihan kta..tidak kita minat, bakat atau paksaan semata-mata...hargailah apa yg anda miliki sekarang...

sakura putih
940
05032009

Read more

...TAUTAN UKHUWAH...


Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh dan salam ukhuwah buat saudara-saudara seagama dan seakidah dengan saya.
Yang dihormati, ___________________________________________________, barisan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2008/2009, Jawatankuasa BISA sesi 2009 serta sahabat-sahabat seperjuangan yang di redhai ALLAH sekalian.
Alhamdullilah, akhirnya kita dapat sama-sama berkumpul untuk majlis perasmian Minggu Muslimah yang bertemakan ukhuwah yang akan dirasmikan oleh Ustaz Salam b Mohamed Ibrahim selaku ketua unit ________________. Seperti yang kita sedia maklum, setiap tahun kemasukan guru pelatih baharu kian bertambah. Hal ini telah mewujudkan persekitaran yang semakin kompleks dan menyukarkan komunikasi antara ambilan lama dan baharu. Oleh sebab itu, Biro Kesenian dan Kebudayaan, JK Bisa telah mengambil inisiatif untuk mengadakan Minggu Muslimah berlangsung selama empat hari bermula hari ini 2 Mac 2009 sehingga 5 Mac 2009.
Hadirin yang dihormati ALLAH sekalian,
Tahniah saya ucapkan kepada JK Pelaksana Minggu Muslimah, biro Kesenian dan Kebudayaan JK Bisa 2008/2009 kerana berjaya menganjurkan Minggu Musliamah untuk guru pelatih IPPM. Bertemakan Ukhuwah Sejati Asas Pembentukan Nurani, pendekatan dan pengisian yang digunakan oleh biro Kesenian dan Kebudayaan JK Bisa lebih menjurus kepada kerjasama, hubungan silaturahim dan kesedaran tentang hubungan yang mesra dalam konteks kita di IPGM Kampus Perempuan Melayu.
Seterusnya, ucapan terima kasih juga tujukan kepada unit ________________________ Jabatan Hal Elwal Pelajar kerana memberi idea-idea yang bernas, teguran-teguran yang membina dan kerjasama yang baik sepanjang proses merealitikan program ini.
Saya bagi pihak JK Bisa mengharapkan semua guru pelatih dapat memberi komitmen dan kerjasama yang baik kepada jawatankuasa pelaksana dalam menjayakan program ini. Semoga program ini dapat memberikan impak yang positif terhadap semua guru pelatih.
Saya akhiri ucapan saya dengan memetik kata-kata Khalifah Umar bin Abdul Aziz,
Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau.
Wallahualam, wabilahitaufiq walhidayah wasssalamualaikumwarahmatullah hiwabarakahtuh.

Jangan tertarik kepada seseorang kerana parasnya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerana kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, kerana hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah.


nie teks ucapan ana sewaktu pelancaran MINGGU MUSLIMAH...alhamdulillah, programn nie dpat dlancarkan...ana nak berkongsi tentang slot antara magrib dengan isyak semalam(02032009)...cukup menyentuh hati ana...ukhuwah merupakan 1jalinan yang xdpt ditafsirkan dengan mata kasar..hanya jiwa-jiwa yang kuat tautan hatinya dapat merasai kemanisannya...ana dapat merasakan kekuatan dalam diri ana bila sahabat-sahabat ana bersama-sama membantu ana dalam membina jiwa muslimah solehah...tangisan pada malam itu benar-benar memberi ana satu impak yang cukup membina...masa ana banyak dihabiskan di institut...jadi mereka tempat ana merasai jiwa-jiwa yang penuh dengan keikhlasan dan kemurnian dalam mengharungi ujian-ujian dari Yang Maha Kuasa...seperti mana makna surah Al-Hujurat ayat 10:

“Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat..”


Ayat ini menegaskan bahawa orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara. Orang-orang yang beriman sedar bahawa konsep persaudaraan (brotherhood) dalam Islam itu penting dan adalah sesuatu yang ‘integral’ kepada kekuatan ummah. Ikatan persaudaraan dalam Islam haruslah diutamakan dan kedudukannya mestilah di atas ikatan-ikatan lainnya. Ikatan persaudaraan dalam Islam adalah yang terbaik sifatnya yang merangkumi aspek kasih-sayang, tolong-menolong tanpa diskriminasi kelas, pangkat dan kedudukan juga tanpa tipu-menipu dan tindas-menindas.

Hubungan ukhuwah itu menyeluruh sebenarnya...jika kita lihat sejuah mana kekuatan yang dapat kita bina bila kita telus bersahabat, menghormati serta mengasihi ahli keluarga kita dan menjaga hubungan yang baik dengan ALLAH s.w.t. Pasti wujudnya 1 momentum dari dalaman diri kita yang mampu memberi kekuatan dan ketabahan dalam mengharungi ranjau kehidupan...kadang-kadang kita berasa susah bile ditimpa masalah...tetapi kita tidak sedar, dalam diam masih ada yang mahu mendengar rintihan kita...selama ana bersahabat, banyak yang perubahan yang dpat ana rasakan...ada yang manis, yang pahit tidak kurang juga yang masam masin...satu persoalan yang ana ingin utarakan...kita merasakan kita cukup sempurna untuk seseorang sahabat tetapi adakalanya kita tidak mampu untuk menerima kritikan yang membina dari sahabat kita..adakah ini yang dinamakan sahabat...dalam tidak sedar,kadang-kadang sahabat yang akan mencorakkan keperibadian diri kita...

Ada juga teman atau sahabat yang telah sama-sama berjanji untuk susah senang bersama..tetapi dalam tidak sedar, janji itu bagai tebu di tepi bibir...

“Allah membantu hambaNya selama mana dia membantu saudaranya” (riwayat Muslim).

Dari Abu Musa Al-Asha’ri, Rasulullah (SAW) bersabda “Orang beriman itu ibarat sebuah bangunan, setiap satu menyokong yang lainnya” (riwayat Bukhari dan Muslim

Bila kembali ke usia semalam, ana dapat rasakan kadang-kadang sifat-sifat mazmumah yang menjadi penyeri hidup seseorang individu dapat membataskan konsep "Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan .Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah." Sejauh mana kekuatan yang kita ada untuk jujur dalam persahabatan, untuk ikhlas dalam pemberian dan untuk amanah dalam menjaga kerahsiaan sahabat...jangan sesekali lupa, doakan kebahagiaan dan kesejahteraan sahabat-sahabat kita di dunia dan akhirat...

satu pesanan dari ana :
"sebelum tidur, amalkan memberi kemaafan kepada orang-orang yang ada menyakiti hati kita" InsyaALLAH, kita mudah untuk menyentuh hati-hati ini pada keesokan harinya...

Dari Anas bin Malik, Rasulullah (SAW) bersabda “Tidak beriman (dengan iman yang sempurna) sesiapa di antara kamu sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya” (riwayat Bukhari dan Muslim).

salam mahabbah, segugus mawaddah :
sakura putih
1.45pm
03022009

Read more

...SEINDAH HIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH...



“Berbuat baiklah terhadap wanita, kerana mereka dicipta daripada tulang rusuk dan bahagian rusuk yang paling bengkok ialah yang di atas sekali. Jika kamu cuba meluruskannya kamu akan mematahkannya, jika dibiarkan sahaja tulang itu akan tetap bengkok. Maka berbuat baiklah terhadap wanita”

- Hadith Rasullah s.a.w

Kegagahan seorang muslimah bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan,

Muslimah yang gagah.......

ADALAH muslimah yang tahan menerima sebuah kehilangan,

ADALAH muslimah yang tidak takut pada kemiskinan,

ADALAH muslimah yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan,

ADALAH muslimah yang tidak diminta-minta agar dipenuhi segala keinginan,

Kegagahan muslimah berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan ini ada pada KHADIJAH yang ehsan itu adalah kegagahan sempurna bagi seorang muslimah.

Kelembutan yang dianugerahkan oleh ALLAH s.w.t merupakan penawar bahagia bagi kemaslahatan yang diterima. Air mata yang ditumpahkan kadang-kadang penguat semangat dan penghilang kekesalan kesilapan yang lama.

Wanita dengan kecantikan yang dimiliki, ternyata lebih cantik daripada matahari. Dengan akhlak wanita, wanita lebih harum dari minyak wangi. Dengan sikap tawadhu’, wanita lebih tinggi purnama. Dan dengan cinta yang dibajai zikir-zikir ALLAH lebih segar daripada rintik gerimis. Oleh kerana itu, peliharalah kecantikan dengan keimanan, keredhaan dengan kepuasan apa yang ada, dan kehormatan dengan hijab yang menutup aurat.

Ketahuilah bahawa perhiasanmu bukanlah emas atau perak tetapi dua rakaat menjelang Subuh, dahagamu di tengah hari yang panas kerana puasa, derma yang tersembunyi yang hanya diketahui oleh ALLAH, air mata taubat di kala embun di hujung rumput, sujud panjang di atas hamparan sejadah di kala malam hari dan malu kepada ALLAH ketika terdorong bisikan nista dan ajakan syaitan laknatullah.


Jadikanlah taqwa itu bak pakaian harian, nescaya akan menjadi wanita yang tercantik meskipun pakaian bertampal. Jadikanlah rasa malu sebagai baju kurung, nescaya akan menjadi wanita yang paling anggun walaupun tidak berkasut.

Beruntung menjadi Muslimah?

Dalam Al-Quran telah diperuntukkan satu surah untuk kaum wanita yang dinamakan Surah An-Nisa’ sebagai bukti wanita mempunyai kedudukan yang istimewa dalam Islam. Secara zahirnya, telah ditetapkan bahawa seindah hiasan adalah wanita solehah. Sejauh mana ketetapan itu?

”Takutilah olehmu kepada ALLAH kerana semua perempuan adalah amanah ALLAH kepada kamu. Barangsiapa yang tidak menyuruh perempuannya mengerjakan solat dan tidak mengajar mereka ilmu fardhu maka berlaku khianatlah dia kepada ALLAH dan rasul-NYA”

- Sabda Rasullah s.w.t

Begitu bertuahnya menjadi wanita sehingga dijadikan amanah oleh ALLAH s.w.t kepada kaum lelaki. Jangan dikesalkan jika wanita dikatakan lemah kerana memang tanggungjawab seorang yang bergelar ayah untuk memberi kekuatan jiwa kepada anak perempuannya melalui amalan solat dan bacaan-bacaan kalimah suci Al-Quran. Jangan disalahkan diri jika dikatakan wanita itu punca kerosakan sosial kerana tiada didikan agama yang diterapkan dalam kehidupan keluarga. Jangan merasakan menjadi wanita itu adalah satu kekurangan kerana setiap kejadian yang dijadikan oleh ALLAH s.w.t ada sebabnya.

”Sesungguhnya AKU tidak sia-siakan amal orang yang beramal daripada kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan, kerana setengah kamu adalah keturunan daripada setengah yang lain”

(Ali-Imran, 195)

Di sini dilihat dengan jelas bahawa kedudukan lelaki dan perempuan sentiasa sama pada pandangan ALLAH s.w.t dan hanya bezanya pada amalan seseorang. Perempuan bukan hamba lelaki dan perempuan juga tidak boleh meletakkan tarafnya sama dengan fitrah atau kemampuan seorang lelaki. Setiap kejadian ALLAH ada keistiemewaan dan batasannya. Hanya ALLAH yang berkuasa dan penentuan terhadap setiap kejadiannya.

”Wahai umat manusia ! Sesungguhnya KAMI telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan dan KAMI menjadikan kamu pelbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi ALLAH ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu. Sesungguhnya ALLAH Maha Mangetahui lagi Maha Mendalam Pengetahuan-NYA”

(Al-Hujurat, 13)

Ayat ini telah mewujudkan perkataan taaruf di antara lelaki dan perempuan. ALLAH s.w.t tidak mengharamkan perkenalan antara lelaki dan perempuan. Cuma ALLAH s.w.t telah menggariskan batas-batas yang perlu dijaga dan dipelihara untuk kesucian Islam itu sendiri. Jika kita lihat sejauh mana ayat ini diterjemahkan oleh lelaki dan perempuan masa kini.

Menyoroti dahsyatnya mitos cinta yang meracuni pemikiran generasi muda hari ini, pelbagai maksiat menular di sana-sini. Gadis hilang harga diri, pemuda meratah dara sesuka hati. Anak pungut merata-rata. Inikah taaruf yang dianjurkan dalam agama ISLAM? Cinta itu tidak kotor bahkan suci sekudus embun pagi cuma tangan manusia yang mengotorinya sehingga cinta itu tiada kemanisannya lagi.


Buat kaum Hawa,

Tidakkah kamu mahu menjadi wanita yang berkat?

Yakin dan percayalah pada insan ynag telah ditunjukkan ALLAH dalam istikharahmu walau apaupun keadaannya pada masa ini, asalakan baik agamanya. Sama ada dia masih belajar atau masih bertukar-tukar kerja, percayalah padanya.

“Dan nikahkanlah orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak nikah di antara hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, ALLAH akan memampukan mereka dengan kurnia-NYA, dan ALLAH maha luas pemberian-NYA lagi maha mengetahui”

(An-Nur, 32)

Ini adalah jaminan ALLAH. Jaminan siapa lagi yang patut dipercayai dan diyakini? Telah termaktub dalam kitab suci, AL-QURAN itu sendiri.

”Syurga itu di bawah tapak kaki ibu”

- Hadith Nabi Muhammad s.w.t

”Sesiapa yang memelihara tiga orang anak perempuan aau tiga saudara perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka, memberikan pendidikan kepada mereka dan mengahwinkan mereka, maka dia berhak masuk ke Syurga.”

- Riwayat Abu Dawud & Ibn Hibban

Hadith dan riwayat ini telah meletakkan wanita pada kuasa terpuncak. Dalam kedudukan yang sedemikian tinggi yang telah diberikan oleh agama dan juga negara terhadap wanita dan kaum sejenis wanita tetapi ramai sekali yang masih terpenjara oleh perasan mazmumah kerana rasa kekeliruan dan kekalutan dalam diri sendiri. Jika diungkapkan, mengapa mesti merasa begini sedangkan agama telah meletakkan wanita ditempat yang diselesa. Jika wanita sudah meletakkkan agama ditempat pertama, keredhaan dan pengorbanan kepada suami sentiasa diambilkira, wanita adalah makhluk ALLAH yang paling beruntung dan istimewa. Wanita adalah ibu, isteri dan anak kepada lelaki. Hanya wanita yang boleh menjadi tiga dalam satu, bukan lelaki.

Pesanan buat kaum Hawa,

Dunia ini penuh ranjau dan dugaan,

Dunia ini penuh tipu daya dan syaitan,

Jangan lalai tanpa tujuan,

Kerana dunia yang indah ini persinggahan sementara untuk insan,

Dunia yang indah ini adalah ujian.

Alangkah beruntungnaya sebagai wanita, semua hak telah ditentukan. Malah, dalam Islam wanita terbela, dihormati dan diberikan hak-hak tertentu serta peranan wanita terhadap kecemerlangan setiap insan sentiasa diakui.

”Women! Without her, man is nothing”

Jika diimbas semula sirah kehidupan Nabi Muhammad s.w.t melalui kehidupan baginda bersama Siti Khadijah dapat disimpulkan betapa kuatnya ikatan kasih-sayang, betapa lembutnya hamparan kepercayaan, betapa sucinya ikatan Cinta kerana ALLAH dalam memperjuangkan Islam. Pada saat-saat genting, Siti Khadijah menghulurkan pujukan, dorongan dan pertolongan kepada suami yang tercinta. Sanggup berdiri teguh di samping baginda dalam semua keadaan sehingga tiada pengucapan yang pernah mengusik hati kecil baginda. Sanggup bersusah payah bersama, menerima segala kutukan dan kritikan dan hanya menyerah kepada ALLAH s.w.t. Peranan Siti Khadijah lebih menyerlah untuk mengiakan kejayaan seorang suami adalah kerana ada isteri di sampingnya. Peranan wanita juga tidak dapat dilupakan kerana Nabi Adam a.s. telah diberikan seorang wanita sebagai teman sewaktu di Syurga iaitu Hawa sehingga lahirnya generasi hingga sekarang.

“Barang siapa yang mengerjakan amal soleh, baik dia lelaki mahupun wanita sedang dia orang yang beriman, maka mereka itu masuk ke dalam Syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikit pun”

(Surah An-Nisa’ : 124)

Allah s.w.t tidak melarang untuk wanita berbakti pada masyarakat. Seperti yang disarankan dalam kitab suci Al-Quran bahawa Islam memberi kebebasan kepada wanita untuk aktif di tengah masyarakat sesuai dengan kudrat dan kemampuan sebagai seorang wanita tanpa melampaui batas dan keadaan sebagai seorang muslimah.

Wahai wanita,

Ketahuilah panggilan wanita yang disandang ini adalah satu kemuliaan yang tiada tolok bandingannya dan tinggi martabatnya dan peranan yang perlu anda mainkan di muka bumi ALLAH s.w.t ini turut besar dan penting. Jika tidak, tidaklah makhluk kedua yang ALLAH s.w.t jadikan di sisi Nabi Adam a.s. bergelar Hawa dari kaum wanita. Wanita adalah bunga, harum mewangi….

Ingatlah kaum Hawa, dalam Al-Quran ALLAH telah bersabda :

“Wanita keji ialah untuk lelaki yang keji dan lelaki yang keji ialah untuk wanita yang keji. Wanita yang baik ialah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik.”

(Surah An-Nur : 24-26)

Sakura Putih

11.48am/151208

Read more

...PEMBUKA BICARA...


Dengan lafaz, bismillahirahmanirahim...
ana memulakan post pertama buat blog ana... www.imannurbalqis.blogspot.com
tamat sahaja kuliah dasar 3 untuk TAMRIN BINA NUQABA' (TAMBIN), ana dapat menyiapkan blog ana...he3 Ambik peluang time kuliah dasar...mentang2lah jadi facilitator... ish3 Apa pun ana harap blog nie dapat jadi satu wadah penyampaian dan pengkongsian ilmu antara ana dengan pembaca blog dan dunia luar di sana...Seperti mana hadith Rasullah s.a.w :

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.”
(Riwayat al-Bazaar)

Selain daripada jalinan maya IKATAN ukhuwah antara ana dan sahabat-sahabat, ana menganggap blog juga merupakan salah satu aset ana yang perlu ana jaga setiap perkara yang ana utarakan...semoga pembaca dan sahabat-sahabat seISLAM dengan ana mampu menjadikan teknologi sebagai satu saluran yang terbaik dan berkesan dalam kita menongkah arus globalisasi ini...as a new blogger,dengan hati yang terbuka ana harapkan sahabat-sahabat dapat memberi kritikan atau penambahbaikkan untuk blog ana...

For the last word, as reminder to us for this morning :
don't give up and try your best...Don't be sad....You'll see that one day everything is going to be just fine..ALLAH always with u...tomorrow is your chance
don't forget your qiamulallail...wassalam


Read more

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails