.::I'M ONLY SERVANT OF ALLAH::.

"Di perhentian terakhir itulah manusia akan hidup berkekalan sama ada dengan limpahan NIKMAT selama-lamanya atau menghadapi AZAB, juga selama-lamanya. Sebelum tiba di titik pengakhiran itu, manusia akan terus mengembara..."

...JALINAN UKHUWAH...

...MELAKAR PELANGI...

Daisypath Anniversary tickers

...KEEP IN MEMORY...

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

PERMATA HATI UMMI ABI

Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

...lemang rendang ITIK...

Assalamualaikum w.b.t kepada semua sahabat-sahabat dan pembaca blog ana. Alhamdulillah kita dapat mengharungi madrasah Ramadhan 1431H dengan nikmat yang telah dipinjamkan dari pencipta kita tanpa mengenakan bayaran. Syukur juga kepada yang MAha Esa kerana kita dapat menamatkan Ramadhan dengan kedatangan Syawal. Alhamdulillah, tahun ini ana beraya bersama keluarga walaupun tahun ini merupakan tahun keempat beraya tanpa arwah mak. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan kasih-sayang ALLAH s.w.t. Al-Fatihah kepada semua kaum muslimin dan muslimat di dunia ini.

Ana juga doakan agar kita sama-sama dapat merasai nikmat sebenar kerinduan pada suasana Ramadhan yang mulia. Ana mohon maaf pada sahabat-sahabat yang bertanya tentang laman sesawang tempat ana berkongsi pendapat dan suarakan pandangan ini kerana tidak dapat mengemaskininya dengan lebih konsisten. Hal ini kerana, kekangan dari tanggungjawab dan tugasan yang perlu diutamakan. Walau bagaimanapun, dengan izin ALLAH ana dapat juga bertemu secara maya dengan kalian pada 10 Syawal ini. Semoga wadah ini diberkati ALLAH. Oleh kerana sekarang masih lagi dirasai aura Syawal walaupun ana dah mula kuliah pada Jumaat yang lepas. Jadi, perkongsian kali ini lebih kepada Aidilfitri ataupun bahasa senangnya hari raya.

Diberitakan bahawa hari nairuz dan Mahrajan adalah merupakan hari raya yang disambut oleh umat jahiliah terdahulu. Menurut ulama,’ kedua-dua perayaan tersebut dibawa oleh orang-orang Parsi ketika mereka menakluki bumi Arab. Apa yang dilakukan oleh mereka ketika perayaan ini ialah bermain dan bersuka-suka tanpa apa-apa aktiviti ibadah. Lalu ketika Rasulullah mendatangi Madinah dan menyaksikan mereka masih menyambut perayaan ini maka Rasulullah saw bersabda:

“Aku datang pada kalian sedang kalian memiliki dua hari yang kalian bersenang-senang di dalamnya pada masa jahiliyah. Sungguh Allah telah menggantikan untuk kalian yang lebih baik dari dua hari itu yaitu: Aidul Adha dan Aidul Fitri” ( hadis Riwayat Ahmad)

Perbezaan antara nairuz dan mahrajan dengan Aidul Adha dan Aidul Fitri adalah amat jelas sekali. Menurut Syeikh Ahmad Abdurrahman Al-Banna, perayaan Aidul Adha dan Aidul fitri yang dirayakan oleh orang Islam adalah merupakan pilihan Allah yang mana ia berkait rapat dengan perlaksanaan dua rukun islam yang agung iaitu Ibadah haji dan Puasa. Disebalik ibadah tersebut Allah akan mengampuni hamba-hambanya yang taat serta meluaskan rahmatNya kepada mereka. Ini berbeza dengan nairuz dan mahrajan yang mana kedua-dua hari raya tersebut tidak melibatkan aktiviti ibadah malah ianya hanya sekadar satu saranan daripada pembesar pada masa itu.

Tetapi, apa sudah jadi dengan Aidul Fitri kita sekarang?

Di dalam sesi "professional talk" yang disampaikan oleh salah seorang pensyarah dari Jabatan Ilmu Pendidikan IPG ana pada perhimpunan rasmi hari jumaat yang lepas, alhamdulillah dapat mengusik dan menyentuh hati-hati yang merindui pengisian rohani dengan tajuk "Berjayakah KITA di Aidilfitri". Menurut beliau ‘Eid’ itu bermaksud ‘kembali’ manakala ‘Fitri’ pula bererti ‘Fitrah’ maka jika difahami secara kasar maksud sebenar AidulFitri itu ialah kembali kepada fitrah. Seharusnya hasil daripada madrasah Ramadhan yang merupakan medan dan peluang untuk lebih istiqomah perlu lebih baik dan kita dapat menilai sendiri apa erti sebenar kemenangan di Aidilfitri.

Setelah kita melaksanakan ibadah puasa dan juga amalan-amalan sunat lainnya di bulan yang dilimpahi keberkatan serta penuh nilai pengampunan iaitu bulan Ramadhan maka kedatangan Syawal adalah sebagai hari kemenangan kepada kita. Sesuai dengan maksud kembali kepada fitrah maka Aidulfitri ini perlulah disambut dengan rasa syukur. Hari kemenangan itu sebaiknya dihiasi dengan bertakbir dan bertahmid, bukannya diisi dengan slot-slot hiburan yang melampau! Dan ada yang lebih kesian, individu ini sangat suka apabila Syawal tiba. Tidak merasai dan merindui Ramadhan yang pergi. Hanya kerana tiada lagi puasa dan kekangan dalam suasana kehidupan sehariannya. Ana pun tak faham apa yang individu ini faham tentang makna sebenar madrasah Ramadhan.

Jika di Malaysia ini sememangnya tidak sah sambutan hari raya sekiranya tiada dendangan lagu-lagu raya malah ana sendiri mengakui ada menyukai beberapa lagu-lagu klasik hari raya. Walaubagaimanapun ada sesetengah lagu yang perlu diteliti liriknya. Contohnya sebuah lagu lama yang dinyanyikan semula oleh Mamat. Di dalam lirik lagu tersebut ada bait-bait yang berbunyi “…kan ku sujud di kakimu.. bila kita bertemu…’. Soalnya bolehkah kita sujud kepada sesama manusia walaupun ibu bapa kita?

Pernah terjadi dizaman Rasulullah saw ketika para sahabat melihat pokok dan unta bersujud kepada Rasulullah s.a.w, mereka berkata “Kami adalah lebih patut bersujud kepadamu.” walaubagaimanapun Rasulullah s.a.w. bersabda ” Tidak sepatutnya seseorang itu bersujud kepada selain dari Allah Tuhan seru sekelian alam.”

Di dalam satu riwayat lain yang direkodkan oleh Tirmizi, Rasululullah ada bersabda :
“Seandainya aku diperintahkan agar seseorang itu boleh sujud kepada seseorang lain, nescaya aku akan memerintahkan perempuan sujud kepada suaminya.”

Jadi wajarkah lirik sedemikian diteruskan? Kita harap para mufti yang alim lagi warak perlu lebih prihatin dan dapat meneliti kandungan-kandungan lagu-lagu kita supaya tidak terjejas akidah umat Islam di sini.

Bukan ana katakan bahawa Aidilfitri tidak boleh disambut dengan pakaian baharu, rumah cat baharu, makanan dan minuman yang pelbagai. Malahan disunatkan lagi mengikuti cara Rasulullah s.a.w menyambut hari Raya Aidilfitri iaitu dengan :
1)Mandi sunat hari raya.
2)Memakai baju yang paling cantik dan bersih.
3)Memakai wangian.
4)Makan buah kurma dengan bilangan ganjil sebelum menunaikan Solat Aidilfitri.
7)Takbir hari raya.
6)Melalui jalan yang berlainan ketika pergi dan pulang dari tempat solat hari raya
Tetapi janganlah berlebih-lebihan sehingga kita berhutang atau perancangan untuk menyambut aidilfitri menyusahkan orang lain. Elakkan pembaziran. Sehinggakan yang lebih pelik ada yang mampu buat-buat tak mampu untuk membayar zakat. Macam-macam ada rupanya di akhir zaman ini. Nauzubillahiminzalik.



Lumrahnya di pagi raya untuk kita saling bermaaf-maafan antara satu sama lain. Bermaaf-maafan sememangnya salah satu perkara yang mulia dan tidak semestinya dilakukan pada hari raya sahaja. Kita teramat biasa dengan ucapan ‘Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin‘. Tiada masalah dengan ucapan tersebut sekiranya dilafazkan dengan ikhlas cuma ada anjuran kepada umat Islam dengan ucapan yang lebih baik iaitu Taqabbalallahu minnaa wa minkum yang bererti ‘semoga Allah menerima dari kami dan darimu‘. Maksud menerima di dalam ucapan tersebut diperjelaskan sebagai menerima ibadah kita di sepanjang bulan Ramadhan lalu menjadikan diri kita kembali kepada fitrah.

Dalil berkenaan ucapan Taqabbalallahu minnaa wa minkum ini bersumber dari Al Hafidh Ibnu Hajar [Fathul Bari 2/446]: “Dalam Al Mahamiliyat dengan isnad yang hasan dari Jubair bin Nufair, ia berkata (yang ertinya): Para sahabat Nabi SAW bila bertemu pada hari raya, maka berkata sebahagian mereka kepada yang lainnya: Taqabbalallahu minnaa wa minkum “.

Benar kita telah terbiasa dengan ucapan ‘Maaf Zahir Batin’ tetapi mengapa tidak pada kali ini kita cuba ubah dengan satu ungkapan yang lebih baik. Ianya merupakan satu doa malah terlalu mulia jika hendak dibandingkan dengan ucapan ‘kosong-kosong’ yang ada diucapkan oleh sesetengah dari kita setiap kali kita bersalaman di hari mulia.

Sudah diperjelaskan akan maksud kembali kepada fitrah tetapi janganlah pula kita mencalitkan hari kemenangan ini dengan noda dan dosa. Antara contoh paling jelas ialah berkenaan bersalaman memohon maaf. Ianya memang amalan mulia tetapi janganlah sehingga terlupa batasan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Hukum bersentuhan bagi bukan mahramm telah sedia jelas sebagai Haram maka sebaiknya dijauhi.

Ana akui terkadang kita menjadi serba salah sekiranya ada mereka-mereka yang bukan mahram menghulur tangan kepada kita. Untuk tidak menyakitinya, mungkin sahaja kita boleh katakan yang kita mempunyai air sembahyang. Tetapi jika dia berkeras juga sedangkan kita tidak mahu maka terpaksalah berkata dengan jelas ‘HARAM!’. Atau ujaran yang lebih lembut, melemparkan senyuman dan menundukkan sedikit kepala. Harapnya faham.

Ada banyak perkara yang boleh disentuh berkenaan cara kita menyambut Aidilfitri ini. Kita memang sedia maklum yang orang melayu ini begitu kaya dengan adat tetapi janganlah sampai ianya membayangi ibadat yang sepatutnya kita laksanakan malah sekiranya ada yang bertentangan dengan agama maka adalah wajar kita tinggalkan sahaja. Tidak rugi pun kan kerana yang menilai diri kita adalah ALLAH S.A.W selayaknya. Jangan kita menjadi kaca mata kita adalah penilai yang hebat terhadap sesorang kerana ditakuti orang yang kita nilai itu adalah lebih baik dan disukai oleh ALLAH S.A.W sifatnya.

Bila hari raya,
Kita mengalirkan airmata sendu kerana merindui ayah ibu sanak saudara yang telah lama berpisah dalam perantauan. Yang kita ingati pada hari raya ialah baju kasut seluar baru kita, tiket bas untuk pulang ke kampung halaman kita.

Apakah tidak kita merindui yang menciptakan kita. Yang telah sekian lama kita pisahkan dari hati kita. Dan kita telah lalai dan lupa bahawa dia(Allah) sekali-kali tidak melupakan kita.

Yang kita inginkan hanya balasan dari Allah ( Syurga , neraka, hidup mewah , hati tenang dan berbagai bagai permintaan kita.Layakkah kita Di gelar sebagai Hamba Allah.
Sedangkan hati sering lalai dan lalai dan lalai. Yang kita ingati ialah dunia Kita. Dunia kita. Dunia yang sebenarnya cipta Yang Maha Kuasa.

Yang mana Allah berfirman dalam Hadis qudsi iaitu
"Aku (Allah) Ciptakan sesuatu untuk kamu. Dan Aku Ciptakan Kamu UNTUK KU. Untuk mengABDIKAN DIRI Padaku berpanjangan."

Apakah telah kita serahkan diri ini kepadanyaNya dengan sepenuh penyerahan. Seperti yang dia kehendaki "AKU CIPTAKAN KAMU UNTUK KU"

Perkongsian ini adalah refleksi diri untuk ana yang serba kekurangan ini juga. Jadi, dalam kesempatan yang ada ana mohon kemaafan jika terdapat khilaf yang sengaja atau tidak sengaja sepanjang hidup ana. Adakah Ramadhan itu adalah Ramadhan terakhir buat ku?

Tiada kesucian menjadi sempurna
Tatkala ada salah satu kebencian tertanam dalam jiwa
Membasuh jiwa dengan permintaan maaf
Terkirim dari lubuk hati atas kesalahan selama ini
Taqabbalallahu minnaa wa minkum
Selamat hari raya idul fitri
Minal Aidin Walfa’idzin
Mohon maaf zahir batin

**imannurbalqis**

4 Responses so far.

  1. hem..tetiber tringt kat seseorg bila bce post ni..
    inna waminkum taqabbal ya karim..

  2. to awan terbang : ('___________')

    to cahaya malam : teringat kat sapa?blh tau?

  3. tringt kat k.ina la,,hihi(@,_@)
    isi dlm post tu sdng mngingtkn kat seseorg,,
    tgh duk pk sbenarnyer saper dh yg sbut pkra tu mase ryer bru ni..huhuhu :/

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails