.::I'M ONLY SERVANT OF ALLAH::.

"Di perhentian terakhir itulah manusia akan hidup berkekalan sama ada dengan limpahan NIKMAT selama-lamanya atau menghadapi AZAB, juga selama-lamanya. Sebelum tiba di titik pengakhiran itu, manusia akan terus mengembara..."

...JALINAN UKHUWAH...

...MELAKAR PELANGI...

Daisypath Anniversary tickers

...KEEP IN MEMORY...

Daisypath Happy Birthday tickers

PERMATA HATI UMMI ABI

Lilypie Second Birthday tickers

...UJIAN : BERANI @ BIJAKSANA?...

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera buat semua pembaca blog ini. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah dengan limpah kurniaNya, dapat ana menulis di sini buat penutup bulan Rejab ini dan juga entry terakhir untuk bulan ini. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Bersyukur tidak terhingga apabila masih lagi diberi ruang dan peluang untuk bersama-sama kalian dalam mencari makna sebenar kehidupan.

Setelah dua minggu menjalani kuliah untuk semester akhir ini sebelum menamatkan pengajian di kampus ini, banyak perkara yang perlu diselesaikan. Kadang-kadang tak sempat nak buat hobi hari-hari iaitu baca buku yang dibeli. Kesian buku-buku yang belum habis dikhatamkan. InsyaALLAH, tuan buku akan menghabiskan bacaannya. Jangan risau yea buku-buku. Baru-baru ini ada pensyarah minta ana bagi pengisian untuk pelatih-pelatih guru. Lantaran itu, ana cuba dapatkan bahan-bahan untuk dikongsikan. Biar tak seberapa tapi mampu memberi makna. Itu prinsip yang ana pegang dalam ber'blog' nie. Iyealah, kita tak tahu pun siapa yang baca tulisan kita dan adakah pembaca menerima dan terkesan akannya. Ana berserah pada ALLAH, agar usaha ini mampu memberi saham ana untuk akhirat kelak. Namun atas beberapa kekangan, pengisian tersebut tidak dapat disampaikan. Justeru itu, suka untuk ana kongsikan pengisian itu di sini. Tajuknya ialah UJIAN : antara BERANI & BIJAKSANA.

kepada Mu hamba ini mengadu

Pernah tak pembaca dengar tentang kisah Nabi Ayub a.s.? Nabi Ayub a.s bukan mangsa bakar golongan al-mala'. Tetapi ujian yang dihadapinya adalah ujian yang terlalu semulajadi. Ujian yang jarang dikaitkan dengan perjuangan Fi Sabilillah. Nabi Ayub diuji dengan penyakit yang menimpa tubuh badan. Penyakit yang bukan sahaja menjadikan fizikal baginda derita menanggungnya, bahkan ia membawa pula kepada kehilangan harta benda dan ahli keluarga.

Dan (ingatlah peristiwa) hamba Kami : Nabi Ayub ketika berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Sesungguhnya aku diganggu oleh syaitan dengan (hasutannya semasa aku ditimpa) penyakit tubuh badan dan azab penderitaan." (Surah Shaad 38 : 41).

Namun, ALLAH s.w.t telah menjelaskan bahawa Ayub a.s itu adalah hamba-Nya. Itulah 'alasan' yang sudah cukup untuk menjelaskan betapa ALLAH s.w.t Maha Berkehendak, Bebas mengenakan apa sahaja ujian ke atas orang-orang yang beriman. Kerana apa? Kerana kita semua ini adalah hamba. Satu perkara yang perlu kita jelas ialah hamba itu tidak berhak untuk menentukan perlakuan tuannya. Hamba ini bebas disuruh, boleh diuji malah sentiasa bersedia untuk apa sahaja. Dia kehilangan diri kerana segala-galanya adalah ketentuan tuannya. Apatah lagi hamba kepada Tuan yang Maha Tuan, iaitu ALLAH s.w.t. Sememangnya kita layak diuji. Kita perlu tahu bukan dengan ujian yang kita persiapkan diri terhadapnya tetapi ujian yang tidak disangka-sangka. Semuanya adalah kemahuan ALLAH s.w.t. Jadi, terserah kepada-Nya. Dalam menghadapi ujian kehidupan, satu perkara yang kita perlu sedar ialah ujian adalah cara ALLAH s.w.t meningkatkan kita di hadapan Dia, bukan status kita di sisi manusia.

Kita sebagai seorang pelajar yang berjuang dalam menghadapi kehendak kampus tetapi kita diuji dengan kegagalan dalam peperiksaan atau diuji dengan sahabat-sahabat yang tidak bersama dengan kita. Kita sebagai seorang pekerja yang berjuang dalam memenuhi tuntutan sebenar amanah dalam pekerjaan bimbang dibuang kerja tetapi diuji dengan anak yang terpengaruh dengan rakan sebaya sehingga menghuni bilik jeriji besi. Mampukan kita untuk terus teguh di muka bumi ini? Istiqomah dalam menjalankan amar akruf nahi mungkar, andaikata ujian yang datang adalah penghias kepadanya? Syaitan akan terus membisik dan membolak balikkan keadaan dengan rasa aib, malu, rendah diri dan kecewa. Mungkin sehingga satu saat kita perlu membuat pilihan cara yang terbaik dalam mengatasinya tanpa memikirkan yang haq dan yang batil. Matlamat tidak menghalalkan cara.

Jangan kita lupa bahawa ujian dalam kehidupan ini bukan hanya berani yang menjadi bekalan, malahan bijaksana juga sebahagian daripada senjatanya. Berani membuta tuli, jangan disangka hero kerada di sisi Islam dia itu mungkin seorang yang dungu dan membinasakan perjuangan dengan keberaniannya. Bak kata pepatah Melayu, marahkan nyamuk kelambu dibakar.

Dalam era kehidupan globalisasi kini, kehidupan menjadi lebih rumit. Kerumitan itu menjadikan kita lebih tercabar untuk mengaitkan rupa bentuk gambarannya di dalam al-Quran, dengan realiti yang semakin berbeza. Begitulah juga dalam soal ujian. Ujian akan terus menghias perjalanan kehidupan. Justeru, ujian di sepanjang jalan kehidupan perlu dipelajari dan diteladani. Ia tidak muncul secara skema mengikut skrip yang dihafal dalam kehidupan sehari-hari. Kita seharusnya sentiasa peka dan mengenalpasti, apakah ujian yang sedang dihadapinya, lantas bertindak sesuai dengan ujian itu.

moga hambaMu ini terus thabat dalam perjalanan ini

"Dia itulah yang telah menjadikan keatian dan kehidupan (kamu) sebagai ujian untuk menguji siapakah di antara kamu yang lebih baik aalnya; dan Dia Maha Kuasa lagi Maha Pengapun." (Surah al-Mulk 67 : 2)

Kehidupan dan kematian telah dijadikan ALLAH memang sebagai medan ujian buat kita. Namun kejayaan adalah untuk mereka yang memahami bentuk ujian yang datang dan seterusnya bertindak sesuai dengan ujian yang dihadapinya itu. Beranilah kita untuk berhadapan dengannya dan bijaksanalah dalam mencari jalan penyelesaiannya.

iman's note : Satu hari Imam Hasan al Basri pernah berkata;
“Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan”.

**imannurbalqis**

Read more

...panggilan CINTA dari sang PENCINTA...

Sayyidina Bilal ra, muadzin Nabi SAW, seorang yang asalnya budak dan sekarang kita panggil sayyid (tuan) kerana kemuliaannya menjadi sahabat Nabi Muhammad SAW.

Setelah wafat Nabi Muhammad SAW, ia pun meninggalkan kota Madinah, kerana merasa tidak mampu untuk tinggal di kota Nabi – tanpa Nabi. Selang beberapa waktu setelah tinggal di kota tujuannya, beliau memimpikan Rasulullah SAW yang mengisyaratkan untuk kembali ke Madinah. Maka beliau pun kembali ke Madinah.

Setibanya di Madinah, disambut oleh sayyidina Abu Bakar Shiddiq ra dan memintanya untuk kembali menjadi muadzin di kota Madinah sebagaimana dulu ia azan untuk Nabi SAW. Beliau menolak, seraya berkata

“Tidak akan saya azan selain untuk Nabi SAW,”

Sayyidina Umar ra pun memaksa dan Bilal menolak. Sayyidina Usman dan Sayyidina Ali ra memaksa dan beliau masih menolak.

Maka pulanglah Sayyidina Ali dan membisikkan kepada kedua anaknya, Sayyidina Al-Hasan dan Al-Husain, untuk meminta Bilal azan di Madinah. Maka ketika sayyidina Al-Hasan dan Al-Husain meminta Bilal untuk azan, beliau berkata,

“Bagaimana saya menolak permintaan yang disampaikan dari lisan yang pernah dikecup Nabi SAW.”

Datang waktu solat. Bilal naik ke atas masjid, lalu mengumandangkan:

ALLAHU AKBAR
ALLAHU AKBAR

Sebahagian sahabat di Madinah yang tidak mengetahui kedatangan Bilal tersentak kaget, lalu bergembira, seakan terbangun dari mimpinya,

“Ada Bilal bererti ada Nabi SAW,” mengharap wafat Nabi SAW cuma mimpi.

ALLAHU AKBAR
ALLAHU AKBAR

Bergegas seluruh penduduk Madinah. Mereka keluar dari rumah mereka dengan hati bergetar penuh kerinduan.

ASYHADU ALLAA ILAAHA ILLALLAAH

Mereka menuju masjid Nabi SAW, melihat Bilal.

ASYHADU ALLAA ILAAHA ILLALLAAH

mencari Rasulullah SAW
dimana…?
mana…?

ASYHADU ANNA MUHAMMADAR RASULULLAH

Gemuruh esak tangisan kesedihan kerinduan para sahabat di kota Madinah. Bilal pengsan, tak meneruskan azannya.

Yaa Muhammad…!
hanya Bilal….
Mana Muhammad SAW…?

Di hati mereka, para sahabat, selalu hidup menyinari hati dan keimanan mereka dan di hati para solihin, pencinta Muhammad SAW, bahkan selalu bersama mereka tak terpisahkan.

seruan cinta dari pencipta

شوقي إلى دار الحبيب محمد شوق تمكن في الحشا وتكتما
دار حوت نعم الإله جميعها مذ فيهـا خير عبد قد نمـا

Rinduku pada daar Muhammad SAW
rindu yang tersimpan dan terpendam di hati
daar tempat terkumpulnya seluruh nikmat Allah
karena telah tinggal di dalamnya hamba terbaik dan tersuci
(Syair Al-Habib Ali bin Muhammad Al-Habsyi)

sumber : klik sini

iman's note : Subhanallah. Bergetar rasa hati tatkala menamatkan bacaan cerita ini. Terasa esak tangisnya waktu ini. Yang pasti sedang merinduiNya.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

**imannurbalqis**

Read more

...MELAYU tinggalan Usman Awang...

Dato' Usman Awang (12 Julai 1929 - 29 November 2001) adalah seorang Sasterawan Negara Malaysia yang dikurniakan gelaran tersebut pada tahun 1983. Terkenal dengan nama penanya Tongkat Warrant, beliau adalah seorang penyair dan ahli drama yang prolifik ketika hayatnya. Usman Awang juga dikenali dengan nama Adi Jaya, Amir, Atma Jiwa, Manis, Pengarang Muda, Rose Murni, Setiabudi, U.A., Zaini dan mungkin lain-lain. Dalam tahun 1991, beliau telah di anugerahi Darjah Kebesaran Dato’ Paduka oleh Sultan Perak Darul Ridzuan yang membawa gelaran Dato’. Pada tanggal 29 November 2001, pada bulan Ramadhan, beliau meninggal dunia setelah lama menghidap penyakit jantung. Beliau ketika itu berusia 72 tahun.


Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut
Biar mati adat
jangan mati anak
Dalam sejarahnya

Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali

Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri

Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
tak dapat tanduk telinga dijinjing

Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selaga yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
anak di pangkuan mati kebuluran”

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu ?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
memiliki ekonomi mencipta budaya

Menjadi tuan di negara Merdeka!

iman's note : Melayu takkan kenal siapa dirinya sekiranya masih di takuk yang lama. Hanya goncang pada bicaranya namun tindakan masih berkira-kira. Panduannya ada, sudah lama tersedia. Hanya tinggal melaksanakannya sahaja. Terima kasih, ya ALLAH.

**imannurbalqis**

Read more

...NOTA semester 2/2011...

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera buat semua pembaca laman ini. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT atas kurniaan nikmat iman dan Islam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Selamat kembali ke kampus kepada semua pelatih guru IPG Kampus Perempuan Melayu khususnya dan IPGM umumnya. Selamat datang juga ana ucapkan buat bakal pelatih-pelatih guru yang akan mendaftar di kampus-kampus Institut Pendidikan Guru di seluruh Malaysia.

bergelar pelatih guru semester akhir

Sedar atau tidak kita sudah tamat cuti semester 1/2011 bagi pengajian tahun ini. Alhamdulillah, kita juga masih diberikan kesempatan untuk meneruskan pengajian sebagai pelatih guru dalam merealisasikan cita-cita sebagai seorang pendidik. Rasa terlalu singkat tempoh yang ana lalui sebagai seorang pelatih guru sepanjang 5 tahun setengah (11 semester) di Kampus Perempuan Melayu. Syukur kepada ALLAH s.w.t kerana akhirnya ana berjaya memegang gelaran pelatih guru semester akhir. Di kesempatan yang ada ini, ana ingin mengajak sahabat-sahabat sekalian sama-sama bermuhasabah diri kembali adakah kita benar-benar telah menggunakan masa yang telah diamanahkan oleh Allah kepada kita dengan sebaik mungkin dan sejauh mana kita telah mengoptimumkan masa yang ada dalam menimba ilmu pengetahuan dalam erti kata proses menuntut ilmu Allah yang Maha luas ini.

“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat-menasihati supaya menepati kesabaran” (Surah Al-Asr:1-3)

Pembaca-pembaca yang dirahmati Allah sekalian, sama-sama kita perbetulkan kembali niat dalam menuntut ilmu. Perjalanan kehidupan kita dalam pencarian ilmu bukan sekadar bermatlamatkan untuk memperoleh segulung ijazah, memegang gelaran penjawat awam dan mengejar pangkat yang tinggi. Malah ada sesetengah yang berpendapat bahawa proses pembelajaran tamat setelah berjaya menggenggam segulung ijazah. Hakikatnya, niat menuntut ilmu tidak lain tidak bukan adalah untuk mencari redha dan rahmat ALLAH s.w.t.

Berbekalkan kekuatan dan keazaman kejayaan Nabi Muhammad SAW dalam menyebarkan Islam seluruh pelusuk dunia, perlunya kita meletakkan bahawa usaha untuk berjaya dalam pengajian ini yang juga merupakan jalan dakwah kita. Ilmu pengetahuan sangat penting dalam kehidupan lebih-lebih lagi kita selaku pelatih guru Islam. Jelasnya dalam pandangan Islam sendiri, sangat mengangkat darjat orang yang berilmu dan sentiasa berusaha menuntut ilmu Allah yang sangat luas. Berusahalah bersungguh-sungguh dalam mencapai kecemerlangan dalam pengajian agar kita tidak menjadikan pengajian di kampus sebagai fitnah dalam perjuangan Islam.

ilmu manusia diibaratkan setitis air di lautan berbanding ilmu ALLAH s.w.t

Lantaran itu, di kesempatan yang masih ada ini, ana ingin mengucapkan selamat meneruskan pengajian kepada seluruh warga IPG KPM dan kampus-kampus yang lain. Tidak dilupakan juga pada sahabat-sahabat pelatih guru tahun akhir, gunakanlah masa yang ada dengan sebaiknya dalam pembinaan jati diri sebenar seorang pendidik. Tingkatkan momentum usaha kita di samping pergantungan kepada ALLAH s.w.t dalam menamatkan perjalanan sebagai pelatih guru tahun akhir di IPGM. Panjatkanlah doa kepada ALLAH s.w.t agar dipermudahkan segala urusan semasa dan selepas pengajian agar segala perkara yang dilakukan mendapat berkat dari ALLAH s.w.t. Ketahuilah, sesungguhnya perjalanan kita bukan hanya terhenti setakat ini dan sia-sia semata. Malahan, segalanya akan dijadikan bahan bukti untuk timbangan mizan di akhirat kelak.

“Barangsiapa yang inginkan dunia maka dia perlu berilmu, barangsiapa yang inginkan akhirat maka dia perlu berilmu dan barangsiapa yang inginkan kedua-duanya maka hendaklah dia perlu berilmu.”

Akhir kalam, ketahuilah bahawasanya ilmu itu pembimbing dalam kita mengharungi kehidupan seharian. Tuntutlah ilmu, sesungguhnya menuntut ilmu adalah pendekatan diri kepada ALLAH s.w.t dan mengajarkannya kepada orang yang tidak mengetahuinya adalah sedakah. Sesungguhnya ilmu pengetahuan menempatkan orangnya dalam kedudukan terhormat dan mulia (tinggi). Ilmu pengetahuan adalah keindahan bagi ahlinya di dunia dan di akhirat.

iman's note : Esok, mula berkhidmat sebagai ketua unit PISMP Sains Januari 2008, IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka.

**imannurbalqis**

Read more

...iklan 2...



iman's note : indahnya pelangi petang. SUBHANALLAH~

**imannurbalqis**

Read more

...indahnya penciptaan WANITA...

“Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan.”

“Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya.”

“Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.”

“Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya.”

“Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya.”

“Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu.”

“Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan.”

“Kau tahu: Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada.”


iman's note : indahnya andai wanita itu sendiri menyedari keindahan yang ada padanya perlu dipelihara dengan sebaiknya. Renunglah dengan mata hati dalam menyelami ciptaan ILLAHI.

**imannurbalqis**

Read more

...Edisi Khas : NISA' KPM...

Tajuk : Pendidik – Penting dan Beruntung.
Penulis : Norzarina bt Kamarudin (PISMP Sains Jan 2008)
[Didedikasikan kepada insan-insan yang pernah mendidik saya sehingga ke hari ini, semua warga pendidik IPG KPM dan tidak dilupakan bakal pendidik keluaran IPG KPM]

jadi cikgu seni

Saban tahun kita menyambut Hari Guru iaitu pada 16 Mei. Tidak kiralah di peringkat sekolah, institusi mahupun kementerian, warga pendidik diraikan. Wajaran warga pendidik diingati dan dihargai adalah kerana sumbangannya pada pendidikan negara. Lantaran itu, “Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara” merupakan tema yang dipilih bagi sambutan Hari Guru kali ini. Satu tema yang memberi gambaran bahawa guru berperanan penting dalam menjana perubahan pendidikan di Malaysia khususnya. Tema ini turut memberi satu kepercayaan bahawa pelopor-pelopor profesion pendidikan merupakan pemain utama dalam menjana modal insan yang gemilang. Hal ini kerana profesion ini merupakan satu-satunya profesion yang terasnya merupakan pembentukkan manusia. Malahan, bidang pendidikan berperanan penting dalam menyediakan negara dengan modal insan berkualiti iaitu memiliki sahsiah terpuji, berkemahiran tinggi, serta mampu berfikir secara kreatif dan kritis khususnya untuk mengisi arus pemodenan menuju Wawasan 2020. Harta paling berharga bagi sebuah negara adalah memiliki warga berkualiti yang disifatkan sebagai modal insan bagi memacu kegemilangan negara pada masa akan datang. Cabaran pembinaan modal insan juga terletak sebahagian besarnya di bahu pendidik yang terbabit dengan dunia pendidikan dan latihan dalam mengembangkan potensi, bakat dan kualiti generasi muda.

khusyuknya murid-murid 1 Berlian

Lantaran itu, kita sebagai bakal pendidik turut merasai betapa besarnya peranan seorang pendidik dalam pembentukkan generasi peneraju negara masa hadapan. Ini dapat dikesan menerusi matlamat, visi dan misi Institut Pendidikan Guru (IPG) dalam menetapkan kayu ukur produk guru yang akan dihasilkan. Dalam mendepani cabaran pendidikan masa hadapan, bakal-bakal pendidik seharusnya mengambil inisiatif dalam memperkembangkan potensi diri ke arah yang lebih baik dan positif. Seharusnya, seorang pendidik perlu berfikiran glokal dengan mengadunkan aspek tempatan dengan kepelbagaian entiti dunia yang berlaku begitu pantas dengan pelbagai karenah yang harus dibendung secara lebih bijak dan berhati-hati. Bakal pendidik masa kini harus melihat kurikulum pendidikan secara dinamik. Selain itu, kita seharusnya bijak mentafsir kurikulum yang menjadi wahana penyampaian ilmu. Bagi masyarakat, kurikulum di sekolah yang menjadi intipati utama dalam pembentukkan generasi negara masa hadapan. Ini bertepatan denga Falsafah Pendidikan Negara iaitu "Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangankan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. ".

wah, ada nota tambahan pada tugasan yang diberikan (2 Delima)

Dunia hari ini membayangkan bahawa kerjaya guru semakin tidak digemari dan diletakkan sebagai pilihan yang terakhir apabila tiada peluang lain. Di sebalik persepsi itu, bakal-bakal pendidik harus sedar bahawa warga pendidik merupakan harapan utama bagi memastikan pembentukan jati diri anak didik yang kukuh, berdaya saing, berkeyakinan tinggi dan berpegang teguh kepada agama dan nilai sejagat. Pelajar-pelajar yang dididik akan menjadi warganegara yang berfikiran global dengan tidak mengetepikan nilai-nilai agama dan identiti diri yang sebenar justeru mampu bersaing dengan kepesatan dan 'kesesakan' dunia luar. Ini disokong berdasarkan apa yang dinyatakan dalam kitab karangan Imam Al-Ghazali yang begitu hebat pengaruhnya iaitu Ihya Ulum Al-Din dan Mizanul Amal iaitu “Wajib membetulkan niat murid-murid, maka wajib juga membetulkan niat guru, bahkan itu adalah lebih penting kerana ibadat mengajar lebih mulia daripada ibadat belajar.” lnsan yang berkemahiran dan berakhlak mulia adalah insan yang diharapkan mampu memanfaatkan ciptaan Allah untuk kepentingan manusia sejagat. Pada hakikatnya kecemerlangan sahsiah manusia adalah berasaskan kepada kesepaduan ilmu, amal dan iman. Tuntasnya, warga pendidik memainkan peranan yang utama lagi mulia dalam memindahkan dan mentransformasikan ilmu yang baik, meninggikan adab serta sikap murni yang diredhai Allah, memberi petunjuk ke arah jalan yang benar dan sebagai pemudahcara proses pembelajaran kepada anak didiknya.

sewaktu sesi pengajaran berpasangan (5 Delima)

Justeru itu, bakal-bakal pendidik perlu sedar bahawa profesion yang dipilih ini mempunyai kepentingan yang tiada tolok bandingnya. Diriwayatkan dari Abu Darda’, Rasullah SAW bersabda yang bermaksud : “Manusia itu terbahagi kepada dua golongan. Pertama yang mengajar. Kedua, orang yang belajar, kemudian tiada yang lebih baik setelah itu (daripada keduanya).” [Riwayat Imam Darumi] Jika masih ada antara kita yang ragu dalam meneruskan profesion ini, maka kita termasuk dalam kalangan orang yang amat rugi. Hal ini kerana, kerjaya guru merupakan kerjaya yang paling beruntung kerana memperoleh dua keberuntungan dalam satu matlamat. Pertama, semasa di dunia kita dibayar gaji, dinaikkan pangkat, menerima anugerah dan dihormati oleh anak didik kita. Kedua, apabila kita bertemu ALLAH nanti kerana diberi ganjaran yang tiada tolok bandingnya, insyaALLAH dengan syarat kita sentiasa mengikhlaskan hati di dalam menyampaikan ilmu kepada anak didik kita semata-mata kerana ALLAH. Oleh itu, yakin dan percayalah bahawa profesion perguruan ini adalah profesion menguntungkan, biarpun kita tidak sekaya mana semasa di dunia ini. Namun, kita adalah insan-insan yang beruntung.

baiknya anak murid teacher

Rasullah SAW bersabda yang bermaksud : “Apabila meninggal dunia seseorang anak Adam, maka terputuslah semua amalannya kecuali tiga perkara iaitu, sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang sentiasa mendoakan kedua ibu bapanya.” [Riwayat Imam Bukhari]. Perkataan ilmu yang bermanfaat itu termasuklah ilmu yang dicurahkan kepada anak didiknya. Betapa untungnya, sekiranya guru-guru yang telah mengajar lebih 20 tahun, jumlah pelajarnya telah mencecah ribuan malahan lebih daripada itu. Sudah tentu besar ganjaran yang bakal diterima kelak. Seperti yang digambarkan dalam sajak “Guru O Guru” hasil karya Usaman Awang dalam rangkap :

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

bersantai di lantai

Imam Ghazali pernah menyebut : “Sesiapa yang memperoleh ilmu kemudian memanfaatkan dan diajarnya kepada orang lain, diumpamakan seperti matahari yang bersinar dan menyinari orang lain. Ia juga laksana kasturi yang mengharumkan dan ia sendiri harum.” Ketahuilah bakal-bakal pendidik sekalian, selagi masih ada bakal-bakal pendidik atau warga pendidik yang masih merungut, mengeluh, berkira dan mempertikaikan setiap apa yang dilakukan tanpa ada rasionalnya, adakah tema “Guru Penjana Transformasi Negara” bertepatan? Jika kita bakal-bakal guru masih lagi sterotaip menyatakan kerja guru hanyalah sehingga 1.30 petang, adakah tema “Guru Penjana Transformasi Negara” itu mapan? Selagi masih ada dalam kalangan kita mempertikaikan hasil usaha dengan ganjaran yang diterima, apakah kita akan terus mengecapi nikmat dalam mendepani arus pendidikan masa kini? Ingatlah, selagi mana kita sebagai bakal-bakal guru tidak melakukan anjakan paradigma dalam pembentukkan sahsiah diri, pemikiran dan tindakan ke arah yang lebih positif, maka tempanglah transformasi negara yang ingin dikecapi. Sama-samalah kita koreksi diri dan lakukan perubahan dalam mengecapi erti kata sebenar “Guru Penjana Trasformasi Negara.”

nota terakhir buat 4 Berlian

iman's note : artikel yang dikeluarkan dalam keluaran buletin Nisa' Khas pada Sambutan Hari Guru peringkat Kampus Perempuan Melayu yang lalu. Teringin juga nak tulis artikel untuk keluaran majalah-majalah di pasaran.

**imannurbalqis**

Read more

...al-Mujahid...

"Aku mampu membayangkan al-mujahid itu sebagai seorang lelaki yang sentiasa membuat persiapan, menyediakan bekalan, berupaya menguasai fikiran yang memenuhi setiap sudut jiwa dan segenap jurusan hatinya. Dia sentiasa berfikir dan menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap persiapan yang terus menerus. Apabila diseru dia menyahut. Apabila dipanggil dia menjawab. Pulang dan perginya, perkataan dan bicaranya,kesungguhan dan gurauannya tidak melampaui bidang yang disediakan untuknya. Dia tidak mengambil tugas selain daripada yang telah diletak atau dituntut ke atasnya. Dia berjihad di jalannya. Kamu dapat membaca di garis wajahnya, melihat pada kilauan matanya dan mendengar pada gerakan lidahnya segala yang bergelora dalam hatinya berupa hawa yang melekat, kesakitan yang terpendam, keazaman yang benar, kesungguhan, cita-cita yang tinggi dan matlamat yang jauh sentiasa memenuhi jiwanya" (As-shahid Imam Hassan Al-Banna)


iman's note : "Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan" (Syed Qutb)

**imannurbalqis**

Read more

...6.6.2011...

Di saat cinta menyemai rasa di jiwa

Menghiasi hidup indah kan masa

Luluhkan dengki menghapuskan benci


Kala cahaya-Nya

Membuka mata yang terlena

Sedarkan dari nafsu akan dunia

Rasa yang fana dan maya semata


Kan ku ungkap rasa yang terindah

Tentang berkembangnya cinta

Yang semerbak wangi dalam jiwa

Yang kekal abadi selamaya


Hanyalah untuk ALLAH

Kan kupersembahkan

Cinta tertinggi dan termurni

Yang tumbuh dalam nurani


Hanyalah untuk ALLAH

Kan kusandarkan

Segala pengharapan dan doa

Beri daku cahaya-Mu


Hanya Pada ALLAH kusandarkan

Hanya Pada ALLAH kudoakan

Hanya Pada ALLAH kuharapkan



iman's note : Mencari keredhaan dan kebahagiaan dunia dan akhirat. Selamat Hari Lahir buat Nendaku : Che Som bt Abdul Ghani yang ke-70. Selamat Ulang Tahun Pernikahan buat Pak Cik dan Mak Cik.

**imannurbalqis**

Read more

...kembara Rejab : berjiwa BESAR...

Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera buat semua insan yang membaca entry ini. Selawat dan salam ke atas rasul junjungan mulia Muhammad Salallahu 'Alaihi Wassalam. Alhamdulillah syukur kita ke hadrat Allah s.a.w kerana dengan izin dan limpah kurniaanNya masih lagi diberi nikmat yang terbesar sekali dalam hidup kita iaitu nikmat Islam dan Iman, insya'Allah. Semoga setiap hati orang-orang mukmin itu ditautkan dengan hikmah berlapang dada, insya'Allah.

Hari-hari cuti terus berlalu dan alhamdulillah, kesibukkan dengan kerja rumah membuatkan ana tidak berasa bosan untuk berada di rumah. Malahan, tidak cukup tangan untuk menyelesaikan segala tugasan. Tidak kira sebagai seorang anak, pelatih guru tahun akhir dan juga sahabat. Ana mohon maaf atas beberapa perkara yang tidak dapat ana selesaikan buat masa sekarang. InsyaALLAH, akan cuba menyelesaikannya dengan seberapa segera. Namun, ana bersyukur pada ALLAH s.w.t kerana masih lagi memberi sedikit ruang untuk ana mencoretkan entry pertama bagi bulan Jun dan Rejab ini sementara menyelesaikan urusan membantu kenduri di rumah saudara. Biasalah kalau waktu cuti-cuti sekolah ini merupakan hari dapur tidak berasap. Makan lauk kenduri hari-hari. Sonang kojo den. (^_^) Bukan makna ana malas tapi boleh mengurangkan kadar kepenatan ana. Kat rumah tinggal ana jea yang perempuan. Adik perempuan ana dah daftar matric dan yang lagi seorang ada perkampungan ilmu di sekolah. Jadi, dari pagi sampai malam ada jea keje yang tak sudah-sudah. Nama pun keje kan jadi mana ada yang sudah.

Tadi, lepas habis mesin semua lada kering untuk kenduri kahwin esok ada seorang nenek tegur ana. Nenek tu tepuk ana dari belakang, pastu cakap macam ni, "Bosar jiwo kau, Na." Ana begitu pelik. Pastu tanya semula pada nenek tu. "Kenapo lak wan cakap macam tu?" Nenek tu jawab balik, "Kuat semangat ko." Ana senyum jea sambil jawab, "Tak bosar mano pun wan, tak kuat mano pun sayo ni." Itu cerita tadi. Cerita kini, siapa sebenarnya berjiwa besar? siapa yang kuat semangat? Ramai yang sejak akhir-akhir ini kata dirinya bukan berjiwa besar. Termasuklah yang menulis entry ini. Namun, kita masih bolehkan belajar untuk jadi berjiwa besar.

"Hanya manusia yang berjiwa besar saja dapat menggunakan kesakitannya itu sebagai guru yang mengasuh jiwa dan mengilhamkan fikiran yang sihat dan pengertian yang mendalam terhadap hidup."

Orang yang berjiwa besar akan menunjukkan dia adalah manusia biasa yang tak pernah luput dari kelemahan dan kesalahan, belajar untuk mengakui kelemahan dan kesalahan kita, berani menghadapi realiti walaupun itu sangat memalukan baginya kerana kondisi tertentu, memaafkan kesalahan orang lain, belajar dari kelemahan dan kesalahan itu sendiri serta tidak pernah menghakimi orang lain. Ini telah tersingkap dalam lembaran sirah Rasullah s.a.w di mana ketika itu,

Lelaki itu terus berlari bersama sahabatnya untuk menghindari lemparan dan amukan. Ratusan batu sebesar kepalan tangan menerjang, diiringi cacian dan hinaan yang menghina. Tubuh terluka, kaki-kaki penuh darah. Bukan hanya Zaid yang ingin menangis menyaksikan perlakuan Bani Thaif itu kepada Rasulullah, tetapi juga alam semesta.

Sungguh memilukannya peristiwa itu hingga malaikat Jibril dan malaikat penjaga gunung datang menghampiri Nabi Muhammad. Ekspresi amarah semesta diwakili oleh ucapan malaikat penjaga gunung,"Perintahkanlah aku ! Seandainya engkau menghendaki kedua bukit ini dihimpitkan kepada mereka, niscaya akan aku lakukan dengan segera !"

Tapi Rasulullah menjawab dengan jawapan yang tak akan diberikan oleh manusia biasa apabila dalam keadaan demikian. Rasulullah menjawab seluruh penghinaan, perlakuan, dan siksaan Bani Thaif itu dengan doa, "Allahummahdii qawmii fainnahum laa ya'lamuun." (Ya ALLAH, berilah hidayah kepada kaumku ini kerana mereka masih juga belum faham tentang erti Islam)

Bahkan Rasulullah juga mendoakan agar keturunan mereka nanti akan menyembah ALLAH semata dan tak mempersekutukanNya dengan apa pun. Sejarah kemudian membuktikan, beberapa tahun selepas peristiwa itu terjadi, para pejuang Islam dari Thaif terkenal dengan keberaniannya di medan-medan jihad menegakkan agama ALLAH. MasyaALLAH, sungguh besar jiwa Rasullah s.a.w.

berkorban dalam memberi tahu dan membina faham

Sebagai manusia kita semua memiliki ego tetapi kita boleh belajar meminimakan ego tersebut dengan berjiwa besar dan mengalah. Berjiwa besar dan mengalah bukan bererti kita kalah, tapi dari situ akan menunjukkan seberapa besar kedewasaan kita dalam bersikap. Mengalah juga bukan bererti kita lemah tapi dengan mengalah akan tercermin betapa besar kesabaran dan ketabahan kita dalam menjalani hidup ini. Dan hanya dengan kesabaran, ketekunan, ketabahan, berjiwa besar, kita mampu menjalani kehidupan ini dengan tenang.

Kebesaran jiwa ini dimiliki Umar bin Khattab ketika beliau memikul sendiri sekarung gandum pada malam hari demi rakyatnya yang kelaparan. Keredhaan beliau ketika dikritik dengan kritikan yang memerahkan telinga oleh seorang perempuan di khalayak ramai. Beliau juga seorang pemimpin yang di tangannya Islam berkembang secara cepat. Asalnya agama kecil di kota Mekkah menjadi salah satu kekuatan dunia menyaingi Rom dan Parsi. Umar juga merupakan pemimpin besar yang jauh lebih pandai daripada Julius Caesar, Charlemagne, bahkan Alexander the Great.

Kebesaran jiwa ini juga dimiliki oleh seorang Mujahid perang berkaliber, Salahuddin Al Ayyubi ketika membebaskan Palestin (Jerusalem). Ketika beliau menakluk Jerusalem dalam keadaan menang, beliau tak membalas dendam terhadap pasukan salib yang dulu menzalimi kaum muslimin. Beruntungnya punya jiwa besar. Sabarnya buat orang merasai indahnya Islam.

Kebesaran jiwa itu adalah pilihan. Kebesaran jiwa itu adalah keteduhan perasaan ketika segalanya menjadi panas dengan nafsu amarah. Kebesaran jiwa itu adalah ketenangan saat semuanya menjadi rumit. Kebesaran jiwa adalah saat benci yang menggunung berubah menjadi kasih sayang, saat kekerasan menjadi kelembutan. Bahkan, kebesaran jiwa bukanlah kelemahan, kekalahan apalagi kebencian. Kebesaran jiwa adalah perpaduan, keberanian, kekuatan, kasih sayang dan kemaafan.

Pembinaan jiwa besar bukan mudah tapi tidak mustahil. No matter how wonderful our dreams, how noble our ideals, or how high our hopes, we need courage to make them a reality.


iman's note : Belum lagi layak untuk menerima pengiktirafan sebagai seorang berjiwa besar. Man ana? Hanya ana yang mengenali diri yang serba dhaif ini.

**imannurbalqis**

Read more

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails