.::I'M ONLY SERVANT OF ALLAH::.

"Di perhentian terakhir itulah manusia akan hidup berkekalan sama ada dengan limpahan NIKMAT selama-lamanya atau menghadapi AZAB, juga selama-lamanya. Sebelum tiba di titik pengakhiran itu, manusia akan terus mengembara..."

...JALINAN UKHUWAH...

...MELAKAR PELANGI...

Daisypath Anniversary tickers

...KEEP IN MEMORY...

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

PERMATA HATI UMMI ABI

Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

...seronoknya terawih...


salam....
hari nie dah malam ke 15 Ramadhan 1430H...dah setahun ana menunggu kdtgn terawih...alhamdulillah ana dberi kesmpatan oleh ALLAH s.w.t utk sama-sama solat jemaah Isyak&terawih di BISA,IPGM KPM walaupun agak keletihan dgn aktvt harian...hari nie hari akhr ana ada PBS di sekolah...next sem ana akan praktikum plk...dgn 4saf yg penuh,ustaz fuad masih lg setia utk mjd imam tetap di BISA...di sini hanya 8rakaat terawih,3witir tp ana sempat utk berterawih di kg swaktu cuti hari2, ana dpt merasai solat terawih 20rakaat,3witir...mula2 rasa mcm berat tp bila dah hbis rasa nikmat sgt...kita mmpu utk mluangkn masa bsama2 dgn ALLAH s.w.t dlm bulan yg pnuh barakh ini...alhamdulillah ana dpt hbiskn juzu'11 dan skrg dah juzu'12...walaupun xcapai matlamat ana utk hbiskn 1juzu' shari...istiqomah dlm tadarus al-quran dpt ana jalankn...dlm pjalanan pulang ke hostel dari BISA (xlah jauh sgt dlm 50m dari bilik ana) ana dongak ke langit...subhanaALLAH, cantik sgt ciptaan ALLAH..langit dihiasi dgn bulan penuh dan ditambah dgn bintang yg bkerdipan...tenang sgt hati ana...mmg ciptaan ALLAH s.w.t tiada taranya...Firman Allah s.w.t. dalam surah Yassin : 38-40 yang bermaksud:

“Matahari berjalan di tempat yang ditetapkan baginya. Demikianlah Allah Yang Maha Gagah Lagi Maha Mengetahui. Sedangkan bulan kami tentukan baginya tempat yang tertentu sehingga ia kembali berbentuk seperti pelepah kurma yang kering (bulan sabit). Tiadalah matahari mendekati bulan dan tidak pula malam mendahului siang sedang semuanya beredar pada garis edarannya (orbit).”

Dari rasa keletihan, ana dapat mrasa seperti ada 1semangat dan rasa sentiasa diperhatikan oleh ALLAH s.w.t...Dalam al-Quran banyak firman Allah menyuruh kita melihat kejadian alam ini supaya kita berfikir dan mengambil pengajaran...Berfikir mengenai kejadian alam ini juga menjuruskan hati dan pemikiran manusia untuk mengenal Penciptanya, sekali gus meningkatkan keimanan (kepercayaan dan keyakinan) kepada-Nya...Seterusnya pada ayat 16 surah al-Hijr Allah SWT menegaskan:

“Dan demi sesungguhnya! Kami menjadikan di langit bintang (yang berbagai-bagai bentuk dan keadaan) serta kami hiasi langit itu bagi orang yang melihatnya.”

Sayid Qutb dalam kitabnya Fi Zilal al-Quran ketika menghuraikan ayat ini, beliau menjelaskan bahawa maksud kejadian dan keindahan bintang itu ialah bagi menyaksikan kebesaran kudrat Allah, kehalusan ciptaan-Nya dan keindahan kejadian-Nya...ana rasa sangat seronok dan gembira berterawih hari ini...dgn keagungan ALLAH s.w.t yang ada dpt dphatikan...1perasaan yg tenang myelubungi diri ana...Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan sembahyang Tarawih. Abu Hurairah berkata; “Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan sembahyang tarawih sekali pun beliau tidak mewajibkannya.” Beliau bersabda: “Sesiapa yang mengerjakan Qiyamu Ramadan semata-mata kerana iman dan mengharap ganjaran dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang lampau.” Qiyamu Ramadan ialah menghidupkan malamnya dengan mengerjakan sembahyang.

Aisyah r.a. berkata; “Rasulullah s.a.w mengerjakan sembahyang tarawih di masjid, kemudian ramai sahabat-sahabat yang mengikutnya. Pada malam berikutnya baginda S.A.W. mengerjakannya lagi di masjid, sahabat-sahabat yang datang pun semakin ramai. Pada malam ketiga sahabat-sahabat berkumpul di masjd menunggu kedatangan Rasulullah S.A.W. tetapi beliau tidak hadir...Besok paginya Rasulullah berkata kepada mereka; “Sesungguhnya aku melihat sambutan kamu...Sebenarnya aku tidak datang pada malam itu hanya kerana takut sembahyang itu diwajibkan ke atas kamu.” Dan peristiwa itu terjadi pada bulan Ramadan...

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Saya telah mendengar sabda Rasulullah s.a.w. mengenai Ramadan: Sesiapa yang mendirikan sembahyang (Terawih) dalam bulan itu dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu...

Rasailah nikmat berterawih dgn mengimarahkan masjid2 yg ada disekitar tempat tinggal kita...kita tdak tahu adakah ini terawi kita yg t'akhir...ambillah peluang yg ada sbaik2ny...semoga ramadhan kali ini membawa erti yang sgt bmakna dalm lakaran kanvas kehidupan kita...ameen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails