salam alaik buat sahabat-sahabat dan pembaca blog ana...didoakan agar sahabat-sahabat berada dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa dalam rahmat dan makfirah ALLAH s.w.t..syukur dipanjatkan kepadaNYA kerana masih lagi ada hati-hati yang mencintai jalan ISLAM yang suci lagi benar...Semoga tidak leka dengan hidangan dan kesibukkan dunia yang boleh menjerumuskan kita kepada kebinasaan...gunakan segala wadah yang ada untuk menyampaikan walaupun 1 ayat...ALHAMDULILLAH kerana ana masih lagi diberi peluang untuk bersama-sama sahabat-sahabat dan pembaca blog ana...ana mohon maaf kerana tidak berkesampatan untuk meng"update" blog ini setiap hari...atas kekangan yang ada, ana perlu mengutamakan apa yang perlu diutamakan...tapi insyaALLAH tidak akan ana abaikan laman sesawang ini sesenangnya...inilah satu cara ana bertemu dan menyampaikan sesuatu untuk sahabat-sahabat maya ana..Dalam kesibukkan harian dan praktikum di sekolah, ana bersyukur kerana ALLAH masih memberi peluang untuk ana merehatkan minda dan berfikir tentang nikmat-Nya...
Ana masih lagi optimis terhadap novel-novel cinta keluaran PTS Litera Utama...Novel cinta yang dibaca seharusnya ditapis dahulu dan bukan sahaja bacaanya pada kaum wanita sahaja atau mat-mat jiwang...seharusnya,kita memilih pembacaan yang sarat dengan pembawaan yang lebih positif...Masing-masing mempunyai pandangan tersendiri...tapi bagi ana seorang manusia yang makin meningkat dewasa dan bersama-sama dalam kalangan masyarakat remaja sekarang, pembacaan yang menggunakan akal pemikiran dan membuka segala ruang perubahan mampu mengubah haluan kehidupan seseorang...Bagi ana apa-apa jenis pembacaan yang memberi makna positif kepada pembacanya merupakan medium dari ALLAH s.w.t untuk menegur, menasihat atau pesanan kerana ilham penulis itu datangnya dari akal yang diciptakan oleh ALLAH s.w.t dan ianya juga ilham yang diberikan oleh Pencipta kepada penulis dalam masa berfikir...itulah ujaran pertama disaatnya Nabi Muhammad bertemu dengan malaikat Jibrail iaitu " IQRA' "
Wasilah Cinta Weera beri ana makna sebenar apa itu CINTA...novel yang ditulis oleh Rose Harissa ini merakamkan bahawa ujian mendatangkan kebahagiaan untuk sesiapa yag mengertikannya...membuka peluang untuk ana menilai erti kata sebenar "Kita bertemu kerana ALLAH, Kita berpisah kerana ALLAH"...walaupun hanya novel tapi bagi ana ilham penulis tetap datang dari ALLAH...novel ini merupakan sentuhan lembut untuk teguran dan peringatan sesama manusia...ada garapan 3 Cinta yang boleh ana perolehi dari novel ini bila......
1)Cinta dengan ALLAH
Aweera menasihati Sari Ayu, isterinya
Berdoalah. Berdoa adalah cara paling ampuh untuk mengubati rasa patah hati kamu. Dengan berdoa, kamu boleh mengeluh, menangis, mengadu dan mencurahkan semua beban hidup kepada ALLAH. Dia adalah sumber keteduhan dan ketenangan kerana Dia adalah pelindung semua makhluk.
2)Cinta sesama Muslim
Tatkala Ray dan Weera dikatakan "gay"
Marilah sama-sama kita renung seketika hadis Abu Hurairah (R.A) maksudnya: "Bahawasanya ada seorang lelaki yang pergi menziarahi saudaranya (sahabat) di sebuah kampung yang lain, lalu Allah menyuruh malaikat memerhatikannya di atas jalannya. Maka tatkala dia sampai dia berkata : Engkau hendak ke mana ? Lelaki tersebut menjawab: Aku hendak menemui seorang saudara ku di kampung itu. Malaikat bertanya lagi " Adakah engkau telah berbudi kepadanya dan engkau mengharapkan balasannya?" Beliau menjawab " tidak, aku mencintainya kerana Allah" Maka malaikat itu berkata kepadanya "Bahawa sesungguhnya aku ini adalah utusan Allah kepada engkau, sesungguhnya Allah telah mencintaimu sebagaimana engkau mencintai dia kerana Allah.
3)Cinta antara suami dan isteri
Saat Aweera berdoa untuk isterinya, Sari Ayu
Ya ALLAH, Al-Malik...
Aku serahkan segala urusan, masalah, musibah
dan ujian kepada-Mu yang Maha Mengenggam
Alam Raya ini...Tabahkan aku menghadapi segala cubaan-Mu,
Bimbinglah diri ini menuju cinta-Mu,
menggapai mahligai mahabbah rasul-Mu,
Ya ALLAH, Al-Muqtadir...
Sekiranya isteriku pilihan-Mu di Arasy,
berikan aku sebuah hati yang sungguh mencintai-Mu,
sehingga aku dapat mencintainya dengan cinta-Mu,
bukan mencintainya dengan sekadar cintaku,
Sekiranya isteriku ini adalah isteri yang bakal
memegang tanganku di titian-Mu kelak,
berikanlah aku penglihatan-Mu agar aku dapat melihat
banyak hal baik dalam dirinya
bukan hal yang buruk sahaja.
Sekiranya isteriku ini adalah bidadari untukku di Jannah kelak,
berikanlah sifat-Mu yang kuat sehingga kekuatanku datang dari-Mu,
bukan dari luar diriku,
berikan aku tangan-Mu sehingga aku selalu
berdoa untuk-Mu,
Sekiranya isteriku adalah yang terbaik untukku
di dunia-Mu ini,
berikanlah aku mulut-Mu yang penuh dengan
kata-kata kebijaksanaan-Mu dan semangat
agar aku dapat mendukungnya setiap hari,
dan aku dapat tersenyum pada-Mu setiap pagi.
Ya ALLAH, Ya Rahman Ya Rahim...
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari
menyakiti perasaan isteriku,
Berilah aku kesabaran untuk menghadapinya
segala kerenah dan ragam isteriku,
Aku ingin menjadi suami yang dikasihi,
Suami yang sentiasa disayangi...
Aku ingin menjadi seorang suami yang seperti
apa yang telah diteladankan oleh Rasullah...
Amin ya rabbal alamin
dan novel ini diakhiri dengan kalam yang benar-benar menawan kalbu ana...
"Amat indah jika segalanya kerana ALLAH"
**imannurbalqis**