.::I'M ONLY SERVANT OF ALLAH::.

"Di perhentian terakhir itulah manusia akan hidup berkekalan sama ada dengan limpahan NIKMAT selama-lamanya atau menghadapi AZAB, juga selama-lamanya. Sebelum tiba di titik pengakhiran itu, manusia akan terus mengembara..."

...JALINAN UKHUWAH...

...MELAKAR PELANGI...

Daisypath Anniversary tickers

...KEEP IN MEMORY...

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

PERMATA HATI UMMI ABI

Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

...1/13 : berdua lebih BAIK...

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera buat semua sahabat-sahabat dan pembaca blog kak ina. Segala pujian bagi ALLAH s.w.t, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, keluarganya, para sahabat serta tabiin sekalian. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk terus mengetik aksara-aksara dalam meninggalkan sedikit perkongsian di laman ini. Kak Ina akui sememangnya ilham yang ada dalam melakar bait-bait indah ini adalah dengan izin ALLAH jua hendakNya. Tambahan pula, ini entry pertama untuk tahun 2013. Nak tutup blog ini rasa sayang pula, nak dibiarkan bersawang rasa bersalah pula. Alhamdulillah, masih punya peluang dan ruang untuk berkongsi rasa bersama kalian. Bagi entry pertama bulan Januari (yang tinggal sehari jea lagi dah nak Februari 2013), berlaku sedikit perubahan. Dengan rasminya penggunakan kata diri 'ana' akan digantikan dengan 'Kak Ina'. Rasanya lebih selesa panggilan itu selepas bergelar isteri. Itu perubahan pertama. Nantikan perubahan yang seterusnya dalam keluaran entry yang akan datang.

Bagi entry pertama ini, Kak Ina nak kongsi satu qoute yang memberi impak yang besar dalam kehidupan Kak Ina setelah bergelar isteri. Tanggungjawab bertambah, itu sudah semestinya. Tak dapat dinafikan lagi. Kalau dulu, buat keputusan sendiri setelah difikir-fikirkan itu tindakan yang patut diambil. Sekarang, mesti tanya pandangan dan pendapat Encik M dulu. Kalau dulu, nak keluar, telefon ayah bagitahu dah ada kat mana. Sekarang, belum langkah keluar pintu rumah, kena minta kebenaran Encik M dulu. Kalau bagi, bolehlah keluar, kalau tak, duduklah diam-diam. (^_^) Itulah hakikatnya bila dah suami. Memang itu haknya dan kita tak boleh lari melainkan kalau tak kahwin lagi. Namun, apa yang pasti berdua itu lebih baik dari seorang. Berdua lebih baik, itulah yang kita nak kongsi pada entry kali ini.

Hakikatnya, pelangi akan muncul setelah hujan turun.

Kehidupan selepas alam pernikahan bukanlah seperti yang kita idamkan manisnya sentiasa. Kadang-kadang pahit menjengah, payau terasa, masin dicicip. Semuanya untuk mendapat rasa yang enak dan lazat. Kalau terlalu manis, takut rosak gigi pula. Kalau dah stage ketiga tahap manisnya, takut kena kencing manis pula. Sekarang, Kak Ina dan suami masih lagi PJJ (Negeri Sembilan - Johor). Kadang-kadang perlu bertolak ansur dalam membuat keputusan untuk mengelakkan salah faham bila duduk berjauhan. Namun, dalam PJJ itu juga, Kak Ina boleh analogikan pernikahan ini seperti memandu kereta. Iyealah Encik M akan balik memandu kereta seorang diri dari Johor ke Negeri Sembilan. Boleh dikatakan saban minggu juga. Rasa kasihan, simpati dan tak sampai hati memang ada tapi takkan nak kata jangan balik pula. Tak baik. Tak baik. Seharusnya sebagai isteri mengalu-alukan kepulangannya dan gembira dengan ketibaannya. Memandu seorang diri itu tidak mustahil tetapi ia sukar. Namun, sekiranya ada teman disisi, perjalanan yang sukar menjadi kurang sukar.

Hidup tanpa pasangan yang halal itu tidak mustahil. Lagipun, pernikahan itu asalnya sunat dan bukannya wajib. Tetapi apabila keperluan untuk berkahwin itu muncul dan kehidupan menjadi agak sukar, maka kehadiran si dia yang halal dapat membantu kita meneruskan kehidupan sehingga hujung nyawa hendaknya. Apa yang pasti, cabaran yang ada diharungi bersama. Apabila memandu, adanya seseorang di sebelah pemandu untuk membantu. Di sebelah, bukannya di belakang. Dalam pernikahan, yang membimbing juga perlu dibimbing. Isteri perlukan suami dan suami perlukan isteri. Maka sebelum pernikahan, kita harus menyiapkan diri kita untuk membimbing pasangan kita. Kita tidak boleh mengharapkan bimbingan tanpa adanya kemampuan diri sendiri untuk membimbing. Ketahuilah, si dia juga perlukan bimbingan. Hakikatnya, tak semuanya kita tahu.

Bawa kereta canggih macamana pun, kalau sorang-sorang tetap tak best.

Dalam alam pernikahan, kita perlu bersedia untuk dibimbing dan membimbing sebabnya perjalanan ini jauh dan meletihkan. Kadang kala kita di atas highway yang lurus. Rileks je nak memandu. Tekan minyak jea. (^_^) Tapi hakikatnya kebanyakan masa kita di atas jalan yang lenggang-lenggok, naik bukit turun bukit, dan berlubang-lubang. Memandu harus berhati-hati. Bila ada seseorang di sisi pasti akan mengingatkan kita dan memastikan pemandu untuk kekal fokus ketika memandu. Kadang-kala pemandu tersesat jalan! Maka sama-sama membantu untuk kembali ke jalan yang asal. Seorang drive, seorang lagi tengok peta. Mungkin berhenti sekejap untuk tanya orang. Kadang kala kereta rosak! Maka harus minta bantuan mekanik. Itulah kehidupan. Takkan selamanya senang. Kadang-kadang kita tersilap langkah, maka kita bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. Hidup ini ada jatuh bangunnya. Lebih-lebih lagi kehidupan selepas pernikahan. Penuh dengan cabaran. Cabaran inilah yang akan dilalui bersama. Teman yang halal akan menghulurkan tangan untuk bangun dan memimpin tangan untuk terus berjalan dengan diiringi keredhaan dari Allah s.w.t. In Shaa Allah, bahagia yang menjelma.

Kalau inginkan kehidupan yang hanya senang-lenang di dunia ini, maka kita tersilap alam. Kehidupan seperti itu hanya wujud di Syurga. Sekiranya inginkan Syurga, harungilah dulu dunia dengan ajaran yang telah Islam gariskan. Carilah teman yang boleh membimbing kita. Owh, jangan kita lupa yang kita ada penumpang-penumpang di belakang. Siapa lagi kalau bukan anak-anak kita! Kalau tak reti drive, berani ke nak bawak anak sekali? Tambah-tambah tak ada lesen lagilah tak berani nak pegang stereng.(^_^) Bagaimana kita hendak bernikah jika ingin membimbing anak pun tidak mampu? Sanggupkah kita melihat anak-anak kita terbabas? Sudah semestinya tidak. Sumbangan terbesar kita dalam memastikan mereka tidak terbabas ialah dengan memastikan diri kita sendiri ialah pemandu yang cekap. Pemandu yang cekap akan mendidik penumpang-penumpangnya untuk menjadi pemandu-pemandu masa depan yang juga cekap. Parenting starts before marriage and the first child you raise is yourself.

Dalam memandu, kita akan cuba sedaya upaya untuk sampai ke destinasi dengan selamat. Perjalanan yang jauh dan memenatkan akan dilihat seperti tiada apa-apa setelah kita sampai ke destinasi dan boleh berehat dengan secukupnya. Perjalanan kehidupan ini juga jauh dan memenatkan. Namun, setelah segala cabaran dan dugaan dilalui bersama, di mana destinasi akhir kita? Tempat untuk kita berehat selama-lamanya? Atau, apakah kita selama ini sebenarnya memandu tanpa haluan? Tiada destinasi akhir dalam perancangan perjalanan kita? Ke mana kita hendak bawa pasangan dan anak-anak kita pergi? Pandulah pernikahan kita dengan matlamat dan selamat hingga ke syurga. In Shaa Allah. Nampaknya dari berdua lebih baik, harus ditukar lagi ramai lagi baik. Bukan ramai isteri yea, ramai anak.(^_^) Barakallahufikum.


iman's corner : Sorang sudah, berdua pun sudah, tunggu masa nak bertiga pula. Mudah-mudahan Encik M dapat tukar Negeri Sembilan. Kesian abi, drive sorang-sorang. Mohon doa kalian yea. 

**imannurbalqis**

3 Responses so far.

  1. salam ya ukhti, moga sentiasa diberkati. sampai salam paada suami =)

    InsyaAllah teruskan berdakwa, penulisan sangat berkesan!

  2. Abam Kie says:

    Salam singgah. Lama x menyapa di alam blog kini jukdin dtg kembali utk bertanya khabar. Silakan ke blog sy yg sederhana itu. Thanks my friend.

  3. IBU RISKA says:

    Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,jangan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohan dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












    Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,janan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohon dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails