.::I'M ONLY SERVANT OF ALLAH::.

"Di perhentian terakhir itulah manusia akan hidup berkekalan sama ada dengan limpahan NIKMAT selama-lamanya atau menghadapi AZAB, juga selama-lamanya. Sebelum tiba di titik pengakhiran itu, manusia akan terus mengembara..."

...JALINAN UKHUWAH...

...MELAKAR PELANGI...

Daisypath Anniversary tickers

...KEEP IN MEMORY...

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

PERMATA HATI UMMI ABI

Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

...Keputusan PMR 2009...

Salam buat semua pembaca blog ana...diharapkan semuanya berada dalam rahmat ALLAH s.w.t...semalam, seperti semua sedia maklum keputusan PMR 2009 telah diumumkan...adik ana salah seorang yang beratur ambik keputusan di sekolah...alhamdulillah...semua berjalan dengan lancar...TAHNIAH!!!tingkatkan lagi usaha...ana terpanggil untuk sama2 kita lihat semula peningkatan keputusan PMR walaupun ana bakal guru sekolah rendah...

Bilangan calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini mendapat A dalam semua subjek meningkat 1,810 atau 0.41 peratus kepada 28,188 berbanding 26,378 tahun lalu.



Ketika mengumumkan analisis keputusan peperiksaan itu di Putrajaya, Khamis, Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata Gred Purata Nasional (GPN) pada tahun ini ialah 2.83 berbanding 2.78 tahun sebelumnya.

Beliau berkata calon luar bandar yang mendapat semua A ialah 4,775 berbanding 4,345 pada 2008 manakala 87,936 pelajar melepasi tahap minimum (A,B,C,D) berbanding 88,565 tahun sebelumnya.

"Pelajar yang mendapat semua E pula adalah 123 orang daripada 159 pada tahun lepas," katanya.

Pencapaian cemerlang seorang pelajar orang kurang upaya (OKU)) mendapat 7A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) mengejutkan pengetua Sekolah Menengah Pendidikan Khas Cacat Penglihatan di Setapak, Kuala Lumpur - Khamis.

"Saya terkejut kerana inilah pertama kali pencapaian akademik pelajar meningkat sehinggakan seorang pelajar istimewa tahun ini mendapat A dalam semua mata pelajaran," kata pengetua sekolah berkenaan Che Fatimah Che Abdullah

Hanson Ang Ping Ting berjaya mendapat 7A manakala dua yang lain, Tan Ee Beng dan Mohammad Razlan Ibrahim Mukhtar, masing-masing mendapat keputusan 6A.



Ang, yang berada di Seremban bersama keluarganya, telah menghubungi sekolah dengan telefon untuk mendapat keputusannya.

Che Fatimah turut bergembira kerana 13 daripada keseluruhan 20 pelajar sekolah tersebut yang mengambil PMR tahun ini mencatat kejayaan cemerlang, sekaligus menaikkan pencapaian kecemerlangan sekolah itu kepada 60 peratus berbanding 38.5 peratus pada tahun lepas.

"Usaha guru yang gigih dan komited perlu ada untuk mengajar pelajar istimewa kerana mereka memerlukan perhatian yang lebih berbanding pelajar normal," kata Che Fatimah.

Masya Allah.. begitulah kuasa Allah. Para hamba-Nya yang lemah.. dibangkitkan, dipermudahkan menerima ilmu dan dinaikkan darjat mereka.. Satu bentuk sindiran Yang Maha Gagah Perkasa kepada para hamba-Nya yang lain - lengkap fizikal tetapi tidak berkat ilmunya. Na'udzubillahi min dzalik.



Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: ‘Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun’. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk. (al-Baqarah: 155 – 157)

**imannurbalqis**

Read more

...apakah Benar Engkau PEJUANG...

Sempena MAAL HIJRAH nie, ana hadiahkan lirik lagu nie pada semua pembaca blog ana..sama2 kita koreksi diri...Marilah kita menghayati lirik lagu Apakah Benar Engkau Pejuang dari Qatrunnada :

Engkau ingin berjuang
tapi tidak mampu menerima ujian
Engkau ingin berjuang
tapi rosak oleh pujian
Engkau ingin berjuang
tapi tidak sepenuhnya
menerima pimpinan

Engkau ingin berjuang
tapi tidak begitu setia kawan
Engkau ingin berjuang
tapi tidak sanggup berkorban
Engkau ingin berjuang
tapi ingin jadi pemimpin
Engkau ingin berjuang
menjadi pengikut agak segan

Engkau ingin berjuang
tolak ansur tidak engkau amalkan
Engkau ingin berjuang
tapi tidak sanggup terima cabaran
Engkau ingin berjuang
kesihatan dan kerehatan
tidak sanggup engkau korbankan

Engkau ingin berjuang
tapi tidak mampu menerima ujian
Engkau ingin berjuang
tapi rosak oleh pujian
Engkau ingin berjuang
tapi tidak sepenuhnya
menerima pimpinan

Engkau ingin berjuang
masa tidak sanggup engkau luangkan
Engkau ingin berjuang
karenah isteri tidak engkau tahan
Engkau ingin berjuang
rumah tangga lintang pukang
Engkau ingin berjuang
diri engkau tidak engkau tingkatkan

Engkau ingin berjuang
disiplin diri engkau abaikan
Engkau ingin berjuang
janji kurang engkau tunaikan
Engkau ingin berjuang
kasih sayang engkau cuaikan
Engkau ingin berjuang
tetamu engkau abaikan

Engkau ingin berjuang
anak isteri engkau lupakan
Engkau ingin berjuang
ilmu berjuang engkau tinggalkan
Engkau ingin berjuang
kekasaran dan kekerasan engkau amalkan

Engkau ingin berjuang
pandangan tidak diselaraskan
Engkau ingin berjuang
rasa bertuhan engkau abaikan
Engkau ingin berjuang
iman dan taqwa engkau lupakan

Yang sebenarnya apa yang engkau
hendak perjuangkan??




‘people cannot gain anything without sacrifice something’

**imannurbalqis**

Read more

...HIJRAH : towards a MEANINGFUL life...

Salam alaik buat semua pembaca blog ana...maaf xsempat nak letak post nie sewaktu 1 Muharam 1431H yang dah lepas...salam maal hijrah...moga kita sama2 dapat membuat 1 anjakan paradigma daripada yang kurang baik kepada yang baik-yang baik kepada yang lebih baik...DISEBUT di dalam al-Quran (al-Ra’du (13):11): ”Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum berkenaan berusaha mengubah nasib mereka”....lakukan penghijrahan supaya ada kenangan yang terindah dalam perjalanan kita sebagai seorang hamba ALLAH....

Sabda nabi SAW: Sesiapa yang ingin rezekinya dilapangkan Allah atau ingin usianya dipanjangkan, maka hendaklah dia menghubungkan silaturrahim.



Sabda nabi SAW: Malam itu panjang jangan kamu pendekkan dengan banyakkan tidur. siang itu terang, janganlah kamu kamu gelapkan dengan dosa.

**imannurbalqis**

Read more

...kuasa OTAK...

salam ukhuwah buat semua pembaca-pembaca entry blog ana...ana doakan antum semua sentiasa dibawah naungan rahmat ALLAH s.w.t...ana teringat ketika Program Orientasi Mahabbah (POM) di IPG ana untuk adik2 ambilan julai 2009...salah seorg jemputan adalah Ustaz Saari...kedatangannya bersama dengan zaujahnya, kak nurul mmg memberi impak yg berkesan kpd para peserta...ana nak berkongsi ttg otak WANITA vs otak LELAKI....slh 1 drpd slot utk mgelakkan tidur para peserta...subahanallah...

Terdapat pelbagai cara untuk menguji keunikan tubuh badan kita, di antara keunikan itu sudah tentulah otak manusia. Di bawah ini ada ujian yang menarik untuk dicuba bersama…

Ini adalah ujian masa yang ringkas, cuma lakukan dan jangan cuba menipu diri anda sendiri

Kira jumlah huruf F’s dalam perenggan dibawah
dalam masa 15 saat:

FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS

Dah selesai?

Scroll kebawah hanya apabila anda telah selesai
mengira!

OK?

berapa banyak?

Tiga? (Anda tentunya seorang lelaki!!!)



Sila baca sekali lagi!

FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS

Salah, sebenarnya terdapat 6, kira semula…

Sebab berlakunya perkara tersebut diterangkan
dibawah ini…

Otak LELAKI tidak memproses perkataan “OF”.

Keajaiban kejadian atau silap mata?

Sesiapa yang dapat mengira kesemua 6 F’s pada
permulaan ujian memiliki otak PEREMPUAN.

------------------------------------------------------------

cuba yang nie plk:
baca artikel di bawah. hanya 55 dari 100 orang sahaja yang membpunyai kelebihan membaca artikel ini



i cdnuolt blveiee taht I cluod aulaclty uesdnatnrd waht I was rdanieg.. The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it dseno't mtaetr in waht oerdr the ltteres in a wrod are, the olny iproamtnt tihng is taht the frsit and lsat ltteer be in the rghit pclae.
The rset can be a taotl mses and you can sitll raed it whotuit a pboerlm. Tihs is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the wrod as a wlohe. Azanmig huh? yaeh and I awlyas tghuhot slpeling was ipmorantt!

-----------------------------------------------------------------

Otak kita mempunyai tahap gelombang yang berbeza iaitu :

* Gelombang Minda Alpha
* Gelombang Minda Beta
* Gelombang Minda Gamma
* Gelombang Minda Delta
* Gelombang Minda Theta



Kuasa Gelombang Otak...Kesemua gelombang-gelombang ini memberikan hasil dan tindakan yang berlainan kepada otak dan juga diri kita. Apa yang menariknya, anda mampu untuk mengawal tingkah laku anda dan mutu kehidupan anda! Jadi, sekiranya anda tahu setiap fungsi gelombang di atas dan bagaimana untuk mengawalnya, anda cukup bertuah kerana anda yang mengawal minda anda, bukan emosi anda.

**imannurbalqis**

Read more

...jom belajar MATEMATIK...

salam buat semua pembaca entry ana...didoakan antum semua sentiasa dlm keredhaan ALLAH...hari ini kita akan belajar tentang matematik kehidupan...subjek baru...xde dalam snarai subject kat u mana2 pun...ada dalam entry nie sahaja...muhasabah kita bersama...



Hidup kita ibarat subjek matematik iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi. amalan yang baik hendaklah ditambahkan, segala perbuatan yang buruk dan dimurkai oleh Allah hendaklah ditolak atau dijauhkan, pahala amalan hendaklah digandakan dan masa yang ada hendaklah dibahagikan dengan sempurna agar kita tidak tergolong dalam golongan mereka yang rugi hidup di dunia dan akhirat. Apabila anda mula menyangka anda telah membuat satu pilihan yang salah dalam hidup anda dan terus menyangka kebahagian tidak akan anda kecapi kerana kesalahan membuat pilihan itu, selamanyalah anda tidak akan berasa bahagia``




-----------------------------------------------------------------------

Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Sekiranya kamu yakin kamu boleh menang sememangnya kamu boleh, tetapi jika kamu fikir kamu akan kalah sememangnya kamu berada dalam jalan menuju kekalahan. Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata; Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan; Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan; Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

**imannurbalqis**

Read more

...makan TEMPE boleh 'mandul'...

BOSTON: Lelaki mengamalkan diet sayur-sayuran berasaskan soya dinasihatkan mengurangkan pengambilan makanan itu apabila penyelidik mendapati ia berisiko menjejaskan kesuburan golongan itu dengan mengurangkan bilangan sperma.

Kajian mendedahkan, lelaki yang makan purata separuh makanan berasaskan soya menghasilkan bilangan sperma kurang berbanding mereka yang tidak memakannya. Di kalangan lelaki yang memiliki berat badan berlebihan atau obes, kesannya lebih nyata.



Kurang bilangan sperma diketahui menyukarkan lelaki menghamilkan isteri atau pasangannya.

Menurut penyelidik, bahan digelar isoflavones dalam soya yang menyerupai hormon seks wanita, oestrogen, dipercayai menjadi punca. Kajian ke atas haiwan mengaitkan pengambilan tinggi isoflavones dengan masalah ketidaksuburan.

Dalam kajian terbaru, penyelidik Amerika Syarikat mendapati lelaki yang mengamalkan pengambilan tinggi makanan berasaskan soya memiliki bilangan sperma jauh lebih sedikit berbanding lelaki yang tidak memakannya langsung.



Diketuai Dr Jorge Chavarro dari Jabatan Kesihatan Awam Harvard di Boston, mereka menyoal lelaki mengenai pengambilan 15 jenis makanan berasaskan soya. Ia termasuk tofu, tempe, sosej soya, burger, susu soya, keju, dadih dan ais krim, hasil soya seperti kacang panggang dan minuman.

Lelaki dalam kumpulan mengamalkan pengambilan paling tinggi diberi makanan berasaskan soya secara purata setengah hidangan sehari.

Kaitan antara pengambilan soya dan bilangan sperma lebih kuat di kalangan lelaki obes atau memiliki berat badan berlebihan, kerana tubuh mereka mengeluarkan lebih banyak oestrogen berbanding lelaki kurus, kata penyelidik. – Agensi

**imannurbalqis**

Read more

...warkah buat zaujku...

Assalamualaikum..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani,
Selawat dan salam buat utusan terakhirMu Nabi Muhammad SAW Kekasih Istimewa.



Salam Sejahtera buat bakal suamiku, moga Allah sentiasa merahmati dan memberkati dirimu yang tidak pernah kutemui, namun doaku tidak pernah putus mengiringi setiap langkahmu demi meraih keredhaanNya…

“Seindah perhiasan dunia adalah wanita yang solehah,”

Ku mulakan warkah ini dengan bait indah yang ditinggalkan Rasulullah S.A.W kepada seisi alam. Wanita solehah! Idaman semua muslimin di alam maya ini… Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang kita cintai, pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pandanganmu dan juga baitul muslim yang bakal dibina tika sampai saat itu, InsyaAllah.

Calon zaujku,

“Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu…”


Telah dinukilkan panduan sepanjang zaman, itulah lirikan utama buatmu memilih calon isteri. Tiap baris itu telah menjadi hafalanku sejak aku mengenali dunia baligh ini. Jika harta yang kau idamkan, ketahuilah diriku tidak punya apa-apa harta di dunia ini melainkan ilmu agama yang telah dititipkan buatku oleh umi dan abah. Tiada harta untuk kupersembahkan dalam taklik ijab kita nanti. Tiada harta sebagai jaminan bahawa kau akan menikmati sedikit kesenangan apabila ijab bersaksi telah dilafazkan. Hanya ketenangan yang mampu aku sediakan buatmu kerana aku pernah terbaca kata-kata …



“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨ (Ar-Rum: 21)

Jika keturunan yang mulia itu yang kau dambakan, ketahuilah jua aku hanyalah insan biasa di dunia ini. Umi dan abah telah menitipkan aku di bawah pengawasan Allah sebagai penjaga mutlak diriku. Namun apa yang pasti, aku adalah keturunan mulia, ayahanda Nabi Adam A.S dan bonda Hawa A.S, sama seperti mu. Ingin aku berkongsi lafaz sahih ini denganmu …

“…maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepadaNya. Jika Allah menolong kamu maka, tiada seseorangpun yang boleh menghalang kamu, dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan demikian)? dan ingatlah kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri…” (Ali Imran : 159-160)

Kecantikan, itulah pandangan pertama setiap insan. Malah aku meyakini bahawa kau juga tidak terlepas seperti insan yang lain. Ketahuilah, jika kecantikan itu yang kau inginkan daripada diriku, kau telah tersalah langkah. Tiada kecantikan yang tidak terbanding untuk kupertontonkan padamu. Telah aku hijabkan kecantikan diriku ini dengan amalan ketaatan kepada tuntutan agama yang kucintai. Kau hanya membuang masa jika kau menginginkan kecantikan lahiriah semata-mata.



Aku tidak menjanjikan aku mampu membahagiakan rumahtangga kita nanti, kerana aku memerlukan engkau untuk bersama-samaku menegakkan dakwah islamiyyah ini, dan aku merelakan diri ini menjadi penolongmu untuk membangunkan sebuah markas dakwah dan tarbiyyah ke arah jihad hambaNya kepada Penciptanya yang agung. Melalui pencarian ilmu agama bersama, marilah kita jadikan pernikahan ini sebagai risalah demi meneruskan perjuangan Islam. Aku masih kekurangan ilmu agama, tetapi berbekalkan ilmu agama yang telah dibekalkan ini, aku ingin menjadi isteri yang sentiasa mendapat keredhaan Allah dan suamiku untuk memudahkan aku membentuk usrah muslim antara aku, kau dan anak-anak kita untuk dibaiahkan dengan ketaatan kepada Allah Yang Maha Esa. Aku bercita-cita bergelar pendamping solehah, seperti mana yang dijanjikan Rasul,

“Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air kemukanya.” (Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih)

Renungilah FirmanNya ini, lalu kau akan tahu hakikat diriku dan dirimu dipertemukan oleh Allah atas namanya pertemuan dan jodoh.

“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.” (An Nisaa’ : 1)

Calon Suamiku yang dirahmati,

“Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka”.(An-Nissa’:34)

Membenarkan seperti apa yang telah Dia katakan dalam QalamNya yang mulia, aku meyakini bahawa engkau adalah pemimpin untukku dan anak-anak pewaris kejihadan Islam yang bakal lahir. Jadikanlah pernikahan ini sebagai asas pembangunan iman dan bukannya untuk memuaskan bisikan syaitan yang menjadikan ikatan pernikahan sebagai tunjang nafsu semata-mata. Moga diriku dan dirimu sentiasa didampingi kerahmatan dan keredhaanNya. Lakukanlah tanggungjawabmu itu dengan syurga kesabaran, qanaah ketabahan moga kita akan menjadi salah satu daripada jemaah saf menuju ke syurga InsyaAllah…



Ingin aku berbicara mengenai pemberianmu kepadaku. Kau terlalu membimbangkan akan kehendak bersifat duniawi semata-mata. Benar? Ketahuilah, aku tidak menginginkan hantaran bersusun, mas kahwin yang hanya akan menyebabkan hatiku buta dalam menilai erti kita dipertemukan oleh Allah atas dasar agama. Cukuplah seandainya, maharku sebuah Qalam Mulia, Al-Quran, kerana aku meyakini Qalam itu mampu memimpin rumahtangga kita dalam meraih keredhaanNya bukan kekayaan dunia yang bersifat sementara. Bantulah aku dalam menjayakan agama Allah ini melalui pernikahan, kerana ia adalah laluan untuk aku menyempurnakan separuh daripada agamaku, InsyaAllah. Akhlakmu yang terdidik indah oleh ibu bapa dan orang sekelilingmu, itulah yang aku harapkan daripada kekayaan duniawi yang kau sediakan. Kutitipkan sebahagian daripada pembacaanku dalam Jalan Dakwah Mustaffa Masyhur, tidak lagi wujud keborosan dan kebakhilan kerana semuanya berada di dalam udara Qana’ah (berpuas hati dengan apa yang ada), redha dan yakin bahawa dunia ini bukanlah negara Janatunna’im. Lihatlah rumahtangga Rasulullah S.A.W, kadang-kadang berlalu sebulan demi sebulan, pernah dapurnya tidak berasap kerana tidak ada bahan makanan yang dapat dimasak. Walaupun demikian susahnya, rumahtangga Rasulullah S.A.W tetap menjadi rumahtangga yang paling bahagia yang tidak ada tolok bandingnya hingga ke hari ini.

Terlalu panjang rasanya aku mencoretkan warkah ini. Cukup dahulu buat tika ini, andai diizinkan aku akan kembali menitipkankan lagi kiriman bertintakan hati ini. Akhir bicara, maaf andai tiada pertemuan yang kususuli kerana padaku biarlah merindu daripada jemu tatkala kita disatukan.

Wassalam

Dari,
Tulang rusuk kirimu.

------------------------------------------------------------------------------------
mmg betul2 buat kontroversi la ana nie..he3...petikan entry ini ana dapat dari anak murid ana di s.k.sg udang...http://www.yuhibbufillah.blogspot.com/...jgn lupa ziarah...warkah untuk renungan bersama....sekurang2ny ada jg perkara yg ana kongsikan tatkala pembaca meluangkan masa membaca entry ana....



I don't need anyone to
take advantage of my
weaknesses or my strengths,
I need someone
who will appreciate me
for everything that I am.

**imannurbalqis**

Read more

...sumur USIA...

Salam buat sahabat-sahabat yang sentiasa berpegang dengan kalimah “TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH DAN NABI MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH”…untuk entry kali ini ingin sekali ana kongsikan sedikit pengalaman tatkala ana terpilih sebagai salah seorang wakil pelajar bagi Negeri Sembilan untuk ke Perkampungan Penulis Muda Sekolah Menengah peringkat Kebangsaan di Miri, Sarawak...Tak sangka juga, pelajar sains tulen tingkatan 4 Ikram nie minat sastera…ana pernah menulis cerpen, sajak dan pantun…sememangnya pernah terlintas dalam list cita-cita untuk ana mengikuti jejak langkah Dato’ A. Samad Said atau Nisah Haron(bekas pelajar sekolah ana-SMKA SHAMS,N9) atau Faizal Tehrani yang sememangnya tulisan mereka sentiasa menjadi santapan ana…Kisahnya bermula di pertengahan tahun 2004, saat itulah pertama kali ana naik “belon”…. Disini bukan ana nak cerita tentang pengalaman pertama kali ana berada dalam “belon”, mencipta 5 buah sajak dalam satu malam untuk dinilai keesokkan harinya, saat Dato’ A. Samad Said menurunkan tandatangan atau berada di atas pentas mempersembahkan dendangan lagu “ayam den lopeh” tetapi saat dimana ana mula mengenal sebuah puisi karya ISA KAMARI…disini ana belajar untuk mengenal betapa wadah puitis ini mampu memberi kesan yang mendalam untuk ana meraih semangat untuk lebih teguh berdiri dalam perjalanan kehidupan…marilah sama-sama kita hayati nilai sebenar setiap madah yang diutarakan dalam susunan sajak “KAKI LANGIT” :

Kita adalah bayi
Yang akan menangis
Bila ditinggalkan
Pengalaman semalam
Atau seorang tua
Yang akan berduka
Bila ditemani
Kesunyian hari ini
Menghampiri batas usia
Lautan
Adalah pamitan kasih sayang
Yang abadi

Usia menyusup kakilangit
Camar esok menyisip angin
Angin semalam menyapa camar
Terbanglah bersama camar
Menderulah bersama angin
Dan tangkaplah cahaya
Hari ini…

Bukan hak ana untuk menilai bait-bait sajak ini tapi sedikit perkongsian dari insan yang lemah ini…hargailah setiap masa yang ada kerana di setiap saat itu terdapat peluang dan ruang untuk memperbaiki diri…gunakanlah peluang yang ada pada hari ini kerana peluang itu takkan pernah hadir untuk kali kedua…rugilah kita jika membiarkan peluang yang ada dan menganggapnya akan hadir menyapa lagi…ingatlah semalam adalah kenangan, hari ini adalah peluang, esok belum tentu ada ruang…janganlah kita lupa bahawa kita adalah “bayi” yang memerlukan bantuan untuk merangkak dan “orang tua” yang memerlukan sokongan untuk berjalan…jangan diketepikan Yang Maha Esa di setiap perlakuan dan perbuatan kita…tangkaplah “cahaya” yang ada untuk kita melakar sejarah di kolam sumur usia kita tatkala angin menyapa camar….jangan biarkan usia kita kian samar tanpa ada lakaran di kanvas kehidupan kita sebagai seorang hamba di pentas yang sementara…



KEJAYAAN YANG SEBENAR BUKAN TERLETAK PADA TIDAK PERNAH JATUH,TETAPI TERLETAK PADA KESANGGUPAN TEGAK KEMBALI SETIAP KALI JATUH

Secangkir memori ayam den lopeh MIRI ‘04 buat Normah(x-smk seri jempol), Ghaus(x-smt juasseh), Adib(x-smt tuanku jaafar) & Azrif(x-smt port dickson)….


**imannurbalqis**

Read more

...temuduga sebagai "CALON JENAZAH"...

salam alaik buat semua sahabat-sahabat ana...alhamdulillah pjalanan cuti ana masih dlm kawalan...tp buat masa nie ana tak berapa sihat...nak kata main hujan..dari pagi sampai mlm duk dlm rmh...itulah org tua-tua kata sakit adalah penghapus dosa...banyak dosa ana nie...tp ana cuba untuk buat perubahan sikit demi sikit...insyaALLAH...itulah,klu nak sakit bile2 jea masa..xde appoinment @ tarikh tetap...sama juga bila saat kematian itu hadir...tak tentu masa...tinggal persediaan dari kita jea...antara nak @ x...tetiba time check email dapat pulak surat berantai nie...sekadar renungan buat sahabat-sahabat semua...jgn takut, baca sampai habis...rugi kalu tak baca...



SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.



TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:

Sabda Rasulullah SAW:

"Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.

Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dariarasku tidak ada jalan masuk. Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk.

Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang.. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad saw dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu :

Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya".

Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.

Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dalam temuduga ini.



They’re not the normal heroes. Because they’re heroes that were lost while serving. They died, but the mission got succed. They sacrificed their own interest (even teir lives) and moved as a team. They have chose their own way, to served others before died.
(Hatake Kakashi, in front of Naruto team)


**imannurbalqis**

Read more

...sediakah kita berKORBAN?...

salam aidiladha buat saudara-saudari seISLAM dengan ana...semoga lembaran aidiladha kali ini membuka lembaran baru buat insan-insan yang sedia berKORBAN di jalanNYA...sempena hari raya aidiladha atau hari raya korban(atok ana selalu sebut)..ana ingin berkongsi bersama semua pembaca blog ana tentang KORBAN...berKORBAN??? begitu banyak definisi dan sudut pandangan bagi setiap individu...kadang-kadang kita salah tafsiran terhadap apa itu KORBAN....sediakah kita berKORBAN???

ana terfikir...laluan sebagai seorang khalifah dimuka bumi ALLAH xpernah kering dengan makna apa itu KORBAN...berKORBAN harta, jiwa, raga, perasaan, masa dan yang paling dikehendaki ialah korban NAFSU...kadang-kadang kita terlalu berkira-kira dengan pengorbanan yang xseberapa yang telah dilakukan...meminta ganjaran yang xsepatutnya...sedangkan pengorbanan itu hanya diibaratkan sebutir pasir di hamparan persisiran pantai...kadang-kadang individu yang berKORBAN itu merasakan dirinya cukup lemah..keseorangan...hanya sekadar dirinya sahaja yang berKORBAN tetapi masih lagi dikritik hebat oleh insan-insan yang tidak mengenal signifikasi KORBAN itu sendiri...Hakikatnya, pengorbanan adalah berlandaskan jiwa itu sendiri samada ianya menggambarkan niat sebenar dihati ataupun tidak...

bercerita tentang berKORBAN memang tiada penghujungnya...kadang-kadang yang melakukan pengorbanan terKORBAN dalam apa yang diKORBANkannya...setiap apa yang kita KORBANkan ada hikmah disebaliknya...menyelusuri kehidupan ana sebagai seorang anak, kakak, pelajar, sahabat dan yang paling utama HAMBA pada YANG MAHA ESA...memberikan peluang kepada ana untuk menyatakan 'BERKORBAN BUKAN HANYA SATU CERITA'...ana belajar untuk menghargai, memberi, memahami, melepaskan dan menerima...

sebagai seorang anak, ana belajar untuk melepaskan orang yang terSAYANG...menerima apa yang telah direncanakan...berKORBAN dalam menghidupkan suasana KASIH-SAYANG kekeluarga...

sebagai seorang kakak, ana belajar untuk lebih kuat menghadapi keadaan adik-adik yang masih asyik dengan kerinduan seorang 'IBU'...berKORBAN untuk menjadi role-model terbaik buat adik-adik...

sebagai seorang pelajar, ana belajar apa itu erti kehidupan sebenar...menjadi pemimpin dan berada di bawah pimpinan orang lain...kadang kala dikutuk, di saat ana mula berKORBAN...ana tetap berKORBAN untuk mendpatkan apa itu makna 'pelajar' disaat ana belajar erti kehidupan....

sebagai seorang sahabat, perasaan perlu diketepikan...nilai-nilai positif diterapkan..berlapang dada diamalkan...ana tetap berKORBAN untuk menilai sejauh mana erti persahabatan...

sebagai seorang hamba ALLAH yang berjalan di atas pentas ciptaannya...ana cuba untuk menegakkan kalimah amar makruf nahi mungkar untuk merasai kemanisan iman, kelazatan perjuangan....tapi sejauh mana berKORBANnya ana???



apa yang ana ceritakan bukanlah untuk orang lain menilai sejauh mana berKORBANnya ana..masih ada lagi diluar sana yang berKORBAN lebih dari apa yang ana ada...cuma kadang-kadang diri ini lupa...ketika persimpangan itu hadir...

Namun sebagai insan yang lemah, seteguh mana pun perasaan, sekental mana pun jiwa akan terselit juga kesedihan dan dukacita apabila ujian itu datang bertalu-talu. Apabila kebaikan dibalas dengan keburukan...Apabila keikhlasan dibalas dengan kesombongan dan hasad dengki....

Untuk itu, Allah mengubat jiwa para pejuang dengan dihidangkan kisah-kisah pengorbanan, keperitan dan kesakitan yang dibaluti kesabaran yang telah dilalui oleh mereka yang terdahulu yang melalui denai dan becak perjuangan ini....Dengan kisah-kisah itu, akan menjadikan pejuang tidak kesepian, atau rasa bersendirian sebaliknya akan sedar inilah realiti sebuah perjalanan perjuangan yang mesti ditempohi dalam memburu cinta Allah dan kasih rasulNya juga syurga yang dijanjikan....

Firman Allah: (maksudnya)

“Sesungguhnya Kami mengetahui bahawa apa yang mereka katakan itu mendukacitakan engkau (Wahai Muhammad), sebenarnya mereka bukan mendustakanmu, tetapi orang-orang yang zalim itu keras kepada dengan ayat-ayat Allah. Dan demi sesungguhnya, Rasul-rasul sebelummu juga pernah didustakan, maka mereka sabar terhadap perbuatan mendustakan dan menyakiti mereka, sehingga datanglah pertolongan Kami kepada mereka; dan sememangnyalah tiada sesiapa pun yang dapat mengubah kalimah-kalimah Allah (janji-janjiNya); dan Demi sesungguhnya, telah datang kepadamu sebahagian dari khabar berita rasul-rasul itu”.
(Surah al-An’am, ayat 33-34).

sediakah kita berKORBAN???disaat nabi ISMAIL berKORBAN diri untuk mentaati perintah ALLAH s.w.t, ketika nabi IBRAHIM berKORBAN anak dalam mengecapi apa itu makna berKORBAN...


salam korban...maaf zahir batin...

Rasulullah s.a.w. bersabda:
“ Hiduplah engkau di dunia seolah-olah engkau seorang perantau atau musafir lalu ".

**imannurbalqis**

Read more

SELAMAT BERCUTI

Dunia ini umpama lautan yg luas....Kita adalah kapal yg belayar dilautan telah ramai kapal karam didalamnya...andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini...


..::HAPPY HOLIDAY::..

**imannurbalqis**

Read more

...from WOMEN to WOMEN...

Hawa,

Sedarkah engkau sebelum datangnya sinar islam ,kita dizalimi , hak kita dicerobohi , kita ditanam hidup-hidup , tiada penghormatan walau secebis oleh kaum adam, tiada nilaian dimata adam, kita hanya sebagai alat untuk memuaskan hawa nafsu mereka. Tapi kini bila rahmat islam menyelubungi alam bila sinar islam berkembang ,darjat kita diangkat ,maruah kita terpelihara, kita dihargai dan di pandang mulia, dan mendapat tempat di sisi Allah sehingga tiada sebaik-baik hiasan didunia ini melainkan wanita solehah.


Wahai Hawa,

Kenapa engkau tak menghargai nikmat iman dan islam itu? Kenapa mesti engkau kaku dalam mentaati ajaranNya ,kenapa masih segan mengamalkan isi kandungannya dan kenapa masih was-was dalam mematuhi perintahNya?



Wahai Hawa,

Tangan yang mengoncang buaian bisa mengoncang dunia , sedarlah hawa kau bisa mengoncang dunia dengan melahirkan manusia yang hebat yakni yang soleh solehah , kau bisa mengegar dunia dengan menjadi isteri yang taat serta memberi dorongan dan sokongan pada suami yang sejati dalam menegakkan islam di mata dunia. Tapi hawa jangan sesekali kau cuba mengoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu , dengan ayu wajahmu, dengan lengguk tubuhmu. Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu. Jangan Hawa , jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum adam yang bukan suamimu. Jangan sesekali mengoda lelaki yang bukan suamimu ,kerna aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian Allah. Tetapi memberi kegembiraan pada syaitan kerana wanita adalah jala syaitan , alat yang di eksploitasikan oleh syaitan dalam menyesatkan Adam.



Hawa,

Andai engkau masih remaja , jadilah anak yang solehah buat kedua ibubapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu , andai engkau seorang Ibu didiklah anakmu sehingga ia tak gentar memperjuangkan ad-din Allah...


Hawa,

Andai engkau belum berkahwin , jangan kau risau akan jodohmu , ingatlah hawa janji tuhan kita , wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan mengadaikan maruahmu hanya semata-mata kerana seorang lelaki ,jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya tapi merangsang nafsunya. Jangan memulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati ,dari senyuman membawa ke salam , dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuaan...takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.


Hawa,

Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya ,lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya ,kemanjaannya ,serta kemampuannya mengoncang iman mereka. Tetapi hawa , lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya ,peribadinya ,dan ad-dinnya. Lelaki yang baik tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut menberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan..



Oleh itu Hawa,

Jagalah pandanganmu, jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu,kuatkan pendirianmu. Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu , cukuplah hanya cinta Allah menyinari dan memenuhi jiwamu , biarlah hanya cinta kedua ibubapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu.


Hawa,

Cintailah Allah dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta dari insane yang juga menyintai Allah.Cintailah kedua ibubapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah.Cintailah keluargamu kerana tiada cinta selain cinta keluarga.



Hawa ,

Ingatanku yang terakhir , biarlah tangan yang mengoncang buaian ini bisa mengoncang dunia dalam mencapai keredhaan Illahi. Jangan sesekali tangan ini juga yang mengoncang keimanan kaum Adam , kerana aku sukar menerimanya dan aku benci mendengarnya...

**imannurbalqis**

Read more

...MPPJB 2009...


kredit to : admin BISA



"MENERAJUI KEPIMPINAN TERANCANG"

**imannurbalqis**

Read more

...LANGKAH TERCIPTA...

Salam...ana harapkan aset-aset ISLAM yang berada diluar sana diberi kekuatan dalam menempuhi dugaan hidup ini...ana dapat lirik lagu nie sewaktu buat revision untuk exam paper semalam : PJM 3110...ana harap sahabat-sahabat dapat menghayati lirik ini dengan mata hati..jadikan ini kata-kata semangat...ingatlah!!! belajar untuk menunaikan tanggungjawab...bukan lari drpd menunaikan tanggungjawab...perjalanan kita masih jauh...ALLAH sentiasa bersama orang-orang yang menegakkan amar ma'ruf nahi mungkar...



::LANGKAH TERCIPTA::

Semalam aku kelukaan

kecewa kehampaan

Mencalar ketabahan

Mimpi yang sering ku harapkan

Menjadi kenyataan

Namun tak kesampaian

Allah…

Ingin ku hentikan

Langkah ini

Bagaikan tak mampu untuk ku bertahan

Semangat tenggelam

Lemah daya

Haruskah aku mengalah

Namun jiwaku berbisik

Inilah dugaan

Dan mataku kini terbuka

Pada hikmah dugaan

Uji keimanan

Tak dilontarkanNya ujian

Di luar kekuatan

Setiap diri insan

Allah…

Pimpinlah diriku

Tuk bangkit semula

Meneruskan langkah

Perjuangan ini

Cekalkan hati dan semangatku

Kurniakanlah ketabahan

Agar mimpi jadi nyata

PadaMu ku meminta

Daku mohon agung kudratMu

WahaT tuhan yang satu

Segalanya dariMu

Lagu : Bazli

Lirik : Bazli & Atie



**imannurbalqis**

Read more

congkak = SABAR + BERLAPANG DADA

salam buat pembaca entry ana yang dikasihi ALLAH sekalian...khaifa haluka/ki???ana doakan kesejahteraan antunna dunia dan akhirat...4 this entry i want to share about patient @ lebih dikenali dengan sabar...mmg kene lah dengan profesion ana...bakal guru..he3 Bagi seorang guru, SABAR merupakan 1 aset dalam merencana kehidupan seorang pelajar...pelbagai isu negatif yg dikaitkan dengan profesion keguruan...jom, sama2 kita lihat betapa bernilainya kita bersabar dan berlapang dada....Sabar bukan subjek kecil dalam ajaran Islam...Sabar adalah sebahagian daripada iman (Rekod Imam Ibnu Majah)....

Allah s.w.t. menguji hambanya dengan pelbagai cara. Kita amat peka jika kita diuji dengan kesusahan dan perkara yang kita tidak sukai. Tetapi kita selalu leka jika diuji dengan keindahan dan perkara yang kita impi. Begitulah fitrahnya. Namun sebenarnya ujian dalam bentuk musibah ini satu perkara yang perlu kita syukuri. Betapa benar kata-kata Al-Imam Abdullah Al-Haddad: Dan jikalah musibah dan bala' itu bukan untuk mengetahui sifat dunia yang hina, dan menyeru kepada zuhud padanya, dan melebihkan akhirat darinya, nescaya seorang yang berakal itu patut mengiranya sebagai nikmat yang besar...merujuk dari Kitab Risalatul Mu'awanah oleh Al-Imam Abdullah Al-Haddad, kesabaran boleh dibahagikan kepada 4 bahagian utama. Bahagian-bahagian tersebut ialah :

1) Kesabaran untuk membuat ketaatan
2) Kesabaran dalam menahan diri dari kemaksiatan
3) Kesabaran atas perkara-perkara yang dibenci
4) Kesabaran atas nafsu dan syahawat

Sesungguhnya mereka yang menerima ujian pada zaman ini terbahagi kepada tiga golongan :

1) Golongan yang redha dan bertenang menghadapi ujian. Ganjaran untuk mereka adalah diangkat darjat mereka.

2) Golongan yang gelisah menghadapi ujian tetapi tidak membantahnya. Ganjaran untuk mereka pula adalah dihapuskan dosa.

3) Golongan yang gelisah dan membantah pula ujian yang dihadapi. Mereka akan mendapat kemurkaan dan balasan yang buruk.

Di dalam Al-Qur’an, Allah menyebut tentang sabar sebanyak lebih 90 kali. Dengan angka yang begitu besar tentu sahaja saranan sabar ini sangat tegas dan utama dalam agama...(rujuk buku : DAHSYATNYA SABAR,Karya: Ahmad Hadi Yasin,Penerbit: QultumMedia)

Para sarjana Islam menjelaskan 3 dimensi sabar yang dituntut....

1. Sabar dalam mengerjakan apa yang diperintahkan oleh Allah. Contohnya ketika Allah memerintahkan Nabi Ibrahim meninggalkan isterinya Hajar yang sarat di tengah-tengah padang pasir. Kerana taatkan perintah Allah dan sabar dalam menunaikannya, Ibrahim dan Hajar tetap dengan apa yang diperintahkan.

2. Sabar dalam meninggalkan larangan Allah. Kisah seorang anak gadis yang mengingkari arahan ibunya untuk mencampurkan susu dengan air. Hal ini didengari oleh Khalifah Umar ketika itu. Lalu Umar mengarahkan anak lelakinya yang bernama Ashim untuk meminang gadis ini untuk dijadikan isteri. Maka dari zuriat ini nanti lahirnya Umar b Abdul Aziz.

3. Sabar dalam menerima musibah atau ujian dari Allah. Kisah ujian terhadap Nabi Allah Ayub yang diuji dengan kemiskinan dan penyakit yang teruk. Namun Nabi Ayub tetap beriman dan bersyukur dengan Allah.

Kita semua maklum dengan sirah rasullah dalam menegakkan syiar ISLAM dalam perjalann yg penuh duri...tapi tetap 1 juga caranya mengatasainya iaitu dengan BERSABAR....jika sekarang, kita tidak boleh mendengar diri diperkotak katikkan...mulalah bergaduh tanpa mengira itu adalah saudara sebapa kita iaitu nabi ADAM...waima dicuit sedikit, mula melatah berpanjangan...kita hanya manusia, sabar merupakan senjata utama...jika tidak kita akan termakan dgn nafsu amarah yang sendiri kita cipta....ana teringat ketika program bersama dengan pelajar ISS (program pertukaran pelajar luar negara) bulan lepas...time 2 ana tgh mengajar dua org anak omputih nie(17&19 tahun) main congkak...

rio (brazil)- he was very excited to play da "congkak"....
rio (brazil) : sis, can u teach me how to play with this marble?
ana : can... (ana duk la speaking omputih- demonstrate to play da "congkak"
rick (germany) - he looked to the marble deeply...
rick (germany) : i think i have played this game before...
ana : if like that, can u demonstrate the game...
after 5 minutes, rick n rio played da marbles....
rio (brazil) : zarina, i learned something from this game...
ana : what??
rio (brazil) : i learn how to be patient
rick (germany) : yes rio...u need to be more patient because after 5 minutes only I played this game...hahaha
ana (dalam hati) - mana tidaknya budak rick 2 jea yg main...yg rio termenung jea...he3
rio (brazil) : no, this game have their own principle....
ana : yes rio...what u said was right...this game have the nice secret that player need to learn...
rick (germany) : i know...if we have a problem, we need to be more patient and solve it kindly...we need to plan strategies
ana (dalam hati) - bagus betul anak omputih nie menganalisis hanya dari permainan "congkak"...org melayu nie duk la asyik dengan jangan pandang belakang congkak...

Allah SWT menjadikan kehidupan manusia ini keseluruhannya adalah peluang untuk sentiasa mendekatkan diri kepada Allah dan menuju ke arahNya. Maka, ketika hal yang menggembirakan berlaku pintu menuju Allah adalah syukur sedang ketika hal yang kurang disukai berlaku maka pintu yang terbuka adalah sabar.

Mengenai hal ini Rasulullah SAW pernah bersabda,
"Menakjubkan perihal orang yang beriman. Sesungguhnya setiap perkara dalam urusannya (orang mukmin) semuanya adalah baik baginya dan tidak berlaku hal yang demikian melainkan ke atas mereka yang beriman. Jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar maka yang demikian adalah baik baginya dan jika dia didatangkan kemudahan dia bersyukur maka yang demikian adalah baik baginya.”
Hadis diriwayatkan oleh Imam Muslim (7425)....


Ini bersesuaian sekali dengan firman Allah SWT dalam Al Quran, surah Az Zumar ayat 10 yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang yang bersabar itu akan dibayar pahala mereka dengan tiada terbatas.”

Peringatan ini untuk sahabat dan diri yang penuh kekurangan ini juga...bersabarlah dan berlapang dada dalam menerima dugaan...yg selalu menjadi titipan dibibir tatkala ada insan yang menghadapi dugaan :

Sabda Rasulullah S.A.W :

"Sabar itu separuh iman."

(Hadis Riwayat Abu Na'im daripada Ibn Mas'ud)

Sabda Rasulullah S.A.W :

“Dalam kesabaran terhadap perkara yang tidak disukai itu banyak kebaikannya."
(Hadis Riwayat al-Tirmizi daripada Ibn Abbas)



Examples of Kesabaran from Al-Quran

Perintah supaya bersabar :

* Surah Al-Baqarah, Ayat 35
* Surah Ali-Imran, Ayat 200

Larangan daripada tidak bersabar :

* Surah Al-Ahqaf, Ayat 35
* Suran Al-Anfal, Ayat 15

Allah memuji & kasih orang yang sabar:

* Surah Ali-Imran, Ayat 17
* Surah Al-Baqarah, Ayat 177
* Surah Al-Baqarah, Ayat 146

Contoh-contoh yang lain....

* Allah menyertai orang yang sabar
* Kebaikan orang yang sabar
* Balasan amal yang paling baik
* Berita gembira bagi orang yang bersabar
* Jaminan kemenangan bagi orang yang sabar
* Balasan Allah tanpa batas bagi orang yang sabar

Tanpa senjata sabar dalam kehidupan...Seseorang itu tidak akan tenang & damai...Perjalanan kehidupan tidak selalu consistant, ada kalanya mendaki dan kadang- kadang jatuh


Siapa itu orang yang sabar???

* Mereka yang kuat semangat dan azam
* Mereka yang mengambil manfaat daripada ayat-ayat Allah

Kejayaan bagi orang yang sabar....

Boleh menjadi pemimpin dan mempunyai kedudukan tinggi dalam tingkatan iman dan Islam,dan seterusnya taqwa dan tawakkal

akhirul kalam, amalan SOLEH yang BESAR adalah SABAR
**imannurbalqis**

Read more

...azumamaro aida-chan come back home...


buat orang yang terpenting dalam hidup ana :
MOHAMAD ZAID b KAMARUDIN...
harap selamat dalam perjalanan pulang ke rumah...yang akan bertolak dari penang ke negeri sembilan untuk pulang bercuti selama 2bulan...didoakan selamat sampai ke rmh...nant kita jumpa another 2weeks...a lot of story i want to share with u...bawa motor bebaik, bro...ingat, terus balik rmh...jgn nak merayau memana plak...


**imannurbalqis**

Read more

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails