...JALINAN UKHUWAH...
Showing posts with label story corner. Show all posts
Showing posts with label story corner. Show all posts
...pendidikan PERCUMA?...
0
comments
IMANNURBALQIS
-
sumber: MFRSTUDIO
iman's note: Baca komik tak salah tapi kena pandai pilih. Biar membaca tak jadi buang masa.
**imannurbalqis**
...warkah buat PUTERIKU...
Puteriku,
Sampai masanya nanti engkau bakal menjadi seorang isteri dan seterusnya bergelar seorang ibu. Usahlah engkau ragui akan jodohmu kerana lelaki soleh itu adalah untuk wanita solehah. Dari itu jika engkau mengidamkan bakal suamimu sehebat Sayidina Ali r.a., jadilah dirimu semulia Fatimah al-Zahra'. Aku nukilkan kata-kata Asma' binti Kharizah r.ha. diriyawatkan bahawa dia telah berkata kepada puterinya pada hari perkahwinan anaknya:
"Wahai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah suamimu. Jadilah engkau tanah bagi suamimu (dengan mentaati perintahnya)dan ia akan menjadi langit bagimu (tempat bernaung). Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebaninya dengan pelbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan dia meninggalkanmu. Kalau dia mendekatimu, dekatilah dia dan jika dia menjauhimu maka mauhilah dia dengan baik. Peliharalah bebar-benar suamimu itu akan hidungnya, telinganya, matanya dan lain-lain. Janganlah pula dia mendengar melainkan yang enak dan janganlah dia melihat melainkan yang indah sahaja daripada dirimu."
Kehidupan berumah tangga adalah amanah sebenarnya. Bukan sekadar perkongsian kebahagian semata-mata, malah berkongsi segala-galanya sehinggalah manusia menyedari tanggungjawab masing-masing sebagai suami isteri. Taatilah suamimu dalam takwamu terhadap Allah. Janganlah sesekali engkau menderhakai suamimu.
Ingatlah wahai puteriku,
Sesungguhnya Baginda Rasullah s.a.w pernah bersabda, maksudnya: "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita."
Rasullah s.a.w ditanya, "Mengapa demikian wahai Rasullah?" Jawab Baginda s.a.w, "Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup."
Usahlah engkau berasa pilu dengan pengkhabaran-pengkhabaran tadi. Persiapkanlah dirimu kerana walaupun kebanyakan penghuni neraka adalah dalam kalangan wanita lantaran mereka daripada golongan wanita-wanita yang jahat. Namun masih ada ruang untuk wanita mendapat syurga. Jadilah wanita yang baik. Jadilah wanita yang mentaati perintah Allah dan suaminya. Jadilah wanita yang menjadi ibu yang baik.
(petikan cerpen Warkah Buat Puteriku, penulis: Ustaz Ahmad Tarmizi Ismail. Sumber: Majalah Fardhu Ain, Edisi 9)

iman's note: Dengan izin-Mu, Ya Allah, bimbinglah daku menuju ke syurga-Mu. 8 sudah~
**imannurbalqis**
...tapis SANTAN...
Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera buat semua insan yang membaca entry ini. Selawat dan salam ke atas rasul junjungan mulia Muhammad Salallahu 'Alaihi Wassalam. Alhamdulillah syukur kita ke hadrat Allah s.a.w kerana dengan izin dan limpah kurniaanNya masih lagi diberi nikmat yang terbesar sekali dalam hidup kita iaitu nikmat Islam dan Iman, insya'Allah. Semoga setiap hati orang-orang mukmin itu ditautkan dengan hikmah berlapang dada, insya'Allah.
Hari ini merupakan penghulu segala hari iaitu hari Jumaat yang mana hari Jumaat terakhir bagi tahun 2011. Alhamdulillah, diberi pengkhabaran yang baik berkenaan penempatan guru lepasan PISMP. Mudah-mudahan graduan keluaran IPGM bagi sesi Januari 2008 seramai 2400 orang mendapat tempat pada awal Januari ini. Semoga Allah mempermudahkan urusanku ini. Allahumma Ameen. Merasai pengalaman sebagai seorang penganggur di rumah benar-benar membuatkan diri ini merasai betapa peri pentingnya untuk memanfaatkan masa yang ada. Sekiranya dahulu sewaktu sibuk di kampus namun masih lagi berkesempatan untuk berada dalam bulatan gembira. Kini, masa yang terluang hanya dipenuhi dengan kehidupan seharian seorang insan biasa. InsyaAllah, akan cuba mencari pengisian yang boleh dimanfaatkan. Ketahuilah, diri ini cemburu dengan sahabat-sahabat yang bergerak kerja dan memanfaatkan kudrat yang ada untuk kesinambungan dakwah yang dibawa. Moga redha Allah menaungi kalian.

”Dalam kalangan manusia, banyak yang mengaku kami beriman dengan Allah, tetapi apabila diuji dalam perjuangannya kerana Allah, ia lantas menyamakan gangguan manusia sama dengan seksaan Allah. Kalau pula datang pertolongan Tuhanmu (wahai Muhammad) necaya mereka berkata ini adalah kerana kami menyertai (perjuangan) kamu. Bukankah Allah yang lebih tahu apa yang tersirat di dada alam semesta. Allah akan mengetahui jua sesiapa yang beriman dan siapa pula yang munafiq. ”
(Al-Ankabut : ayat 10-11)
Suka untuk ana berkongsi tentang peristiwa yang berlaku ketika Perang Tabuk. Kebetulan waktu Nabi Muhammad s.a.w menyeru kaum Muslimin untuk berjihad, pada ketika itu musim susah dan panas terik. Tempat yang akan dituju jaraknya amat jauh, sedang musuhnya juga menakutkan. Sebahagian kaum Muslimin ada yang enggan ikut serta, kerana berbagai-bagai alasan. Rasullah s.a.w dan para sahabatnya perdi diikuti oleh sebagaian orang yang mana setengahnya terpaksa kerana enggan. Dan bertambah jauh perjalanan mereka, bertambah juga kesukaran dan kesusahan yang diderita.
Bila ada orang yang tertinggal di belakang, mereka berkata: "Wahai Rasullah! Si fulan telah tertinggal." Maka Baginda bersabda: "Biarlah! Seandainya dia berguna, tentu akan disusulkan oleh Allah pada kamu. Dan seandainya tidak, maka Allah telah membebaskan kamu daripadanya!"
Pada suatu masa, mereka melihat sekeliling, tiada nampak oleh mereka Abu Zar. Maka kata mereka kepada Rasullah s.a.w: "Abu Zar telah tertinggal, keldainya menyebabkan dia terlambat." Rasullah mengulangi jawapannya tadi. Keldai Abu Zar memang telah amat letih disebabkan lapar dan haus kerana teriknya matahari, hingga menyebabkan langkahnya menjadi tidak teratur. Abu Zar mencuba pelbagai kaedah untuk meghalau keldainya agar berjalan cepat, tetapi keletihan bagaikan merantai kaki keldainya. Abu Zar merasa bahawa jika demikian dia akan ketinggalan jauh daripada kaum Muslimin sehingga tidak dapat mengikuti jejak mereka. Maka Abu Zar turun daripada belakang keldainya, diambilnya barang-barang dan dipikul di atas belakangnya, kemudian diteruskan perjalanan dengan berjalan kaki. Dia mempercepat langkahnya di tengah-tengah padang apasir yang panas membara itu, agar dapat menyusul Rasullah s.a.w dan sahabat-sahabatnya.
"Wahai Rasulullah!" kata orang yang melihat itu. "Ada seorang lelaki berjalan seorang diri!" Sabda Rasullah s.a.w: "Mudah-mudahan orang itu Abu Zar!" Mereka meneruskan perbualan sambil menunggu orang yang berjalan itu menghampiri mereka untuk mengetahui siapakah dia. Musafir mulia itu mendekati mereka secara lambat, langkahnya bagaikan disentakkan dengan pasir lembut yang membara sementara beban di belakang bagaikan menggalas tubuhnya. Namun dia tetap gembira penuh harapan kerana berjaya menyusul kabilah yang dikelilingi berkat dan tidak ketinggalan daripada Rasullah s.a.w serta saudara-saudara seperjuangannya.
Sebaik dia sampai menghampiri rombongan, seorang berseru, "Wahai Rasulullah! Demi Allah dia Abu Zar." Sementara itu Abu Zar menghalakan langkahnya ke arah Rasullah s.a.w, ketika itu Rasullah s.a.w melihatnya, tersimpullah senyuman di kedua bibir Baginda. Sebuah senyuman yang penuh makna dan belas kasihan. Inilah yang dikatakan tapisan daripada Allah.
Sebaik menamatkan bacaan kisah Abu Zar al-Ghifari dalam buku "Singa Siang Hari" tulisan Harun Arrasyid Haji Tuskan, buat ana rasa kedudukan sekarang tidak akan membuktikan sejauh mana ana dalam perjalanan ini. Sedangkan orang yang sudah berada kukuh dalam perjuangan masih lagi ditapis oleh Allah untuk benar-benar berada dalam bahtera juangnya. Inikan pula ana yang hanya dapat memandang sahabat-sahabat yang bergerak kerja. Allahu Rabbi, jauh sungguh. Namun, ana mohon agar Allah menyusulkan ana dalam kelompok mereka. Tapisan Allah benar-benar teliti. Moga-moga Allah menguatkan kita di jalanNya sehingga akhir hayat kita.
”Apakah kamu mengira kamu akan dimasukkan ke dalam syurga sedangkan kamu belum mengalami apa yang telah dialami oleh manusia sebelum kamu. Mereka telah menderita kesusahan dan keperitan hingga bergegar (keimanan) mereka. Sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman yang bersamanya tertanya-tanya : ‘Bilakah pertolongan Allah (akan datang)? (Insaflah) pertolongan Allah itu sangat hampir ”(Al-Baqarah : ayat 214)

~nak masak lomak cili api kono guno santan~
iman's note: Kelapa yang telah dikukur atau diparut atau dimesin akan diperah ke dalam tapis kelapa bagi mengasingkan santan dengan hampas kelapa. Santan yang diperolehi akan digunakan dalam masakan. Sementelahan pula, hampas akan dibuang ke tepian.
**imannurbalqis**
...MOTIVASI : 1...

Saya sering diuji dengan apa yang saya tulis dan ucapkan. Acap kali apa yang saya tulis dalam buku, majalah atau blog mahupun sekadar coretan untuk teman-teman, terjadi pula pada diri saya dan keluarga. Justeru, pernah sampai ke tahap saya rasa takut untuk menulis… takut kalau-kalau apa yang saya tulis akan kembali menimpa dan ‘menguji’ diri saya.
Banyak yang saya tulis adalah apa yang saya telah lalui sendiri. Bukan hari ini, minggu ini bahkan puluhan tahun yang lalu. Ertinya, saya menulis daripada pengalaman sendiri – sama ada yang baik mahupun yang buruk. Tetapi ada juga yang saya tulis berdasarkan pengamatan pada hidup orang lain. Saya tidak melaluinya… tetapi saya selami dengan sikap simpati malah empati. Lantas saya garap kembali dengan fikrah Islami dan fitrah insani. Seadanya! Setakat secebis kemampuan ilmu yang ada.
Pada jurus yang kedua inilah saya sering diuji. Apa yang menimpa orang lain turut menimpa saya. Saya tercari-cari mengapa itu terjadi? Benarkah niat saya untuk berhenti menulis (kerana takut) itu adalah suatu yang tepat dan betul? Begitulah hati saya kerap bertanya-tanya.
Lama juga saya terperuk dalam kemelut rasa yang berbelah-bagi itu sehinggalah pada suatu ketika tiba-tiba saya diterjah oleh satu peringatan yang datang dari dalam diri sendiri. Lalu saya tuliskan dalam diari harian dengan kata:
“Bila kita sendiri diuji dengan apa yang sering kita dakwahkan, itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita diperkatakan. Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkan manusia!”
Dengan kesimpulan itu saya teruskan menulis. Biarlah. Semoga saya juga terdidik dengan tulisan-tulisan sendiri. Saya sering merasakan kekadang seorang pendakwah menjadi ‘jambatan’ kepada orang lain untuk mendapat hidayah. Jadi apa salahnya ‘jambatan’ itu dilalui oleh dirinya sendiri.
Kekadang saya sendiri rasa pelik bila saya membaca kembali tulisan-tulisan dan buku-buku saya sendiri. Bukan untuk rujukan buat menulis atau mencari idea baru…. tetapi saya tatap pada waktu tersunyi dalam hidup untuk bermuhasabah dan ‘menghukum’ kealpaan diri. Ah, kiranya semua yang pernah saya tulis mampu saya amalkan, alangkah indahnya. Cuma saya terus berharap dan berdoa… kita tidak akan mengalah walaupun sering kalah.
Saya juga seperti saudara/i, ada kalanya kelelahan dengan ujian hidup yang bertali arus. Lepas satu, satu. Life is to solve problems, begitu kata bijak pandai. Namun Allah telah lama mengingatkan kita melalui Al Quran bahawa mati dan hidup dijadikan untuk menguji kita siapakah yang terbaik amalannya? Kembali surah Al Mulk mengingatkan kita.
Marilah kita berjanji pada diri, bahawa kita tidak akan menjadi ‘munafik’ sama ada dari segi lisan dan perbuatan. Kita tidak akan berpura-pura dalam mengharapkan yang baik dan makruf. Biarlah kita menuai iktibar, dari denai mujahadah ini. Saya ingin menjadi insan yang seadanya sahaja dalam menghulur tangan setulus mungkin buat bersama menyusuri jalan Ilahi ini. Mungkin tangan ini yang akan membimbing saudara/i, dan mungkin tangan saudara/i juga yang akan membimbing saya.
Di takah usia 50, saya berdoa untuk diberikan keteguhan hati. Come what may! Datanglah apa sahaja. Kan kita hadapi sebagai hamba-Nya. Jika kita benar dan berjaya… syukur. Jika kita tersalah, kita akur… kita ukir taubat dengan segera. Dosa kita menggunung tinggi, namun rahmat Allah melaut luasnya. Dengan berbekal takut (akan murkaNya) dan harap (ampunan-Nya), kita terus melangkah… patah sayap terbang jua. Jatuh tersungkur, bangkit semula walau terpaksa bertongkat dagu!
Semasa ditahan belasan tahun yang lalu, selain Tafsir Al Azhar oleh Hamka, Syarah Kitab Al Hikam oleh Prof Muhibbudin Al Wali saya turut menekuni tulisan Dale Carnargie (waktu itu La Tahzan belum ada). Saya melihat ada ‘kesamaan dalam perbezaan’ antara yang ditulis olehnya dengan tulisan Usaz Dr. Aid Al Qarni – ya hikmah itulah milik Islam tidak kira dari Barat atau pun Timur.
Dari situlah saya hadapi hidup yang ketika itu ‘tidak menentu’ dengan satu ketentuan. Ketidak pastikan kekadang mengajar kita tentang kejituan. Ada kekuatan dan kebebasan yang saya alami ketika fizikal kita tertahan. Ada sumbu kekuatan rohani yang membara ketika kehendak bialogi dan fisiologi dipenuhi di tahap paling minima.
Sejuk angin bukit di tepi daerah terpecil di Kamunting, mahu pun sengatan bahang panas atap kem tahanan yang terpencil, kekadang menghadiahkan saat yang lebih indah berbanding ‘dikurung’ dalam hotel bertaraf lima bintang menghirup udara kebebasan dan kemewahan masa kini.
Lalu saya kembali berusaha mencari hati itu, kerana saya yakin hati yang remuk redam (tetapi tenang) kerana diuji Allah itu boleh kita temui di mana sahaja, tidak kira di penjara atau istana!
Semalam saya baca semula apa yang pernah saya tulis ini… marilah kita kongsi mungkin buat pertama kali, mungkin juga sudah berkali-kali. Mudah-mudahan yang kita imbau bukan kenangan, tetapi pengajaran yang terus hidup untuk menempuh kenyataan.
Saya masih ingat pada suatu saat genting, pernah saya berkata kepada diri, “ya Allah, kalau Kau izinkan aku sekadar dapat melihat mentari dan memijak rumput di bumi, aku akan bersyukur…”
Lalu ke mana perginya rasa hati itu ketika saya, anda dan kita semua sedang menikmati limpahan cahaya dan lautan nikmat kini? Saudaraku, marilah bersama ku menelusuri tulisan ini…
Maha suci Allah, yang misteri ketentuaan dan ditetapkan-Nya tidak dapat diduga dan diteka oleh sesiapa. Benarlah, “God always move in a mysterious way…”
Hakikat inilah yang sering berlaku dalam kehidupan kita.Cuba kita lihat contoh popular di kalangan figure ternama dan popular. Yang berkuasa tiba-tiba boleh dipenjara. Yang dibenci bertukar menjadi yang tersayang. Dan adakalanya dulunya terbilang tetapi entah kenapa tiba-tiba terbuang. Hidup yang gelap tiba-tiba jadi gemerlapan. Hidup yang gemerlapan, jadi malap secara tiba-tiba!
Begitulah, hitam-putih nasib manusia, tidak dapat dijangkau dengan mata, fikiran dan rasa.Sebab itu orang tua-tua berpesan, jangan sekali-kali mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan. Hati-hati, semakin tinggi pokok yang dipanjat, semakin kuat angin yang menggoyang. Hari esok mungkin tangan yang menjulang kita hari ini akan menghenyak kita. Kawan boleh lawan, dan begitulah sebaliknya.
Apakah kekuatan yang boleh membakar daya juang untuk terus bersemangat pada ketika yang begitu genting dalam perjalanan hidup seseorang? Jawabnya, jangan panjang angan-angan… Manfaatkan masa yang ada dan terus berkerja dalam waktu-waktu kritikal itu dengan segera. Kita tidak harus disusah-susahkan oleh angan-angan tentang masa depan yang jika dibayangkan pada masa sekarang akan membuat kita muram.
Oleh itu kita mesti merancang dan bekerja dengan apa yang sedang ada di tangan, tanpa takut dan bimbang akan hal-hal yang tidak menentu atau terbayang dalam angan-angan. Yang di tangan itulah realiti, yang ada dalam angan-angan itu cuma ilusi. Kita tidak mungkin hidup dalam dua alam yang samar - masa lalu yang memori dan masa depan yang ilusi. Hidup sebenar ialah hari ini yang realiti.
Pengalaman hidup banyak mengajar kita bahawa adalah tidak wajar buat kita meneka-neka atau menjangka sesuatu yang tidak pasti pada masa depan. Samada yang kita jangkakan itu baik atau buruk. Jika kita mengangan-angankan yang baik, kita akan jadi ‘over confident’. Jika kita hanya mengangan-angankan yang buruk, kita akan jadi pesimis. Kedua-duanya memusnahkan.
Ya, untuk mendapat ketenangan pada saat-saat kritikal dalam hidup ialah: Pendekkan angan-angan. Hiduplah dalam lingkungan hari ini. Saya ulang lagi, hiduplah dalam lingkungan hari ini. Ertinya, jangan dikhuatiri hari esok, jangan bimbangkan hari semalam…. Susun jadual hidup harian dan ikutilah dengan tenang.
Hidup umpama membaca lembaran-lembaran dari sebuah buku yang sangat tebal. Jangan gerun hanya melihat ketebalan buku itu, hingga hilang mood untuk membacanya. Atau terlalu gelojoh hingga membacanya secara meloncat-loncat tanpa mengikut tertib muka surat. Bacalah dari muka surat pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Buku yang tebal akan habis juga dibaca akhirnya. Bukan sahaja habis dibaca, bahkan ilmu yang dihidangkan akan dapat dihadamkan dengan mudah.
Inilah rahsia ketenangan jiwa para sahabat Rasulullah S.A.W. Mereka adalah individu yang pendek angan-angan dan menggunakan sepenuhnya kesempatan yang sedia ada di tangan. Mereka hidup tanpa rasa gundah dengan apa yang telah terjadi kelmarin dan tidak pula bimbang dengan apa yang bakal terjadi esok.
Mereka tidak terdera dengan percubaan melihat masa depan dengan teropong angan-angan yang serba samar. Para sahabat nabi bukanlah pakar psikologi tetapi sikap mereka tepat seperti mana yang dikatakan oleh para psilogist moden:
“Tugas kita bukan melihat apa yang terletak jauh dan masih samar di hadapan, tetapi melakukan apa yang jelas di tangan.”
Sikap mereka dibentuk oleh penghayatan mereka terhadap pesanan Rasulullah S.A.W. Mereka adalah insan produktif yang bekerja hasil dorongan hati, fikiran dan fizikalnya oleh peringatan Rasulullah S.A.W, jika berpagi-pagi, jangan menunggu ke waktu petang….
Matlamat dan pendekatan hidup mereka ‘simple’ dan jelas. Mereka adalah insan praktikal dan realistik. Kebaikan yang boleh dilakukan pada hari ini, mereka terus laksanakan pada hari itu juga. Sementara kejahatan yang boleh diberhentikan pada hari ini, terus dihentikan ketika itu juga. Ibadat dan taubat mereka tidak kenal istilah nanti atau tunggu. Justeru itu tempo (rentak) hidup mereka tidak pernah diganggu oleh istilah terlambat atau tercepat.
Pernah satu malam Rasulullah S.A.W rimas ketika hendak tidur. Ketika ditanya oleh isterinya kenapa? Baginda bersabda:
“Aku risaukan dua tiga keping dirham yang masih tinggal dalam rumah ini. Takut-takut aku dipanggil oleh Allah (mati) dalam keadaan dirham itu tidak aku sedekahkan.”
Itulah peribadi Rasulullah S.A.W, yang tidak berangan-angan panjang. Baginda pernah bersabda, bahawa bila matanya terbuka, baginda tidak yakin apakah sempat baginda menutup matanya semula. Bila baginda menarik nafas, baginda tidak yakin apakah baginda akan dapat melepaskannya semula.
Panjang angan-angan akan menyebabkan sikap bertangguh-tangguh untuk melakukan suatu kebaikan atau meninggalkan suatu kejahatan. Ramai orang yang khuatir, bukan berfikir, tentang masa depannya. Terimalah realiti walaupun takdirnya ia tidak seperti yang kita harapkan. Lebih baik satu ringgit di tangan daripada berjuta-juta ringgit di alam angan-angan. Tetapi ingat satu ringgit di tangan jika benar-benar dimanfaatkan mungkin menjanjikan pulangan berjuta-juta ringgit pada masa akan datang.
Hidup adalah satu pusingan perubahan yang tidak henti-henti. Hukum alam menetapkan bahawa yang tidak berubah hanyalah perubahan. Oleh kerana itu adalah satu kerja gila jika kita hendak menyelesaikan ‘masalah-masalah’ masa depan yang hakikatnya belum berlaku. Kita tidak akan dapat menjejak kaki pada air sungai yang sama dua kali. Justeru air sungai sentiasa mengalir… dan begitu jugalah kehidupan akan terus berubah.
Sekali lagi saya tegaskan bahawa hidup adalah perubahan yang tidak henti-henti. Jangan cuba mengawalnya. Jangan cuba mengambil ‘tempat’ Tuhan untuk mengawal semua perubahan kerana yang mampu mengawalnya hanyalah DIA yang tidak berubah-rubah. Inilah hikmah mengapa Qada’ dan Qadar Allah dirahsiakan daripada pengetahuan manusia. Agar dengan itu manusia boleh hidup dengan aman tanpa diganggu walau sedikitpun oleh pengetahuan tentang masa hadapan.
Dapatkah seorang yang sihat makan dengan enak jika mengetahui pada hari esoknya dia akan mati? Atau mampukah seorang ayah membesarkan anaknya dengan sabar jika diketahuinya bahawa anaknya bakal menderhakainya? Manusia boleh hidup dengan aman tanpa mengetahui tentang masa depannya. Madah pujangga, “masa lalu adalah kelmarin yang telah mati. Masa depan adalah esok yang belum lahir… tetapi selamatkanlah hari ini yang masih hidup.”
Seorang manusia walau bagaimana kuat sekalipun, tidak akan mampu menanggung derita masa lalu dicampur beban masa depan, lalu dipikul bersama masalah pada hari ini. Tiga beban dalam satu masa boleh menyebabkan seorang genius dihantar ke hospital sakit otak. Tiga beban dalam satu masa boleh menyebabkan seorang atlit di hantar ke wad pesakit jantung. Hidup ini mesti ditangani dengan mudah. Namun ini bukan pula alasan untuk mempermudah-mudahkan hidup. Cuma “take it easy….”
Mungkin anda akan bertanya, kalau begitu salahkah kita merancang untuk masa depan? Tidak. Pendek angan-angan bukan bererti tidak bersedia untuk hari esok. Fikirkan hari esok, tetapi jangan khuatir. Banyak bezanya antara fikir dan khuatir. Mungkin sama banyaknya bezanya antara angan-angan dan cita-cita. Sesiapa yang khuatir tentang hari esok, akan mensia-siakan peluang yang ada pada hari ini. Sebaliknya sesiapa yang berfikir tentang hari esok, akan memanfaatkan peluang pada hari ini.
Tidak ada gunanya berangan-angan. Angan-angan tentang kebaikan akan menyebabkan seseorang itu alpa. Angan-angan tentang keburukan akan menyebabkan seseorang itu kecewa. Manusia angan-angan tidak akan dapat merancang, bekerja dan berusaha dengan baik.
Sebaliknya, hiduplah dalam lingkungan hari ini kerana cara yang paling tepat untuk hari esok ialah dengan menumpukan perhatian dan bekerja dengan sepenuhnya pada hari ini. Pemikiran dapat mencari kesan dan sebab-sebab untuk melahirkan perancangan dan pelaksanaan. Kekhuatiran akan membawa kekusutan fikiran dan tekanan perasaan.
Seorang pakar psikologi – Robert Louis Stevenson berkata:
“Sesiapa sahaja boleh membuat kerjanya, walau bagaimana berat, untuk satu hari. Sesiapa sahaja boleh hidup dengan riang, penuh kesabaran, kasih sayang, bersih, sehingga matahari jatuh. Dan inilah sebenarnya makna kehidupan.
Ingatlah, jangan sampai menunggu untuk menjadi ahli falsafah bagi mengamalkan prinsip: Hidup dalam lingkungan hari ini. Kita lebih kuat daripada apa yang kita jangkakan! Justeru, di sisi orang beriman, Allah sentiasa berada disisi. When God is your friend, who is your enemy?
sumber : genta rasa
iman's note: artikel ini benar-benar beri hati ini rasa agar terus merasai nikmatNya. Alhamdulillah.
**imannurbalqis**
...nota si penulis AR : 18.0...
Sesungguhnya anak-anak akan lebih terkesan dengan apa yang dia lihat dari tingkah laku ayahnya berbanding nasihat dan teguran ayah dalam mendidik. Kita sering mengajar anak kita supaya bertanggungjawab namun kita seringkali juga meringan-ringankan menunaikan janji kita terhadapnya yang selalu kita ukir untuk minta pertolongannya atau melepas diri dari 'gangguannya'. Kita mahu anak kita sentiasa mengambil berat pesanan dan nasihat kita tetapi dalam masa yang lain apabila ada sesuatu yang ingin dia sampaikan kepada kita, kita mendengarnya sambil membaca surat khabar dan sebagainya.
Berikut ini adalah tulisan Syed Qutb untuk Ayahnya yang menggambarkan kesan tingkahlaku seorang ayah dalam melahirkan anak yang soleh.
Kepada jiwamu, ayahandaku, karya ini ku persembahkan. Ketika aku masih kecil, engkau telah bangkitkan rasa takutku terhadap Hari Qiamat. Memang, engkau tidak pernah memberiku nasihat atau berusaha menakut-nakuti. Tapi aku saksikan sendiri, betapa Hari Akhirat selalu menjadi perhitungan dalam hidupmu. Hari Akhirat adalah buah bibir dan buah hatimu. Engkau sentiasa memandang keras dan sungguh-sungguh terhadap kewajibanmu tapi sebaliknya, engkau begitu bertolak ansur dalam memenuhi hakmu sendiri. itu kerana engkau takut pada Hari Akhirat. Engkau selalu memaafkan perbuatan jahat orang lain padamu, padahal engkau mampu membalasnya agar dapat menjadi tebusan di Akhirat. Kadangkala engkau dermakan pula sesuatu yang menjadi keperluanmu dengan harapan kelak memperolehi kemudahan di hari itu.
Engkau selalu dalam bayanganku, apalagi pada saat-saat kita selesai makan malam, lalu engkau membaca Al fatihah dan mempersembahkannya kepada arwah kedua orang tuamu sementara kami anak-anakmu yang masih kecil bersama-sama mengikuti bacaanmu ayat demi ayat, kerana belum mampu menghafalnya dengan sempurna.
Semoga jiwamu, ayahandaku, karya ini ku persembahkan. Semoga engkau dapat menerimanya dan Allah juga berkenan. Hanya Allah yang memberi petunjuk kepada yang baik dan benar.
iman's note: Pelihara dan perbaiki akhlak kita. Moga tindak-tanduk kita sama berbakti pada Islam.
**imannurbalqis**
...iklan 6...
Bingkisan Jaulah di Perak (Ipoh, Kuala Kangsar)
Berkesempatan menziarahi seorang junior di Kuala Kangsar. Paling ana tak sangka, ibunya masih mengenali ana. "Ini JPP yang jaga waktu pendaftaran dulu kan. Kita bersembang dulu tu" Allahuakbar. 2009, ana berjumpa di kolej kediaman, bertanya khabar dan beramah mesra. 2011, bertemu di rumah beliau dan beliau menyatakan masih mengingati kata-kata ana yang tiga tahun sudah dilafaz. Kuat ingatan ibu Husna.
Allah telah menciptakan beragam ciptaan yang tak terhitung jumlahnya untuk direnungkan. Segala sesuatu yang kita saksikan dan rasakan di langit, di bumi dan segala sesuatu di antara keduanya adalah perwujudan dari kesempurnaan penciptaan oleh Allah. Subhanallah.
Syukran jazilan khathira illa ukhti Rahmah yang benar-benar menjaga kebajikan ana sepanjang berada di sana. Sehinggakan disediakan bekalan makanan untuk dimakan dalam bas sepanjang perjalanan pulang. Jazakillah kepada ukhti Atiqah atas kesudian membawa kami bersiar-siar dari Manjoi - Kuala Kangsar - Tambun - Manjoi. Saudari Laila, juga sama seperti ana yang sedang melancong.
Sahabat, mengenalimu satu kesyukuran, bergurau denganmu satu kebahagiaan, menyakiti hatimu akan ku elakkan. Satu permintaan dariku semoga ikatan ukhuwah kita kan berpanjangan.
Setiap manusia mempunyai jalan cerita hidup masing-masing. Allah s.w.t menciptakan kejadian alam dengan pelbagai kesan dan natijah yang berbeza-beza. Begitu juga dalam kehidupan seorang insan yang begitu kerdil dan tidak punya apa-apa. Digelar sebagai makhluk terpilih, sudah tentulah diari hidup manusia atau insan itu disulami dengan coretan dugaan dan ujian yang silih berganti. Setiap seorang dicabar Allah s.w.t dengan pelbagai cara yang berbeza-beza.
iman's note: Ada tak sesiapa yang nak taja tiket ana tengok sakura putih kat Jepun?
**imannurbalqis**
...nota si penulis AR : 11.0...
Bismillahirrahmanirrahim... Assalamu’alaikum w.b.t dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca laman ini. Segala puji bagi Allah SWT Pencipta sekalian alam. Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Alhamdulillah, kita masih lagi bernafas di muka bumi Allah dengan nikmat iman dan Islam. Tiada lafaz yang lebih mulia melainkan rasa syukur atas segala nikmat yang dikecapi dalam sedar mahupun tidak. Tiada juga kegembiraan yang terungkap melainkan diri ini dapat melakukan yang terbaik demi Islam tercinta. InsyaALLAH. Masa terus menginjak tanpa menunggu sesiapa. Malam ini sudah masuk bulan Zulkaedah, Syawal 1432H terus menjadi memori semalam.
Rasa syukur yang tidak terhingga ana panjat kepada ALLAH s.w.t kerana memberi peluang untuk ana terus mengetik aksara di papan kekunci ini dalam menyusun bait-bait untuk kita sama-sama koreksi diri. Entah mengapa sejak akhir-akhir ini rasa untuk menulis entry suam-suam kuku. Kadang-kadang terus beku. Moga diberi kekuatan untuk terus bertinta. Allahu Allah. Sekarang ana dan sahabat-sahabat di kampus sibuk dengan persediaan untuk pembentangan seminar bagi kajian tindakan yang telah dijalankan di sekolah. Macam-macam halangan dan rintangan yang dihadapi oleh rakan-rakan seangkatan ana untuk menyelesaikan tugasan ini. Sampai satu tahap dah tak tahan nak dengar orang sebut 'Takut', 'Risau', 'Berdebar', terkeluarlah 'statement', "anggap pembentangan kajian yang dijalankan adalah salah satu cara untuk memperkembangkan potensi diri. Tidak perlu takut untuk dinilai kerana di situ ada ruang untuk kita perbaiki diri kita. Paling penting 'think +'. Ingat, kita adalah apa yang kita fikirkan" Masih menunggu ketibaan hari itu. Moga dipermudahkan urusan dan diberi kelancaran pengendaliannya.

Itu cerita rencah hidup sebagai seorang guru pelatih tahun akhir. Ini pula cerita di sebalik tangisan Zinnirah, srikandi Islam Hamba Umar. Siapa Zinnirah? Ana kenal srikandi nama Zinnirah ini waktu di sekolah menengah dulu. Melalui lagu Zinnirah nyanyian kumpulan UNIC. Nampaknya, muzik turut membantu dalam penyebaran sirah Islam. Alhamdullillah. Baiklah, kali ini ana nak cerita tentang Zinnirah.
Zinnirah adalah seorang gadis yang berasal dari Rom. Kehidupan keluarganya sangat miskin dan dalam keadaan serba kekurangan. Ketika berlaku satu peperangan besar di Rome ,Zinnirah terpisah daripada keluarganya lalu menjadi tawanan perang. Sejak itu, dia dijual sebagai hamba dan sering bertukar tangan. Sepanjang menjadi hamba abdi, Zinnirah dilayan dengan kasar dan adakalanya diperlakukan seperti binatang oleh tuannya. Suatu hari Zinnirah berkenalan dengan seorang hamba yang senasib dengannya. Perkenalan itu akhirnya membawa Nur Islam dalam diri Zinnirah kerana hamba itu menerangkan ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah. Penerangan yang tulus itu membuka hati Zinnirah untuk memeluk Islam. Namun, dia terpaksa melakukan ibadat secara rahsia kerana tuannya memusuhi Islam.
Nasibnya lebih malang apabila dia bertukar tangan kepada bangsawan Quraisy yang sangat berpengaruh masa itu, Umar Al-Khattab. Ketika itu, Umar belum memeluk Islam dan juga tidak mengetahui keIslaman Zinnirah. Umar yang sangat memusuhi Rasulullah terkenal dengan bengis dan kasarnya sehingga digeruni, baik lawan maupun kawan. Akhirnya, Umar mengetahui mengenai keIslaman Zinnirah apabila suatu hari dia mendengar gadis itu membaca al-Quran. Ini menimbulkan kemarahan Umar yang mahu menghukumnya dengan siksaan berat.
“Tahukah kamu apa hukuman yang layak untukmu?” Tanya Umar keras dengan wajah bak singa sambil mengheret Zinnirah ke tengah padang pasir. Di situ, Umar mengikat kaki dan tangan Zinnirah dan menjemurnya di tengah panas terik. “Inilah caranya supaya kamu insaf,” katanya lalu meninggalkan Zinnirah di situ.
Walaupun mukanya perit dipanah matahari dan kehausan, Zinnirah tabah menghadapi penderitaan itu sambil mulutnya tidak berhenti membisikkan Allah...Allah...Apabila melihat hamba abdinya belum insaf, Umar menyeretnya ke pinggir kota dan mengikatnya di tiang. Dia menyuruh orang mengorek mata Zinnirah sehingga buta. Walaupun darah bercucuran daripada matanya dan dia diejek oleh orang kafir Quraisy yang percaya dia dilaknat tuhan Lattadan Uzza, iman Zinnirah tidak luntur malah mampu berkata, “Sekalipun aku dibunuh, kepercayaanku masih tetap pada Allah yang Esa."
Penderitaannya itu akhirnya sampai ke pengetahuan Abu Bakar as-Siddiq yang membeli Zinnirah dengan harga tinggi. Sejak itu, dia tekun beribadat dan dengan kurnia Allah, kedua-dua matanya yang buta itu bercahaya semula. Peristiwa yang mengagumkan ini menyebabkan ramai orang Quraisy memeluk Islam.
Di sebalik hina dan siksa dari tuan yang bengis, ada keteguhan pengharapan pada penciptaNya dalam bisikan seorang hawa. Di sebalik keperitan dirobek matanya, ada sinar cahaya buat Islam untuk terus berkembang. Di sebalik tangisan kehambaan Zinnirah, ada kegagahan iman dalam jasad seorang wanita Islam. Zinnirah, hamba tawanan yang begitu cekal menyebut nama Mu saat nyawanya diratah Umar. Namun, musuh tak selamanya musuh. Akhirnya, kembali menjadi hamba bertuhankan ALLAH. Zinnirah, seorang wanita biasa, yang mungkin tidak dikenali, yang tidak punya harta atau ijazah tetapi mendapat pujian daripada Allah. Para malaikat mendoakan kesejahteraannya. Mata kasarnya buta tapi mata hatinya celik, disinari dengan cahaya keimanan serta keyakinan kepada Allah.

Kesabaran seseorang muslimah dalam mempertahankan akidah Islam ketika menghadapi suasana penindasan yang hebat merupakan contoh kesabaran yang agung. Pegangan akidah yang bertunjangkan tauhid kepada Allah adalah harta yang tiada ternilai bagi setiap individu muslim. Ia merupakan cahaya yang menyinari hidup insan dan menjadi penyelamat dalam mengharungi kesengsaraan kacau-bilau hari pembalasan kelak. Perkembangan dakwah Rasulullah S.A.W pada peringkat awal banyak dibantu oleh kesabaran kaum muslimin dan muslimat dalam mempertahankan akidah mereka yang telah terpahat kukuh dalam hati sanubari mereka. Keimanan yang jitu dan kesanggupan mereka mengharungi keperitan hidup telah membuahkan hasil yang amat berharga dalam sejarah perkembangan Islam. Hingga ke hari ini Islam masih kekal dan terus mekar dalam jiwa umat Islam. Subhanallah. Allahuakbar. Alhamdulillah.
iman's note : mencari Zinnirah yang seterusnya. Moga semangatnya ada dalam diri yang serba kekurangan ini.
**imannurbalqis**
...nota si penulis AR : 2.0...
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera buat semua sahabat-sahabat dan pembaca blog ana. Segala pujian bagi ALLAH s.w.t, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, keluarganya, para sahabat serta tabiin sekalian. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk terus mengetik aksara-aksara dalam meninggalkan sedikit perkongsian di laman ini. Ana akui sememangnya ilham yang ada dalam melakar bait-bait indah ini adalah dengan izin ALLAH jua hendakNya.
Seperti yang ana katakan pada 'entry' yang lalu, ana hanya akan 'update' entry setelah menyelesaikan bab-bab dalam penulisan laporan kajian tindakan ana. Maklumlah, apabila bergelar blogger tak lari dari perasaan nak 'update' blog. Apatah lagi bila melihat sahabat-sahabat blogger makin rancak meng'update' blog mereka. Alhamdulillah, untuk bab 1.0 dalam penulisan kajian tindakan telah diterima oleh pensyarah penyelia setelah dua hari membetulkan struktur ayat. Bak kata pensyarah penyelia ana, "Bila baca pengenalan kau, aku nak rasa ada ummphh. Macam minum kopi, hirupan yang pertama akan buat orang nak habiskan secawan kopi itu." Walaupun pensyarah penyelia ana ini berbangsa Cina dan major subjek fizik tapi ayat Bahasa Malaysia memang bagus. Memang inilah tandanya(^_^)b. Ana pula jadi segan.

terserah pada kita kerana kita punya pilihan
Malam ini dah masuk 15 Syaaban. Alhamdulillah, masih lagi diberi nyawa oleh ALLAH untuk ana terus merasai kehidupan hari ini. Moga diberikan kesempatan untuk merasai kehadiran Ramadhan kali ini. Kali ini ana nak kongsi apa yang berlaku pada diri ana hari ini. Pagi tadi waktu perhimpunan, ada seorang sahabat ana bagi sejumlah duit kat ana lepas dia tolong ana serahkan jubah konvokesyen pada graduan KPLI yang tak dapat hadir. Ceritanya bermula :
Minggu lepas, ada graduan KPLI kampus ana hubungi ana untuk minta tolong ana ambilkan jubah konvokesyen. Kakak tersebut tidak dapat pengecualian dari sekolah untuk ke kampus ambil jubah seperti yang dijadualkan. Lagipun sekolahnya jauh. Oleh kerana, ana kenal graduan KPLI tersebut ana pun tolong ambilkan sebab di kampus ana kalau nak jadi wakil untuk ambil jubah konvokesyen, tanggungjawab menjaga jubah itu diserah 100% pada yang menjadi wakil. Waktu ana ambil jubah itu, macam-macam lah yang kena tulis. Antaranya : nama, unit, no telefon, no i/c dan no bilik kolej kediaman. Siap pesan lagi, kalau ada kerosakan atau jubah dipulangkan lewat bayarannya sehari RM20. Semua bawah tanggungjawab wakil. Ana kata pada pegawai yang memberi jubah, "InsyaALLAH, saya yakin jubah ini akan dipulangkan dengan keadaan baik dan mengikut ketetapan yang telah dinyatakan. Saya percaya puan semua pelatih guru keluaran IPG kampus ini bertanggungjawab orangnya".(^_^) Bagi ana tak salah kita nak bantu orang tatkala orang sangat memerlukan pertolongan kita. Kalau bukan ana siapa lagi nak bantu kakak tu.
Oleh kerana ana perlu pulang ke rumah Jumaat petang, ana serahkan pada kawan ana yang tak balik untuk bagi pada kakak tu. Bila kawan ana serahkan sejumlah duit(agak besar jumlahnya) pada ana atas pesanan kakak tu suruh bagi. Ana jadi pelik. Terus ana mesej kakak tu :
Ana : Kak, duit RM ini untuk apa? Akak lewat hantar jubah ke?
Kakak : Bukan, itu duit belanja untuk awak.
Ana : Ya ALLAH, saya memang nak tolong akak. Tak jadi masalah pun untuk ambil jubah itu. Tak perlu bayar. Banyak ini.
Kakak : Tak pa, dik. Ambillah. Rezeki awak, ALLAH yang bagi.
Allahuakbar, ana tak sangka betul. Dengan hanya membantu mengambil jubah tapi rezeki kewangan yang datang. Alhamdulillah, dapat juga ana bayar duit buku, majalah kampus dan yuran unit tanpa perlu ke ATM. Hebat sungguh aturan ALLAH s.w.t. dalam keadaan menerima berita pemulangan semula wang elaun untuk bulan Disember. ALLAH s.w.t tak pernah mengecewakan, jika kita benar-benar memahami konsep sebenar pertolongan.
Dulu, waktu ana sekolah rendah. Ana ingat lagi arwah nenek ana kalau balik tidur di rumah ana selalu belikan nasi lemak. Arwah akan belikan dua bungkus. Kadang-kadang tiga. Arwah kata, "Nasi ini satu untuk kakak, satu lagi bagi pada kawan kakak kat sekolah yang susah. Yang tak ada duit belanja." Ana kata, "Wan, beli nasi lemak nak sedekah yea? Kenapa tak bagi duit?." Arwah kata, "Kita sedekah pada orang bukan setakat wang, makanan, pakaian malahan doa, tenaga, masa, senyuman juga boleh disedekahkan." Ana pun buat apa yang disuruh, sampai waktu arwah meninggal, kawan-kawan yang menerima nasi lemak tersebut datang ziarah, bacakan ayat-ayat al-quran dan yaasin. Waktu itu sangat-sangat mengharukan sebab ana di asrama. Ana sampai rumah, arwah sedang dikafankan. Rezeki nenek ana di situ.
Memang ana ingat pesanan arwah nenek. Sedekahlah dengan apa yang kita mampu. Prinsipnya mudah, bersedekah dalam Islam bukan sekadar memberi wang ringgit kepada mereka yang memerlukan. Konsep bersedekah dalam Islam adalah luas, membabitkan perkara yang membawa kebaikan. Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud: ”Setiap sendi manusia perlu bersedekah, setiap hari matahari terbit ada orang yang mengadili dua orang adalah sedekah”. Membantu orang dengan menaikkan barangannya ke atas binatang tunggangannya adalah sedekah. Satu kalimah yang baik adalah sedekah. Setiap langkah untuk pergi mengerjakan solat adalah sedekah dan membuang sesuatu yang merbahaya di jalanan adalah sedekah.(Hadis riwayat Bukhori)

bantulah selagi mampu walaupun siapa kita
Setiap kebaikan yang dilakukan sama ada dalam bentuk kerohanian dan fizikal sebenarnya adalah sedekah. Amalan sedekah juga lambang kebenaran iman kerana makna sedekah itu sendiri bermaksud benar. Orang yang bersedekah adalah mereka yang benar dan mempercayai kebenaran ajaran Islam yang suci. Setiap orang yang benar dan berbuat kebajikan nescaya diberkati Allah dengan kesejahteraan hidup dan mendapat rahmat. Orang yang bersedekah adalah dermawan, manakala yang bakhil adalah seteru Allah.
Rasulullah s.a.w pun telah bersabda :
مَا نَقَصَ مَالُ مِنْ صَدَقَةٍ
Harta tidak berkurang kerana bersedekah. (HR. Muslim)
Hadith ini merupakan jaminan keamanan dari kefakiran kita oleh ALLAH s.w.t. Kita telah mendapatkan jaminan, takkan menjadi miskin karena bersedekah. Bahkan dalam hadits lain, Rasulullah s.a.w menceritakan, "Tidaklah seorang hamba berada di pagi hari kecuali dua Malaikat turun kepadanya, yang salah satunya berkata: Ya Allah, berilah orang yang berinfak gantinya. Dan yang lain berkata: Ya Allah, berilah orang yang kikir kerosakkan." (HR. Bukhari-Muslim)
Kedua hadith ini mengindikasikan bahawa dengan bersedekah, harta seseorang akan semakin bertambah, barakahnya mahupun jumlah harta itu sendiri. Sebagaimana firman ALLAH s.w.t:
وَمَا أنْفَقْتُمْ مِنْ شَيْئٍ فَهُوَ يَخْلِفُهُ
Dan segala yang kamu nafkahkan, tentu akan digantikan oleh ALLAH s.w.t. (QS. Al-Hasyr : 39)
Maka dari itu sahabat-sahabat sekalian, kita tidak perlu khuatir bahawa rasa syukur kita dan sedekah kita akan mendatangkan kesulitan bagi hidup kita. Kita tidak perlu khuatir bahawa syukur dan sedekah akan mengurangi kenikmatan kita. Marilah kita mensyukuri segala nikmat ALLAH s.w.t dengan segenap daya untuk semakin mengaplikasikan ketakwaan kepadaNya. Sedekahkan apa yang kamu mampu kerana setiap kemampuan kita adalah milik ALLAH s.w.t. Moga kehidupan kita lebih diberkati.
Entry lain yang berkaitan : ...Sedekah Amalan Pembuka Pintu Syurga...
iman's note : maaf buat kak Nurul sekeluarga kerana tak dapat memenuhi jemputan hadir ke Majlis Aqiqah Damia Qaisara. Hanya doa yang mampu dititipkan buat Mia. Moga keluarga akak sentiasa dalam rahmat & kasih-sayang ALLAH.
**imannurbalqis**
...panggilan CINTA dari sang PENCINTA...
Sayyidina Bilal ra, muadzin Nabi SAW, seorang yang asalnya budak dan sekarang kita panggil sayyid (tuan) kerana kemuliaannya menjadi sahabat Nabi Muhammad SAW.
Setelah wafat Nabi Muhammad SAW, ia pun meninggalkan kota Madinah, kerana merasa tidak mampu untuk tinggal di kota Nabi – tanpa Nabi. Selang beberapa waktu setelah tinggal di kota tujuannya, beliau memimpikan Rasulullah SAW yang mengisyaratkan untuk kembali ke Madinah. Maka beliau pun kembali ke Madinah.
Setibanya di Madinah, disambut oleh sayyidina Abu Bakar Shiddiq ra dan memintanya untuk kembali menjadi muadzin di kota Madinah sebagaimana dulu ia azan untuk Nabi SAW. Beliau menolak, seraya berkata
“Tidak akan saya azan selain untuk Nabi SAW,”
Sayyidina Umar ra pun memaksa dan Bilal menolak. Sayyidina Usman dan Sayyidina Ali ra memaksa dan beliau masih menolak.
Maka pulanglah Sayyidina Ali dan membisikkan kepada kedua anaknya, Sayyidina Al-Hasan dan Al-Husain, untuk meminta Bilal azan di Madinah. Maka ketika sayyidina Al-Hasan dan Al-Husain meminta Bilal untuk azan, beliau berkata,
“Bagaimana saya menolak permintaan yang disampaikan dari lisan yang pernah dikecup Nabi SAW.”
Datang waktu solat. Bilal naik ke atas masjid, lalu mengumandangkan:
ALLAHU AKBAR
ALLAHU AKBAR
Sebahagian sahabat di Madinah yang tidak mengetahui kedatangan Bilal tersentak kaget, lalu bergembira, seakan terbangun dari mimpinya,
“Ada Bilal bererti ada Nabi SAW,” mengharap wafat Nabi SAW cuma mimpi.
ALLAHU AKBAR
ALLAHU AKBAR
Bergegas seluruh penduduk Madinah. Mereka keluar dari rumah mereka dengan hati bergetar penuh kerinduan.
ASYHADU ALLAA ILAAHA ILLALLAAH
Mereka menuju masjid Nabi SAW, melihat Bilal.
ASYHADU ALLAA ILAAHA ILLALLAAH
mencari Rasulullah SAW
dimana…?
mana…?
ASYHADU ANNA MUHAMMADAR RASULULLAH
Gemuruh esak tangisan kesedihan kerinduan para sahabat di kota Madinah. Bilal pengsan, tak meneruskan azannya.
Yaa Muhammad…!
hanya Bilal….
Mana Muhammad SAW…?
Di hati mereka, para sahabat, selalu hidup menyinari hati dan keimanan mereka dan di hati para solihin, pencinta Muhammad SAW, bahkan selalu bersama mereka tak terpisahkan.

seruan cinta dari pencipta
شوقي إلى دار الحبيب محمد شوق تمكن في الحشا وتكتما
دار حوت نعم الإله جميعها مذ فيهـا خير عبد قد نمـا
Rinduku pada daar Muhammad SAW
rindu yang tersimpan dan terpendam di hati
daar tempat terkumpulnya seluruh nikmat Allah
karena telah tinggal di dalamnya hamba terbaik dan tersuci
(Syair Al-Habib Ali bin Muhammad Al-Habsyi)
sumber : klik sini
iman's note : Subhanallah. Bergetar rasa hati tatkala menamatkan bacaan cerita ini. Terasa esak tangisnya waktu ini. Yang pasti sedang merinduiNya.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
**imannurbalqis**
...misi cuti 1 : reading BOOKS...
Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada semua pembaca entry ana. Segala puji hanya bagi Allah S.W.T., Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang dan Maha luas ilmu pengetahuannya, yang dengan nikmatnyalah sempurna segala kebaikan dan keberkatan. Selawat dan Salam semoga dilimpahkan Allah kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah S.W.T. kerana dengan pertolongan Allah yeng telah memberi taufik dan hidayat serta dengan keizinannya, dapat juga ana mengisi laman sesawang ini dengan entry yang bermanfaat. InsyaALLAH.
hak milik kerajaan : rak buku
hak milik persendirian : buku-buku
Walaupun dah menjengah ke waktu pagi namun sepasang mata ini masih tidak mahu ditutup selepas siap mengemas bilik untuk ditinggal selama tiga minggu. Bilik perlu dikosongkan untuk dijadikan bilik penginapan bagi peserta-peserta Sukan Institusi Pendidikan Malaysia (SIPMA) kali ke-IV. Jadi, kena la akur dengan arahan yang telah diberikan walaupun barang sangat banyak. Cukuplah dikosongkan kawasan meja belajar, kawasan cermin dan tempat menyimpan makanan untuk kegunaan mereka. Iyealah, status pelatih guru tahun akhir di kampus. Kumpul barang dari foundation sampai tahun yang kelima. Tak tau la macamana gayanya.(^_^) Dalam pada masa mengemas barang-barang berharga yang perlu disimpan, kemas sekali barang-barang yang nak dibawa balik ke rumah. Memang jenis ana bawa barang penting. Ada la dalam 3 beg. Opps, jangan salah sangka. 3 beg itu adalah beg galas, beg pakaian dan hand beg. Sampai ada yang kata, bawa balik nie jea ke? Sikitnya. Aish, takkan nak bawa barang balik banyak-banyak. Dah la, Dato' K tak mai datang ambil. Naik bus loncat-loncat. Pening la kepala bawa barang banyak-banyak. Lagipun kat rumah dah ada semua kelengkapan. Kita mesti sistematik bab-bab nie. Betul tak?
Ok, terus pada isi yang ana nak ceritakan. Dalam tengah kemas-kemas barang nak dibawa balik. Ana terpandang tempat yang mesti ana pastikan sentiasa kemas. Rak Buku. Hati kalau lara pun, bila pandang rak buku ini mesti rasa senang hati. Salah satu mission cuti ini ialah nak habiskan bahan bacaan yang dibeli dan tak dikhatamkan bacaannya lagi. Jadi, antara buku yang terpilih untuk diamati setiap aksara dan isi bukunya ialah :
1)

oleh John C. Maxwell
Harga: RM RM14.00 / RM RM16.00
ISBN-13: 978-967-369-092-3
Tarikh Terbit: 6 Apr 2011
Jumlah Muka Surat : 120
Kategori: Bantu Diri
Penerbit: PTS Professional Publishing Sdn Bhd
Sebab pemilihan : Short and precise. Buku ini memberi pandangan tentang cara untuk menjadi pemikir yang kreatif dari sudut dunia masa kini. Buku ini juga membongkarkan cara menggunakan potensi pemikiran kreatif, membangunkan idea dan belajar daripada pengalaman. Semua ini bagi memahami masa depan dengan lebih baik dan seterusnya menjadi insan yang berjaya. Ada 11 rahsia pemikiran semuanya, ana baru selesaikan dua rahsia "Berfikir Secara Big Capture" dan "Berfikir Dengan Fokus".
2)

oleh Shayuthy Abdul Manas
Harga: RM 16.00 / RM 19.00
ISBN-13: 978-9677-5137-13-6
Tarikh Terbit: 4 Aug 2008
Jumlah Muka Surat : 128
Kategori: Islam, Gaya Hidup, Politik & Sejarah
Penerbit: PTS Islamika Sdn Bhd
Sebab pemilihan : Suitable for me. Nak terlibat dalam politik ke?(^_^) Kalau diberi peluang, insyaALLAH. Namun sebab utama, buku ini dipilih adalah kerana suasana kepimpinan di kampus ana sekarang. Iyelah, di kampus semua warga pelatih gurunya perempuan. Walaupun sudah tiada taklifan di kampus namun ingin mereflek semula tanggapan masyarakat berkenaan kepimpinan wanita dalam Islam.
3)

oleh Andrea Hirata
Harga: RM 20.00 / RM 23.00
ISBN-13: 978-967-5783-57-9
Tarikh Terbit: 6 Apr 2011
Jumlah Muka Surat : 521
Kategori: Novel Dewasa Umum
Penerbit: PTS Litera Sdn Bhd
Sebab pemilihan : Profitable. Dua novel dalam satu harga. Jimat.(^_^)b Kalau orang yang kenal ana, memang ana suka baca novel. Ana banyak belajar bina pandangan dari bacaan novel. Lepas baca, ana buat kritikan atau ulasan tak bertauliah. Tak semua novel ana ambil, yang kena dengan jiwa jea. Lagipun, novel ini penulisnya adalah penulis novel Lasykar Pelangi. Ana bagi sedikit sinopsis novel ini :
Novel Padang Bulan bermula daripada kisah seorang gadis kecil berusia 14 tahun, Enong namanya, yang sangat gemar pada pelajaran bahasa Inggeris, namun secara mendadak terpaksa berhenti sekolah dan mengambil alih seluruh tanggungjawab keluarga.
Cinta di Dalan Gelas berkisah tentang perjalanan nasib Enong, melalui gaya khasnya - mentertawakan kepedihan, memparodikan tragedi, mengkritik tanpa perlu menjadi sarkastik. Kisah Enong menjadi seperti panggung dalam lembaran-lembaran kertas. Enong jatuh, bangun, jatuh lagi dan bangun lagi. Kisah Enong bukan sekadar kisah sebuah keluarga yang sederhana, namun kisah impian seorang anak kecil, kisah keberaniannya menjalani hidup dan kisah seorang lelaki yang menjadi berantakan kerana tragedi cinta pertama.
4)

Oleh Suhaimi Mamat (Pakcik Sains)
Kod Katalog : TBBK 1104
Kod ISBN : 978-967-5102-47-9
Jumlah Muka Surat : 176
Harga : RM23.00 / RM25.00
Penerbit : Telaga Biru
Sebab pemilihan : Becoming Science Teacher.(^_^)v Buku ini ana beli tahun lepas lagi sewaktu debaran menantikan peperiksaan akhir semester 5 tapi baru habiskan baca 30 eksperimen. Ada lagi 50 eksperimen yang tak dijengah lagi. Alhamdulillah, ada juga yang ana praktis waktu praktikum hari itu. Sangat best sebab praktikal. Sesuai untuk kanak-kanak dan juga cikgu sekolah.
5) Proposal Kajian Tindakan :
MENINGKATKAN TAHAP PENGUASAAN KPS MURID-MURID TAHUN 4 DENGAN KAEDAH AMALI DALAM TAJUK KEPERLUAN ASAS TUMBUHAN.
Oleh Norzarina Kamarudin
Jumlah Muka Surat : 22
Diluluskan setelah empat kali diperbaiki.
Sebab pemilihan : My responsibility. Memang kena jadi rujukan untuk buat instrumen bagi kajian tindakan yang akan dilaksana pada semester depan. Moga dapat diselesaikan dengan jayanya kajian tindakan ini dan dapat dibentangkan dapatannya dalam seminar dengan baik.
Itulah antara bahan bacaan yang akan dihabiskan waktu cuti tiga minggu ini. Mampu atau tak, jawapannya ada pada si pembaca.(^_^)Sebagai seorang bakal guru, seharusnya membaca itu menjadi satu kewajipan harian kita. Pilihlah bacaan yang sesuai dan memberi faedah pada kita kerana membaca juga perlukan masa. Jangan dibazirkan masa dengan membaca perkara yang tidak bermanfaat. Di sini ana ingin berkongsi fakta dengan kalian tentang tahap budaya membaca ummah Islam khususnya di negara-negera Arab berbanding negara Jepun dan Eropah. Statistik ini ana petik daripada Majalah Solusi keluaran Isu 18. Kajian ini telah dibuat oleh Dr. Raghib al-Sirjani. Hasil kajian beliau seperti berikut:
Jepun : 40 buah buku setahun
Eropah : 10 buah buku setahun
Arab : 20 HELAIAN BUKU SETAHUN!
Bagaimana pula di negara kita, Malaysia sebuah negara Islam di rantau Asia Tenggara. Kajian yang telah dibuat pada tahun 2005 menunjukkan budaya membaca dalam masyarakat kita ialah 2 BUAH BUKU SETAHUN! Jenis-jenis bacaannya pula seperti berikut:
Surat Khabar : 77.4 %
Majalah : 3 %
Buku : 3 %
Komik : 1.6 %
Nah, apa yang dapat anda simpulkan tentang perkara ini? Sepatutnya, dalam kalangan umat Islam budaya membaca ini adalah perkara yang paling tinggi dan perlu dititikberatkan. Ini kerana wahyu pertama yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad ialah berkaitan dengan perintah MEMBACA.
Firman Allah (maksud):
"Bacalah dengan nama Rabbmu yang telah menciptakan" (al-'Alaq:1)
Namun, yang paling penting sekali, tadabbur Al-Quran wajib untuk dilakukan setiap hari. Sekiranya, waktu belajar tak sempat habis satu juzu', takkan cuti tiga minggu tak boleh habiskan. Kalau tak mampu, bacalah kalimah-kalimah suci dari ALLAH itu. Moga kita dapat membina hubungan dengan ALLAH. InsyaALLAH, kita cuba semampu mungkin untuk mengisi hari-hari cuti dengan perkara yang berfaedah.
ruang sebelah kanan
ruang sebelah kiri
iman's note : Kepada peserta SIPMA yang mendiami bilik CS-G-10 di blok kediaman Cempaka Sari, anda dibenarkan untuk membaca buku-buku yang ada di rak saya. Namun, sila jaga dengan baik keadaan bukunya dan letak semula ditempatnya. Tidak dibenarkan untuk membawa pulang. Saya sayang buku-buku saya.
**imannurbalqis**
...USRATI...
...MAN ANA...
...PETI SURAT...
...MASA...
...TAWARIKH...
...MUTIARA KATA...
...AHLAN WASAHLAN...
...INTERAKSI MAYA...
...INTELLECTUAL CALIPH...
...LAMAN INFORMASI...
...SMKA SHAMS,N9...
-
Student Mummy8 years ago
...INTRA IPGKPM...
-
`madam`11 years ago
...PRODUK IPGM...
-
Penyesalan7 years ago
-
assalamualaik zainal anbiya- lirik qasidah11 years ago
-
2014 : 22 days before ramadhan..11 years ago
-
Jiddiyah si Pemuda Rabbani12 years ago
-
Adakah Lagi Pengampunan12 years ago
-
-
mac 201313 years ago
-
Meting Sekolah 27-12-1213 years ago
-
Kembali Menemui Rab...13 years ago
-
Bahaya Khurafat sepanjang Euro 201213 years ago
-
Gerhana Bulan : Bukti Kebesaran Allah13 years ago
-
Kan ku Cuba...13 years ago
-
Dahsyatnya Tenaga DOA14 years ago
-
Aktivis Muslimah Harapan Rasulullah15 years ago
-
-
-
-
...BICARA MAYA...
Powered by Blogger.

















