.::I'M ONLY SERVANT OF ALLAH::.

"Di perhentian terakhir itulah manusia akan hidup berkekalan sama ada dengan limpahan NIKMAT selama-lamanya atau menghadapi AZAB, juga selama-lamanya. Sebelum tiba di titik pengakhiran itu, manusia akan terus mengembara..."

...JALINAN UKHUWAH...

...MELAKAR PELANGI...

Daisypath Anniversary tickers

...KEEP IN MEMORY...

Daisypath Happy Birthday tickers

PERMATA HATI UMMI ABI

Lilypie Second Birthday tickers

...MEMORI Jumaat, 23 Februari 2007, 430pm...

Tatkala kenakalanku menjadi-jadi,
Kesabaranmu tiada tandingannya...

Tatkala kesedihan menyapa ruang hatiku,
Senyumanmu menjadi ubat penawarnya...

Tatkala amarahku membuak-buak,
Tutur katamu lembut bagai air dingin memadamkannya...

Tatkala kecewa menyinggah di angin lalu,
Pelukanmu peniup semangat langkahku...

Tatkala rasa sendiriannya hidup menyapa,
Huluran tanganmu peneman kesepianku...

Merinduimu satu anugerah...
Buat diriku makin kuat...
Meletakkan pergantungan pada Yang Maha Esa...
Menerima segala yang ditakdirkan dengan lapang...

Aku bukan siapa-siapa di dunia ini...
Jika tanpa pengorbananmu,
Jika tanpa keberkatanmu,
Jika tanpa kasih-sayangmu,
Jika tanpa ketabahanmu,
Jika tanpa teguranmu.

Tak terlafaz kata,
Tak terbeli jasa,
Tak terbalas cinta,
Tak ternilai budi.
Hanya doa mampu ku utuskan.

Terima kasih ya ALLAH atas kurniaan sementara ini,
Memberi peluang hambamu ini merasai nikmat memiliki seorang ibu.

"Ya Allah, ampunilah dosa-dosanya, kasihanilah dan sejahterakan dia, maafkanlah kesalahannya, muliakanlah kedatangannya, lapanglah kuburnya dengan rahmat-Mu, ya ALLAH yang Maha Pengasih..."

Al-fatihah.


Salam sayang,
Anakandamu.

iman's note : Ibubapa adalah orang yang paling mulia darjatnya dan hal ini jelas dinyatakan dalam Al-Quran yang bermaksud :

"dan hendaklah kamu beribadat kepada ALLAH dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa pun, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa."

Ketahuilah, kedudukan ibu bapa amat tinggi dan mulia selepas ALLAH dan Rasul. Apa yang ingin dikongsi di sini adalah mengenai kiriman doa buat arwah. Semua sedia maklum yang apabila meninggal dunia, kita akan membawa tiga bekalan iaitu sedekah jariah, ilmu yang berguna dan doa anak yang soleh. Di sini, dinyatakan bahawa doa anak yang soleh merupakan salah satu bekalan yang terpenting dan dapat membantu ibu bapa kita untuk menghadap ALLAH.

Terpaku sebentar dan memuji ALLAH apabila membaca riwayat Ibn Majah no 3660 yang mana mengatakan,

"Sesungguhnya seorang lelaki akan diangkat darjatnya di syurga. maka dia bertanya: 'Bagaimana aku bisa berada di sini?' Maka dijawab: 'Dengan doa permohonan keampunan oleh anakmu untuk dirimu."

Betapa jelasnya di sini yang doa anak yang soleh terhadap ibu bapa mereka yang telah meninggal sebenarnya dapat membantu ibubapa kita untuk menghadap ALLAH Yang Maha Kuasa. Moga kita berada dalam kalangan anak yang soleh dan solehah.

Bagi sesiapa yang masih lagi mempunyai ibu bapa di dunia, seharusnya mendoakan mereka sentiasa. Setiap kali dalam solat, setiap kali teringat mereka, seharusnya doalah yang dikirimkan. Doakan mereka agar istiqamah mentaati ALLAH di hujung usia, teguh di atas jalan iman, menemui Penciptanya dengan kesudahan yang baik, dimurahkan rezeki mereka dan diganjari mereka dengan redha ALLAH dan pahala-Nya.

**imannurbalqis**

4 Responses so far.

  1. salam iman, moga Allah kekalkan kesabaran yang tinggi, tempatkannya di sisi orang2 yang soleh dan solehah.

  2. to Mohamadazhan hjDesa : ameen..insyaALLAH..syukran atas doanya~

  3. PReDicToR says:

    perkongsian yg cukup menarik...
    moga kita sama2 jd anak yg taat..

  4. Allah..

    Syukran Iman..sgt2 menyentuh hati saya,,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails