.::I'M ONLY SERVANT OF ALLAH::.

"Di perhentian terakhir itulah manusia akan hidup berkekalan sama ada dengan limpahan NIKMAT selama-lamanya atau menghadapi AZAB, juga selama-lamanya. Sebelum tiba di titik pengakhiran itu, manusia akan terus mengembara..."

...JALINAN UKHUWAH...

...MELAKAR PELANGI...

Daisypath Anniversary tickers

...KEEP IN MEMORY...

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

PERMATA HATI UMMI ABI

Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

...lesen isteri SOLEHAH...

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat-sahabat dan pembaca blog ana. Didoakan agar sahabat-sahabat berada dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa dalam rahmat dan maghfirah ALLAH s.w.t. Selawat dan salam tidak lupa juga diucapkan buat Baginda Nabi Muhammad SAW yang berjuang bersama para sahabat menaikkan syiar Islam dan meyebarkan risalah membawa kita dari alam kegelapan (Jahiliyyah) hinggalah ke alam yang kita rasakan sekarang. Syukur dipanjatkan kepadaNYA kerana masih lagi ada hati-hati yang mencintai jalan ISLAM yang suci lagi benar. Semoga tidak leka dengan hidangan dan kesibukkan dunia yang boleh menjerumuskan kita kepada kebinasaan. Bersyukur kita kerana masih lagi diberi ruang untuk merasai nikmat cuti hujung minggu pertengahan Mei 2012 ini. Gunakanlah kesempatan yang ada seketika ini untuk bekalan selamanya nanti.

Hujung minggu yang cerah, indah dan nyaman. Usai buat sarapan dan kerja rumah terus ronda-ronda di laman maya. Macam-macam cerita, pandangan, info yang fakta dan auta, manfaat dan lagha, semua ada. Tinggal pandai pilih atau tak jea lagi. Tambah-tambah sekarang, agak sibuk tak sempat nak baca surat khabar atau menonton televisyen. Lagi pun sejak akhir-akhir ini agak mual nak mengadap akhbar picisan dan berita yang senget sebelah. Daripada hati sakit, baik dengar alunan ayat al-quran. Tenang lagi menenangkan. Nampaknya kadar pengeluaran entry untuk bulan Mei sangat merudum. Nampak gayanya kesibukkan yang melanda membuatkan laman ini terus bersawang. Kesian. Maafkan tuan mu ini yea. (^_^)


Ana biasanya kalau nak menulis sesuatu mesti buat bacaan dahulu terutamanya bila perkara-perkara fakta dibicarakan. Sekurang-kurangnya ana ada gambaran dan garis panduan dalam memberikan pandangan tentang sesuatu yang dikongsikan di laman ini. Biarpun, tiada pembaca tapi sekurang-kurangnya bahan yang dikeluarkan itu ada nilainya bagi ana. Untuk kali ini nak kongsi 'sesuatu' yang sedang dijadikan bahan bacaan utama. Semasa tunggu bus nak balik sekolah, sebelum tidur. Sekurang-kurang satu muka surat mesti baca sehari. Itu memang cara ana dari dulu. Kalau tak memang tak khatam lah buku-buku yang dibeli. (Rugi, rugi) Oleh kerana, terlalu banyak sangat menerima undangan ke majlis perkahwinan untuk bulan lima dan enam ini sehingga tidak dapat dipenuhi kesemuanya. Jadi, tajuk ini terpilih untuk pengisian hujung minggu Mei ini. Sama-sama kita koreksi diri.

Apabila kita telah memutuskan untuk mendirikan rumahtangga bersama dengan orang yang benar-benar dipercayai untuk dijadikan pasangan hidup, banyak perkara yang harus dititikberatkan. Bertitik tolak dari situ, kita harus bersedia untuk menjadi yang terbaik buat pasangan kita agar kehidupan yang dilayari bersama akan sentiasa dalam pelayaran yang indah. Bersediakan kita untuk memikul tanggungjawab sebagai isteri, ipar, menantu dan bergelar ibu kepada zuriat yang akal dilahirkan nanti? Pasangan muda yang bakal mendirikan rumahtangga terutama kaum wanita bersediakah pula kita untuk menjadi isteri solehah? Demi mendapat keberkatan dalam jalinan alam rumahtangga bersama insan bergelar suami kita haruslah berusaha mendapatkan lesen 'isteri solehah' kerana jaminan syurga bakal kita peroleh di akhirat kelak.

Al-Sheikh Abdul Rahman bin Nashir As-Sa'dirh berkata, "Tugas seorang isteri adalah menunaikan ketaatan kepasa Allah s.w.t dan taat kepada suaminya kerana itulah Allah s.w.t berfirman, "Wanita solehah adalah yang taat iaitu taat kepada Allah s.w.t lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada di rumah atau di samping." Iaitu taat kepada suami mereka bahkan ketika suaminta tidak ada, dia menjaga suaminya dengan menjaga dirinya dan harta suaminya. Begitu juga, Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya. Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai." (Riwayat Ahmad) Kelangsungan dari itu dapat dilihat betapa tingginya darjat seorang ISTERI SOLEHAH.


Telah Rasullah s.a.w kongsikan panduannya, tinggal dipraktikalkan saja. Perkara yang paling utama ialah mentauhidkan Allah s.w.t dengan mengabdikan diri hanya kepada-Nya tanpa menyekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Seterusnya, tunduk kepada perintah Allah s.w.t terus menerus dalam ketaatan kepada-Nya dengan banyak melakukan ibadah seperti solat, puasa, bersedekah dan mengerjakan haji. Sangat berkeperluan untuk kita menjauhi segala perkara yang dilarang dan menjauhi sifat-sifat mazmumah yang boleh menghakis sifat-sifat mulia dalam diri. Selain itu, selalu bertaubat kepada Allah s.w.t hingga lisannya sentiasa dipenuhi istigfar dan zikir kepada-Nya. Sebaliknya, wanita solehah itu sentiasa menjauhi perkataan yang sia-sia, tidak bermanfaat dan membawa dosa kepadanya seperti berdusta. Wanita, lazimnya dilabelkan seorang yang lemah-lembut, penyayang, baik hati, hormat suami dan orang tua, kemas dan sejuk mata yang memandang. Sehinggakan "Seindah-indah perhiasan di dunia adalah wanita SOLEHAH." Subhanallah, cukup indah. Tidak mahukah kita menjadi sebegitu?

Dalam pada itu juga, apabila bergelar isteri ketaatan seterusnya terus jatuh kepada suaminya. Keperluan untuk mentaati suami dalam perkara kebaikan bukan dalam bermaksiat kepada Allah dan melaksanakan hak-hak suaminya sebaik-baiknya. Dalam pada itu, si isteri perlu menjaga dirinya ketika suami tidak berada di sisinya. Ia menjaga kehormatannya dari tangan yang hendak menyentuh dan dari mata yang hendak melihat atau dari telinga yang hendak mendengar. Dengan penuh kasih-sayang, selalu kembali kepada suaminya dan mencari maaf darinya. Rasullah s.a.w bersabda, "Mahukah aku beritahukan kepada kalian, isteri-isteri kamu yang menjadi penghuni syurga ialah isteri yang penuh kasih-sayang, banyak anak, selalu kembali kepada suaminya. Jika suaminya marah, dia mendtangi suaminya dan meletakkan tangannya pada lengan suaminya seraya berkata: "Aku tak dapat tidur sebelum engkau redha." (Riwayat Al-Nasai) Paling utama, si isteri perlu pandai mensyukuri pemberian dan kebaikan suaminya. Tidak pernah sesekali melupakan kebaikan suaminya. Ketika suaminya berada di rumah dia tidak menyibukkan dirinya dengan melakukan ibadah sunnah yang dapat menghalangi untuk bersama dengan suaminya kecuali apabila suaminya mengizinkannya.

Di dalam kisah solat gerhana matahari, Rasulullah s.a.w dan para sahabat melakukan solat gerhana dengan solat yang panjang, Rasulullah s.a.w melihat Syurga dan Neraka. Ketika beginda melihat Neraka beginda bersabda kepada para sahabatnya: “… dan aku melihat Neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita. Para sahabat pun bertanya:“Mengapa (demikian) wahai Rasulullah?” Baginda s.a.w menjawab : “Kerana kekufuran mereka.” Kemudian ditanya lagi: “Apakah mereka kufur kepada Allah?” Baginda menjawab: “Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalau kamu berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) nescaya dia akan berkata: ‘Aku tidak pernah melihat sedikit pun kebaikan pada dirimu.’” (HR Bukhari)

Ketika beginda selesai berkhutbah hari raya yang berisikan perintah untuk bertakwa kepada Allah s.w.t. dan anjuran untuk mentaatiNya. Baginda pun bangkit mendatangi kaum wanita, baginda menasihati mereka dan mengingatkan mereka tentang akhirat kemudian baginda bersabda : “Bersedekahlah kamu semua. Kerana kebanyakan kamu adalah kayu api Neraka Jahanam!” Maka berdirilah seorang wanita yang duduk di antara wanita-wanita lainnya yang berubah kehitaman kedua pipinya, dia pun bertanya : “Mengapa demikian, wahai Rasulullah?” Baginda menjawab : “Kerana kamu banyak mengeluh dan kamu tidak taat terhadap suami.” (HR Bukhari) Allahu Rabbi, nauzubillahiminzalik. Moga kita dijauhkan dari menjadi kayu api Neraka Jahanam.


Mari kita hayati pesanan isteri 'Auf bin Muhlim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah. Sewaktu utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya:

"Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan pedoman kepada yang berakal. Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami. Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk mereka. 

Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru. Kerana itu, jadilah 'budak' wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi 'budak' bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia. Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.

Pertama dan kedua, berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya. Ketiga dan keempat, memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu. Kelima dan keenam, memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah. Ketujuh dan kelapan, menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik. Kesembilan dan kesepuluh, jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya. Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bergembira. Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.

Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu. Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredaannya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan memberkatimu."

Nabi saw. bersabda, “Mana-mana perempuan yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya redha padanya, maka dia akan masuk syurga”. (HR At-Tirmidzi)


Pernikahan, carilah redhaNya. Ada ANUGERAH didalamnya. Wanita-wanita yang sudah memilih untuk berada di alam ini, jangan sia-siakan pernikahan kita kerana di situ ada jalan untuk ke Syurga. Baiti Jannati Lillahi Robbi~

iman's note: Bila menulis tanpa ada pengalaman banyak perkara yang perlu dipertimbangkan. Buat my lovely naqibah: Kak Ai'zzah, sahabat seperjuangan: Suhana, rakan-rakan alumni IPG KPM PISMP 2008: Kak Ha, Wani, Asmira, adik-adik IPG KPM: Farhana, Amalina dan Nota Penulis serta semua wanita yang akan bergelar ISTERI,
بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير 

 **imannurbalqis**

2 Responses so far.

  1. salam

    mudah2an dikurniakan isteri yang solehah insyaAllah =)

  2. to Mohamadazhan.com: insyaAllah~ mohon doa padaNya...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails