Assalamualaikum w.b.t kepada semua sahabat-sahabat dan pembaca blog ana. Alhamdulillah kita dapat meneruskan kehidupan dengan nikmat yang telah dipinjamkan dari pencipta kita tanpa mengenakan bayaran. Syukur juga kepada yang Maha Esa kerana memberi peluang untuk terus hidup dan memperbaiki segala kekurangan diri ini. Ana juga doakan agar kita sentiasa dalam rahmat & kasih-sayang ALLAH s.w.t... Ana mohon maaf pada sahabat-sahabat yang bertanya tentang laman sesawang tempat ana berkongsi pendapat dan suarakan pandangan ini kerana tidak dapat mengemaskininya dengan lebih konsisten...Hal ini kerana, ada perkara yang perlu ana utamakan. Walau bagaimanapun, dengan izin ALLAH ana dapat juga bertemu secara maya dengan kalian pada Jumaat yang penuh barakah ini. Semoga wadah ini diberkati ALLAH...InsyaALLAH ana akan pulang ke rumah selepas menyelesaikan tugasan di kampus....
Alhamdulillah, pagi tadi telah selesai perasmian Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka...Minggu ini, ana agak sibuk dengan aktiviti-aktiviti rasmi IPG yang memerlukan ana untuk memberi sedikit bantuan dari tenaga yang dipinjamkan oleh ALLAH s.w.t...antaranya Pementasan Teater Muzikal untuk subjek WAJ, Seminar Perempuan Melayu sempena Sambutan Jubli Intan, 75 tahun IPG Kampus PM dan Perasmian Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat IPG...masih ada berbaki tiga program yang besar iaitu seminar BIG, Sesi Bertemu Timbalan Perdana Menteri, Malaysia dan MQA...tidak juga ketinggalan, sesi kuliah & tugasan-tugasan yang perlu diselesaikan sebelum peperiksaan akhir bagi semester ini...bila difikirkan semula, perjalanan ini yang kadang kala membuatkan ana pening, serabut, kacau, keletihan dan gembira sebenarnya makin mematangkan diri ana...berhadapan dengan pihak pentadbiran, tetamu kenamaan, rakan dan komuniti di sekeliling yang pelbagai kerenah dan ragamnya...
Sikap optimis yang sering diajar dan diperkatakan oleh seorang senior ana yang kini telah bertugas sebagai guru di SK Teruntum, Pahang membuatkan ana meneruskan lagi langkah ini sehingga garisan penamat...menjadi tumpuan orang ramai, dicari kesalahan, dimarah, tidak dihargai, sentiasa dipersalahkan, kerja ad-hoc dan tekanan dari orang di sekeliling...membuat ana kadang-kadang makin longlai...alhamdulillah, apabila berpegang kuat dengan surah Muhammad ayat 7..terasa bicara dari kalam ALLAH itu menuntut ana untuk lebih kuat dan yakin...ana belajar dari keadaan sekeliling untuk menjadi pengubah kepada keadaan yang menekan tersebut...melalui pengalaman ini, membuatkan ana lebih berfikir...
Minggu ini ana berjaya mempelajari sesuatu dalam kehidupan ana di kampus...walaupun caranya menyakitkan hati, tidak sesuai dengan status yang dipegang dan tidak profesional...ana perlu terima dengan hati yang terbuka walaupun menyebabkan ana terluka...manusia, khilafnya terlalu banyak..kadang-kadang sedar, kadang-kadang tidak...ana percaya dan yakin bahawa setiap yang terjadi di dunia ini adalah kehendak ALLAH s.w.t..perkara yang ingin ana kongsi ialah teguran itu penting dalam kehidupan...
"Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain."
Ayat diatas adalah antara kata-kata cerdik pandai mengenai orang yang menegur dan ditegur...Teguran boleh berlaku di mana-mana, berlaku di dalam pemerintahan kerajaan, di dalam syarikat-syarikat, di dalam persatuan-persatuan, di sekolah dan organisasi...
Dalam rumahtangga juga berlaku, bapa menegur anak, isteri ditegur suami, dan lain-lain. Makna katanya teguran itu berlaku di mana-mana sahaja...
Teguran boleh dibahagi kepada dua secara asasnya, teguran yang membina dan yang statik dan jumud... Manusia keseluruhannya mengharapkan teguran yang membina bukan yang statik. Tetapi tidak kurang juga yang tidak lansgsung suka ditegur...
Sifat manusia yang diketahui ialah, hanya bersedia ditegur apabila dia yang memerlukan teguran tersebut.... Contohnya, Si A pergi ke Si B dan ingin meminta teguran atau nasihat, ketika itu apa sahaja yang dikatakan oleh Si B akan di dengari dengan berlapang dada...
Lain pula sekiranya seseorang yang tidak memerlukan teguran, tiba-tiba ditegur...Hanya setengah orang yang berjiwa besar sahaja yang boleh menerima teguran spontan tersebut, Manakala yang berjiwa kecil, akan terasa dan terus terseksa hati...
Manusia memang tidak pernah lari daripada melakukan kesalahan, yang berbeza hanya banyak dan sedikit. Tetapi biarlah orang yang cuba menegur tersebut adalah orang yang minimum kesalahannya...
Jangan jadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus...Sesuatu yang agak pelik apabila seorang guru mengajar anak muridnya untuk menghargai dan sentiasa mengucapkan terima kasih tapi guru tersebut tidak pernah memandang kebaikan dan mengucapkan terima kasih atas tenaga manusia yang digunakan...malahan mencari kesalahannya lagi..
Sebab itu kalau kita suka menegur, kita mesti pastikan teguran itu di tuju ke arah kita terlebih dahulu, kemudian baru ke orang lain...
Teguran itu kebiasaannya bersifat membina, kerana apa yang tidak kita sedar kadang-kadang orang lain sudah sedar terlebih dahulu, persepsi kita lain, persepsi orang, lain. Sebab itu apabila ditegur, jangan terlalu cepat melenting dan menolak teguran tersebut. Kalau begitu, anda adalah orang paling rugi, kerana anda berpeluang membina diri anda tetapi awal-awal lagi anda sudah merobohkannya...
Kata Hukama, "Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang lain. Seharusnya begini lah resam kehidupan kita".
Manusia memerlukan 'cermin' bagi meneliti diri. Orang disekeliling adalah cermin bagi kita. Cuba bayangkan anda bercukur misai tanpa bercermin...Bukankah susah?
Ingat..
Setiap orang yang menegur pasti sedia juga ditegur....Ramai yang tidak mampu lakukan ini. Hanya suka menegur tetapi tidak pula suka ditegur....Sebab itu penting apabila menegur isyaratkan terlebih dahulu, teguran itu adalah terlebih dahulu untuk diri sendiri...
Ingat! Apabila kita menuding jari terhadap kesilapan orang lain, sebenarnya 3 jari kita telah menuding kepada diri kita sendiri...Itu adatnya...sememangnya ketam berjalan serong, memang kejadiannya begitu tapi manusia dengan aqal..yang boleh berfikir mana baik, mana buruk...jangan kita sendiri yang membuat jalan lurus dari ALLAH itu serong...
**imannurbalqis**
nanti padil bwk kak ina naik taming sari lak ea..
to awan terbang : ok..tunggu bile kak ina free yea...jgn lupa bayarkan duit tiket skali...=)
duit tiket????
hmm...ok2..padil try..(sambil mengusap2 dada)...huhu..