.::I'M ONLY SERVANT OF ALLAH::.

"Di perhentian terakhir itulah manusia akan hidup berkekalan sama ada dengan limpahan NIKMAT selama-lamanya atau menghadapi AZAB, juga selama-lamanya. Sebelum tiba di titik pengakhiran itu, manusia akan terus mengembara..."

...JALINAN UKHUWAH...

...MELAKAR PELANGI...

Daisypath Anniversary tickers

...KEEP IN MEMORY...

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

PERMATA HATI UMMI ABI

Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

...terima KASIH, MAK...

salam alaik buat sahabat-sahabat dan pembaca blog ana...Alhamdulillah, segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam yang menjadikan segala ciptaan dilangit dan di bumi dengan penuh hikmahnya. Juga segala nikmat kehidupan yang dilimpahi buat hamba2nya..Syukur dipanjatkan padaNya....Semoga nikmat dan segala keindahan ini akan membuatkan hati-hati yang terpaut tidak mudah lupa dan leka dengan keduniaan yang boleh menjerumuskan dan membinasakan....Selawat dan salam tidak lupa juga diucapkan buat Baginda Nabi Muhammad SAW yang berjuang bersama para sahabat menaikkan syiar Islam dan meyebarkan risalah membawa kita dari alam kegelapan (Jahiliyyah) hinggalah ke alam yang kita rasakan sekarang....

hari ini merupakan Hari Ibu...saat ini, kawan-kawan ana sibuk message n call mak@ummi@mama@ibu untuk mengucapkan selamat hari ibu...begitu berharganya wanita yang bergelar IBU sehinggakan ada hari khas untuk meraikannya...seharusnya, setiap hari bagi anak-anak adalah hari meraikan ibu...meraikan bukan bermaksud membelikan barang-barang berjenama@makan besar tetapi nilaian doa yang ada pada kalimah :



Bismillah hirrahman nirrahim


رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ


"Rabbanaghfir Lii Wa Li Waalidayya Wa Lil Mu'miniina Yauma Yaquumul-hisaab"


"Ya Tuhan kami, berilah keampunan kepadaku dan kedua-dua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat)”


"O Our Lord! forgive me, and my parents, and all the Muslims on the day when the account will be established."

Minggu lepas selepas KOT, ana berkesempatan untuk pulang ke rumah...pada waktu malam merupakan waktu bercerita dengan adik-adik ana...bertanyakan keadaan mereka, pembelajaran mereka dan kehidupan mereka semasa ana tidak berada di rumah..sehingga tercetuslah satu perbualan yang membuatkan hati ana menangis...

----------------------------------------

Ana bertanya pada adik bongsu ana...
Ana : Adik dah periksa ke??result dah dapat belum
Adik: Dah, tapi xdapat A la...English adik mesti teruk
Ana : La, kenapa plk ckap mcm 2???blm dapt result lagi dah cakap macam 2..
Adik: Xboleh jawab...xpaham
Ana : 2lah, kak ina dah cakap...suruh baca buku tak nak...asyik main jea..
Adik: Mana ada...adik dah belajar..xcaya tanya acik
Ana : Yea lah 2...
Adik: Iyea...ustazah adik cakap...klu nak jadi pelajar pintar xboleh nak belajar jea tp kene hormati mak ayah..minta maaf kat mak ayah selalu..xboleh sakitkan hati mak ayah...sebab doa mak ayah boleh sampai terus kat ALLAH..xde hijab..terus makbul..

Ana terus terdiam...

Adik: Lepas 2, adik nie ada ayah jea sorang mana cukup..kene ada mak dgn ayah baru cukup..boleh sampai...tu yang adik xjadi pelajar pintar tu...
Ana : Kan kak ina ada..
Adik: Kak ina bukan mak, kak ina kakak la..adik nak mak..itu pun xpham ke...

Lepas 2, sesi pujuk memujuk pun bermula....

Dalam hati ana : Ya ALLAH, betapa pintarnya adik aku..kerinduannya pada arwah mak selama ini, disorokkan dalam-dalam berkeseorangan...

-----------------------------------------

Rasulullah SAW pernah bersabda :

" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu..( tak kira masih hidup atau telah tiada ) nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu..."

Berdasarkan Hadith Nabi SAW :

" Tidak akan terputus rezeki seseorang ANAK selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tuanya dalam sehari"

Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus2 berdoa kepada kedua ibu bapa (hidup atau mati)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah SWT
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2..tadah tangan dan Bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 Kita dan mereka2 yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah SWT.

TERIMA KASIH, MAK

Kepada diri ana sendiri serta semua sahabat-sahabat ana dan pembaca blog ana, hargailah insan yang bergelar IBU kerana nilaiannya sangat tinggi...Istighfarlah, Istighfarlah...Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya...Atau kata-katanya sering menggores hati mereka, atau yang jarang mempedulikan dan mendoakan mereka...Percayalah bahawa anak yang derhaka seksanya didahulukan di dunia ini...Ayah...Mak...Ampunkanlah dosa-dosa anakmu...AL-FATIHAH buat semua mak@ibu@ummi@mama....

**imannurbalqis**

2 Responses so far.

  1. alahai si kecil itu.....

  2. "Adik: Lepas 2, adik nie ada ayah jea sorang mana cukup..kene ada mak dgn ayah baru cukup..boleh sampai...tu yang adik xjadi pelajar pintar tu...
    Ana : Kan kak ina ada..
    Adik: Kak ina bukan mak, kak ina kakak la..adik nak mak..itu pun xpham ke..."

    sgt cmel...
    terigt adk padil kt umah..
    wuuuuaaaa....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails