.::I'M ONLY SERVANT OF ALLAH::.

"Di perhentian terakhir itulah manusia akan hidup berkekalan sama ada dengan limpahan NIKMAT selama-lamanya atau menghadapi AZAB, juga selama-lamanya. Sebelum tiba di titik pengakhiran itu, manusia akan terus mengembara..."

...JALINAN UKHUWAH...

...MELAKAR PELANGI...

Daisypath Anniversary tickers

...KEEP IN MEMORY...

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

PERMATA HATI UMMI ABI

Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

...hanya kerana WARNA...

Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera buat semua insan yang membaca entry ini. Selawat dan salam ke atas rasul junjungan mulia Muhammad Salallahu 'Alaihi Wassalam. Alhamdulillah syukur kita ke hadrat Allah s.a.w kerana dengan izin dan limpah kurniaanNya masih lagi diberi nikmat yang terbesar sekali dalam hidup kita iaitu nikmat Islam dan Iman, insyaAllah. Semoga setiap hati orang-orang mukmin itu ditautkan dengan hikmah berlapang dada, insyaAllah.

Alhamdulillah sudah sebulan lebih bergelar seorang pendidik. Nampaknya makin bertambah bersawang laman ini. Akhirnya entry pertama bulan 3 dapat dihasilkan. Moga-moga ada perkara yang boleh kita sama-sama pelajari. Pengalaman yang tidak seberapa ini diperolehi ketika bertugas sebagai urusetia merangkap guru pengiring untuk program RIMUP atau nama panjangnya Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan peringkat daerah. Ini merupakan tugas pertama luar sekolah pada hari pertama bulan 3 yang lalu.

tenangkan melihatkan pokok ini

Ana selaku guru baharu banyak melihat berbanding persoalankan itu dan ini. Mengikut segala arahan yang telah diberikan. Kejadian ini berlaku semasa sesi pendaftaran urusetia. Sebelum ini, ana telah menerima mesej berkenaan warna t-shirt yang akan dibekalkan oleh pihak pengurusan dan warna tudung disuruh pilih warna yang sesuai. Setelah selesai mendaftar, menerima t-shirt tersebut dan diarahkan untuk tidak memakainya. "Ambillah jealah t-shirt ini. Pakai di luar waktu program." Ana pun tertanya-tanya kenapa dengan baju tersebut. Adakah kecil, menampakkan aurat atau jarang sehingga tidak dibenarkan untuk memakainya. Saiz yang ana dapat pun saiz "L". Saiz yang sesuai untuk lelaki sederhana besarnya.

Sementara itu, di belakang ana ada seorang guru sedang ditegur oleh pihak pengurusan. "Kenapa cikgu pakai baju warna ini?. Tak boleh tukar ke cikgu." Ana terus menoleh ke arahnya dan melihat warna bajunya. Owh, patutlah tak boleh pakai t-shirt yang diberikan ini. Hanya kerana warna rupanya. Ana jadi tergelak sendiri, bila ada yang bertanya. "Warna PAS warna hijau macamana? "YB sensitif dengan warna hijau ini." Allahu rabbi. Sampai ke tahap itu politik dicampuradukkan dengan sistem pendidikan. Alergik sungguh dengan warna HIJAU. Nak jea ana tanya pada mereka-mereka yang bijak pandai tu, ini program PERPADUAN atau PENGASINGAN. Kalau pun tak suka warna hijau tak perlu nak kata sebabnya adalah parti politik yang berwarna hijau. Tak de kena-mengena langsung sepatutnya. Sehingga ada juga, guru yang bukan agama ISLAM mengatakan "Bukankah Nabi kamu suka warna HIJAU. Kenapa ummatnya pula tidak suka?" Rasa tertampar bila orang yang bukan ISLAM kata begitu.

Sewaktu ana menunggu bus untuk pulang ke rumah, ana jadi berfikir semula. Betapa jahilnya persepsi dan pandangan masyarakat masa kini. Kenapa ana kata jahil? Ana pun bukan siapa-siapa sampai nak menjahilkan orang. Ana mengaku ana pun jahil juga tapi kanak-kanak tadika pun tahu warna HIJAU itu warna syurga. Warna yang disukai oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Annas bin Malik mengatakan, “Warna yang paling disukai oleh Rasulullah saw adalah hijau.” Diskriminasi warna yang ditunjukkan ini juga telah membuatkan ana makin muak dengan perangai-perangai orang pendidikan yang tidak berfikiran terbuka ini. Masakan mereka tidak nampak warna pokok, rumput dan sayur-sayuran yang dilihat hari-hari adalah warna HIJAU. Allah s.w.t meletakkan warna HIJAU itu ditingkat yang tertinggi sehingga dipandang indah olehNya.

”Mereka itu disediakan baginya Syugra yang kekal, yang mengalir dibawahnya beberapa sungai; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan emas dan memakai pakaian HIJAU dari sutera yang nipis dan sutera tebal yang bersulam, mereka berehat di dalamnya dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias). Demikian itulah balasan yang sebaik-baiknya dan demikian itulah Syurga tempat berehat yang semolek-moleknya.”
“Penduduk Syurga itu (bersenang-lenang) di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal) dan cadar-cadar yang HIJAU warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah.”
Ar-Rahman: Ayat 76

“Mereka di dalam Syurga memakai pakaian HIJAU yang diperbuat dari sutera halus dan sutera tebal (yang bertekat), serta mereka dihiasi dengan gelang-gelang tangan dari perak dan mereka diberi minum oleh Tuhan mereka dengan sejenis minuman (yang lain) yang bersih suci.”
Al-Insan: Ayat 21

cuba bayangkan warna rumput ini warna biru, merah, pink, kuning

Bila Allah s.w.t sendiri yang pilih, jangan dipersoalkan hanya kerana kepentingan diri semata-mata. Jelas sudah bahawa warna HIJAU adalah warna Syurga, warna yang disukai oleh Allah yang mencipta warna itu sendiri dan indah pula sehingga menghiasi Syurga. Justeru itu, mudah-mudahan pendedahan ini membuka hati manusia agar beriman dan menyukai apa yang disukai oleh Allah dan Rasul-Nya, memandang indah apa yang dipandang indah oleh Allah dan Rasul-Nya serta bercita-cita pula untuk memakai pakaian berwarna HIJAU di Syurga kelak. Dibimbangi pula orang yang benci warna HIJAU tidak diizinkan masuk syurga oleh Allah s.w.t kerana syurga-Nya berwarna hijau. Hanya Allah yang lebih mengetahui. Wallahualam.

iman's note: SAYA SUKA WARNA HIJAU.

**imannurbalqis**

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails