Salam buat sahabat-sahabat yang sentiasa berpegang dengan kalimah “TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH DAN NABI MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH”…untuk entry kali ini ingin sekali ana kongsikan sedikit pengalaman tatkala ana terpilih sebagai salah seorang wakil pelajar bagi Negeri Sembilan untuk ke Perkampungan Penulis Muda Sekolah Menengah peringkat Kebangsaan di Miri, Sarawak...Tak sangka juga, pelajar sains tulen tingkatan 4 Ikram nie minat sastera…ana pernah menulis cerpen, sajak dan pantun…sememangnya pernah terlintas dalam list cita-cita untuk ana mengikuti jejak langkah Dato’ A. Samad Said atau Nisah Haron(bekas pelajar sekolah ana-SMKA SHAMS,N9) atau Faizal Tehrani yang sememangnya tulisan mereka sentiasa menjadi santapan ana…Kisahnya bermula di pertengahan tahun 2004, saat itulah pertama kali ana naik “belon”…. Disini bukan ana nak cerita tentang pengalaman pertama kali ana berada dalam “belon”, mencipta 5 buah sajak dalam satu malam untuk dinilai keesokkan harinya, saat Dato’ A. Samad Said menurunkan tandatangan atau berada di atas pentas mempersembahkan dendangan lagu “ayam den lopeh” tetapi saat dimana ana mula mengenal sebuah puisi karya ISA KAMARI…disini ana belajar untuk mengenal betapa wadah puitis ini mampu memberi kesan yang mendalam untuk ana meraih semangat untuk lebih teguh berdiri dalam perjalanan kehidupan…marilah sama-sama kita hayati nilai sebenar setiap madah yang diutarakan dalam susunan sajak “KAKI LANGIT” :
Kita adalah bayi
Yang akan menangis
Bila ditinggalkan
Pengalaman semalam
Atau seorang tua
Yang akan berduka
Bila ditemani
Kesunyian hari ini
Menghampiri batas usia
Lautan
Adalah pamitan kasih sayang
Yang abadi
Usia menyusup kakilangit
Camar esok menyisip angin
Angin semalam menyapa camar
Terbanglah bersama camar
Menderulah bersama angin
Dan tangkaplah cahaya
Hari ini…
Yang akan menangis
Bila ditinggalkan
Pengalaman semalam
Atau seorang tua
Yang akan berduka
Bila ditemani
Kesunyian hari ini
Menghampiri batas usia
Lautan
Adalah pamitan kasih sayang
Yang abadi
Usia menyusup kakilangit
Camar esok menyisip angin
Angin semalam menyapa camar
Terbanglah bersama camar
Menderulah bersama angin
Dan tangkaplah cahaya
Hari ini…
Bukan hak ana untuk menilai bait-bait sajak ini tapi sedikit perkongsian dari insan yang lemah ini…hargailah setiap masa yang ada kerana di setiap saat itu terdapat peluang dan ruang untuk memperbaiki diri…gunakanlah peluang yang ada pada hari ini kerana peluang itu takkan pernah hadir untuk kali kedua…rugilah kita jika membiarkan peluang yang ada dan menganggapnya akan hadir menyapa lagi…ingatlah semalam adalah kenangan, hari ini adalah peluang, esok belum tentu ada ruang…janganlah kita lupa bahawa kita adalah “bayi” yang memerlukan bantuan untuk merangkak dan “orang tua” yang memerlukan sokongan untuk berjalan…jangan diketepikan Yang Maha Esa di setiap perlakuan dan perbuatan kita…tangkaplah “cahaya” yang ada untuk kita melakar sejarah di kolam sumur usia kita tatkala angin menyapa camar….jangan biarkan usia kita kian samar tanpa ada lakaran di kanvas kehidupan kita sebagai seorang hamba di pentas yang sementara…
KEJAYAAN YANG SEBENAR BUKAN TERLETAK PADA TIDAK PERNAH JATUH,TETAPI TERLETAK PADA KESANGGUPAN TEGAK KEMBALI SETIAP KALI JATUH
Secangkir memori ayam den lopeh MIRI ‘04 buat Normah(x-smk seri jempol), Ghaus(x-smt juasseh), Adib(x-smt tuanku jaafar) & Azrif(x-smt port dickson)….
**imannurbalqis**