Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera buat semua pembaca blog ana. Selamat pagi hujung minggu. Nikmati hari-hari cuti yang tinggal berbaki beberapa hari lagi dengan sebaiknya sebelum kita melangkah ke kampus dengan semangat yang mantap. Alhamdulillah, ruang masa yang ada ini ana ambil kesempatan untuk mencoretkan sedikit perkongsian melalui nikmat pandangan yang dianugerahkan oleh ALLAH s.w.t sebaiknya. Ada antara senior, rakan-rakan dan junior yang bertanyakan khabar ana sewaktu cuti. Ana mohon maaf kerana ada yang ana tidak dapat 'reply' pertanyaan tersebut kerana mempunyai kekangan masa dan kredit. InsyaALLAH, dengan izinNya ana akan berkongsi pengalaman bercuti di rumah di laman sesawang ini.
beratur tunggu giliran menaiki bus (^_^)b
2 Disember yang lalu, ana berkesempatan untuk melawat pameran MAHA 2010 (Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism International Show) yang diadakan di Serdang. Alhamdulillah, dapat juga bersama-sama adik-adik ana yang teringin sangat bercuti di waktu cuti persekolahan ini. Walaupun cuti kami banyak dihabiskan di rumah tapi ruang yang ada untuk ke MAHA kami gunakan untuk mengadakan lawatan sambil belajar. Kesian betul adik-adik ana. Nasiblah dapat akaknya bakal cikgu. Setiap tempat yang kami lawati ada saja pertanyaan dari ana untuk adik-adik ana fikirkan. Banyak perkara baru yang kami dapat di sini. Walau bagaimanapun, ada perkara yang ana ingin kongsikan dalam 'lawatan sambil belajar' ini. Sambil melawat, ana cuci mata juga tengok keindahan bila berbudi pada tanah.
walit a.k.a burung layang-layang
model pameran
lembu untuk perlawanan?
Hebatnya kejadian tumbuhan dan binatang ini kerana sifat Allah yang Maha Pembentuk (Al Musawwir). Benarlah firman Allah dalam surah Yassin ayat 82 dan 83 yang bermaksud: “Sesungguhnya urusan-Nya apabila Ia mengkehendaki akan sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu ‘Jadilah engkau!’ maka ia terus menjadi. Maka Maha Suci Tuhan yang memiliki dan menguasai sesuatu dan kepada-Nya kamu semua dikembalikan.” Ayat ini jelas menunjukkan Allah itu Maha Berkuasa dan sebagai makhluk, kita harus menerima hakikat ini dan sesiapa yang dinafikan daripada rahmat wahyu adalah golongan yang amat malang.
Kuasa Allah boleh dilihat di mana-mana di alam semesta ini. Bukan setakat daripada kejadian manusia tetapi alam semula jadi – laut, binatang, tumbuh-tumbuhan – malah kejadian cakerawala.
Disebut di dalam al-Quran, surah al-Rahman ayat 3 hingga 6 yang bermaksud: “Dialah yang telah menciptakan manusia. Dialah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan. Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu. Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturan-Nya.”
penternak kambing berjaya
lembu kacukan limousin?
nenas : raja buah
cuba teka seekor berapa ringgit?
Dalam Al-Quran ada dinyatakan bahawa buah-buahan (tumbuh-tumbuhan) sebagai sumber rezeki yang telah Allah kurniakan kepada manusia. Firman Allah dalam ayat 24-32 , Surah ‘Abasa :
Maka hendaklah insan itu memperhatikan makanannya. Sesungguhnya Kami benar-benar telah mencurahkan air (dari langit), kemudian Kami belah bumi dengan sebaik-baiknya. Lalu Kami tumbuhkan biji-bijian dari bumi itu, anggur dan sayur-sayuran, zaitun dan pohon kurma, kebun-kebun (yang lebat) dan buah-buahan serta rumput-rumputan, untuk kesenanganmu dan untuk binatang-binatang ternakanmu.
Jelas, ayat ini menerangkan Allah s.w.t mengurniakan kepada insan rezeki-Nya yang terdiri dari tumbuh-tumbuhan dan pokok-pokok. Tumbuh-tumbuhan dan pokok-pokok ini membuat makanan dari tanah, udara dan Allah s.w.t memudahkan matahari untuk tumbuh-tumbuhan tersebut membuat makanan. Di mana tumbuh-tumbuhan ini adalah diperlukan oleh insan dan haiwan. Ringkasnya , masing-masing saling bergantungan di antara satu sama lain. Manusia berperanan untuk memelihara alam ini dengan sebaik-baiknya. Allah telah mencipta alam ini untuk kepentingan manusia seluruhnya. Oleh itu, manusia boleh menggunakan ciptaan ini untuk meneruskan kehidupan mereka di dunia. Sungguhpun begitu, manusia perlu menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Allah dengan menggunakan ciptaan tersebut hanya untuk perkara-perkara yang boleh membawa kepada kebaikan sahaja. Mereka tidat boleh melakukan kerosakan di muka bumi ini sehingga membawa keburukan kepada manusia atau makhluk lain termasuklah binatang. Ibnu Katsir dlm tafsir beliau mengatakan: “Allah mengeluarkan bagi mereka segala macam tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan yang boleh kita jadikan sebagai rezeki buat mereka dan binatang-binatang ternak mereka sebagaimana yg telah disebutkan di banyak tempat di dalam Al Qur’an.”
fama a.k.a father&mother
cousin yg mcm tomato jg
bamboophonic
anak-anak penyu
mahu belajar ini
buah cempedak yang besar
Selain dari memelihara alam ini manusia juga berfungsi untuk memakmurkan muka bumi ini supaya mereka dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik. Akal dan pancaidera yang dianugerahkan kepada manusia hendaklah digunakan untuk meneliti dan berfikir bagi memanfaatkan semua ciptaan yang sedia ada. Banyak rahsia kejadian Allah yang boleh disingkap oleh manusia dengan menggunakan akal yang ada. Di sebalik kejadian tumbuh-tumbuhan misalnya terdapat pelbagai jenis penawar, di dasar lautan juga terdapat pelbagai khazanah, begitu juga di dalam perut bumi. Hanya manusia yang menggunakan akal dengan sepenuhnya akan dapat menikmati semua ini. Selain untuk dirinya ia juga dapat memberi faedah kepada orang lain.
datang matahari terbit, pulang matahari terbenam
Namun, rahsia alam ini hanya akan disedari oleh hamba Allah yang bukan sekadar melihat tetapi menghayati setiap hikmah di sebalik kejadian alam milikNYA. Sesungguhnya apa yang telah dicipta oleh Allah s.w.t mempunyai hikmah yang amat besar. Sememangnya tiada apa jua yang sia-sia dalam ciptaan-Nya , samada yamg melata di atas bumi , yang terbang di udara , manusia , tumbuh-tumbuhan dan binatang. Sekiranya manusia berjaya melaksanakan tanggungjawab dalam menghargai setiap ciptaan Allah sepenuhnya maka mereka akan dapat menikmati hidup ini dengan penuh kebahagiaan. Jika sebaliknya yang berlaku maka kemusnahan dan huru-hara pasti tidak dapat dielakkan.
iman's note : masih lagi terkejut dengan harga 6 bungkus nasi lemak RM30.00. Rasa macam kat airport. Sememangnya pengalaman yang MAHAL.
**imannurbalqis**
bes nye maha..
thumbs up
menarik maha.teringin nak pegi.tp jauh sgt.
tertarik dgn bamboophonic.mmg organik n green.
btl ke tu cempedak? besar btl.mcm nangka je? Hebat tuhan yg mencipta.
burung walid tu skg dah jd bidang ekonomi baru.dl hny dimonopoli oleh non muslim.tp skg berjaya dibuka pada semua. ana pun tgh study industri burung walid ni.katanya sgt lumayan. umat islam kena kuasai ekonomi.spy tidak merempat dan dianiaya.
syukran atas perkongsian yg bermakna.
to faiq zaini : mmg best...blh jg sambil2 tue rehat2kn minda&tgk gelagat2 manusia~
to ehsanhalim : insyaALLAH, peluang yg akan dtg...mcm2 inovasi baru yg ada ttg ptanian..ssuai dgn 'cikgu sains'...mmg itu cempedak...besarnya sama tinggi dgn kakak2 umur dua tahun..besarkn...ttg burung walid ada jg pkongsian dr pak sheikh hari tue.. mmg bnilai...mnanti pkongsian dr nta plk...
burung walid ni burung layang2.klu perasan skg ni dah byk bangunan2 yg mmg dibuat sebgai burung walid.
tp klu tak silap ana, kena ada syarat2 dia utk bt rmh burung ni.xblh bt ikut suka je.sbb mgkin blh ganggu org.
tp tak tau la.
shbt ana ada tulis berkaitan green science.menarik jg.bc lah bila2 free blog n komen2nya.
http://rafiqrazali.blogspot.com/2010/12/green-science.html
to ehsanhalim : yea..di tempat ana pun ada bangunan sarang burung walid nie...insyaALLAH klu ada kelapangan ana nak p tgk jg...buat lawatan sambil belajar..insyaALLAH, ana akan p tgk tulisan shbat nta~