Salam alaik buat sahabat-sahabat dan pembaca blog ana..alhamdulillah ana masih diberi peluang untuk terus menekan huruf-huruf di laptop ini untuk sama-sama kita fikirkan setiap ilham yang ALLAH berikan untuk ana sampaikan kepada sahabat-sahabat...ana doakan sahabat-sahabagt sentiasa dalam rahmat dan lindungan ALLAH s.w.t...Untuk kali ini ana tidak dapat nak menulis keadaan dan situasi ana di IPG...apa yang boleh ana perkatakan doakan ana diberi kekuatan oleh ALLAH untuk terus melangkah melunaskan segala urusan dan taklifan...
sewaktu majlis Sambutan Hari Guru dan perhimpunan bulanan, ana benar-benar rasa terkilan, kecewa dan sedih tatkala menerima mesej berkenaan berita serangan Israel ke atas kapal bantuan ke Gaza...saat itu tiada yang terlafaz melainkan "Ya ALLAH, berilah bantuan keatas mereka"...begitu tersentap rasanya...tetapi apa yang lebih merentap seluruh jiwa dan raga ana tatkala ana melangkah ke "rumah ALLAH" untuk menunaikan solat zohor...begitu ramai yang berada di surau, mengambil masa untuk berehat, berborak secara berkumpulan, membaca secara berkumpulan sementara menunggu kerana masih ada program wajib yang perlu dihadiri...
sementara menunggu azan zohor berkumandang, semua bersiap untuk solat sementelahan ana menunggu giliran untuk mengambil wudu'...apabila tiba giliran ana, azan zohor berkumandang...selesai mengambil wudu',ana terus ke tempat solat...bersedia untuk solat dan mencari-cari tempat untuk solat...sedih ana melihatnya...ana anggarkan ada dalam 50 orang yang bersolat tetapi semuanya solat bersendirian...tidak ada yang solat berjemaah...terduduk ana sekejap,rasa terkilan...terlintas di hati ana, dalam ramai-ramai yang berdiri menunaikan tanggungjawab ini masih ada yang pentingkan diri...kenapa tidak diajak untuk solat berjemaah??sedangkan ALLAH telah menjanjikan sesuatu yang lebih hebat jika solat berjemaah...kenapa mesti bersendirian???sedangkan masih ada yang perlukan bimbingan...
Diriwayatkan daripada Hazrat ‘Abdullah bin Umar r.anhuma bahawa Rasulullah SAW bersabda, “ Sesungguhnya solah berjemaah dua puluh tujuh kali ganda lebih afdal daripada solah bersendirian.”
(Hadith riwayat Imam Malik, Bukhari dan Muslim)
Terus ana bangun...mengajak seorang junior menunaikan solat secara berjemaah dengan harapan ada yang akan mengikutinya...apabila selesai salam, ana menoleh ke kiri dan kanan..dari hanya pertambahan seorang sahaja makmum yang mengikut...yang lain menyelesaikannya dengan solat bersendirian...sehingga ada yang bertanya...kene solat jemaah ke??ada seorang hamba ALLAH ini yang menjawab : tak payah pun solat jemaah...lantaran itu terus diangkat takbir untuk solat bersendirian...pedih rasa hati ana...makin sayu rasanya...ke mana hilangnya ilmu yang dipelajari bertahun-tahun...adakah salah solat berjemaah??adakah rugi tatkala satu barisan yang lurus di atur untuk merasai nikmat solat berjemaah... kenapa tidak dijadikan "rumah ALLAH" ini tempat mengeratkan silaturrahim???
Wahai umat Muhamad, mengapa tidak merasai betapa Islam sedang dijajah???kenapa tidak kita bersatu walaupun bukan untuk diluar tetapi sama-sama mengaminkan doa untuk dimakbulkan...tidakkah kamu merasa "izzah"nya solat jemaah??Hatta,Baginda junjungan besar Nabi Muhamad S.A.W tidak pernah bersolat fardu secara sendirian sepanjang hayatnya...itu batu asas yang penting ditinggalkan oleh Nabi Muhamad untuk umatnya merasai kesatuan yang sebenar...alangkah ruginya kita sebagai hamba serba kekurangan yang belum dijanjikan syurga, masih merasa angkuh dan sombong atas dunia pinjaman semata-mata ini...Ketika hampir wafat, Baginda tetap pergi ke masjid untuk menyertai solat berjemaah yang diimamkan oleh Saidina Abu Bakar...Demikianlah perilaku mulia yang ditunjukkan Baginda supaya umat Islam mengambil contoh tauladan untuk turut bersungguh-sungguh menjaga solat berjemaah yang dijanjikan banyak ganjaran dan rahmat daripada Allah...betapa rugi dhaif dan naif diri kita, andai dipersiakan amalan hebat junjungan besar Nabi Muhamad S.A.W...betapa entengnya pemikiran kita andai mengatakan tiada yang layak menjadi imam...hingga tidak ditunaikan solat jemaah...sehingga sanggup mengetepikan sunnah...sedangkan peluang terhidang sudah...dimana kedudukan kita hendak bermegah...
Peringatan ini adalah buat diri ana dan sahabat-sahabat sekalian...jikalau ana terlupa untuk melaksanakan, peringatkan ana...Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: Seseorang yang berwuduk dengan sempurna lalu pergi ke masjid untuk bersolat berjemaah) lalu mendapati orang ramai telah selesai solat berjemaah, Allah akan memberi kepadanya ganjaran pahala yang sama sebagaimana mereka yang telah bersolat berjemaah, tanpa mengurangkan sedikit pun daripada pahala mereka.
(Riwayat Abu Daud, Nasai dan Hakim).
Sebenarnya terlalu banyak sabda Rasulullah yang menggalakkan umat Islam untuk menunaikan solat secara berjemaah namun beberapa hadis di atas adalah memadai untuk kita sama-sama mengimarahkan solat jemaah mengikut jejak langkah yang ditunjukkan oleh Baginda... Sesungguhnya Islam bukanlah hanya berkenaan perkara solat sahaja kerana agama yang syumul itu merangkumi segenap aspek kehidupan dan cara hidup manusia yang lengkap, namun solat adalah perkara asas dalam ajaran agama Islam yang perlu dikerjakan dengan sempurna...Dan sama ada ibadat kita diterima atau tidak, hanya Allah sahaja yang mengetahui namun Rasulullah telah menunjukkan cara-cara bagaimana setiap amalan itu dapat diterima oleh Allah sekiranya dilakukan mengikut sunah Rasulullah, dan solat berjemaah adalah salah satu sunah Baginda....Sebagaimana yang dinyatakan oleh Abdullah Ibnu Mas'ud: Rasulullah mengajarkan kami jalan-jalan petunjuk (sunanul huda) dan di antara jalan-jalan hidayah itu ialah mengerjakan solat berjemaah di masjid yang dilaungkan azan.(Riwayat Imam Muslim, Abu Daud, Nasai dan Ibnu Majah).
Adakah solat jemaah menyusahkan kita???sedangkan ALLAh s.w.t menjanjikan banyak kelebihan dan manfaat solat berjemaah..itu adalah SENJATA umat ISLAM dalam situasi genting sekarang...sedarlah, kita perlu berJEMAAH...
**imannurbalqis**
ummat islam akan bertambah kuat dan teguh bila semakin ramai yg solat subuh secara berjemaah
to cahaya malam : betul..betul..(version upin ipin)