.::I'M ONLY SERVANT OF ALLAH::.

"Di perhentian terakhir itulah manusia akan hidup berkekalan sama ada dengan limpahan NIKMAT selama-lamanya atau menghadapi AZAB, juga selama-lamanya. Sebelum tiba di titik pengakhiran itu, manusia akan terus mengembara..."

...JALINAN UKHUWAH...

...MELAKAR PELANGI...

Daisypath Anniversary tickers

...KEEP IN MEMORY...

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

PERMATA HATI UMMI ABI

Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

...Ya ALLAH, hambamu ini terSEPIT dan terSELIT...

salam sahabat-sahabat dan pembaca entry ana yg dikasihi ALLAH sekalian...ana doakan kesejahteraan pembaca semua di dunia dan akhirat...alhamdulillah ana diberi peluang untuk mengisi sedikit ruang yg ada dalam pada saat-saat genting persiapan untuk ke medan peperiksaan...byk perkara yg mjadi persoalan ana dalam fikiran ana sekarang..xtau nak berkongsi yang mana 1...oleh kerana ana sedang menjalani kehidupan sebagai GURU PELATIH ana rasa tpanggil untuk sama-sama kita renung dan lihat kredibaliti seorang guru...peperiksaan 1 perkara yg xkan pernah jauh dari diari kehidupan seorang pelajar...kecemerlangan mmg 1 perkara yg diharapkan untuk mmberi kpuasan pada diri..terutamanya apabila pointer dijadikan ukuran....

Sebagai permulaan, marilah kita merenung firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan hendaklah kamu berada bersama-sama orang-orang yang jujur.” [Surah al-Taubah, ayat 119].
Terdapat dua pengajaran dalam ayat ini. Pertama, Allah menyuruh kita untuk berada dalam kumpulan orang-orang yang jujur. Maka di sini amat penting untuk kita pilih siapa rakan kita dan bersama siapa kita biasa “hang out” dalam kehidupan harian. Kedua, jika kita disuruh untuk berada dalam kumpulan orang-orang yang jujur, sudah tentu sejak awal kita sendiri perlu memiliki sifat jujur. Justeru sifat orang yang beriman lagi bertaqwa ialah dia jujur dan dia berusaha untuk berada di kalangan orang-orang yang jujur. Sebenarnya sifat jujur memiliki kaitan yang rapat dengan nilai iman seseorang. Jika ayat al-Qur’an di atas dimulakan dengan “Wahai orang-orang yang beriman…”, maka hadis berikut juga mengaitkan antara iman dan kejujuran:
“Iman seorang hamba (Allah) tidak akan lurus melainkan (apabila) hatinya lurus manakala hati seorang hamba (Allah) tidak akan lurus melainkan (apabila) lisannya lurus.” [Musnad Ahmad, as-Shahihah, no: 2841]

Semasa dalam dewan peperiksaan masih lagi ada yang tidak mengekalkan integriti yang sering diomong-omongkan...mcmanalah bila dah berada di situasi keguruan yg sebenar...kat sini ana tidaklah mahu mempertikaikan isu rasuah yang semakin melimpah ruah di dada-dada akhbar...cumanya ana sedikit tkilan dgn senario guru pelatih masa kini...sehingga mbuatkn ana sentiasa bfikir dan menjadi kerunsingan ana saban hari...isunya cukup kecil iaitu meniru dalam peperiksaan...jgn dipandang enteng kerana sekecil-kecil perkara akan membina sebesar-besar isu...
Dalam keadaan antara dua : tolong kawan & sikap jujur pada diri sendiri...di sinilah ana mengenal soalan spot, jsu & macam2 lagi la...(tp mmg la seorg guru perlu ada semua tu)...yang membuatkan ana terpanggil untuk keluarkan entry ini apabila....kisahnya bermula.....

hari pertama
(masa dah tamat, penjaga peperksaan nak kutip kertas peperiksaan)
kawan bertanyakan jawapan dalam peperiksaan...dgn xrasa apa2, bgtahu jealah...
hari kedua
(lagi 15 minit nak tamat)
kawan bertanyakan jawapan dalam peperiksaan...(serba salah) tapi bagi la jg...
hari ketiga
(blm mula mjwb tp dah tngok soalan)
kawan bertanya jawapan.....(dah serba salah tahap kronik) ttp jg bagi...(positifkan diri-blm jwb lg)

time penjaga peperiksaan nak kutip kertas jawapan...tiba-tiba terdengar kata-kata dari seorang kawan :
"berdosa tak kita meniru?"

dari saat 2, ana mmg geram+sedih+bersalah n macam-macam lagi...klu ikutkan hati mmg nak jg ana menjawab...tp xpe...ana menjawab jg kat blog nie...ada ke patut tanya soalan macm 2...xsedar ke diri sendiri meniru...yealah nak jaga pointer supaya dia sorg jea la yg dapat flying clour...bangga dapat pointer tinggi tp cara mcm 2 xguna jg...sejauhmana kemampuan diri???xtcapai pun hasrat FPK yg tiap2 sem blajar...tp jgn la libatkan org lain...ana xsanggup dah nak hadapi perkara nie...I want 2 be honest person...mcm2 cara dah ana buat supaya ana xterlibat...buat2 tidur la..buat2 sibuk menulis la...buat2 xdgr la...
ya ALLAH, hambamu ini tersepit dalam situasi yg tidak diinginkan...adakah hambamu ini termasuk dalam golongan ini...ya ALLAH, hambamu ini mohon dengan sangat agar dilindungi dari gejala yang tidak sihat ini...hambamu ini memohon pada Mu agar diberi kekuatan untuk menghadapi keadaan ini...ya ALLAH, kau keluarkanlah hambamu ini dari terlibat dari fitnah situasi ini...hambamu ini bermohon dengan sangat....

buat pembaca semua...janganlah kita mjadi hamba kecemerlangan tetapilah jadilah kita pcetus kecemerlangan...adakah berbaloi kecemerlangan begini???seharusnya kita sedar bahawa peperiksaan kita yang sebenar sedang menunggu kita di dunia luar...setakat mana kepentingan pointer class pertama tetapi sahsiah kelas kedua...jika kita hanya mementingkan kecemerlangan peperiksaan mmg itu yang kita dapat...tetapi jika kita belajar untuk mendidik nilai sebenar modal insan seorang guru, kitalah yg mjadi pencetus kecemerlangan generasi akan datang...Sesiapa yang mendisiplinkan dirinya dengan kejujuran memiliki banyak keutamaan. Sebaliknya sesiapa yang membiasakan dirinya dengan kedustaan memiliki banyak kekurangan. Rasulullah s.a.w. menerangkan: “Sesungguhnya kejujuran menunjuk kepada kebaikan dan kebaikan menunjuk kepada syurga. Sesungguhnya (apabila) seseorang itu melazimkan dirinya dengan kejujuran, nescaya dia akan dikenali sebagai orang yang jujur. Manakala kedustaan menunjuk kepada kejahatan dan kejahatan menunjuk kepada neraka. Sesungguhnya tidaklah seseorang itu melazimkan dirinya dengan kedustaan melainkan dia dicatat di sisi Allah sebagai seorang pendusta.” [Shahih al-Bukhari, no: 6094]
kredit to : encik kamal 4 da nice picture

Dalam sebuah hadis yang lain baginda menyatakan: “Empat perkara yang jika semuanya ada pada diri kamu , maka kamu tidak perlu bersedih atas dunia yang hilang daripadamu. Iaitu amanah, jujur dalam berbicara, akhlak yang baik dan makanan yang terjaga (sumber perolehannya).” [Musnad Ahmad, as-Shahihah, no: 733] Pada waktu yang sama baginda pernah memberi amaran: “Ciri-ciri seorang munafiq ada tiga. Apabila berjanji dia memungkirinya, Apabila bercakap dia berdusta dan apabila diberi amanah dia mengkhianatinya.” [Shahih al-Bukhari, no: 6095]
Jika kita ingin berjaya dengan cemerlang dalam hidup, mulakan dari sekarang....Ingat kecemerlang yang diberkati adalah kecemrlangan yang hadir dari usaha yang telus... Dan ingat rezeki itu kurniaan Illahi....Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan....Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.
**imannurbalqis**

2 Responses so far.

  1. aminaazza says:

    salam....

    tengah tersepit n terselit ye??...em, xpela kite muhasabah diri balik ye..

    kite ingt balik situasi kat zaman sek dulu2 kala..em, mmg payah la nk kasik jwpn kt mmber or meniru..keliling pinggang ade je cikgu situ sana sini..huahuaa...dlm hati pon mmg xingin nk meniru or bg jwpn kt mmbr..(kedekut)buat sndiri la..(jahatnya)..

    tapi dh masuk IPG nih, len benor la plak situasinya..huhuhuu..mcm dah xperiksa je wlupun exm time tuh..cm dlm kelas je..sini nk jwpn, situ nk jugak..sana apatah lagi..berteraburlah jwpn dalam dewaN tue..

    tapi, alhamdulillah, ana still dgn prinsip ana no tiru2 dalm peperiksaan, just do it n wat yg terbaik..susah je kite blajaq n senang2 gak kite dapat elaun tambahn dosa bila meniru or g jwpn time exm..betul x cik kak oiii????

    klu ada mmber mnta jwpn kt kite..just wat cm nih je....=)
    pandang depan, kiri kanan..atas (istighfar 3x)..then pndg kertas jwpn menunjuk kite tgh khusyuk memerhati, mengolah, mensinopsis (me apa2 je la)..sampaila pensyarah tergesa2 mngmbil kertas jwpn kite..then br pndng mmber yng tnye kite tadi.."aih, aku lupa la ko ada kat sebelah aku" kihkihhh..mmg nahas la ko lepas tuh...

    soklan spot nih mmg byk kt sini..uish2..membntu jg..tp just ambilnya sbagai lathn peribadi...huahauahuaua...

    wassalam..

  2. he3...tq3...adoiiii....i have my own prinsip 2...wish me luck yea

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails