.::I'M ONLY SERVANT OF ALLAH::.

"Di perhentian terakhir itulah manusia akan hidup berkekalan sama ada dengan limpahan NIKMAT selama-lamanya atau menghadapi AZAB, juga selama-lamanya. Sebelum tiba di titik pengakhiran itu, manusia akan terus mengembara..."

...JALINAN UKHUWAH...

...MELAKAR PELANGI...

Daisypath Anniversary tickers

...KEEP IN MEMORY...

Daisypath Happy Birthday tickers

PERMATA HATI UMMI ABI

Lilypie Second Birthday tickers

...handphone saya lagi CANGGIH...

Salam alaik buat semua sahabat dan pembaca blog ana... ana doakan antum semua dapat meneruskan jihad pada diri dan agama dalam bulan yang penuh barakah ini...Alhamdulillah sudah masuk hari ke sembilan ramadhan bagi tahun ini...fasa pertama yang penuh kerahmatan ini...hargai sebaik-baiknya...

Minggu ini merupakan minggu terakhir ana untuk sesi praktikum fasa kedua...Esok merupakan hari terakhir ana di Sek Keb Bukit China...Alhamdulillah, banyak pengalaman dan ilmu yang dapat ditimba di sekolah ini...Yang paling best dapat resipi buat murtabak dari kak ayu a.k.a jiran sebelah meja di bilik guru...melalui praktikum fasa kedua ini, banyak perkara yang ana belajar sehinggakan setiap kali melangkah ke sekolah tersemat rasa untuk membina generasi anak muda yang bakal memimpin negara agar cemerlang dari segi akademik dengan dihiasi sahsiah yang terpuji...tapi entry kali ini ana coretkan bukan untuk menceritakan pengalaman ana di SKBC...tapi ingin berkongsi artikel yang ana tulis sewaktu zaman ana persediaan di IPG Kampus PM ini empat tahun yang lalu....

Ini bermula apabila sebelum waktu pulang dari sekolah tadi...ada anak murid ana minta no telefon ana di surau...sebelum ana bagi no telefon ana, ana pun bertanya dulu beberapa soalan pada mereka :

Teacher : Kenapa awak nak nombor telefon teacher?
Student : Sebab saya nak mesej teacher kalau ada masalah.
Teacher : Kamu ada handphone ke?
Student : Ada, lagi canggih dari teacher.(sambil tunjuk pada hp ana) Boleh ambil gambar dan video lagi...warna pink lagi teacher...
Teacher : Iyea ke...sapa yang beli?(memang buat ana tersenyum)
Student : Ayah yang belikan...
Teacher : Ok, meh sini buku kamu...
Student : Teacher pakai celcom @ maxis @ digi?
Teacher : Teacher pakai celcom jea...
Student : Saya ada tiga-tiga nombor teacher...
Teacher : Kamu buat apa banyak-banyak nombor?
Student : Saya mesej-mesej kawan-kawan dengan family...
Teacher : Ingat x pe yang teacher cakap...jangan membazirkan....membazir amalan siapa?
Student : Amalan syaitan laknatullah, teacher...
Teacher : Tahu pun..ALLAH suka x?
Student : x...(sambil geleng kepala)
Teacher : Jadi, kalau tak de kepentingan...jangan bazirkan duit kamu pada perkara yang tidak bagi faedah...faham ?
Student : Saya tahu teacher...nanti saya mesej teacher yea...thank you teacher...
Teacher : Baguslah tu...teacher tahu kamu memang bagus...tp jadi yang lebih bagus dengan buat perkara yang lebih berfaedah...
Student : Baik teacher...saya balik dulu (menghulurkan salam)
Teacher : Ok, baik-baik balik...sampaikan salam teacher pada keluarga kamu...belajar rajin-rajin yea...

-------------------------------------------------

sambil-sambil siapkan RPH untuk esok, ana terjumpa artikel dalam simpanan lappy ana nie yang kena mengena dengan kejadian hari ini...artikel nie ana tulis untuk majalah bingkisan IPGKPM untuk tahun 2006...tp sampai sekarang muka majalahnya pun tak pernah nampak...('__________')...tapi itu tidak menjadi masalah bagi ana kerana laman IMANNURBALQIS ini sentiasa menantikan post-post untuk tatapan semua pembaca...jom baca artikel ana empat tahun yang lepas...sekadar untuk perkongsian...

-------------------------------------------------

NAMA : NORZARINA BT KAMARUDIN
UNIT : PPISMP SAINS AMBILAN JULAI 2006
TAJUK PENDAPAT : TELEFON BIMBIT ANTARA KEPERLUAN DAN GAYA HIDUP


Teknologi telekomunikasi telah banyak mengubah hidup manusia termasuk masyarakat negara kita. Jika satu dasawarsa yang lalu, telefon bimbit adalah salah satu lambang kemewahan atau barangan ekslusif lagi berprestij. Tetapi, kini persepsi itu telah berubah. Telefon mudah alih atau dikenali sebagai telefon bimbit atau telefon selular sudah menjadi keperluan harian. Bayangkan jika anda tidak memiliki telefon selular sekarang, bagi sesetengah pengguna, mereka terasa betapa sukarnya hidup tanpa peranti ranggi itu. Pelbagai syarikat telekomunikasi berlumba-lumba menawarkan pelbagai perkhidmatan kepada pelanggan masing-masing. Perubahan gaya hidup kini semakin terasa apabila teknologi telekomunikasi terus berkembang dari semasa ke semasa.

Kaji selidik yang dijalankan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada awal tahun 2006, mendapati bahawa orang Melayu masih kekal sebagai pengguna telefon bimbit terbanyak. Kajian itu mendapati 53.9 peratus adalah orang Melayu, diikuti oleh Cina 32.4 peratu, manakala India, serta bumiputera Sabah dan Sarawak masing-masing 6.5 peratus dan 6.3. Sebanyak 57.4 peratus pengguna telefon bimbit ialah lelaki, manakala wanita 42.6 peratus dengan 93.7 peratus daripadanya adalah Malaysia, manakala 6.3 peratus melibatkan rakyat asing. Hal ini menunjukkan betapa besarnya pasaran telekomunikasi di Malaysia terutamanya penggunaan telefon bimbit prabayar.

Kemajuan dalam teknologi komunikasi hari ini telah banyak mengubah gaya hidup masyarakat termasuk golongan remaja. Di sebalik keadaan dunia yang semakin mencabar urusan kehidupan manusia menjadi begitu mudah. Jika lima tahun dahulu, Internet merupakan agenda perbualan di serata dunia, tetapi kini kecanggihan teknologi telefon bimbit lebih senang, pantas dan murah. Malaysia sendiri merupakan antara salah sebuah Negara Asia Tenggara yang mempunyai tahap kecenderungan dan minat yang tinggi dalam kalangan masyarakatnya terhadap perkembangan telekomunikasi. Dewasa ini syarikat telekomunikasi berlumba-lumba dalam menawarkan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan.

Satu masa dahulu telefon bimbit memang merupakan suatu keperluan dalam kehidupan manusia untuk terus berinteraksi. Walaupun ketika itu kebanyakan telefon bimbit tidak begitu canggih seperti hari ini, tetapi keperluannya melebihi segala-galanya. Telefon bimbit kini dapat berfungsi sebagai pembantu peribadi, mendapatkan hiburan, lambing status dan yang paling utama ialah menjadi pendorong manusia untuk memenuhi kehendak yang tidak terbatas. Urusan rutin seperti membuat transaksi kewangan, memuat turun bahan hiburan dan gambar, menghantar atau menerima e-mal dan pesanan teks, semuanya boleh dibuat melalui telefon bimbit.

Salah satu cabaran manusia dalam era globalisasi hari ini ialah ledakan maklumat yang lazimnya dapat diakses menerusi komputer peribadi. Komputer peribadi masih menjadi perantara unggul untuk meneroka alam siber, namun perkembangan telefon bimbit bersama-sama dengan peningkatan keupayaannya menjangkau Internet dapat mengubah cara seseorang itu memilih untuk mengakses Internet. Pengguna Internet sudah berpeluang untuk memilih pilihan baru yang dapat direalisasikan menerusi telefon bimbit yang semakin popular. Ada beberapa sebab kenapa trend baru ini boleh berlaku. Komputer peribadi tidak boleh dibawa kemana-mana kerana terpaksa distesenkan pada satu tempat yang kekal seperti di bilik atau makmal. Mengakses Internet melalui peranti wayarles bukan lagi satu fenomena yang baru. Peralihan kepada penggunaan telefon bimbit untuk mengakses Internet akan cepat menjadi kenyataan apabila kelajuan hubungan dengan Internet bagi telefon bimbit dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

Sebagai intiha, jelaslah menunjukkan bahawa telefon bimbit dewasa ini telah menjadi satu keperluan kepada kita semua. Terjahan teknologi komunikasi ini membawa arus perubahan yang tidak mampu ditepis. Pengguna telefon bimbit sanggup berbelanja lebih semata-mata untuk memiliki model telefon terkini yang serasi dengan gaya dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Tegasnya, dengan adanya teknologi seperti jalur lebar, teknologi rangkaian telekomunikasi bergerak generasi ketiga (3G) dan perkhidmatan pesanan multimedia (MMS), pasaran industri telekomunikasi mudah alih akan terus berkembang maju. Setiap individu perlulah mengambil faedah daripada perkembangan teknologi ini bukan hanya sekadar untuk bergaya dan menjadikan ini salah satu jalan untuk membazir.

---------------------------------------------

p/s : ana masih sayangkan hp motorola yang ayah ana belikan lima tahun yang lalu...selagi boleh digunakan ana akan gunakan...al-fatihah buat arwahyarham yunus, ayah kepada ex-classmate ana di SMKA SHAMS yang telah kembali ke rahmatullah pagi tadi...semoga rohnya dicucuri rahmat...

**imannurbalqis**

2 Responses so far.

  1. hmm...budak2 skrang...
    mewah~

  2. Salam..
    kita dulu xde pun HP masa sekolah rendah. Bila nak masuk U baru la nk beli. Tu pun bukan main excited ag bila dapat beli dengan duit sendiri..
    Hmm..sekarang, budak darjah 1 pun dah ade HP...ishkk3..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails