.::I'M ONLY SERVANT OF ALLAH::.

"Di perhentian terakhir itulah manusia akan hidup berkekalan sama ada dengan limpahan NIKMAT selama-lamanya atau menghadapi AZAB, juga selama-lamanya. Sebelum tiba di titik pengakhiran itu, manusia akan terus mengembara..."

...JALINAN UKHUWAH...

...MELAKAR PELANGI...

Daisypath Anniversary tickers

...KEEP IN MEMORY...

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

PERMATA HATI UMMI ABI

Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

...4/13 : KOPIAH atau TUDUNG?...

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat-sahabat dan pembaca blog Kak Ina. Didoakan agar sahabat-sahabat dan pembaca semua berada dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa dalam rahmat serta maghfirah ALLAH SWT. Selawat dan salam tidak lupa juga diucapkan buat Baginda Nabi Muhammad s.a.w yang berjuang bersama para sahabat menaikkan syiar Islam dan meyebarkan risalah membawa kita dari alam kegelapan (Jahiliyyah) hinggalah ke alam yang kita rasakan sekarang. Syukur dipanjatkan kepadaNYA kerana masih lagi ada hati-hati yang mencintai jalan ISLAM yang suci lagi benar. Semoga kita tidak leka dengan hidangan dan kesibukkan dunia yang boleh menjerumuskan kita kepada kebinasaan. Mudah-mudahan cuti seminggu persekolahan ini pasti memberi ruang dan peluang untuk anak-anak yang belajar rehat seketika. Almaklumlah, 5 hari seminggu ke sekolah. Dari pagi hingga ke petang.


Alhamdulillah, hari ini Kak Ina masih lagi diberi peluang untuk menconteng laman ini sebelum bercuti lamo-lamo. Dah berdebu rasanya. Nak masuk April dah. Hari ini 28 Mac, ada cerita di sebaliknya yang nak dikongsi bersamo. (^_^) Sapo nak jadi Montori Bosa Noghori Sembilan? Moh doreh angkat tangan. Ngeh3. Sebagai rakyat Noghori Semilan, Kak Ina raso tak berapo nak raso juga keadaan noghori kerajaan sementaro ni. Sobab eh, dari tahun lopeh laie wakil rakyat kawasan Kak Ina nie dah tak do. Raso tak sobar nak mengundi nie. Esok bilo dah ado wakil rakyat, bondo pertamo Kak Ina nak minta line talepon. Dah masuk era transformasi dah kato eh tapi kek ghumah Kak Ina tak do juga line talepon. Agak-agak eh kawasan corok manolah Kak Ina duduk.

Kali ini yang mungkin entri terakhir untuk bulan Mac, Kak Ina nak bawa pembaca semua sama-sama merasai kehebatan dan kekuasaan Pencipta kita. Esok, Jumaat, 29 Mac 2013. Kalau ikutkan esok tarikh due date Kak Ina delivery baby. Dah 40 minggu rupanya baby teman Kak Ina ke hulu ke hilir. Tapi apa yang akan berlaku esok kita tetap tak tahu. Alhamdulillah, ALLAH SWT bagi peluang Kak Ina bertemankan Encik M dalam menunggu kelahiran permata hati tapi masih lagi tak ada tanda-tanda baby nak keluar. Hanya doa dititipkan dan tawakkal diserahkan pada ALLAH SWT. DIsebalik rahsia kelahiran disembunyikan oleh ALLAH SWT, rupanya banyak perkara yang dipelajari tanpa disedari. Kalau boleh ditempah-tempah tarikh kelahiran pasti huru-hara rasanya insan-insan yang bakal bergelar ibu dan ayah ini. Mana tidaknya, berebut nak tarikh istimewalah, sentiasa berasa selamat dan yang paling minta dijauhkan berasa diri lebih berkuasa tanpa memohon pada yang Esa. Apabila berkongsi cerita dari insan-insan yang dah berpengalaman, ada kelahiran yang awal ada juga kelahiran yang lewat dari jangkaan. Namun, apa yang pasti akan terkeluar dari mulu-mulut insan ini, "Tak kisahlah keluar bila. Yang penting baby dan maknya selamat. Banyak-banyak minta pada ALLAH." Allahu Rabbi, bila pengharapan diserahkan pada ALLAH SWT sepenuhnya, rasa diri tidak pernah berkeseorangan.


Dalam pada berkongsi kegembiraan dengan kelahiran anak rakan-rakan dan teman-teman. Terlintas juga rasa, bilalah pula tiba masa kita. Bagaimana perasaan tatkala itu, rasanya, keadaannya. Allahu Rabbi. Rahsia yang cukup disimpan elok dan akan diketahui tatkala harinya tiba. Seperti firman Allah, Surah Luqman ayat 34, "Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat dan Dialah jua Yang Menurunkan hujan dan Yang Mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung) dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (samada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuanNya." Penantian itu menjadi cukup-cukup bahagia. Mana tidaknya, suami akan selalu bertanya tentang keadaan isteri. Isteri pun akan sentiasa merasa diri dihargai. Kasih-sayang yang ALLAH SWT ciptakan ini memberi peluang untuk suami isteri menjadi lebih bersedia untuk menerima insan yang sangat mereka kasihani.


Apabila kita meletakkan sepenuh pergantungan kepada ALLAH SWT, tanpa disangka-sangka keadaan yang akan diterima sungguh manis dan tidak akan dilupakan sampai bila-bila. Mana tidaknya, kita akan lebih dekat dan sentiasa bersama denganNya. Hal ini kerana kita tahu dan sedar ALLAH SWT berkuasa atas kehendaknya. Tiada upaya dan kuasa untuk kita menghalanginya. "dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu." At-Talaq, ayat 3. Subhanallah, sungguh hebat ALLAH SWT dan akuilah bahawa kita adalah hambaNya selama-lamanya. Kejarlah redhaNya dalam apa jua keadaan kita. Dan semoga Allah mengira setiap amalan kita sebagai ahsanu a’mala, amalan terbaik yang bakal kita persembahkan padaNya di akhirat kelak.

bismillah hi tawakkal tu `alallah 
la haulawala kuwwata illa billah
iman's corner : Ramai yang bertanya baby boy atau girl. Kami pun tak tahu lagi nak beli kopiah atau tudung. Kalau boleh nak beli dua-dua. (^_^) Indahkan rahsia ALLAH SWT itu. Hari ini berdua, esok dah bertiga. Subhanallah. Doakan kami yea~ 
**imannurbalqis**

2 Responses so far.

  1. na,rajin ko update lagi blog.. tahniah dah jadi umi ye ;)

  2. Alhamdulillah, haiza...da kesempatan masa...terima kasih yea..jomlah join da club...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails