.::I'M ONLY SERVANT OF ALLAH::.

"Di perhentian terakhir itulah manusia akan hidup berkekalan sama ada dengan limpahan NIKMAT selama-lamanya atau menghadapi AZAB, juga selama-lamanya. Sebelum tiba di titik pengakhiran itu, manusia akan terus mengembara..."

...JALINAN UKHUWAH...

...MELAKAR PELANGI...

Daisypath Anniversary tickers

...KEEP IN MEMORY...

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

PERMATA HATI UMMI ABI

Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

...1+2=MAC...

salam alaik buat sahabat-sahabat dan pembaca blog ana...didoakan agar kalian sentiasa berada dalam rahmat dan makfirah ALLAH s.w.t dalam melalui kehidupan di muka bumi ALLAH s.w.t ini...alhamdulillah, masih lagi diberi peluang untuk bernafas dan merasi nikmat bulan Mac 2010 ini...hari Isnin ini menjadi permulaan kepada kehidupan bulan Masihi yang baru...hari Isnin juga menjadi hari permulaan kepada setiap minggu untuk berkerja dan belajar...kadang-kadang hari Isnin mmg tidak dinantikan oleh kebanyakkan individu...mungkin di setiap pihak ada jawapan yang tersendiri...



Mahatma Gandhi ada menyatakan : "Jadilah kamu manusia yang pada kelahiranmu semua orang tertawa bahagia, tetapi hanya kamu sendiri yang menangis dan pada kematianmu semua orang menangis sedih, tetapi hanya kamu sendiri yang tersenyum."...masa akan terus berlalu tanpa menunggu sesiapa..hanya tinggal individu yang sedar akan nilai sebenar masa, akan menghargai dan merasai setiap saat yang berdetik...sebagai seorang guru pelatih di ipg, ana melihat kerugian yang dicipta sendiri oleh sesetengah kelompok yang tidak menggunakan nikmat yang telah dicapai dengan sebaiknya...kondisi ipg, pada pandangan mata ana adalah kondisi yang kondusif...jika kita nilai semula, pusat latihan guru ini menyediakan pelbagai bentuk aktiviti dalam proses melahirkan guru-guru yang berkualiti dan berkredibiliti...

misalannya, proses pengajaran dan pembelajaran yang ana rasa tidak pernah lagi dari konsep di sekolah...bukan di universiti yang memerlukan mahasiswa/wi untuk untuk membuat temu janji dahulu dengan pensyarah sebelum bertemu muka dengan mereka....suasana atau biah di kampus yang boleh dihidupkan dengan pelbagai program dan aktiviti yang boleh menjana kualiti guru pelatih...ruginya, andai bakal-bakal guru ini mengganggap aktiviti atau program yang dijalankan sebagai satu beban bukan satu peluang...ana ingin melontarkan satu persoalan, sejauh mana guru pelatih masa kini faham nilai sebenar proses pembelajaran? adakah hanya dengan pointer yang tinggi tetapi tidak mempunyai kemahiran-kemahiran yang tertentu apabila berada di sekolah?

NAbi Muhammad S.A.W pernah bersabda : "Tiga sifat manusia yang merosak diri adalah,kikir yang dituruti, hawa nafsu yang diikuti,serta sifat mengagumi diri sendiri yang berlebihan"...."sudah terantuk baru terngadah"...satu frasa yang ana lihat sesuai dengan individu yang menyesali atau individu yang selalu merungut berkenaan dengan ketidakpuashatian mereka tetapi tidak membuat apa-apa tindakan...jangan sampai apabila berada di sekolah nanti baru kita merasai kerugian apabila tidak menilai erti sebenar "pusat latihan"...satu kerugian yang besar buat insan-insan yang bergelar perubah atau pencorak generasi harapan negara...



deduksinya, 1 anjakkan paradigma perlu dilakukan oleh bakal-bakal guru untuk menjana 1 transformasi pendidikan yang berkualiti dalam bidang keguruan khususnya...jangan sampai ombak mampu memusnahkan istana pasir di tepi pantai...andai bakal-bakal guru tidak dapat mencari jalan penyelesaian terhadap masalah "kualiti guru", jgn sampai nilai sebenar perguruan yang dipandang tinggi oleh masyarakat akan berubah ke satu tahap guru bukan lagi perubah kepada generasi wawasan...keluar dari kepompong yang anda cipta sendiri...jgn sempitkan peluang yg ada dengan pemikiran yang tertutup atau kehendak diri yang hanya inginkan kesenangan semata-mata...mulakan dengan kesedaran dalam diri yang tinggi walau apa pun cara atau method yang anda cuba untuk meningkatkan kemahiran diri dalam meneruskan perjuangan dalam laluan pendidikan...hargai setiap masa yang ada kerana setiap detik mampu merubah keadaan dunia...jadilah seorang yang memberi buah fikiran bukan hanya sekadar penerima buah fikiran...kejayaan seringkali datang pada mereka yang berani bertindak dan jarang menghampiri penakut yang tidak berani mengambil risiko....

"GURU agen PERUBAH generasi negara"

**imannurbalqis**

4 Responses so far.

  1. salam...aper mksud akak ayat xprnah lgi dri konsep skulah,..
    kikir yg dituruti..
    kikir tu ape mksud dyer?

  2. to cahaya malam : apa yang akak nyatakan dalam entry kali nie adalah pandangan persendirian...as a teacher trainee, akak masih merasakan konsep sekolah di IPG...cuba lihat dri aspek PnP...peperiksaan yg masih ada lg soalan bocor...guru-guru pelatih yg masih lagi tbawa2 konsep "sekolah menengahnya" dan tdk brani ke hadapan...mmg ada sebab n musabab knpa masa belajar mula dari pagi tanpa rehat sampai ke petang coz ini pusat latihan...kikir itu maksudnya bakhil@kedekut yg kita turut sendiri...cntohnya, ilmu yg disimpan..duit lebih yg tdk dsedekahkan...

  3. mksud akak,akak xnk suasana sprti skul wjud la kt ipg ni?kn kiter akn ke skul jgk pahni lps hbs traing..slain aspk kbocorn sklan?

  4. dari aspek pentadbiran dan proses penjadualan serta pengisian akak sokong tapi dari aspek integriti dan kualiti bakal guru (menjurus kpd pembinaan sahsiah dan kemahiran sampingan).."konsep sekolah" yg akak cuba nyatakan ialah keterbukan utk guru pelatih berfikir diluar kotak fikiran...guru pelatih sendiri yg meletakkan diri dalam kepompong untuk berada di sekolah sahaja bukan dalam komuniti masyarakat luar...tidak mahu utk meningkatkan perkembangan kemahiran diri melalui saluran yg betul...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails