.::I'M ONLY SERVANT OF ALLAH::.

"Di perhentian terakhir itulah manusia akan hidup berkekalan sama ada dengan limpahan NIKMAT selama-lamanya atau menghadapi AZAB, juga selama-lamanya. Sebelum tiba di titik pengakhiran itu, manusia akan terus mengembara..."

...JALINAN UKHUWAH...

...MELAKAR PELANGI...

Daisypath Anniversary tickers

...KEEP IN MEMORY...

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

PERMATA HATI UMMI ABI

Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

...al-kisah CUTI sekolah...

Salam alaik buat sahabat-sahabat dan pembaca blog ana..alhamdulillah ana masih diberi peluang untuk terus menekan huruf-huruf di laptop ini untuk sama-sama kita fikirkan setiap ilham yang ALLAH berikan untuk ana sampaikan kepada sahabat-sahabat...ana doakan sahabat-sahabat sentiasa dalam rahmat dan lindungan ALLAH s.w.t...diharapkan sahabatsahabat yang sedang bercuti mengunakan waktu cuti sebaiknya agar tidak mensia-siakn nkmat waktu lapang yang ada...

diwaktu ini ana sudah berada di IPG dan menamatkan cuti semalam...walaupun waktu cuti, masih ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan untuk memudahkan perjalanan praktikum ana dan kemasukan pelajar baru di IPG...bila cuti semua orang suka termasuk ana...tidak ada peraturan, tiada tndakan disiplin, tiada urusan rasmi yang perlu dihadiri...bila pulang semula ke kampus semua mengeluh...kenapa yea??nak juga ana buat survey kenapa semua orang suka cuti???;-)



Saat minggu cuti sem yang lalu, keberadaan dirumah terasa begitu seronok...nak keluar mengisi masa lapang di luar, hal keluarga membataskan...nak menanam pokok dirumah, baja xde.. Nak mengecat rumah, rsa xcukup tinggi...Ada-ada jealah..suma itu alasan semata-mata..benarlah orang MELAYU kata "nak 1000 daya, xnak 1000 dalih"...Pepatah Melayu memang menggambarkan sikap dan budaya kita sebenarnya... 1perkara yang paling ana bersyukur ialah ana mampu mengenali keempat-empat adik ana yang turut bercuti...ana selaku kakak yang sulung, rasa pening nak control...agaknya mcmnilah arwah mak rasa...kesiannya..bukan senang kerja suri rumah sepenuh masa nie...1cabaran yang hebat sebenarnya..cuma kita yang tidak berada ditempat itu merasakan senang dan mudah...

Cuti sekolah memang begitu sinonim dengan majlis kerja kahwin...Jemputan kahwin datang bertali arus masa cuti sekolah nie...Mungkin kalau takde cuti sekolah, ramai yang tak kahwin dan terus membujang sampai ke tua agaknya...;-) Ana xsempat nak menghadiri semua jemputan atas sebab pak cik dan sepupu ana kahwin pada tarkh yang sama..itulah istimewanya CUTI SEKOLAH...ana ucapkan tahniah kepada pak cik, abang ngah, kak sal, kak ti dan kak dayah yang telah melunaskan sunnah Rasullah S.A.W... didoakan agar kalian semua diberkati dan dirahmati oleh ALLAH S.W.T hingga ke syurga...




cuti sebenarnya memang perkara yang menyeronokkan...perlu diisi dengan perkara yang betul-betul memberi makna pada diri...jangan sampai nikmat masa lapang yang ada ditarik oleh Pencipta kita sehingga kita rasa rugi tatkala kesibukkan datang melanda...Cepat sungguh masa berlalu...Cepat-cepat ana ingatkan diri untuk tidak kesalkan apa yang sudah berlalu...Sebab itu setiap masa perlu bersungguh-sungguh dan fikirkan dengan teliti dalam membuat keputusan...Prioritize and always look forward... Supaya tidak sesekali menyesal di kemudian hari...

“Menyesal la sebab tak baca buku banyak-banyak masa lapang.”

“Menyesal la sebab asyik duduk rumah tidur dan tengok tv memanjang.”

“Menyesal la sebab tak pergi program tu. Orang kata best.”

“Menyesal la sebab tak tolong mak ayah, mesra dan manja sungguh-sungguh masa cuti aritu.”

Sesalan sudah tiada gunanya! Muncung panjang dan tidak membawa ke mana...Dalam Al-quran sendiri ada nyatakan dengan jelas tentang penyesalan manusia selepas diberi peluang hidup di muka bumi ini...

“( Demikianlah keadaan orang-orang kafir itu ), sehingga apabila datang kematiankepada seseorang dari mereka dia berkata “ Ya Tuhanku kembalikanlah aku (kedunia) Agar aku berbuat amal yang saleh terhadap yang telah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak, sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkannya saja. Dihadapan mereka ada dinding-dinding sampai hari mereka dibangkitkan.” ( Al Mu’minun 99-100)

Jika mahu mensyukuri cuti dengan memanfaatkan semaksimum mungkin masa yang ada. Definisi memanfaatkan masa? Adakah dengan berkepit dengan keluarga sepanjang masa? Adakah dengan hanya duduk dirumah dan belajar semata-mata? Adakah dengan hanya lakukan perkara untuk diri sendiri dan berseronok sesuka hati? Tanya pada diri dan lihat dasar hati. InsyaAllah ada jawapannya. Samada kita mahu nafikan atau mengelak dari jawapan yang nyata. Terpulang.

Yes, terpulang! Sebab kita punya akal untuk berfikir.

Ana akan teruskan cuti ana yang masih berbaki selama seminggu untuk berjalan, melihat dan mentafsir alam ciptaan ALLAH ini ke Medan, Indonesia...Program Pengantarabangsaan Pemimpin Pelajar IPG Kampus Perempuan Melayu akan ana gunakan sebaiknya untuk mendapatkan definisi sebenar apa yang dinamakan alam sebagai sekolah insan...pada classmate ana selamat meneruskan pembelajaran...ana tidak dapat sertai antum untuk kelas Pn Rohaya yang diawalkan kerana tugasan yang akan diberikan berkenaan dengan praktikum yang akan kita jalankan...ana mohon untuk antum bantu ana sekembalinya ana ke kampus...kehidupan adalah satu perjalanan...akan ana teruskan langkah ini...


**imannurbalqis**

2 Responses so far.

  1. "Nak mengecat rumah, rsa xcukup tinggi..."
    ha...ni mmg btol2 alasan...
    kak ina..kak ina~

  2. to awan terbang : ini bukan alasan tapi betul2..bak kata p ramlee...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails