.::I'M ONLY SERVANT OF ALLAH::.

"Di perhentian terakhir itulah manusia akan hidup berkekalan sama ada dengan limpahan NIKMAT selama-lamanya atau menghadapi AZAB, juga selama-lamanya. Sebelum tiba di titik pengakhiran itu, manusia akan terus mengembara..."

...JALINAN UKHUWAH...

...MELAKAR PELANGI...

Daisypath Anniversary tickers

...KEEP IN MEMORY...

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

PERMATA HATI UMMI ABI

Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

...semakin bertambah usia kita, adakah semakin bertambah amalan kita ?...

salam perkongsian...
apa khabar kita hari ini???dari segi fizikal, mental & tdk lupa juga rohani kita???alhamdulillah ana masih lagi diberikan peluang dan ruang utk sama2 dlm mjalani aktiviti sebagai seorg hamba ALLAH di muka bumi ciptaan ALLAH yang indah ini...bersyukur juga ana kerana masih diberi masa untuk "top up" semula ruang2 yg lompang dlm diri ini dan menembah tabungan utk mbeli tiket ke syurga ALLAH nnti...hari ini adalh 1.april.2009...dlm keadaan xsedar masa itu berlalu...kejap jea dah nak setengah tahun...klu difikir dan direnung apa yg telah dilakukan dahulu, risau jg...coz adakah perkara2 itu mberi impak yg positif dlm diri @ sekadar memenuhi ruang yg ada...cukup x lagi amalan yg dulu...

selamat hari lahir juga ana ucapkan kepda semua sahabat2 yg telah menjengah ke usia matang....ana doakan semoga antunna dipanjangkan umur, dimurahkan rezki dan diberi kesempatan untuk merasai khalawartul iman drpd ALLAH s.w.t...sejauh mana telah kita langkah untuk menyelusuri ilmu yg telah ALLAH taburkan di muka bumi ciptaanNYA...usia bertambah, adakah amalan kita bertambah @ sebaliknya....adakah kita sedar yg kekurangan diri kita perlu dikaji bukan mengagung2kan perkara yg memperlihatkan kekurangan diri kita...ironinya, situasi masa kini..hipotesis yg boleh ana katakan: SEMAKIN BERTAMBAH USIA, SEMAKIN KURANG RASIONAL PEMIKIRAN...hal ini kerana...seorg ibu yg berstatuskn nenek, boleh lagi menjadi penyanyi...seorg bapa, boleh lagi pergi ke pusat2 karaoke...seorang ibu boleh lagi mengajar anak ttg perkara yg boleh merosak akhlak anak tersebut...seorang pelajar yg memasuki usia 20an...masih lagi bersikap keanak2kn&tdk rasional dlm mbuat ptimbangn...bila matang itu tiba???adakah kematangan itu ditafsirkan hanya melalui penampilan???sikap???pemikiran???akhlak???cuba kita hayati sama2....
Suatu hadith lain menjelaskan, daripada Abi Burdah Al-Aslami, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda bahawa setiap anak Adam tidak akan berganjak tapak kakinya dari kanan ke kiri, depan ke belakang sehingga Tuhan bertanya empat perkara:-

1. Tentang usia bagaimana dihabiskannya.
2. Tentang harta dari mana dan ke mana dihabiskannya.
3. Tentang ilmu, apakah yang dimanfaatkan dengannya.
4. Waktu bertenaga, bagaimanakah dihabiskan tenaga itu.

Di dalam makna hadith yang baru dibacakan tadi, dua perkara yang perlu kita fikirkan ialah:-

Pertama: Soal umur, kita akan disoal dan dipertanggung jawabkan mengenai usia kita bagaimanakah kita menggunakannya. Jika kita menghabiskan usia dengan perkara yang baik, maka kebaikanlah yang kita akan nikmati, sebaliknya jika kita menghabiskan usia kita dengan melakukan keburukan maka keburukanlah yang akan diterima.

Kedua: Mengenai tenaga, ini juga melibatkan usia, oleh itu selagi kita dipanjangkan usia dan masih bertenaga, maka gunakanlah tenaga itu dengan baik bagi mendapat kebaikan. Janganlah pula usia dan tenaga itu disalahgunakan bagi melakukan perkara mungkar.

Dalam hal umur ini, patutlah kita bertanya kepada diri kita, apakah kita telah menunaikan tanggungjawab kita dalam meniti usia kita yang dikurniakan Allah Subhanahu Wataala? Kita harus ingat, orang yang dipanjangkan usia, haruslah mengambil iktibar terhadap orang lain yang tidak dipanjangkan usianya. Mudah-mudahan akan dapat menyedarkan diri kita supaya akan mempertingkatkan amal ibadat kita kepada Allah Subhanahu Wataala dan sentiasa bermohon kepada Allah Subhanahu Wataala supaya usia kita diberkati.

Jika kita merenung usia kita yang panjang, setentunya tidak sama lagi dengan keadaan semasa muda kita, maka ketika itulah kita akan menyedari bahawa usia itu sudah sampai penghujungnya. Alangkah eloknya kita memperbanyakkan taubat dan mempertingkatkan amal ibadat kita kepada Allah Subhanahu Wataala.

Ingatlah wahai kaum muslimin sekalian, bahawa Allah Subhanahu Wataala memberi peluang kepada kita untuk memanfaatkan umur ke arah kebaikan maka janganlah disia-siakan umur kita yang masih ada dan kerjakanlah segala suruhannya dan tinggalkanlah segala keburukan dan kemungkaran untuk bekalan di akhirat kelak mudah-mudahan kita tergolong daripada orang-orang yang beroleh kemenangan dan mendapat keredhaan Allah Subhanahu Wataala di akhirat nanti. Mungkin ketika muda kita tidak melakukan kerja yang baik, jadi alangkah indahnya umur yang masih ada itu digunakan untuk mendapatkan semula kebaikan yang tidak diperolehi ketika muda.

Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Baqarah, ayat 281:-
Maksudnya: “Dan peliharalah diri mu dari azab yang terjadi pada hari yang kamu semua dikembalikan kepada Allah, kemudian masing-masing diri diberi balasan yang sempurna terhadap apa yang telah dikerjakan, sedang mereka sedikit pun tidak dianiaya.”

Deduksinya, ana mengambil kesempatan ini untuk mengigatkan diri ana jg...pentarbiyah diri perlu berlaku dalam diri kita setiap hari...supaya kita sama2 sedar,kita merupakan agen kepada pembentukan diri kita...SEMAKIN BERTAMBAH USIA KITA, SEMAKIN BERTAMBAH MATANG PEMIKIRAN KITA...ana titipkan serangkap pantun yg biasa kita tuturkan ttapi sebenarnya amaran berbisa utk kita tetapi mempunyai makna tersirat....

Air melurut ke tepian mandi
Kembang berseri bunga senduduk
Elok diturut resmi padi
Semakin berisi semakin tunduk


sakura putih
010409
1218pm

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails