...JALINAN UKHUWAH...
...BIARKAN...
3
comments
IMANNURBALQIS
-
Drama tari burung nuri
Bermandi hujan pagi
Kian megah sang mentari
Bumi mana tak disinari
Tunggang kuda semberani
Mencapai awan tinggi
Berteka teki sang pelangi
Siapa yang kan mengerti
Alam yang gemilang indah
Merah di waktu senja
Kilauannya ada bicara
Berjumpa di esok saja
Terurailah tirai misteri
Dibelai jari jemari
Tangisannya tiada seni
Menggempar indera gerigi
Akan sesia sahaja
Kau cuba mengerti
Ada rahsia yg tak mungkin
Akan engkau fahaminya
Biarkan
Biarkan saja berlalu
Biarkan saja begitu
Biar saja biarkan...
by : NOWSEEHEART
iman's note : menikmati keindahan malam yang penuh bintang di langit...menanti keceriaan mentari esok hari...bersyukur atas nikmat ketika usai usia hari ini... masih lagi hamba ALLAH yang sujud atas kalimahNYA...
**imannurbalqis**
...jom amalkan...
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog ana. Alhamdulillah atas limpah kurniaNya ana dapat mencatatkan sesuatu di laman sesawang ini. Hari ini ana tiada interaksi dengan murid-murid. Jadi, ana menghabiskan masa di bilik Kaunseling dalam minggu akhir sebelum praktikum fasa 3 tamat Jumaat ini. Didoakan sahabat-sahabat dan pembaca-pembaca sekalian sentiasa berada di bawah lembayung rahmat dan kasih-sayang ALLAH s.w.t.
comelnya minum air~berselera sungguh
Pagi tadi sewaktu ana dalam perjalanan nak naik ke bilik kaunseling, ana ada tegur murid-murid yang minum dan makan berdiri di dalam kelas yang tiada guru. Ana kata kalau nak makan dan minum kena duduk. Tak elok berdiri. Murid itu jawab semula, kenapa ustazah? eh salah, kenapa teacher? Ana kata, tak baik untuk kesihatan. Boleh sebabkan penyakit. (Waktu itu ana terlupa apa kesan dari segi saintifik kalau minum berdiri) Lepas itu, ana tambah lagi. Rasullah pun ajar kita untuk duduk apabila nak minum. Ana tanya pada murid-murid tadi, mana lagi selesa dan sopan : minum berdiri @ berlari dengan minum duduk? Murid-murid tadi jawab, minum duduk ustazah, eh salah, teacher. Ana tanya semula murid-murid, kalau kita tahu minum duduk lagi bagus kenapa kita tak amalkan? Mereka jawab, terlupa. Ana kata balik, xpe, teacher dah bagitahu dan ingatkan. Lepas ini jangan buat lagi. No excuse. Nak jadi murid-murid cemerlang tak? Dengan kuat, semua murid-murid jawab nak. Sampai, tukang kebun pun berhenti dengar tazkirah kesihatan ana. Segan la pula tapi kalau bukan kita yang tegur murid-murid ini siapa lagi kan.
Jadi, ana cari balik apa akibat kalau minum berdiri dari segi saintifik. Sedikit perkongsian yang dapat ana sampaikan untuk post kali ini. Islam itu indah. Kita sering mendengar saranan agar meminum air putih banyak demi kesihatan. Namun jika cara kita salah saat minum air putih itu maka boleh merugikan kesihatan.
Bersabda Nabi dari Abu Hurairah,“Jangan kalian minum sambil berdiri ! Apabila kalian lupa, maka hendaknya ia muntahkan !” (HR. Muslim)
Dari Anas dan Qatadah, Rasulullah saw bersabda: Sesungguhnya beliau melarang seseorang minum sambil berdiri, Qotadah berkata: ”Bagaimana dengan makan?” beliau menjawab: “Itu lebih buruk lagi”. (HR. Muslim dan Tarmidzi)
Suatu kajian kesihatan akupuntur yang diadakan salah satu ahli akupuntur, membuktikan bahawa air minum yang masuk dengan cara minum sambil duduk lebih baik dibandingkan kita minum dengan cara berdiri.Air putih yang kita minum ketika duduk akan disaring oleh sfringer. Sfringer adalah suatu struktur maskuler (berotot) yang boleh membuka dan menutup. Setiap air yang kita minum akan disalurkan pada pos-pos penyaringan yang berada di ginjal.
Sebaliknya, jika kita minum air putih dengan cara berdiri, maka air yang kita minum itu masuk tanpa disaring lagi. Air itu bolehterus masuk menuju kandung kemih. Ketika langsung menuju kandung kemih, maka terjadi pengendapan di saluran ureter.
Kerana banyak limbah-limbah yang tersisa di ureter maka hal ini oleh menyebabkan penyakit kristal ginjal. Salah satu penyakit ginjal yang berbahaya. Susah kencing itu penyebabnya.
Cara mengatasinya :
1. biasakan minum duduk.
2. banyak minum air putih tapi minum dengan perlahan dan jangan terburu-buru.
Oleh itu, marilah kita hidupkan suasana sihat dan sopan dengan kembali kepada adab dan akhlak Islam. Jauhilah dari sikap meniru-niru gaya orang-orang yang tidak mendapat hidayah Islam. Islam itu indah. Jangan hilangkan serinya.
hari-hari bawa botol air pergi sekolah
Additional infomation :
Correct timing to drink water, will maximize its effectiveness on the human body.
1. Two glass of water after waking up will helps activate internal organ.
2. One glasses of water 30 minutes before meal will help digestion.
3. One glass of water before taking a bath will helps lower blood pressure.
4. One glass of water before sleep to avoid stroke or heart attack.
5. One glass of water after a strenuous workout to replenish the lost water and to feed the muscles, bones and all your internal tissues as it reduces the physical stress on your bodies and helps you to recuperate and makes your exercise more effective.
source : klik sini
iman's note : subhanaALLAH, terbukti sunnah Rasullah dari sudut saintifiknya. Tiba-tiba teringat memory botol tupperware warna biru.(^_^)
**imannurbalqis**
...asking SOUL...
Feeling alone?
Innallahha ma’ana
Saw evil act?
Inni akhafullah
Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah
Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.
iman's note : Ya Allah, mujahadah itu tidak mudah. Didiklah hati ini untuk tenang dalam mujahadah hamba Mu ini. Bantulah hamba Mu dalam mendidik nafsu ini. Terima kasih ya Allah atas segala yang Engkau pinjamkan untukku. Bahagia bukan ada di hujung jalan, bahagia ada di sepanjang jalan.
**imannurbalqis**
...belakang pentas FPI...
Assalamualaikum dan salam mahabbah buat semua pembaca blog ana. Alhamdulillah, untuk pertama dan selamanya kerana masih diberi hidayah iman dan islam di dalam diri kita semua. Bersyukur juga ana keran diberi ruang dan peluang untuk mencoret dalam laman sesawang ini dengan apa yang ana rasa pada hari ini. Dengan kesibukkan dunia yang tidak pernah selesai, banyak perkara yang ana rasa sangat rugi kerana tidak dapat dikongsikan dalam laman sesawang ini. Biarpun, ana tidak tahu siapa pembacanya atau adakah coretan yang tidak seberapa ini dibaca oleh orang lain, ana suka untuk berkongsi di sini. Ana harapkan ini merupakan salah satu cara untuk ana berkongsi dan melakukan penambahbaikkan dari semasa ke semasa. Seronok juga jika laman sesawang ini menjadi saham pahala untuk ana di akhirat kelak. InsyaALLAH, doakan semoga apa yang disampaikan tidak menjadi fitnah dan bermakna buat semua pembaca.
~pengisian yang mantap~
Alhamdulillah, dapat juga ana menghadiri Persembahan Nasyid "NOWSEEHEART" dan Majlis Penutupan Rasmi Festival Penghayatan Islam(FPI) yang telah dijalankan selama seminggu di kampus ana. Walaupun tidak semua program yang diatur dapat ana sertai tetapi majlis penutupan ini memberikan gambaran keseluruhan program yang dikelolakan oleh Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (Biro Agama dan Dakwah) dan JK Balai Islam Saidatina Aisyah dibawah naungan JHEP dan JAPIM, IPG KPM. Tahniah buat semua jawatankuasa pelaksana dan individu-individu yang terlibat dalam menjayakan FPI. Moga ini merupakan salah satu wadah dalam memberikan kefahaman ISLAM yang sebenar dalam menjalani kehidupan seharian kita. Bait-bait firman yang sentiasa menjadi pilihan di bibir-bibir kita tatkala lunak membicarakan soal tanggungjawa iaitu "Andai kamu tidak mampu berdakwah dengan lisan (bercakap), maka berdakwahlah dengan tulisan, andai kamu tidak mampu juga maka berdakwah lah dengan perbuatan (akhlaq). Jangan sampai kerana diri kamu, orang lain memburukkan Islam."
Dengan tema "ISLAM : Dekat Di Hati", satu transisi perubahan yang perlu dilakukan oleh seluruh warga IPG KPM dalam menjalani kehidupan seharian. Suka ana memetik ucapan pengarah IPG KPM yang dibacakan oleh wakil pengarah iaitu Ketua Jabatan Pra Sekolah : Puan Norlian bt Ishak. Kualiti sesuatu program tidak terletak pada gahnya program tersebut dijalankan bahkan kuantiti peserta program juga tidak menjadi kayu ukur yang tepat dalam menentukan kualiti sesuatu program. Sebaliknya, impak selepas program ini dijalankan pada setiap peserta yang menjadi sasaran adalah kayu ukur sebenar program ini berkualiti dan berjaya. Jika dilihat kembali FPI bukan satu program biasa-biasa yang perlu diadakan untuk memastikan program yang dijadualkan dalam takwim berjalan seperti dirancang. Bahkan ini merupakan medan terbaik dalam menyampaikan apa yang diseru dalam firman ALLAH : “Dan hendaklah ada dikalangan kamu segolongan ummat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar, merekalah orang-orang yang beruntung”(Surah Ali Imran : ayat 104)Diharapkan program-program berkonsep Islam dari intelektual, ilmu, dakwah, hiburan dan kesukanan dapat diperbanyakkan di bumi Mualimah Melaka ini.
Dengan pengisian Introspeksi Diri : "Aku Seorang Guru", Aktiviti Siswa Sihat : Aerobik, Malam Kesenian Islam : Nasyid, Berzanji dan Marhaban, Siswa Sihat : Jom Jalan-Jalan Cari Hikmah, Malam Persona Anggun : Busana Muslimah, Bacaan Yaasin dan Persembahan Nasyid Nowseeheart punya kekuatan tersendiri. Setiap pengisian yang dijalankan ada objektif yang ingin dicapai dan disampaikan. Cuma terpulang pada cara kita ambil dari sudut ilmiah atau tidak. Amat rugi sekiranya tiada satu pun mutiara ibrah yang dapat diambil dalam FPI ini. Hal ini kerana, kita merupakan bakal pendidik seharusnya kita perlu mendidik diri kita dahulu. Siapa kita sekiranya kita antara hati mati yang ingin menghidupkan hati-hati yang telah mati. Jika kita merupakan JK Penggerak program pastikan kita mampu untuk mendidik diri kita dalam memberi dan menerima pandangan orang lain. Jika kita ketua kepada program pastikan kita mampu mendidik diri kita tidak beremosi dalam memberi arahan. Jika kita ahli biro yang menjalankan tugas pastikan kita mampu mendidik diri kita untuk amanah dalam tugas yang telah ditaklifkan. Jika kita merupakan kumpulan sasaran kepada program yang dijalankan pastikan kita mampu mendidik diri kita untuk belajar memberi sokongan. Jika kita merupakan orang sampingan kepada program yang dijalankan pastikan kita mendidik diri kita untuk belajar menghormati setiap usaha yang telah dijalankan oleh orang lain. InsyaALLAH, damai kehidupan kita tanpa ada keluh-kesah dan berat hati. Bak kata orang, belajar untuk banyak memberi.
~di sebalik belakang pentas FPI~
Bila ana keluar dari Dewan Srikandi(DSK) selepas tamat majlis, ana nekad nak menulis di laman sesawang ini apa yang ana perolehi dalam majlis ini. Sepanjang majlis, ana berada di tengah DSK sebagai penonton. Ana lebih banyak melihat dan menilai di sebalik belakang pentas FPI iaitu program sepanjang 4tahun setengah yang lalu. Adakah program-program sebelum ini memberi impak pada orang lain? Bagaimana agaknya penerima peserta terhadap program yang dijalankan? Bukan untuk ana pertikaikan apa yang telah berlaku tapi sebenarnya medan FPI merupakan medan muhasabah terbaik buat diri ana setelah bergelar mantan. Disini tempat segalanya bermula dan ana belajar banyak perkara. Dan Alhamdulillah, ada lima perkara yang dapat ana simpulkan selama 4tahun setengah yang lalu dalam melaksanakan program. Antara yang dapat ana kongsikan ialah :
1)Satu hati. Pastikan tujuannya nyata dan sama dalam organisasi. Setiap JK Pelaksana perlu mengetahui tujuan sebenar dan bersama-sama untuk mencapai matlamat yang telah digaris.
2)Kerja kita. Sentiasa saling membantu antara satu organisasi. Mudah untuk menawarkan diri sekiranya ada keperluan untuk dipenuhi dalam unit lain. Sentiasa faham dan memahami. Rasional dalam setiap perkara yang berlaku.
3)Belajar dan terus belajar. Bersedia untuk menerima teguran walaupun caranya pahit kerana ia berguna buat kita untuk hidup yang lebih manis. Pintu untuk kita belajar ada di mana-mana. Kita yang perlu membukanya untuk melangkah.
4)Optimis. Pandanglah dengan pandangan positif agar tiada tekanan pada diri walaupun berada dalam keadaan yang genting. Keputusan yang dibuat perlulah bersandarkan akal bukan bertulangkan emosi.
5)Tawakkal kepada ALLAH. Doa agar segalanya dipermudahkan setelah berusaha sebaik mungkin untuk merealisasikannya. Istiqomah dalam menjana kekuatan fizikal dan rohani. Kepada ALLAH kita berserah agar segala apa yang dijalankan dirahmati dan diberkati.
Deduksinya, dalam melaksanakan sesuatu program pasti ada mehnah dan tribulasinya. Waima program tersebut hanya melibat sebilangan kecil individu lain. Hal ini kerana, kita berkerja dengan ramai pihak yang bergelar manusia. Analoginya mudah. Lima batang pokok tumbuh di atas tanah yang sama. Pokok cili menghasilkan buah yang pedas, pokok durian menghasilkan buah yang lemak manis, manakala buluh menghasilkan batang yang miang, jering mengeluarkan buah yang kelat dan pokok kelapa menghasilkan buah yang luar biasa kegunaannya. Setiap dari kita punya kelebihan yang berbeza. Gunakanlah ia untuk melengkapkan kekurangan orang lain. Malahan, kita juga punya peranan yang berbeza-beza dalam mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Percayalah, kita sudah membuka jalan untuk orang lain melangkah. Lantaran itu, di situ juga terbuka pintu untuk kita belajar melangkah ke hadapan. Melangkahlah dengan yakin kerana apa yang belum kita lihat merupakan jalan untuk kita lebih berjaya.
~Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.
Alang-alang melangkah biar sampai ke garisan penamat.
Alang-alang mula biar selesai.~
iman's note : Teringat lagi waktu sibuk program datang bertimpa-timpa untuk diselesaikan. Pahitnya waktu itu rasa manis kini. Sewaktu itu buat ana kenal kawan, sokongan, dorongan, penyokong dan penguat. Alhamdulillah, nikmat ukhuwahnya sampai kini terasa. Tiba-tiba rasa rindu dengan perkataan rasional.
**imannurbalqis**
...AKU hairan...
Berfirman Allah Taala yang bermaksud:
"Wahai anak Adam, Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap kematian tetapi masih bergembira.
Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap hari perhitungan tetapi dia masih mengumpul harta.
Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap kubur tetapi masih tertawa.
Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap kehidupan di akhirat tetapi dia masih beristirehat.
Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap dunia dan kemusnahannya tetapi dia masih tenang dengannya.
Aku hairan kepada mereka yang alim pada lidahnya tetapi jahil pada lidahnya.
Aku hairan kepada mereka yang sibuk bersuci dengan air tetapi hatinya tidak suci.
Aku hairan kepada mereka yang sibuk dengan keaiban orang lain tetapi dia lupa terhadap dirinya sendiri.
Aku hairan kepada mereka yang mengetahui bahawa sesungguhnya Allah itu mengawasinya tetapi dia masih boleh melakukan maksiat atau mereka yang mengetahui sesungguhnya dia akan mati keseorangan, akan memasuki kubur keseorangan dan akan dihitung keseorangan tetapi masih jinak bersama manusia.
"Ketahuilah tiada Tuhan yang sebenarnya melainkan Aku dan sesungguhnya Muhammad itu adalah hamba dan utusan-Ku."
Petikan Hadis Qudsi, Kitab Imam al-Ghazali: al-Mawa'iz Fil Ahadis al-Qudsiah
Janganlah hanya menjalani kehidupan tapi hidupkan kehidupan yang dijalani.
iman's note : ana juga hairan kenapa masih ada melakukan dan bermegah dengan sesuatu yang dinamakan dosa sekiranya tahu itu dosa? salah siapa sekiranya tahu tapi tidak mengamalkannya. Ana bukan hamba ALLAH yang cukup baik di sisi ALLAH s.w.t tapi diri ini cuba untuk menjadi yang baik. Moga segala urusan di dunia ini diterima dan diberkati olehNya.
**imannurbalqis**
...penantian...
Penantian adalah satu ujian,
tetapkanlah ku selalu dalam harapan,
karena keimanan tak hanya diucapkan,
adalah ketabahan menghadapi cobaan.
Sabarkanlah ku menanti pasangan hati,
tuluskan ku sambut sepenuh jiwa ini,
di dalam asa diri menjemput berkahMu,
tibalah izinMu atas harapan ini.
Robbi teguhkanlah ku di penantian ini,
Berikanlah cahaya terangmu selalu,
Robbi segala upaya hambamu ini,
Hanyalah bersandar semata kepada Mu.
Robbi redhailah penantianku ini,
Hadirkanlah kekentalan di dalam hati,
Robbi hanya padamu ya doaku ini,
Duhai tempat mengadu segala rasa diri.
Watch and hear @ : Seismic - Penantian
iman's note : Penantian akan berakhir pagi ini jam 11.05am-12.05pm. Selian terakhir bagi praktikum fasa tiga. Alhamdulillah. Moga segala yang dilakukan mendapat berkat dan keredhaan daripada ALLAH s.w.t. Akan terus menanti~ Home sweet home ~
**imannurbalqis**
...rasa...
People will forget what you said,
People will forget what you did,
But people will not forget,
How you made them feel...
iman's note : macam-macam perkara berlegar-legar difikiran. Membuatkan hati sentiasa mempunyai rasa. Rasa ini buat hidup lebih nikmat untuk lebih dekat kepadaNYA. Alhamdulillah, masih sabar untuk mengetahui pengkhabaran yang sebenarnya. Hanya doa yang mampu dilafazkan~
**imannurbalqis**
...IQRA', baca, read...
Dia menarik dan mendakapku hingga aku berasa kepayahan untuk bernafas. Lalu dia melepaskanku dan berkata, “Bacalah...!”
“Aku tidak dapat membaca...!”
Dia menarik dan mendakapku lagi sehingga aku berasa sukar untuk
bernafas. Kemudian dia melepaskan sambil berkata, “Bacalah...!
Aku menjawab, “Aku tidak dapat membaca...!”
Untuk yang ketiga kalinya, dia menarik dan mendakapku sehingga aku merasa kepayahan untuk bernafas, lalu ia melepaskanku dan berkata, “ Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia daripada segumpal darah. Bacalah...! Dan Tuhanmulah yang paling Pemurah, yang mengajarkan manusia dengan perantaraan kalam. Dia mengajar manusia apa yang tidak ia ketahui.” (Surah Al-‘Alaq 96: 1-5)
Begitulah gambaran yang diceritakan oleh RasululLah S.A.W kepada Khadijah isteri tercinta, ketika datang Jibrail A.S. Tentu ada sesuatu yang tersirat dan besar di sebalik peristiwa Iqra’ yang terkenal ini. Mengapa disuruh baca sedangkan apakah yang hendak dibaca?
Pertamanya, Allah telah memberi isyarat yang jelas kepada kita tentang kepentingan ilmu dengan kalimah “Bacalah...!” bukan “Ingatlah...!” atau “Sujudlah...!” atau sebagainya. Betapa pentingnya lagi, kalimah iqra’ telah diulangi sebanyak dua kali sebagai bukti perhatian Allah S.W.T. Menurut Al-Imam Ghazali, kewajiban membaca bergabung dalam dua keperluan iaitu maqru’ah (Al-Quran) dan manzurah (alam dan segala ciptaan Allah) yang membentuk ilmu naqli (Al-Quran dan Hadis) dan aqli (Sains, Matematik, Ekonomi dll). Gabungan dua ilmu ini sebenarnya perlu dipunyai oleh khalifah yang diamanahkan Allah kepada manusia bagi mentadbir dunia ini.
Sebarang pemisahan dan pengasingan kedua bentuk ilmu ini, akan membuka ruang dan memberi masalah besar kepada moral masyarakat Islam kita hari ini. Kemungkaran berleluasa, kerosakan akhlak, kebebasan tanpa had, kepunahan sistem hidup telah dikatakan hebat dan moden...! Sebaliknya, percubaan mengamal cara hidup Islam yang syumul, dikatakan kolot, jumud dan ketinggalan. Inilah akibat daripada pengambilan hanya ilmu aqli tanpa mengakui keperluan ilmu naqli. Kesempurnaan ilmu naqli dan aqli merupakan jaminan ke arah kesejahteraan hidup manusia di dunia yang tersimpan dalam pengertian kalimah iqra’ itu sendiri. Iqra’ yang bererti “menghimpunkan” terkandung istilah menyampaikan, menelaah, membaca, meneliti dan mengetahui ciri-ciri sesuatu yang mencakupi persoalan alam, diri masyarakat dan lain-lain.
“Bacalah..., dengan menyebut nama Tuhanmu yang Menciptakan...!”, memberi erti kesempurnaan membaca ialah dengan menyertakan nama-Nya, dorongan membaca dimulai dan digarapi dengan penghayatan ketauhidan terhadap Allah S.W.T. Jelaslah, kesempurnaan ilmu itu berlaku apabila perjalanan pengetahuan diserapi bersama pengakuan terhadap keEsaan dan Kebesaran Pencipta kita.
Ilmu ialah penggerak kepada setiap amalan. Ilmu ialah makanan roh dan aqal yang bergantung dengan punca bacaan kita. Jika punca bacaan kita baik, maka akan meningkat dan sihatlah pemikiran kita. Apabila bahan bacaan yang kotor dan lucah, maka fikiran kita pun turut kotor dan diracuni. Dan yang paling parah ialah hati jadi rosak dan menanah...! Ubat bagi hati yang rosak dan menanah ini ialah dengan, "Bacalah..., Dengan nama Tuhanmu yang Menciptakan...!"
Kata Imam As-Syafie, “Jika kamu inginkan dunia, hendaklah dengan ilmu. Jika kamu inginkan akhirat, hendaklah dengan ilmu. Dan jika kamu inginkan kedua-duanya juga dengan ilmu...!”
Ruginya kita, jika kita hanya hendak dunia atau akhirat sahaja, sedangkan kita akan dapat dunia dan akhirat apabila kita hendakkan ilmu tetapi sebelum itu kita perlulah faham konsep ilmu seperti yang dihuraikan seperti di atas. Menurut Al-Imam Ghazali R.H.M dalam kitabnya Minhaj Al-Abidin, tahap pertama dalam perjalanannya menuju Allah ialah tahap ilmu, kemudian baru menyusul tahap taubat, awaiq (penghalang), awariq (godaan), pendorong, celaan dan akhirnya syukur. Bahkan Al-Imam Ghazali mengingatkan bahawa, "Ilmu itu imam, amal itu makmumnya...!"
Ilmu ialah warisan 'anbia
Ilmu melindungi pemiliknya
Ilmu bertambah apabila digunakan
Ilmu dimiliki oleh orang yang beriman
Ilmu petunjuk ke jalan yang lurus dan benar
Ilmu akan menemani kita hingga ke liang lahad
...secebis kertas mampu menawan dunia...
Konklusinya... "Bacalah...," tuntutlah ilmu setiap detik dan ketika tapi semestinya... "Dengan nama Tuhanmu yang Menciptakan...!"
iman's note : teruja dengan lagu Rabbani - Apa Yang Kau Tahu. Sewaktu mengajar Plants Respond to Touch, banyak persoalan yang ditimbulkan oleh murid-murid. Teacher, kenapa nama pokok tu periuk kera, kenapa yang itu perangkap lalat? Macamana pokok-pokok tersebut berfungsi? Itu periuk kera buat makan ke? Pokok itu hanya makan lalat jea ke teacher? Kenapa ALLAH ciptakan tumbuhan fungsi lain-lain? Teacher, manusia pun respond to touch juga ke? Nampaknya teacher, perlu banyak membaca dan belajar melalui alam ciptaan ALLAH yang penuh dengan ilmu percuma. Belajar dari alam buat diri lebih muhasabah~
**imannurbalqis**
...isi DENGAN kuku...
Isi dengan kuku...Saling memberi dan menerima...Memberi sahaja tidak akan puas...Menerima sahaja tidak adil...
Isi dengan kuku...Saling melindungi dan berlindung...Saling berdikari dan bergantung...
Isi dengan kuku...sentiasa menjadi tongkat bagi menyokong, pembakar semangat untuk terus berjaya dalam kehidupan yang didokong...
Isi dengan kuku...Sentiasa membela, menutup aib, kesalahan dan kesilapan kepada orang lain tetapi pada masa yang masa menegur dan menasihati kita di belakang mereka...
Isi dengan kuku...selalu memberi peringatan dan saling mengingatkan tatkala melafaz kata...setiap tingkah menjadi ikutan...
Isi dengan kuku...sekelilingnya sentiasa menjadi warkah inspirasi...Alam ciptaan-NYa tersingkap diksi dan frasa rahsia, menjadi kompas hayat manusia...
iman's note : Terimalah pemberian yang tidak seberapa ini buat semua 'kuku'. Agar ini menjadi 'isi' dalam hari-hari mu. Ketahuilah betapa bersyukurnya kita dengan nikmat Ar-Rahman dan Ar-Rahim yang sentiasa diberi dan diterima tanpa ada hentinya. Bagai isi dengan kuku.
**imannurbalqis**
...APRIL : Inspirasi Labah-Labah...
Labah-labah yang sedar akan sikap sabar serta berusaha dan tidak berputus asa. Labah-labah dengan tekal dan cekap tetap memasang niat dan cita-cita dengan menebarluaskan lagi sulaman perangkapnya. Cuaca dingin dan kabus yang dipuput angin adalah rencam latar sukar yang mewarnai sisi kehidupan seperti ujian yang kadangkala ditempuhi labah-labah; apakala perangkap yang dibina koyak. Labah-labah tetap meneruskan perjuangan sebuah kehidupan.
"Setiap makhluk yang diciptakan-Nya menyampaikan maksud yang tersendiri. Sebagai manusia seharusnya kita berfikir dan mengambil inspirsi dan nilai positif"
iman's note : Merindui laman ini. Entry pertama bagi bulan April. Sekarang sudah 7hb April 2011. Saat terus berdetik, minit terus berlalu, jam terus berubah, hari terus berganti, bulan terus bertukar, tahun terus bertambah. Tenanglah hati, bersabarlah jiwa. Sesungguhnya perubahan fasa dalam hidup merupakan satu ujian ALLAH yang memerlukan kesabaran. Berapa ramai manusia terjerumus ke dalam perangkap syaitan ketika melalui perubahan fasa dalam hidup. Hiduplah dalam keadaan terpandu. Last but not least, ALHAMDULILLAH.
**imannurbalqis**
...USRATI...
...MAN ANA...
...PETI SURAT...
...MASA...
...TAWARIKH...
...MUTIARA KATA...
...AHLAN WASAHLAN...
...INTERAKSI MAYA...
...INTELLECTUAL CALIPH...
...LAMAN INFORMASI...
...SMKA SHAMS,N9...
-
Student Mummy7 years ago
...INTRA IPGKPM...
-
`madam`10 years ago
...PRODUK IPGM...
-
Penyesalan6 years ago
-
-
2014 : 22 days before ramadhan..10 years ago
-
Jiddiyah si Pemuda Rabbani10 years ago
-
Adakah Lagi Pengampunan11 years ago
-
-
mac 201311 years ago
-
Meting Sekolah 27-12-1211 years ago
-
Kembali Menemui Rab...12 years ago
-
Bahaya Khurafat sepanjang Euro 201212 years ago
-
Gerhana Bulan : Bukti Kebesaran Allah12 years ago
-
Kan ku Cuba...12 years ago
-
Dahsyatnya Tenaga DOA12 years ago
-
Aktivis Muslimah Harapan Rasulullah13 years ago
-
-
-
-
...BICARA MAYA...
Powered by Blogger.