.::I'M ONLY SERVANT OF ALLAH::.

"Di perhentian terakhir itulah manusia akan hidup berkekalan sama ada dengan limpahan NIKMAT selama-lamanya atau menghadapi AZAB, juga selama-lamanya. Sebelum tiba di titik pengakhiran itu, manusia akan terus mengembara..."

...JALINAN UKHUWAH...

...MELAKAR PELANGI...

Daisypath Anniversary tickers

...KEEP IN MEMORY...

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

PERMATA HATI UMMI ABI

Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

...jom imarah DHUHA...

salam alaik buat sahabat-sahabat dan pembaca blog ana...diharapkan masih sihat dalam mendambakan kasih-sayang dari ALLAH s.w.t...ana nak share something yang ana rasakan ada kepentingan dalam kehidupan kita di dunia ini...sebagai seorang pelajar di sebuah institusi ana rasakan perlunya ada pengisian rohani...kesempatan waktu rehat bukan hanya untuk penuhkan perut di cafe tapi makanan kerohanian juga diperlukan...dari pukul 8am hingga 10.30am...mmg penat...lepas tue sambung plk dari pukul 11am sampai 1.30pm, baru blik hostel..mmg penat...satu petua untuk elakkan penat yang nak ana kongsikan...iaitu lepas mengamalkan solat dhuha...ana ada kekuatan..xmgantuk dalam kelas..alhamdulillah...

Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:

“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, nescaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”

(Riwayat Ahmad)

Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.



Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah solat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:

“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”

(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :

“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”

(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”


Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”

(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)


Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”

(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)


Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.

Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)



Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : ” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).

Manakala surah yang sunat dibaca selepas membaca Faatihah pada rakaat pertama ialah surah as-Syams dan rakaat kedua selepas membaca al-Faatihah disunatkan membaca surah adh-Dhuha.

Doa’ sembahyang Dhuha ialah:



Maksudnya : " Ya Allah, bahawasanya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikan itu ialah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindungan Mu. Ya Allah jika rezekiku masih diatas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika ia (dari yang) haram maka sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah, berkat waktu Dhuha, Keagungan, Keindahan, Kekuatan dan Kekuasaan Mu, limpahkanlah kepada hamba-hamba Mu yang soleh ."

ana menyeru pada diri ana & sahabat2 semua, agar kita dapat melakukan ibadah sunat ini kerana ALLAH telah menyediakan jalan yang mudah pada kita..cuma kita yang nak gunakan atau tidak kemudahannya...jangan lupa berusaha yea...moga istiqomah...so apa tunggu lagi? lepas mandi pagi tu, ambil wudhu siap2, 2 rakaat pun cukup...insyaAllah x susah kan? moga Allah ringankan kita untuk perbanyakkan amalan sunat ini...ameen



p/s : ana ingat lagi...time cuti H1N1 kat rumah buat la solat dhuha...lepas 2, dapat panggilan dari HEP ana kne ke SARAWAK wakil kampus...ana mmg menganggap itu rezeki dari ALLAH...mana tak nya, ana jea wakil kampus yg naik MAS skali dgn pensyarah...alhamdulillah...
**imannurbalqis**

9 Responses so far.

  1. Unknown says:

    inshaAllah..
    also tryin to practice dat regularly..

  2. salam
    btul ker bleh ubati mengntuk??
    erm,,nmpknyer cara ni plu di cuber..
    bukn per,mmg slalu dalm klas mgntuk tahap kronik,,..
    dah tu mlam plak susah nk tido awal..mlainkan lu pnat sngt..klu x,hemm lwat la..lu k.ina ade cadangn yg dapt mmbntu ok jgk..tq ukhti =)

  3. to : cahaya malam
    insyaALLAH, adik cuba la yea...
    stkat nie alhamdulillah ok...he3
    yg penting istiqomah...
    awk kene tido awal utk mgelakkan
    mgantuk tme siang...slh satu cara
    baca buku akademik..he3 mesti cepat tido..itu yg blh akak bantu...
    byk2 kn doa tau dik...selamat mencuba

  4. masalhnyer akak,xdapt nk tidur awal..
    klu time kpnatn tahap kronik bleh la..
    lgipun lu tido awal kn xsiap keje skulah plak kan..huhu,xpasai2 klut esokkn hRI...
    tq smlam berslisih dgn akak dgn keadaan yg ceria..b4 ni tkut nk tgur akak sbenrnye..huhuhuhu
    muka akak garang jer..huhuhuuhu
    =)

  5. xpelah..klu dah keperluan nak buat mcmana..dah nama pun student..xlari dri tdur lwat..pelik btul akak klu org kata akak garang..kpe,klu garang pun bsebab..jgn rsau la..adik tegur jea akak..xde prob pn..don't worry k

  6. ooo..kk..
    nex time klu ade kberanian nk bertegur n brsaper,insyAllah..=)

  7. aduh...akak xgarang la...makan nasi jea...he3tegur jgn xtegur tau

  8. kak ina garang..kak ina garang...
    hahahhha...
    ((nyampuk je))
    ~awan terbang~

  9. k..bercanda je la akak..
    hehehe =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails