.::I'M ONLY SERVANT OF ALLAH::.

"Di perhentian terakhir itulah manusia akan hidup berkekalan sama ada dengan limpahan NIKMAT selama-lamanya atau menghadapi AZAB, juga selama-lamanya. Sebelum tiba di titik pengakhiran itu, manusia akan terus mengembara..."

...JALINAN UKHUWAH...

...MELAKAR PELANGI...

Daisypath Anniversary tickers

...KEEP IN MEMORY...

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

PERMATA HATI UMMI ABI

Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

...ini LANGKAH ku...


"seBAIK-BAIK PEMIMPIN kamu ialah orang-orang yang kamu SAYANGi mereka dan mereka meNYAYANGI kamu, kamu menDOAkan mereka dan mereka menDOAkan kamu"

**imannurbalqis**

Read more

...SABARlah, CIKGU...

salam alaik buat sahabat-sahabat dan pembaca blog ana...Alhamdulillah, segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam yang menjadikan segala ciptaan dilangit dan di bumi dengan penuh hikmahnya. Juga segala nikmat kehidupan yang dilimpahi buat hamba2nya..Syukur dipanjatkan padaNya....Semoga nikmat dan segala keindahan ini akan membuatkan hati-hati yang terpaut tidak mudah lupa dan leka dengan keduniaan yang boleh menjerumuskan dan membinasakan....Selawat dan salam tidak lupa juga diucapkan buat Baginda Nabi Muhammad SAW yang berjuang bersama para sahabat menaikkan syiar Islam dan meyebarkan risalah membawa kita dari alam kegelapan (Jahiliyyah) hinggalah ke alam yang kita rasakan sekarang....Ana doakan antum semua dalam keadaan sihat FIZIKAL dan IMAN...

Alhamdulillah, ana masih lagi diberi ruang dan peluang untuk mengucapkan Selamat Hari Guru pada semua insan yang berkecimpung dalam profesion perguruan. Ana mohon maaf kerana tidak sempat untuk meng'update' laman ini dengan entry Hari Guru tahun 2010 yang ana sendiri coretkan atas ilham yang diberikan oleh ALLAH s.w.t..Dalam kesibukkan taklifan dan minggu imtihan di IPG, ana masih lagi merasai bahang Sambutan Hari Guru...Ana tidak sempat untuk menulis panjang tetapi ana suka untuk berkongsi coretan tulisan berkenaan hari guru dari salah sebuah laman sesawang yang telah ana nyatakan alamatnya...Sama-sama kita lihat untuk ringankan kepala sewaktu mengulangkaji pelajaran...Terima kasih jarumemas..



Di Waktu Pagi

Pergi ke sekolah setiap pagi, menaiki bas 2 kali sebelum sampai ke sekolah. Hendak masuk menuju ke sekolah perlu berjalan kaki lagi 1 kilometer. Kadang-kadang kerjanya adalah membuka pagar sekolah (kerana ada tugasan yang diberi sebegitu - maklumlah sekolah pun di kawasan pedalaman). Sabarlah cikgu...


Semasa Sesi Pengajaran

Sebelum memulakan pengajaran, cikgu membaca doa bersama anak murid. Diminta agar diterangkan hati, dimudahkan faham apa yang diajar dan dipelajari. Cikgu meminta anak murid agar mengutip sampah, mengemaskan kerusi dan meja agar dapat belajar dengan selesa. Begitulah setiap hari mulutnya tidak pernah diam menasihati agar sampah yang dijumpai bersepah di luar bilik darjah dan sekolah agar dibuang di dalam tong sampah.Sabarlah cikgu...

Cikgu menanda kedatangan pelajar di Buku Daftar Kehadiran Murid, ada beberapa nama yang sudah acapkali tidak hadir. Cikgu bukan tidak peduli tentang itu semua, lalu ditanya rakannya sekelas. Dijawab mereka "Si polan tu pergi CC (Cyber Cafe), swimming pool, kadang-kadang tak naik kelas dia duduk kat pondok perhentian bas". Cikgu pun menyusul ke perhentian bas sambil memujuk anak murid agar naik ke kelas. Sabarlah cikgu...

Cikgu mengajar di hadapan, anak murid bermain-main di belakang. Ada yang tidur, ada yang berbual-bual. Bila ditanya "Mana kerja rumah?". Dijawab pula "Lupa cikgu" (padahal di rumah begnya tidak pernah diperiksa dijadikan pekasam sahaja). Ibu dan ayah pula terlalu sibuk bekerja. Samada anak ke sekolah atau tidak, itu belakang kira. Yang penting sudah nampak pergi ke sekolah. Cikgu pun meneruskan pengajarannya, diberikan penjelasan dan diulang-ulang lagi apa yang telah diajar agar dapat melekat terus di hati anak muridnya. Cikgu pun bertanya,"Faham tak? Kalau tak faham silalah bertanya, nanti cikgu ulang lagi". Anak murid pun menjawab "Faham cikgu". Tidak lama kemudian cikgu pun menyoal dari apa yang telah dipelajari, kerana beranggapan anak muridnya sudah faham apa yang diajar. Kemudian ramailah anak murid yang berdiri dan menjadi 'patung' kerana tidak dapat menjawab soalan cikgu. Hanya beberapa kerat yang membuka mulut untuk menjawab soalan. Sabarlah cikgu...

Lalu cikgu pun ingin membuat ulangkaji dengan anak muridnya lagi. Semalam cikgu dah beritahu supaya menelaah apa yang telah diajar. Hari ini cikgu ingin menyoal pula. Tetapi tidak ramai yang ingin menjawab. Bila ditanya mengapa tidak dapat menjawab soalan. Mereka menjawab "Tak tahu", "Lupa", "Jaga adik". Sabarlah cikgu..

Bukan cikgu tidak tahu, ada anak murid nakal dan pernah didenda kerana kenakalannya yang diulang berkali-kali. Cikgu bukan denda kerana suka mendenda. Tetapi kerana kasih dan sayangnya kepada anak murid. Itupun dimulakan dengan nasihat untuk dia memikirkan kembali baik dan buruknya perbuatan yang telah dilakukan dan masa hadapannya. Diberikan teguran agar membekas dalam hati. Dan dihukum sesuai dengan kesalahannya. Dan ada juga cikgu menegur kesalahan anak murid agar tidak membuat bising di dalam kelas. Semasa hendak membuka pintu kereta, kereta cikgu telah dicalar balarkan, tayar dipancitkan. Kengkadang cikgu pun ditunggu diluar untuk dipukul. Sabarlah cikgu...



Sesudah Habis Mengajar

Sebelah petangnya, apabila anak murid sudah pulang ke rumah. Cikgu masih lagi di sekolah, terkadang ada kelas tambahan untuk anak muridnya. Terkadang ada kerja untuk menyiapkan alat bantu mengajar supaya anak murid mudah faham. Terkadang tertidur sebentar kerana kelelahan.

Di rumah, kerja cikgu belum selesai lagi. Perlu menyiapkan buku persediaan mengajar, perlu memikirkan pula aktiviti tahunan yang telah diagihkan untuk disempurnakan. Kertas kerjanya, soalan bulanannya, persatuan yang dinaunginya. Cikgu pun ada suami, ada isteri, ada anak-anak untuk dibesarkan, dididik, diberi makan, dikenalkan dengan kehidupan. Setiap kali melihat buku anak murid, akan terbayang wajah mereka satu persatu. Ya, cikgu pun mendoakan juga agar anak muridnya berjaya dan menjadi orang yang berguna. Sabarlah cikgu...

Cikgu pun tidak kisah.. semasa di luar sekolah, ketika bersiar-siar. Bukan tidak pernah terserempak dengan anak muridnya. Ada yang menyapa memberi salam dan senyuman - Alhamdulillah baguslah, ada juga yang sembunyi-sembunyi (mungkin segan kerana berpakaian menjolok mata atau telah melakukan sesuatu yang ia rasa tidak kena), ada juga yang berlalu seolah-olah cikgu tidak wujud di depan matanya (mungkin tidak nampak gamaknya). Cikgu pun tidaklah terasa sangat sebenarnya... Sabarlah cikgu...

Cikgu pun pernah mengajar anak muridnya agar tahu mengucapkan terima kasih. Apabila cikgu hendak memberikan buku kepada anak murid, ia tidak melepaskan buku tersebut kecuali setelah anak murid mengucapkan "terima kasih cikgu".

Sekadar berkongsi antara kehidupan cikgu yang tidak didedahkan, cubalah berkongsi pengalaman dengan mereka. Agar tahu perasaan dan susah payahnya di dalam mendidik anak bangsa. Kepada ustaz, ustazah, cikgu, guru dan pensyarah yang pernah mendidik diri ini... Terima kasihku ucapkan...

**imannurbalqis**

Read more

...salam MUJAHADAH...



Bismillahirrahmanirrahim…

Ya Allah.. dengan kebesaranMu yang di bawa bersama kalimah basmallah.. kami memohon kejayaan yang hakiki.. yakni kejayaan dari sisiMu.. sesungguhnya, Engkau lebih mengetahui erti kejayaan dari diri kami yang kerdil ini.. malah, telah Kau tetapkan segalanya yang terbaik untuk kami.. sekiranya kejayaan dalam peperiksaan kali ini merupakan sebahagian dari rezeki kami.. janganlah dengan kejayaan itu, ia menjauhkan kami dariMu.. sekiranya kegagalan dalam peperiksaan ini merupakan satu ujian untuk kami.. maka Kau teguhkanlah hati kami.. moga dengan kegagalan itu, kami lebih dekat denganMu.. kerana tidak ada yang lebih mengetahui sesuatu melainkan Engkau.. Ya Allah, telah kami berusaha, namun mungkin segala usaha kami tidaklah sehebat sesetengah dari kami yang lain.. ada tikanya kami terlalai dari tanggungjawab kami.. moga Kau maafkan kealpaan kami.. telah juga kami berdoa.. dan Engkau jualah Yang Maha Mendengar.. dan akhirnya kami bertawakal kepadaMu.. moga pilihan kami sentiasa merupakan pilihan terbaik buat diri kami.. sesungguhnya telah Kau bentangkan dua jalan untuk kami.. dan tiada yang ketiga, tiada juga yang di tengah.. maka Kau tetapkanlah hati ini untuk sentiasa memilih jalan yang lurus.. jalan yang membawa kebaikan kepada kami.. kebaikan dalam erti kata kejayaan hakiki.. tidak hanya dunia yang sementara.. tetapi akhirat yang selamanya itu yang lebih utama.. Ya Allah, Kau tidak pernah menzalimi hambaMu walau seberat zarah sekalipun.. dan tidak pernah Kau bebankan hambaMu dengan bebanan yang tidak dapat hambaMu pikul.. maka dengan itu, Kau tunjukkanlah kami.. Kau bimbinglah kami.. Kau terangilah kami.. jalan-jalan untuk kami menuju ke syurgaMu.. jadikanlah kejayaan dalam peperiksaan kali ini satu batu loncatan buat kami menegakkan agamaMu.. dan janganlah Kau lalaikan kami dengan kejayaan itu, setelah kami diberikan kejayaan.. Moga kami semua terus tsabat dalam memperjuangkan agamaMu.. tetapkanlah hati-hati kami di atas agamaMu.. dan di atas ketaatan kepadaMu.. dan di atas jihad pada jalanMu.. amin ya Rabbal ‘alamin..

..ma’at taufiq wan najah fi imtihan..

**imannurbalqis**

Read more

...MARAH itu tanda SAYANG...

MARAH itu tanda SAYANG...
Jika SAYANG kenalah MARAH...
Jika MARAH kenalah SAYANG...
Kalau dah MARAH perlunya SAYANG...
Kalau dah SAYANG perlunya MARAH...



MARAH itu perlu pada tempatnya...
MARAH itu perlu pada niatnya...

**imannurbalqis**

Read more

...FIKIR & THINK...


"Jangan terlalu GHAIRAH menabur amal hingga keperluan diri diabaikan, bila FITNAH datang mengundang maka runtuh segala kebaikkan"

**imannurbalqis**

Read more

...terima KASIH, MAK...

salam alaik buat sahabat-sahabat dan pembaca blog ana...Alhamdulillah, segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam yang menjadikan segala ciptaan dilangit dan di bumi dengan penuh hikmahnya. Juga segala nikmat kehidupan yang dilimpahi buat hamba2nya..Syukur dipanjatkan padaNya....Semoga nikmat dan segala keindahan ini akan membuatkan hati-hati yang terpaut tidak mudah lupa dan leka dengan keduniaan yang boleh menjerumuskan dan membinasakan....Selawat dan salam tidak lupa juga diucapkan buat Baginda Nabi Muhammad SAW yang berjuang bersama para sahabat menaikkan syiar Islam dan meyebarkan risalah membawa kita dari alam kegelapan (Jahiliyyah) hinggalah ke alam yang kita rasakan sekarang....

hari ini merupakan Hari Ibu...saat ini, kawan-kawan ana sibuk message n call mak@ummi@mama@ibu untuk mengucapkan selamat hari ibu...begitu berharganya wanita yang bergelar IBU sehinggakan ada hari khas untuk meraikannya...seharusnya, setiap hari bagi anak-anak adalah hari meraikan ibu...meraikan bukan bermaksud membelikan barang-barang berjenama@makan besar tetapi nilaian doa yang ada pada kalimah :



Bismillah hirrahman nirrahim


رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ


"Rabbanaghfir Lii Wa Li Waalidayya Wa Lil Mu'miniina Yauma Yaquumul-hisaab"


"Ya Tuhan kami, berilah keampunan kepadaku dan kedua-dua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat)”


"O Our Lord! forgive me, and my parents, and all the Muslims on the day when the account will be established."

Minggu lepas selepas KOT, ana berkesempatan untuk pulang ke rumah...pada waktu malam merupakan waktu bercerita dengan adik-adik ana...bertanyakan keadaan mereka, pembelajaran mereka dan kehidupan mereka semasa ana tidak berada di rumah..sehingga tercetuslah satu perbualan yang membuatkan hati ana menangis...

----------------------------------------

Ana bertanya pada adik bongsu ana...
Ana : Adik dah periksa ke??result dah dapat belum
Adik: Dah, tapi xdapat A la...English adik mesti teruk
Ana : La, kenapa plk ckap mcm 2???blm dapt result lagi dah cakap macam 2..
Adik: Xboleh jawab...xpaham
Ana : 2lah, kak ina dah cakap...suruh baca buku tak nak...asyik main jea..
Adik: Mana ada...adik dah belajar..xcaya tanya acik
Ana : Yea lah 2...
Adik: Iyea...ustazah adik cakap...klu nak jadi pelajar pintar xboleh nak belajar jea tp kene hormati mak ayah..minta maaf kat mak ayah selalu..xboleh sakitkan hati mak ayah...sebab doa mak ayah boleh sampai terus kat ALLAH..xde hijab..terus makbul..

Ana terus terdiam...

Adik: Lepas 2, adik nie ada ayah jea sorang mana cukup..kene ada mak dgn ayah baru cukup..boleh sampai...tu yang adik xjadi pelajar pintar tu...
Ana : Kan kak ina ada..
Adik: Kak ina bukan mak, kak ina kakak la..adik nak mak..itu pun xpham ke...

Lepas 2, sesi pujuk memujuk pun bermula....

Dalam hati ana : Ya ALLAH, betapa pintarnya adik aku..kerinduannya pada arwah mak selama ini, disorokkan dalam-dalam berkeseorangan...

-----------------------------------------

Rasulullah SAW pernah bersabda :

" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu..( tak kira masih hidup atau telah tiada ) nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu..."

Berdasarkan Hadith Nabi SAW :

" Tidak akan terputus rezeki seseorang ANAK selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tuanya dalam sehari"

Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus2 berdoa kepada kedua ibu bapa (hidup atau mati)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah SWT
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2..tadah tangan dan Bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 Kita dan mereka2 yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah SWT.

TERIMA KASIH, MAK

Kepada diri ana sendiri serta semua sahabat-sahabat ana dan pembaca blog ana, hargailah insan yang bergelar IBU kerana nilaiannya sangat tinggi...Istighfarlah, Istighfarlah...Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya...Atau kata-katanya sering menggores hati mereka, atau yang jarang mempedulikan dan mendoakan mereka...Percayalah bahawa anak yang derhaka seksanya didahulukan di dunia ini...Ayah...Mak...Ampunkanlah dosa-dosa anakmu...AL-FATIHAH buat semua mak@ibu@ummi@mama....

**imannurbalqis**

Read more

...DURIAN BELANDA penawar sebenar KANSER...

Durian Belanda atau Soursop , buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?



Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.
Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia, dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis, dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.

Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.
Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh 'pohon ajaib', yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.
Hasil penyelidikan membuktikan “pohon ajaib” dan buahnya ini :
i) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.
ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.
iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.
iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.
Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika. Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :
1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.
2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!
3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.

Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon “ajaib” ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ? Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan!

Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik. Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan !

Tapi… kisah Graviola hampir berakhir disini. Kenapa?

Dibawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk ubat adalahDILARANG dipatentkan.

Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari Graviola ini agar ianya dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaup keuntungan besar. Tapi usaha ini tidak berhasil kerana Graviola tidak berjaya diklon. Perusahaan gigit jari setelah mengeluarkan dana jutaan dolar untuk usaha penyelidikan mereka.

Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan besar beransur-ansur pudar, kegiatan penyelidikan juga turut berhenti. Lebih parah lagi, perusahaan menutup projek ini dan memutuskan untuk TIDAK menerbitkan hasil penyelidikan ini.

Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari kumpulan penyelidik tidak sanggup melihat kekejaman ini terjadi. Dengan mengorbankan kerjayanya, dia menghubungi sebuah perusahaan yang biasa mengumpulkan bahan-bahan bersumberkan semulajadi dari hutan Amazon untuk penghasilan penawar.

Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan.
The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan.

Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza.

Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo!

Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.

Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari Lembaga-lembaga seperti disebutkan terdahulu.

Kisah lengkap tentang Graviola, dimana memperolehnya, dan bagaimana cara memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: New Cancer Killers, Safe as Mother’s milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan Health Sciences Institute. Sekarang anda tahu manfaat durian belanda yang luar biasa ini. Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan. Buah yang 100% semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan. Sebarkan maklumat berharga ini kepada keluarga, saudara, sahabat dan teman yang anda kasihi.

Tak salah kiranya kita berusaha...dengan izin ALLAH...insyaALLAH sembuh

**imannurbalqis**

Read more

...mata LEBAH vs mata LALAT...

salam alaik buat sahabat-sahabat dan pembaca blog ana...Alhamdulillah, segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam yang menjadikan segala ciptaan dilangit dan di bumi dengan penuh hikmahnya. Juga segala nikmat kehidupan yang dilimpahi buat hamba2nya..Syukur dipanjatkan padaNya....Semoga nikmat dan segala keindahan ini akan membuatkan hati-hati yang terpaut tidak mudah lupa dan leka dengan keduniaan yang boleh menjerumuskan dan membinasakan....Selawat dan salam tidak lupa juga diucapkan buat Baginda Nabi Muhammad SAW yang berjuang bersama para sahabat menaikkan syiar Islam dan meyebarkan risalah membawa kita dari alam kegelapan (Jahiliyyah) hinggalah ke alam yang kita rasakan sekarang....

last wednesday, ana n rakan-rakan guru pelatih PISMP ambilan jan08 dengan KPLI menghadiri seminar integriti yang dianjurkan oleh Institut Integriti Malaysia...alhamdulilah, byk perkara baru yang ana dapat n belajar...ada 1perkara yang ana nak kongsi dengan pembaca blog ana ialah tentang mata LEBAH vs mata LALAT... analogi ini memang perlu diaplikasikan dalam kehidupan kita masa sekarang...suka untuk ana berkongsi analogi ini kerana sifat manusia terutamanya masyarakat sekarang di tahap kritikal..terlalu tipikal dan berfikiran sempit...

LALAT...



mencari kawasan&bau busuk walaupun berada ditempat yang indah...jika kita lihat, lalat suka menghurung benda-benda yang busuk..tong sampah@longkang...tetap akan cari sampai dapat...tetapi lalat menjadi beban dan dihalau oleh manusia supaya tidak dihinggapi...

LEBAH...



walau bagaimana busuk sekali pun tempat itu, lebah akan terus mencari madu yang manis...kawasan yang wangi...di bunga yang menjadi tumpuan ramai wanita...tetap akan menghisap madu sampai dapat...sehingga memberi faedah kepada orang lain...

Ironinya, apabila kita pergi ke ceramah@seminar@perkongsian ilmu sering kali kita dengar ini :

"Kenapa la ada ceramah? bosan...."
"Bila la nak sudah orang nie bercakap?"
"Mengantuk betul la orang nie bercakap"
"Kalau aku jejak langkah ke dewan nie, nescaya aku tidur"

Jarang kita dengar :

"Alhamdulillah, hari ini ada perkongsian ilmu...dapat jg benda baru"
"Aku dapat kenal penceramah baru dalam seminar nie"
"Perlu ada sedikit penambahbaikkan seminar ini utk peningkatan bersama"
"Best la ceramah nie...nak lagi"

Berbalik kepada Mata Lalat....

Orang yang bersikap suka mencari kesalahan orang lain selayaknya kita memanggilnya bermata lalat...Selalu mencari kelemahan orang dan menghina kesana sini....tatkala orang lain sibuk mencari nilai positif dalam sesuatu keadaaan dia mengcalitkan busuk pada pemikiran orang lain....

Realitinya, apabila diadakan sesuatu majlis...para manusia bermata lalat datang dan mencari kesilapan majlis dan menghebahkan bukan berniat mencari penyelesaian tetapi disusuli kedengkian mendalam...anasir-anasir ini ana lihat makin menular sehinggakan individu yang berstatus profesional pun masih bersikap begitu.

Indahnya Mata Lebah....

Sehinggakan tempat yang busuk pun tetap mencari wangian yang mengharum...tertancap pada bau itu, terus menuju ke arahnya...tidak lagi memandang pada yang lain..Kesilapan yang berlaku tetap dicarinya kebaikan...Kata lainnya, mencari hikmah disebalik perkara yang berlaku....Kelemahan yang selalu disorokkan Allah sebagai kurniaNya, terkadang sengaja ditonjolkan agar menjadikan diri lebih berhati-hati dan peka....Orang yang sebegini selayaknya ditempatkan dibarisan hadapan majlis....



Bagaimana sulit pun keadaannya, mereka yang bermata lebah ini mencari masih mencari nilai positif keadaannya...tidak cepat melatah dengan keadaan tetapi menghayati dan merasai dahalu keadaannya untuk menilai buruk baiknya....

Seharusnya, kita memilih keadaan yang positif bukan hanya duduk diam dan meneruskan tabiat yang boleh merudumkan kemampuan diri sendiri...

Jadi begitulah kita. Kalau melihat dari mata lalat, maka secantik manapun yang Allah aturkan kehidupan kita, kita masih akan mencari cacat-celanya. Masih lagi mencari busuk dan buruknya.

Namun tidak bagi seseorang yang melihat dari mata lebah. Biar ujian datang melanda, biar pelbagai cubaan dan rintangan harus dihadapi dalam hidup, tetapi yang dilihat adalah keindahan dan kecantikkan aturan kehidupan yang telah Allah jadikan.

Jadi, buatlah pilihan yang terbaik dengan melihat dari kedua-dua sudut pandang. Kita sememangnya tidak mampu untuk berlaku adil, walaupun untuk diri sendiri. Seharusnya kita ingat, setiap kejadian yang ALLAH jadikan adalah untuk kita melihat dan mentafsir keperluannya untuk dijadikan panduan dan pengajaran dalam kehidupan kita...

**imannurbalqis**

Read more

...cikgu, kenal saya tak?...

salam alaik buat sahabat-sahabat dan pembaca blog ana...ana doakan antum semua sentiasa dalam rahmat ALLAH s.w.t...alhamdulillah kita diberi peluang untuk merasai nikmat IMAN dan ISLAM yang telah menjadi seruan nabi Muhammad s.a.w...nampaknya, dah masuk bulan5..minggu nie, akan berlangsung majlis konvokesyen di ipg ana untuk graduan kpli IPGKPM...next week, sambutan hari guru lepas tue exam..kene jg curi2 masa utk study..tambahan pula, makin hebat serangan2 kuliah2 ganti...apa pun itu mmg tugas yg perlu diselesaikn oleh seorang pelajar utk belajar....tp mcmana plk tugas sebagai guru??




bulan Mei, bulan menyambut hari guru...betapa besarny nilai profesion keguruan sehingga ada 1hari khas untuk meraikannya...hebat 2...ana nie bakal guru...skrg nie masih lagi pelatih @ pelajar...baru sebulan pi praktikum..xhebat mana pun...tp td ana dapat merasai HEBAT nya seorang GURU...

hari nie ana blik ke institut selepas bercuti selama 3hari di rumah...jumaat lepas institut ana ambik cuti peristiwa sempena KOT...

sampai di Melaka Central, ana terus ke Mydin Bazaar untuk beli barang keperluan...tiba jea kat depan pintu Mydin Bazaar :
Guard Mydin : Cikgu, cikgu bawa laptop ke??
Ana : Yea, pak cik
(Dalam hati : aik, mana tau ana cikgu)
Guard Mydin : Cikgu, bawa masuk...nnt sy ikat dulu kat zip nie..nnt hilang pak cik xde duit nak ganti
Ana : Baik pak cik...

Lepas 2, ana terus ambil bakul dan menuju ke tempat yang ingin dituju...
Tiba-tiba...
Suara : Cikgu Zarina, tunggu!!!!
Ana terus berpaling ke belakang....ada dua orang kanak-kanak (adik-beradik) berlari menuju ke arah ana...
Kanak-kanak : Assalamualaikum, cikgu (hulur tangan)
Ana : Waalaikumsalam...(sambut salam & senyum)
Kanak-kanak : cikgu kenal saya x???
Ana : Kenal...kamu kan yg cikgu ajar kat SKPDD...
(Dalam hati, lupa la nama budak nie..mcmana nie...xpe, buat2 kenal...)
Kanak-kanak 1: Kak, cikgu ingat kita lagi...
Kanak-kanak 2: Cikgu, kitaorg rindu kat cikgu..
Ana : Cikgu pun rindu kat kamu...kamu sihat x??
Kanak-kanak : sihat cikgu...cikgu xnak melawat kami ke??
Ana : Nak sgt...tp cikgu sbuk skit kat maktab..kamu datang dengan sapa?
Kanak-kanak : kami datang dengan ayah...tu ayah..jom cikgu jumpa ayah..
(Kanak-kanak tersebut menunjuk pada ayahnya, ayahnya pulak pandang ke arah kami)
Ana : Owh...eh, xpelah...kamu nak beli banyak barang kan
Kanak-kanak : xpe..jomlah cikgu

(Ana pun bergeraklah ke arah ayah kanak-kanak tadi..)
Kanak-kanak : Ayah nie lah cikgu yang ajar sekejap jea kat sekolah kakak...suma kawan-kawan kakak suka cikgu nie...
Ana : Assalamualaikum pak cik..
Ayah kanak-kanak : Waalaikumsalam cikgu...terima kasih lah ajar anak-anak saya...
Ana : sama-sama...pak cik, saya gerak dulu yea nak beli barang skit...
Kanak-kanak : Ok, cikgu...nnt kita jumpa lagi..
Ana : Ok, belajar rajin2 tau...sampaikan salam cikgu pada kawan-kawan kamu...
Kanak-kanak : Baik cikgu...




Dalam hati ana, tak tau nak kata apa...secara terus terangnya mmg ana xingat nama kanak-kanak tadi...nasib baru mengajar satu sekolah, kalau sepuluh??iyeakan ajalah... penghargaan kanak-kanak yang baru berumur 8 tahun & 10 tahun begitu membuatkan ana menghargai nilai sebenar profesion keguruan...sememangnya guru menjadi perhatian di mata masyarakat..cuba bayangkan, kalau anak murid ternampak gurunya membuat perkara yang tidak senonoh @ menampilkan personaliti yang bukan seorang guru???apa pandangan anak muridnya...tambahan pula, ibu bapa yang bersama mereka akan turut menilai personaliti guru yang mengajar anaknya di sekolah...alangkah sedihnya, bila anak murid mempertikaikan perbuatan guru di sekolah dan di luar...benarlah kata-kata masyarakat bahawa guru memang role-model terdekat bagi kanak-kanak...begitu beratnya tugas sebagai seorang guru...bukan berat mengangkat besi tapi mengangkat amanah....menjaga nama baik profesion keguruan....
bukan ana nak kata diri ana bagus @ memang dijadikan untuk jadi seorang guru...ana akui yang ana masih cetek lagi pengetahuan...kalau ikutkan cita-cita, ana nak jadi engineer...tp bila nie jalan yang ALLAH bagi..ana terima sepenuhnya...kerana ana tahu, ana mampu melahirkan berpuluh2 orang engineer dengan izin ALLAH...mereka yang akan meneruskan cita-cita ana...hanya dengan coretan pengalaman ini, ana ingin berkongsi rasa, meluah kata....sedikit perkongsian untuk guru-guru di luar sana....

Menurut Imam Al-Ghazali r.a terdapat beberapa tanggungjawab atau kewajipan yang perlu dipenuhi oleh seorang guru. Tanggungjawab tersebut merangkumi lapan perkara iaitu :

1. Guru perlu menaruh rasa kasih sayang terhadap murid dan melayan mereka seperti melayan anak sendiri.

2. Guru tidak mengharapkan balas jasa ataupun ucapan terima kasih, tetapi mengajar dengan tujuan untuk mencari keredaan Allah dan mendekatkan diri kepadaNya.

3. Guru hendaklah menyampaikan nasihat kepada murid pada tiap kesempatan bahkan gunakan setiap kesempatn untuk menasihati dan menunjuk ajar murid. Mereka hendaklah sentiasa dinasihati bahawa menuntut ilmu bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah.

4. Guru hendaklah mencegah murid daripada sesuatu akhlak yang tidak baik dengan jalan halus dan bukan dengan cara mencela.

5. Guru yang mengajar suatu matapelajaran tertentu hendaklah jangan memperlekehkan matapelajaran yang lain. Dia hendaklah membuka peluang kepada murid mempelajari cabang ilmu baru.

6. Guru hendaklah berbicara dengan bahasa yang mudah dan dapat difahami dalam menyampaikan pelajaran. Guru perlu berbicara dengan mereka menurut kadar kemampuan akal murid.

7. Para guru juga hendaklah menyampaikan kepada murid yang lemah menurut kemampuan mereka dengan memilih pelajaran yang mudah dan jelas.

8. Para guru hendaklah mengamalkan ilmunya, dan amalan hendaklah bertepatan dengan apa yang diajar. Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 44 yang bermaksud " patutkah kamu menyuruh manusia berbuat kebaikan sedangkan kamu lupa akan diri kamu sendiri..."




**imannurbalqis**

Read more

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails