.::I'M ONLY SERVANT OF ALLAH::.

"Di perhentian terakhir itulah manusia akan hidup berkekalan sama ada dengan limpahan NIKMAT selama-lamanya atau menghadapi AZAB, juga selama-lamanya. Sebelum tiba di titik pengakhiran itu, manusia akan terus mengembara..."

...JALINAN UKHUWAH...

...MELAKAR PELANGI...

Daisypath Anniversary tickers

...KEEP IN MEMORY...

Daisypath Happy Birthday tickers

PERMATA HATI UMMI ABI

Lilypie Second Birthday tickers

...cikgu, kenal saya tak?...

salam alaik buat sahabat-sahabat dan pembaca blog ana...ana doakan antum semua sentiasa dalam rahmat ALLAH s.w.t...alhamdulillah kita diberi peluang untuk merasai nikmat IMAN dan ISLAM yang telah menjadi seruan nabi Muhammad s.a.w...nampaknya, dah masuk bulan5..minggu nie, akan berlangsung majlis konvokesyen di ipg ana untuk graduan kpli IPGKPM...next week, sambutan hari guru lepas tue exam..kene jg curi2 masa utk study..tambahan pula, makin hebat serangan2 kuliah2 ganti...apa pun itu mmg tugas yg perlu diselesaikn oleh seorang pelajar utk belajar....tp mcmana plk tugas sebagai guru??




bulan Mei, bulan menyambut hari guru...betapa besarny nilai profesion keguruan sehingga ada 1hari khas untuk meraikannya...hebat 2...ana nie bakal guru...skrg nie masih lagi pelatih @ pelajar...baru sebulan pi praktikum..xhebat mana pun...tp td ana dapat merasai HEBAT nya seorang GURU...

hari nie ana blik ke institut selepas bercuti selama 3hari di rumah...jumaat lepas institut ana ambik cuti peristiwa sempena KOT...

sampai di Melaka Central, ana terus ke Mydin Bazaar untuk beli barang keperluan...tiba jea kat depan pintu Mydin Bazaar :
Guard Mydin : Cikgu, cikgu bawa laptop ke??
Ana : Yea, pak cik
(Dalam hati : aik, mana tau ana cikgu)
Guard Mydin : Cikgu, bawa masuk...nnt sy ikat dulu kat zip nie..nnt hilang pak cik xde duit nak ganti
Ana : Baik pak cik...

Lepas 2, ana terus ambil bakul dan menuju ke tempat yang ingin dituju...
Tiba-tiba...
Suara : Cikgu Zarina, tunggu!!!!
Ana terus berpaling ke belakang....ada dua orang kanak-kanak (adik-beradik) berlari menuju ke arah ana...
Kanak-kanak : Assalamualaikum, cikgu (hulur tangan)
Ana : Waalaikumsalam...(sambut salam & senyum)
Kanak-kanak : cikgu kenal saya x???
Ana : Kenal...kamu kan yg cikgu ajar kat SKPDD...
(Dalam hati, lupa la nama budak nie..mcmana nie...xpe, buat2 kenal...)
Kanak-kanak 1: Kak, cikgu ingat kita lagi...
Kanak-kanak 2: Cikgu, kitaorg rindu kat cikgu..
Ana : Cikgu pun rindu kat kamu...kamu sihat x??
Kanak-kanak : sihat cikgu...cikgu xnak melawat kami ke??
Ana : Nak sgt...tp cikgu sbuk skit kat maktab..kamu datang dengan sapa?
Kanak-kanak : kami datang dengan ayah...tu ayah..jom cikgu jumpa ayah..
(Kanak-kanak tersebut menunjuk pada ayahnya, ayahnya pulak pandang ke arah kami)
Ana : Owh...eh, xpelah...kamu nak beli banyak barang kan
Kanak-kanak : xpe..jomlah cikgu

(Ana pun bergeraklah ke arah ayah kanak-kanak tadi..)
Kanak-kanak : Ayah nie lah cikgu yang ajar sekejap jea kat sekolah kakak...suma kawan-kawan kakak suka cikgu nie...
Ana : Assalamualaikum pak cik..
Ayah kanak-kanak : Waalaikumsalam cikgu...terima kasih lah ajar anak-anak saya...
Ana : sama-sama...pak cik, saya gerak dulu yea nak beli barang skit...
Kanak-kanak : Ok, cikgu...nnt kita jumpa lagi..
Ana : Ok, belajar rajin2 tau...sampaikan salam cikgu pada kawan-kawan kamu...
Kanak-kanak : Baik cikgu...




Dalam hati ana, tak tau nak kata apa...secara terus terangnya mmg ana xingat nama kanak-kanak tadi...nasib baru mengajar satu sekolah, kalau sepuluh??iyeakan ajalah... penghargaan kanak-kanak yang baru berumur 8 tahun & 10 tahun begitu membuatkan ana menghargai nilai sebenar profesion keguruan...sememangnya guru menjadi perhatian di mata masyarakat..cuba bayangkan, kalau anak murid ternampak gurunya membuat perkara yang tidak senonoh @ menampilkan personaliti yang bukan seorang guru???apa pandangan anak muridnya...tambahan pula, ibu bapa yang bersama mereka akan turut menilai personaliti guru yang mengajar anaknya di sekolah...alangkah sedihnya, bila anak murid mempertikaikan perbuatan guru di sekolah dan di luar...benarlah kata-kata masyarakat bahawa guru memang role-model terdekat bagi kanak-kanak...begitu beratnya tugas sebagai seorang guru...bukan berat mengangkat besi tapi mengangkat amanah....menjaga nama baik profesion keguruan....
bukan ana nak kata diri ana bagus @ memang dijadikan untuk jadi seorang guru...ana akui yang ana masih cetek lagi pengetahuan...kalau ikutkan cita-cita, ana nak jadi engineer...tp bila nie jalan yang ALLAH bagi..ana terima sepenuhnya...kerana ana tahu, ana mampu melahirkan berpuluh2 orang engineer dengan izin ALLAH...mereka yang akan meneruskan cita-cita ana...hanya dengan coretan pengalaman ini, ana ingin berkongsi rasa, meluah kata....sedikit perkongsian untuk guru-guru di luar sana....

Menurut Imam Al-Ghazali r.a terdapat beberapa tanggungjawab atau kewajipan yang perlu dipenuhi oleh seorang guru. Tanggungjawab tersebut merangkumi lapan perkara iaitu :

1. Guru perlu menaruh rasa kasih sayang terhadap murid dan melayan mereka seperti melayan anak sendiri.

2. Guru tidak mengharapkan balas jasa ataupun ucapan terima kasih, tetapi mengajar dengan tujuan untuk mencari keredaan Allah dan mendekatkan diri kepadaNya.

3. Guru hendaklah menyampaikan nasihat kepada murid pada tiap kesempatan bahkan gunakan setiap kesempatn untuk menasihati dan menunjuk ajar murid. Mereka hendaklah sentiasa dinasihati bahawa menuntut ilmu bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah.

4. Guru hendaklah mencegah murid daripada sesuatu akhlak yang tidak baik dengan jalan halus dan bukan dengan cara mencela.

5. Guru yang mengajar suatu matapelajaran tertentu hendaklah jangan memperlekehkan matapelajaran yang lain. Dia hendaklah membuka peluang kepada murid mempelajari cabang ilmu baru.

6. Guru hendaklah berbicara dengan bahasa yang mudah dan dapat difahami dalam menyampaikan pelajaran. Guru perlu berbicara dengan mereka menurut kadar kemampuan akal murid.

7. Para guru juga hendaklah menyampaikan kepada murid yang lemah menurut kemampuan mereka dengan memilih pelajaran yang mudah dan jelas.

8. Para guru hendaklah mengamalkan ilmunya, dan amalan hendaklah bertepatan dengan apa yang diajar. Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 44 yang bermaksud " patutkah kamu menyuruh manusia berbuat kebaikan sedangkan kamu lupa akan diri kamu sendiri..."




**imannurbalqis**

9 Responses so far.

  1. saya..cg kenal x??
    msti xknal kn2..
    sbb sya bkn ank murd cg...=/

    smoga tergulong dlmklngn owang yg mlksanakn tgjwab yg tok imam wasiatkn tu...amin..

  2. sape yg xsuke kalo dpt ckgu cm ckgu zarina...
    haha!!
    :))

  3. to cahaya malam: mestilah cikgu kenal kamu..yg peace no war

    to awan terbang: rmai yg xsuka cikgu zarina nie...jgn awk xtau

  4. yeke????
    nape dorg xsuke???
    ish!!
    xptut tol la...

  5. to awan terbang : org kata kak ina garang..blh x bg beza garang dgn tegas....

  6. boleh2...
    kalo garang hari nk marah...
    sehari kalo xmrah xlengkap hidup..
    haha!!
    org xknal kak ina mmg la kata garang..
    bile dh knal baru dorg tau betapa mnjenye kak ina..
    mmuuaaahhahhahhah...

  7. to awan terbang: adoyai, kesitu plk dia..xde masa kak ina nak manja2 nie..isin la...padil nie xmjawab soalan la...mcmana nak exam nie xlama lg...he3

  8. a'a!!
    sok uak bi..
    hahaha!!

    eleh..xde masa kunun..yela sgt....

    dulu time spm ad teknik mnjawab soklan...
    skg xde..
    so tknik sume dh lari...
    heeeeeee~~
    (*_*)v

  9. yg peace no war je cikgu knal...
    sya...cg xknal kot..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails