.::I'M ONLY SERVANT OF ALLAH::.

"Di perhentian terakhir itulah manusia akan hidup berkekalan sama ada dengan limpahan NIKMAT selama-lamanya atau menghadapi AZAB, juga selama-lamanya. Sebelum tiba di titik pengakhiran itu, manusia akan terus mengembara..."

...JALINAN UKHUWAH...

...MELAKAR PELANGI...

Daisypath Anniversary tickers

...KEEP IN MEMORY...

Daisypath Happy Birthday tickers

PERMATA HATI UMMI ABI

Lilypie Second Birthday tickers

...penawar kelelahan...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...ana doakan sahabat-sahabat dan pembaca blog ana sentiasa dalam rahmat dan kasih-sayang ALLAH s.w.t... Alhamdulillah, masih ada sedikit ruang untuk ana bersama-sama dengan antum... insyaALLAH, perkongsian yang tidak seberapa ini akan ana hidangkan buat antum yang sudi membaca...tidak akan ana bazirkan masa antum untuk membaca entry ana tanpa mendapat apa-apa...seperti yang pernah dimaklumkan oleh Ustazah Salbiah dalam forum "Apa yang kau panggil CINTA?" sempena minggu SYOKNYA CINTA anjuran JK BISA IPG Kampus PM, bahan bacaan yang dibaca tidak kiralah dari sumber mana sekalipun yang 90% tidak memberi ilmu atau manfaat kepada pembacanya adalah bahan bacan picisan...

Alhamdulillah, sudah 2minggu ana menjalani praktikum fasa kedua untuk sem ini...sekolah kali ini tidak berapa jauh dari ipg ana cuma mengambil masa 20minit untuk berjalan kaki...ini atas kelemahan diri ana juga kerana tidak menamatkan lesen kenderaan sehingga lesen L ana pun dah tamat...jadi, ana perlu berjalan kaki untuk pergi dan pulang dari sekolah...setakat ini pensyarah dan guru pembimbing tidak lagi membuat penilaian ke atas proses pengajaran dan pembelajaran ana...namun ana tetap bersiap siaga untuk menantikan kehadiran pensyarah ana..tidak ana maksudkan persediaan p n p ana hanya untuk menyambut kehadiran pensyarah tetapi fokus utama ana adalah murid-murid yang berada dibawah tanggungjawab ana...ana perlu memenuhi amanah yang telah dipertangunggjawabkan...berdosa ana sekiranya anak murid ana tidak mendapat apa yang diajar...ana perlu menjalankan tugas ini dengan bersungguh-sungguh...kali ini ana mendapat 10 masa untuk mata pelajaran sains tahun 2 dan 4 serta pendidikan jasmani tahun 4...walaupun dikatakan sedikit oleh guru senior tapi bagi ana yang masih lagi hingusan dalam bidang ini...ana boleh katakan ada tekanan dalam ana membuat pengurusan yang sepatutnya...penglibatan dalam aktiviti sekolah yang diwajibkan serta waktu hujung minggu yang mana ana perlu hadir untuk aktiviti sekolah...kerja kursus yang sudah dibekalkan oleh pensyarah serta program Minggu Sains sekolah dan pertandingan makmal sains benar-benar membuat ana merasai kelelahan sewaktu ini...penglibatan ana dalam aktiviti dan tugas di IPG tidak ana lupa...cuma ana mempunyai batasan masa dalam bergerakkerja di IPG...bukan ana catatkan untuk ana merungut atau mengomel tetapi ini satu penelitian buat diri ana untuk mengetahui apa skop yang perlu ana lunaskan semasa menjalani praktikum...


Tidak ana nafikan, dalam masa dua minggu ini stamina agak kurang...bila pulang dari sekolah, kepenatan dirasai sehingga tidak berpeluang untuk bangun malam hari... sehingga waktu hujung minggu ana terpaksa gunakan untuk menyelesaikan taklifan yang ada dan mengecas semua bateri tubuh badan untuk digunakan selama seminggu..kelelahan dan kepenatan ini membuatkan ana berasa tidak selesa dan perlu untuk mencari penawarnya...disaat itu ada sahabat yang berkongsi maklumat berkenaan penawar untuk mengatasi kepenatan tatkala tugas datang untuk diselesaikan...

Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya...Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti...Saidina Ali berkata :"Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu."Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah s.a..w. tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantunya itu. Baginda s.a.w. berkata:"Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam."

Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua...Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah.s. a.w. itu....Katanya "Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku..." Sayugia dicadangkan kepada sesiapa sahaja yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan membaca 'Subhanallah' (33 kali), 'Alhamdulillah' (33 kali)dan 'Allahuakbar' (33 kali) pada setiap malam iaitu sebelum melelapkan mata...Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan) , Insya-Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita... Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman."Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"(Sabda Rasulullah SAW)"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."

Sama-samalah kita amalkan...bak kata Peribahasa Arab yang popular kat sekolah dulu, Ilmu yang tidak diamal adalah seperti pohon yang tidak berbuah.

**imannurbalqis**

2 Responses so far.

  1. salam wb zarina...

    alhamdulillah, 'tugasan' memberikan terbiah pada kita...

    sama2 kt amalkan ptua saidatina Fatimah bintu Rasulallah....

    mg dmudhkn urusn dik....

    =)..

  2. to muslihah zaki : syukran kak atas peringatan...insyaALLAH, 'tugasan' ini akan dpmudahkan oleh ALLAH...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails