.::I'M ONLY SERVANT OF ALLAH::.

"Di perhentian terakhir itulah manusia akan hidup berkekalan sama ada dengan limpahan NIKMAT selama-lamanya atau menghadapi AZAB, juga selama-lamanya. Sebelum tiba di titik pengakhiran itu, manusia akan terus mengembara..."

...JALINAN UKHUWAH...

...MELAKAR PELANGI...

Daisypath Anniversary tickers

...KEEP IN MEMORY...

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

PERMATA HATI UMMI ABI

Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

...hujung DISEMBER 2012...


Alhamdulillah…
Alhamdulillah…
Alhamdulillah…
Segala puji hanya untukMu ya Allah…
Segala pujian untukMu yang setanding dengan kebesaran serta kemuliaanMu dan kekuasaanMu…


Ya Allah…
Syukurku ku panjatkan seluasnya untuk Mu
Terima kasih ya Allah
Engkau mendengar keluhan dan rintihan hati ini
Setelah sekian lama,
akhirnya Engkau menjawab segala persoalan dibenak dada ku yang sesak dulu
Betapa aku merasa langkahku semakin ringan kini
Setelah Engkau menjawab segala persoalan yang terbuku di hati
Ya Allah…
Jika pengorbanan ini yang Engkau tuntut dariku
Jika kekurangan jiwa ini adalah benar-benar ujian dariMu
Untuk Engkau uji keteguhan hatiku
Dan kerelaanku berjuang keranaMu
Aku relakan ya Allah
Aku redha ya Allah
Aku pasrah…
Sebenar-benar dan setinggi-tinggi pasrah ya Allah
Jika itulah ketentuan yang Engkau takdirkan untuk diriku
Maka tiada lagi kekesalan buat diriku
Kerana aku sudah dapat melihat hikmahnya kini
SibghahMu…
Siapakah yang lebih baik sibghahnya dariMu
Hanya kepadaMu lah aku menyembahkan diri
Cuma satu pintaku
Pimpinlah diri ini
Jangan Engkau biarkan nasibku ditentukan oleh diriku sendiri
Jangan Engkau tinggalkan diriku
Walau hanya sekelipan mata
Atau kadar masa yang lebih singkat dari itu
Kerana aku lemah tanpa cintaMu
Dan berikanlah aku ilham
Untuk terus menerus mensyukuri nikmatMu
Dengan nikmat yang Engkau kurniakan kepada kedua ibubapaku
Supaya aku dapat berbuat amal soleh yang Engkau redhai
Ya Allah...
Berilah kebaikan padaku
Dengan memberikan kebaikan kepada anak cucuku
Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu
Dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri (46:15)
Ameen…
Ku akui kesakitan dan kekurangan jiwa ini
Telah Engkau rawat dengan nikmat yang teramat banyak
Kerana baruku sedari
Engkau telah anugerahkan seorang Imam yang sentiasa bersamaku
Yang berkasih sayang hanya keranaMu
Alhamdulillah,
Langkahku kian utuh tanpa ku sedari
Biarpun ujian tetap terus mewarnai di kanvas perjalananku
Terima kasih ya ALLAH...


Sesungguhnya aku sedar…
Kini telah berlalu masa tidurku…

iman's note : entri pertama Disember 2012. Barakallah~
**imannurbalqis**

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails