.::I'M ONLY SERVANT OF ALLAH::.

"Di perhentian terakhir itulah manusia akan hidup berkekalan sama ada dengan limpahan NIKMAT selama-lamanya atau menghadapi AZAB, juga selama-lamanya. Sebelum tiba di titik pengakhiran itu, manusia akan terus mengembara..."

...JALINAN UKHUWAH...

...MELAKAR PELANGI...

Daisypath Anniversary tickers

...KEEP IN MEMORY...

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

PERMATA HATI UMMI ABI

Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

...HOLIDAY : 7~kuku PANJANG...

Alhamdulillah waktu cuti ini ana ambil kesempatan untuk buat kelas tuisyen bersama adik, sepupu dan anak-anak jiran sekampung yang nak belajar. Ada dalam 5 orang. Kelas tuisyen ini bukan dalam perancangan ana untuk cuti tahun ini tapi penambahbaikan idea oleh mak cik ana yang minta ana jagakan anaknya sementara mak cik ana dan suaminya pergi kerja. Ana pun bersetuju tanpa memikir panjang. Lagipun masih ada adik ana yang bersekolah di sekolah rendah. Tatkala itu, ana boleh juga praktikkan apa yang ana pelajari. Kelas tuisyen ana ini istimewa sikit sebab siap dengan pakej makan tengahari dan solat Zohor.

si comel yang bijak (^_^)b

Kelas tuisyen ini mengikut apa yang ana aturkan. Mula pukul 9pagi sampai 12.00 tengahari. Mata pelajaran yang diajar bergantung pada anak murid. Sebelum mula belajar kena baca Asma ALLAH Al-Husna dan doa. Sabtu dan Ahad cuti. Tiada bayaran. Apa yang ana lakukan adalah setakat yang termampu saja. Apa yang pasti kerenah kanak-kanak ini buat ana gembira sebenarnya. Terisi juga masa yang ada dengan perkara yang berfaedah walaupun kadang-kadang buat ana tak betah duduk. Apa yang paling penting tidak berlaku pembaziran masa. Kadang-kadang rehat yang tiada kerja memenatkan juga.

Sememangnya setiap hari Isnin ana akan memeriksa kuku mereka. Mana yang tidak potong dan dibersihkan ana akan suruh mereka bersihkan. Sehinggalah satu hari, sepupu ana bertanyakan kenapa perlu dipotong kuku dan dibersihkan. Berdosa tak kalau kita membiarkan kuku panjang. Benar apa yang dikatakan oleh pensyarah ana, kanak-kanak memang sinonim dengan soalan dan pertanyaan kerana diwaktu ini merupakan waktu pembinaan akal dan kefahaman tentang keadaan sekeliling. Setiap yang berlaku di sekeliling mereka mesti bersebab dan dapat diterima oleh akal mereka. Jadi seharusnya penjelasan yang diberikan perlulah mudah dan bersesuaian dengan tahap mereka.

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang khinzir. Jadi, sekiranya kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang. Bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut. Menakutkan dan menjijikkan bukan. Sebagai umat Islam, perkara yang sering diketengahkan dan menjadi isu utama adalah kebersihan. Sehinggakan Sabda Rasulullah saw bermaksud: “Kebersihan adalah separuh daripada iman”.(Riwayat Muslim). Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi kita menggunakan tangan untuk melakukan kerja seharian dan beristinjak. Makruh menyimpan kuku panjang walaupun satu jari. Kuku yang panjang masih tidak dikira suci dan bersih kerana di situlah tempat syaitan bertenggek dan melindungi diri. Jika jari tak bersih bermakna seluruh badan kita masih belum dianggap bersih. Malaikat akan turun mendekati manusia sekiranya tubuh badan manusia itu bersih.

Sememangnya memotong kuku adalah antara 5 fitrah manusia mengikut hadith berikut:

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: Lima perkara yang menjadi fitrah manusia iaitu berkhatan, mencukur bulu ari-ari, menggunting misai, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak.(Riwayat at-Tabarani)

sememangnya mengamalkan pilihan A. Arwah mak yang ajar.

Mulakan memotong kuku dengan Bismillah disudahi dengan Alhamdulillah. Sesuatu yang kita lakukan hendaklah dengat niat supaya diberkati. Setelah selesai potong kuku, sunat membasuh semua kuku jari tangan dan kaki. Kuku yang tidak dibersihkan dibimbangi akan mendatangkan gangguan dan bisa kepada tubuh badan. Contohnya kesan calar selepas menggaru boleh mengundang pelbagai penyakit kerana di hujung kuku yang tidak dicucl dikatakan terdapat bisa. Pernah diceritakan oleh ustaz ana di sekolah dahulu, orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makanan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cekodok pisang, uli tepong dan sebagainya. Apa ilmu pun yang diajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala. Percayalah. Tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan orang Melayu mundur dan tidak berjaya. Syarikat Melayu yang bankrap dan rugi teruk adalah kerana mempunyai pekerja dan pemilik yang berkuku panjang. Bak kata mak cik ana kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah kerana kebersihan merupakan perkara tunjang dalam kehidupan.
kalau macam ni pun dah geli, apa lagi kalau berwarna hitam

Bila ana membuat carian maklumat sememangnya kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Sesungguhnya di hujung jari-jemari yang bersih ada tersimpan penawar. Betapa rahsia Allah mengatasi segalanya. Islam menyuruh kita makan menggunakan jari sebagai satu ibadah supaya sihat dan mendapat berkat.

Daripada Abu Malik al-Haris ibn `Asim al-Asya’arie r.a. beliau berkata:

Rasulullah SAW telah bersabda:

“Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Ucapan zikir al-Hamdulillah memenuhi neraca timbangan.Ucapan zikir SubhaanaLlah dan al-Hamdulillah kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit dan bumi. Sembahyang itu adalah cahaya. Sedekah itu adalah saksi. Sabar itu adalah sinaran. Al-Qur’an itu adalah hujah bagimu atau hujah ke atasmu. Setiap manusia keluar waktu pagi, ada yang menjual dirinya, ada yang memerdekakan dirinya dan ada pula yang mencelakakan dirinya.” (Riwayat al-lmam Muslim)

------------------------------

Nak tahu jawapan ana tentang pertanyaan sepupu ana itu? Ana berikan perumpamaan kepadanya.

Ana : Ada dua orang tukang masak. Masak nasi. Waktu tengah basuh beras, adik nampak seorang tukang masak kuku panjang dan seorang tukang masak kuku pendek. Adik rasa adik nak makan nasi yang tukang masak mana?
Sepupu ana: Mestilah kuku pendek.
Ana : Kenapa adik pilih yang kuku pendek?
Sepupu ana : Sebab yang kuku pendek lebih bersih. Tak ada kuman.
Ana : Yang kuku panjang pun tak kotor. Tak ada hitam. Putih juga.
Sepupu ana : Tak boleh juga sebab kuman tak boleh nampak dengan mata. Yang pendek pun belum tentu bersih. Inikan pula yang panjang.
Ana : Tengok, adik dah jawab soalan yang adik tanya. Pandai.
Sepupu ana : Adik pandai sebab adik potong kuku.
Ana : (^_^)b

-------------------------------
pemotong kuku@pengetip kuku?

Sememangnya itu yang menyeronokkan ana dengan kanak-kanak. Kanak-kanak kecil pandai membezakan yang bersih dengan yang kotor. Apatah lagi kita yang dewasa. Perlulah kita sentiasa ingat bahawa semua amalan soleh merupakan kebaikan dan keindahan bagi seorang mukmin dan mempunyai nilai yang tinggi. Ada amalan yang menjadi hujah baginya, ada yang menjadi cahaya baginya, ada yang menjadi pemberat mizannya dan sebagainya. Malah lebih penting daripada itu, kebersihan mempunyai hubungan rapat dengan iman dan penyebab Allah kasih kepada kita. Apabila Allah kasih, mudah saja diberikan-Nya taufik dan bimbingan ke arah jalan kebaikan dan keselamatan.

Firman Allah bermaksud:

“…Sesungguhnya Allah mencintai orang yang bertaubat dan orang yang membersih dirinya.”(Surah al-Baqarah, ayat 222).

iman's note : Ingat lagi waktu zaman jadi pengawas kat sekolah rendah. Simpan pemotong kuku dalam kocek. Nanti bila pemeriksaan terus bagi pada yang tak potong kuku. Macam ada idea nak jadi cikgu disiplin jea kat sekolah praktikum nanti.

**imannurbalqis**

4 Responses so far.

  1. sllu ptongkan adik2+anak2 buah pnye kuku~

  2. x boleh makan dgn orang kuku panjang..
    hilang selera
    adoi.. terbayang2
    tapi kdang2 tlepas pandang
    u kuku panjang makan satu pinggan dengan i? ish....
    lepas tu--- serik ;(

    ps:dlu mak slalu tlg ptong kuku.. tapi sekarang.. awak da besaq dah ;p

  3. kebersihan itu sebahagian daripada iman.

  4. to awan terbang, merpati terbang mencari dan liana : betapa cantik&bersihnya ISLAM sehingga sekecil2 perkara mruapakan sebahagian drpada IMAN...(^_^)b

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails