.::I'M ONLY SERVANT OF ALLAH::.

"Di perhentian terakhir itulah manusia akan hidup berkekalan sama ada dengan limpahan NIKMAT selama-lamanya atau menghadapi AZAB, juga selama-lamanya. Sebelum tiba di titik pengakhiran itu, manusia akan terus mengembara..."

...JALINAN UKHUWAH...

...MELAKAR PELANGI...

Daisypath Anniversary tickers

...KEEP IN MEMORY...

Daisypath Happy Birthday tickers

PERMATA HATI UMMI ABI

Lilypie Second Birthday tickers

SELAMAT BERCUTI

Dunia ini umpama lautan yg luas....Kita adalah kapal yg belayar dilautan telah ramai kapal karam didalamnya...andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini...


..::HAPPY HOLIDAY::..

**imannurbalqis**

Read more

...from WOMEN to WOMEN...

Hawa,

Sedarkah engkau sebelum datangnya sinar islam ,kita dizalimi , hak kita dicerobohi , kita ditanam hidup-hidup , tiada penghormatan walau secebis oleh kaum adam, tiada nilaian dimata adam, kita hanya sebagai alat untuk memuaskan hawa nafsu mereka. Tapi kini bila rahmat islam menyelubungi alam bila sinar islam berkembang ,darjat kita diangkat ,maruah kita terpelihara, kita dihargai dan di pandang mulia, dan mendapat tempat di sisi Allah sehingga tiada sebaik-baik hiasan didunia ini melainkan wanita solehah.


Wahai Hawa,

Kenapa engkau tak menghargai nikmat iman dan islam itu? Kenapa mesti engkau kaku dalam mentaati ajaranNya ,kenapa masih segan mengamalkan isi kandungannya dan kenapa masih was-was dalam mematuhi perintahNya?



Wahai Hawa,

Tangan yang mengoncang buaian bisa mengoncang dunia , sedarlah hawa kau bisa mengoncang dunia dengan melahirkan manusia yang hebat yakni yang soleh solehah , kau bisa mengegar dunia dengan menjadi isteri yang taat serta memberi dorongan dan sokongan pada suami yang sejati dalam menegakkan islam di mata dunia. Tapi hawa jangan sesekali kau cuba mengoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu , dengan ayu wajahmu, dengan lengguk tubuhmu. Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu. Jangan Hawa , jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum adam yang bukan suamimu. Jangan sesekali mengoda lelaki yang bukan suamimu ,kerna aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian Allah. Tetapi memberi kegembiraan pada syaitan kerana wanita adalah jala syaitan , alat yang di eksploitasikan oleh syaitan dalam menyesatkan Adam.



Hawa,

Andai engkau masih remaja , jadilah anak yang solehah buat kedua ibubapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu , andai engkau seorang Ibu didiklah anakmu sehingga ia tak gentar memperjuangkan ad-din Allah...


Hawa,

Andai engkau belum berkahwin , jangan kau risau akan jodohmu , ingatlah hawa janji tuhan kita , wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan mengadaikan maruahmu hanya semata-mata kerana seorang lelaki ,jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya tapi merangsang nafsunya. Jangan memulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati ,dari senyuman membawa ke salam , dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuaan...takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.


Hawa,

Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya ,lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya ,kemanjaannya ,serta kemampuannya mengoncang iman mereka. Tetapi hawa , lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya ,peribadinya ,dan ad-dinnya. Lelaki yang baik tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut menberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan..



Oleh itu Hawa,

Jagalah pandanganmu, jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu,kuatkan pendirianmu. Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu , cukuplah hanya cinta Allah menyinari dan memenuhi jiwamu , biarlah hanya cinta kedua ibubapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu.


Hawa,

Cintailah Allah dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta dari insane yang juga menyintai Allah.Cintailah kedua ibubapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah.Cintailah keluargamu kerana tiada cinta selain cinta keluarga.



Hawa ,

Ingatanku yang terakhir , biarlah tangan yang mengoncang buaian ini bisa mengoncang dunia dalam mencapai keredhaan Illahi. Jangan sesekali tangan ini juga yang mengoncang keimanan kaum Adam , kerana aku sukar menerimanya dan aku benci mendengarnya...

**imannurbalqis**

Read more

...MPPJB 2009...


kredit to : admin BISA



"MENERAJUI KEPIMPINAN TERANCANG"

**imannurbalqis**

Read more

...LANGKAH TERCIPTA...

Salam...ana harapkan aset-aset ISLAM yang berada diluar sana diberi kekuatan dalam menempuhi dugaan hidup ini...ana dapat lirik lagu nie sewaktu buat revision untuk exam paper semalam : PJM 3110...ana harap sahabat-sahabat dapat menghayati lirik ini dengan mata hati..jadikan ini kata-kata semangat...ingatlah!!! belajar untuk menunaikan tanggungjawab...bukan lari drpd menunaikan tanggungjawab...perjalanan kita masih jauh...ALLAH sentiasa bersama orang-orang yang menegakkan amar ma'ruf nahi mungkar...



::LANGKAH TERCIPTA::

Semalam aku kelukaan

kecewa kehampaan

Mencalar ketabahan

Mimpi yang sering ku harapkan

Menjadi kenyataan

Namun tak kesampaian

Allah…

Ingin ku hentikan

Langkah ini

Bagaikan tak mampu untuk ku bertahan

Semangat tenggelam

Lemah daya

Haruskah aku mengalah

Namun jiwaku berbisik

Inilah dugaan

Dan mataku kini terbuka

Pada hikmah dugaan

Uji keimanan

Tak dilontarkanNya ujian

Di luar kekuatan

Setiap diri insan

Allah…

Pimpinlah diriku

Tuk bangkit semula

Meneruskan langkah

Perjuangan ini

Cekalkan hati dan semangatku

Kurniakanlah ketabahan

Agar mimpi jadi nyata

PadaMu ku meminta

Daku mohon agung kudratMu

WahaT tuhan yang satu

Segalanya dariMu

Lagu : Bazli

Lirik : Bazli & Atie



**imannurbalqis**

Read more

congkak = SABAR + BERLAPANG DADA

salam buat pembaca entry ana yang dikasihi ALLAH sekalian...khaifa haluka/ki???ana doakan kesejahteraan antunna dunia dan akhirat...4 this entry i want to share about patient @ lebih dikenali dengan sabar...mmg kene lah dengan profesion ana...bakal guru..he3 Bagi seorang guru, SABAR merupakan 1 aset dalam merencana kehidupan seorang pelajar...pelbagai isu negatif yg dikaitkan dengan profesion keguruan...jom, sama2 kita lihat betapa bernilainya kita bersabar dan berlapang dada....Sabar bukan subjek kecil dalam ajaran Islam...Sabar adalah sebahagian daripada iman (Rekod Imam Ibnu Majah)....

Allah s.w.t. menguji hambanya dengan pelbagai cara. Kita amat peka jika kita diuji dengan kesusahan dan perkara yang kita tidak sukai. Tetapi kita selalu leka jika diuji dengan keindahan dan perkara yang kita impi. Begitulah fitrahnya. Namun sebenarnya ujian dalam bentuk musibah ini satu perkara yang perlu kita syukuri. Betapa benar kata-kata Al-Imam Abdullah Al-Haddad: Dan jikalah musibah dan bala' itu bukan untuk mengetahui sifat dunia yang hina, dan menyeru kepada zuhud padanya, dan melebihkan akhirat darinya, nescaya seorang yang berakal itu patut mengiranya sebagai nikmat yang besar...merujuk dari Kitab Risalatul Mu'awanah oleh Al-Imam Abdullah Al-Haddad, kesabaran boleh dibahagikan kepada 4 bahagian utama. Bahagian-bahagian tersebut ialah :

1) Kesabaran untuk membuat ketaatan
2) Kesabaran dalam menahan diri dari kemaksiatan
3) Kesabaran atas perkara-perkara yang dibenci
4) Kesabaran atas nafsu dan syahawat

Sesungguhnya mereka yang menerima ujian pada zaman ini terbahagi kepada tiga golongan :

1) Golongan yang redha dan bertenang menghadapi ujian. Ganjaran untuk mereka adalah diangkat darjat mereka.

2) Golongan yang gelisah menghadapi ujian tetapi tidak membantahnya. Ganjaran untuk mereka pula adalah dihapuskan dosa.

3) Golongan yang gelisah dan membantah pula ujian yang dihadapi. Mereka akan mendapat kemurkaan dan balasan yang buruk.

Di dalam Al-Qur’an, Allah menyebut tentang sabar sebanyak lebih 90 kali. Dengan angka yang begitu besar tentu sahaja saranan sabar ini sangat tegas dan utama dalam agama...(rujuk buku : DAHSYATNYA SABAR,Karya: Ahmad Hadi Yasin,Penerbit: QultumMedia)

Para sarjana Islam menjelaskan 3 dimensi sabar yang dituntut....

1. Sabar dalam mengerjakan apa yang diperintahkan oleh Allah. Contohnya ketika Allah memerintahkan Nabi Ibrahim meninggalkan isterinya Hajar yang sarat di tengah-tengah padang pasir. Kerana taatkan perintah Allah dan sabar dalam menunaikannya, Ibrahim dan Hajar tetap dengan apa yang diperintahkan.

2. Sabar dalam meninggalkan larangan Allah. Kisah seorang anak gadis yang mengingkari arahan ibunya untuk mencampurkan susu dengan air. Hal ini didengari oleh Khalifah Umar ketika itu. Lalu Umar mengarahkan anak lelakinya yang bernama Ashim untuk meminang gadis ini untuk dijadikan isteri. Maka dari zuriat ini nanti lahirnya Umar b Abdul Aziz.

3. Sabar dalam menerima musibah atau ujian dari Allah. Kisah ujian terhadap Nabi Allah Ayub yang diuji dengan kemiskinan dan penyakit yang teruk. Namun Nabi Ayub tetap beriman dan bersyukur dengan Allah.

Kita semua maklum dengan sirah rasullah dalam menegakkan syiar ISLAM dalam perjalann yg penuh duri...tapi tetap 1 juga caranya mengatasainya iaitu dengan BERSABAR....jika sekarang, kita tidak boleh mendengar diri diperkotak katikkan...mulalah bergaduh tanpa mengira itu adalah saudara sebapa kita iaitu nabi ADAM...waima dicuit sedikit, mula melatah berpanjangan...kita hanya manusia, sabar merupakan senjata utama...jika tidak kita akan termakan dgn nafsu amarah yang sendiri kita cipta....ana teringat ketika program bersama dengan pelajar ISS (program pertukaran pelajar luar negara) bulan lepas...time 2 ana tgh mengajar dua org anak omputih nie(17&19 tahun) main congkak...

rio (brazil)- he was very excited to play da "congkak"....
rio (brazil) : sis, can u teach me how to play with this marble?
ana : can... (ana duk la speaking omputih- demonstrate to play da "congkak"
rick (germany) - he looked to the marble deeply...
rick (germany) : i think i have played this game before...
ana : if like that, can u demonstrate the game...
after 5 minutes, rick n rio played da marbles....
rio (brazil) : zarina, i learned something from this game...
ana : what??
rio (brazil) : i learn how to be patient
rick (germany) : yes rio...u need to be more patient because after 5 minutes only I played this game...hahaha
ana (dalam hati) - mana tidaknya budak rick 2 jea yg main...yg rio termenung jea...he3
rio (brazil) : no, this game have their own principle....
ana : yes rio...what u said was right...this game have the nice secret that player need to learn...
rick (germany) : i know...if we have a problem, we need to be more patient and solve it kindly...we need to plan strategies
ana (dalam hati) - bagus betul anak omputih nie menganalisis hanya dari permainan "congkak"...org melayu nie duk la asyik dengan jangan pandang belakang congkak...

Allah SWT menjadikan kehidupan manusia ini keseluruhannya adalah peluang untuk sentiasa mendekatkan diri kepada Allah dan menuju ke arahNya. Maka, ketika hal yang menggembirakan berlaku pintu menuju Allah adalah syukur sedang ketika hal yang kurang disukai berlaku maka pintu yang terbuka adalah sabar.

Mengenai hal ini Rasulullah SAW pernah bersabda,
"Menakjubkan perihal orang yang beriman. Sesungguhnya setiap perkara dalam urusannya (orang mukmin) semuanya adalah baik baginya dan tidak berlaku hal yang demikian melainkan ke atas mereka yang beriman. Jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar maka yang demikian adalah baik baginya dan jika dia didatangkan kemudahan dia bersyukur maka yang demikian adalah baik baginya.”
Hadis diriwayatkan oleh Imam Muslim (7425)....


Ini bersesuaian sekali dengan firman Allah SWT dalam Al Quran, surah Az Zumar ayat 10 yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang yang bersabar itu akan dibayar pahala mereka dengan tiada terbatas.”

Peringatan ini untuk sahabat dan diri yang penuh kekurangan ini juga...bersabarlah dan berlapang dada dalam menerima dugaan...yg selalu menjadi titipan dibibir tatkala ada insan yang menghadapi dugaan :

Sabda Rasulullah S.A.W :

"Sabar itu separuh iman."

(Hadis Riwayat Abu Na'im daripada Ibn Mas'ud)

Sabda Rasulullah S.A.W :

“Dalam kesabaran terhadap perkara yang tidak disukai itu banyak kebaikannya."
(Hadis Riwayat al-Tirmizi daripada Ibn Abbas)



Examples of Kesabaran from Al-Quran

Perintah supaya bersabar :

* Surah Al-Baqarah, Ayat 35
* Surah Ali-Imran, Ayat 200

Larangan daripada tidak bersabar :

* Surah Al-Ahqaf, Ayat 35
* Suran Al-Anfal, Ayat 15

Allah memuji & kasih orang yang sabar:

* Surah Ali-Imran, Ayat 17
* Surah Al-Baqarah, Ayat 177
* Surah Al-Baqarah, Ayat 146

Contoh-contoh yang lain....

* Allah menyertai orang yang sabar
* Kebaikan orang yang sabar
* Balasan amal yang paling baik
* Berita gembira bagi orang yang bersabar
* Jaminan kemenangan bagi orang yang sabar
* Balasan Allah tanpa batas bagi orang yang sabar

Tanpa senjata sabar dalam kehidupan...Seseorang itu tidak akan tenang & damai...Perjalanan kehidupan tidak selalu consistant, ada kalanya mendaki dan kadang- kadang jatuh


Siapa itu orang yang sabar???

* Mereka yang kuat semangat dan azam
* Mereka yang mengambil manfaat daripada ayat-ayat Allah

Kejayaan bagi orang yang sabar....

Boleh menjadi pemimpin dan mempunyai kedudukan tinggi dalam tingkatan iman dan Islam,dan seterusnya taqwa dan tawakkal

akhirul kalam, amalan SOLEH yang BESAR adalah SABAR
**imannurbalqis**

Read more

...azumamaro aida-chan come back home...


buat orang yang terpenting dalam hidup ana :
MOHAMAD ZAID b KAMARUDIN...
harap selamat dalam perjalanan pulang ke rumah...yang akan bertolak dari penang ke negeri sembilan untuk pulang bercuti selama 2bulan...didoakan selamat sampai ke rmh...nant kita jumpa another 2weeks...a lot of story i want to share with u...bawa motor bebaik, bro...ingat, terus balik rmh...jgn nak merayau memana plak...


**imannurbalqis**

Read more

...Ya ALLAH, hambamu ini terSEPIT dan terSELIT...

salam sahabat-sahabat dan pembaca entry ana yg dikasihi ALLAH sekalian...ana doakan kesejahteraan pembaca semua di dunia dan akhirat...alhamdulillah ana diberi peluang untuk mengisi sedikit ruang yg ada dalam pada saat-saat genting persiapan untuk ke medan peperiksaan...byk perkara yg mjadi persoalan ana dalam fikiran ana sekarang..xtau nak berkongsi yang mana 1...oleh kerana ana sedang menjalani kehidupan sebagai GURU PELATIH ana rasa tpanggil untuk sama-sama kita renung dan lihat kredibaliti seorang guru...peperiksaan 1 perkara yg xkan pernah jauh dari diari kehidupan seorang pelajar...kecemerlangan mmg 1 perkara yg diharapkan untuk mmberi kpuasan pada diri..terutamanya apabila pointer dijadikan ukuran....

Sebagai permulaan, marilah kita merenung firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan hendaklah kamu berada bersama-sama orang-orang yang jujur.” [Surah al-Taubah, ayat 119].
Terdapat dua pengajaran dalam ayat ini. Pertama, Allah menyuruh kita untuk berada dalam kumpulan orang-orang yang jujur. Maka di sini amat penting untuk kita pilih siapa rakan kita dan bersama siapa kita biasa “hang out” dalam kehidupan harian. Kedua, jika kita disuruh untuk berada dalam kumpulan orang-orang yang jujur, sudah tentu sejak awal kita sendiri perlu memiliki sifat jujur. Justeru sifat orang yang beriman lagi bertaqwa ialah dia jujur dan dia berusaha untuk berada di kalangan orang-orang yang jujur. Sebenarnya sifat jujur memiliki kaitan yang rapat dengan nilai iman seseorang. Jika ayat al-Qur’an di atas dimulakan dengan “Wahai orang-orang yang beriman…”, maka hadis berikut juga mengaitkan antara iman dan kejujuran:
“Iman seorang hamba (Allah) tidak akan lurus melainkan (apabila) hatinya lurus manakala hati seorang hamba (Allah) tidak akan lurus melainkan (apabila) lisannya lurus.” [Musnad Ahmad, as-Shahihah, no: 2841]

Semasa dalam dewan peperiksaan masih lagi ada yang tidak mengekalkan integriti yang sering diomong-omongkan...mcmanalah bila dah berada di situasi keguruan yg sebenar...kat sini ana tidaklah mahu mempertikaikan isu rasuah yang semakin melimpah ruah di dada-dada akhbar...cumanya ana sedikit tkilan dgn senario guru pelatih masa kini...sehingga mbuatkn ana sentiasa bfikir dan menjadi kerunsingan ana saban hari...isunya cukup kecil iaitu meniru dalam peperiksaan...jgn dipandang enteng kerana sekecil-kecil perkara akan membina sebesar-besar isu...
Dalam keadaan antara dua : tolong kawan & sikap jujur pada diri sendiri...di sinilah ana mengenal soalan spot, jsu & macam2 lagi la...(tp mmg la seorg guru perlu ada semua tu)...yang membuatkan ana terpanggil untuk keluarkan entry ini apabila....kisahnya bermula.....

hari pertama
(masa dah tamat, penjaga peperksaan nak kutip kertas peperiksaan)
kawan bertanyakan jawapan dalam peperiksaan...dgn xrasa apa2, bgtahu jealah...
hari kedua
(lagi 15 minit nak tamat)
kawan bertanyakan jawapan dalam peperiksaan...(serba salah) tapi bagi la jg...
hari ketiga
(blm mula mjwb tp dah tngok soalan)
kawan bertanya jawapan.....(dah serba salah tahap kronik) ttp jg bagi...(positifkan diri-blm jwb lg)

time penjaga peperiksaan nak kutip kertas jawapan...tiba-tiba terdengar kata-kata dari seorang kawan :
"berdosa tak kita meniru?"

dari saat 2, ana mmg geram+sedih+bersalah n macam-macam lagi...klu ikutkan hati mmg nak jg ana menjawab...tp xpe...ana menjawab jg kat blog nie...ada ke patut tanya soalan macm 2...xsedar ke diri sendiri meniru...yealah nak jaga pointer supaya dia sorg jea la yg dapat flying clour...bangga dapat pointer tinggi tp cara mcm 2 xguna jg...sejauhmana kemampuan diri???xtcapai pun hasrat FPK yg tiap2 sem blajar...tp jgn la libatkan org lain...ana xsanggup dah nak hadapi perkara nie...I want 2 be honest person...mcm2 cara dah ana buat supaya ana xterlibat...buat2 tidur la..buat2 sibuk menulis la...buat2 xdgr la...
ya ALLAH, hambamu ini tersepit dalam situasi yg tidak diinginkan...adakah hambamu ini termasuk dalam golongan ini...ya ALLAH, hambamu ini mohon dengan sangat agar dilindungi dari gejala yang tidak sihat ini...hambamu ini memohon pada Mu agar diberi kekuatan untuk menghadapi keadaan ini...ya ALLAH, kau keluarkanlah hambamu ini dari terlibat dari fitnah situasi ini...hambamu ini bermohon dengan sangat....

buat pembaca semua...janganlah kita mjadi hamba kecemerlangan tetapilah jadilah kita pcetus kecemerlangan...adakah berbaloi kecemerlangan begini???seharusnya kita sedar bahawa peperiksaan kita yang sebenar sedang menunggu kita di dunia luar...setakat mana kepentingan pointer class pertama tetapi sahsiah kelas kedua...jika kita hanya mementingkan kecemerlangan peperiksaan mmg itu yang kita dapat...tetapi jika kita belajar untuk mendidik nilai sebenar modal insan seorang guru, kitalah yg mjadi pencetus kecemerlangan generasi akan datang...Sesiapa yang mendisiplinkan dirinya dengan kejujuran memiliki banyak keutamaan. Sebaliknya sesiapa yang membiasakan dirinya dengan kedustaan memiliki banyak kekurangan. Rasulullah s.a.w. menerangkan: “Sesungguhnya kejujuran menunjuk kepada kebaikan dan kebaikan menunjuk kepada syurga. Sesungguhnya (apabila) seseorang itu melazimkan dirinya dengan kejujuran, nescaya dia akan dikenali sebagai orang yang jujur. Manakala kedustaan menunjuk kepada kejahatan dan kejahatan menunjuk kepada neraka. Sesungguhnya tidaklah seseorang itu melazimkan dirinya dengan kedustaan melainkan dia dicatat di sisi Allah sebagai seorang pendusta.” [Shahih al-Bukhari, no: 6094]
kredit to : encik kamal 4 da nice picture

Dalam sebuah hadis yang lain baginda menyatakan: “Empat perkara yang jika semuanya ada pada diri kamu , maka kamu tidak perlu bersedih atas dunia yang hilang daripadamu. Iaitu amanah, jujur dalam berbicara, akhlak yang baik dan makanan yang terjaga (sumber perolehannya).” [Musnad Ahmad, as-Shahihah, no: 733] Pada waktu yang sama baginda pernah memberi amaran: “Ciri-ciri seorang munafiq ada tiga. Apabila berjanji dia memungkirinya, Apabila bercakap dia berdusta dan apabila diberi amanah dia mengkhianatinya.” [Shahih al-Bukhari, no: 6095]
Jika kita ingin berjaya dengan cemerlang dalam hidup, mulakan dari sekarang....Ingat kecemerlang yang diberkati adalah kecemrlangan yang hadir dari usaha yang telus... Dan ingat rezeki itu kurniaan Illahi....Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan....Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.
**imannurbalqis**

Read more

..hanya kepadaMU aku bermohon...

DOA-DOA MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Pastikan anda mengulangkaji pelajaran anda.
Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna sewaktu menelaah matapelajaran:
(DIBACA SEBELUM MENGULANGKAJI PELAJARAN SAMA ADA DARI BUKU ATAU NOTA)

(Allahummar zuqna, Ya Rabbi fahaman nabiyyiin, wa hifzaal mursaliin,wa 'ilhaamal malaikatiil muqarrabbin, fii 'aafiyaati, ya Arhamar raahimiin)
Maksudnya: "Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu, juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih"
Doa sebelum masuk kelas/dewan peperiksaan

(Wa hai yi' lanaa min amrinaa rashadaa)
Maksudnya: Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu)
Doa sewaktu lupa semasa menjawab soalan

(Subhaa na man laa ya naa mu wa laa yas huu..Allahumma zakkirnii maa nasiit) 3 kali
Maksudnya: Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai, Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa)
Doa memohon kejayaan cemerlang -
dibaca sebelum tidur setiap hari sehinggalah keputusan peperiksaan diumumkan.

(Allahumma inni as-alukal fauza 'indal qadha wa manaazilasy syuhada wa 'ai syas su 'a da' wan nasra alaal a'daa')
Maksudnya: Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada'dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh

**imannurbalqis**

Read more

...salam TAKZIAH...

salam TAKZIAH buat classmate ana, Wan Nur Hanis kerana ibunya telah pulang ke rahmatullah pada 6.November.2009 kerana penyakit leukimia...ana doakan agar Hanis diberi kekuatan dalam menghadapi ujian daripada ALLAH s.w.t...insyaALLAH, ada hikmah di sebalik yang berlaku...setiap yang HIDUP, pasti akan MATI..cuma masanya sahaja ALLAH yang tahu...

Firman Allah :
Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, sekalipun kamu bersembunyi di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh...
(Surah An-Nisaa' : 78)


Tiap-tiap umat mempunyai ajal; maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) dipercepatkan.
( Surah Al-A'raaf : 34)

**imannurbalqis**

Read more

...saya ASET ISLAM...

salam sahabat semua...hrp2 dlm keadaan sihat walafiat hendakNya...ana bru jea balik dri pbincang dgn pensyarah pnasihat berkenaan dengan majlis pbubaran JK BISA dan pelantikan yg baru untuk tahun depan...pelantikan JK BISA yg baru????byk yg nak kne uruskan..tambahan pula,skrg study week..ana cuba utk bahagikn masa sebaik mungkin...presiden???JK BISA yg baru???suma diperlukan sblm nama dibawa ke pihak atasan...

-SITUASI 1-
yg bertanya : nak jd JK BISA???

yg menjawab : xnak la....sy blm layak

-SITUASI 2-
yg bertanya : bagaimana dgn perkara yg kita bincangkn smalm??

yg menjawab : jawatan 2 berat sgt la bg sy

-SITUASI 3-
yg bertanya : blh terima x???

yg menjawab : susah la...bg sy lg 3hari...

begitulah antara situasi yg dihadapi apabila diminta utk berada dlm sesebuah organisasi...1 pertanyaan yg ana nak lontarkan disini...sampai bila kita xbersedia???sampai bila kita nak tunggu perubahan pd diri kita sendiri???sampai bila kita nak tahu yg kita mampu???sampai bila????1 perkara yg paling jelas, kita sdiri yg tdk mampu mbawa diri ke keluar dari kepompong negatif...cthnya: bila dah berada dlm organisasi byk kerja, xmampu nak uruskn diri, akademik dan kerja, sillaturrahim semakin kurg dan macam2 lg pdngan negatif...tp kita blm lg berada dlm kelompok itu...tidakkah kita berasa "iri hati" melihat sahabat yg sibuk ttp msih lg mgecapi kjyaan dlm peperiksaan...pointernya lbh bgus dripd kita yg hanya mhabiskn hujung minggu di panggung wayang, chit-chat, balik rmh minggu2...

ana melihat gejala tidak sanggup utk memegang amanah adalah alasan semata2..adakah kita sedar bahawa kita sdiri telah berjanji utk memegang amanah yg diberikan oleh ALLAH s.w.t sejak dlm kantung rahim ibu lagi...adakah sekarang kita menjalankan amanah kita???adakah kita mencegah kemungkaran dan mngajak kepada kebaikan???fikir-fikir dan renung kembali sejauhmana tanggungjawb khalifah yg tlh kita jalankan dipentas dunia ini...jika benar kata-kata "sy blm lg tbuka untuk suma nie", "sy xpakai kopiah @tudung labuh, sy rasa sy xsesuai"., "belum sampai seru lagi".bg ana ini adalah kata-kata pengecut...adakah luaran menggambarkn dalaman??ingtlah sahabt jika kita mnjaga dalaman iaitu hati kita, insyaALLAH terus tertumpah ke personaliti luaran kita...sampai seru???adakah kita sedar yg kita akan diseru bila2 masa sahaja...entah2 lpas baca entry ana nie...nyawa kita diseru...siapa tahu...seperti doa Zainab Al-Ghazali dlm bukunya Hari-hari dalam Hidupku :
"Ya Allah sibukkanlah aku dengan (mengingat)-Mu, hingga melupakan selain-Mu. Sibukkanlah aku dengan (mengingat)-Mu, wahai Tuhanku. Wahai zat Yang Maha Esa, wahai zat Yang menjadi tempat bergantung. Bawalah aku dari alam kasar (dunia) ini. Sibukkanlah aku agar tidak mengingat seluruh hal selain-Mu. Sibukkanlah aku dengan (mengingat)-Mu, bawalah aku di hadirat-Mu. Berilah aku ketenangan yang sempurna dari-Mu. Liputilah aku dengan pakaian kecintaan-Mu. Berikanlah kepadaku rezeki mati syahid dijalan-Mu. Karunikanlah kepadaku kecintaan yang tulus kepada-Mu, keridhaan pada (ketentuan)-Mu dan Ya Allah, teguhkanlah diriku, sebagaimana keteguhan yang dimiliki oleh para ahli tauhid ya Allah!"

Motivator sekaligus pakar kepemimpinan, Dr. John C. Maxwell dalam bukunya Thinking for A Change menyatakan ada 6 langkah yang mampu mengubah hidup manusia... Pertama, kita harus mengubah cara berfikir kita...Mengubah cara berpikir akan mengubah keyakinan kita..Kedua, jika keyakinan kita berubah, harapan kita akan berubah. Ketiga, jika harapan kita berubah sikap kita berubah...Keempat, jika sikap kita berubah, perilaku kita berubah...Kelima, jika perilaku kita berubah, amalan kita berubah. Dan keenam, jika amalan kita berubah, hidup kita akan berubah.

Dari pernyataan Dr. Maxwell ini dpt ana catatkn bahwa perubahan diri selalu dimulai dengan perubahan pola bfikir...Ana perlu mengingatkan sekali lagi bahwa perubahan tidak selalu menyenangkan...Bahkan kalau suatu proses perubahan itu terasa mulus dan tiada mehnahnya, mungkin itu bukan perubahan...Perubahan selalu menuntut pengorbanan namun perubahanlah satu-satunya saranan efektif menuju ke tahap kehidupan yang lebih baik....Seperti yg kita sedia maklum, manusia adalah sebaik-baik makhluk dalam penciptaan...Demikianlah yang tersurat dalam At tin: 4
“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya”

Manusia mempunyai kelebihan otak yang digunakan untuk berpikir, diberikan hati untuk perasaan, belum lagi anggota badan secara umum seperti kepala, tangan, kaki, dan perut. Semua itu adalah kelebihan fizik yang begitu besar manfaatnya.Selain itu juga, manusia diberikan kelebihan sebagai satu-satunya makhluk yang mampu menyerap ilmu sekaligus mengembangkannya. Haiwan hanya memiliki perasaan, jin tak dapat mengembangkan ilmu, malaikat hanya melaksanakan perintah Allah tanpa berpikir, dan syaitan menggunakan logik yang salah dengan mengatakan bahwa api lebih mulia dibanding dengan tanah....

Adakah kita sebagai umat ISLAM menghargai diri kita sendiri???kita adalah aset ISLAM yg ALLAH turunkn untuk mmurnikan pentas dunianya...waima, sekecil2 peranan kita di pentas dunia ini mmberi impak yg besar dlm matlamat sebenar ISLAM...Islam mengajar penganutnya yang juga khalifah di bumi ini, supaya dapat mengimbangi kehidupan dunia dan kehidupan di akhirat sewajarnya...Di samping menganjurkan umatnya supaya beramal sebagai bekalan pada akhirat, Islam tidak pernah pula melarang umatnya daripada berusaha untuk kesejahteraan hidup di dunia....Yang berbeza adalah kaedah yang disarankan oleh Islam untuk berusaha bagi mencapai kesejahteraan itu...Bagi khalifah Allah di bumi ini, di antara inti pati tugas yang perlu dilaksanakannya ialah merealisasikan kaedah itu...Ini kerana asas kepada pembangunan tamadun manusia yang hakiki bermula daripada cara hidup yang dianjurkan oleh Islam dan hanya Islam yang mampu untuk memakmurkan dunia ini sebaik-baiknya....anda adalah aset ISLAM yg dicari2...anda perintisnya bukan mengatakan tidak pada diri anda....sedangkan ada kelebihan yg tersembunyi disebalik kekurangan yg anda sendiri adakan....jgn tutup peluang diri anda, krna semua nikmat yg ALLAH beri hanyalah untuk dikembalikan kepadanya semula...Firman-Nya, bermaksud:
"Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepadaKu (Allah)."
(Surah az-Zarriyat, ayat 56).

Sukarno pernah berkata,
“Berikan aku sepuluh orang tua maka aku akan pindahkan gunung semeru, tapi berikan pula aku sepuluh orang pemuda yang bersemangat maka dunia akan aku tundukkan.”
-----------------------------------------------------------------------

adakah SAYA salah seorang daripadanya????


**imannurbalqis**

Read more

...laungan TALBIAH bergema lagi...

salam ukhuwah segugus mawaddah kepada semua pbaca entry ana...alhamdulillah ana masih lgi diberi kesempatan utk bsama dgn pbaca smua...hri nie merupakan hari pmulaan bg bulan november (11)...nampaknya tinggal beberapa hri lagi sblm mjelangnya imtihan ana utk sem 4 nie...revision???on da way...insyaALLAH, ana ttap percaya pada janji ALLAH dlm surah MUHAMAD ayat 7...lantaran dari itu jgn dilupakan peringatan dari ALLAH sendiri di dalam firmannyaNYA, Allah tidakkan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu yang mengubahnya sendiri...jgn kita tlalu tawakkal tetapi tiada usaha yg kita jalankan...itu adalah suatu yg sia-sia...jadikan hari yg baru ini penuh dgn cita-cita untu lbh baik dari semalam...kalau ikut bulan islam, hari ini sudah masuk 13 Zulkaedah 1430 H...seperti semua sedia maklum, bulan ini dimeriahkan dgn kedatangan ummat ISLAM seluruh pelusuk dunia dimuka bumi suci Madinah al-Munawwarah dan Mekah al-Mukarramah...kali ini ana masih lagi diberi kesempatan untuk melihat kemeriahan persiapan saudara2 ana untuk ke sana...rasa "kejelousan" plk...ana ingin ke sana semula...ingat lagi kisah tiga thn yg lepas...

(waktu 2 tgh tunggu result SPM)
ayah : kak,esok kita p seremban buat visa...

kak : buat pe ayah?

ayah : p skali dgn ma...

kak : ma, kita nak pi mana?

arwah mak : kita p jalan2...

ayah : dah bsedia ke?

arwah mak : dah tp tanya la bdk 2...abg xnak pi skali..xkan sy nak pi sorg...

kak : p mana nie sbnarnya ayah?

ayah : pi umrah...nak pi x??

(time 2 ana xblh nak ckp pe...yg tbayang hanya kaabah)
kak : mestilah nak pi...alhamdulillah...yesss!!!ma, kita pi bdua jea ke?

arwah mak : x, kita pi dgn moyang chik n auntie angah...

kak : bestnya...nie yg xsabar nie...

ayah : bile plk ayah bgth akak yg pi??

arwah mak : dah la 2..jgn disakat budak 2..kang mrajuk plk...

(time ana senyum xhabis2)
ayah : ingat esok bangun awl...kne pi buat visa..pas2 nak pi kursus n klinik...

kak : ayah ma, trma kasih sgt bg akak peluang....

(dlm hati, YA ALLAH trma kasih krn mberi peluang utk hambaMu ini mjadi tetamuMU...aku bersyukur dgn rezki yg telah KAU peruntukan utk hambaMu ini...)
with my friend from turki...amina

Nak dijadikan cerita, sebelum btolak ke sana..tiap2 hari ana duk mgadap gambar kaabah yg digantung di ruang tamu rmh...tak lama lagi ana slh seorg tetamuNYA....

Kini kisah tu dah 3thn blalu...hanya kerana untuk penuhi kehendak arwah mak ana...ayah ana bmurah hati untuk sponser pbelanjaaan ana ke sana...trma kasih ayah...byk kenangan ana bersama arwah mak disana...

First time, ana dgn arwah mak mcm jln dgn kwn2...sebelum sampai untuk kerjakan umrah...kne baca talbiah dlm bus :

Labbaika Allahomma Labbaik. Labbaik La Shareeka Laka Labbaik. Innal-Hamdah, Wan-Nematah, Laka wal Mulk, La Shareeka Laka.

Maksud:

"Hamba-Mu datang menyahut panggilan- Mu, Ya Allah hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu Tuhan yang tidak ada sekutu bagi-Mu. Hamba datang menyahut panggilan-Mu. Sesungguhnya segala pujian dan ni'kmat serta kerajaan adalah kepunyaan-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu"...

dengan ahli rombongan...depan masjid NABAWI, di Madinah

pagi2 bangun pi qiam kat masjd nabawi swaktu di Madinah..klu di Mekah di Masjidil haram...hotel yg ana mginap xjauh...jalan kaki xsampai 5minit...first time solat jumaat...setiap kali solat fardhu ada solat jenazah...tak lupa jg minuman air zam zam tiap2 hari...pas2 mlm terakhir sblm esok buat tawaf wida'..ana n arwah mak pi iktikaf kat masjidilharam..sama2 buat solat taubat...baca yaasin n ambil kesempatan utk mhayati keindahan bumi tanah suci ALLAH s.w.t...sepanjang berada di sana, ana n arwah mak bkesempatan utk buat umrah utk arwah atok, arwah wan, arwah abang n arwah adik...tak lupa jg kebab n ais krim yg mmang jd santapan ana selaps pulang dari menunaikan solat di masjidil haram @ masjid nabawi...he3...pi jabal rahmah, bukit uhud n masjid hijau...macam2 lagi...yg paling best ana dgn arwah mak bg makan burung merpati di laman seblm msuk ke masjidil haram...byk sgt burung merpati..cantik n warna putih...mak ana ada kata time mengandungkan ana...ma teringin mkn burung merpati...sbb 2 ma ana kata ana nie jinak-jinak merpati...tp ana xtau la dri aspek mana...he3...dlm beribu2 org yg dtg ke Mekah...ana blh berjumpa dgn sahabt ana di UIA sblm ana msuk ke IPG...itulah kuasa ALLAH...klu nak crita mmg xhabis...tp stkat ini, journey inilah yg memberi 1001 kenangan buat ana bersama arwah mak...

time jalan-jalan waktu pagi

Ana berharap ana masih diberi peluang untuk merasai lagi laungan TALBIAH dan ana sendiri yg akan mlaungkannya...ana berdoa agar diberi kesempatan untuk menunaikan rukun ISLAM yang kelima...buat tetamu ALLAH yg bakal bgelar haji n hajjah...ana doakan haji mabrur buat semua...semoga ana masih lagi terpilih untuk mrasai nikmat di tanah suci itu lagi...rasailah nikmat menjadi tetamu ALLAH...buat mak angah n fatimah yg akan berangkat ke Mekah this friday,ana doakn smoga kalian diberikan kesihatan yang baik dan kelancaran sewaktu menunaikan rukun2 haji...jgn lupa doakan ana disana...tidak lupa jg buat pensyarah2 IPG KPM n seluruh umat ISLAM di dunia ini...lambaian kaabah untukmu....


she's my neighbour at the hotel....thifah

Nikmatnya Menjadi Tetamu Allah

Syukur Alhamdulillah..
diterima menjadi tetamu Allah
menziarahi makam Rasulullah
di bumi penuh barakah
di bumi penuh bersejarah

Ku ziarahi Bukit Uhud
juga medan tempurnya
mendoakan kesejahteraan
buat Saidina Hamzah Paman Rasululullah
serta para sahabat yang gugur syahid
demi menegakkan agama Allah

Ku lawati masjid Quba’
Ku lewati masjid Qiblatain
Ku nikmati teduhan pohon kurma
Ku rasai manisnya kurma nabi
kurma ajwah..tumbuhnya hanya di Madinah

Ku temui sahabat yang mesra dan ramah
biarpun baru pertama kali bersua wajah
Itulah Husaini Madinah
Orangnya bijak penuh berhemah

Ku rasai nikmat mengerjakan umrah
berihram dengan dua kain putih terserlah
lambang penyerahan diri pada Allah
bermiqat di Masjid Bir Ali
dalam kembara dari madinah ke makkah
rasa gementar bila pertama kali melihat baitullah
mengerjakan tawaf penuh pasrah
air mata tak mampu ku tahan lagi..lalu tertumpah
mengenang segala noda dan dosa
yang tak mampu ku hitung dan kira
dengan bilangan jari jemari yang ada

Ku nikmati air zam zam
terasa hilang haus dan dahaga
air istimewa zaman berzaman
tidak kering ditelan masa

Ku lakukan sai..antara Safa dan Marwah
penuh cabaran dan terasa susah
hampir tiga km perlu diredah
mengenang kembali kisah Siti Hajar wanita tabah
Sanggup berkorban demi suami dan Allah

lalu akhirnya aku bertahallul
menggunting sedikit rambut..
berakhir sudah sebuah umrah..
moga diterima Allah
Maha maghfirah

Dari kejauhan Ku lewati Gua Tsur
Ku singgahi Hudaibiyah
Ku naiki Jabal Rahmah..
Melihat padang Arafah..
Melalui muzdalifah
Mina dan Jamrah

Ku daki Jabal Nur
Menuju Gua Hira’
tempat Nabi Beruzlah
Curam lagi berbahaya
bisa jatuh jika tersalah langkah
dapat kurasai sedikit susah payah
serta getirnya perjuangan Rasulullah

Akhirnya..tawaf wida’ tanda berpisah
Moga Allah mengizinkanku lagi
menjadi tetamuNya..bertemu kekasihNya
penuh nikmat dan pasrah
bagai berada di dalam Jannah
http://www.abuaslam.com/

**imannurbalqis**

Read more

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails