.::I'M ONLY SERVANT OF ALLAH::.

"Di perhentian terakhir itulah manusia akan hidup berkekalan sama ada dengan limpahan NIKMAT selama-lamanya atau menghadapi AZAB, juga selama-lamanya. Sebelum tiba di titik pengakhiran itu, manusia akan terus mengembara..."

...JALINAN UKHUWAH...

...MELAKAR PELANGI...

Daisypath Anniversary tickers

...KEEP IN MEMORY...

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

PERMATA HATI UMMI ABI

Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

...Hari Membakar Quran Sedunia...

Masyarakat muslim, khususnya yang tinggal di Amerika baru – baru ini diketengahkan dengan satu isu yang cukup panas, iaitu Hari Membakar Quran Sedunia yang ingin dianjurkan oleh seorang Christian Evangelican Preacher, Terry Jones (saya tidak pasti apa kata ganti preacher dalam Bahasa Melayu). Namun, alhamdulillah, atas ketentuanNya, rancangan tidak bermoral seperti itu telah ditarik balik oleh Jones.

Terry Jones

Sebelum itu, siapakah Terry Jones?

Jones adalah seorang pastor yang mengetuai gereja Dove World Outreach Center (DWOC) yang terletak di Gainesville, Florida. Gereja DWOC itu adalah tergolong dalam institusi gereja yang bersifat non-denominational, iaitu mempunyai autonomi tersendiri. Gereja seperti ini tidak semestinya sehaluan dengan pandangan rasmi kumpulan – kumpulan utama penganut Kristian, seperti Katholik dan Protestan. Jones mula bertugas di DWOC secara sepenuh masa pada tahun 2008 selepas meninggalkan Christliche Gemeinde Köln (CGK), sebuah gereja di Cologne, Jerman.1

CGK pula adalah gereja kembar DWOC di Jerman. Jones sebenarnya merupakan seseorang yang cukup kontroversi sewaktu bertugas di sana. Pada tahun 2002, Jones telah didenda €3800 oleh mahkamah Cologne kerana menggunakan gelaran ‘doktor’ tanpa kelayakan. Kemudian, pada tahun 2008, seperti yang dilaporkan oleh The Gainesville Sun pula, Jones telah dituduh melakukan pecah amanah sebelum Jones mengambil keputusan meninggalkan gereja tersebut.1

Sewaktu di sana, Jones banyak memainkan propaganda anti-Islam sebagai slogan utama gerejanya. Walaubagaimanapun, perubahan demografik yang ketara kerana kemasukan beramai – ramai pendatang – pendatang beragama Islam dari Turki ke German menyebabkan slogan anti-Islamnya mengalami tentangan yang kuat, sehinggalah akhirnya Jones mengundurkan diri.2 (Saya teringat watak Aisha dalam novel Ayat – Ayat Cinta yang merupakan warga German berketurunan Turki, saya kira Ustaz Habiburahman El-Shirazy adalah seorang yang hebat kerana menggunakan fakta demografik ini untuk dikembangkan dalam novelnya itu).

Saya tidak berkeinginan untuk mencari seribu satu kesalahan Jones. Apa yang saya tulis ini adalah apa yang saya dapat daripada artikel – artikel maya. Cuma, dapat saya simpulkan, Jones adalah seorang yang cukup memusuhi Islam secara terus dan sangat bersikap kontroversi walaupun dari kacamata penganut Kristian sendiri.

Respon Pentadbiran dan Warga Amerika

Terdapat banyak tulisan – tulisan yang memberi respon mengenai Hari Membakar Quran Sedunia yang cuba dianjurkan Jones. Tetapi, kali ini saya rasa sangat senang dengan sikap pentadbiran Amerika yang bagi saya menonjolkan sikap yang adil mengenai sensitiviti Islam.

Huffington Post melaporkan pentadbiran Obama pada Selasa yang lepas, telah mengecam ancaman gereja DWOC untuk membakar naskah al-Quran. Ancaman seperti itu dianggap tidak melambangkan semangat kebebasan beragama dan kepercayaan yang menjadi asas utama dalam konstitusi Amerika itu sendiri. 3 Hak ini merupakan salah satu daripada hak – hak yang diwartakan di bawah First Amendment Right (FAR).4

Bagi warganegara Amerika, FAR ini adalah satu hak yang paling penting dan pantang sekali dicabar, mungkin boleh kita panggil FAR ini sebagai akidah mereka. Di sana dijamin kebebasan mereka dalam bersuara, mengemukakan pandangan, beragama dan sebagainya. Itu adalah satu konsep yang cukup difahami dan dijaga oleh orang Amerika.4

Apa yang menarik, Jones pula sebaliknya menyatakan, FAR yang menjamin kebebasan dalam menzahirkan sentimennya terhadap Islam melalui pembakaran al-Quran.2

Walaubagaimanapun, seorang jurnalis yang juga merupakan pensyarah perundangan dan sains sosial, Jessica Pieklo, dalam membalas kenyataan Jones, telah mengatakan walaupun mereka menghargai sepenuhnya kebebasan bersuara, tindakan Jones mengancam untuk membakar al-Quran tidak semestinya boleh dianggap sebagai salah satu bentuk kebebasan yang dijamin FAR. Kerana tindakan itu mirip kepada hate speech. Dan ancaman ini juga boleh ditafsirkan sebagai ancaman yang berbentuk fizikal, seperti ugutan terhadap orang Islam yang berada di sana, seperti mana yang ditafsirkan oleh mahkamah terhadap kes ancaman membakar salib.2

Respon Terhadap Muslim Amerika

Saya dimaklumkan oleh seorang muslimat berketurunan Iran, Aabidah Eiman Abduallah yang menetap di sana, suasana semasa Muslim di Amerika, mereka tidaklah menerima ancaman, tidaklah seperti sewaktu beberapa bulan selepas peristiwa 911 itu terjadi. Atas permintaan saya suatu masa dahulu, beliau pernah berkongsi cerita penderitaan beliau ketika peristiwa itu baru terjadi. Tetapi kali ini, alhamdulillah, keadaan aman bagi saudara kita di sana. Cuma, akaun youtube beliau telah diserang oleh pembenci – pembenci Islam yang menghamburkan tohmahan terhadap Muslim. Tetapi alhamdulillah, beliau adalah seorang muslimat yang matang dan cekal dalam menguruskan tekanan – tekanan golongan tersebut.

Disamping itu, saya juga sempat menonton Channel NewsAsia semalam, di mana ada seorang muslimin yang baru sahaja memeluk Islam, tetapi beliau pergi ke perhimpunan memperingati peristiwa 911 di Ground Zero, New York dua hari lepas, bagi menerangkan pandangan Islam kepada keluarga mangsa 911. Ini adalah satu perkara yang cukup menakjubkan bagi saya.

Bahkan, terdapat juga demostrasi daripada pejuang hak asasi warga Amerika yang bukan Muslim mempertahankan agama Islam itu sendiri daripada dipertanggungjawabkan sebagai dalang peristiwa 911. Satu perkembangan yang cukup mengharukan saya.

Penutup

Walaupun masih terdapat tiga kejadian berasingan membakar Quran di Amerika, walaupun terguris dengan tindakan minoriti di sana yang tetap dengan kedegilan dan kedangkalan mereka, saya masih mampu memaafkan warga Amerika atas kesudian membuka ruang untuk masyarakat Muslim di sana menikmati ruang kebebasan dan keadilan. Justeru, untuk kalian, saya sampaikan kalungan simpati saya kepada mangsa – mangsa 911, semoga ahli keluarga mangsa mendapat kesejahteraan dan kelapangan seperti yang kalian sediakan kepada saudara – saudara kami di sana.

*Bagaimanapun, saya masih menyampah dengan muslim yang melalak marah al-Quran dibakar sedangkan mereka sesenang hati menginjak kandungan Quran itu sendiri. (Lempang kang baru tau!)

Rujukan

1. (2010). Dove World Outreach Center. Wikipedia.org.

2. J.Pieklo (2010). Even Bigots Have First Amendment Rights. Care2.com

3. M. Lee (2010). White House: Koran Burning Endangers Troops. The Huffington Post.

4. (2010). First Amendment Right. Wikipedia.org.

* * * * *

Artikel yang terdapat dalam Muhammad Qayyum adalah bersifat perkongsian idea semata – mata. Semua pihak bebas menyalin semula dan/atau menyebarkan apa – apa artikel yang terdapat dalam Muhammad Qayyum. Walaubagaimanapun, alamat Muhammad Qayyum perlu disertakan bersama bagi memudahkan proses rujukan oleh pihak tertentu disamping dapat meluaskan medan perkongsian.

Muhammad Qayyum Bin Halele @ mqayyum.wordpress.com

**imannurbalqis**

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails